Saturday 21 February 2015

Wasiat Perjuangan (TGNA)





Bismillahirrahmanirrahim...


Puisi : Seindah Namamu ( Kelantan )

Tanah Serendah Sekebun Bunga
Negeri Tadahan Wahyu
Cik Siti Wan Kembang
Cukup Indah Namamu
Seindah Negerimu
Duhai
Wajahmu Nan Indah
Persis Jeddah
Yang Pernah Ku Lewati
Taat Menjunjung Al-Quran
Teguh Menggalas Syariat
Yang Tidak Pernah Goyah
Tersentuh Hati Kudus Ku
Lantaran Aku Disini
Biar Tidak Pernah Ku Duga
Bertemu Seorang Ulama’
Yang Dicintai Rakyatnya

Lalu…
Kuntum Rindu Yang Lama Tersimpan
Terubat Jua Akhirnya
Biar Sekelumit Cuma
Beruntung Rakyatnya
Menumpang Teduh Seorang Ulama’
Yang Lembut… Tapi Tegas Beribadat
Yang Pengasih… Namun Tidak Goyah
Pada Percikkan Kealpaan Dunia
Pasti Aku Merindui Mu Lagi
Entah Kapan Bisa Diubati
Cuma Setitis Doa Bisa Ku Titip Buatmu
Moga Sejahtera Selamanya
Memacu
Membangun Bersama Islam
Moga Kita Bertemu Kembali


~ ~ ~ ~ ~

Semalam, genap seminggu pemergian ulama' kesayangan ramai, allahyarham Tuan Guru Nik Aziz (TGNA).

Atas rasa kerinduan dan jiwa yang memberontak, mahu menulis di blog ini, saya putuskan menulis tentang arwah.

Semalam, teringatkan pemergian arwah. Saya membuka Gallery dan video dari whatsapp. Rupanya terdapat beberapa video yang terdownload. Tiga video kesemuanya. Satu video yang dirakam semasa jenazah arwah diusung ke tempat pengebumian, video puisi dari Oki Sentiana Dewi dan video nyayian Siti Nurhaliza berkaitan arwah.

Sepanjang menonton video itu, tanpa diminta, mutiara-mutiara jernih gugur dari kolam mata saya. Mengalir lembut ke pipi. Saya bebaskan ia mengalir ... saya biarkan air mata itu terus jatuh ke bumi...

"Allahuakbar... Rupanya, aku masih berduka. Rupanya aku masih bersedih atas pemergiannya..."

Jemari ini, tika ini rasa tidak mampu menulis panjang...

Terasa sebak kembali. Cukuplah rasanya saya kongsikan semula, apa yang pernah saya coretkan di FB minggu lepas dan semalam.

Walaupun arwah telah pergi, saya bersyukur Allah swt masih mengizinkan saya menatap wajah arwah, pada malam pemergiannya, biarpun hanya dalam mimpi. Allahuakbar...

Permata dan mutiara agama,
Hayatmu diinfakkan untuk agama,
kerna kezuhudanmu,
kerna kepimpinanmu,
kerna keikhlasan hatimu, 
dirimu dicintai ramai.
seluruh pelosok dunia,
maka saat pergi dirimu,
disanjung,

ditangisi ramai,
dikaulah berlian agama,
kilauanmu moga kan tetap bercahaya,
walau jasadmu telah tiada.
Tuan Guru Nik Aziz...


~ ~ ~ ~ ~

Status saya pada 14.02.2015.

Bismillahirrahmanirrahim...

Sejak semalam, rasa tak keruan.
hari ini terjumpa satu video tentang Tok Guru.
akhirnya gugur airmata.
 sekali lagi.

Sejak kepulangannya, saya termenung. Cuba mengingati betul ke aku tak pernah jumpa tok guru?!

Baru saya ingat, pernah rupanya!

3 tahun lalu, di majlis hari raya siswazah Klate. Tapi dari jauh. frown emoticon

Saat menerima berita kepulangan arwah.

