Wednesday 22 April 2015

Maafkanlah.



Bismillahirrahmanirrahim...


Tamat sahaja kelas petang itu, Humaira terus melangkah keluar dari kelas. Dia harus segera pulang kerana belum menunaikan solat Asar. Sedang dia berjalan di kawasan fakulti, dari kejauhan dia ternampak keayuan seorang gadis, bertudung labuh dan berjubah. Tertutup sempurna, indah, bertambah seri wajah dengan sebaris senyuman. Gadis itu sedang duduk bersama seseorang.

Semakin langkah dihayun, Humaira semakin dekat dengan gadis itu. Senyuman disedekahkan kepada gadis itu ketika mereka saling berpandangan.

" Akak! Err, nak tanya kejap. Perpustakaan dimana ya?" Gadis itu bertanya apabila Humaira melintasi tempatnya.

Humaira hentikan langkah. Kembali bergerak ke belakang beberapa langkah. " Oh perpustakaan di sana. Agak jauh sikit sebab kena naik tangga tinggi tu." Jawab Humaira sambil menunjukkan ke arah sebuah bangunan tinggi di sebelah kanannya.

" Oh iyeke? Tinggi juga tu. Okay, terima kasih ye kak."

" Sama-sama. Saya pergi dulu ya. Assalamualaikum."

Okay kak. Waalaikummussalam. " Mereka saling membalas senyuman.

Sebelum Humaira semakin jauh, dia sempat mendengar sesuatu.

" Kak Ila, tingginya nak naik tangga tu. Macam mana ni?" Gadis tadi bertanya kepada gadis disebelahnya.

" Takpa, kita naik perlahan-lahan ya."

Mendengarkan itu membuatkan dia mahu berhenti. Humaira memerhatikan mereka berdua dari jauh. Gadis itu mula bangun dibantu oleh sahabatnya. Kemudian, sahabatnya itu menghulurkan dua tongkat kepadanya dan mereka mula berjalan perlahan-lahan.

Humaira tersentuh melihatkan itu. Gadis yang berwajah indah itu sedang dibantu sahabatnya untuk berjalan. Tiada kakinya...

" Tiada yang sempurna di dunia ini. Allahurabbi." Bisik hati kecil Humaira.

Indah mana sekalipun, pasti ada kekurangannya. 
Buruk mana sekalipun, pasti ada kelebihannya.


~ ~ ~ ~ ~


Dalam hidup ini, jika kita sentiasa dihadirkan ingatan bahawa kematian akan menjemput aku bila-bila masa sahaja, pasti kita tidak akan mahu ada sekelumit rasa benci atau dendam dalam hati.

Pasti kita mahu lakukan hanyalah kebaikan. Pasti yang kita mahukan adalah memberikan kebahagiaan kepada insan sekeliling dan memaafkan mereka yang pernah menyakiti dan mendustai kita.

Pasti juga, kita mahukan hanyalah menyayangi setiap mereka disamping kita. Menghargai mereka sesungguhnya. Sepenuh jiwa raga.

Mengasihi dan menyantuni ayahanda bonda sebaik-baiknya !

Namun, lumrah makhluk bernama manusia, kadang ingat kadang lupa. Biarpun hakikat kematian itu nyata akan berlaku. Cuma tarikh dan masanya saja belum kita tahu. Kan?

Saya, entah mengapa sudah berminggu lamanya hadirnya sebuah rasa yakni takut dan sedih akan kematian. Rasa ini menyebabkan sering kali airmata mengalir sendiri.

Teringat semalam, di hujung kelas keusahawanan, Ustaz Athiroh sedang memberikan tazkirah sebelum kelas berakhir, tetiba sahaja terasa syahdu dan hadir lintasan soal KEMATIAN.

'seandainya aku akan mati tak lama lagi...'

Saya dapat merasakan airmata mula bergenang, namun saya cuba menahan ia dari mengalir. Begitulah selalunya apabila berada di tempat awam. Cuba membendung ia, janganlah menangis disitu. Jika merelakan ia mengalir, nanti adalah yang bertanya, 'awak, kenapa ni?' , ' awak ada masalah ke?' Hakikatnya, tidak...

Kadang termenung sendiri, mengapa Allah swt hadirkan perasaan sebegini? Kerap kali. Adakah masaku akan tiba?!

Pabila persoalan itu terkeluar, mulalah ia bergenang di mata ... namun doa pantas melintasi ! Memohon pada-Nya, jangan ya Tuhan... Aku belum bersedia... Aku belum bersedia.

