Wednesday 25 January 2017

Melancong di Langkawi





Bismillahirrahmanirrahim...

Minggu lepas Allah swt izinkan aku dan classmates ke Langkawi. Ini first time gi melancong dengan kengkawan. Alhamdulillah planning ni menjadi dengan pakej yang berbaloi.

Tiket flight : Pi balik
RM 88 sahaja!

Hang nak dapat murah, so hang usha la tiket time promo tu hee. Kitorang dapat murah sampai RM 88 tu sebab kebetulan ada kawan sorang ni ada kenalan sampai dapat diskaun harga tu. Kawan tu dah biasa melancong so itulah jadi kepercayaan kami untuk terima tawaran diskaun tu.


Pakej kitorang : RM 280/ per person

- Private boat Island hopping
- Tiket cable car dan museum 3D
- Tiket Magrove
- Homestay 3 bilik
- Kereta Avanza dan Grand Livina

Pakej ni kitorang ambil dengan suami rakan sekampus. So takda la istilah kami nak ragu-ragu dengan pakej dia sebab memang kenal kan.

Serius puas hati dengan pakej yang kami ambil, semua berbaloi dengan harga tu. Iyalah termasuk sewa kereta MPV sekali untuk 5 hari 4 malam. Boleh dikatakan setiap hari tu sepanjang hari kitorang berjalan. Keluar pagi balik malam, haha.

Biasanya selepas settle aktiviti pakej kitorang tu, barulah kitorang gi jenjalan sendiri ke tempat-tempat lain pula. Macam pantai chenang, makan kat Laksa Ikan Sekor, gi Haji Ismail Grup dan macam-macam tempat lagi.

Kitorang tak tempah sekali guid tourist so Waze lah pembantu kitorang kat sana. Haha. Tapi takda masalah sangat kalau sesat sebabnya homestay kitorang tu memang centre dari tempat-tempat menarik di Langkawi.

Haa tips nak melancong dengan jimatnya meh baca lagi. Hii.

Seminggu sebelum fly kitorang 10 orang sepakat nak bawa makanan ringan sikit-sikit sorang bawa pi sana. Hee~ Haa sikit sorang pun sekali bila kitorang dah kumpulkan, mak aihh menggunung juga jadinya kat dapur tu. Sampai ada lebihan kot, macam kopi sachet tu kitorang sedekah kan aje kat homestay tu.

Ohya, sebut homestay nak ceghita jugakla pasal rumah ni. Serius puas hati duk rumah ni, 3 bilik (dua bilik ada aircond wuu), haa dapur dia complete, tinggal hang beli la barang asas nak masak tu.

Kelengkapa homestay :

-3 bilik besar
- semua katil king & lemari
- 2 bilik ada aircond
- televisyen
- mesin basuh (yang ni kitorang teruja lebih sikit hee)
- sofa
- peti ais! hee

ala senang ceghita COMPLETE semuanya lah ya. Hii.

Nak share sikitlah, al maklumlah kita ni first time sampai kat Langkawi kan tapi dah 3x kali sampai Kedah. Masa pi pulau Beras Basah mak ai, rasa macam bukan duk di Malaysia tau. Haha. Memang macam pulau tu orang asing punya, mana taknya macam-macam orang ada!

Satu lagi, pantai Chenang pun sama alahai. Tak sedap betui mata memandang. View dah cantik sebab kami pun sampai sana waktu senja. Sangat cantik serius, pemandangan macam ni lah aku suka.

Dahsyatnya jugak sepanjang berjalan di kedai-kedai kat situ, boleh kira dengan jari kot berapa kali aje terserempak dengan orang Melayu. Huu~ Nampak sangat kan situ memang tempat pelancongan, tempat tumpuan pelancong asing. Hm sebenarnya berpijak aje sana terfikir juga la, sayangnya bumi Malaysia, tempat indah kurniaan Allah macam ni tapi 'dicemari' dengan keadaan macam tu. Sedih pun hade masa tu, tapi nak buat macam mana kan.

Hm kalau nak ceghita perjalanan melancong 5 hari 4 malam tu memang entah bila la siap post ni. Macam-macam benda rasa nak ceghita tapi tak apalah ya. Sampai sini sajalah ya. Tengoklah, kalau teringin nak share lagi nanti ceq share lagi. Hee.

InsyaAllah ada rezeki lebih next trip kitorang ke Sabah pula kot. Hee~

Nah ini gambar-gambar kitorang kat Langkawi.

Di perhentian terakhir naik Cable Car.
Sejuk kat sini, view pun cantik!



Pantai berdekatan airport.
Sinilah juga kami merasa laksa ikan sekor dan pasembur.

Ni time pi masuk gua, tengok cik Kelawar.
Tasik Dayang Bunting.
Kat sini korang jangan bawa plastik atau makanan di tangan tau, gerenti kena rembat dengan cik Nyet (baca: monyet)



Haa, ni bendang sebelah homestay kitorang!
Gigih tunggu takda keta, pastu hakak depan tu gi selpiaq atas jalan raya. haha.


