Monday 3 September 2012

JOM Hidupkan USRAH dalam jiwa syabab ISLAM !


Assalamualaikum wrm wbt duhai syabab ISLAM !
Cinta kah kalian pada ISLAM?
Sayangkah kalian pada ISLAM?
Tidak mahukah kalian melihat syabab-syabab ISLAM bangkit kembali menjadi bijaksana seperti AL FATEH?
Remaja-remaja ISLAM seperti ku..
Rasulullah sendiri memulakan dakwah baginda dengan usrah, sejurus itu kian meningkatlah orang Islam dan meningkat jua lah para pejuang ISLAM tika zaman baginda.
Masih kabur kah kita ini betapa pentingnya hidup berusrah?
Jangan sengaja ditutup mata mu. Jangan sengaja membutakannya sebelum Allah swt benar-benar membutakan matamu setelah menuju akhirat nanti. Tika itu tiada gunanya lagi dirimu menyesali peluang yang Allah kurniakan untuk bersama temanmu membina benteng ISLAM agak kembali tertegak di bumi ini !
Remaja seangkatan denganku.. Laburkan titisan peluh mu untuk ISLAM dan wakafkan diri mu untuk ISLAM.
Ayuh ! JADI REMAJA YANG BERGUNA UNTUK ISLAM DAN ALLAH SWT ! :)

Jom kita semak apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan “usrah” atau lebih dikenali sebagai Smart Circle bagi ahli PERUBATAN seluruh Mesir.
usrah

PENGERTIAN USRAH

Usrah dari segi bahasa: Keluarga
Usrah dari segi istilah: Kumpulan individu muslim yang beriman kepada ALLAH S.W.T., berusaha tolong-menolong antara satu sama lain untuk memahami dan menghayati Islam.
Usrah membentuk satu ikatan perpaduan yang dibina atas dasar akidah Islamiyyah dan terjalin dengan satu ikatan persaudaraan Islam (ukhuwah Islamiyyah).
Usrah juga merupakan medan tarbiyah dalam usaha membentuk generasi yang sanggup hidup dan mati memperjuangkan Islam.
 

MATLAMAT USRAH

"Azran: Eh Bakar, ko pegi SC kenapa ek? Suka-suka je ke? Aku rasa macam tak de benda pun aku boleh capai, boleh dapat dalam SC aku. Tu aku malas pegi SC tu.
Bakri: Biar betul ko. Aku seronok kot join SC. Setiap minggu mesti aku tak sabar-sabar nak pegi SC. Abang Alias tu best giler. Aku musykil la dengan ko ni. Ko ni tahu tak apa matlamat SC sebenarnya?
Azran: Hmmm... Aku pun tak pasti. Cuba ko citer sikit apa matlamat SC sebenarnya.
Bakri: Jom kita baca matlamat SC kat bawah ni....."
  1. Meningkatkan dan memantapkan kefahaman ahli usrah tentang ajaran Islam yang syumul.
  2. Mengukuhkan semangat ukhuwah Islamiyyah dan memupuk semangat bertindak secara jemaah.
  3. Menambahkan penghayatan Islam dan melahirkan rasa tanggungjawab terhadap Islam.
  4. Membentuk satu generasi yang benar-benar memahami Islam, beramal dengan ajaran Islam dan bersedia  untuk memperjuangkan agama ALLAH S.W.T.
     

RUKUN USRAH

  1. Taaruf (berkenalan)
  2. Tafahum (persefahaman)
  3. Takaful (bantu-membantu)

1. TAARUF

Setiap ahli hendaklah mengenali antara satu sama lain serta berkasih sayang dalam naungan ruh ALLAH. Setiap orang juga perlu sedar dan faham pengertian ukhuwah sejati sesama saudara. Kita digalakkan berusaha bersungguh-sungguh supaya tiada sebarang perkara yang boleh mengeruhkan hubungan tersebut.
Firman ALLAH, ayat 10 dalam surah Hujurat yang bermaksud,
“Sesungguhnya setiap orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka perbaikilah hubungan sesama saudara kamu."
Dan ayat 103 dalam surah Ali Imran,
“…dan hendaklah kamu semua berpegang kepada tali ALLAH kesemuanya dan janganlah kamu berpecah belah.” 
Sabda Rasullulah s.a.w,
“Seorang mukmin bagi mukmin yang lain seperti bangunan yang sebahagiannya memperkuatkan sebahagian yang lain.”
“Orang muslim adalah saudara bagi muslim yang lain, ia tidak menzaliminya dan tidak juga membiarkannya.”

