Friday 22 September 2017

Bingkisan Untuk Ummi Di Hari Lahirku



"Tarikh lahir aku hari ini, aku tak layak terima ucapan hari lahir. Yang paling layak adalah ummiku.

Tahun ini tarikh lahir menjadi tarikh indah, jatuh pada tahun baru Islam dan hari Jumaat. Alhamdulillah.

Terima kasih ummi, melahirkan saya tanggal 22 September 1993. Terima kasih ummi pada tarikh itu ummi sanggup bertarung nyawa melahirkan saya ke dunia.

Saya tak tahu bagaimana sakit peritnya ummi tika itu. Saya tak tahu. Tapi saya tahu betapa ummi telah merelakan diri tanggung kesakitan itu demi melahirkan anak sulung perempuan ummi, yang diberi nama Umie Balqis. ๐Ÿ˜ขItulah detik pada tahun 1993 dahulu.

Ummi, sejak aku mulai membesar aku telah melihat segala perit jerih mu dengan pa mencari rezeki untukku dan adik beradik. Kita pernah hidup susah, mengharapkan rezeki dari berniaga saja.

3 tahun dulu, aku pernah lihat betapa kulitmu yang dulu putih menjadi gelap bila berniaga dibawah kanopi di Ampang dahulu. Itulah permulaan hijrah kita sekeluarga demi mengubah kehidupan sekeluarga. Aku yang pulang dari kampus terkejut melihat kulitmu yang telah 'terbakar' dek berpanas dibawah mentari mencari rezeki. ๐Ÿ˜ข


Ummi, sungguh, tak ternilai segala pengorbanan mu. Hari ini genap usiaku 24 tahun ummi. Setiap kali aku melihat sosok tubuhmu dan pa, aku tahu ummi dan pa semakin tua. Kudrat semakin terhakis.

Semalam, lagi membuat hatiku tersentuh sayu bila ummi mahu melangkah tembok di tepi jalan. Tembok tu agak tinggi. Ummi berpegang kuat pada tanganku. Ummi menggagahkan diri hanya pada tangan kecilku untuk memanjat tembok tinggi itu. Aku sangat berasa genggaman kuat tangan ummi. Ummi bersuara,
"Lutut ni tak gagah dah."
Aku semakin terasa sayu. Betapa kudrat dan kesihatan ummi semakin lemah. Itu menandakan ummi semakin tua, aku tahu ummi hilang kegagahan anggota kaki sebab banyak berdiri semasa meniaga.๐Ÿ˜ญ

Terima kasih ummi dikau telah berkorban bermula dari untuk lahirkan aku hingga aku dewasa ini. Terima kasih ummi pa untuk segala-galanya!๐Ÿ˜ญ  Aku takkan henti berdoa moga Allah swt sentiasa tunjukkan aku jalan terbaik & termudah untuk membalas jasamu.

Ummi, aku tahu dikau sudah beroleh bahagia apabila aku berjaya masuk universiti. Sebab itulah impian terbesarmu terhadap anakmu ini. Itulah harapan yang dulu terpikul dibahuku. Harapan terbesar darimu dan pa dibahuku.๐Ÿ˜ข Berbekalkan HARAPAN itulah aku jadikan pegangan semasa di alam universiti.

4 tahun lalu aku berjaya tamatkan pengajian diploma, menjadi hadiah pertama kepadamu. Tak lama lagi aku akan sarungkan jubah hitam sempena Majlis Konvokesyen UKM. Selesai susah perjuanganku belajar di peringkat degree. Tak sabarnya aku ummi nak bagi hadiah kedua ini kepadamu dan pa nanti.๐Ÿ˜   Moga Allah panjangkan umur kita semua.

Ummi, hari ini hari lahirku, selayaknya yang menerima ucapan adalah dirimu, bukan aku.

Aku tak buat apa-apa tarikh itu tapi itulah tarikh keramat bermulanya pengorbanan seorang ibu! Kerana itu dikaulah selayaknya menerima ucapan indah.

Begitulah yang sebenarnya kan? Selayaknya terima ucapan-ucapan indah sempena hari lahir kita adalah ibu kita, bukan kita.๐Ÿ˜Š❤️
Jutaan terima kasih ummi!

Doakan saya mudah dapat kerja yang lebih menjaminkan masa hadapan seterusnya lebih mudah saya memberi bahagia kepada ayahanda bonda tercinta. Aamiin ya rabb.



Nukilan Jiwa Anak Gadismu,
Umie Balqis


22 September 2017
1 Muharam 1439H

Friday 18 August 2017

Aku Bersaksi Pada Tuhan

Bismillahirrahmanirrahim...

Akan ada satu saat aku tak mampu berbuat apa lagi, aku akan merapati Dia tanpa sedikit jarak.
Aku berdoa penuh harap dengan linangan air mata yang tak tertahankan.

Tika itu imanku lebih menyinar, keyakinanku lebih utuh! Aku bersaksi Tuhan aku itu sangat berkuasa atas setiap perkara di dunia ini.
Hatta sekecil-kecil perihal, kelahiran semut yang kecil itu, Dia tahu. Apatah lagi segala rasa yang terpendam dalam hatiku ini. Dia tahu.

Tangisku akan terhenti bila aku sudah melepaskan semua.

Namun, aku akan menangis lagi kemudian hari. Tapi harus tahu, hari itu aku menangis bukan lagi kerana masa lalu, aku menangis kerna Allah memilih aku untuk diuji, aku menangis kerna itu tanda Dia masih memandang aku. Masih sudi menarik tanganku kembali merapati Dia. Aku menangis kerna Dia masih sayangkan aku!

Aku menangis kerna itu! Ya Allah... jikalau perasaan yang kau berikan ini baik untuk aku sampaikan pada insan lain, ajarilah padaku bagaimana untuk menukilkan ia dalam tinta ini....

Entahlah. Berkali mahu cuba keluarkan rasa ini untuk dikongsi bersama namun belum berupaya. Mungkin itu tanda Dia belum mengizinkan....

Mungkin untuk waktu ini, cukup aku katakan, bila kau teraniaya, bila kau tersakiti, kau bersaksikanlah Allah Yang Maha Kuasa, bahawa segala yang menghimpitmu, ada balasan dari Tuhan Yang Maha Adil.
Cukup aku katakan itu...

