Monday, 10 December 2012

CINTA vs RINDU






Assalamualaikum wrm wbt… salam seindah langit pagi Ilahi. Tika ana menghadap laptop milik senior, jam tangan menunjukkan pukul 7.18 minit pagi. Hmm, Alhamdulillah. Rasa tenang hati setelah memulakan pagi dengan iadah  Al-Quran ( mengulang hafalan Al-Quran yang dah dihafal ). Benarlah kata murobbi Al-Quran ana yang sangat dihormati, Ustaz Dasuki. Jika kamu mulakan hari kamu ( pagi ) dengan Al-Quran, kamu akan rasa tenang kerana sebelum kamu membuat kerja-kerja dunia, kamu terlebih dahulu membuka kitab cinta Allah swt. mudahan kehidupan kamu hari itu, dilimpahi barakah Ilahi. Amin. Jujur, ana amat kagum dengan ustaz. Beliau amat menitikberatkan soal Al-Quran kepada pelajar-pelajar kelas tasmik. Terbayang-bayang di mata, saat ana kena denda, berdiri dalam kelas berjam-jam dan berdiri di luar kelas. Dan kelas ana itu pula berhadapan dengan bangunan kelas-kelas tasmik mahasiswa. Tangisan setiap hari Jumaat, sering terjadi pada diri ana, kerana Al-Quran. Allah… itulah kenangan masa sem 1 dan 2. Ustaz selalu cakap, biar kamu rasa ‘sakit’ sekarang kerana Al-Quran. Syukran sangat Ya Murobbi.
            
     Hm sebenarnya bukan cerita ini yang ingin ana kongsikan kali ini. Itu hanya selingan. Hehe. insyaAllah ana mahu kongsikan berkaitan nikmat cinta vs rindu. Mengapa ana letakkan cinta terlebih dahulu rindu? Kerana pabila hadirnya cintalah, baru berputik rindu di hati. Betul tak? Hee.. betul… masakan ada rindu, jika kita tak mencintainya. Maaf ya berjiwang sikit. Huhu.
            
    Actually, cinta dan rindu ini meliputi pelbagai aspek. Tidak semestinya kepada manusia saja. Jika kita cintakan ilmu, kita pasti akan merinduinya, lebih-lebih lagi time cuti sem ke. Kalau kita cinta sahabat, kita mesti rasa rindu padanya bila terpisah jauh… hm, ana cintakan sahabat baik ana di Kelate… rindu sangat. Dia mesej kat ana, dia mimpi bertemu ana, bangkit ja dari tidur, dia tersenyum. Subhanaallah, hebatnya penangan cinta dan rindu ini kan?
            Bila cakap pasal rindu, ana teringat status Fatimah Syarha, “bila kita merindui seseorang, biasanya aura rindu kita akan sampai padanya. Berdoalah pada Yang Maha Memahami, moga Dia mengubati rindu kita semua”.  Ya, ana akan berdoa pada Dia. Utuskanlah rindu ana  kepada Nisa’. Ana juga sangat merinduinya sebelum dapat mesej itu.
            
     Okay, berbalik kepada tujuan asal.hehe. jujurlah ana cakap, ana kan gadis yang masih baru dalam hijrah. Smenjak ana temui hidayah Nya, perlahan-lahan dan satu persatu ana tinggalkan perkara jahiliyyah. Biasalah dunia remaja kan. dengan couple, berkawan dengan lelaki, mesej tiada tujuan penting. Tetapi ana tak adalah sampai melepak dengan lelaki. Kawan dengan lelaki tu biasanya kat handphone saja. Ana bermula dengan menukar nombor handphone ana. Sejak itu, ana nekad ‘nak solehahkan juga nombor dan Fb ana’. Ana nak elak nombor ana dari diketahui oleh mana-mana lelaki ! nekad! Pernah suatu petang, ana dapat panggilan dari nombor tak dikenali. Ana amat HAIRAN lah sebab no ana mustahil akan dihadiri no tak dikenali. Bila ana jawab, adoii lelaki pula si pemanggil tu. Tambah terkejut, dia tahu nama penuh ana! Geramlah! Entah dapat dari mana no ana. Sapelah yang bagi no ana kat dia. Ana sengaja tamatkan panggilan tu biarpun dia masih nak cakap. Berulang kali dia call semula. Bikin ana geram. Rasa nak kasi penampar ja! Tak payah mengada! Tak payah nak kacau gadis milik Allah swt kalau kau tak ada tujuan penting untuk dunia akhiratnya! Sampai sekarang, ana tenang. Tiada no tak dikenali macam tu lagi. Lelaki tu pun tak call dah. Alhamdulillah~ senyumsenyum=)
            
     Hm, kalau dah nama pun hijrah, Jujur, ana dah serahkan diri dan hati ana HANYA buat Nya. Ana menyerah diri pada Nya. Bila begitu, sedikit demi sedikit ana makin BENCI dengan kejahilan dulu. Ana benci untuk berpaling ke arah itu lagi. Alhamdulillah. Ana sentiada di DIDIK oleh Nya. Ana sayang sangat kat DIA. Allah swt TERAMAT baik pada ana.
            
