Saturday 14 December 2013

Adikku di Syria...



Adikku di Syria...
saat siang berganti malam,
aku begitu lena diulit mimpi sweeeeettt,
berselimut tebal lagi kamar ber'AIRCOND...
beralaskan tilam empuk lagi menyenyakkan tidur malam ku..

oh adik ku di Syria...
melihat gambar mu ini,
menyentap jiwa ku!!!
memberiku seribu kesedaran!
bahawa aku terlalu berSENANG LENANG di kamar ini...
sedangkan dirimu...
terlalu daif di sana...
dan sedang menderita kesejukan di sana... :'(

Oh adikku di SYRIA...
Maafkan kami, kakak dan abang mu yang masih LEKA dengan 'hiburan' dunia,
yang masih buta,
yang masih belum bisa membantu di sana,
namun doa pasti kami utuskan buatmu...

oh adikku di SYRIA...
Moga Allah swt sentiasa memberimu kekuatan...

Tangisan mu ini membuatku berasa bersalah padamu, duhai aaadddiiikkk.... Allahurobbi...
maafkan kakak, atas kelalaian kakak di Malaysia ini.... ='(


Permata Alwalidaini
Darul Quran
141213


Tuesday 12 November 2013

Cerpen: Cinta Chocolate Moist


 ....بسم الله الرحمن الرحيم 



CERPEN: CINTA CHOCOLATE MOIST

Aku menyapu air mata yang kian lebat membasahi pipi ini.

“Allahurobbi… besarnya ujian yang Engkau berikan ini. Aku tak berdaya lagi Ya Allah. Berikan aku jalan penyelesaiannya Ya Rabbi. Aku sangat terseksa akan ujian berat ini…”

Aku tertunduk di atas hamparan sejadah di pertengahan malam itu. Ya, aku sedang menderita menanggung ujian besar ini. Hampir sebulan sudah aku menanggungnya…

“ Allah, berikan aku petunjuk yang jelas agar tidak akan aku menyakiti dan melukai mana-mana hati lagi. Aku sangat ingin membuat keputusan yang membahagiakan insan sekelilingku… Tolong aku Ya Allah… tolonglah hamba Mu yang lemah ini…”

~ ~ ~
“Selamat pagi sayang…”suara si dia kedengaran di hujung talian pada awal pagi itu.

“ Selamat pagi. Kenapa call saya awal pagi ni? ada hal penting ke hendak disampaikan?” acuh tak acuh sahaja balas Fareha.

“ Kenapa? Tak boleh ke saya nak call awak awal macam ni? tak elok tau garang-garang di awal pagi nanti mahal rezeki awak hari ni.” balas Zul Huzaimy diiringi gelak kecil menambahkan lagi kemarahan Fareha.

“ Ada apa awak call saya ni? cakap cepatlah, saya nak ke pejabat pula ni.”

“ All right cute bos! I’m so sorry. Saya call awak ni sebab saya mahu hantarkan awak ke pejabat. Boleh kan?”

Fareha melepaskan keluhan. Dia sudah dapat menjangka!

“Eh kenapa diam pula awak? Awak tak sudi ya? Yang pasti sekarang ni awak tak boleh tolak dah sebab saya dah berada depan rumah awak ni. Cepatlah bersiap ya. Saya tunggu awak.” Dia tersenyum walaupun dia tahu Fareha tidak dapat melihat senyumannya itu.

Dia mengeluh lagi buat kesekian kalinya. Dia tidak mampu menolak lagi.

‘Allahuakbar… Ya Allah… bagaimana aku harus mengharungi semua ini lagi? Bagaimana aku harus melalui perjalanan hidup sebegini? Aku benar-benar terseksa.’ Batinnya bersuara merintih pada Yang Maha Berkuasa.

Dia segera menyarungkan tudung bidang 60 berwarna hijau muda. Dia sangat menyukai warna itu. Dia tersenyum sendiri saat melihat wajahnya kelihatan lebih cantik setelah dilitupi indah dengan tudung warna itu.

“ Syukran Ya Allah. Alhamdulillah Engkau ciptakan wajah yang indah buatku, moga ciptaan Mu ini tidak mengundang  fitnah kepada penghuni sekian alam.”

Setelah mengunci pintu rumahnya, dia terus mendapatkan jejaka yang sedang menunggunya di sebelah kereta. jejaka itu hanya memerhati dirinya sehingga tiba berdekatan kereta, kemudian dia senyum!

