Sunday 1 January 2012

PerMata AlwaliDaini..

Begitu dekatnya jiwa AYAH DAN ummi dengan JIWA anaknya..


Benarlah jiwa seorang ibu amat dekat dengan jiwa anaknya,begitu juga dengan jiwa si ayah.masih segar di ingatan ku tika ku pulang ke kampung halaman di negeri serambi Makkah pada cuti semester satu,2011. Meskipun cuti itu Cuma sekejap waktu namun ku tetap bersyukur dapat menatap wajah alwalidaini tercinta.
Sepanjang cuti itu,daku banyak meluangkan waktu untuk melaksanakan program kecil untuk junior di MMPM,sekolah lama ku.meskipun program itu tidak berjalan seperti yang di rancang,ku tetap bersyukur kerana sedikit pengorbanan telah ku laksanakan.at least ku mengenali erti sebuah pengorbanan untuk Islam,ku mengerti sebuah amanah yang harus ku laksanakan,dan mengenali erti berdikari.
Berbalik kepada maudu’(tajuk)asal..J
pabila telah genap 2minggu ku berbulan madu bersma usrati(keluargaku),tibalah sudah hari terakhir daku berada di negeri Kelantan.masih ku ingat detik sebelum daku berlalu pergi ke kedai membeli sedikit bekalan untuk di bawa ke Darul Quran,pekerja ummi bertanya kepadaku ingin kemana.daku menjawab kepadanya “nak ke kedai jap,esok dah nak gi Darul Quran.” Balasnya” oo..patutlah papa masak nasi dagang hari ni,anak kesayangan dia nak gi dah.” Opps!terkejut daku mendengar kata-kata itu,ku hanya membalasnya dengan senyuman manis.betul ke anak kesayangan dan betul ke papa masak nasi dagang??hati ku di selubungi penuh tanda tanya.
YA ALLAH! Dekatnya jiwa seorang ayah dengan anaknya..kenapa ku berkata begitu? Kerana daku semamangnya teringin sangat nak makan nasi dagang sebelum balik ke DQ..Papa..terima kasih sangat..
Kasih ummi pula turut terbukti..
Pada 26/12/2011,jam 5.30 pagi ku tiba di perhentian bas Pasir Mas.Papa menjemput ku pulang ke rumah.sebelum balik ke kelantan,dalam hati ku telah di susun rapi makanan apa yang ingin ku jamah nanti. Antaranya ialah nasi ikan singgang,air batu campur yang sedap kat pasar malam di pasir mas dan pisang goreng yang hot.J
Alhamdulillah selamat tiba di rumah di kala adik-adik lena di buai mimpi.Pabila mereka bangun dari tidur,disoalkan kepada ku bila ku pulang..oh..rindunya adik-adik ku.
Sepanjang hari itu daku tidak membuat banyak sangat kerja kat rumah.banyak rest.hehe.sampailah pada waktu petang,papa dan ummi pulang ke rumah.
Jujur,daku tidak pernah suarakan keinginan hati ini kepadaummi,tetapi naluri seorang ibu itu amat dekat dengan naluri si anak. Ku lihat ummi pulang beserta pisang goreng!
YA ALLAH! Alhamdulillah sangat.Ummi seolah olah mengetahui keinginan hati yang melonjak ini,igin sangat makan pisang goreng Kelantan.
Ummi dan papa..sayangnya kalian pada anakmu ini..naluri hati ini kalian mengerti walaupun tidak pernah di ungkapkan dengan kata-kata.
Ummi dan papa,syukran atas segala pengorbanan dan penat lelah kalian selama ini sehingga diri ini diizinkan Tuhan untuk menjejakkan kaki di bumi barakah,Darul Quran.
Ummi dan papa,tidak termampu rasanya dengan kudrat diri ini untuk membalas segalanya yang telah kalian curahkan kepada diri ini,namun yang pasti nikmat syurga firdausi insyaALLAH dapat kalian nikmati kelak.doa anakmu ini untuk kalian melangkah ke sana sentiasa di utuskan kepada ILAHI,dengan harapan berbahagialah ummi dan papa di sana nanti.amin YA ALLAH!
PERMATA  AYAH BONDA..
Tika berjauhan,masih ku rasa kasih mu ayah,betapa ku rindukan redup wajahmu hadir menemaniku..terbayang ketenangan yg selalu kau pamerkan,bagaikan tiada keresahan..walau hatimu sering terluka,tika diriku terlanjur kata,takpernah sekali kau tinggalkan diriku sendirian..ketika ku dlm kedukaan,kau mendakap penuh pengertian,di saat diriku kahampaan kau sedia mengajarku erti kkuatan..
Tak dapat ku bayangkan hidupku ayahdan ummi tanpa kalian di sisi,terserlah kasih sayang tersemat di hati…
ANAK SOLEH..
Sifat anak yang soleh mentaati ibu ayah,tidak membantah malah mentaatinya..halus peribadinya mencontohi RASULULLAH SAW..tingkah lakunya di jaga,akhlak dipelihara..segala amalan dijaga hanya kerana YANG ESA..hormat pada yang tua,kasih pada yang muda,sayang pada ibu ayah dan juga keluarga..hidupnya rajin berusaha,tidak pernah berputus asa di dalam kehidupan penuh pancaroba..
Jangan cintai hatinya hanya untuK ALLAH,agar rasa rindu hanya untuk RASULULLAH SAW,kasih dan sayang hanyalah untuk ibu ayah,hormat menghormati sesama insan berbudi,guru dan teman-teman di kasihi..
Itulah di antara sifat anak-anak yang soleh...