Usah berhenti dari berdoa dengan penuh penghambaan pada Dia, pasti takkan hampa.

Kita mungkin tak terdaya apa tapi kita masih ada DOA menghubungkan kita untuk pinta pertolongan dari-Nya, ya Rahim... ya rabbi.... Aku bersaksi pada-Mu ya Ilahi.

Aku terima hadiah-Mu ini. Kerna ia aku bersujud di sejadah-Mu dengan rasa cinta yang terlalu hebat.
Aku Bersaksi pada Tuhanku.

Terima kasih Ilahi....


Monday 14 August 2017

Allah Janji, Lepas Duka Ada Bahagia



Alhamdulillah thumma alhamdulillah.

Biar lah sweet moment ni dah lepas tapi aku tetap nak abadikan dalam penulisan ni.

Hujung Julai lepas, aku dah dapat result semester terakhir (sem 6) dan result degree jugak.

Ingat lagi bulan Julai, dalam minggu ke3 raya, aku dan rakan-rakan kembali semula ke UKM. Ikutkan kitorang dah habis belajar bulan Jun lagi tapi sebab tesis tak siap lagi masa tu kenalah pulang semula. Haha.

Masa tu nasib baiklah aku cuma tinggal nak buat analisis dan penutup saja. Alhamdulillah memang pulun habis-habisan seminggu duk UKM. Tidur tu tak payah cakap, berapa jam je. Sebab memang dah letak target nak stay UKM masa tu dalam masa seminggu je.

Masa duk pulun tu memang asal tertidur je, aku akan bangun dan sambung tesis. Entah badan pun jadi cergas semacam, walhal tak cukup tidur. Maybe ni lah kesan dia bila kita dah letak target kan. Tujuan kita memang nak ke arah target tu ja. Fokus!

Dalam seminggu tu alhamdulillah settle semua! Bab 4 dan bab 5 serta sesi editing semua. Hari Isnin minggu selepasnya terus pergi hantar kat supervisor.

Haa berbalik pada cerita result. Sebenarnya bila ingat pasal result ni. aku rasa nak menangis sangat-sangat! Sebab rasa tak percaya sangat dapat result macam tu selepas apa aku lalui sepanjang exam atau masa Ramadhan tu.

Hanya aku tahu betapa terlalu banyak diuji masa Ramadhan tu. Air mata mengalir tak usah cakap. Sakit yang aku rasa ini aku tak reti nak describe dengan kata-kata, mungkin airmata jelah boleh menggambarkan ia. Ya, menulis ni pun bergenang-genang air mata. Kalau boleh aku tak nak ingat, tapi ujian-ujian itulah buat aku lebih ingin mendekat dengan Dia masa tu. Allahuakbar....

Allah itu Maha Adil, sangat adil!

Aku masih ingat macam mana aku menangis teresak-esak di sejadah bulan Ramadhan tu sebab aku tak pernah menduga Allah akan bagi aku ujian seberat, sehebat dan sebesar tu. Aku hanya mampu buat masa tu, sujud. Sujud minta kekuatan dari Dia, itu je aku mampu ya rabbi. Allahu.

Waktu terima pelbagai ujian itu aku cuba, aku cuba kuatkan hati, diri dan iman untuk terus bersangka baik. Untuk belajar menerima segala ketentuan aku yang aku diberi semua ujian itu.
Aku terus meyakinkan diri bahawa Allah akan bagi aku kebahagiaan.

Aku hanya ada DOA. Aku hamba-Nya yang sangat tak terdaya masa tu.

Dan ternyatalah, aku yakin, result sem6 yang aku dapat itu pasti pengganti kedukaan di sebalik semua ujian tu dulu. Aku yakin. Alhamdulillah, Allah swt makbulkan doaku. Alhamdulillah.

Aku bukanlah budak pandai tapi itulah hadiah terindah dan ter best sepanjang aku di UKM, terima kasih duhai Allah swt kerana mengizinkan aku memberi hadiah ini kepada mak ayah aku. Alhamdulillah....

Disini aku nak kongsikan, sebenarnya bila kita benar-benar sabar dengan segala ujian hidup, insyaAllah Allah swt akan beri bahagia.

Entahlah, aku tak reti dah macam mana nak describe perasaan aku yang tu. Cuma itulah aku mampu cakap, bila Allah uji, tak kisah lah berat macam mana pun, terus didik hati bersangka baik dan berdoa. Itu je aku mampu cakapkan.

Itulah kali pertama Allah swt bagi aku ujian yang besar dan bertalu-talu pulak. First time dalam hidup aku dan aku dah rasa macam mana Allah swt bahagiakan hati aku kembali.

Segala puji bagi Allah, Maha Suci Allah yang sifatnya sangat Maha Penyayang dan Maha Mendengar.

Aku sujud syukur pada-Nya masih sudi berikan aku kebahagiaan.

Terima kasih ya Rabbi.... :)

Muhasabah Seorang Gadis.

140817

Thursday 10 August 2017

Cerpen Pendek: Hero Dari Allah Untuk Menjagaku




⛱Hero Dari Allah Untuk Menjagaku⛱

- PART 1 -
.
Rasa nak share lah cerita yg berlaku masa nak gi Klate bulan lepas, pergi kenduri kawan rapat. Macam2 sungguh moment naik bas ni. Macam drama pulak bila teringat balik. haha.
.
Ngeh3 tajuk kemain lagi hero dari Allah untuk menjagaku๐Ÿ˜‚memang rasa macam hero. Hero macam mana tu? Bacalah sampai part terakhir tau. Haha.
.
Malam tu saya dengan ayah tunggu bas di Gombak. Ayah temankan saya hingga bas sampai jam 10 malam.

Sambil menunggu ayah ade bersembang dengan sorang laki ni. Dia pun nak g Klate jugak, balik kampung.  Bila ayah tanya dia naik bas apa, rupanya sama bas dengan sy.
Masa depa duk sembang, saya langsung tak ambil kisah pun. Cuma ade la dengar sikit2 cerita laki tu, kampung kitorang dekat-dekat je, dia nak turun di Tanah Merah, dia keje di Gombak stay dengan kakak dia.