“ Kenapa senyum?”

“Nothing, my cute bos! Jemput masuk Tuan Puteri.” Huzaimy tolong bukakan pintu kereta untuk Fareha.
Dengan rasa malas, Fareha melangkah masuk dalam perut kereta suaminya itu.

Kereta milik Huzaimy telah jauh meninggalkan perkarangan rumahnya. Sepanjang perjalanan itu dia membisu sahaja. Sepatah kata tidak keluar dari bibirnya. Hanya kedengaran suara-suara dari corong siaran radio Era.

“ Hm, sebenarnya disebelah saya ni ada orang ke tak ya? Ke tuan puteri tadi dah terjun melalui tingkap?” Perli Huzaimy membuatkan Fareha geram!

Fareha terus menoleh ke arahnya. Begitu juga Huzaimy. Mereka saling berpandangan buat seketika sebelum Huzaimy kembali mengalihkan pandangan kepada pemanduannya. Senyuman terukir di bibir jejaka itu kerana dia berjaya membuat Fareha marah!

“ Hehe. Ada orang marah ke? Itulah… siapa suruh membisu saja dari tadi. Kan dah kena usik. Apapun, untuk pengetahuan awak, saya ni memang suka usik awak sebab saya suka tengok wajah comel awak apabila geram dan marah.”

“ Apa-apa sajalah. Fokus saja pada pemanduan awak tu.”

“ Alala… janganlah marah sangat awak. Saya usik saja. Awak tu, langsung tak bersuara saya ingatkan tak ada orang dah dalam kereta ni. maafkan saya ya sayang.”

Fareha hanya membisu. Langsung tidak memberikan balasan kepada Huzaimy.

“ Sayang, saya betul-betul minta maaf ya. Awak kan tahu saya ni suka usik awak. Saya nak usik siapa lagi kalau bukan awak, gadis cute yang halal untuk saya.”

“ Apa-apa ajelah awak.” Fareha masam mencuka. Dia terlalu mengikut perasaan amarahnya. Biarpun dia tahu dia TIDAK sepatutnya bersikap sedemikian terhadap suaminya!

“ Allah… nampaknya awak sangat marah terhadap saya ni. hm, kalau macam tu saya belanja awak makan kek coklat kesukaan awak ya. Harap nanti saya dapat melihat senyuman awak.”

Fareha makin geram dengan Huzaimy. Sesuka hati dia sahaja mahu singgah ke tempat lain.

“ Awak, tak perlulah nak belanja saya sebab tadi saya dah sarapan kat rumah. Lagipun, saya tak nak terlewat sampai ke tempat kerja. Maaf ya.” Akhirnya Fareha terpaksa bersuara juga.

Kini Huzaimy pula membisu. Fareha sangat faham dengan sikap Huzaimy, kalau dia mahukan sesuatu, dia akan usaha sehabis daya untuk mendapatkannya! Dia kenal benar dengan jejaka itu walaupun bukan selalu mereka bersama.

Sepuluh minit kemudian, kereta Huzaimy berhenti di hadapan sebuah restoran popular dan di situ jualah mereka sering keluar makan malam bersama semenjak setahun berkahwin.

“ Awak… nanti saya terlambat ke office.” Fareha cuba memujuk Huzaimy untuk membatalkan niat asalnya.

“ Jom…” Tanpa menghiraukan bicara Fareha, dia terus mengambil beg tangan Fareha bersamanya.

" Hish! saja lah tu nak orang ikut dia !" Marah Fareha sebelum keluar dari perut kereta.

Fareha mendengus sendirian melihat Huzaimy sudah pun berdiri di luar kereta. Menantinya. Dengan perasaan malas, dia menurut sahaja kemahuan Huzaimy.

Sabarlah duhai hati...


~ ~ ~


Kek coklat Moist sudah pun berada di hadapan mata, namun langsung tidak dijamah oleh Huzaimy mahupun Fareha. Mereka sama-sama membisu. Sehinggalah…

“ Sayang… maafkan saya ya. Memaksa awak, tapi saya melakukan semua ini kerana saya tak mahu awak marahkan saya lagi. Saya cuma mahu melihat awak tersenyum selalu.”

“Hmm…”

Huzaimy makin sedih apabila Fareha langsung tidak memberi respon kepadanya. Gadis comel yang disayangi masih belum menjamah kek coklat moist yang terhidang dihadapannya.

