بسم الله الرحمن الرجيم
Assalamualaikum
wrm wbt…
Salam
kerinduan yang teramat kepada sahabat-sahabat pengunjung blog usang ini. Jujur,
tersangat merindui untuk menulis dan berkongsi dengan kalian di sini.
Di
kejauhan ini, saya amat mengharapkan moga sahabat-sahabat sentiasa dalam jagaan
Ilahi ya. Sentiasa disayangi Ilahi, kerana tanpa belas kasihan dan kasih
sayang-Nya kita pasti tidak mendakap nikmat Islam dan Iman hari ini. Syukur
Alhamdulillah kepada-Nya.
Sudah
hampir tiga minggu tidak saya mengirim berita di blog sehingga semalam,
diberikan mimpi, ‘seseorang menegur saya bilakah mahu update blog. Ingin
membaca perkongsian awak.’ SubhanaAllah, meskipun mimpi itu samar-samar tetapi
jiwa kecil ini dapat merasakan erti mimpi itu.
Insya-Allah,
hari ini bersamaan 11 Ramadhan, saya akan berkongsi sesuatu dengan sahabat.
Sebelum kita melangkah lebih jauh, saya rasa belum terlambat untuk mengucapkan Salam Ramadhan Al-Mubarak, selamat berpuasa dan semoga di bulan Barakah ini kita dibantu-Nya
untuk upgrade kan lagi tahap KEIMANAN dan KETAQWAAN kita kepada Yang Maha Agung. Insya-Allah,
perbanyakkan doa dan meminta dengan-Nya ya. Itulah SENJATA kita, para
mukmin.
Saya
mulakan perkongsian kali ini dengan lafaz suci, bismillahirrahmanirrahim…
Minggu
pertama Ramadhan, saya dan sahabat-sahabat seperjuangan telah menziarahi
murobbiah kami di Rawang. Disebabkan bumi Selangor dibasahi hujan dan ditambah
pula jalan sesak, kami tiba di rumah beliau sewaktu azan berkumandang
menandakan telah masuk waktu untuk berbuka. Walaupun dalam keadaan pening dan
badan lemah saya diberi kekuatan jua untuk melangkah memasuki rumah beliau.
Alhamdulillah. Allah swt sentiasa curahkan sifat-Nya Yang Maha Penyayang itu
kepada saya, hamba-Nya yang selalu membuat dosa ini. Allahurobbi, kasihnya Dia
kepada kita… syukur pada-Mu Ya Rabb.
Usai
berbuka dengan makanan ringan iaitu kurma dan kuih muih, kami menunaikan solat
Maghrib berjemaah, diimamkan oleh sahabat ana, Ukhti Hawa. Muslimat yang
menjadi imamah kerana di rumah beliau tiada seorang lelaki pun ketika itu.
Suami jauh merantau dan anak-anak jauh menuntut ilmu. Murobbiah Hamilah meminta
kami pelajar Darul Quran ini menjadi imamah.
Allahuakbar... Agak terkejut. Kata beliau juga,
kalau sahabat lelaki DQ datang, mereka juga akan menjadi imam solat. Begitulah seterusnya.
Menunggu
Isya’…
Kami
berempat ni punyalah sedikit kecoh dalam bilik.He. Sebabnya, membahagikan tugas
siapa akan menjadi imamah untuk solat Isya’, sunat Tarawikh dan sunat Witir.
Alhamdulillah, dapat memberikan tugas dengan adil kecuali Ukhti Hawa dipilih
menjadi imamah solat Witir kerana dia paling tua dalam kalangan kami, jadi kena
bagi ‘extra’ sikit.He.
Jadualnya
seperti berikut :
§ .> Maghrib – Imamah Hawa
§ > Isya’ – Imamah Balqis
§ > 4 rakaat awal Tarawikh – Imamah Rasyadah
§ > 4 rakaat akhir tarawikh – Imamah Mardhiah
>> Witir 3 rakaat - Imamah Hawa ( extra ) :)
Semua itu meninggalkan kenangan indah kepada kami terutama saya sebab belum pernah menjadi imamah yang makmumnya
adalah murobbiah atau insan yang lebih berilmu dan berusia dari kita. Segan
kot. Kalau dengan kawan-kawan, tak segan sangat.
