Monday 24 July 2017

Muhasabah Sang Musafir


“Ya Allah, masih layak ke aku menjadi penghuni syurga? Ya Allah, masih layak kah aku jadi wanita solehah?

Ya Allah, permusafiran ini aku harap kepulangan ini membawa rezeki berupa kebaikan dunia dan akhirat ku.

Ampuni aku ya Allah segala salah sillapku, dosaku ya Allah. Aku tak mahu ulangi lagi kesilapanku yang lalu. Maafkan aku ini ya Allah…”

Pandangan yang dilontarkan di luar jendela, melihat kegelapan malam, ditemani linangan air mata.
Tidak henti dia melafazkan doa sehingga terlelap sendiri.

Kepulangan kali ini sangat bertawakkal tinggi moga ada rezeki yang membahagiakan diri.

Permusafiran itu juga membuatkan diriku merindui permusafiran ke bumi kedah mengikuti daurah penyucian hati tahun lepas. InsyaAllah berhajat untuk musafir ke sana lagi tahun ini dan singgah ke negeri Perlis.

Diriku sudah jatuh cinta dengan bumi utara, terutama Kedah. Disanalah Allah swt memberikan sinar hidayah mengejutkan diri dari 'terlena dengan kehidupan'.

Hm… dalam hidup ini aku tak mahu terleka dan terlalu kejar dunia. Sesibuk mana pun aku, sejauh mana aku berlari untuk gapai kejayaan, Aku mahu jiwa aku tetap terisi dan ditarbiah. Ya, kerana aku tahu, seorang penghijrah sepertiku ini sangat memerlukan tarbiah. Betapa aku pernah merasa bagaimana rasa kontangnya jiwa bila tidak terisi…Allahu……

Kadang kala hadir rasa penyesalan dan keinsafan bila sibuk, jarang ke majlis ilmu. Jarang tadabur terjemahan al-Quran dengan sepenuh hati, jarang sudah buat solat hajat. Ya rabbi…. Berdosanya rasa.
Kata mahu syurga, nak jadi penghuni syurga, nak jadi wanita yang Allah sayang tapi diri dan amalan?! Mengecewakan…. Malu teramat malu…. ☹



Muhasabah Musafir Penulis.

No comments:

Post a Comment