Tiba-tiba, dia tersenyum sendiri. Idea datang mahu mengusik isteri comelnya yang secomel kek coklat moist! ^^



… bersambung … InsyaAllahu taala. =)



Tinta: Pencinta Coklat Moist (Balqis) ^_~
                                                  :: merindui seseorang ::


Permata Alwalidaini
Darul Quran Jakim
111113
(cantik tarikh hari ni=) )


Thursday 7 November 2013

Di sebalik NIKMAT ...



Assalamualaikum wrm wbt kepada sekalian sahabat yang soleh solehah.

Mesti puasa hari ini kan? Berpuasa lah, kerana kita amat digalakkan berpuasa pada bulan Muharam tambahan pula hari ni hari khamis. Banyak pahala kita, mudahan begitu. aamiin. :)

Hari ni nak kongsi sikit saja.:) moga bermanfaat dan dapat menjadi renungan kita bersama...

Sahabat sedang buat apa skrg?

Sedang Makan pizza hut?

moist chocolate?

kfc? 

sedang bercuti di luar negara?

sedang bersuka ria?

sedang menuntut ilmu?

sedang berbahagia shopping?

sedang menikmati gaji lumayan?


sedang menikmati KEMEWAHAN hidup?

Allahuakbar. banyak sekali nikmat yg kita miliki dan nikmati hari ini dan selama ini,kan?

ketahuilah sahabat...


semua nikmat itu adalah kurniaan-Nya. meskipun kita USAHA mendapatkannya, tetapi kita usaha pun dengan menggunakan 'anugerah anggota badan dari-Nya juga kan?

Jadi, usahlah kita angkuh mahu menjadi hamba atau saudara yang bakhil.

Ingatlah, dengan nikmat gaji besar kita itu, ada tanggungjawabnya juga. Yakni turut disumbangkan kepada fakir miskin.

Sepanjang tempoh hampir 3 tahun saya menghafal Al-Quran ( alhamdulillah), banyak saya menemui ayat-ayat suci-Nya yang berkaitan bersedekah kepada orang miskin. kadang-kadang terkena pada diri sendiri juga. Itulah teguran direct dari Allah swt. Belum lagi diceritakan apabila membaca ayat-ayat suci Al-Quran yg menceritakan tentang seksaan di neraka kelak. Allahurobbi... (okay, nampaknya saya dah mula masuk topik lain. he. maaf )

Apapun, semoga kita sentiasa ingat bahawa...


" Ingatlah! Disebalik NIKMAT ada TANGGUNGJAWAB."

Allahuakbar. peringatan buat diri ini terutamanya~





:: Salam Muhasabah diri ::


Permata Alwalidaini
Darul Quran, Jakim
071123

Saturday 19 October 2013

Hati 'DEMAM' ?




Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum wrm wbt...
salam sayang dihulurkan kepada sahabat-sahabat yang sudi menyinggah di blog ini. :) Mudah-mudahan sahabat sentiasa berada dalam rahmat Ilahi ya. allahumma aamiin.

Petang yang redup ini... saya tidak mahu berkongsi sesuatu yang panjang lebar. Ini kerana tidak mahu menimbulkan rasa malas untuk membaca dalam diri sahabat. Ini juga kerana saya tahu, jika panjang-panjang tetapi isinya sikit, buat apa juga kan? Lainlah, jika setiap butir perkataan itu ibarat mutiara, seperti kalam suci-Nya yang mempunyai 1001 pengajaran, kan?

Hm...
baik, sebelum saya mahu kita sama-sama memberi suapan kepada rohani kita pada petang ini, besar hati saya mahu kita tarik nafas sekejap. Boleh? :)

Okay jom...
Tarik nafas...

Then,
lepas...

Lakukannya tiga kali ya.

Baik, dah?
Alhamdulillah... Ucap dulu 'Alhamdulillah...' dan SENYUM... =)

Haa, macam tu lah sahabat yang soleh dan solehah saya... ;)

Baik, jom kita baca pengisian yang amat bermanfaat ini. Saya copy paste nya dari Facebook murobbi yang dihormati iaitu Rosdi Baharom.

Semoga bermanfaat untuk kita semua.

ADAKAH HATI KITA ‘DEMAM’?