Semakin sedih dan sebak rasanya. Allahuakbar.

Mintalah penangguhan bagaimana sekalipun, andai tiba masanya ajal maut kita, tidak akan ada penangguhan lagi dari Tuhan, walau sesaat. Itu janji Dia.

Justeru, belajarlah memaafkan sesiapa sahaja yang pernah menoreh luka dalam hidup kita. Sekarang.

Marilah sama-sama kita tanamkan dalam hati, bahawa kehidupan ini terlalu singkat untuk membenci.

Padamlah ia. Dengan harapan, andai kita dijemput pulang, kita telah memaafkan dia dan kita telah memohon maaf kepada semua, mudahan kepulangan kita dalam ketenangan... aamiin.


Kita pernah membuat kesilapan, dia juga begitu. Di dunia ini, tiada yang sempurna, itulah hakikat kehidupan ini.

Maka, maafkanlah. 

Itulah yang mahu saya sampaikan dari kisah pendek di atas. Spontan tulis semasa memulakan perkongsian ini.
Semoga terdapat manfaat dari perkongsian kali ini, walau secebis cuma.

Kematian, sesuatu yang menakutkan dan menyedihkan, andai kita tidak bersedia menempuhinya...
Bagaimana pengakhiran kita di akhirat sana? Tanya diri.

Seandainya pernah dilukai, disakiti, didustai, dihampakan, ditoreh kepercayaan,
Mewujudkan kebencian dihati.

Hapuskanlah. Hapuskanlah.
Hapuskanlah.

Kerna apa ... Kerna ajal maut kita, tidak kita ketahui.
Bilakah kita akan mati.

Maafkanlah.
Moga kita kembali dalam ketenangan dan keimanan.
Aamiin.

Allah swt bisa mengampunkan kita, takkan kita sukar memaafkan dia? :)


Saya memohon jutaan kemaafan kepada sekalian kenalan dan pembaca budiman atas segala salah silap saya. Semoga kalian sentiasa dalam jagaan Tuhan. Doakan saya kembali kepada-Nya dalam keimanan, senyuman dan ketenangan. Doakan saya dan sedekahkan Al-Fatihah buat saya andai saya pergi dulu.
Permintaan dan pengharapan tinggi dari bakal jenazah. Allahurabbi...


Salam sebarkan sinar Ilahi...

Jadilah seperti rama-rama, indah dan cantik.

namun ia sentiasa berterbangan menyebarkan keindahan pada dirinya.

Yakni, jadikan diri kita, walau kemana kita bertebaran, kita membawa keindahan Islam, samada dari segi akhlak, butir bicara, pemakaian dan sebagainya.

Paling koman kita nak sebarkan keindahan Islam adalah melalui cara pemakaian kita.

 Kita berpakaian tertutup sempurna dan mereka yang memandang, hadir ketenangan jiwa.
~ Umie Balqis ~









Ukm Bangi
220414
0930 pm

Tuesday 7 April 2015

Kita & Rasulullah



Bismillahirrahmanirrahim...



Fakhrul : Mir, kau menungkan apa? Dari tadi aku tengok kau macam tengah fikirkan sesuatu je. Kau ada masalah?

Amir : Aku rasa bersalah sangat sekarang ni.

Fakhrul : Rasa bersalah sebab apa?

Amir : Hari ni baru aku sedar, aku dah lama tak mengingati baginda Rasulullah saw... Aku dah lama tak hadirkan rasa rindu pada baginda. Aku ni terlalu sibuk dengan urusan dunia. Aku sedih kot. Walhal aku tahu, baginda amat kasihkan setiap umatnya.... termasuk aku...

Fakhrul terkedu mendengar luahan Amir. Allahuakbar. Rupanya itu yang sedang difikirkan. Fakhrul menepuk lembut bahu Amir sambil tersenyum.

Amir : Kenapa kau senyum? Aku betul-betul rasa bersalah ni. Aku ni tak patut ingat baginda pada waktu tertentu je. Apa jenis umatlah aku ni kan...

Fakhrul : Amir, aku senyum sebab aku gembira ada sahabat macam kau. Kau patut bersyukur Allah masih hadirkan ingatan dan kerinduan kau pada baginda Rasulullah saw.

Haa, sekarang kau dah ingat, jangan lupa berselawat pula ok ! Terus ambil tindakan untuk mekarkan lagi KERINDUAN dan KECINTAAN kau pada baginda. Jangan duk termenung memanjang je.