Itu jela, selebihnya sy main hp sesekali bercakap dengan ayah dan adik.

Bila bas dah sampai, dia pi tengok no bas. Saya ikut juga dari belakang. Pastu bila dia toleh belakang tanyalah dia, "betul ke?" Dia angguk.

Then lepas ambil beg dan pi salam dengan ayah, tak nampak dah dia, entah dia pi mana. Saya pun biarkan jela. So saya beratur tunggu nak naik.

Masa naik bas ke tingkat atas, saya tercari-cari no seat sy. Tanpa fikir panjang saya rasa seat belakang sikit kot. Sebab seat single yang depan dah full. So terus jalan. Tup3 laki tu tegur. Dia dah duduk dah di kerusinya.

"Seat mana?"

"11A, belakang kot."
Sy berjalan cari kat belakang. Eh dah terlepas ni. Dah no 20A.
Sy patah semula ke depan. Cari 11A, rupanya ada sorang laki dah duduk situ.

Sy cakaplah kat laki tu "Ni tempat saya."

"Duduk jela kt mana-mana pun." Balas laki tu. Sy malas lah nak gaduh pastu gi jela cari seat single yang kosong. Patah ke belakang. Memang seat belakang la yang dapat. Dalam hati dah rasa macam tak selamat je duk belakang sorang-sorang ni. Tawakkal habis masa tu. Sambil duk betulkan tempat duduk, ada orang datang.

"Awak, g lah duk depan. Tempat sy. Bahaya awk duk belakang ni sorang-sorang."
Laki tadi datang.๐Ÿ˜… (yang sembang dengan ayah)

"Itulah, saya risau jugak sebenarnya tadi. Tapi takpe ke?"

"Takpa. Awk dudukla tempat saya."

"Ok terima kasih." .
Masa tu rasa macam ya Allah syukurnya ade laki tu bagi seat dia. Selamat la skit duk depan ni.
Bas bergerak, saya baca doa banyak-banyak sbb dlm bas tu ramai sangat lelaki dari pmpn. Risau la jugak.
Bukan tak biasa, tapi sebab dah lama sangat tak naik bas ke Klate. Sebelum ni selalu balik dengan family je. Itu yang jadi takut dan macam-macam perasaan lah. 

Sambungan next part๐Ÿ˜ƒ

Wednesday 9 August 2017

Ubah Mindset Untuk Berjaya

"Apa yang kita bayangkan, itulah result yang kita akan dapat."

Bila baca ayat ni terus saya ubah mindset dan pemikiran saya masa tu.

Termenung jugak sekejap. Kenapa macam tu?

Saya jawab sendiri (ni pandangan sy). Kalau kita fikir kita nak capai result 3.70 mesti 90% minda kita akan mendesak diri untuk bertindak.

Bertindak dan buat dgn bersungguh-sungguh sebab kita ni MEMANG nak capai target tu. Mesti macam2 kita buat, belajar betul2, fokus dalam kelas, klau jenis cepat lupa masa belajar dlm kelas, dia akan rekod suara lecture (sy lah ni hihi), dan prepare nota awal2.
Kalau dah usaha macam2 takkan Allah tak nak bagi kan?

Macam tu jugak bila kita fikir "nanti aku nak jadi jutawan macam founder Nurraysa". .
Automatik minda kita akan selalu positif dan salurkan semangat supaya berusaha dan berusaha.

Kalau tetiba ada halangan, kita jadi tak mudah putus asa. Kita hadap je, sebab apa? Sebab dalam minda kita nak jadi usahawan macam founder Nurraysa atau sapa2.

Kadang jugak dalam bisnes ni buat saya berfikir, "orang ni berjaya sekarang, aku yakin dulu dia mesti dah bersusah payah buat macam2 sebelum jadi macam skrg."

Tengoklah sendiri Dato Aliff Syukri kan. Kita tengok dia seorang yang dah bergelar jutawan. Mesti sebelum ni dia ada set mind, target dia, dan dia pernah berusaha, bertungkus lumus hingga jadi jutawan.

Nak berjaya kena mula dari bawah sebab dari bawah lah kita akan jumpa macam2 duri.๐Ÿ˜

Tak perlu jeles tengok orang yg dah berjaya tapi jadikan dia pemangkin semangat kita dan capai apa yg kita bayangkan tadi. Yeahh.♥️

Doa-doakan saya ya. Saya juga doakan rakan2 sy especially yang minat dlm bisnes. Ambillah, apa-apa yang bermanfaat dari setiap perkongsian saya. Siapa tahu mungkin selepas ni dah takda macam ni (bila ajal menjemput).


Umie Balqis

Saturday 5 August 2017

Kawan Baik dah nikah? Relakslah.


Dari whatsapp lagi aku dapat rasa sahabat aku seorang ini tengah happy dan gerenti kalau senyum tu orang kata senyum sampai telinga.

Aku Whatsapp dengan dia sejak minggu lepas sebab berjanji nak jumpa hari ini. Masa tu aku dapat rasa kegembiraan dia bila dia cakap tak lama lagi dia nak nikah. Alhamdulillah akhirnya sampai jodoh dia.

Hari ini alhamdulillah setelah sekian lama tak jumpa, Allah swt izinkan jumpa melepaskan rindu sebelum dia fly sementara ke negara orang. Dating kat KLCC je, duk kat taman sambil mengimbau sikit kenangan lama dan kongsi cerita terbaru.

Tapi sayang, aku tak banyak bercerita pun tadi malah aku banyak tanya pasal dia ja. Entahlah, mungkin dah penat nak cerita benda sama saja. Bukan tak nak cerita dengan dia, bukan, tapi entahlah rasa lagi suka mendengar cerita dia. Yelah, orang tengah bahagia, baik kita dengar cerita bahagia-bahagia je, aku boleh tumpang sekali. Hehe.

Selepas balik, Whatsapp lagi dan dia cakap "nanti nak awak jadi pengapit saya."

Alamak! Lagi permintaan dari member minta aku jadi pengapiat.

"Asyik jadi pengapit orang je ni. Diri sendiri entah bila lagi. Haha."
Itu je aku mampu balas. Ngeh ngeh.