Salah satu tanda badan kita demam atau kurang sihat adalah kita kurang berselera untuk makan. Malah bila kita dihidangkan makanan-makanan yang sangat sedap dan lazatpun bila dimakan kita tidak merasakan nikmat makanan itu. Mereka yang berpengetahuan tentang makanan telahpun menasihatkan kita nilai nutrisi makanan-makanan tersebut dan telah disediakan dengan lazat. Walaupun kita tahu makanan itu berkhasiat dan makanan itu juga lazat tetapi oleh kerana badan kita demam kita kurang berhajat kepadanya dan bila dimakan juga makanan itu tidak dirasai sedap dan lazatnya. Sebagaimana dengan jasad kita hati juga mengalami keadaan 'tidak sihat' atau saya menamakannya 'hati yang demam'. Marilah kita melakukan diagnosa sama ada hati kita kini sedang menghidapi demam atau hati kita sihat.

Bilakah kali terakhir kita merasai sangat ‘lazat’nya shalat yang kita lakukan? Ketika kita laksanakan shalat, adalah kita merasa sangat nikmat dan setelah usai menghadapi ‘hidangan’ itu kita merasakan ‘kenyang’ dan bertenaga? Ataupun kita menghadapi dan melaksanakan shalat kita sebagaimana orang yang sedang demam menghadapi makanan lazat yang kita sebutkan di atas tadi.

Begitu juga hidangan Allah SWT dalam bentuk Al-Qur’an. Bilakah kita rasa ‘berselesa’ dan rasa tidak pernah kenyang bila ‘menjamahnya’? Tiap-tiap muka surat Al-Qur’an dibaca sebagaimana suapan-suapan terpaksa, walaupun perlu disyukuri bahawa Allah SWT masih memberikan kekuatan untuk mendekati ‘hidangan yang sangat lazat dan bernutrisi itu’ walaupun Al-Qur’an itu tidak dirasai kelazatannya dan terasa tidak menyelerakan.

Ini adalah dua tanda ‘hati kita menghidapi demam’. Sekiranya hati yang ‘demam’ ini tidak dirawat dan dipulihkan, hati kita akan menjadi semakin parah dan terdedah kepada penyakit-penyakit hati lain yang akan menjangkitinya sehingga ianya menjadi semakin parah.


- Rosdi Baharom -


Haa... macam mana perasaan sahabat sekarang?
Hati kita tengah 'demam' tak tu?

Kalau jawapan ya, cepat-cepatlah rawat ya. Kasi 'panadol' yang paling mujarab tau. ;)

Apa 'panadol mujarabnya'?

Hmm, tepuk dada, tanyalah iman.

Biarkan iman mu bersuara. jangan sengaja ditulikan 'suara iman' kita semata-mata untuk mendengar suara 'nafsu' dan syaitan yang menggoda kita.

Ya, hati kita 'demam' juga kerana nafsu, syaitan dan iman di tahap weak !


So, bersegeralah berjumpa 'doktor iman dan hati' kita tau, yakni ALLAH SWT YANG MAHA BERKUASA !


Jom, tadabur kembali Al-Quran dan hayati Solat kita dengan penuh rasa Cinta.



~Salam sebarkan sinar Ilahi~




Permata Alwalidaini
Gombak
191013

















Tuesday 15 October 2013

Aidiladha bersama Gelak tawa atau Airmata??


Salam Aidiladha...

kasih manusia tiada abadi,
kasih Tuhan tiada bertepi,
sayang Tuhan janji Nya pasti,
tanpa kasih sayang Tuhan, tiada kasih tiada persaudaraan.
tanpa kasih sayang Tuhan, tiada bakti tiada kemaafan.

Alhamdulillah, dengan kasih sayang Nya kita masih hidup di dunia ini.

Jadi, dalam kesempatan ini saya dan sekeluarga mengucapkan " Salam Aidiladha " kpd saudara mara yang jauh di mata, sahabat-sahabat MmPm [06-10] SpM '10, sahabat-sahabat ~NUQLIUZ~ (banat only ^^,) dan semua kenalan.
mohon kemaafan atas segala kesilapan diri kami.

Alhamdulillah, Allah swt masih panjangkan umur kita hingga hari raya Aidiladha ini, hari yang mengajarkan kita erti pengorbanan. Namun, apakah pengorbanan yang telah kita lakukan sepanjang kehidupan ini?

Allahurobbi, saya tidak mahu berbicara panjang lebar, cukuplah gambar dan cerita pendek di bawah berbicara dengan kita semua. Selamat menghayati...



Seorang kanak-kanak duduk di luar dan dia menangis perlahan sehingga seorang lelaki yang tinggal di kawasan kejiranan yang sama bertanya, "Mengapa anda menangis sayang? ".

