Assalamualaikum cinta… hehe.
Apa khabar wahai insan yang ku
cintai?
Moga dirimu baik-baik sahaja…
Wink~wink… bercinta cintun la pulak
kan…
*selingan saja* hehe
Assalamualaikum sahabat-sahabat yang
saya sayangi…Allahurobbi. Sudah berbulan-bulan kan saya tidak mengirimkan
berita sebelum saya update post yang bertajuk “Seandainya bisa ku
mencintai-Mu”. Hampir 3 bulan kot… Jujur, dalam tempoh 3 bulan itu, rindu saya
membuak-buak untuk menulis dalam blog usang ini. Harapnya kalian dalam keadaan
baik-baik sentiasa ya.
Sebenarnya, bukan saya sengaja mahu
menyepikan diri selama 3 bulan itu. Masa dan amanah yang dipertanggungjawabkan
kepada saya harus saya aulakan tika itu. Iyalah, saya kan berada di semester
dan tahun akhir pada waktu itu. Justeru, beberapa amanah perlu dilaksanakan
terutamanya amanah saya untuk menghabiskan hafalan Al-Quran. Itu merupakan
tanggungjawab utama setiap pelajar Darul Quran sebelum tamat pengajian. Kini,
saya sudah mampu melafazkan ‘Alhamdulillah’ kerana diizinkan-Nya untuk
menghabiskan hafalan saya. Allahurobbi. Begitu banyak sekali kenangan sepanjang
‘menghafal kalam suci-Nya. Pahit dan manis, semuanya ada.
Andai ia telah sebati dalam diri,
pasti sukar untuk disingkirkan dari diri.
Begitulah dengan minat terhadap
penulisan ini… Hati telah lama meronta-ronta mahu menulis di blog ini, namun
saya terpaksa memujuk hati dan diri agar ‘bersabar’ dahulu. Hee. Lepas tamat
belajar, barulah boleh fokus kepada penulisan. Pada tarikh 18/3/2014, secara
rasminya saya telah berjaya menghabiskan pengajian saya di Darul Quran.
Alhamdulillah. Bersyukur pada-Nya walaupun terasa begitu cepat masa berlalu dan
terpaksa meninggalkan ‘kampus ketenangan’ itu…
Hm, intro post kali ini dimulai
dengan ‘assalamualaikum cinta’ kan? So… tak lain tak bukan, isu kali ini
mestilah berkaitan cinta. Hoho…
Bila berada di sem akhir dan selepas
tamat pengajian, pasti banyak saja ujian dari CINTA… Tidak dapat dinafikan
lagi! cinta cinta cinta!!! Kalian akui tak perkara ini? Mesti ada yang jawab
‘Ya!!’ dengan penuh semangat dan mungkin juga ada jawab ‘Tidak’ sambil
mencebikkan muka. hee. Relaks.. jangan marah-marah andai ada yang tak suka
berbicara soal cinta. Jika tak suka, jangan diteruskan membaca artikel ini.
Hee.
Sahabat sayang… berapa umur kalian
sekarang? 13 tahun? 17 tahun? 20 tahun? Atau 12 tahun macam saya? ( errr 12
tahun ke 21 tahun? ) hehe… atau 30 tahun?
Secara jujurnya, saya tak menolak
pengakuan sahabat sekiranya ada yang mengatakan tidak pernah kenal cinta selama
ini. Ya! Sebab memang ada insan yang tidak pernah bercinta sesama manusia.
Wahh… beruntunglah sahabat-sahabat itu sebab sangat dijaga Allah swt sehingga
hatinya langsung tidak pernah dicuit oleh cinta manusia. Bersyukurlah dirimu…
Walau bagaimanapun, terdapat juga
sahabat kita yang ANTI dengan CINTA dan lelaki tau. Saya pernah temuinya
tetapi… hmmm, bila dia terkena ‘bius cinta’ mak aiii dia pula terlebih cinta
dari orang yang pernah mengenali cinta! Tak caya? Percaya je la… sebab saya tak
tipu pun tau… J
Lain ceritanya pula bagi sahabat
yang pernah ‘TERjatuh cinta’ .hee. jangan la sedih… sahabat yang bercinta, itu
tidak bermakna Allah swt tak menjaga kita tau. Allah tu kan sebaik-baik
perancang. Dia lebih mengetahui yang terbaik untuk kehidupan kita. Kebiasaannya
yang saya temui, sahabat yang bercinta tika zaman remaja, mereka tidak
berterusan hanyut dengan cinta itu tau… Ya! Memang masa usia remaja dia dibuai
cinta manusia, tetapi siapa sangka disebalik kehanyutannya itu terselit hikmah
yang sangat indah!