Hm, tahun ni ramai kawan sebaya aku nikah. Tahun ni jugak sorang kawan rapat aku dah kahwin, dan opkos lah aku jadi peneman dia dan pengapit hari tu. Hihi. Takpa, orang kata ambil berkat orang dulu. Haha.

Maghrib tadi mak cakap raya korban nanti dua sepupu aku bertunang. Mak aiii, dahla berderet, raya kedua dan ketiga. Hm, takpalah, aku belum lagi.

Bila renung-renung balik, buat apa aku nak sedih bila kawan nak nikah, buatpa nak risau, buatpa nak fikir sangat pasal jodoh sendiri. Kalau belum tiba, belumlah. Allah swt kan lebih tahu. Cehh.

mungkin faktor usia makin meningkat ni, kita jadi dah tak peduli sangat benda tu. Kita semakin nampak apa tujuan hidup, semakin nampak apa kita perlu kejar dulu sebenarnya.

Masa tu kita fikir, baik aku manfaatkan masa yang ada ni untuk bina impian aku hingga aku berjaya dan bahagia. Kita fikir baik aku bahagiakan diri aku, mak ayah aku.

Satu benda juga yang aku ingat pesan pensyarah Bahasa Arab aku, positif je selalu dan kalau hati belum terbuka, belum sampai jodoh lagi la tu.

Yes! Aku kagum sangat dengan pensyarah aku seorang ni. Selepas kematian suami, beliau survive sendiri untuk jaga 6 orang anak (6 rasanya). Jadi rapat dengan ust, ibaratnya macam ummi ku jugalah hihi. Kadang kalau dah whatsapp, lama juga sembang. Macam-macam especially pasal kehidupan lah. Kadang ada jugalah sembang pasal jodoh, macam tu lah nasihat ust, "apa-apa positif je, kalau hati belum terbuka, makna jodoh belum sampai." Hihi...

So korang pun samalah. Relakslah! Kalau dah habis belajar, mohler kita sama-sama fikir dan cari jalan macam mana nak jadikan impian kita selama ni jadi realiti.

Tak payahlah nak sedih sangat! Perempuan biasalah, emosi terusik sikit kan kalau ramai kawan dah kahwin. Hihi. Relaks, jomlah kita bahagiakan diri sendiri, gapai cita-cita kita. Mungkin belum giliran kita, sebab banyak benda kita perlu selesaikan dulu.

Mungkin juga sebab kita perlu perbaiki diri kita lagi. Kan? Allah swt kan the best planner. Jangan pula kita lupa itu! Hihi.

Okay, tu jelah bebelan kali ni. Moga epi uolss! K baiii...


Umie Balqis

Monday 24 July 2017

Muhasabah Sang Musafir


“Ya Allah, masih layak ke aku menjadi penghuni syurga? Ya Allah, masih layak kah aku jadi wanita solehah?

Ya Allah, permusafiran ini aku harap kepulangan ini membawa rezeki berupa kebaikan dunia dan akhirat ku.

Ampuni aku ya Allah segala salah sillapku, dosaku ya Allah. Aku tak mahu ulangi lagi kesilapanku yang lalu. Maafkan aku ini ya Allah…”

Pandangan yang dilontarkan di luar jendela, melihat kegelapan malam, ditemani linangan air mata.
Tidak henti dia melafazkan doa sehingga terlelap sendiri.

Kepulangan kali ini sangat bertawakkal tinggi moga ada rezeki yang membahagiakan diri.

Permusafiran itu juga membuatkan diriku merindui permusafiran ke bumi kedah mengikuti daurah penyucian hati tahun lepas. InsyaAllah berhajat untuk musafir ke sana lagi tahun ini dan singgah ke negeri Perlis.

Diriku sudah jatuh cinta dengan bumi utara, terutama Kedah. Disanalah Allah swt memberikan sinar hidayah mengejutkan diri dari 'terlena dengan kehidupan'.

Hm… dalam hidup ini aku tak mahu terleka dan terlalu kejar dunia. Sesibuk mana pun aku, sejauh mana aku berlari untuk gapai kejayaan, Aku mahu jiwa aku tetap terisi dan ditarbiah. Ya, kerana aku tahu, seorang penghijrah sepertiku ini sangat memerlukan tarbiah. Betapa aku pernah merasa bagaimana rasa kontangnya jiwa bila tidak terisi…Allahu……

Kadang kala hadir rasa penyesalan dan keinsafan bila sibuk, jarang ke majlis ilmu. Jarang tadabur terjemahan al-Quran dengan sepenuh hati, jarang sudah buat solat hajat. Ya rabbi…. Berdosanya rasa.
Kata mahu syurga, nak jadi penghuni syurga, nak jadi wanita yang Allah sayang tapi diri dan amalan?! Mengecewakan…. Malu teramat malu…. ☹



Muhasabah Musafir Penulis.

Monday 8 May 2017

Aku Pernah Ditempat Kamu



Tadi naik bas dari kolej jam 10.30 pagi. Kelas jam 12 tengah hari tapi saya sengaja turun awal sebab rasa nak menulis. Sekarang kafe di Pusanika tempat untuk saya duduk dan menulis. Hihi.

Dalam bas, masa bas berhenti menurunkan pelajar-pelajar lain, saya terpandang salah seorang pelajar ini.

Masa dia nak turun lagi saya perhatikan dia. Yang membuatkan saya nak tengok dia sebab dia tidak memakai tudung. Saya pandang tu bukanlah nak menghukum dia tetapi entahlah rasa nak tengok dia,

Dari raut muka dia macam orang Melayu means bukan orang dari Sabah atau Sarawak.

Saya perhati saja sampailah dia turun dan dia juga tengok ke arah saya. Kami terpisah sudah bila bas mula bergerak dari tempat tu.

Sebenarnya masa tengok perempuan itu dah ada dah perasaan sedih semacam. Sebab sebelum itu saya tertengok seorang pelajar perempuan yang memakai tudung singkat dan berseluar jeans ke kelas.

Datang juga pertanyaan, boleh ke ke kuliah pakai seluar jeans? Hihi.

Saya tengok perempuan pertama tu datang perasaan sedih.

Sedih sebab apa?

Sedih sebab kesiankan dia tak menutup aurat dengan sempurna. Hmmm.... Teringat saya maa tu hadis Nabi Muhammad saw yang mengatakan kebanyakan penghuni neraka adalah wanita, awak.....