Saya terus wassap kepada sahabat baik di Klate, yang mengetahui perancangan saya bulan Januari lalu.

Betapa sedih amat jiwa ini, arwah akhirnya tiada. Tanpa sempat saya menadah mutiara tarbiah darinya secara terus.

Jan 2015, perancangan asal, selepas jadi sukarelawan banjir di Gua Musang, saya berhajat mahu berlama di Klate kerana mahu bertemu sahabat-sahabat dan menghadiri medan ilmu.

namun perancangan Allah membatasi segalanya.

saya maklumkan pada sahabat, nak ziarah tok guru di rumahnya kemudian hari.

dimaklumkan ada prosedur biasanya nak jumpa. tambahan pula sekarang tok guru sedang sakit. mungkin sukar.

saya pasrah. menanti hari lain. menanti peluang utk ke klate sekali lagi.
hinggalah saya dikhabarkan arwah sudah tiada. allahuakbar... 

tak keruan jadinya tak dapat melihat keadaan disana secara langsung. Gelisah di hadapan tv. Maklumlah astro takda di rumah.

Malam itu, sebelum tidur, lantaran hiba dan duka yang merajai jiwa.

Usai mendirikan solat, saya menghadiahkan bacaan Yassin untuk arwah.

Tatkala menyebut " Yaa...siinn..." suara terketar-ketar... rasa tak mampu diteruskan... 

airmata bercucuran..

Hanya Allah tahu perasaan itu...kesedihan atas kehilangan... 

teringat pula hajat yg tidAk kesampaian.

Saya cuba tahan tangisan demi menghabiskan bacaan.

Selesai bacaan, tangan saya tadah. Memanjatkan doa satu permintaan!

"Ya Allah, aku teringin bertemu tok guru. Aku merayu, izinkanlah aku bertemu dengannya. dalam mimpi pun tak apa ya Allah. aku dapat sepotong ayat darinya pun tidak mengapa ya Allah. Aku sangat-sangat merayu. Izinkanlah aku..." Doa beriringan airmata pengharapan...

Lantas bersedia untuk lelapkan mata.

paginya saya terjaga kerana...

saya terkejut akan satu rasa yang Allah berikan...

saya bermimpi...

saya dapat mendengar tok guru sedang berceramah. Namun hanya ayat ini yang saya ingat dari bibir arwah

" TERUSKAN PERJUANGAN "

dan paling saya tak dapat lupakan....

saya diberikan rasa KETENANGAN yang amat sangat tika itu. Tika tok guru sampaikan ceramah. Tika saya khusyuk menatap wajahnya. Allahuakbar.

Tenang sangat. Sungguh, teman.

Saya tak pernah merasa sedemikian.

Allahuakbar lantas sujud syukur padaNya, izinkan bertemu Tok Guru walau hanya dalam mimpi... 

Hari ini airmataku berguguran lagi...

lantaran perginya dirimu murabbi...


Buku ini saya pernah hadiahkan kpd sahabat dari Indon Riski Sugiarti.
sebelum dia pulang ke sana setelah kami menjalin persababatan di Malaysia.

Luti, semoga buku ini masih kamu simpan dan hayatilah ia.
kita berjauhan sudah, hanya ini kenangan dariku dan tok guru untukmu. 
semoga kita terpilih bersamanya di Syurga. aamiin.

Tok guru menukilkan : 

sesetengah manusia di dunia ini memikirkan bahawa syurga itu hnya blh diraih dengan melakukan ibadat kpd Allah, puasa di bulan Ramadhan, solat berjemaah.
tapi tahukah bahawa syurga Allah swt itu boleh dicapai dengan aktiviti harian?
contoh pekebun, setiap pagi ke kebun melihat dan mengagumi ciptaan Allah lalu menyebut subhanallah. maka akan dapat pahala dah.
sebagai anak, dengan berbakti pada mereka. berbakti luas pengertiannya. antaranya, jika membahagiakan mereka sudah dapat pahala."
masyaallah. allahuakbar.