Usai menunaikan kewajipan sebagai mukminah, kami menghabiskan
waktu malam itu dengan bersembang dan berkongsi cerita bersama murobbiah.
Berpeluang mendengar kisah pertemuan murobbiah dengan suaminya. J Satu berita gembira untuk saya sendiri, bakal zaujah ( isteri )
kepada anak teruna beliau adalah kembar kepada isteri Hilal Asyraf.
subhanaAllah, berpeluanglah nanti saya bertemu Hilal Asyraf dan isterinya.
Insya-Allah. ( sempat lagi kan Hehe.)
Baik itu kisah minggu pertama
Ramadhan…
Seterusnya kisah minggu kedua
Ramadhan iaitu pada hari Khamis, 18 Julai 2013. Saya sedikit sibuk untuk
menyelesaikan urusan Majlis Jamuan Malam Puisi Islam. Sekitar jam 2.30 petang,
saya menghantar sms kepada seorang sahabat A, meminta pertolongan untuk
menemani saya ke pejabat Hal Ehwal Pelajar, menghantar surat permohonan
menggunakan dewan baru untuk jamuan nanti. Balasnya,
“ Asifah jiddan ya. Saya tengah
sedih sangat sekarang ni. Doakan saya ya diberikan kekuatan menghadapi ujian
ini.”
Mengetahui sahaja situasi sahabat itu membuatkan saya memahami. Lalu
sedikit kata-kata diberikan kepadanya, moga kuat.
Alhamdulillah, sahabat B pula sudi
menemani saya ke HEP. Disebabkan ustaz yang memberikan kelulusan surat itu
tiada di pejabat, jadi saya ke masjid untuk mengaji di sana. Bimbang jika ustaz
akan menghubungi saya untuk berjumpa, disebabkan itu memilih untuk berada di
rumah-Nya. Lebih senang jika tiba-tiba ustaz mahu menemui saya nanti.
Sedang asyik mengaji Al-Quran.
Menerima sms daripada sahabat C. Dia meminta mendoakan agar dia diberikan
kekuatan. Allah… saya yang ketika itu sedang mengaji berdekatan beranda masjid
yang menghadap tasik, terus melepaskan pandangan ke arah tasik. Melihat
kebesaran-Nya sambil berbicara dalam sanubari…
“ Ya Allah, tika ini
sahabat-sahabatku dilanda ujian… sedangkan tika ini aku tidak diuji oleh Mu.
Aku mohon berikan mereka kekuatan dalam menghadapi ujian kehidupan ini.”
Lalu, perkongsian kata-kata dibalas
kepada sahabat C.
“ Ada masalah? Jom citer kat
Allah terlebih dahulu ! J
luahkan dan ceritakan dulu pada Allah swt ya. Hanya Dia yang bisa memberikan
kekuatan dan ketabahan hati kepada kita.”
Malamnya, seperti selalu ana akan ke
masjid untuk solat Isya’ dan tarawikh bersama sahabat A. Sampai sahaja
dibahagian muslimat di tingkat atas, kami terus memandang ke saf paling
hadapan. Mencari-cari ruang kosong. Alhamdulillah, masih ada ruang untuk kami
solat di saf paling hadapan. Saya duduk disebelah kanan seorang muslimat. Saat
memandang wajahnya, sedikit terkejut, rupanya muslimat tersebut adalah sahabat
B. Menghadiahkan sekuntum senyuman kepadanya. =)
Saya sempat mendengar sedikit luahan
daripada sahabat A. Dia masih bersedih rupanya.
Usai solat Isya’ sementara menanti
untuk solat sunat Tarawikh, tiba-tiba sahaja sahabat B membongkakkan badannya (
hampir mengenai sejadah ) dan menekup wajahnya bersama esakan kecil. Saya
terkejut. mengapa dengan dia? Dirinya diusap lembut, moga dia mendapat sedikit
kekuatan dan ketenangan.
Saya menoleh pula ke kanan saya, sahabat A pula
menekup wajah dengan jari jemari.