     Hampir setahun dalam penghijrahan diri… ana diuji hebat oleh Kekasih Setia ana. Mungkin Dia mahu melihat Kesetiaan ana pada Nya. Hadirnya seorang lelaki soleh. Dia hadir sewaktu ana dalam kesusahan. Jika Allah tidak hadirkan dia waktu itu, barangkali ana beraya( aidilfitri) di kampus. Ana bersyukur Allah bantu ana melaluinya.
            
     Namun bukan terhenti disitu saja pertolongannya kepada ana. Entah… bila direnung kembali. Cantik aturan Allah swt. ada saja perkara membuatkan ana memerlukan pertolongan seseorang lelaki apabila hidup berjauhan dengan abang2 dan ibu ayah ana. Di KL, Allah… satu kejadian lagi terjadi. Saat itu, dia juga yang hadir. Lalu dia menghulurkan pertolongan lagi. Bermulalah kebaikannya pada ana. Keprihatinannya pada ana.
            
     Berbulan kemudian… ana makin keliru. Ana keliru kerana tidak mengerti mengapa dia begitu baik pada ana sedangkan kami tidaklah saling mengenali. Ana keliru dengan kehadirannya. Ana mohon petunjuk dari Kekasih Setia ana. Apa ertinya semua ini? Apakah ertinya? Selain itu, disebabkan TERLALU keliru. Ana turut berkongsikan perkara ini kepada murobbi  dan murobbiah ana.  Mereka berkata mungkin hadirnya lelaki itu sebagai satu ujian, dan jika kamu lihat akhlak & agamanya baik, doakan moga dia lelaki soleh untuk kamu. Lebih kurang ayat murobbi ana melalui sms.
            
     Pendekkan cerita. Ana tidak pernah berhenti mencari-cari petunjuk Ilahi. Sehingga satu masa… ada satu ayat daripada lelaki soleh itu, membuat ana terasa ayat itu menyentuh hati ana. Malam itulah, ana menangis semahu-mahunya di hadapan Al-Quran. Ana dah ‘PENAT’. Ana dah ‘LELAH’. Ana tertidur di hadapan Al-Quran di meja. Tersedar jam 2.30 pagi. Saat itu, ana terus menghadap Ilahi. Merintih penuh rasa kehambaan dan pengharapan.
            
     “ Ya Allah, aku dah ‘letih’. Tolong tunjukkan aku jalan untuk keluar dari semua ini?”
           
     Subhanaallah… Allah swt Maha Mendengar ! malam itu juga ana dapat petunjuk. Dengan sepenuh tekad, keesokan harinya ana mahu laksanakan jawapan dari Ilahi ! esoknya ana masih menangis kerana ana akan laksanakan perintah Tuhan, sehingga ana rasa sakit dah mata ini. Merah dan bengkak.
            
     Baiknyer Allah swt… KETENANGAN~ itulah yang ana rasai~ ALLAHUAKBAR! Itulah yang ana miliki setelah jalankan jawapan Allah swt yang diberikan dalam mimpi ana.
           
     Dan nikmat paling indah… sejak itu, ana rasa makin cinta dan rindu pada alwalidaini (ibu ayah ku). Ana sentiasa rindu kepada mereka. Tak sangka, di saat hati ana telah disentuh oleh seorang lelaki, ana jatuh cinta padanya huhu  ana dikurniakan cinta terhebat terhadap ummi pa ana pula! Cinta ana padanya telah ana serahkan pada ILAHI, Allah gantikan cinta itu kepada cinta ummi pa. ya! Ana rasa ana tak mampu nak handle rasa cinta yang hadir di hati ini, kerana itu ana beri pada Allah swt ( Pencipta Hati dan Cinta ), biarlah Dia uruskan buat ana. Biarlah Dia rancangkan buat ana. Lagipun Dialah sebaik-baik perancang~
            

     Sehingga hari ini… rasa cinta dan rindu ana pada ummi pa masih berbunga bunga indah! Sentiasa menanti bulan Disember. Sekarang dah masuk Disember! Sekarang ana sedang menghitung hari untuk pulang cuti mid sem, 21/12/2012. Tak sabar sangat.
            