Masa tu juga dalam hati saya berbisik, "anak ummi nanti ummi nak didik betul-betul. Nak hantar ke tahfiz, harapan mampu menutup aurat sempurna.

Masa tu juga terbayang mungkin nanti saya dah jadi seorang ibu saya akan berdoa bersungguh-sungguh untuk anak saya terutama anak perempuan.

"Ya Allah lindungilah anakku dari ada sikap buruk aku dahulu. Maafkan ummi anakku sebab dulu ummi tak jadi anak gadis yang baik. Ummi sangat mengharap anak gadis ummi lebih baik dari ummi.

Anak ummi lebih solehah dari ummi, itu harapan besar ummi bila melihat kamu semakin membesar. Ummi amat mengharap anak ummi takkan ulangi kesilapan yang pernah ummi buat dulu."

Bila terbayang dan datang sebuah harapan macamtu, saya merasa ada air mata yang dah mula bertakung. Fuhh, sangat sensitifnya jiwa aku ini...

Ya, kita semua pernah melakukan kesilapan dalam kehidupan ini tapi saya yakin kita semua mengharapkan zuriat kita tidak mengulanginya kan.

Kadang datang jugalah rasa malu bila buat silap. Malu dengan diri sendiri dan malu dengan anak nanti. Juga risau kalau kesilapan itu diulangi mereka, nauzubillahi min zalik.

Perasaan yang datang tadi bermula dengan melihat dua gadis tadi. Saya akan mendoakan untuk mereka mudah-mudahan satu masa nanti mereka peroleh hidayah dan menutup aurat dengan lebih sempurna.

Kita semua boleh berubah sebenarnya. Boleh nak tinggalkan apa yang dah jadi kebiasaan kita kalau kita ada usaha yang bersungguh-sungguh untuk tinggalkan semua yang tak berfaedah itu.

Saya pernah tinggalkan semua itu, takkan awak tak boleh? Percaya, yakin dan mintalah sungguh-sungguh dengan Allah swt kalau ada hasrat nak berubah.

Kalau awak dah berjaya tinggalkan semua tu nanti, insyaAllah awak akan bersyukur yang teramat!

Marilah kita sama-sama usaha awak. Usaha supaya kita tak tergolong dalam kalangan wanita yang jadi penghuni neraka itu.... :'(

Semoga bertemu lagi di Syurga gadis manisku.


CikRose


080517
1122 AM
UKM Bangi

Monday 6 March 2017

Tudung Murah & Senang Bentuk



Bismillahirrahmanirrahim...

"Percubaan jadi Perniagaan๐Ÿ˜ฑ"

Tahun lepas pi Jakel niat asal nak cari kain tudung hitam untuk diri sendiri.
Al maklumlah ceq ni tak suka pakai kaler hitam sebenarnya. Itu pasal takda tudung bidang kaler hitam.
Hari tu sajalah teringin nak ada satu tudung hitam. Selepas ni takdalah kena pinjam dengan kawan lagi.๐Ÿ˜…
Dah siap jahit, ceq start pakailah time pi kelas.

Tup tup MasyaAllah mudahh bentuk sangat, jimat masa I masa tu.๐Ÿ˜ƒmemang kena betul material yang dipilih hari tu. Apa lagi datanglah 'En.Idea' habaq boleh try buat bisnes dengan material ni.
So terjadilah bisnes tudung Guzel Exclusive by UmieBalqis ๐Ÿ˜

Takpa ceq cuba nak bantu selesaikan masalah adik kakak yang selalu lambat bersiap nak pi kelas, yang nak ironless dan mudah bentuk.

Jadi selepas ni tak perlu lagi aihh tarik kiri tarik kanan, tiup meniup sampai juling mata, semata-mata nak kasi bentuk molek tudung hangpa tu.๐Ÿ˜

Mohler jenjalan di IG Guzel_Exclusive.
http://instagram.com/guzelexclusive

Mana tau ada yang hangpa jatuh chenta.๐Ÿ˜‰








Sunday 26 February 2017

Launching Wardha Scarf ( 5 Free Gift )



Assalamualaikum.

InsyaAllah petang nanti saya akan lancarkan tudung kedua keluaran saya.

Ehemmm kalau 'anak pertama' dulu tak sempat nak kasi nama, haaa 'anak kedua' nii kite kasi nama lah pulakk hee.


Wardha Scarf keluaran Guzel Exclusive by Umie Balqis !

opssss awakk, ada free gift tau untuk 5 pembeli terawal !

Haa so jangan lupa tau cepat-cepat order nanti.


LAUNCHING WARDHA SCARF

⭐️5 FREE GIFT ⭐️ Untuk 5 pembeli terawal!! .
๐Ÿ’Œ26/2/17
๐Ÿ’Œ5.30 petang
๐Ÿ’Œ Launch di IG Guzel Exclusive 

๐ŸŒˆWardha Scarf edisi terhad.
๐ŸŒˆBidang 55 & 60


Pastikan anda follow IG Guzel Exclusive dan nantikan pelancaran petang ini ya!๐Ÿ˜˜

Monday 6 February 2017

Time Management!



Bismillahirrahmanirrahim...

Ehem, siapa kat sini yang buat banyak kerja dalam satu masa?! Angkat kening sikit. Ngeh2.

Student ada tak yang macam tu juga?! Mesti ada kanss. Haa awak angkat kening dua-dua pulak. Sep sikit sebab kita geng! Hee~

Malam ni nak share sikitlah pengalaman saya. Ni sesaja ya saya kongsi sebagai manfaat dan pendorong kita semua.

Okay, masa tahun pertama belajar dulu saya takda pegang apa-apa jawatan lagi di kampus. Masa tulah saya mula jadi dropship. Haa jangan ditanya berapa produk saya jadi dropship, banyak! Hee tapi kesemuanya pakaian.

Baru-baru ni saya scroll gambar lama, baru sedar rupanya aku dulu ni macam-macam jenama pakaian aku jadi dropship. Haha. Baru sedar tahun ni. Dari tudung, blouse, jubah perempuan sampaila ke jubah lelaki dan kanak-kanak.

