Dengan lafaz suci, bismillah… jam 1.55 pagi ini, 18
April 2013, saya kembali mencoretkan sesuatu khas buat pembaca dan pengunjung
blog yang tidak seberapa ini. InsyaAllah, sebelum saya melelapkan mata, saya
merasa sangat mahu menulis satu bingkisan , dan yang pasti bingkisan kali ini
teristimewa buat kaum Hawa. Segalanya untuk menghargai dirimu, duhai gadisku.=)
Namun dialu-alukan juga
kaum Adam menatap bingkisan ini agar kalian lebih menghargai kaum Hawa disisi
kalian. InsyaAllah. Saya mengharapkan ada juga kebaikan untuk diteguk oleh
kalian daripada perkongsian kali ini.
Istimewa buat mu, insan
yang digelar wanita, gadis, perempuan, dan muslimah solehah.
Permaisuriku,
Keayuan semula jadimu,
Sebenarnya lebih
menarik daripada matahari,
Kewangian budi
pekertimu,
Lebih harum daripada
kasturi.
Dengan kerendahan
hatimu,
Dikau lebih tinggi
daripada sang bulan,
Dengan kelembutanmu,
Dikau lebih halus
daripada renyai-renyai hujan,
Kerana itu…
Jagalah kecantikan dan
keindahanmu,
dengan keimanan, iffah
dan maruah yang tertinggi.
Hm, baiklah kita
teruskan kepada perkongsian hari ini. Sebenarnya begini, tadi selepas mengaji
Al-Quran, saya membuat keputusan untuk menggosok jubah untuk dipakai esok hari
terlebih dahulu sebelum tidur. Jadi, untuk tidak membuang masa kosong time iron
jubah, handphone beserta earphone
diambil dari atas katil. Siaran radio IKIM menjadi pilihan untuk disantap oleh
telinga.
Jubah dan tudung
berwarna sedondon, iaitu oren muda, dikeluarkan dari lemari. Saya mengorak
langkah ke bilik iron di blok D iaitu blok kakak-kakak Ijazah, saya lebih
selesa menggosok pakaian di situ. Apabila telah bersedia untuk melakukan kerja
itu, fikiran saya tidak dibiarkan melayang. Saya menambatnya untuk fokus kepada
slot Indahnya Islam. Tak tahu tajuknya apa, tetapi berkaitan perkahwinan atau
baitul muslim. Seorang ustazah sedang memberi ceramah.
“ Hai, bab kahwin
nampaknya. Macam kena jer.” Saya berbicara di dalam hati kecil. Sebenarnya slot
itu adalah slot ulangan.
Tangan mula bekerja.
Telinga mula menadah ilmu. Begitulah yang biasa dilakukan. Kalau waktu pagi,
mulut sedang mengunyah, telinga pula sedang mengaut motivasi pagi dari Ikim.
Bukan apa, sebaiknya kita kautlah sebanyak mungkin ilmu yang dicurahkan di
Ikim. Asal lapang saja, bukalah Ikim. Pasti ada ilmu yang dapat kita timba.
Jika mengharapkan kita pergi kuliah di mana-mana tempat, tentu pelbagai alasan akan
diberikan, bukan? Busy, tak cukup masa dan pelbagai lagi. So ambillah peluang
keemasan dari radio Ikim ini. ( Sempat lagi promote Ikim, hee )
Sedang syok iron jubah,
Ustazah Hidayah mula mengupas berkaitan hak-hak suami dan isteri.
Kata ustazah “Kita perlu
memahami dengan baik hak-hak ini. Hak suami bermaksud tanggungjawab yang harus
dilakukan oleh isteri kepada suami. Hak isteri pula, tanggungjawab yang harus dilakukan
oleh suami kepada isterinya.”
Ustazah juga ada
menyebutkan hak-hak isteri ( kita ni lah, kaum Hawa sekalian ), terdapat dua
hak, iaitu hak zahir dan batin. Hak zahir termasuklah dengan pakaian, makan
minum kita, kelengkapan rumah dan sebagainya. Hak batin inilah yang selalu
masyarakat hanya fokuskan kepada hubungan intim suami isteri. Walhal hak batin
ini meluas. Antaranya, dikira hak batin juga, si suami haruslah bersikap baik
dengan isteri, bermesra, menyayangi isteri, memberi perlindungan, memberi
nasihat, bersikap lembut dengan isteri, sehinggakan isteri merasa tenang (
sakinah ) apabila berada disamping suaminya. Itulah hak isteri.
Lagi satu ilmu yang
dapat ditimba tadi, kaum hawa ini sangat perlu untuk memilih pasangan hidupnya
kerana pasangan ( lelaki ) itu yang banyak mencorakkan lukisan kehidupan
keluarga. So, pilihlah lelaki yang beragama, soleh, berakhlak baik, prihatin
dan penyayang. Jika dia seorang yang penyayang, sukakan kucing(ngee~), kan
bagus… InsyaAllah, dia pasti juga akan amat menyayangi kita.
Duhai saudariku, yang
seusia saya, atau lebih muda dan tua
sedikit daripada saya, jika saat ini kalian sedang terikat dengan simpulan
couple, saya sangat menyarankan, silakanlah meleraikan ‘simpulan couple itu’.
Mengapa? Kerana, sebagaimana kita tahu, Islam sendiri tidak meraikan hubungan
couple itu. Ia hanya banyak mengundang kepada dosa dan zina. Nauzubillah.