Kanak-kanak itu menjawab, "Saya telah makan roti berkulat selama dua minggu. Saya mahu makan Syawarma (sejenis kebab popular arab). Saya sudah tidak memakan makanan itu selama setahun"


~ Gambar dan cerita ini dari page Tangisan Syria di Bumi Jordan ~


: Semoga esok, kita tidak terlalu bergelak ketawa meraikan Aidiladha.
: Semoga esok, kita tidak terlalu 'tamak' tika menjamu selera.
: Ingatlah... saat kita dihidangkan pelbagai makanan, nun di jauh sana ada insan yang sedang kelaparan bertahun-tahun lamanya dan terpaksa 'menelan' makanan basi...
: Hargailah setiap rezeki kurniaan-Nya...
Allahurobbi.... sayu hati ini... Moga kita semua dibukakan mata hati dan iman. allahumma aamiin.

Salam Aidiladha, semoga hari raya ini lebih mengajarkan kita erti sebuah 'pengorbanan' utk kehidupan seterusnya. Moga mata kita lebih celik setelah membaca perkongsian di atas. allahumma aamiin.

Paling tidak, kita tanamkan dalam hati mahu membantu mereka yang lebih memerlukan. siapa tahu, kelak, detikan hati kita itu dibantu Ilahi untuk melaksanakannya. Tiada mustahil, pabila bertuhankan Allah swt Yang Maha Berkuasa.

:: Peringatan bersama terutama buat diri ini sendiri ::


Permata Alwalidaini...
Gombak
15102013


.

Sunday 13 October 2013

Hidayah dari Doa B.M ?


Bismillah...

Assalamualaikum wrm wrm diucapkan kepada sekalian bakal bidadari dan pemuda syurga... (aamiin)
Alhamdulillah, pada 8 Oktober 2013 saya dan sahabat-sahabat seperjuangan telah selesai menduduki final exam bagi semester 5 di kampus kami. Alhamdulillah. Syukur atas segala kurniaan-Nya sepanjang kami menghadapi imtihan. Doakan kami moga mendapat keputusan yang baik dan dipermudahkan segalanya sehingga tamat pengajian kami di sini. aamiin.

Kini dan saat post ini ditaip, saya sedang bersama usrati tercinta. ini bermakna sedang ber'honey moon' selama 3 minggu. Alhamdulillah, sahabat-sahabat yang jauh dari kampung halaman juga telah selamat tiba di kampung masing-masing. jika lihat di mukabuku, ada sahabat buat status, akhirnya rindu terlerai. Allahu... itulah perasaan menjadi anak perantau. Kalau dulu, saya tergolong dalam kalangan anak perantau juga, he tapi sekarang tak dah... walaupun tak jadi anak perantau dari keluarga, tetapi negeri serambi Mekah tu tetap di hati saya. Rindu sentiasa ada pada negeri tersebut. Moga rakyat-rakyat negeri kesayangan saya sentiasa berada dalam kasih sayang Allah swt ya. Allahumma aamiin.

Baik... Post untuk kali ini, saya tak mahu kongsi yang panjang-panjang. Walaupun hakikatnya sebelum ini saya telah sediakan satu cerpen untuk di post. Disebabkan terdetiknya hati nak post status mukabuku saya hari ini, jadi saya batalkan niat nak post cerpen tersebut. Tidak mengapa, cerpen itu akan saya post di kemudian hari ya.

Tentu suspen kan tengok tajuk post kali ini?

Walaubagaimanapun, ia tidak mustahil boleh berlaku bukan?

Haa, itulah kuasa 'senjata' kita ini, para mukmin ( orang-orang yang beriman ).

Tak percaya ia boleh berlaku...

Meh baca sikit perkongsian saya di muka buku petang tadi...

Moga bermanfaat. :)


Bismillah...

" Tiba-tiba petang ni teringat akan pesanan Ustaz Wan Mohd Noor selaku pensyarah DQ dan murobbi yang ajar Fiqh Mar'ah kt Dq.