Hikmah indah?? Hikmah apa tu?? Kalau
dah bercinta, masih ada ke Allah nak bagi hikmah??
Haa… itulah persoalan yang mungkin timbul
di benak fikiran kita kan?
Sahabat sayang… Allah swt itu tidak
kejam terhadap setiap hamba-Nya. Ingat tu ye. Kekadang manusia ini je suka cepat
menghukum mereka yang melakukan kesalahan. Hm, Allah itu kan bersifat Ar-Rahman
yakni Maha Penyayang. Lupakah kita?
Sahabat sayang… atas nama cinta-Nya
dan atas sifat-Nya yang Maha Peyayang itulah sahabat yang ‘TERjatuh cinta’ itu memperoleh
HIKMAH TERINDAH dalam hidupnya…
Bila dapat hikmah tu?? Hati dah
dipenuhi cinta lain, boleh lagi ke nak dapat cinta Allah swt?
Hm… relaks ye. Hee. Allah swt itu
sangat mencintai kita. Dan sebagai mana kita tahu, manusia itu sejahat mana pun
dia, pasti akan pernah terdetik dalam hatinya mahu berubah, walau SEKALI. Yang
membezakan cuma tahap kesedaran dan kesungguhan seseorang itu untuk melakukan
perubahan.
Sahabat, bukankah Allah swt Maha
Mengetahui segala yang tersirat dan tersurat?
Begitulah jua dengan setiap bisikan dan gerak hati kita.
Sahabat yang saya sayangi
kerana-Nya… Allah swt boleh mengubah sesuatu perkara dalam sekelip mata sahaja.
Andai Allah swt berkata ‘kun fayakun!’ maka ia akan terus terjadi. Begitu
jualah dengan mencuit hati manusia. Seandainya Allah swt Yang Maha Esa mahu
membawa manusia yang pernah ternoda dengan cinta manusia ke arah cinta sebenar,
ia pasti bisa terjadi! Tidak mustahil.
Maka bermulalah episod menikmati
hikmah terindah. Setelah dia mula menjinakkan diri dengan cinta Ilahi, maka
makin terserlah ‘cahaya’ hikmah terindah itu… apa antara hikmahnya?
Antaranya, sahabat kita itu akan
LEBIH MERASAI, MENGHAYATI dan MENGHARGAI cinta Allah swt yang mula bertakhta di
hatinya.
Keduanya, sahabat itu LEBIH merasai
kemanisan sebuah PENGHIJRAHAN menuju Allah swt.
*Lagi?*
Ketiga, sahabat itu LEBIH merasai
kenikmatan rasa PENGHAMBAAN diri kepada Allah swt.
Keempat, sahabat itu LEBIH merasai
KEINSAFAN diri atas dosa-dosa yang pernah dilakukan dahulu kala. Atas rasa
keinsafan ini lah yang membuatnya makin mendekati Allah swt.
Kelima, sahabat itu LEBIH dijaga
kehidupannya oleh Allah swt semasa dirinya menginjak ke alam dewasa! Allahu,
beruntungnya insan ini!
Ada suara yang bertanya… “Kenapa
pulak??”
Yelah, sebab dunia dewasa lah lebih
mencabar ujiannya tau. Tambahan pula dengan keadaan di sekeliling kita sekarang
ini. Banyak berlakunya pergaulan bebas antara lelaki dan wanita. Hm, lihatlah
sendiri di sekelilingmu…
Allahurabbi… sebenarnya banyak lagi
hikmah terindah itu. Sesiapa yang pernah berjalan di ‘highway Hijrah’ pasti
lebih memahami dan merasainya, kan?
