Sunday, 25 January 2015

Tulislah Dengan Cinta!



Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum wrm wbt.

Syukur ke hadrat Ilahi atas kasih sayang-Nya yang masih sudi meminjamkan sepasang tangan ini untuk terus melabuhkan tinta dakwah. Alhamdulillah.

Syukur jua atas segala nikmat kurniaan-Nya termasuklah nikmat iman dan Islam yang masih kita rasa sehingga detik ini. Semoga ianya masih mekar dan harum sehinggalah kita 'pergi'. =)

Dalam post kali ini, saya mahu kongsikan sesuatu yang menjadi asbab saya tersenyum lebar pada tarikh 21 Januari 2015, apabila menerima emel daripada editor Majalah Sinergi.



Alhamdulillah rezeki yang tidak terduga. Sebenarnya, saya merancang untuk memasukkan karya saya itu dalam page SQqR, yang diuruskan oleh saya dan beberapa lagi alumni Pena Ilmiah serta penasihat kami, Puan Zuraima. Page ini baru ditubuhkan. Jadi, sebelum dipost dalam page itu, saya berikan karya kepada Puan Zuraima untuk disunting.

Nak jadikan cerita, pada masa itu saya ditemukan jodoh dengan poster Pertandingan Cerpen anjuran Majalah Sinergi. Antara syaratnya pula, karya mestilah tidak melebihi 3 muka surat. Timbul keinginan untuk menyertainya, tapi tak tahu nak hantar karya apa. haha. Saya sampaikan dalam grup Whatsapp Sqqr bahawa saya tak pernah buat cerpen sependek 1-3 muka surat sahaja. Dan saya sebenarnya jenis susah nak menulis pendek-pendek. haha. *macam sekarang ni*

Dipendekkan cerita, selepas Puan Zuraima atau Kak Zu selesai sunting karya saya, beliau ada mengatakan bahawa cerpen saya itu pun boleh juga dihantar dalam pertandingan tu. Jadi, saya cubalah hantar selepas di edit dan menambah ayat 'pemanis karya'. :D

Sungguh, ia sebenarnya sekadar percubaan. Tak pernah bermimpi mendapat tempat dalam pertandingan itu. Haa... satu lagi saya nak pecahkan rahsia ni. Sebenarnya, cerpen saya tu diselongkar dari status Fb saya tahun lepas tau ! Haha. Dari status Fb menjadi cerpen. Tu yang tak sangka tu boleh menang. Dari status je pun...Status itu ditulis berdasarkan pemerhatian saya semasa mengikuti perhimpunan Selamatkan Kanak-Kanak Gaza di Dataran Merdeka. Cuma mesej yang nak disampaikan ditulis dalam bentuk jalan cerita yang berbeza.

Apapun, semuanya rezeki Allah swt kan. Mungkin ini satu permulaan yang Allah swt mahu ajarkan kepada saya agar lebih bersemangat menulis untuk sebarkan mesej Islam. InsyaAllah. Sesungguhnya juga, segala puji kembali pada Allah Yang Maha Besar, menggurniakan pemerhatian sedemikian kepada saya sehingga timbulnya ilham itu.

Alhamdulillah. Disebabkan itu saya suka memerhati, kekadang melaluinya saya mendapat ilham untuk menulis. Maka teruslah melihat dan memerhati setiap disekeliling kita dengan mata hati. :)

Baik, rasanya sampai disini sahaja bebelan saya. Haha. Atas permintaan beberapa kenalan, saya dengan sukacitanya ingin berkongsi cerpen tersebut disini. Semoga bermanfaat dan dapat mengutip ibrah dalam cerpen tersebut.


Baik, selamat membaca. :)


~ ~ ~ ~ ~

Tajuk : Tajamnya Serpihan Kerang
Oleh : Umie Balqis Sanusi


Suatu petang hujung minggu, Adira, Nurul, Faiz dan Shahrul keluar bersama-sama ke ibu kota. 
Dari pagi mereka berjalan dan membeli barangan peribadi, hinggalah ke petang. Setelah penat membeli belahdan melepak di pusat membeli-belah, mereka berjalan di sekitar Masjid Jamek.  Sekadar untuk mencuci mata sebelum pulang.

Di kaki lima sebuah kedai, mereka disapa oleh seorang pengemis. Pakaian pengemis itu compang-camping dan rambutnya kusut masai. Disebelahnya ada seorang anak kecil sedang memegang bahagian perut dengan wajah yang berkerut-kerut. Si kecil itu merebahkan kepala di ribaan pengemis tua itu.

“Adik, tolong mak cik. Mak cik dah beberapa hari tak makan. Anak mak cik ini sangat lapar sekarang, nak.” Adu pengemis wanita tua itu apabila melihat Adira dan Faiz.