Allahurobbi… bayangkan tika itu saya
berada di tengah antara mereka berdua. Membuatkan hati ini turut bersedih
kerana mereka sedang diuji oleh Ilahi sedangkan saya tidak. Jika bisa, mahu
saja mengatakan ‘berikan sedikit kesakitan yang awak rasai kepada saya agar
ringan bebanan awak.’
Namun semua itu tidak mungkin berlaku. Allah swt sudah
menyusun semuanya dengan teramat cantik. Setiap ujian ditimpakan sesuai dengan
kemampuan hamba-Nya, itulah kasihnya Dia. Dia tidak memberatkan kita.
“ Allah knows
you’re tired, Allah knows it’s difficult. You must also know that Allah would
never put you in a situation you couldn’t handle it.”
Dalam sujud, hanya doa buat mereka
dititipkan kepada Ilahi. Moga mereka ditemukan jalan untuk menyelasaikannya.
Bukan saya tidak mahu menjadi pendengar, tetapi saya mahu mereka mengutamakan
dan meluahkan kepada Allah swt Yang Maha Mendengar. Nanti jika mereka sudah
bersedia mahu berkongsi, saya pasti tidak akan menguzurkan diri. Insya-Allah.
Esoknya… siapa duga, pelangi indah
akan hilang jua ditutupi titisan hujan.
Siapa duga…
Allahurobbi… menitis airmata kerana
kecewa dan sedih dengan bicara seorang sahabat.
Dahulu apabila dia mula merapati
diri ini, saya terus berfikir barangkali inilah peluangku untuk membimbingnya
berubah. Justeru, saya berusaha memahami dan belajar untuk ‘masuk’ dengan
dirinya. Cuba bersabar melayan sikapnya yang kadang kala amat jauh dengan habit
saya. Meskipun teramat janggal, tapi cuba juga demi menjaga hatinya.
Hinggalah petang Jumaat itu. Kami
diuji lalu berjauh hati. Saat kami bertukar haluan sewaktu pulang ke asrama, saya
berasa teramat sedih…
“ Allah, Engkau sedang menguji ku
kini…”
Sambil menangis melepaskan
kekecewaan dan kesedihan, saya turut mendapat inspirasi. Ilham dari-Nya
barangkali Dia mahu saya memujuk hati.
Dengan sendirinya saya terfikir, ‘balqis,
ini kau baru ditolak sikit oleh kawan kau ketika kau ingin membawa dia ke arah
yang lebih baik. Di kampus luar nanti, kawan-kawan di luar sana lagi hebat
penolakan mereka apatah lagi jika mereka yang tidak memahami agama. Itulah baru
ujian dakwah yang sebenar, akan mengujimu lebih hebat lagi.’
Ya, diri ini mengiyakan bicara di
atas. Berdakwah kepada masyarakat di luar sana lebih hebat cabarannya
berbanding dengan berdakwah kepada sahabat yang sefahaman di kampus ini. Ini
hanya ujian kecil.
Inilah ujian. Apabila
kita mahu membina sebuah persahabatan kerana-Nya, diuji itu adalah perisanya,
sebelum kemanisan dirasai di syurga sana. Mahu membina persahabatan yang
sebenar, memerlukan pengorbanan dan kesabaran.
Makin laju mutiara-mutiara Hawa ini
mengalir di pipi. Mengapa? Kerana saya hampir tersungkur di jalan dakwah ini
untuk membimbing sahabat itu. Namun Alhamdulillah, malamnya kami berdua dah
kembali baik. Perkara lalu sudah di bawa terbang oleh sang angin petang~ ~ J
Pesanan bersama,
Kini, bangkitlah kembali wahai duhai
meneruskan perjuangan di jalan dakwah ini. Ingatlah, biarpun kita terpaksa
menahan derita dan peritnya ditolak, diperlekehkan oleh mad’u atas ajakan kita,
tapi semua KEPAHITAN itu pasti diganti KEMANISAN kelak oleh Rabb
kita. Sesungguhnya, jalan dakwah itu ditaburi duri-duri, namun hadiahnya nanti
adalah SYURGA FIRDAUSI. Allahurabbi. Itu janji Ilahi tau bukan hanya
kata-kata saya, si Permata Alwalidaini. =)
Sedikit pesanan kepada
sahabat-sahabat yang dikasihi…
> Tatkala kita diuji, carilah Dia dahulu. Kawan itu jadikan nombor
dua.