2. TAFAHUM

Ahli usrah mesti sentiasa muhasabah diri sama ada benar-benar telah menunaikan perintah ALLAH s.w.t atau menderhakai perintah-NYA. Setelah memeriksa diri sendiri, maka hendaklah nasihat-menasihati antara satu sama lain apabila ada kekurangan pada saudara yang lain. Dalam memberi nasihat, yang diberi nasihat hendaklah bersedia menerima nasihat dan saudaranya dan berterima kasih atas nasihat tersebut, manakala yang memberi nasihat pula janganlah berburuk sangka terhadap saudaranya yang tersilap tadi walaupun perubahan hati itu sekadar sehelai jarak sehelai rambut.
Nasihat yang diberi hendaklah dengan cara yang terbaik dan tidak memandang rendah terhadap saudara yang dinasihati. Pemberi nasihat janganlah menganggap dirinya lebih baik atau lebih mulia bahkan hendaklah memberi nasihat dengan cara yang tidak melahirkan secara terang kesilapan saudaranya itu selama sebulan dan tidak menceritakan kecacatan yang telah diperhatikannya kepada naqib/naqibah. Dia hendaklah menceritakan perkara tersebut kepada naqib/naqibah sekiranya merasa tidak mampu untuk memperbaikinya.
Dalam apa jua sekalipun, jangan sekali-kali kita merasa tawar hati terhadap saudara yang bersalah tadi, malah hendaklah memberi kasih sayang kepadanya secara berterusan. Kerana sesungguhnya hidayah itu adalah milik ALLAH, kita hanya mampu berusaha menuju ke arahnya. Saudara yang dinasihati pula janganlah menunjukkan kedegilan dan sikap keras kepala kepada pemberi nasihat. Ini kerana martabat berkasih sayang kerana ALLAH adalah setinggi mertabat kasih sayang sesama manusia. Nasihat pula merupakan dasar yang amat penting dalam agama Islam. Ini bersesuaian dengan hadis Nabi Muhammad s.a.w dalam Matan Arbain yang berbunyi:
“Agama itu adalah nasihat.”

3. AL-TAKAFUL

Bantu-membantu adalah memelihara nasib antara satu sama lain hingga tiada yang terbiar dan terdampar. Dasar at-takaful ini hendaklah dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh untuk bersama-sama memikul bebanan sesama sendiri. Dasar ini merupakan tunjang iman dan intisari ukhuwah yang sejati. Untuk mengamalkan rukun at-takaful ini kita hendaklah sentiasa bertanya khabar berita, saling menziarahi dan saling memberi pertolongan sedaya mungkin.
Sabda Rasulullah yang bermaksud:
“Sekiranya seseorang kamu berjalan kerana hendak menolong saudaranya, itu adalah lebih baik baginya daripada beriktikaf selama sebulan di dalam masjidku ini.”
Tuntasnya, adalah menjadi tanggungjawab kita semua untuk memelihara dan melaksanakan rukun-rukun usrah ini dengan sebaik mungkin. Kita mesti saling percaya mempercayai dan menjaga kerahsiaan ahli usrah. Bagi para naqib/naqibat pula, laksanakanlah amanah dan tugas ini dengan penuh keikhlasan untuk menegakkan agama ALLAH, istiqamah dengan perjuangan yang benar dan berusaha kearah mewujudkan suasana ukhwah islamiyyah di kalangan ahli usrah.
( INFO FROM BLOG PERUBATAN ONLINE )
:: Rajin-rajinkan diri singgah group " usrah pencetus dakwah penguat iman di hati " di facebook.- memerlukan teman seperjuangan di situ untuk menghidupkan usrah di luar kampus bukan sekadar di group itu. :)

5 comments:

  1. assalamualaikum wbt,izinkan saya copy bahan2 di dalam ini..ustuh mengetahui cara2 menubuhan usrah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam wrm wbt. dipersilakan. sebarkan ilmu Nya.

      Delete
  2. assalamualaikum...ana mahu meminta izin dari puan dari blog ni...untuk ana copy bahan2 puan tulis...boleh x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. untuk menambah ilmu2 dakwah islamiah di pages ini.. http://kelabremajaikram.blogspot.com.. mohon kerjasama puan..

      Delete
  3. Wsalam.wrm wbt
    SubhanaAllah
    Dipersilakan. Moga bmanfaat utk kita semua.

    ReplyDelete