     Nak tahu… mungkin disebabkan terlalu cinta dan rindu… semalam ( 8/12/2012 ), habis saja Annual General Meeting. ana rasa nak nangis tapi tak terkeluar air mata ini. Jadi Ana menghadap laptop jap, then tidur.
            
     Sebelum subuh tadi… ana bermimpi… ana memanggil nama ummi pa ana.
           
     “ ummi… pa… nak ummi dan pa…” kata ana dalam mimpi itu sambil menangis kecil.
            
     “ nak ummi dan pa ye? Nanti lah.” Balas ayah ana.
            
     Berulang kali ana memanggil. Selepas itu ana tersedar dari tidur. Terkejut sangat. Kedua-dua mata ini mengalirkan air mata. Serentak!
            
     Ya Allah… hebatnya sentuhan cinta dan rindu ini….
            
    Mungkin kerana semasa ana serahkan cinta hati ana pada Allah swt, saat itu ummi pa tiada di sisi, jadi rindu itu terbawa-bawa sehingga kini. Jujur! Masa buat keputusan itu, ana nak sangat ada di sisi ummi pa, sebab ummi pa tahu juga isi hati ana. Oh! Indahnya bila kita mohon redha ibu ayah atas rasa cinta yang terbit di hati… ana sengaja mohon redha mereka kerana ana tahu Allah swt HANYA akan redha jika ibu ayah redha~ dalam ana mahu menceburkan diri dalam bidang penulisan pun, ana mohon redha ummi ana.
            
     Subhanaallah, indahnya jalan-jalan penghijrahan ini. Apapun, ana Cuma nak pesan kat sini… apa jua ujian melanda diri ( terutama yang sedang berhijrah ), mohonlah kekuatan pada Tuhan. Hanya Dia LAYAK membantumu saat itu. Hanya Dia. Berpegang teguhlah dengan Allah swt. dan berpeganglah dengan hadis Rasulullah saw : JAGAlah Allah swt, nescaya Allah swt akan menjaga mu.” ( Riwayat At Tirmizi ). Jika kita  menjaga Allah iaitu ikut syariat atau perintah Nya, Allah swt akan menjaga segala urusan dunia akhirat kita pula. insyaAllah. Percayalah. Kini ana merasai semua itu. Sejak ana nak jaga cinta hati berpandukan perintah Nya, ana di jaga olehNya. Dia sentiasa permudahkan ana bangkit Qiam tiap hari, Dia hidangkan ana pelbagai ‘taman-taman syurga’ ( majlis ilmu). Bukankah ini bekalan akhirat kita? Kita dapat ilmu sebagai bekalan dunia, dan pahala menghadirinya pula bekalan akhirat.
            
     Ayuh sahabat, putera puteri ku sayang… pabila kau hidup di dunia ini, pandanglah setiap perkara yang terjadi, dengan mata hati suci, dan petunjuk Ilahi. Kelak kau akan temui kebahagiaan hakiki ! percayalah. Indah nikmat hidup berlandaskan syariat Ilahi.
            
     Indah nikmat cinta dan rindu kerana Ilahi~ hanya untuk gapai redha Nya, ku sanggup bersakit di dunia ini, agar tidak ku derita di akhirat nanti. Renungkan ayat ini.
            
     Rasanya setakat ini saja perkongsian ana buat tatapan mata putera puteri sayang~ moga kalian akan temui sinar Ilahi juga. Utamakanlah pandangan Allah swt berbanding pandangan manusia! Serahkan hati mu pada Allah, jika jatuh cinta. Yakin pada takdir Nya.
            
     Buat dirinya, rajlu soleh, jagalah hati mu juga~ ku serahkan kamu pada Nya. Ku terima apa saja takdir Nya~

 Salam sayang dari ana buat semua… senyumsenyum.;)
            
     Assalamualaikum wrm wbt.

~Ditaip pada 9/12/2012. Di kamarku yang dihiasi tampalan kata-kata semangat untuk terus bermujahadah, menjadi lebih solehah, muslimah dan menjaga diri. =) : ana bukan anak manja tau~ tapi jdi manja sikit sejak capai 19 ni. kata orang, biasalah tu, sebab anak gadis ni kan bila2 masa jer akan 'di ambil alih'..hehe so time ni kena hargai betul2 mase dgn ibu ayah tau! pasni susah dah nak manje2 dgn mereka berdua~ kini ana memahami mengapa sahabat ana sorang tu selalu jer nak blik rumah~=)

No comments:

Post a Comment