Ni kat tengah lautan... Kilim Forest Park. Serius best. Time ni la tengok HELANG~~ Yeayy.

Museum 3D
Ini antara museum terbesar di dunia dan museum pertama terbesar di Asia Tenggara.
Abang kat museum ni cerita kat kitorang.

Ni la kat Pulau Beras Basah. Memang cantik sangat pulau ni. Biru jer airnya tau.




Dataran Lang.
He tu sebenarnya gambar untuk bisnes tudung saya.
Minta tolong kawan jadi model hee dan Amik peluang shooting sekejap kat situ.

(Meh la follow IG saya, Guzel Exclsuive by Umie Balqis, tudung bidang patuh syariah)


 CikRose~

Bangi
1224 am
250117


Sunday 22 January 2017

Aku Nak Travel!


Gigih snap gambar memalam buta ni. Hee~

Bismillahirrahmanirrahim...

Malam tadi, aku buka Instagram, tup tup terpampang gambar Sabatini, isteri Azlan Andi yakni penulis buku Biniku Ninja.

Gambar tu Saba duk di Jepun dengan salah sorang anak kembarnya. Masa tu, tak tahulah pasai apa aku terinspirasi dengan Saba. Datang keinginan satu hari nanti aku nak macam dia boleh jelajah dunia.

Masa tu juga aku kagum dengan dia sekeluarga, iyalah anak dahla kembar, anak sulung pula tu, tapi boleh survive dan pi sampai luar negara. Biasa orang cakap, kalau anak sulung tu kembar, agak mencabar lah sebab baru first time ada anak, tetiba dapat kembar pula. Haish, mana tak peningnya nanti. Hee~

Actually, dari awal aku baca buku Azlan Andi lagi aku dah kagum dengan kisah Azlan. Yang aku boleh cakap, Azlan ni seorang yang reti grab peluang depan mata dia. Reti sungguh sampai boleh buat income tuu. Dari budak tak cemerlang dalam SPM tapi boleh travel jauh hasil kemahiran yang ada. Haa, mana tak terinspirasi.

Tapi memang teringin nak travel sampai luar negara satu hari nanti. Lagipun orang minat menulis ni mostly jenis suka travel dan berjalan, sebab dengan tu kadang kami ni boleh dapat idea tau. Hee. So, janganlah marah kalau aku suka berjalan ya.

Mak ayah aku kadang memang perasan aku jenis suka berjalan. Mana-mana je aku nak je ikut kawan, nanti depa tegurlah. "Balqis ni tubik sokmo." Benda macam ni berlaku hiasanya time cuti semester lah, sebab masa tu kita duk rumah je kan. Then selepas kena tegur, aku stop sekejap lah. Hee. *Hold orang kata*

Alah, tempat aku pi biasanya bukan tempat asing pun. Biasa gi ziarah keluarga angkat, gi rumah kawan atau mana-mana lah. Aku jugak takkan pi tempat kalau aku tak biasa dan tempat awam luar bangunan. Aih cane tu? Contohla, kalau dalam bangunan macam KL Sentral, Midvalley tu aku berani ler sengsorang tapi kalau kena keluar dari bangunan tu, memang tak lah.

Tapi... kalau kat kampus aku bukan jenis kaki keluar berbanding kawan-kawan aku tau. Kadang aku yang pelik, depa ni macam selalu sangat aje makan luar. Best sangat ke. So aku ni jurus jugakla kan. Ngee.

Haa, one more sebab tu, kalau kawan luar datang UKM dan nak makan di Bangi, haa jangan tanya aku. Biar aku yang tanya kawan UKM aku mana tempat makan yang okay. Hee~ sebab aku memang tak tahu kecuali satu dua tempat saja lah.

Opss, melencong ke England pulak aku ni. Hm, insyaAllah dengan izin Dia harapnya dapatlah aku travel satu dua tempat di dunia ni satu hari nanti. Tempat macam Turkey, Brunei dan Dubai pun okay dah asal ada jugaklah kenangan travel luar negara kanss. Hee~

Okaylah, saja nak merepek malam ni. Baru lepas sambung baca buku Azlan Andi sebenarnya ni. Okay, doakan aku dapat travel luar negara nanti ya. Aamin.

CikRose


Gombak
220117
0320 am

Thursday 5 January 2017

Senyumlah!



Bismillahirrahmanirrahim...

Kita berlari-lari mengenggam sesuatu, rupanya dalam diam tercicir di pertengahan.😌

Terduduk kita, berhenti melepas lelah dan kecewa.

Seseorang mendekati, dia berkata, 
"Ini awak punya. Senyumlah."