Masa tulah start buat page bisnes alhamdulillah sampai sekarang masih ada dan dah ditukar nama kepada nama brand saya sendiri, Guzel Exclusive by Umie Balqis. Ehem-ehem, alang-alang awak dah baca tu pi lah singgah sat. Hii~

Masa second year, disebabkan saya dah mula pegang jawatan dalam Persatuan Mahasiswa Fakulti Pengajian Islam, jadi masa ni memang saya tak fokus pada bisnes dah. Awal-awal tu bolehlah selit sikit-sikit promot produk tapi makin lama serius tak sempat dah!

Iyalah kita pun opkos banyak kerja kena buat untuk laksanakan program-program bawah lajnah kita kanss. Siapa pernah pegang jawatan mesti tau punya macam mana kalut ributnya bila nak buat program. Hii. Itu belum ceghita lagi bab berurusan dengan pejabat nih. Siapa pernah kena gerenti tak nak hadap lagi dah kan. Haha.

Masa second year ini jugaklah alhamdulillah ada rezeki menulis. Alhamdulillah. Ini rezeki yang tak disangka sebenarnya. Maka terbitlah buku Wake Up.

Dan final year, sebenarnya saya kena kekal dalam persatuan. Tapi sebab saya fikir saya ada matlamat dan impian sendiri, jadi saya pilih tahun tiga adalah tahun untuk saya mulakan langkah pertama gapai impian tu.

Sebelum habis second year lagi saya dah fikir dan bertekad tak nak pegang jawatan dah. Siapa-siapa pujuk ke apa, saya akan tetap dengan pendirian saya. Hii. So dari awal juga saya dah bagitahu kat wakil Majlis Tertinggi bahawa saya takmau teruskan untuk sesi akan datang. Itu persediaan yang saya buat dari awal supaya tak menyusahkan orang lain.

Planning saya final year nak mula masuk kelas menjahit dan belajar selok belok bisnes tapi ahaha... Lain yang jadi dan alhamdulillah yang jadi itu saya gembira. Terima kasih dan syukur sangat kepada Dia Yang Maha Esa!

Dia telah mentakdirkan tahun akhir inilah saya mulakan bisnes. Ini bermula selepas saya lulus dalam interview masuk kelas Masterclass Entrepenurship UKM dengan Tan Sri Dr Irwan Serigar. Hm ada kisah lain pula macam mana berani nak gi IV ni hehe. Lain kali lah ceghita kalau ada keperluannya.

Kelas ni dari 70 orang yang join iv hanya 15 orang sahaja terpilih dan ia adalah kelas under program CEO@Faculty, program pertama diadakan di kampus Malaysia. UKM kira universiti yang pertama, mungkin selepas ni uni lain pun akan ada program macam ni.

Okay ni baru intro haha.

Nak share sebenarnya pasal time management bila kita berpersatuan atau kena urus banyak benda dalam satu masa.

Saya nak habaq, kalau sesiapa yang baca ni ada pegang jawatan janganla cepat down, kecewa dan risau ke apa ya. Stress tu biasalah kadang kala memang ada, bila dah banyak program kena handle kan. Tapi saya nak pesan, sentiasalah perbaharui niat dan ikhlaskan hati.

Awak kena yakin, walaupun awak penat ke hulu ke hilir macam mana pun, Allah nilai semua tu bila awak buat kerana-Nya. Biasalah tu bila ajk-ajk kurang buat kerja, kita yang banyak buat kerja, turun naik pejabat, jumpa orang tu orang ni, meeting hampir setiap malam dan macam-macam lagi.

Kalau stress tu, nak nangis, awak nangislah. Lelaki saya tak taulah depa buat apa kalau stress, mungkin main game. Hee. Saya pernah lah bila stress tu tetiba rasa nak nangis dan saya terus call ayah. Bagitau jela kat ayah saya rasa penat dan stress. Masa tu memang tak tahan dah stress tu sebab tengah dalam proses nak buat program besar.

Banyakkan sabar ya.



Haa satu lagi bestnye bila kita pegang jawatan ni kita akan jadi lebih pandai urus masa tau awak! Serius. Tapi takdelah nak cakap saya dah pandai sangat urus masa. No no. Ni just share pengalaman saya lah.

Masa tu saya jadi seorang yang sentiasa pastikan saya akan print kesemua nota siap-siap awal sem tu. Tak pun sebelum mula kuliah, memang nota saya dah print dan study dulu. Contoh kalau kelas jam 10pagi, dalam jam 8 saya akan study dulu sebelum bersiap. Itu benda wajib saya akan buat! Kena baca dulu supaya lebih mudah faham bila pensyarah explain.

Saya buat macamtu sebab saya dah tahu, aku dah lain, ada komitmen lain, so aku kena bersedia awal supaya lebih mudah faham dalam belajar. Saya juga tahu saya akan sibuk jadi itu jela waktu untuk saya baca dan study. Iyalah, malam-malam kan biasanya ada meeting. Hee~

Satu lagi yang saya buat masa tu, kalau takda meeting (ni rasa heaven sangattt) saya akan pastikan dalam jam 8 malam macamtu, saya dah tidur. Saya memang akan tidur awal sebab saya jenis suka study tengah malam, takda orang kacau. Hee.

Study tengah malam besttt sangat sebab saya rasa tenang aje masa tu. So thats why saya akan ambil kesempatan malam tu tidur awal dan bangun tengah malam. Study lah masa tu atau buat asemen. Masa tu juga alhamdulillah dapat lagi nikmat beribadah. Alhamdulillah sangat. Nak doa sambil nangis teresak-esak pun syokkk sebab rumet dah tidur hee~

Haa disebabkan masa second year ni juga saya ada terbitkan buku, adala orang tanya saya macam mana saya urus masa ek dengan bepersatuan lagi... Saya sebenarnya takda jawapan sangat untuk soalan ni sebab saya tak tau. Haha. Yang atas itu jela yang saya boleh jawab.

Cuma boleh habaq kalau bab penulisan ni saya ni bebila je menulis. Asal ada idea saya akan terus menulis. Gitulah. Tapi kalau betul nak berjaya dalam dunia penulisan sebenarnya memang kena ada jadual. Haa awak follow Tuan Khairul Hakimin Mohamad di FB, saya suka sangattt follow beliau kalau bab penulisan. Hebat tuan ni tau! Banyak ilmu awak boleh dapat nanti.