Pesanan beliau khusus untuk kaum Adam:

" kalau kita dijemput untuk membaca doa di mana-mana majlis, bacalah doa dalam bahasa Melayu dan ambillah peluang itu untuk menegur mereka di situ dalam DOA kita. ustaz selalu buat macam tu, kalau orang besar jemput gi majlis kenduri anaknya, majlis tu mesti ada yang lagha nya. jadi time berdoalah ustaz baca doa-doa utk tegur mereka. Mulanya takut juga mereka tak jemput ust atau marah ustaz tapi rupanya tak. selepas tu, org tu jadi rapat dgn ustaz dan selalu ajak ustaz ke rumahnya lagi."

so, jom praktikkan diri berdoa dalam bahasa Melayu dan doa yg dari hati untuk menyentuh hati mad'u kita. 

sama-sama kita praktik~ allahumma solli a'la Muhammad ... 


Ya, itulah sedikit perkongsian saya hasil kutipan ilmu dari murobbi di kampus. 
Sengaja saya menyebarkannya di blog usang ini pula, agar makin berantai-rantai pahala untuk Ustaz Wan dan keluarga kerana kita sama-sama beramal dengan nasihatnya itu.

Tidak mustahil juga, bila kita sebar-sebarkannya lagi, kita juga akan mendapat pahala. allahumma aamiin.

Praktikkan diri kita untuk berdoa dalam dua bahasa iaitu bahasa Arab dan Melayu ya. Lebih-lebih lagi time selepas solat tu, elok benar nak sentuh hati-hati makmum kita dengan doa bahasa Melayu.

:: Jom Sebarkan dan amalkan ::

So... apa ditunggu lagi, jom kita sepakat sebar-sebarkan ilmu atau nasihat yang pernah kita dapat dalam mana-mana pengajian. :)

Jom sebarkan 'sinar' Ilahi... 
                                              Berdoalah perkara yang baik-baik sesama kita.

Uhibbukum fillah hatta jannah~ =)

    
Permata Alwalidaini
     Gombak
 13 Oktober 2013
 0117am

Sunday 15 September 2013

Pahit & Manis


Pengorbanan itu Pahit. tapi Kejayaan itu Manis.
Begitu juga dengan kehidupan di dunia ini.

Andai kita tak sanggup nak hulurkan sedikit harta kita hari ini kepada mereka yang fakir, adakah kita akan nikmati 'kejayaan' hakiki kelak?

Renungkan, ingatkan diri kita bersama, siapa tahu dengan sedekah kita yang kecil ( sepuluh sen atau seringgit ) itu digunakan amat bermanfaat oleh si penerima. Maka, tidak mustahil 'hadiah pahala' sentiasa berbuah-buah di pohon dalam Syurga sana . allahumma aamiin.

Jom praktikal, kalau hari ni dapat / keluarkan wang dari bank Rm100, teruskan plan Rm5 nak sedekahkan kat masjid atau surau. InsyaAllah, pahala akan terus mengalir kelak. aamiin.
Kalau taknak sedekah kt masjid, boleh juga kita belanja sahabat atau saudara mara yang miskin. belanja lah perkara yang bermanfaat buat mereka. 


Jika kita jarang sangat sedekah, tak mengapa, jom mula perlahan-lahan. biarlah terasa pahit, 'manisnya' dapat kita rasa nanti. InsyaAllah. 'Kejayaan hakiki' sedang menanti. Jom berlumba !!! =)



Senyum senyum 

: Kita hanya Hamba-Nya yang Hina :

:: Permata Alwalidaini ::

Saturday 14 September 2013

Allah, Didiklah Aku...





Tajuk : ALLAH, DIDIKLAH AKU…

APA LAGI YANG MAHU PINTA DARI MU YA RABB, KERANA NIKMAT YG KAU BERIKAN TERLALU BANYAK SUDAH DAN MELIMPAH RUAH, HANYA AKU INI YANG TIDAK MENGHARGAI DGN SEBAIKNYA. ITULAH FITRAH MANUSIA,  TIDAK PERNAH PUAS DGN APA YANG DIMILIKI.

YA RABB, TERASA MALU DIRI INI TATKALA DALAM DOA MEMINTA PELBAGAI PERKARA…

SEDANGKAN IBADAH KU PADA MU TIDAKLAH SETINGGI MANA…
NAMUN DIKAU YA RABB, TETAP SUDI MENDENGAR PERMINTAAN HAMBA MU YG TIDAK TAHU MALU INI…

ENGKAU TETAP AKAN BERIKANNYA, HANYA SABAR HARUS AKU HAMPARKAN SEMENTARA…

ALLAH, DIDIKLAH  AKU MENJADI HAMBA YG SENTIASA BERSYUKUR HATTA SETITIS REZEKI CUMA…

ALLAH, DIDIKLAH AKU MENJADI HAMBA YANG QANAAH…

ALLAH, DIDIKLAH AKU MENJADI HAMBA YANG ZUHUD AKAN DUNIA…

DAN ALLAH, DIDIKLAH AKU MENJADI HAMBA YANG TAMAK AKAN NIKMAT DI SYURGA SANA… ALLAHUMMA AAMIIN.






