Saturday 28 March 2015

Nota Musafir


Bismillahirrahmanirrahim...

« Nota Musafir »

Andai suatu masa dulu pendakian bukit itu terselit harapan.
Dan musafirnya kali ini juga tersimpan 1001 pengharapan dari Tuhan.

Permusafiran itu bermula...

Seperti selalu. Memilih kerusi di tepi tingkap adalah kesukaannya.
Saat bas mula bergerak membelah kepekatan malam, maka bermula pelayaran mindanya.
Mata melihat kenderaan-kenderaan, bangunan-bangunan yang meninggi, dan kesibukan di kota raya. Namun, jiwanya tidak memandang kosong akan semua itu.
Bermula permusafiran, bererti bermula jualah muhasabah dirinya.
Tika itu, pelbagai berputar ligat di kotak fikiran. Perihal diri, keluarga, kehidupan dunia dan masyarakat. Kesemua itu menghadirkan satu perasaan, sedih.
Apabila dia ternampak gambar besar artis Stacy dan Tomok, dia teringatkan satu rancangan hiburan. Dua artis ini menjadi pendidik. Hatinya bersuara, tiada siapa mendengar. "Bangga dikau menjadi ikon kepada anak remaja dalam hiburan sedemikian. Alangkah bagusnya andai dikau sedar, mendidik remaja mengenali Islam itu lebih membahagiakan jiwa."

Tatkala terpandangkan bangunan yang berdiri gah dan manusia di dalamnya. Sanubarinya berdoa.      " Ya Rasulullah... Maafkan aku andai aku tak berkesempatan mendidik umatmu mengenali Islam. Maafkan aku andai ajal terlebih dahulu memanggilku."
Alunan qasidah di Mp3, menambahkan lagi kesedihan dan kerinduan pada baginda. Apa sumbangan telah diberikan pada umat Nabi Muhammad yang lainnya?
Tika memandang langit menghitam. Teringat dia akan arwah nenek tersayang...
" Ya Allah tempatkanlah nenekku dan kesemua ahli keluargaku yang telah pergi, di kalangan orang beriman."
Mutiara-mutiara jernihnya makin laju membasahi pipi...
Saat mendoakan...
" Ya Allah... Andai aku pergi dulu, tolong jagakan keluargaku Ya Allah. Tolong ya Allah... Jagakan mereka buatku. "

Hidup ini bukan mudah. Terlalu banyak harus difikirkan. Bukan hanya untuk diri sendiri.
Bahagia sebenar hanyalah di Syurga. Itupun sekiranya berjaya mendidik ummah sehabis daya.
Aku harus bersedia dan rela ditarbiah andai mahu masyarakat kenal Allah.
Hidup ini Bukan mudah. Allahuakbar...
Moga 'perjalanan' ini Allah lebih bukakan mata hatiku. Aamiin.

---> Musafir ke Rusila, Ijtima' Antarabangsa Perpaduan Ummah kali ke3.
---> 200315
---> Geng Ukm 3 bas.



~ ~ ~ ~ ~

sekian coretan lama. Ditulis semasa dalam perjalanan. 


Ukm Bangi
280315
0223 am




No comments:

Post a Comment