Tuesday 24 June 2014

:: Usrati ::


Dengan lafaz Bismillah...

Assalamualaikum...


~ ~ ~ ~ ~



Hati kadang tertanya, 
andai aku menjaga, adakah bakal pendamping ku juga seorang yang menjaga?

hati kadang tertanya,
andai aku tidak bermesra dengan ajnabi, adakah bakal pelengkap hidupku sebegitu juga?

Hati kadang tertanya,
andai aku berusaha menjaga hati, adakah dia juga begitu?

Hati kadang tertanya,
andai aku sedang berusaha menjaga pergaulan ku, adakah dia begitu juga?

ALLAHURABBI...

kesemua itu tiada jawapan. Hanya Dia yang tahu, kerna Dia Maha Melihat segala perbuatan hamba-Nya.

Hari ini emosi terganggu.

Diuji itu dan ini bermula siang tadi.

Diri mudah marah dan sedih.

Allah.. sabarlah diri!

saat melihat moment-moment itu.

" Sabar tau...
Allah sedang menguji mu. Yang penting dikau sudah berusaha."

Barangkali inilah ujiannya kan...

ALLAHUAKBAR...

"Sudah, jangan menangis untuk sesuatu yang tidak penting! Jom bercinta dengan Allah!"


~ ~ ~ ~ ~


Tinggal beberapa hari sahaja lagi, bakal berjauhan dengan keluarga buat kali kedua.

Di bulan Ramadhan pula tu. Inilah kali pertama berpuasa jauh dari keluarga.

Walaupun rasa sedih, tapi hanya mampu berdoa Allah swt kuatkan diri ini.

Terimbau kembali gurauan bersama ummi dan adik Ina siang tadi.

Ummi sedang baring, saya ni sengaja pi peluk ummi nak bagi adik Ina jeles. He.

Then, Ina datang untuk memeluk ummi juga.

Main tolak-tolak tanganlah antara kami berdua sebab kedua-duanya nak peluk ummi.

hm...

kebahagiaan inilah yang saya takut mahu tinggalkan...

takut terutamanya apabila bakal mendirikan masjid kelak. (entah sempat ke tak, kot ajal menjemput dulu)

takut dimarahi bakal pendamping sebab ayah saya sangat jarang marahkan saya!
boleh dikira dengan jari kot berapa kali je ayah marah kat saya. he.

Sungguh,tiada kasih sayang yang dapat menandingi kasih sayang ibu ayah...='(

Ibu ayah sangat menerima segala kekurangan diri anak-anaknya, tetapi para suami bolehkah melakukan seperti itu juga?

Ibu ayah sangat bersabar melayan kepelbagaian sikap anak-anaknya, tetapi para suami bolehkan sedemikian juga terhadap seorang isteri? (kalau yang beristeri satu lah)

Ya, memang tak boleh sama kan ibu ayah dengan suami, tapi.... ='( tidak terkata.( macam la dah nak nikah! haha)

Takla, memang tak tahu lagi bila Allah tentukan pernikahan, tapi itu lah, bila fikir akan jauh dengan mak ayah, rasa sedih pula...

Siapa tak sayang mak ayah kan kan kan....

* abaikan perkataan petals itu.. haha. tu memang auto ada kat situ.*


Mengimbau kembali perbualan dengan ummi dua hari lepas...

Tika itu ummi baru sahaja mahu berehat, saya pun mula bersuara.

"Ummi, hantar orang masuk pondok boleh?"

Balas ummi, " Eish, yang mana satu la. kejap yang tu, kejap yang ni. ni nak pondok pula. Banyak fikir sungguh."

hee. saya tersengih je... Memang pun ummi... anak ummi ni sekejap nak tu, sekejap nak yang ni. semua benda nak buat lah kan! hee.

Masa kat gerai membantu ummi berniaga,

saya berkata kepada ummi.

" Ummi, nanti orang nak masuk kelas menjahit lah."

Nak tau apa ummi balas, hehe...

"Eish. Yang hari tu pun tak menjadi lagi. Ni nak masuk kelas menjahit pulak. nak menjahit pun nak kena beli mesin jahit tu semua."

kihkihkih... rasa lawak pula bila diimbau semula.

Alahai anak ummi ni kan.. macam-macam...

Itu semua kenangan !!!

Kenangan bersama insan yang sangat memahami diri ini!

Kenangan bersama insan yang sanggup berpenat lelah bersama ayah, untuk memberi suapan nasi!

kenangan bersama ayah atau saya panggil pa...

Malam tu saya baru sahaja selesai berbincang dengan owner sebuah butik. ( Budak baru nak belajar bisnes lah katakan... he)

Disebabkan saya ni masih baru, ada satu perkara yang saya perlukan pandangan ummi pa.

so.. Saya turun ke tingkat bawah untuk tanya pendapat ummi dan pa.

Tempat pertama yang dituju ialah dapur sebab ummi sedang memotong ayam di situ. hee.

then...saya pergi kepada pa yang sedang berehat di ruang tamu.

Diceritakan semua kepada pa dari A hingga Z terlebih dahulu, kemudian barulah meminta pendapatnya.

Bila dah selesai,pa mula bersuara.

Wah.. mendengarkan penjelasan yang pa berikan, buat saya tersengih sendiri!
Pa terangkan tentang pemilihan jenis kain sebelum nak terima barangan seperti baju dari pengedar.(  al maklumlah, baru try bisnes pakaian muslimah kan.)

Macam-macam lagi pa terangkan...

*tepuk dahi!*

Itulah perempuan kan, suka bertindak ikut emosi *macam saya dalam situasi di atas* setelah mendengar penerangan daripada pa, saya mengakui lelaki ni cara percakapannya lebih smart!

berbanding wanita. hee. memang betul pun kan...

satu lagi yang saya suka.. pa jenis suka membuat lawak. he.

kadang-kadang tu secara spontan keluar ayat lawaknya membuatkan ummi dan kami ketawa.

Rupanya sikap suka membuat lawak yang ada dalam diri abang Heyqal, datang dari papa!

Abang Heyqal tu lawak dia lagi hebat. Dan... abang Heyqal banyak mewarisi sikap pa.

Abang Heyqal sangat jarang marah. Abang Heyqal sikapnya mudah memberi. Ingat lagi, sewaktu masih di DQ, dia pasti akan msg bertanya saya samada masih mempunyai wang poket atau tidak.

katanya, kalau takda, bagitahu kat dia dan jangan minta dengan ummi. Kekadang tu dia belanja topup.

hee. Masa tu rasa best sebab ada dua abang so boleh la gilir-gilir minta topup dengan mereka.=')

hm...

bila ingat family, automatik kesedihan saya dah hilang!

macam sekarang, saya tak jadi nangis dah!

Allah...


keluarga penguat semangatku!


*maaf. senget * hee

maaf lah ya. Malam ni bercerita pasal family pula.

Saya pasti post ini bermanfaat untuk saya di masa akan datang...

jadi biarlah ia disemadikan di sini untuk bacaan kemudian hari.

sebab saya ni pun jenis suka baca balik tulisan saya dalam post terdahulu. hee.

baik...

akhirul kalam, saya bersyukur dengan segala kurniaan Allah swt ini meski keluarga kami penuh kekurangan semenjak dahulu.

Pelbagai telah diharungi kami sekeluarga...

dulu, masa kecik-kecik pernah memasang niat tak nak cari pasangan orang kaya. Entah, maybe sebab fobia kot dengan perangai orang kaya yang pernah kami temui dulu. kalau boleh, nak yang pernah merasai kesusahan macam kami sekeluarga.

tapi alhamdulillah, sekarang dah kurang sikit perasaan tu walaupun kekadang tu ada lah juga risaunya.

Allah..

segalanya Dia dah tentukan yang terbaik.

okay...

Mengundur diri ya.

Maaf kalau takda point penting sangat dalam perkongsian kali ini.

Satu sahaja yang mahu ditekankan disini,

  KASIH IBU AYAH TAKKAN BISA DITANDINGI OLEH SESIAPA PUN HATTA KASIH SANG SUAMI. 

NOTED!!!

kepada kaum Adam : jadikanlah diri kalian suami yang baik kepada isteri yang berjiwa lembut. *kaum hawa kan jiwa memang lembut! so elakkanlah penderaan ke apa.


#taksukabilawanitaditindas!!!





Assalamualaikum wrm wbt... =')


UmieBalqisSanusi
Gombak
240614
0303am






Sunday 22 June 2014

Part 3: Cerpen Cinta Chocolate Moist

Sambungan Cerpen : C.C.M




~ ~ ~ ~ ~

Malam ini aku menulis untuk meluahkan sebuah rasa.
Rasa sedih sekeping hati.

Malas aku mahu berlapik lagi.

Sungguh, rasa sedih dan kecewa ku masih berbisa!
Hingga detik ini...
walaupun dua bulan sudah peristiwa itu berlaku.

Jujur aku katakan,
sejak itu,
aku makin membenci lelaki!

Maafkan aku!
Mungkin aku emosi!
malam ini...

Haha...
Ramai kata aku seorang wanita yang kuat!
kerna mereka sering melihat,
senyuman ku di bibir ini.

walau hakikatnya...

Sakit!

Sakit itu masih ada okay!

astaghfirullah hal'azim...
astaghfirullah hal'azim...
astaghfirullah hal'azim...

Maafkan aku...
siapa tidak sakit hati, kecewa, rasa duka pabila ditinggalkan insan tersayang tanpa sebab kukuh!

Allahuakbar.

Jujur, setelah aku dibenarkan keluar dari hospital,
aku rasa mahu cepat-cepat pulang ke rumah.

kenapa?

sebabnya aku tak mahu lagi melihat wajah lelaki!
termasuklah doktor yang merawatku,
meskipun dia caring terhadap aku!

bagi aku, semua itu tak beerti langsung dalam hidup aku!
caring lah sehabis mana sekalipun,

MAAF!
Pintu hati dah tertutup!!!

Kepada dia, seandainya dia TERsinggah blog aku malam ini,
aku doakan dikau bahagia bersama si dia.

dengar-dengar nak nikah dah kan...

Alhamdulillah.. tahniah. semoga bahagia milikmu selamanya.

Allahuakbar...

Jujur, sampai sahaja di rumah,
sejurus ibu keluar dari kamar ku, aku jatuh terjelepuk di lantai.

Semuanya kerna aku belum kuat!
walaupun di depan ibu sentiasa aku mengukirkan senyuman...

aku hanya bisa bangkit semula setelah aku ingat nama-Nya,
"ALLAHUAKBAR..." dan "AR-RAHMAN..."



Allahuakbar, kerana aku sangat meyakini Dia Maha Besar dari segala, begitu juga dengan ujian yang menghempap ku!

Walau berasa ujian itu besar, namun pabila merasai Allah swt lagi besar, aku bisa kuat!

Ar-Rahman, dengan nama ini jualah membantu ku untuk berdiri semula kerana aku meyakini Dia Maha Penyayang...
Dia berikan ujian hebat ini kerana Dia sayangkan aku.
Dia mengambil insan yang ku sayang dan cinta hati aku kerana Dia mahu aku kembali bercinta dengan-Nya sahaja.

Justeru, hatiku akhirnya berjaya dilembutkan...

lalu mengalirlah airmata ku...

ALLAH...

ALLAH...

ALLAH...

nama inilah yang sering meniti-niti di bibirku saban hari...

dengan-Nya aku kuat!!!

Maafkan aku...
lelaki tidak mungkin aku beri ruang padamu untuk mencuri hatiku lagi.

Melainkan dia yang ditakdirkan berjaya memikat hatiku !

Err...dia itu, aku pun tak tahu siapa!!

aku berserah sahaja pada DIA !!

one more!!

dengan yang 'satu' ini juga bisa buat aku tersenyum tau!

apakah??

Of course lah kek coklat moist!!!

Haha, bunyi macam lawak kan?

Itulah hakikatnya...

Pantang aku tengok kek tu, mesti lupa segala masalah aku!
Dengan cecair coklat yang meleleh tu lagi...
Hai... sedapnya kek tu...!!

well, see!

betapa hebatnya panahan coklat moist pada diri aku kan?

hee... senyum dear!! senyum!! You can do it with Allah !

Okay, membebel betul aku malam ni kan.

baik, mengundur  diri dulu ya.

perlu tidur sebab nanti nak 'bercinta' dengan DIA .
DIA setia tunggu aku di pertengahan malam...

subhanaAllah... Biarlah DIA dihatiku kini!

lelaki please don't disturb me anymore!

selamat malam semua. tidur bebaik tau.

semoga tidur malam ini dan bangkit esok pagi dalam iman. allahumma aamiin.

assalamualaikumm...

p/s : kpd sesiapa yang mengenali Pencinta Kek Coklat Moist ini, jangan lupa doakan saya ye.
maaf, bahasakan diri 'aku' di atas! sesekali kasar kan? Hee..

tata semua!!

~ ~ ~ ~ ~

Dia terus tekan publish!

Done! Post terbaru di blognya, 'Pencinta Coklat Moist'.

Sejurus itu, tanpa disedari laju cecair putih membasahi pipi gebunya...

Dia terus menjatuhkan mukanya ke meja...

Tangisan dilepaskan semahu-mahunya...

"Allah... Allah... Bantu hamba-Mu ini...."

Tangisannya makin kuat! Allahurobbi... sesekali dia mengurut-urut dadanya kerana berasa sesak jiwa!

"Allah...."

Siapa tidak terluka dan kecewa, setelah ditinggalkan begitu sahaja, dia menerima berita bahawa si dia bakal menikah tidak lama lagi...

Apakah ertinya semua itu?

Ertinya dia ditinggalkan memang untuk pernikahan itu.

Namun... mengapa tidak berterus terang sahaja bahawa sudah mempunyai insan lain?

Allahuakbar.

Akhirnya dia terlena dalam tangisan...


"Cinta itu milik Allah, maka Dia berhak menariknya bila-bila masa sahaja.. Bersabarlah.."

Ucap seorang lelaki berjubah putih diiringi senyuman indah! Wajahnya juga sangat menenangkan jiwa!


Fareha membuka mata. Dia menatap wajah lelaki itu. Tidak dia kenali. Namun, kalbu merasa damai melihat raut wajah itu! Sungguh!

"Siapa awak??"

Lelaki itu hanya tersenyum. Tidak lama kemudian, lelaki mulai hilang di balik kabus putih yang memenuhi kamar.

"Allahurabbi!!" Fareha terjaga dari tidur! Dia terkejut dengan mimpinya sekejap tadi.

"Allah..." Dia meraup mukanya berulang kali sambil memikirkan mimpi tadi. Seminit selepas itu, jam locengnya berbunyi menandakan pukul 4.30 pagi.

Pantas kepalanya menoleh ke arah meja kecil di sisi katil. 4.30!

Senyuman lebar terukir. "SubhanaAllah... Allah nak kejutkan aku rupanya tadi. Alhamdulillah. Terima kasih Allah. Aku sangat merasai belaian kasih sayang-Mu sejak peristiwa itu... Benarlah, Engkau mahu mengambil cintaku untuk dipersembahkan kepada-Mu. Barangkali aku lalai dengan cinta manusi sebelum ini. Maafkan aku Ya Allah."

Tanpa membuang masa, dia terus melangkah ke bilik air untuk mengambil wuduk. Kemudian mula bersujud!

Di sujud terakhirnya...

"Ya Allah...
aku sanggup begini selamanya kerana betapa aku amat merasai kemanisan bercinta dengan-Mu...
aku sanggup single selamanya... asalkan aku tidak terbuai dengan cinta manusia.

Ya Allah,
aku sanggup di gelar anak dara tua, asalkan aku temui pencinta setia di syurga.

Ya Allah,
Ampunkan aku Ya Ilahi, hingga kini aku belum bisa terima mana-mana lelaki...
Seandainya Engkau telah mencatatkan jodohku di dunia, maka ku mohon, Engkau berikan dia 'kunci hatiku' supaya senang untukku menerimanya kelak. 

SubhanaAllah, Alhamdulillah, Allahuakbar. Segala puji bagi Allah swt!"

Seperti selalu, usai solat, dia akan mengusap mukanya sebanyak tiga kali sambil beristighfar.

Telekung tidak dibuka terus kerana dia mahu menambah lagi pahalanya dengan membaca AL-QURAN di pertengahan malam itu.

Surah Az-Zukhruf menjadi pilihan untuk dibaca. Sambil membaca ayat-ayat suci itu, dia akan mentadabur makna-makna setiap ayat.

Surah itu adalah surah kesukaannya kerana banyak menceritakan tentang syurga, kediaman impiannya!

Meski dalam AL-QURAN diceritakan keindahan syurga, namun akal manusia tetap terbatas untuk membayanginya!

Ini kerana syurga hanya milik mereka yang bertaqwa!

Allah... Mengalir lagi air mata kerana dia sangat risau, apakah dia termasuk di kalangan mereka yang bertaqwa itu??

Untuk menempah syurga bukan semudah menempah neraka...

Dia termenung di atas hamparan sejadah... Muhasabah diri, taqwa dan iman dalam dirinya.




ALLAH... aku sambut cinta-Mu!






:: Bersambung...::



Penulis: Umie Balqis
Gombak
220614
0100am

Tuesday 10 June 2014

Manusia !



Tika mataku dibuka,

Ku dapati pandangan mataku ‘kabur’ ,

Walhal aku sudah maklum,

Dunia ini INDAH,

Dunia ini dihiasi kehijauan,

Dan jutaan ciptaan Ilahi menghuninya.

Tapi…

Mengapa kini tidak ku bisa melihat semua itu?

Mengapa?

Mengapa ditutup keindahan dunia itu dari pandanganku?





Lalu… satu suara berbisik padaku…


“ Di antara ciptaan Allah swt di dunia ini adalah manusia. Sebaik-baik ciptaan Allah swt adalah manusia!”

Balasku. “Ya! Aku tahu akan semua itu. Namun, mengapa aku tidak bisa melihat mereka?”

“Wahai umat Nabi Muhammad saw… Sesungguhnya dosa-dosa manusia sendiri itulah yang telah mengaburkan pandangan mu terhadap dunia ini! Lihatlah… Betapa ‘hitamnya’ dunia ini! Tidak lagi bisa dilihat dan dinikmati keindahannya! Ya! Mungkin manusia hari ini merasakan banyak lagi keindahan dunia belum mereka terokai, tapi hakikatnya… Dunia ini sudah terlalu ‘buruk’ dan ‘nazak’! Kamu, wahai umat Nabi Muhammad saw… Bantulah manusia sepertimu untuk kembali melihat dunia ini dengan mata hati.”


Mendengarkan itu...

Aku tertunduk…


Aku berasa beratnya amanah itu!

Mampukah aku membantu mereka?

Mampukah aku??



Astaghfirullah...


:: Koreksi diri sendiri!!::






~Umie Balqis~
:: Gombak ::
100614
0155AM


Wednesday 4 June 2014

Suapan Cinta



Bismillah. Assalamualaikum wrm wbt...

Salam sayang ditiupkan kepada sekalian pengunjung teratak pena saya ...

Selama sebulan lebih tidak saya mengirim kiriman baru di sini. Allahu.

Terasa begitu cepat masa berlalu...

Apapun, saya doakan semoga sekalian pembaca sentiasa dalam jagaan dan kasih sayang-Nya . Allahumma aamiin.

Pagi tadi, saya terlewat ke 'tempat kerja' kerana ummi menyuruh menggoreng 20 ekor ikan terlebih dahulu di rumah.

Risau juga dimarahi ummi kerana lambat pi gerai. Tetapi kelegaan menyapa hati tatkala melihat tidak ramai pelanggan sedang menunggu giliran.

Seperti selalu, mesti saya melangkah ke gerai itu dengan senyuman.

Kali ini senyuman kerana tidak mahu dimarahi! hee.

Pabila ummi melihat anak gadisnya ini, ummi bersuara.

"Hai, lambatnya ikan sampai. Nasi kerabu dah nak habis dah pun."

Ngee... seperti biasalah, saya hanya mampu SENYUM! =)

Lalu saya menghulurkan tapaware yang berisi ikan goreng. Ikan goreng itu sebagai pengganti ayam goreng selepas habis dijual.

Seorang sahabat ummi turut berada di gerai, membantu ummi. Alhamdulillah.

Mengapa saya bersyukur?

Kerana, selama sebulan saya berjauhan dari keluarga, Allah swt telah mengirimkan hamba-Nya untuk membantu ummi di gerai.

Benarlah, Allah swt Maha Mengetahui segala isi hati hamba-Nya... dan seolah Dia memahami kerisauan hati hamba dhaif ini.

Masakan saya tidak risau, kerana setelah ayah dan abang berniaga di kedai baru, tinggallah ummi keseorangan di gerai lama.

Masakan juga tidak diri ini risaukan ummi, kerana saya telah merasai dan mengetahui kekalutan saat para pelanggan datang ke gerai pada satu masa yang sama.

Bayangkanlah, ummi harus membungkus nasi-nasi sendirian sedangkan pelanggan yang datang kekadang tiga hingga empat orang sekaligus. Setiap mereka pula bukannya membeli sebungkus nasi seorang.

Alhamdulillah.

Benar merasa syukur akan bantuan Ilahi ini.

Dia telah menggerakkan hati sahabat ummi untuk membantu ummi walaupun dia datang ke gerai untuk membeli nasi juga.

Namun, barangkali disebabkan rasa simpatinya tinggi, maka dia meringankan tulang untuk membantu ummi.

Allahuakbar!

Semoga Alah swt merahmati sahabat ummi tersebut dan seisi keluarganya.

Allahumma aamiin.

Disetiap kelelahan, Allah menilainya.

Pagi tadi juga, Allah swt mentakdirkan mata saya 'dihidangkan' dengan sesuatu.

'Suapan ainun!' *ainun = mata ( Bahasa Arab )

Masih segar diingatan, tika itu sedang free kerana tiada pelanggan.

Entah mengapa saat itu kepala ini terasa mahu dipalingkan ke belakang.

Setelah itu, mata ini terus menangkap sekujur tubuh berbaju kuning di bawah pokok seberang jalan.

Melihatkan itu membuatkan saya mahu melihatnya buat kali keduanya.

Pandangan kedua ini saya manfaatkan untuk mengamati pemilik tubuh itu.

Allahurobbi...

Terasa kalbu ini diusap lembut tatkala mendapati pemilik jasad itu adalah seorang lelaki tua dan bekerja sebagai penyapu sampah.

Sanubari ini sangat tersentuh melihatkan 'atuk' sedang berehat di bawah pokok dan menyandarkan diri di dinding batu.

Barangkali atuk mahu merehatkan dirinya buat seketika sebelum menyambung amanahnya.

Allahu...

Hati mana tidak terusik melihatkan situasi itu...

Seorang lelaki tua masih gigih bekerja...

Lalu diri ini merasa rindu pada atuk( Che Abdul Rahman) di kampung halaman...

Terlalu banyak jasa dan pertolongan yang atuk berikan selama ini...

Atuklah satu-satunya atuk dan nenek yang masih saya miliki hari ini...

Allahuakbar... Moga akan dapat memberikan kebahagiaan kepada atuk sebelum saya mengecapi kebahagiaan diri dan sebelum atuk atau saya 'pulang pada-Nya'.

allahumma aamiin.

Doakan saya. Itulah juga harapan dan doa saya terhadap ibu bapa. Mahu berikan mereka kebahagiaan sebelum saya mencapai kebahagiaan buat diri saya. Serta mengharapkan saya bisa berikan mereka bahagia sebelum saya atau mereka 'pergi'.

Hmm...

Ini pula al kisahnya dua pemuda yang menjadi pelanggan ummi.

Seperti kebiasaan, sekiranya ummi sedang membungkus nasi untuk pelanggan pertama, maka saya pula akan membungkus nasi untuk pelanggan seterusnya.

Semalam, ummi sedang membungkus nasi, saya pula menanti pelanggan.

Sebenarnya saya telah menyedari sebuah kereta parking di seberang jalan. Sangka saya pemilik rumah banglo di tepi jalan itu.

Rupanya salah sangkaan saya. Dua pemuda keluar dari perut kereta dan menuju ke gerai ummi.

Saya terus bertanya "Mahu nasi apa?"

Salah seorang menjawab. "Nasi kerabu satu." Saya menyedari lelaki itu (A) asyik tersenyum saja. Tapi tidak diendahkan.

Ingatkan nasi untuk dia, rupanya dia tolong cakap jeee untuk kawan sebelahnya.

sebabnya...

semasa saya mahu mencedukkan nasi kerabu ke dalam kertas bungkus nasi, pemuda (B) bersuara.

"Nasi lebih ya."

Ummi terus menegur saya selepas melihat nasi di dalam pembungkus nasi itu.

"Eh banyaknya."

"Dia nak nasi lebih."

A bersuara. " Ma dio, bekengnya. Dio hok nak nasi lebih. Kito baru nak tanya nama ma, takut dohla. Ma janganlah bekeng sangat." Sambil tersengih.

Aii..buat lawak pula mamat nii. Memandai je dia bahasakan diri ummi dengan panggilan ma.

Tapi tidak mengapalah, saya maniskan je muka sebab fikir mungkin dia dah biasa panggil ummi macam tu.
Di Kelantan, saya juga dah biasa dengan pelanggan-pelanggan ummi seperti pelajar sekolah menengah yang memanggil ''ma''.

Ummi tanya, "adik beradik ko ni?"

A menjawab. " Taklah ma, muka tak sama pun kan. Sepupu."

Semasa sedang membungkus nasi untuk B, si A tu asyik bercakap je. Nak mengusik la tu.

"Ma, ma nama gapo?" Err, dia tanya nama ummi pula. Macam pelikk je. sengihan dia tu tak pernah 'mati.'

Ummi layan sahaja, iyelah pelanggan kan tapi tidak pula ummi memberitahu nama ummi.

"Ma, kito hajat nak minta no dio."

HAHAHAHA...
Buat lawak bodoh pula...

Dah siap bungkus nasi, sempat ummi mengusik.

"Nanti mandikan sepupu ni ye." Kata ummi ditujukan kepada B.
B turut tersenyum...

Hai..memang sengaja buat lawak la mamat tuu.

Dua pemuda itu pergi makan di kedai makan berhadapan gerai ummi.

sejam kemudian kot.

Dua pemuda itu melintasi gerai ummi sebelum ke keretanya. Sempat lagi dia berkata sesuatu.

"Ma, esok nak mari plop deh." Sengih itu wajib ada! haha.

Sabor je...

* * * * *

Tika itu, saya sedang mengemaskan barang-barang. Manakala ummi sedang berbual dengan dua sahabat ummi yang turut berada di gerai.

" Banyak cakap budak tu. Sebelum ni tak pernah datang pun, dah banyak cakap. Nak adjust balqis lagi, minta no telefon tadi." Cerita ummi kepada kedua-dua sahabat ummi. Ummi pun terhibur dengan celoteh pemuda tu.

"Minta no telefon? Amboi, tapi tak boleh lah kan. Balqis dah ado ore." Kata Kak Nor, iaitu sahabat ummi yang membekalkan kuih muihnya di gerai ummi.

EKK??

Saya terkejut okay!

Hai... !!

Tapi saya buat tak dengar je. Diteruskan mengemaskan barang barang jualan.

Huhu.

Begitulah al-kisahnya semalam...

3 Suapan cinta Ilahi...

Mengapa diberi tajuk suapan cinta?

Kerana bagi saya apa yang hati saya rasa semalam (SYUKUR)  dan pandangan mata hati (melihat orang tua)  adalah suapan darinya buat hati saya. Untuk lebih mensyukuri akan bantuan dan nikmatNya yang tiada di duga.

Err..kisah ke3 tu pula barangkali suapan untuk menceriakan hari. He..

Baik, itu sahaja perkongsian kali ini

Insya-Allah , jika dipanjangkan umur, akan dikongsikan kisah ibrah seterusnya. aamiin.

SELAMAT PAGI... :)

Salam Cinta seindah mawar... =)