Sunday 29 April 2018

Puisi : 'Matahari' buat Umat Nabi




Aku,
Melihat kamu penuh inspirasi,
Melihat kamu penuh kekaguman,
Kerana dirimu yang solehah itu.
Kerana wajahmu yang menenangkan itu.
Kerana akhlakmu yang indah itu.
Kerana senyumanmu yang mendamaikan itu.

Aku,
Setia disini,
Terus mengagumi kamu,
Kerana kejayaan yang kamu kecapi itu.
Kerana kebahagiaan yang kamu miliki itu.

Aku,
Berdiri disini,
Hanya melihatmu dari jauh.
Aku hanya pengikutmu dalam diam.


Bagiku,
Cukuplah aku begini,
Mengagumimu dari jauh.
Belajar erti kehidupan dari coretan hidupmu,
Belajar erti kesungguhan dari tindakanmu,
Belajar erti sabar dari ketabahanmu.

Kini,
Kamu telah jadi 'matahari' buat umat Nabi.

Aku,
Berdiri disini,
Berdoa pada Ilahi,
Izinkan aku menjadi penulis seperti kamu,
Menjadi 'matahari' buat mereka,
Yang dalam kelelahan,
Yang dalam kesedihan,
Yang dalam kesakitan...

Doakan aku. Jadi 'matahari' buat umat Nabi.

Terima kasih buat kamu menginspirasikan aku.

Kagumilah sesiapa saja hingga kamu juga berjaya sepertinya!


290418
1232pm