Adira dan Faiz yang terlebih dahulu disapa pengemis itu langsung tidak mengendahkannya. Langkah kaki mereka laju meninggalkan pengemis itu. Mereka hanya menjeling dan mencemikkan muka. Langsung tiada rasa simpati dan belas kasihan.

Apabila Nurul dan Shahrul melintasi pengemis itu, sekali lagi pengemis itu merayu. Anaknya di sisi semakin kuat mengadu kesakitan, hingga kedengaran di cuping telinga Nurul.

“Nak, tolong mak cik, nak. Anak mak cik sakit perut sebab dah beberapa hari tak makan. Tolong, nak.” Pengemis itu menarik hujung baju Shahrul, mengharapkan Shahrul akan berhenti dan menghulurkan sedekah buatnya. 

“Eh, apa ni mak cik pegang-pegang macam ni? Dahlah tangan mak cik tu kotor!! Lepaslah!” Marah Shahrul ambil merentap tangan pengemis itu dari terus menggenggam hujung bajunya.

“Eh, Shahrul. Tak baiklah cakap macam tu. Kesian makcik ni. Tengoklah anak makcik. Kau tak kesian ke?” Tegur Nurul setelah melihat perlakuan Shahrul yang baginya kurang sopan terhadap pengemis itu.

“Ah, lantaklah.” Dia terus berlalu dengan wajah masam mencuka, meninggalkan Nurul.

“Saya minta maaf ya atas kelakuan kawan saya tadi. Ini, mak cik. Ambil wang ini dan mak cik belilah makanan untuk anak mak cik ya.” Kata Nurul sambil menghulurkan sekeping not RM 20 kepada pengemis itu.

Mak cik itu tersenyum disulami wajah kesyukuran yang tidak terhingga. Dia terus mencium wang pemberian Nurul, terasa amat bernilai rezeki itu padanya dan si anak.

“Nak, terima kasih banyak. Mak cik sangat mensyukurinya.” Balasnya disusuli senyuman pada wajah tua.

Nurul mengangguk sambil tersenyum. Kemudian dia terus beredar dan mengekori langkah kawan-kawannya. Dia menggeleng kepala apabila terkenangkan kembali sikap kawan-kawannya sebentar tadi. Tidak sepatutnya mereka berbuat sedemikian. Di manakah perginya rasa belas kasihan yang tertanam dalam dirimu, duhai sahabat?

Di dalam LRT, sebelum mereka berpisah arah, Nurul sempat menyatakan sesuatu kepada sahabatnya. Dia merasakan teguran itu perlu disampaikan sebagai pengajaran agar tidak lagi ia berulang. 

" Dira, Iz dan Rul, maaflah aku nak tegur ni. Aku sayang korang sebagai sahabat aku. Aku dan korang selalu menyertai program-program kemanusiaan bersama, kan?

Kelihatan mereka bertiga pantas mengangguk, walaupun Dira dan Iz sibuk dengan gajet canggih mereka. Shahrul memandang Nurul, sedia mendengar tutur bicara Nurul seterusnya. Ada terselit sehelai benang kesal pada wajah Shahrul lantas matanya terus melihat bahagian pakaiannya yang telah sempat dicapai makcik tadi. Meskipun Nurul terus terkilan dengan sikap Adira dan Faiz, dia terus sahaja tersenyum memandang Shahrul. ‘Tak apalah, penghargaan seorang sahaja lebih bermakna berbanding penafian yang banyak,’ pujuk hati Nurul.

“Tapi, satu saja aku nak cakap untuk kesedaran kita. Apa ertinya kita sertai aktiviti macam tu kalau setakat hulurkan sedekah RM2 kat makcik tadi pun kita masih liat nak buat? Tak malu ke kita andai rakyat Gaza datang ke sini dan melihat masih ramai pengemis di negara kita yang tak dibantu, lalu bertanya kepada kita, “Kenapa saudara di depan mata kamu, tidak dibantu sedangkan kami yang jauh boleh pula untuk kamu hulurkan bantuan? Bukankah mereka juga saudara seislam?” Apa yang hendak kita jawab? Tidakkah malunya kita tika itu?”

Nurul menghentikan seketika bicaranya. Dia mengusap belakang Dira sebelum menyambung semula. Dira tersentap dek sentuhan Nurul. Dira memandang tepat pada mata Nurul.

“ Sama-samalah kita fikirkan, ya. Aku nasihatkan korang tak bermakna aku yang paling baik. Aku cuma sayang korang. Nak kita sama-sama jadi baik dan nak sama-sama kita muhasabah diri.”


