Saturday 25 August 2012

Doa seorang Daie !




                                                            :: DENGAN LAFAZ SUCI ::


                  " Ya Allah,,,,,jangan engkau matikan aku sebagai seorang pejuang yang lari dari medannya, jangan, kau biarkan aku tertatih jatuh tanpa bangkit semula mempertahankan agama...jangan, engkau tinggalkan aku dengan segenap ruang akibat kesilapan2ku yag telah aku lakukan...........jangan, kaubiarkan aku tergadai dalam pengorbanan jiwa yang tidak pernah lekang..jangan sesekali, Ya Allah,,jangan sesekali....


                   " Ya Allah, tabahkanlah hatiku, sampai ke penghujungnya, sampai ke penghujung nafasku, jadikanlah aku insan yang benar-benar mencintai agamaMu sejurus meletakkanMu sebagai matlamat utama kehidupanku, agar aku mendapat keredhaan daripadaMu,,,,,,,,,jangan, biarkan aku lakukan perjuangan ini kerna manusia, tetapi Ya Allah, letakkanlah perjuangan ini benar2 kerna diriMu, yang Maha Besar....kerna, setiap perkara itu tidak akan kekal seandainya tidak ada keikhlasan berputik di dalam jiwa, melaksana kerna terpaksa, jadikanlah aku orang yang benar-benar ikhlas berjuang kernaMu dan kerna Rasulillahi s.a.w........"

                         ALLAHUMMA AMEEN YA RABBANA ~

[ dOa saudara Asyiq Azhad ]


                       ~ As-syahid yang ku kagumi peribadinya ! berjuang walau di kerusi roda!


Friday 24 August 2012

Ujian Pertama tika menuju SOLEHAH

           Assalamualaikum wrm wbt.. denga lafaz suci, ana memulakan sedikit coretan pada malam ini sebelum ana kembali berangkat ke kampus yang telah dirindui.

Petang tadi, ana dan beberapa teman telah menziarahi dua pendidik ana di Maahad Muhammadi Pasir Mas dulu, iaitu Ustazah Ruznida dan Cikgu Norizan. Cikgu Norizan merupakan guru kesayangan ana dan ana juga telah menganggapnya sebagai ummi ana yang kedua. InsyaALLAH akan kekal selamanya. Lama sudah ana tidak menatap wajah ummi kedua ana, dan tadi ana tidak puas bertemu dengannya kerana ummi perlu ke kenduri saudara. Jujur, ana belum puas berbual mesra dengannya. Namun tidak mengapalah, tiada rezeki untuk berlama-lama dengan ummi. Ana cuma berdoa moga ummi akan sentiasa sihat bersama keluarga. Moga raya akan datang, rezeki lebih murah untuk bersama ummi. Ameen~

Namun bukan ini yang ana ingin kongsikan tetapi ia adalah sebuah cerpen pendek buat peringatan  bersama. Insya-Allah.

:: Nurul Rifqah adalah seorang gadis biasa-biasa sahaja tika dahulu kala, dan kini tidak lagi. Setelah dikurniakan hidayah terindah, dia bernekad untuk berubah. Dia mahu menggapai solehah, redha Allah swt. Semenjak itu dia amat berharap Allah swt akan mengurniakannya sebuah tempat yang terbaik buatnya agar dia bisa lebih membina peribadi wanita solehah yang diimpinya.

:: Masih segar dimindanya tika menghadiri satu program membina jati diri. Dalam salah satu slot, penceramah jemputan telah bertanya kepada peserta-peserta yang hadir, apakah yang ingin dicapai dalam kehidupan ini.

:: Ramai peserta menjawab ingin menggapai redha Allah swt dan akhirnya tiba gilirannya untuk menjawab pertanyaan itu. Dia berdiri. Mulanya dia ragu mahu menjawab apa, namun secara spontan dia menjawab..

" Saya mahu menggapai syurga ALLAH swt."

Lalu penceramah itu bertanya lagi. " Kalau di dunia ini?"

" Saya mahu menjadi wanita solehah."

Dia sendiri tidak menyangka perkataan itu yang akan terkeluar dari bibirnya. Semenjak itu, fasilitator-fasilitator yang terlibat dengan program itu sering melabelkan dirinya sebagai wanita solehah. Masih diingati ketika slot seterusnya, permainan rebut tiang namun di setiap tiang itu ditampal kertas yang ditulis apakah yang ingin kita jadi, samada khalifah, penghafal quran dan sebagainya lagi. Fasi yang handle slot tersebut ada berkata..

" Sesiapa yang nak jadi wanita solehah, ada ditampal kertas tu kat hujung sana."

Rifqah amat memahami maksud fasi itu. Pantas dia berlari ke arah yang ditunjukkan setelah semua peserta diminta memilih tiang masing-masing. 

Lagi satu kenangannya dalam menuju solehah, semenjak itu juga seorang ukht yang turut terlibat dalam program tersebut selalu menghantarkan sms berkaitan wanita solehah padanya. Alhamdulillah, sekurang-kurangnya ada juga nasihat yang menghiasi hari-harinya. Moga ALLAH SWT sentiasa bersamanya dalam menuju jalan itu. Ameen.