Biarpun saya tidak pernah dengar ceramah arwah secara live sepanjang hayatnya, tapi hasil mendengar video ceramah arwah, saya perhatikan, arwah sentiasa kaitkan sesuatu ilmu yg hendak disampaikan, dengan aktiviti seharian kita. Yang dekat dengan diri kita, sekalian manusia.
masyaAllah. Ini metod dakwah arwah. Sangat mudah diterima dan difahami.

sekian coretan saya...


Perindu Rantauan.




~ ~ ~ ~ ~

Status semalam, 20.02.2015 :


Bismillahirrahmanirrahim...

Bukan nak buat kalian berasa sedih lagi atas pemergian Tok Guru.

Hari ini genap seminggu kan.

Teringat satu lintasan fikiran minggu lepas.

Saya tahu ramai yang mengenali TGNA, tapi tak berksempatan bertemu arwah kan.
Sama juga dengan saya. Tak berkesempatan laksanakan perancangan bertemu arwah.
Namun, jangan bersedih.

La tahzan muslimin muslimat.

Hari ini, tetaplah bersyukur kepadaNya.

Kerana Allah swt pilihkan kita berada di landasan perjuangan, yang pernah TGNA perjuangkan sepanjang hayatnya.

Bersyukurlah. Kita masih di 'laluan' yang sama sebagaimana 'laluan' yg arwah lalui dan harungi dahulu.
Bersyukurlah kita dipilih Allah swt untuk menjadi penerus perjuangan arwah dan Rasulullah saw.

Dalam bersedih dan kehilangan, masih ada nikmat harus kita syukuri.

Begitu jugalah jika kita kehilangan sesuatu yg disayangi dalam kehidupan kita.
Hakikatnya masih ada yang bisa kita syukuri.=)

akhirnya,

Bersyukurlah juga, masih ada alim ulamak di Malaysia, boleh kita santuni.
Maka janganlah sia-siakan mereka lagi.

Jangan biarkan pisang berbuah dua kali.

Peringatan buat diri saya terutamanya.

Rancanglah ke Ijtima' Ulamak Antarabangsa Mac nanti. Moga Allah swt izinkan dan murahkan rezeki saya dan kita. aamiin.

Bak kata seseorang " Usahalah dapat kesana. Bukan senang jumpa ulamak dunia. Ni orang datang ke negara kita. kita nak ke negara orang entah bila lagi."

~ ~ ~ ~ ~


Setakat ini sahaja coretan saya kali ini. Ayuh bersama kita kuatkan diri. Arwah pasti tidak mahu kita berterusan dengan kesedihan, dan pasti arwah mahukan adalah kita teruskan perjuangan arwah.
Allahuakbar.

Marilah sama-sama kita terus melakar pelangi perjuangan arwah hingga titisan darah terakhir kita.
supaya 'pulang' kita kepada-Nya,
dengan jiwa gembira.

Melengkapkan lagi perjuangan arwah. insyaAllah.


Bersama kita teruskan 'wasiat perjuangan' arwah TGNA. InsyaAllah.


Doakan saya juga teguh di jalan dakwah dan perjuangan ini.

Assalamualaikum wrm wbt.


~ Perindu Rantauan~


# terima kasih, seseorang pernah memberikan hadiah buku tulisan TGNA kepada saya. Kini ia amat sayangi dan bermakna buat saya. #




*Esok dah nak balik UKM, cuti semester bakal berakhir. Semoga kejayaan lebih dikecapi. Alhamdulillah atas keputusan peperiksaan lalu. Hadiah buat ummi papa. Alhamdulillah. Tiada kebahagiaan yang membahagiakan diri sendiri, melainkan membahagiakan ayahanda bonda.
Doakan 'kembara' semester dua pula. *



210215
Gombak
0341 pm