Assalamualaikum wrm wbt…
Bismillahirrahmanirahim…
Segala Puji hanya untuk Dia Yang Maha Penyayang kerana masih mencurahkan kasih sayangnya kepada saya dan teman-teman. Buktinya? Dia masih memurahkan rezeki kepada ibu ayah kita untuk dinafkahkan kepada kita, anak-anaknya.
Allah... Allah... Allah...
Pagi ini jam 10.44 am, saya benar-benar terasa sayu. Ditambah pula sedang mendengar instrumental Adagio 2...
Mulanya terasa saya kerana rasa teramat berdosa dan banyak sekali dosa yang telah dilakukan sepanjang hayat ini. Seandainya teman-teman pernah mengalami perasaan ini, bersyukurlah kerana itu juga bukti DIA masih sayangkan kita. Dia masih sudi menghadirkan rasa BERDOSA, TAUBAT, dan PENYESALAN dalam hati kita.
Jadi teman-teman, segeralah kita membasahkan zikir dan telinga dengan zikrullah yang meruntum kalbu. Alirkan airmata keinsafan kita di pipi ...
Biarkan ia mengalir sebebas-bebasnya... Pasti jarang sekali kita dihadirkan rasa ini bukan?jadi biarkan ia membasahi pipi agar ia bisa menjadi penghapus api neraka di akhirat kelak. InsyaAllah.
Bertanya pada diri : " apakah dosa-dosa ku yang lalu telah Allah swt ampuni?
" apakah kejahatanku yang dulu telah Allah swt maafkan?"
" apakah Allah swt telah terima taubat-taubat ku?"
" apakah Allah swt menerima doa-doa keampunan ku?"
" apakah aku ini banyak membebankan dosa ku di pundak ibu ayah ku?" ( bagi yang belum baligh )
" apakah aku bisa menjadi anak yang memimpin ibu ayah ke syurga bersama ku?"
" apakah Allah swt mendengar doa ku mohon keampunan utk ibu ayah ku?"
" Ya Rabbi... aku hamba Mu yang teramat lemah, tanpa kasih sayang Mu ini, pasti tidak akan ku rasa berdosa dan bersalah pada-Mu.
Ya Rabbi, banyak dan tidak terhitung nikmat-nikmat yang Engkau berikan sedari aku bayi hingga dewasa ini, namun apa yang telah ku persembahkan pada Mu selama ini?
aku jauh sekali dari Mu walau ku tahu segala suruhan Mu. Sengaja aku malas kerana mengikut nafsu dan syaitan yang setia melingkar di tubuhku...
Ya Rabbi... aku mengakui kelemahan diriku, maka bantulah aku untuk mentaati Mu sepenuh hati ku... Bantulah aku, bantulah aku..." allahumma amin.
Teman-teman yang saya sayangi...
Hari ini saya mahu menyentuh hati teman-teman dengan beberapa kisah...
Semalam saya pulang ke rumah di Gombak, terasa indah saat menatap wajah ceria ummi dan ayah yang menjemput saya di stesen LRT Taman Melati.
Wajah sebeginilah yang saya mahu melihatnya di syurga nanti. Insya-Allah.
" Ya Allah, moga Engkau izinkan ibu ayah kami menjadi penghuni syurga Mu. Hiasi wajah mereka dengan senyuman yang menggambarkan berjuta kebahagiaan."allahumma amin.
Walaupun sebentar saja saya berada di rumah, namun dapat merasai kegembiraan adik-adik, Eqmal, Eqram ( kembar ), Eqwan dan Ina...
Allahurobbi, biarpun baru dua minggu lalu bertemu mereka, tetapi sudah bertamu rasa rindu dan sayangku pada mereka...
"Ya Allah, izinkan kami semua hamba Mu, bersama keluarga kami di syurga Mu, allahumma amin."
Ini kisah pertama, selepas solat Maghrib di rumah, ibu ayah dan adik-adik menghantarkan saya dan Asna ke stesen Lrt Taman Melati.
saya mahu berpesan kepada teman-teman , semasa ingin pulang ke kampus, jangan lupa ucapkan ayat ini kepada kedua insan teristimewa kita.
" ummi, doakan ore deh" ( versi Kelate )
" pa, doakan ore deh."
" ummi, doakan saya ya."
Ayat ini... sangat berbisa di hati saya, kerana saya pasti menitiskan airmata sejurus memeluk dan menyalami ibu ayah. Pasti mengalir...
beginilah kaum hawa, berjiwa lembut...