Berbulan-bulan berlalu. Dia nekad lagi sekali untuk mematikan laman sosialnya yang lama. Baginya, apabila dirinya telah 'berhijrah' maka dia mahu laman sosialnya itu juga berhijrah seperti tuan empunya. Dia mahu segalanya berhijrah demi Allah swt. Moga Allah swt sentiasa bersamanya tika jatuh sakitnya di jalan ini. Ameen~

Sudah menjadi lumrah insan yang sedang berjuang di jalan Allah swt, pasti akan di uji. Pasti.

Ujian menghampirinya. Laman sosialnya telah berubah wajah. Laman sosialnya juga cuba dijadikan laman sosial yang solehah.:) Namun, ada sahaja kumbang yang mula datang menyinggah!

Allah~

Satu hari itu, Rifqah membuka laman sosialnya. Matanya terpandang pada ruangan inbox. 

"Oh.. ada message. Siapa pula yang mesage? " Dia bertanya pada diri.

Dibacanya nama si penghantar di dalam hatinya. Panjang juga message yang dihantar itu.

" Oh.. Sedang mencari puteri agama."

Pada mulanya dia agak risau juga, belum pernah hadir orang macam itu. Tambahan pula dah punya perancangan segalanya kerana lelaki itu akan tamat pengajian tidak lama lagi. Dia bingung, mahu jawab apa dan dia juga amat menyedari bahawa dirinya AMAT tidak layak dengan lelaki itu. Lelaki itu seorang yang soleh, berbanding dengan dirinya yang masih belum mencapai solehah dan insan yang baru berhijrah. Tidak layak.

Memang cara lelaki itu baik,dan minta secara baik. Message kepadanya kerana ingin mengenali wali Rifqah. Dia mahu mendapatkan nombor telefon ayah Rifqah, untuk meminta persetujuan ayah Rifqah jika Rifqah telah bersetuju dengannya. Namun, dia tidak dapat menerima lelaki itu. Langsung tidak mengenali lelaki itu walaupun dia juga berasal dari negeri serambi Mekah. Dia khuatir juga untuk menerima lelaki yang LANGSUNG tidak dikenali sebegitu, memang lah perkenalan itu boleh dilakukan kemudiannya tetapi dia takut. Belum bersedia untuk semua itu dan perancangan yang telah dirangka.

Apabila dia mengatakan dia tidak dapat menerima lelaki itu.. Bicara lelaki itu berubah menjadi sedikit kasar ~

Allahuakbar!

Terkejut Rifqah . Nasib baik.

" Ya Allah, syukur pada Mu. Sedari awal telah Kau tunjukkanku sikapnya yang sebenar. Nasib baik aku tak terimanya, kalau tak nanti macam mana lah ye. " Getus hati kecilnya.

Selepas itu, dia menjadi sedikit TAKUT apabila melihat ada message yang masuk dalam inbox. Bimbang~ Dia berfikir, tidak patut TERUS menilai seseorang itu apabila melihatnya hanya dengan sebelah mata, tetapi nilai lah dia setelah melihatnya dengan KEDUA-DUA mata. Mungkin dengan melihat sebelah mata, Allah swt tunjukkan luarannya sahaja belum lagi dalamannya.





p/s: Kekadang kita memang nak bersuamikan atau beristerikan insan yang belum pernah kita kenali kan? Tetapi berhati-hati lah juga ye. :) At least ada insan yang boleh kita percayai untuk mengetahui peribadinya yang sebenar~

< wsalam wrm wbt >

Thursday 23 August 2012

biarlah kita ..




Kata-Kata Semangat Untuk Sahabat

(~_~) =► Di mana ada benci, biarlah kita membalasnya dengan sayang...

(~_~) =► Di mana ada hati yang terluka,biarlah kita yang menjadi penyembuhnya...

(~_~) =► Di mana ada duka, biarlah kita yang menjadi penghiburnya...

(~_~) =► Di mana ada perselisihan, biarlah kita yang merapatkannya...

(~_~) =► Di mana ada keraguan, biarlah kita yang meyakinkan...

(~_~) =► Di mana ada putus asa, biarlah kita menebarkan harapan...

(~_~) =► Di mana ada kesedihan, biarlah kita yang berkongsi bahagia...

(~_~) =► Di mana ada kegelapan, biarlah kita yang membawa cahaya…

p/s : Jom kita jadi sahabat macam ini. insya-ALLAH~ :)



Wednesday 22 August 2012

"Akak..Jangan Lupakan Adik"




Tadi ketika ana sedang menonton televisyen bersama keluarga dan saudara mara, satu mesej telah masuk dalam inbox handphone ana. Terpapar nama Ukhti Shakina. Ringkas sahaja mesej yang dihantar namun amat bermakna bagi ana kerana lagi berbaki tiga hari ukhti kesayangan ana itu akan menjadi bidadari buat  jejaka soleh, Insya-ALLAH.

     " Salam adikku, akak sayang adik."