Meh aku nak kongsi satu cerita dengan kau. Pada zaman Rasulullah, orang Quraisy pernah mengajak Nabi Muhammad saw untuk berbincang dan membuktikan kemukjizatan baginda. Pelbagai persoalan ditanya, agar mereka boleh percaya bahawa baginda benar-benar utusan Allah swt. Antaranya mereka meminta diperlihatkan Allah swt dan malaikat, diperturunkan langit seketul-ketul sebagai bukti adanya azab dan bala dan menghidupkan mereka yang telah mati.

Rasulullah saw banyak menjawab, " Itu kuasa Allah. Kalau Allah mahu Allah boleh lakukan."

Namun, orang Quraisy itu terus mempersoalkannya dan mencabar Nabi Muhammad saw. Mereka mengugut mereka tidak akan beriman kepada Rasulullah sekiranya tidak ditunjukkan segala permintaan mereka.

Setelah mendengar perbualan itu, Jibril datang kepada Rasulullah,
 " Wahai pesuruh Allah! Allah mengutuskan aku kepada kamu. Wahai pesuruh Allah, kalau engkau masih memberi tempoh lagi kepada mereka, sabarlah. Kalau kamu mahu mendatangkan segala yang mereka minta, kami akan tunaikan. Kalau mereka tidak berimanselepas itu, mereka semua akan dimusnahkan. Pilih, wahai pesuruh Allah. Sama ada engkau sabar ataupun kami datangkan semua permintaan mereka. Kalau mereka tidak beriman, Mekah akan dimusnahkan."

Rasulullah berkata, " Bahkan aku mahu tangguhkan kepada mereka, moga nanti Allah melahirkan daripada zuriat mereka orang-orang yang beriman kepada Allah swt."

SubhanaAllah. Betapa baginda amat pengasih terhadap sesiapa sahaja, walaupun kaum itu mencaci dan mempersendakannya. Inikan pula kita kan, yang sememangnya dilahirkan dalam nikmat Islam dan iman, mesti Allah swt LEBIH lagi kasihkan kita.

Jom doa, semoga Allah swt menjadikan kita hamba-Nya yang mendapat syafaat baginda kelak.
allahumma aamiin."

Amir : Terima kasih sahabat ! Kisah yang kau kongsikan membuatkan aku bertambah rindu dan kasih pada baginda....
* Mata Amir mula masuk habuk*

 Senyuman kembali terukir di wajah Amir. Fakhrul melafazkan syukur dan doa jauh disudut hati lelakinya. 'Semoga kita akan bersama lagi di syurga, Amir.'

Tika ini sejauh manakah kasih dan rindu kita kepada Rasulullah...? ='(



~ Now playing : Kasih Pada-Mu~

: Dakwah yang paling baik adalah menjadi seorang sahabat yang baik :






Nukilah jiwa : Umie Balqis
Kitab Biografi Muhammad bin Abdullah







Ukm Bangi
070415
1227 am

Saturday 4 April 2015

Diari Darul Insyirah



Bismillahirrahmanirrahim... 

~ Nota Jumaat Barakah~


Bangkit pagi tadi.
Teringat kisah semalam. Allah swt hadirkan perasaan sedih apabila memikirkan kematian. Terasa amat takut, belum bersedia untuk menempuh alam barzakh. Sungguh takut!
Hingga saya menangis sendiri. Dan terlena.

Pagi ini apabila memandang diri masih berpijak di bumi-Nya. Syukur dilafazkan. Dalam hati bersuara,

"Ya Allah, nasib baik Kau masih bangkitkan aku pagi ni. Aku ingat aku dah takda. Alhamdulillah."

Hari ini Jumaat, 3 April 2015.
Alhamdulillah.

Allah pimpin diri ini menziarahi warga emas di Darul Insyirah, Bangi. Mengikuti senior-senior tahun 3 Jabatan Dakwah dan Kepimpinan. Kami ke sana dengan rombongan empat buah kereta.

Bersama kakak-kakak senior sebelum senior lelaki sampai.



Sedikit info berkaitan tempat ini :

> Empat pengasas rumah jagaan ini tercetus mahu menubuhkan rumah ini setelah mengetahui beberapa warga emas Islam dijaga di rumah perlindungan agama Kristian. =(

> Darul Insyirah telah mempunyai dua cawangan, iaitu Darul Insyirah DI 1 & DI 2 di Bangi.

> Kedua-dua cawangan ini menempatkan warga emas kaum Hawa sahaja.

> Rumah ini merupakan pusat penjagaan dan pendidikan untuk warga emas.

> Penghuninya bukanlah dari golongan tua yang tidak mahu dijaga oleh anak-anak.

> Kebanyakkan anak mereka bekerjaya. Disebabkan kesibukan kerja dan tidak sanggup meninggalkan ibu mereka sendirian di rumah, mereka memilih untuk menghantar ibu di sini. Di samping para ibu dapat belajar ilmu-ilmu agama.
Tidak kurang juga, terdapat si anak terpaksa menghantar ibunya ke sini kerana dirinya sendiri sedang menghidapi penyakit teruk. Begitu juga, terdapat pelajar master terpaksa menghantar ibunya setiap pagi dan petang, mengambilnya semula.
Ini semua berlaku kerana adik-beradik lain melepaskan tanggungjawab.

> Terdapat juga, ibu itu sendiri yang meminta dihantar ke sini kerana mahu belajar agama.
> Setiap minggu mereka akan pulang ke rumah masing-masing.

> Mempunyai kelengkapan yang baik dan cukup selesa.

> Hanya menerima penghuni yang redha dan anak juga redha ditempatkan disini. Pendek cerita, si ibu bukan dihantar kerana paksa. Si anak pula bukan bermaksud melepaskan tanggungjawab terhadap ibunya.

> Darul Insyirah untuk warga emas kaum Adam dalam proses penubuhan. Mohon doakan.


Dari kisah-kisah yang dikongsikan oleh pekerja di sana,

Boleh timbulkan persoalan. "Antara kerjaya dan ibu bapa, manakah anak utamakan?!"
Menurut kajian pihak kebajikan masyarakat, pada tahun 2035 anak-anak semakin ramai tidak mahu menjaga ibu bapanya.

Allahurabbii... :'(

Betapa pentingnya pendidikan dan penerapan agama yg mantap kpd anak-anak kita sedari kecil. Dunia semakin mencabar dan mendesak kita !

Ingin saya kongsikan tentang seorang penghuni disini yang amat menarik perhatian kami semua. Beliau meminta kami memanggilnya Mak Pah sahaja.

Sebenarnya kami tiba di rumah tersebut jam 9 pagi lagi. Ketika itu kebanyakkan warga emas tiada kerana mereka menghadiri pengajian di surau berdekatan. Jam 12 tengah hari barulah mereka pulang. Mak Pah lah salah seorang penghuni yang memberi salam dengan kuat sekali kepada kami sewaktu melangkah masuk ke dalam rumah. Mak Pah warga emas paling rancak bercerita semalam membuatkan kami senang dengannya.

Namun, paling tidak diduga juga. Saat kami semua bersalaman dengan kesemua penghuni disana sebelum pulang, saya menuju ke arah Mak Pah.
Siapa sangka wajah ceria awalnya, telah 'lenyap' berganti sebuah tangisan.
Beliau memeluk erat diri ini sambil menangis dan berpesan tiga perkara.

" Belajarlah elok-elok, Jaga diri, jaga mak."


 Mak Pah, manis je bila senyum. Mak Pah suka bergambar juga. Asal lepas bergambar, Mak Pah nak tengok gambarnya. Comel :)



Ayat 'jaga mak' itu paling tersentuh dihati. Allahuakbar. Mungkin ada sesuatu yang terbuku di hati insan bernama Mak Pah ini.

Dalam diri setiap kita, harus ada sebuah rasa. Yakni rasa PENTINGNYA ibu ayah kita walaupun kita sudah berumahtangga.

Saya terkesan dengan perkongsian pekerja di sana. Beliaulah yang melayan kami sedari awal kami tiba di sana dan banyak berkongsi cerita serta nasihat.

" Kamu belajar lagi kan. Sebab tu kamu semua tak rasa lagi sebuah tanggungjawab. Sekarang memanglah apa-apa hal, kamu akan teringat mak ayah dulu kan. Tapi apabila kamu sudah bersuami kelak dan punya keluarga sendiri, masa tu ibu bukan lagi insan pertama yang kamu ingat dan fikirkan selalu. Ibu akan jadi orang ketiga dalam hidup kamu.

Macam akak, semasa ibu akak sakit akak jaga ibu akak. Walaupun kekadang hadir juga rasa malas sebab dah penat balik dari kerja tapi nasib baik masih ada perasaan sayang dan fikir ini je masa untuk jaga mak. Sekarang, mak akak dah tak ada. Maknanya akak dah tak ada doa dari seorang ibu.

Jadi akak nak pesan, selagi masih ada ibu, kamu jagalah ibu kamu baik-baik. Jaga mereka waktu sakit kerana ketika itulah nak dapatkan pahala."


Allahuakbar. Cuba hayati dan  serapkan dalam hati kita semua ayat " Sekarang, mak akak dah tak ada. Maknanya akak dah tak ada doa dari seorang ibu."
Tidakkah kita merasa kehilangan sesuatu yang AMAT berharga di dunia ini?!

Tepuk hati tanyalah diri.

Sebagai kesedaran dan peringatan kita bersama.

Terima kasih Ya Tuhan, di hari Jumaat barakah, mentakdirkan kedua kaki ini membawa jasad ini ke tempat yang menyedarkanku tentang orang tuaku.



Hye five ! =)




Alhamdulillah. Ada salah seorang penghuni namanya Tok Chaq, minta tambahkan bihun katanya sedap. Sebelum ni dia jarang minta tambah makanan. *Tiada dalam gambar*







Yang berdiri itu pekerja atau nurse disini. Beliaulah banyak berkongsi cerita.



Sahabat seperjuangan, Huda, kami berdua sahaja tahun 1. =)



~ sepanjang berada di sana, saya sentiasa teringatkan satu watak gadis dalam cerpen lama saya, beliau sangat cintakan kerja kebajikan sebegini. Mudahan watak itu meresap dalam diri saya juga. Aamiin. Paling tidak, kita akan belajar bersyukur dan menyayangi. Bersyukur masih ada susah dari kita. Menyayangi dan menghargai mereka di sekeliling, terutama orang tua kita.~

Sekian sahaja perkongsian kali ini. Silalah menziarahi rumah ini dan daftarkan diri sebagai sukarelawan kerana mereka sangat memerlukan sukarelawan.


Assalamualaikum...



Ukm Bangi
0950 pm
040415

Thursday 2 April 2015

Cinta...?!


Bismillahirrahmanirrahim...



Apa kau kira kau cukup bahagia,
Tatkala kau bersama dia,
Kau asyik berdating dengannya,
kau sentiasa berSms dengannya,
Bercalling bersayang sama dia,
Kau dicintai dia,
kau diberi perhatian olehnya,
Kau disanjunginya,
Kau idaman hatinya.

Apa kau cukup bangga,
Tatkala,
Meluahkan dia, sangat kau cinta ?!

Aku...
Bukan cemburu.
Tapi aku kasihan padamu.

Cinta itu membahagiakanmu.

Iya, benar !

Membahagiakanmu di dunia.

Namun tidak di akhirat sana.

DIA sedang memerhati kita setiap.masa.
Jaga-jaga.(",) 

Ya Rahman, berikan petunjuk hidayahMu kepada mereka yang aku kasihi. Aamiin.

Dalam Islam boleh couple, 
Yakni couple selepas nikah.
(^_^)(Y)

Peace no war !


~ ~ ~ 

Saya tahu, pasti ada pembaca entri ini sedang bercinta (belum menikah), saya bukan mahu menghukum tetapi sekadar peringatan bersama.

Tidak perlu merasa bangga, menayangkan rasa cinta kita kepada kekasih hati. Hakikatnya dia belum halal lagi buat kita. Adakah awak pasti dia bakal isteri dan suami awak?!

cuba renung seketika, saat menerima sms dari dia, pantas sekali kita membalasnya. Namun, saat Allah swt menghubungi kita melalui azan-Nya, apakah sepantas itu juga kita menjawabnya?

Mari kita menerokai ringkasan makna cinta yang diceduk dalam kitab Ihya Ulumuddin.

" Cinta adalah kecenderungan tabiat kepada sesuatu kerana sesuatu itu nikmat baginya."


Jika tabiat kita hari ini menjurus kepada perbuatan yang Allah swt murkai, maka itulah kecintaan kita.
Sebaliknya pula apabila diri kita banyak menjurus kepada kebaikan, maka kita sedang berjalan di landasan yang Allah swt sukai.
Kita sedang mencintai dan mengenal Ilahi. =)

Ketahuilah bahawa manusia yang paling berbahagia di akhirat adalah mereka yang paling besar cintanya kepada Allah swt. Mereka ini akan mendatangi kepada Allah swt setelah sekian lama mereka menahan rindu kepada-Nya. SubhanaAllah... =(

mari kita tanya diri, termasukkah kita dalam golongan itu?

Jika tika hayat di dunia ini, kita sangat menrindui-Nya dan mencintai-Nya, ketahuilah Allah swt juga akan mencintai dan merindui kita.

Allahuakbar...

Mari, kita sama-sama mencari cinta sebenar!
(^^,)


Ops! Bunga ini untuk saya?! hahaha




Ukm Bangi
0644 pm
020415