: TINTA HATI ~ HAMBA YANG KEHAUSAN PAHALA DAN RINDUKAN SYURGA :




Sunday 25 August 2013

Aku Mohon Ampun Ya Allah...





“ Maka barangsiapa menghendaki, nescaya dia menempuh jalan kembali kepada Tuhan-Nya.” 
Surah An-Naba’ : ayat 39


Subhana-Allah…

AKU MOHON AMPUN YA ALLAH…

Setiap manusia yang ada di muka bumi ini dilahirkan sebagai hamba Tuhan Yang Maha Berkuasa, dan sebagai hamba yang tidak mempersekutukan-Nya dengan tuhan selain-Nya. Allahu… Bertuahnya setiap hamba Allah swt yang dilahirkan dalam agama Islam yakni saya dan sahabat-sahabat yang sedang membaca post ini. Lafazlah Alhamdulillah atas nikmat Islam ini. ALHAMDULILLAH.

Lahirnya kita dalam agama Islam bererti kita dilahirkan di jalan yang lurus, jalan yang Allah swt redhai dan cintai kerana Islam ini adalah agama suci-Nya. Alhamdulillah, aku bersyukur pada-Mu Ya Rabb.

~ ~ ~ ~

Ya! Semasa kecil lagi aku sudah pun berada di jalan yang lurus, tetapi mengapa kini aku telah jauh tersasar dari jalan itu?

Mengapa Allah?

Allah… Mengapa aku jauh dari jalan lurus itu?

Allah… Mengapa aku begini hari ini?

Allah… Mengapa aku tidak lagi sesuci bayi yang baru dilahirkan?

Allah… Mengapa aku melakukan dosa-dosa besar ini?

Allah… Mengapa aku begitu hina dan kotor kini?

Mengapa Ya Allah…

Tunduk sayu sang hamba itu tatkala mengajukan persoalan-persoalan itu kepada Rabb, Tuhan Yang Maha 
Mendengar… Air mata penghambaannya mengalir laju seperti mengalirnya air terjun… Esakan tangisannya hanya didengari oleh Dia di pertengahan malam itu.


Allah… Aku menyesali diriku…

Aku telah menzalimi diriku…

Aku telah mengotori diriku…

Aku telah menghinakan diriku sendiri…

Ampuni aku Ya Rabbi…

Begitulah keluhan dan rintihan sang hamba yang telah dipimpin Allah swt untuk kembali ke jalan lurus-Nya…

Begitulah rintihan sang hamba-Nya apabila nur hidayah telah menyentuh hatinya…

Dia, hamba yang berdosa telah menyesali akan segala dosa yang pernah dilakukan.

Dia, hamba yang berdosa telah menyesali akan kesilapan diri dan kezaliman yang dilakukan terhadap diri 
sendiri.

Mengapa dikatakan zalim pada diri sendiri?

Kerana dia, hamba yang berdosa, telah melakukan dosa-dosa yang akan menyebabkan dia diseksa hina dan 
teruk di dalam neraka kelak.

Dia tahu apa yang dilakukannya adalah berdosa, tetapi tetap dilakukan juga.

Dia tahu maksiat yang dilakukan itu adalah dosa besar, tetapi tetap dilakukan juga. Nafsu telah merajainya. 
Itulah dikatakan dia telah menzalimi dirinya sendiri.

Dia tahu dia telah melakukan bergunung-gunung dosa, tetapi dia tidak kuat untuk berhenti melakukannya kerana tika itu IMANnya tersangat LEMAH dan TENAT. Dia tahu imannya sedang nazak, kerana itu hatinya sering berdoa “ Ya Allah, berikan aku kekuatan untuk melawan semua ini. Bimbinglah aku ke jalan yang lurus semula. Jauhi aku daripada kemungkaran Ya Allah… Perdekatkan aku dengan kebaikan Ya Allah…”

Dia ingin kembali mensucikan dirinya. Dia ingin. Dia ingin meninggalkan semua itu.

Akhirnya, suatu malam Allah swt telah menggerakkan jari jemarinya membuka satu video motivasi. Kata-kata dalam video itu banyak yang ‘terkena’ pada dirinya sendiri. Walaupun dia amat terasa dengan kepedasan kata-kata itu namun diteruskan juga menontonnya sehingga habis.

Tiba-tiba sahaja, dia menjadi gelisah dan keluh kesah di hadapan komputer. Mahu memulakan kerjanya semula, tetapi tidak boleh fokus juga. Akhirnya dia teringat, ada Allah swt meninggalkan pesanan dalam Al-Quran, bahawa hanya dengan mengingati Allah swt hati akan menjadi tenang…

Dengan sepantasnya dia mencapai Al-Quran yang amat jarang dibacanya semenjak tamat belajar. Al-Quran telah ‘dibaluti’ dengan habuk-habuk… Allahurobbi, begitu lama aku tidak menyentuhnya. Maafkan aku Ya Allah.

Dengan lafaz bismillah, dia bermohon “ Ya Allah, pertemukanlah aku dengan ayat itu. Aku amat ingin membacanya kini. Tolong Ya Allah…”

Dia mula membelek-belek kitab suci itu sambil memerhatikan tafsirnya. Dimulakan dengan surah Al-Baqarah, disusuli dengan surah Al-Imran, surah An-Nisaa’, surah Al-Maa-idah…

Lama… Tidak bertemu juga dengan ayat itu.

Dia hampir kecewa. Dibelek-belek lagi.

Tidak juga ditemukan kembali dengan ayat suci itu. Dia makin menyesali akan diri sendiri kerana sudah terlalu lama tidak membaca Al-Quran.

Dia yakin Allah swt Maha Mendengar, lalu bermohon lagi, “ Ya Rabb, aku amat ingin kembali kepada Mu. Aku mahu mensucikan semula diriku yang kotor ini… Pertemukanlah aku dengan bukti Mu itu Ya Rabbi…”

Di ulangi seperti tadi juga dengan lafaz bismillah…

Tangan kanannya terus membuka Al-Quran. Surah Ibrahim yang menjadi pilihannya kini dan dia mula membaca tafsir surah itu. Tiba-tiba sahaja, hatinya teringin mahu membelek surah sebelum surah Ibrahim iaitu surah Ar Ra’d.

Membaca sahaja maksud ayat pertama surah itu, membuatkan dia semakin tekun membaca tafsir surah itu, satu demi satu ayat dibacanya.

Maksud ayat 1 : “ Alif Lam Mim Ra. Ini adalah ayat-ayat Kitab ( Al-Quran ). Dan kitab yang diturunkan kepada Muhammad dari Tuhanmu itu adalah benar, tetapi KEBANYAKAN  MANUSIA TIDAK  beriman kepadanya.

Sehinggalah ayat ke 27 dan 28, amat menyentuh hatinya. Dia mengurut-urut dadanya.

Ayat 27  bermaksud : “ Sesungguhnya Allah menyesatkan sesiapa yang Dia kehendaki dan memberi petunjuk kepada orang yang bertaubat kepada-Nya.”

Ayat 28 bermaksud : “ iaitu orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi TENTERAM dengan MENGINGATI Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.”

“Allahurobbi ! Allahuakbar ! Allahuakbar ! Allahuakbar !” Hatinya menjerit kuat memuji kebesaran Allah swt yang telah memakbulkan doanya. Air mata semakin deras mengalir keluar dari kelopak mata sang hamba yang berdosa itu.

“ Allah, aku bersyukur pada-Mu kerana Engkau telah mempimpin aku semula untuk kembali ke jalan lurus. Allah Tuhanku, aku bersyukur pada-Mu kerana Engkau masih sudi memandang aku ini yang pernah berdosa kepada Mu. Hanya Engkau Tuhanku Yang Maha Penyayang dan Maha Mendengar… Izinkan aku untuk kembali mencintai-Mu Ya Ilahi…”
Alhamdulillah…

Kini dia, sang hamba yang berdosa, telah kembali menuju Ilahi.
Kita pula bila lagi?
Anda pula bila lagi?
Mahu menempah tiket SYURGA atau tiket NERAKA? Renung-renungkan.

p/s : Jika kita mahu kembali kepada Allah swt, pasti Dia akan memberi petunjuk kepada kita. Mohonlah pada-Nya.

::  Aku Hamba yang Berdosa  ::
Permata Alwalidaini...