Lagi nak share kalau bab banyak benda kena urus satu masa, saya nak share ilmu yang saya dapat dari Puan Nor Zaleha Hasan Basri (ni pun orang hebat di FB, urus banyak bisnes) beliau kongsi jadual yang kita boleh buat kalau urus banyak bisnes atau kerja.

contoh ~

Isnin 

-Fokus bisnes@kerja A


Selasa

-Fokus B, review A


Rabu

-Fokus C, review B


Khamis

-Fokus A, review C


Jumaat

-Fokus B, review B


Sabtu dan Ahad rehat.


Haa lebih kurang macam inilah contoh jadual yang beliau share. InsyaAllah kalau kita banyak kerja atau kena urus banyak bisnes sekalipun, kalau ikut dan amal jadual macam ni gerenti boleh! Paling penting mindset tau. Selalulah fikir u can do it! Yeahhh....

Dapat tak awak apa saya kongsi ni? Hee~

Harap ada manfaatnye la ya. Pasal pegang jawatan dalam kampus, awak baharui niat sokmo ya, insyaAllah ada cara Allah balas penat lelah awak tu tau. Kalau saya alhamdulillah pointer saya meningkat dan sadisnya selepas habis sesi tu baru saya terfikir sebab aku banyak bantu orang dengan buat program kot, jadi Allah beri ganjaran dengan peningkatan pointer. Hee. Alhamdulillah, syukur dah dengan apa yang saya dapat tu walaupun tahun tu serius saya rasa macam tak study sangat pun.

See, Allah nilai kita dear. So tak mau stress, takmau down ke apa ya dalam berpersatuan. Ikhlaskan hati selalu. Nak buat program yang memberi manfaat kat orang lain kan. Jadi, mesti qawiey, Allah swt ada menilai penat lelah dan usaha kita. :)

Okay rasanya itu sajalah perkongsian saya kali ni ya. Semoga Allah swt sentiasa bantu kita untuk buat kebaikan kepada umat-Nya. aamiin. Doakan saya tahun ni dapat siapkan tesis dan laksanakan bisnes dengan baik ya. (Ini pulakla tanggungjawab saya di final year) Hee

Okay, semoga maju jaya!

Assalamualaikum.

CikRose~

p/s : Awak cari tudung bidang labuh yang mudah bentuk?! Haa nak cepat ke kelas kan, meh pm saya di FB! Hee.

Gombak
060217
1202am







Wednesday 25 January 2017

Melancong di Langkawi





Bismillahirrahmanirrahim...

Minggu lepas Allah swt izinkan aku dan classmates ke Langkawi. Ini first time gi melancong dengan kengkawan. Alhamdulillah planning ni menjadi dengan pakej yang berbaloi.

Tiket flight : Pi balik
RM 88 sahaja!

Hang nak dapat murah, so hang usha la tiket time promo tu hee. Kitorang dapat murah sampai RM 88 tu sebab kebetulan ada kawan sorang ni ada kenalan sampai dapat diskaun harga tu. Kawan tu dah biasa melancong so itulah jadi kepercayaan kami untuk terima tawaran diskaun tu.


Pakej kitorang : RM 280/ per person

- Private boat Island hopping
- Tiket cable car dan museum 3D
- Tiket Magrove
- Homestay 3 bilik
- Kereta Avanza dan Grand Livina

Pakej ni kitorang ambil dengan suami rakan sekampus. So takda la istilah kami nak ragu-ragu dengan pakej dia sebab memang kenal kan.

Serius puas hati dengan pakej yang kami ambil, semua berbaloi dengan harga tu. Iyalah termasuk sewa kereta MPV sekali untuk 5 hari 4 malam. Boleh dikatakan setiap hari tu sepanjang hari kitorang berjalan. Keluar pagi balik malam, haha.

Biasanya selepas settle aktiviti pakej kitorang tu, barulah kitorang gi jenjalan sendiri ke tempat-tempat lain pula. Macam pantai chenang, makan kat Laksa Ikan Sekor, gi Haji Ismail Grup dan macam-macam tempat lagi.

Kitorang tak tempah sekali guid tourist so Waze lah pembantu kitorang kat sana. Haha. Tapi takda masalah sangat kalau sesat sebabnya homestay kitorang tu memang centre dari tempat-tempat menarik di Langkawi.

Haa tips nak melancong dengan jimatnya meh baca lagi. Hii.

Seminggu sebelum fly kitorang 10 orang sepakat nak bawa makanan ringan sikit-sikit sorang bawa pi sana. Hee~ Haa sikit sorang pun sekali bila kitorang dah kumpulkan, mak aihh menggunung juga jadinya kat dapur tu. Sampai ada lebihan kot, macam kopi sachet tu kitorang sedekah kan aje kat homestay tu.

Ohya, sebut homestay nak ceghita jugakla pasal rumah ni. Serius puas hati duk rumah ni, 3 bilik (dua bilik ada aircond wuu), haa dapur dia complete, tinggal hang beli la barang asas nak masak tu.

Kelengkapa homestay :

-3 bilik besar
- semua katil king & lemari
- 2 bilik ada aircond
- televisyen
- mesin basuh (yang ni kitorang teruja lebih sikit hee)
- sofa
- peti ais! hee

ala senang ceghita COMPLETE semuanya lah ya. Hii.

Nak share sikitlah, al maklumlah kita ni first time sampai kat Langkawi kan tapi dah 3x kali sampai Kedah. Masa pi pulau Beras Basah mak ai, rasa macam bukan duk di Malaysia tau. Haha. Memang macam pulau tu orang asing punya, mana taknya macam-macam orang ada!

Satu lagi, pantai Chenang pun sama alahai. Tak sedap betui mata memandang. View dah cantik sebab kami pun sampai sana waktu senja. Sangat cantik serius, pemandangan macam ni lah aku suka.

Dahsyatnya jugak sepanjang berjalan di kedai-kedai kat situ, boleh kira dengan jari kot berapa kali aje terserempak dengan orang Melayu. Huu~ Nampak sangat kan situ memang tempat pelancongan, tempat tumpuan pelancong asing. Hm sebenarnya berpijak aje sana terfikir juga la, sayangnya bumi Malaysia, tempat indah kurniaan Allah macam ni tapi 'dicemari' dengan keadaan macam tu. Sedih pun hade masa tu, tapi nak buat macam mana kan.