Pengajaran: Janganlah kita membuat kebaikan kepada mereka yang jauh sahaja.
Mereka di hadapan mata jangan dilupa. Apatah lagi jika ahli keluarga sendiri.
Dalam Islam sendiri menggalakkan kita mengaulakan (mengutamakan) orang terdekat dalam menghulurkan sedekah / bantuan.
Janganlah kita jadi seperti orang yang diibaratkan dalam sebuah peribahasa Melayu, kera di hutan disusukan, anak di rumah mati tak makan.

Anekdot:
» Nurul dan temannya sudah sebati dengan aktiviti kebajikan / kemanusiaan. Namun, mereka masih bergaul bebas tanpa batasan. Biarpun Nurul jua begitu, tetapi hatinya mula disinari hidayah sedikit demi sedikit. Mungkin dia belum berhajat untuk berubah, namun tidak mustahil kelak dia akan menyedari bahawa pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan itu tidak digalakkan dalam Islam.

Melakukan aktiviti kemanusiaan tu sudah bagus. Namun, harus dijaga juga pergaulan.

Semoga dengan melibatkan diri dengan aktiviti kebajikan akan mendekatkan mereka dengan kesedaran terhadap banyak lagi didikan Islam yang lain.

Semoga bermanfaat, sebagai teguran dan peringatan bersama.
Kisah ini tidak benar tetapi nasihat ini benar.

*Senyum-senyum =)*

~ ~ ~ ~ ~


Baik, terima kasih kerana sudi membaca. Semoga mesej yang saya  mahu sampaikan dapat kalian fahami dan rasai dalam diri. aamiin. Sama-sama kita renungkan ya.

Ilham ini timbul apabila saya melihat sekelompok manusia ini tidak menjaga batas pergaulan biarpun mereka semuanya cintakan misi kemanusiaan. Lalu, terciptalah cerpen pendek ini. 

Sebelum mengundurkan diri, terasa mahu mengukirkan sebuah penghargaan buat mereka yang berjasa. :)

Jutaan penghargaan kepada semua yang menyokong minat dan tulisan saya sedari dulu, terutama sahabat-sahabat Maahad Muhammadi Pasir Mas. Mereka bertalu-talu memberikan emel kepada saya untuk diberikan cerpen itu, setelah mengetahui saya menyertai pertandingan ini. Selepas kemenangan diumumkan pun, masih ramai yang memintanya. Alhamdulillah. Sangat terharu dengan sokongan yang kalian berikan sedari dulu! Semoga Allah swt merahmati kalian di dunia dan akhirat. =)

Tak lupa juga buat semua kenalan seperjuangan lain, terutama Puan Zuraima, ahli-ahli Pena Ilmiah Darul Quran a.k.a geng SQQR, sahabat-sahabat DQ-Ukm dan semua yang mengenali diri ini. Sungguh, semoga Allah swt merahmati kalian kerana mendoakan saya. Tidak lupa kepada penganjur pertandingan ini, Majalah Sinergi, syukran kathera atas kata semangat yang diberikan untuk meneruskan penulisan berunsurkan mesej Islam. InsyaAllah, selagi nyawa masih dikandung badan dan jemari ini masih ada, akan terus menulis untuk Islam. Jua pastinya untuk meneruskan medan dakwah Nabi Muhammad saw.
InsyaAllah.

Di kesempatan ini juga, saya juga rasa bahagia dengan kejayaan seorang Ukhti kenalan saya, Hikmatul Islam, kerana telah berjaya menulis sebuah buku! Diberi judul "Wanita Solehah, awak kat mana?" terbitan Must Read Sdn.Bhd. Menarik kan? InsyaAllah bermanfaat!

Jom pakat beli dan mula mencari jawapan, dimanakah keberadaannya wanita bergelar solehah itu ! :)

Saya telah menulis satu post berkenaan Kak Wanis atau Hikmatul Islam ini, masih disimpan dalam draf. InsyaAllah, akan saya post dalam blog saya ini untuk membantu mempromosikan lagi bukunya! Sekalung tahniah diucapkan kepada beliau! Tahniah dan tahniah kak sebab akhirnya impian akak tercapai ! Balqis tumpang bahagia sangat. Januari, dua bahagia dari DIA untuk saya. ALHAMDULILLAH ! =)



Baik, saya mengundur diri dulu.

semoga kalian semua sentiasa berada dalam jagaan Allah swt. aamiin.

kepada yang minat menulis, teruskan menulis dan menulislah dengan penuh rasa cinta. Kemudian, sebarkanlah mesej Islam yang terkandung di dalamnya.

Setiap yang berusaha, pasti berjaya.

After hardhship, comes ease!


 ~menulis itu cinta saya~


Assalamualaikum wrm wbt. ^^








Gombak
5.29 pm
250115


2 comments: