Tuesday 23 September 2014

Cara Allah Mencintai Kita...



Bismillahirrahmanirrahim...


Dengan nama-Nya Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang...

Saya mulakan penulisan ini dengan aliran kasih sayang-Nya, insyaAllah.

Diiringi zikrullah Ya Amanal Khaifin, dari Hazamin...

Terasa jiwa ini bagai diusap lembut oleh zikrullah ini...

Allahurabbi... Sentuhan indah dari Dia Yang Mengetahui segala isi hati hamba-Nya.

Ujian yang menimpa, tidak pernah terhenti.

Dua bulan lalu, dugaan besar Dia hadiahkan...

Luka mula terubat, sedikit demi sedikit.

Senyuman mula bisa diukir semula.

namun...

siapa duga kan?

Ujian hidup tidak berhenti disitu...

Ujian bersilih ganti, merobek kembali luka lalu.

ALLAHUAKBAR...



Disaat aku bermohon ingin hampir dengan diriMu,

saat itulah Dikau berikan aku ujian, lagi dan lagi...

Hingga jasadku terasa amat lemah sekali.

Kaki bagai tidak bisa lagi menghayunkan langkah.

Airmata gugur, usah dinafikan lagi.

Tika itulah, aku amat mahukan pelukan sang ayah !

kerna aku tahu, hanya ayah yang bisa memberi mutiara kata yang bisa menyejukkan hati.

namun, disebabkan perjuanganku disini,

ayah disana, maka tiada rezeki ku untuk memeluk ayah !

:'( menangisku sendiri di sini.

Mesej ditaip : "Pa, doakan orang ya."



~ ~ ~ ~ ~



Hari Barakah itu, yakni Jumaat, diri mencari pengisian rohani.

Youtube dibuka, menonton rancangan Tanyalah Ustazah dan ceramah Ikim.

Terkesan diri dengan bicara Us Pahrol, " Kita hidup memang untuk diuji. Allah akan sentiasa uji kita."

ALLAHU... ALLAHU...

Pesanan Ukhti Shakina sayang pula yang menyedarkan diri ini,
" Anggaplah ujian ini sebagai kafarah dosa-dosa lalu."

MASYAALLAH... !

Terasa malu pada Rabbi...

Disaat ujian menimpa diri, aku terlupa!

Aku terlupa akan kalam-Nya yang termaktub indah dalam Al-Quran.

." Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan 'kami telah beriman' dan mereka tidak diuji?"
(Surah Al-Ankabut, ayat 2)

Jika kita mengaku beriman, maka kita pasti akan diuji

Allah Yang Maha Agung juga telah meninggalkan pesan pada kita.

" Mohonlah pertolongan kepada Allah dan bersabarlah. Sesungguhnya bumi ini milik Allah, diwariskan kepada  siapa saja yang Dia kehendaki di antara hamba-hamba-Nys. Dan kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertakwa." 
(Surah Al-A'raf. ayat 128.)

Bersabarlah walau sehebat mana ujian menghempap kita.

Teruslah mekarkan takwa dan keimanan kita pada Allah Ya Ghaffar.



~ ~ ~ ~ ~



Selepas beberapa hari ditimpa ujian, barulah hati dapat dirawat semula.

Fikiran mula positif dan jernih.

Berdialog hati di dalam sana,

" Balqis, kau ingat tak, sebelum ini kau minta dengan Allah, kau mahu dekatt dengan-Nya. Tapi ujian yang diberikan. Mungkin inilah cara Tuhan makbulkan doamu. Dia beri ujian yang tiada henti kerana dengan itu kau akan mendekati-Nya..."

SUBHANAALLAH...

Pabila hati diulik iman, itulah yang dibicarakan.

Benar, akhirnya saya menyedari hakikat itu.

Allah Ya Rahman, pasti dengan cara itu Allah mahu bantu aku merapati-Nya.

subhanaAllah.

Percayalah diri dan teman,sebenarnya  terlalu banyak dan pelbagai cara untuk Dia makbulkan doa kita.

Pelbagai cara cinta-Nya dipersembahkan untuk membantu kita mendekati Dia

Kadang dengan duka dan ujian yang tiada berkesudahan.

Sangka baik pada Allah swt.

Allahuakbar !

Segala puji hanya bagi Allah Yang Maha Agung.

Semoga setiap hati mukmin yang membaca tinta ringkas ini, akan turut terpujuk dengan badai ujian yang menghempap diri.

Sabarlah teman. DIA MAHA MENGETAHUI SEGALA ISI HATI KITA.

Kembali senyum ya.

Dia sangat Maha Penyayang. Yakin dengan sifat-Nya itu.

^^



semoga kita akan semakin rapat dan erat dengan-Nya.
aamiin3 !



Salam menuju cinta Ilahi.




230914
0640 pm
Ukm Bangi