Saudariku tercantik,
Dengarilah… dalam slot
tadi juga seorang gadis menghubungi di Ikim. Katanya “ ustazah, saya sedang
bercinta, pasangan saya pula menjalin hubungan cinta ini sekadar suka-suka saja
dengan saya, dan ibu bapa saya juga tidak menyukai pasangan saya. Bagaimana,
ustazah?” Apakah jawapan ustazah? Ayuh baca lagi.
Ustazah menjawab, “ sekiranya
ustazah berada ditempat gadis itu, ustazah pasti sudah tinggalkannya. Jika
ketika sedang bercinta sudah begitu sikap si dia, main-main saja dengan kita,
bagaimana jika sudah berkahwin nanti? Jadi, sebaiknya tinggalkanlah lelaki itu.
Tambahan pula, mesti diingatkan, pentingnya redha ibu ayah kita dalam
mendirikan rumahtangga ini. Ingatlah, redha Allah swt terletak pada redha ibu
ayah kita.” So gadisku yang comel,
nilailah dengan kebijaksanaanmu. Dikau bisa berfikir dan sudah bisa membezakan
mana baik, dan buruk.
Teringat pula saya akan
ayat-ayat Imam Al-Ghazali di dalam buku Tentang cinta, tulisan Ustaz Pahrol~
Imam Ghazali pernah mengemukakan pertanyaan dalm kitabnya Ihya’ Ulumuddin.
Pertanyaan itu lebih kurang begini, “ jika diminta buat pilihan antara barang
baik dengan kurang baik, manakah pilihanmu?” beliau menjawab pertanyaannya
sendiri “ tentu kau memilih yang paling baik.” Kemudian beliau bertanya lagi, “
jika diminta padamu untuk membuat pilihan antara barang yang kekal dan yang
musnah, manakah pilihanmu?”
Sekali lagi beliau
menjawab soalannya sendiri, “ tentu yang lebih kekal.” Itulah semestinya
jawapan manusia yang berakal. “ Jadi mengapakah kau tidak memilih sesuatu yang
membawa kebahagiaan Akhirat? Kerana ia sesungguhnya adalah lebih baik dan lebih
kekal!” rumus Imam Al-Ghazali. So dalam konteks bingkisan ini, saya mahu
gadis-gadis yang saya sayangi (yang sedang dilamun cinta terutamanya ), ayuhlah
berfikir dan lakukan pilihanmu. Mahukan cinta yang Allah swt redhai atau tidak?
Mahu cinta hati itu kekal hingga jannah (syurga ) atau ke nar (neraka).
Renungkan…
Ayuhlah kembali memilih
jalan yang Allah swt redhai. Kita mencari cinta yang lebih suci. Usah takut
untuk melangkah menuju hijrah dan sebuah perubahan. Allah swt bersamamu setiap
masa~ Ingin saya kongsikan sepotong ayat Al-Quran yang membuktikan Allah swt
itu Maha Penyayang dan menerima taubat kita. Surah Az-Zumar ayat 53 :
“ Wahai hamba-hamba Ku
yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri. Janganlah kamu berputus asa
dengan rahmat ( kasih sayang ) Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa
semuanya. Sungguh, Dialah Yang Maha Pengampun, Maha Penyayang.”
Allah~ lihatlah
gadisku… Allah swt berbicara denganmu…
Dirimu insan istimewa…
jadi sayangilah diri sepenuh jiwa mu. Usah dibiarkan dirimu dinodai cinta
lelaki yang bernafsu durjana.
Duhai permata terindah
dunia… hayati bicara ini…
Wahai saudariku,
perhiasanmu yang sebenar bukanlah emas atau perak,
Tetapi solat dua rakaat
menjelang subuh,
dahagamu di tengah hari
kerana puasa,
airmata taubat penuh
keinsafan,
sujud panjang di atas
sejadah,
dan malu pada Allah
ketika didorong bisikan nista dan ajakan syaitan.
Duhai permataku…
Pakailah pakaian takwa
( takut kepada Allah swt ),
dirimu akan menjadi
wanita tercantik di dunia.
Kenakanlah cahaya
kesantunan dalam dirimu.
Duhai permataku…
Penawar hatimu ada
dalam kitab suci Nya,
Kenikmatan sanubarimu
ada dalam keimanan,
Kesenangan hatimu ada
dalam sembahyang,
Keselamatan hatimu
bermuara pada keredhaaan,
“ Ya Allah, Tuhan
sekalian alam, jiwa dan ragaku, ku serahkan sepenuhnya kepada Mu… Justeru, itu
kasihilah daku dan limpahkan aku dengan kemanisan mencintai Mu. Kekalkan ku di
jalan hijrah ini… Jauhi ku dari azab neraka Mu yang pedih, dan dekatkanlah aku
dengan nikmat syurga terindah Mu. Ya Allah, bimbinglah aku menjadi gadis dunia
yang dicemburui dan dirindui penghuni syurga~” Allahumma amin.
Hijrahkan diri, hati
nurani mu kepada Ilahi… pasti kau kan bahagia hingga akhirat nanti. Sucikanlah diri,
perbaiki peribadi menjadi gadis, wanita yang dihiasi dengan akhlak mahmudah, kelembutan,
ketenangan jiwa kepada sang suami. Allahumma amin.:)
~ Istimewa untuk mu
setelah sekian lama saya tidak update blog ini atas masalah yang tidak dapat
dielakkan.~ =)
No comments:
Post a Comment