> Latih bibir kita untuk luahkan kepada Allah sebagaimana kita
bercerita kepada kawan kita.
Contoh : Ya
Allah, hari ini aku diuji dengan masalah kewangan. Duitku telah dicuri disaat
aku amat memerlukannya. Jadi aku bermohon pada-Mu berikan aku rezeki yang
berkat walaupun sedikit, agar dapat merasai ‘kekayaan’ dari rezeki yang sedikit
itu.
Contoh : Ya
Allah, hari ni hati aku telah disakiti oleh sahabatku. Aku mohon berikan aku
kekuatan dan kesabaran untuk mengubati luka ini. Aku tak nak berdendam
dengannya Ya Allah. Bombing aku untuk kuat, tolong Ya Allah… tolong aku…
> Sebaiknya, dalam bilik kita tampal satu note pada dinding, tulis
besar-besar :
“ Ada masalah?
Jom cerita/citer kat Allah ! J”
Agar kita lebih nampak dan akan sentiasa ingat. Cubalah kalau tak
percaya.
> Bukalah Al-Quran dengan lafaz bismillah, beleklah mana-mana muka
surat. Mohon Allah swt pujuk dan berbicara dengan kita. Insya-Allah nanti akan
dipertemukan dengan ayat cinta-Nya yang menusuk kalbu kita.
> Menangislah sepuas hatimu. Menangislah di sujud mu pada Ilahi. Tika itu Dia amat dekat denganmu.
> Knowing that Allah knows our conditions gives us patience with
Allah’s decision.
> Tak semua yang duka itu derita. Tak semua yang kecewa itu sengsara
kerana disebalik duka dan kecewa, ada bahagia kurniaan Yang Maha Esa.
> Ujian itu adalah tanda Dia sedang memerhatikan kita, maka
bersyukurlah kerana kita tergolong dalam kalangan hamba yang mendapat perhatian
dari-Nya.
So, senyumlah wahai sahabat-sahabat =)
Kesimpulan daripada perkongsian kali ini, sesungguhnya kebahagiaan yang dimiliki semasa minggu pertama Ramadhan adalah anugerah dari-Nya, dan ujian semasa minggu kedua Ramadhan adalah tanda kasih sayang-Nya kepada kita. Optimiskan diri kita apabila berada dalam mana-mana situasi sepanjang Ramadhan ini ya. Allah swt itu tidak kejam andai kita disakiti dan terluka parah. Segala apa yang terjadi, tanda kasihnya Dia kepada kita sekalian hamba-Nya.
Allah swt sedang membelai kita dengan kasih-Nya. Allah... tersenyumlah sahabat :)
: terasa sedih apabila seorang sahabat daripada UIA berpesan
semalam, ‘nikmati Ramadhan last di DQ
sebaiknya.’ Allah… benarlah, ni tahun akhir di Darul Quran, kampus tarbiah yang
AMAT disayangi kerana di sinilah saya mendapat tarbiah dan membentuk sahsiah
diri sebagai muslimah sejak saya berhijrah…
: sangat sedih, mengharapkan biah solehah ( suasana solehah
) DQ akan terus terpelihara hingga akhir zaman. Bak kata ustaz saya, Inilah
salah satu kampus yang menawarkan Diploma Tahfiz dan yang mengajarkan ilmu
Qiraat secara terperinci.:
: cepat sangat masa berlalu… saya sangat sayangkan kampus
tarbiah ini . Moga kesemua pensyarah dan kakitangan Darul Quran dirahmati Allah
swt selalu. Syukran kathyra kerana mendidik kami .:
Akhir kalam, salam kerinduan dan kemaafan atas segala
kesilapan dan kekurangan diri ini dalam perkongsian terbaru ini. Jaga diri
baik-baik ya. Selamat berpuasa dan selamat ‘memborong’ pahala untuk bekalan ke
syurga. Allahumma amin. :)