Hm kalau nak ceghita perjalanan melancong 5 hari 4 malam tu memang entah bila la siap post ni. Macam-macam benda rasa nak ceghita tapi tak apalah ya. Sampai sini sajalah ya. Tengoklah, kalau teringin nak share lagi nanti ceq share lagi. Hee.

InsyaAllah ada rezeki lebih next trip kitorang ke Sabah pula kot. Hee~

Nah ini gambar-gambar kitorang kat Langkawi.

Di perhentian terakhir naik Cable Car.
Sejuk kat sini, view pun cantik!



Pantai berdekatan airport.
Sinilah juga kami merasa laksa ikan sekor dan pasembur.

Ni time pi masuk gua, tengok cik Kelawar.
Tasik Dayang Bunting.
Kat sini korang jangan bawa plastik atau makanan di tangan tau, gerenti kena rembat dengan cik Nyet (baca: monyet)



Haa, ni bendang sebelah homestay kitorang!
Gigih tunggu takda keta, pastu hakak depan tu gi selpiaq atas jalan raya. haha.


Ni kat tengah lautan... Kilim Forest Park. Serius best. Time ni la tengok HELANG~~ Yeayy.

Museum 3D
Ini antara museum terbesar di dunia dan museum pertama terbesar di Asia Tenggara.
Abang kat museum ni cerita kat kitorang.

Ni la kat Pulau Beras Basah. Memang cantik sangat pulau ni. Biru jer airnya tau.




Dataran Lang.
He tu sebenarnya gambar untuk bisnes tudung saya.
Minta tolong kawan jadi model hee dan Amik peluang shooting sekejap kat situ.

(Meh la follow IG saya, Guzel Exclsuive by Umie Balqis, tudung bidang patuh syariah)


 CikRose~

Bangi
1224 am
250117


Sunday 22 January 2017

Aku Nak Travel!


Gigih snap gambar memalam buta ni. Hee~

Bismillahirrahmanirrahim...

Malam tadi, aku buka Instagram, tup tup terpampang gambar Sabatini, isteri Azlan Andi yakni penulis buku Biniku Ninja.

Gambar tu Saba duk di Jepun dengan salah sorang anak kembarnya. Masa tu, tak tahulah pasai apa aku terinspirasi dengan Saba. Datang keinginan satu hari nanti aku nak macam dia boleh jelajah dunia.

Masa tu juga aku kagum dengan dia sekeluarga, iyalah anak dahla kembar, anak sulung pula tu, tapi boleh survive dan pi sampai luar negara. Biasa orang cakap, kalau anak sulung tu kembar, agak mencabar lah sebab baru first time ada anak, tetiba dapat kembar pula. Haish, mana tak peningnya nanti. Hee~

Actually, dari awal aku baca buku Azlan Andi lagi aku dah kagum dengan kisah Azlan. Yang aku boleh cakap, Azlan ni seorang yang reti grab peluang depan mata dia. Reti sungguh sampai boleh buat income tuu. Dari budak tak cemerlang dalam SPM tapi boleh travel jauh hasil kemahiran yang ada. Haa, mana tak terinspirasi.

Tapi memang teringin nak travel sampai luar negara satu hari nanti. Lagipun orang minat menulis ni mostly jenis suka travel dan berjalan, sebab dengan tu kadang kami ni boleh dapat idea tau. Hee. So, janganlah marah kalau aku suka berjalan ya.

Mak ayah aku kadang memang perasan aku jenis suka berjalan. Mana-mana je aku nak je ikut kawan, nanti depa tegurlah. "Balqis ni tubik sokmo." Benda macam ni berlaku hiasanya time cuti semester lah, sebab masa tu kita duk rumah je kan. Then selepas kena tegur, aku stop sekejap lah. Hee. *Hold orang kata*

Alah, tempat aku pi biasanya bukan tempat asing pun. Biasa gi ziarah keluarga angkat, gi rumah kawan atau mana-mana lah. Aku jugak takkan pi tempat kalau aku tak biasa dan tempat awam luar bangunan. Aih cane tu? Contohla, kalau dalam bangunan macam KL Sentral, Midvalley tu aku berani ler sengsorang tapi kalau kena keluar dari bangunan tu, memang tak lah.

Tapi... kalau kat kampus aku bukan jenis kaki keluar berbanding kawan-kawan aku tau. Kadang aku yang pelik, depa ni macam selalu sangat aje makan luar. Best sangat ke. So aku ni jurus jugakla kan. Ngee.

Haa, one more sebab tu, kalau kawan luar datang UKM dan nak makan di Bangi, haa jangan tanya aku. Biar aku yang tanya kawan UKM aku mana tempat makan yang okay. Hee~ sebab aku memang tak tahu kecuali satu dua tempat saja lah.

Opss, melencong ke England pulak aku ni. Hm, insyaAllah dengan izin Dia harapnya dapatlah aku travel satu dua tempat di dunia ni satu hari nanti. Tempat macam Turkey, Brunei dan Dubai pun okay dah asal ada jugaklah kenangan travel luar negara kanss. Hee~

Okaylah, saja nak merepek malam ni. Baru lepas sambung baca buku Azlan Andi sebenarnya ni. Okay, doakan aku dapat travel luar negara nanti ya. Aamin.

CikRose


Gombak
220117
0320 am

Thursday 5 January 2017

Senyumlah!



Bismillahirrahmanirrahim...

Kita berlari-lari mengenggam sesuatu, rupanya dalam diam tercicir di pertengahan.๐Ÿ˜Œ

Terduduk kita, berhenti melepas lelah dan kecewa.

Seseorang mendekati, dia berkata, 
"Ini awak punya. Senyumlah."

Dihulurnya sesuatu itu. Lalu kita kembali tersenyum.๐Ÿ˜Š

Hadir seseorang dalam hidup kita, mungkin sekadar untuk mengingatkan mungkin juga untuk membahagiakan kita.

Apapun, kehadiran sesiapa pun, ada kebaikannya yang tak kita ketahui.๐Ÿ˜Š๐Ÿ’ช๐Ÿป
Waiting.