Itulah hikmahnya sahabat-sahabatku.
Justeru, janganlah dihukum dan
dikeji sahabat kita yang pernah terjerumus dengan cinta monyet, cinta kera,
cinta kambing ke dan apa-apa cinta lagi… hee. Sebaliknya, sayangilah dan
bimbinglah mereka, moga mereka akan tetap di jalan cinta abadi yakni cinta
Ilahi. Aamiin.
Berbahagialah sahabat yang sedang
menuju kecintaan dan keimanan kepada-Nya. Di bawah ini, saya sertakan
keistimewaan yang kalian miliki tanpa disedari. Janji Allah swt terpatri dalam
kitab suci-Nya.
“ Malaikat-malaikat yang memikul
Arasy dan malaikat yang berada di sekelilingnya bertasbih
dengan memuji
Tuhannya dan mereka yang beriman kepada-Nya serta memohon ampunan untuk
ORANG-ORANG BERIMAN, seraya berkata “Ya Tuhan kami, rahmat dan ilmu yang ada
pada-Mu meliputi segala sesuatu, maka berilah AMPUNAN kepada
ORANG-ORANG yang
BERTAUBAT dan mengikut jalan agama-Mu dan PELIHARALAH
mereka dari azab neraka.”
– Surah Ghafir : ayat 7.
Allahu… lihatlah dan bacalah doa
dari malaikat buat kita hamba-Nya yang beriman dan bertaubat. subhanaAllah…
istimewanya diri kalian kerana didoakan oleh malaikat… maka bersyukurlah… Alhamdulillah!!!
Semoga kita akan sentiasa terpelihara dari azab neraka. Allahumma aamiin.
Hmm… itulah kisah cinta… cinta ada
pahit dan manisnya, cinta juga ada baik dan buruknya. Segalanya bergantung pada
kita, bagaimana menguruskannya?
Cinta yang manis adalah cinta yang
ditaruk ‘gula keimanan dan ketaqwaan’ kepada Allah swt Yang Maha Agung.
Cinta yang pahit pula adalah cinta
yang TERSALAH ramuan dan acuannya. Hee.
*suara hatiku mencelah* Adoii.
Pandai-pandai je Balqis ni buat ‘ramuan cinta’ ye… hehe.
Cinta! Cinta! Cinta!
Huh, kekadang rumit mahu
memikirkannya tetapi itulah, bila dah jatuh cinta, kena fikirlah. Kena
hargailah orang yang kita cintai dan orang yang mencintai kita. Wink~wink! =)
*suara mengusik* Balqis ada mencintai
seseorang ke? Dan ada ke seseorang mencintai kau, balqis oii?
Tut tut tut… senyum kambing~ now
playing lagu ‘Biarlah rahsia’ by Siti Nurhaliza. Kih3…
*Pandai ye sekarang buat lawak* =)
Well, balqis kan.. baru tahu
ke? Haha. (Perasan)
Baik… itu sahaja kot perkongsian
cinta pada kali ini… semoga ada juga manfaatnya kepada setiap pembaca… dapat
kutip sikit manfaatnya pun takpe. At least ada juga ‘bekalan saham’ untuk saya
di sana nanti. apa yang baik, ambillah sebagai bekalan dan apa yang buruk tak
usahlah hiraukannya ye. Yelah, saya ni pun biasa-biasa saja, bukanlah pakar
cinta seperti kak Ha = Fatimah Syarha dan abang Raf = Hilal Asyraf. Hee. Nak
hurai lebih-lebih pasal cinta, memang tak layak lah. Hee.
Akhir kata, doa saya, semoga kita
semua ditemukan dengan pemuda atau pemudi yang sangat mencintai PENCINTA
kita…yakni Tuhan Yang Maha Besar. Allahumma aamiin.
Jaga diri, jaga iman, jaga hati dan
jaga mata ye sahabat sayang…
*ULANGAN PENGUMUMAN*
Jaga diri, jaga iman, jaga hati dan
jaga mata tau awak tuuu… wink~wink… =)
Saya mengundur diri dulu…
Yang benar,
Insan yang sangat menyayangi kalian,
Permata Alwalidaini… ^^
No comments:
Post a Comment