" Allah, sayangilah ibu ayah ku dan adik beradikku. Jagakan abang-abangku yang jauh dari mataku. Sayangi mereka sentiasa." allahumma amin.
Saya naik Lrt, disebabkan terlalu penat dan perjalanan ke KL Sentral juga masih jauh, maka saya memejamkan mata. tidur-tidur ayam, sekadar melepaskan sedikit kepenatan.
sesekali mata dibuka. begitulah seterusnya.
Dan sekali lagi mata terbuka kerana telinga kurniaan Ilahi ini menangkap suara-suara ceria. Sangat hampir dengan saya.
Kelihatan hampir lapan orang ( 8 ) budak sedang berdiri di bahagian paling hadapan Lrt. Mereka berebut-rebut mahu berdiri di situ kerana dapat melihat jalan Lrt.
Saat melihat wajah ceria mereka, saya dapat rasakan senyuman terukir di bibir saya. Namun sesiapa tidak dapat melihatnya kerana terselindung di balik 'sehelai kain' kecuali mereka yang memerhatikan mata saya. saya suka melihat mereka. Allahurobbi.
Di kalangan mereka, Saya juga suka melihat seorang budak lelaki yang mendukung adik perempuannya ( comelll ). Jelas kelihatan penyayangnya si abang itu. Mereka berbual pelbagai cerita.
Tertanya di kalbu ku " mereka mahu ke mana? datang dengan siapa?"
saya terus memerhatikan mereka dan melihat gelagat mereka. Oh... ada ibu mereka, sedang duduk di hadapan saya. Mulanya terselindung dengan tubuh kecil si anak-anaknya. Wajah ibunya langsung tidak memaparkan wajah letih, namun tersenyum bahagia melayan pertanyaan dua orang lagi anaknya. Wajah mereka iras.
Saya mengalihkan pandangan kepada si abang yang mendukung adik comel.
Berdoa di hati...
" Allah... permurahkanlah rezeki untuk keluarga ini. Jadikan si abang ni abang yang amat penyayang, berbakti kepada ibu ayahnya, dan abang yang menjaga adik-adiknya."
Melihat mereka, membuatkan saya teringat kepada adik kembar saya.
Doa diutuskan untuk mereka juga. Moga menjadi abang yang baik untuk adik-adik, Eqwan dan Afrina... Jagakan mereka untukku...
Bergenang airmata di kolam mata. Seandainya tidak di tahan, sudah pasti saya menangis di situ... Tetapi, saya bimbang ada yang memerhati, jadi saya menahan airmata itu dari membasahi pipi. Airmata, ku simpan dikau~
Saya sangkakan mereka akan berada lama di dalam Lrt, tetapi rupanya sekejap saja... Tiba di satu stesen, mereka pun keluar beramai-ramai...
"Allah... sayangi keluarga itu".
Saya bersyukur dipertemukan dengan keluarga itu. Mereka telah membuka mata hati saya. Mereka telah membuat saya bertambah sayang kepada keluarga. Alhamdulillah, Allah swt mempertemukan saya dengan mereka. Moga melimpah lagi rahmat Allah swt kepada mereka sekeluarga. Allahumma amin.
Sayangilah keluarga kita...
* sebenarnya dulu-dulu, saya pernah membuat keputusan, tidak mahu belajar di luar negara apabila tamat di Darul Quran kerana saya takut saya akan RINDU kepada keluarga saya. Nanti susah nak balik...*
p/s : jangan malu ungkapkan rasa rindu kepada ibu ayah kita atau adik-adik jika kita benar-benar merindui mereka... Terus terang, moga mereka dapat rasai betapa kita sayang sangat kepada mereka...
" Ummi, rindu..."
" Rindu ayah..."
" Rindu ayah..."
" kakak rindu Ina."
" Kak rindu eby la... hehe" Eby gelaran untuk Eqwan, dia baru darjah tiga tapi sangat aktif bab politik sejak PRU 13 lalu. Satu malam, dia membuat poster ' Undilah dot.dot.dot '. Bersemangat menunjukkan poster itu kepada saya. Saya mengaguminya! :)
Baik, seterusnya saya mahu berkongsi kisah terakhir, pasti ini lebih mengharukan jiwa. Terutama buat insan-insan yang bergelar anak ( jauh dari keluarga, menuntut ilmu di kampus ).
Saya ni dah la memang tengah sedihh merindukan keluarga, pastu dipertemukan pula dengan kisah seorang ayah, di page Oh media ! selamat menghayati...
Dengan lafaz bismillah, saya mempersilakan teman-teman membacanya...
Bismillahirrahmanirahim…
Pagi tadi:
No comments:
Post a Comment