Dihulurnya sesuatu itu. Lalu kita kembali tersenyum.😊

Hadir seseorang dalam hidup kita, mungkin sekadar untuk mengingatkan mungkin juga untuk membahagiakan kita.

Apapun, kehadiran sesiapa pun, ada kebaikannya yang tak kita ketahui.😊💪🏻
Waiting.


Wednesday 4 January 2017

Ada Bahagia Untuk Anak Ayah




Sufiya : Pa, kenapa takdir Fiya macam ni ya pa?

Papa : Fiya sayang, jangan persoalkan macam tu. Fiya percaya qada qadar Allah kan?

Dengan perlahan, Fiya mengangguk lesu disisi papa. Dah lama benar dia tidak berbual begitu dengan papa sejak disibukkan dengan urusan kampus.

Hujung minggu itu, kebetulan dia keluar dengan papa dan Allah takdirkan dapat bersembang dari hati ke hati dengan papa. Inilah antara satu nikmat dan detik indah dalam hidupnya. Meluah segala resah gelisah di jiwa pada papa.

Papa menoleh ke kanan, menatap wajah Fiya. Begitu juga Fiya, dalam tak sedar air matanya dah bertakung.

Papa ; Fiya, kenapa nak menangis ni? Ceritakan pada papa.

Fiya terus tunduk tanpa balasan kata. Tak mampu nak bersuara apabila papa seolah-olah dapat mebaca isi hatinya. Dua tangannya digenggam erat, menatap saja genggaman itu.

Tanpa diminta, tangan papa mengangkat wajah Fiya.

Papa : Dengar sini anak kesayangan papa. Hidup ini tak semua indah belaka, ada masa pahit terpaksa kita telan walaupun kita tak mahu. Betul tak?

Fiya mengangguk saja.

"Fiya percaya tak apa yang Allah beri sebenarnya baik untuk kehidupan Fiya?"

Sekali lagi dia mengangguk. Dia bersedia mendengar dan menerima nasihat dari papa tika itu.

"Senyum Fiya sayang. Papa tak suka tengok anak gadis papa yang manis ni monyok macam ni.

Fiya tahu tak, papa tak pernah lupa doakan Allah berikan kebahagiaan kat anak papa ni. Setiap kali Fiya bersedih macam ni, Fiya diberikan ujian, papa lagi banyak mendoakan Fiya.

Fiya, seorang ayah itu tak ada benda paling besar dan lebih membahagiakan melainkan melihat anaknya tersenyum. Lebih-lebih lagi anak perempuannya. Pastinya dia mahu anaknya gembira dan bahagia selalu.

Fiya, jangan bersedih dengan apa yang berlaku sayang. Papa selalu beranggapan jika perkara macam ni berlaku bermakna dia bukan untuk anak papa. Dia bukan terbaik untuk anak papa.

Dan papa nak Fiya tahu, kalau tiada jodoh Fiya di dunia sekalipun, papa tak kisah. Sebab papa yakin, yang terbaik untuk Fiya sebenarnya ada di atas sana." Ujar papa sambil menunjukkan ke atas, langit. Papa mengukirkan senyuman untuk Fiya.

Pantas Fiya melihat ke wajah papa bersama airmata yang berlinangan. Papa tak pernah tak menuturkan bait kata yang amat memujuk jiwanya. Kerana itu dia sangat suka meluahkan kepada papa, Bersyukur dia atas kurniaan seorang papa yang sangat memahami.

"Papa, kenapa papa selalu macam ni dengan Fiya? Papa selalu pujuk hati Fiya...."

"Sebab papa tahu bagaimana perasaan anak papa ketika ini. Senyum Fiya, nak bahagiakan papa kan?"

"Ya pa..."

"Kalau macam tu senyum ya. Anak papa kuat, kan? Yakinlah pasti ada bahagia nanti. Allah bagi sakit sekarang supaya nanti bahagia yang datang jadi lebih berharga untuk Fiya."
Papa terus memeluk bahu Fiya, terasa mengalirnya kasih sayang seorang ayah kepada anaknya.

Perlahan-lahan Fiya menyeka air mata yang membasahi pipi.

"Pa, Fiya sayangkan pa sangat. Pa doakan Fiya selalu ya. Doakan Fiya sentiasa kuat."

"Iya Fiya, itulah doa papa selalu. Selepas ini buka hati Fiya untuk menerima suatu yang baru. Pa harap itu akan lebih lagi membahagiakan anak papa ini. Yang lebih menghargai Fiya. Senyum sayang papa." Tangan kasar papa mengusap lembut belakang kepala Fiya.

'Ya Allah, tolong sayangi ayah tercinta aku ini. Tolong rahmati papa ku ini. Panjangkan umurnya. Aku belum puas bersamanya.' Doa hati kecil Fiya, tanda sayang yang tak ternilai terhadap ayah tercinta di dunia ini. Baginya, papa adalah segala untuknya.


Nukilan Jiwa Umie Balqis :)