Monday 14 August 2017

Allah Janji, Lepas Duka Ada Bahagia



Alhamdulillah thumma alhamdulillah.

Biar lah sweet moment ni dah lepas tapi aku tetap nak abadikan dalam penulisan ni.

Hujung Julai lepas, aku dah dapat result semester terakhir (sem 6) dan result degree jugak.

Ingat lagi bulan Julai, dalam minggu ke3 raya, aku dan rakan-rakan kembali semula ke UKM. Ikutkan kitorang dah habis belajar bulan Jun lagi tapi sebab tesis tak siap lagi masa tu kenalah pulang semula. Haha.

Masa tu nasib baiklah aku cuma tinggal nak buat analisis dan penutup saja. Alhamdulillah memang pulun habis-habisan seminggu duk UKM. Tidur tu tak payah cakap, berapa jam je. Sebab memang dah letak target nak stay UKM masa tu dalam masa seminggu je.

Masa duk pulun tu memang asal tertidur je, aku akan bangun dan sambung tesis. Entah badan pun jadi cergas semacam, walhal tak cukup tidur. Maybe ni lah kesan dia bila kita dah letak target kan. Tujuan kita memang nak ke arah target tu ja. Fokus!

Dalam seminggu tu alhamdulillah settle semua! Bab 4 dan bab 5 serta sesi editing semua. Hari Isnin minggu selepasnya terus pergi hantar kat supervisor.

Haa berbalik pada cerita result. Sebenarnya bila ingat pasal result ni. aku rasa nak menangis sangat-sangat! Sebab rasa tak percaya sangat dapat result macam tu selepas apa aku lalui sepanjang exam atau masa Ramadhan tu.

Hanya aku tahu betapa terlalu banyak diuji masa Ramadhan tu. Air mata mengalir tak usah cakap. Sakit yang aku rasa ini aku tak reti nak describe dengan kata-kata, mungkin airmata jelah boleh menggambarkan ia. Ya, menulis ni pun bergenang-genang air mata. Kalau boleh aku tak nak ingat, tapi ujian-ujian itulah buat aku lebih ingin mendekat dengan Dia masa tu. Allahuakbar....

Allah itu Maha Adil, sangat adil!

Aku masih ingat macam mana aku menangis teresak-esak di sejadah bulan Ramadhan tu sebab aku tak pernah menduga Allah akan bagi aku ujian seberat, sehebat dan sebesar tu. Aku hanya mampu buat masa tu, sujud. Sujud minta kekuatan dari Dia, itu je aku mampu ya rabbi. Allahu.

Waktu terima pelbagai ujian itu aku cuba, aku cuba kuatkan hati, diri dan iman untuk terus bersangka baik. Untuk belajar menerima segala ketentuan aku yang aku diberi semua ujian itu.
Aku terus meyakinkan diri bahawa Allah akan bagi aku kebahagiaan.

Aku hanya ada DOA. Aku hamba-Nya yang sangat tak terdaya masa tu.

Dan ternyatalah, aku yakin, result sem6 yang aku dapat itu pasti pengganti kedukaan di sebalik semua ujian tu dulu. Aku yakin. Alhamdulillah, Allah swt makbulkan doaku. Alhamdulillah.

Aku bukanlah budak pandai tapi itulah hadiah terindah dan ter best sepanjang aku di UKM, terima kasih duhai Allah swt kerana mengizinkan aku memberi hadiah ini kepada mak ayah aku. Alhamdulillah....

Disini aku nak kongsikan, sebenarnya bila kita benar-benar sabar dengan segala ujian hidup, insyaAllah Allah swt akan beri bahagia.

Entahlah, aku tak reti dah macam mana nak describe perasaan aku yang tu. Cuma itulah aku mampu cakap, bila Allah uji, tak kisah lah berat macam mana pun, terus didik hati bersangka baik dan berdoa. Itu je aku mampu cakapkan.

Itulah kali pertama Allah swt bagi aku ujian yang besar dan bertalu-talu pulak. First time dalam hidup aku dan aku dah rasa macam mana Allah swt bahagiakan hati aku kembali.

Segala puji bagi Allah, Maha Suci Allah yang sifatnya sangat Maha Penyayang dan Maha Mendengar.

Aku sujud syukur pada-Nya masih sudi berikan aku kebahagiaan.

Terima kasih ya Rabbi.... :)

Muhasabah Seorang Gadis.

140817

No comments:

Post a Comment