Assalamualaikum
wrm wbt. Allahuakbar, sudah agak lama ye ana tak update blog kesayangan ana ni.
Mohon kemaafan. Bukan sengaja. Banyak faktor yang menghalang. Bermula dengan
kesihatan ana yang tiba-tiba saja tidak baik sebelum cuti mid sem dan bila dah
kat rumah, ditambah pula laptop bermasalah sikit selepas adik bermain sesuka
hatinya. Hehe. Kalau ikutkan hati, dah banyak terkumpul analogi nak kongsi
dengan kawan-kawan.
Opss!
Sebelum ana terlupa, ana nak tanya juga lah, apa khabar kawan-kawan? Sihat ke?
Iman dan hati dah ‘servis’ tak? Jangan kereta jer kena servis tau, hati dan
iman pun nak jugak. Ciannyer hati dan iman kalau kita tak nak servis.
Hm,
kalau ikutkn hati lagi, nak jer kongsi analogi yang dah dibuat berdasarkan
pemerhatian di sekeliling ana tetapi malam ini jam 1.04 pagi, 28/12/2012, ana
tiba-tiba saja rasa nak kongsi pasal remaja lah. Boleh kan? Ana amat
mengharapkan agar kita semua dapat dapat berfikir dan renungkan. ( fikir dan
zikir )
Dengan
lafaz suci, ana tidak berniat mahu menyakiti mana-mana pihak dalam post kali
ini. Ini sekadar pemerhatian ana. Sesungguhnya ana sendiri dalam proses
perbaiki diri yang pernah jahil suatu masa dulu. lalu bila ‘mata empat’ ana ni
disajikan dengan gelagat kawan-kawan di MukaBuka, tergerak hati nak tulis
berkaitan ini.
Okay
ana mulakan macam ni lah. Beberapa hari lepas ana tengok kat Newsfeed, dan
ternampaklah seorang kawan tukar profile picture. YA ALLAH, ana terkejut. tak
sangka. Tak adalah teruk sangat gambarnya cuma tak comel lah letak gambar mimik
muka macam tu. Bukan tak nak tegur dia, tapi ana mengharapkan sahabat sejantina
dengannya akan menegurnya nanti. Dia juga lebih faham agama tetapi mungkin
suasana kampus barangkali yang mempengaruhinya. Ana bersangka baik.
Dan
baru sekejap tadi, ana buka Muka Buku lagi. Hm, ana ternampak status dia. Lebih
kurang macam dia sedang jatuh cinta. Hmm… ana terfikir sejenak.
Ya
Allah, kasihani dia. Jangan biarkan dia lalai. Aku takut sangat jika dia lalai.
Jagalah dia.
Pastu terus tertulis status ana, “
Moga Allah sentiasa menjagamu duhai teman. Usah terlalu lalai akan dunia
remaja. Ku kasihankan dirimu. Hanya mampu berdoa agar Allah menjagamu. Remaja
sepertiku, jagalah usia remaja mu.”
Jujur,
ana sangat sedih. Ana kasihankan dia dan sahabat2 lain juga.
Ana
mencoretkan post ini ditemani dengan lagu nasyid Elaika ( pada Mu Ya Allah )
agar hadir keinsafan. Sejujurnya, ana sayangkan sangat remaja-remaja seperti
ana, seangkatan dengan ana. Disebabkan ana pernah lalui dunia remaja sebegini,
ana tidak mahu remaja lain turut sama lalai dengannya. Tambah menyedihkan ana,
apabila dia yang lebih baik dari ana, kini berbeza sudah. Mengapa dia menjadi
begitu? Tidakkah dia sayangkan dirinya? Tidakkan dia sayangkan peribadinya yang
dulu? Ana doakan dia dan kawan-kawan sentiasa dijaga Allah swt.
Kawan-kawan
yang amat ana sayangi, Usahlah mendekati lorong-lorong yang menuju neraka
walaupun lorong itu terlalu kecil. Usahlah. Ana bimbang, nanti lorong hitam itu
makin diluaskan oleh syaitan agar kita terus melaluinya.
Jika
kawan-kawan yang membaca post ini lebih alim dari ana, doakanlah untuk diri dan
bimbinglah diri selalu agar dijauhkan dari lorong-lorong hitam ke neraka.