Itulah isi mesej darinya. Terharu ana membacanya apatah lagi apabila mengenangkan kenangan sepanjang kami berdua bersama di bumi barakah, Darul Quran. Allahurobbi.. ana amat menyayangi Ukhti Shakina. Dia seorang muslimah berniqab, lemah lembut, putih melepak, penyayang, berjiwa hamba pada Tuhan, pemurah dan sebagainya lagi. Ana bukan memuji, tetapi itu semua realiti.

~Imbau kembali perkenalan pertama kami~

Ana masih ingat detik pertemuan ini.

Pada hujung tahun lepas, ana telah mengikuti "Jaulah Ulama' " di Kedah selama empat hari, anjuran Persatuan Anak Utara Darul Quran ( PAKSU ). Ketika ana dan rombongan tiba di sebuah pondok agama, ana mula bertemu dengan ukhti sewaktu sama-sama ingin mengambil wuduk untuk solat Zohor. Di situlah ana mula memerhatikan ukhti, terpegun dengan kelembutannya.

Semenjak lawatan itu, ana dah jarang bertemu dengannya. sehinggalah Allah swt mentakdirkan kami bertemu sewaktu ana ingin ke dewan makan ( di Darul Quran ). Ana terserempak dengannya, lalu tanpa mensia-siakan peluang itu, ana terus meminta nombor telefon ukhti. Hmm, walaupun ana tidak bawa handphone bersama tika itu, ana tetap cuba hafal nombor telefon ukhti.

Satu hari, ana dan dia mula contact. Tanpa segan silu juga ana melamar dia menjadi kakak angkat ana.. Alhamdulillah, dia terima lamaran itu.:)

Jujur, ana amat menyayangi ukhti walau belum mencecah setahun kami menjalinkan ukhuwah ini. Benar, belum sampai setahun pun tetapi keakraban berukhuwah di jalan Allah swt ini amat memberi kesan dalam hati ana.

Ukhti Shakina.. Banyak memberi nasihat dan memperingatkan ana tentang Allah swt dan juga Rasulullah saw. Ukhuwah kami bisa menjadi bertambah erat juga kerana kebetulan, ruangan yang sering menjadi pilihan kami untuk menghafal di masjid, sangat berdekatan. Jadi hampir setiap hari kami akan bertemu di masjid terutama sekali pada waktu malam, kerana telah menjadi kebiasaan bagi pelajar-pelajar DQ akan mencari modal ( hafalan baru ) di masjid. Semenjak itu, kami sering pulang dari masjid bersama.



Manakala kenangan yang tidak dapat dilupakan bersama ukhti ialah sewaktu kami berdua di masjid. Pada malam itu, kami duduk di tangga dalam masjid bahagian muslimat setelah habis menghafal. Kami berborak berkaitan Rasulullah saw, kerana ana menceritakan pada ukhti bahawa ana ada menanyakan soalan pada Ustaz Muhadir Hj Joll tentang baginda. Apabila ana habis bercerita, kami berdua menangis..

Menangis kerana rindukan Rasulullah saw..

Allahuakbar !

Itulah antara peristiwa dalam kehidupan yang belum pernah ana lalui dengan mana-mana insan di dunia ini.

Ini pula sedikit coretan saat perpisahan kami, saat terakhir ana bertemu dengannya sebelum dia menggalas status sebagai zaujah buat seorang rajlu. Allah ~ :(

Sebelum ana dan sahabat-sahabat DQ pulang ke kampung sempena cuti raya, ukhti datang ke sana atas urusan pejabat dan pada masa yang sama dia mahu berjumpa dengan ana dan memberi kad jemputan ke walimatul urusnya. Ana telah menghantar ukhti hingga ke kereta. Sebelum dia melangkah masuk ke dalam perut kereta, ana berbual sebentar dengannya dan tidak melepaskan pun tangannya sambil berkata ..

        " Akak.. Janji dengan adik. Walaupun akak dah kahwin nanti akak jangan lupakan adik tau. JANJI jangan lupakan adik. "

Bergenang airmata ana tika itu. Amat takut rasanya untuk melalui detik perpisahan itu.. Hanya Allah swt yang mengerti perasaan ini. Hanya Allah yang tahu..

Walau apapun, harapnya ukhuwah fillah ini akan mekar hingga ke Jannah. Insya-ALLAH.
Allahumma Ameen.

Akhirul kalam.. walaupun singkat sahaja kami bersama menyemai benih ukhuwah fillah di DQ, namun kenangan yang tercipta amat bermakna buat ana dan mungkin juga buat Ukhti Shakina.


                                                     ~bertemu dan berpisah kerana Allah swt~

p/s : moga ukhti berbahagia bersama bakal suami solehnya. Alhamdulillah, ana dapat tahu dari Ust Dasuki yakni ustaz tasmi' ana, bahawa bakal suami ukhti juga seorang yang pernah khatam quran sebanyak lima kali tika semester akhir di bulan Ramadhan. Allahuakbar.

benarlah~ lelaki soleh untuk wanita solehah. :)

:: sekian coretan kali ini ::
> wsalam wrm wbt <