Sayangilah diri kita, sayangilah kefahaman agama yang telah Allah swt berikan
dalam hidup kita. Jangan sia-siakannya dan abaikannya. Bimbang nanti, Allah
tarik semula, dan kita jauh dari Nya malah lebih jauh. Nauzubillah. Sentiasalah
perbaiki diri, jangan pernah tanam dalam diri, ‘aku ni dah banyak ilmu agama’,
jangan begitu. sesungguhnya ilmu Allah teramat banyak. Tanamkanlah dalam diri, ‘aku
ni walaupun dari sekolah agama ke, sekolah biasa ke, dah kerap kali gi majlis
ilmu agama, tetap kena mantapkan lagi pengetahuan dan rohani ku. Seperti kata
Ustaz Pahrol “ ilmu itu akan menyuluhi kehidupan kita.”
Ya!
Teruslah bergerak maju ke hadapan dalam memperbaiki diri sekalipun kita ni dah
pegang jawatan tertinggi dalam kampus. Sesungguhnya kita ini perlu sentiasa
belajar dan belajar. Ingat, sentiasalah ‘handsome’kan dan cantikkan diri
kita.:)
Dan
bagi kawan-kawan yang sama seperti ana, sedang berubah dan dalam penghijrahan
diri, teruslah perbaiki diri kita agar lebih suci dari dulu. Ingatlah, Allah
suka sangat dengan hamba Nya yang memperbaiki diri. Dan jangan pula kita pernah
berhajat untuk kembali semula kepada kemungkaran dulu. Jangan temanku sayang.
Sepatutnya apabila kita ikhlas dalam penghijrahan diri, sekarang ini kita telah
merasa sangat benci untuk berpatah semula. So, jom kita doa sama-sama agar
hidayah Nya sentiasa kekal menyinari hidup kita ye!:)
Ayuh
kawan-kawan yang ana cintai kerana Allah swt! Kita bersatu tangan! Bersatu
hati! Dalam menuju perubahan diri yang lebih jitu! Kita bersama bina akhlak
terbaik, tutur kata lebih sopan, lebih sayangkan Allah swt dan sebagainya lagi!
Kawan-kawan…
cuba bayangkan sekejap. Andai satu masa nanti, kita semua bersama, berjalan
beriringan ke syurga ataupun semasa kita dah sampai syurga, kita dapati sahabat
kita pun turut menyertai kita dengan wajah berseri-seri. YA ALLAH, tidak mahu kah
kita merasakan detik indah itu nanti bersama kawan kita? Apatah lagi jika
bersama sahabat baik kita.
Oh
indahnya! Di dunia kita bersamanya dan di syurga pun kita bersamanya lagi.
Inilah baru dikatakan sahabat syurga. ( err.. nak sangat jadi sahabat syurga J, doakan untuk ana )
Okay,
bagi yang dah alim, jangan lepas tangan dengan sahabat yang baru berhijrah ye.
Dan yang baru berhijrah pula, jangan lepas tangan juga dengan kawan yang dah
alim. Kita ni tak kira dah alim ke tak, sama-sama saling menasihati dan
menegur. Jangan ada rasa takut untuk menegur jika benar mahu membawanya bersama
ke syurga abadi. Kalau kita dah tak upaya nak menegurnya, gunalah dengan
selemah-lemah iman iaitu mendoakannya. Mudahan doa kita dimakbulkan Tuhan.
Baiklah
kawan-kawan yang handsome dan comel, ana rasa setakat ini sahajalah post ana
kali ini yer. Maaf jika terdapat banyak kekurangan. Cuma dalam setiap post ana,
ana menyimpan harapan agar sesiapa yang membacanya, dapat ambil pengajaran dan
berfikir serta sentiasalah perbaiki diri. Jujurnya, ana sayangkan kawan-kawan
kerana Allah swt.
Jalan-jalan
ke bandar berjalan kaki,
Sebelum
melintas toleh kanan dan kiri,
Kalau
ada silap harap dimaafi,
Jagalah
diri, iman dan hati. ;)
Salam
sayang seluas lautan dunia by Permata Alwalidaini. =)
No comments:
Post a Comment