Bismillahirrahmanirrahim…
Assalamualaikum wrm wbt ana ucapkan kepada teman-teman yang
dirahmati Allah swt. Terutamanya, marilah kita bersama melafazkan rasa syukur
kepada Allah swt Yang Maha Agung atas segala kurniaan-Nya kepada kita. Tidak dilupakan
juga selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad saw, kekasih-Nya.
Alhamdulillah Ya Rabb, terciptanya kita semua dalam fitrah yang
suci lagi murni, iaitu Islam dan iman.
Bulan Jun mulai menyelak tirai Julai, maka bermulalah fasa-fasa
kesibukan para pelajar kampus yang terlibat dengan Ekspo Konvokesyen Darul
Quran 2013. Walaubagaimanapun, masa kita haruslah dibahagikan sebaik-baiknya
antara gerak kerja dan Al-Quran.
Untuk pengetahuan sahabat-sahabat, ini bukan kali pertama para ahli
Unit Pena Ilmiah under Kelab Mesra Buku Maktabah, dilanda kesibukan menguruskan
perjalanan program besar bagi unit ini, iaitu Malam Puisi Islam ( M.P.I ).
Tahun-tahun sebelum ini, saya hanya menjadi peserta yang membuat persembahan,
maka kesibukan itu tidaklah dirasai sangat. Tahun ini barulah saya ‘dijemput’
merasainya kerana senior-senior telah pun tamat pengajian mereka di kampus. Maka
tugasan-tugasan itu telah diserahkan kepada kami, para junior yang sudah
bergelar senior juga.
Mulanya, saya merasakan program ini biasa-biasa saja. Namun segalanya
berubah apabila saya dan programmer muslimat telah menghadirkan diri ( turun padang ) ke sesi
latihan persembahan tifo bagi muslimin pada 27 Jun 2013.
Sengaja kami menyertai
mereka bersama Cik Zuraima kerana mahu kami ‘lebih Nampak ‘ terlebih dahulu
bagaimana perjalanan persembahan tifo, sebelum kami mengharungi latihan
muslimat pada hari Ahad nanti ( 30 hb Jun 2013 ). At least pada hari Ahad nanti, dapatlah kami membantu
sahabat-sahabat lain seterusnya meringankan bebanan Cik Zuraima.
Pada malam itulah, mata kami mula celik seluas-luasnya betapa
program M.P.I nanti adalah suatu program yg besar kerana kami bakal menampilkan
persembahan baru yang belum pernah dipersembahkan di kampus kami sebelum ini. Allahurobbi.
Pulang saja dari sesi latihan muslimin, saya juga telah menemui seorang sahabat
merangkap adik-beradik usrah saya di kampus. Mencurahkan idea yang mantop!
“ Adik, kak hana nak tanya, malam tu nanti korang membuat
persembahan saja ke? Ada tak membuat sesuatu yang melibatkan penonton?” Tanya
Kak Hana kepada saya, dipanggil ‘adik’ sebab itulah gelaran saya dalam usrah
kami. Huhu.
“ tak ada pun, kami membuat persembahan saja.” Balas saya ringkas,
dalam keadaan mata yang telah ‘disimbah cat merah’ ( mengantuk ). Hee
“Adik, ingat, tak semua
orang suka dengan puisi dan tak semua orang yang duduk di hadapan kita tu
memang nak hayati persembahan. Mungkin mereka tu sekadar nak release tension
dan sebagainya. kak hana nak bagi cadangan, apakata malam tu buatlah sesuatu yg
dapat menarik perhatian orang ramai di eskpo utk duduk di hadapan pentas.
Buatlah sesuatu yang eyes catching. Contoh, boleh buat pameran berkaitan tema
malam itu. Biar orang tertarik nak tengok. Sound pun kena pastikan okay! Nanti
baru orang tertanya-tanya, eh ada apa tu? Sambil tu, buatlah juga jualan , kutipan
derma atau tabung untuk rakyat Palestin di sana. “
Huh… terus terbuka luas mata saya mendengarkan idea-idea itu. Betul
sangat!
Alang-alang dah buat persembahan bertemakan “ Keamanan Palestin dan
Syria” ,apa salahnya kami turut membuat sedikit jualan barang-barang Palestin,
pameran dan kutipan derma kan? Insya-Allah, malam tersebut kami akan melancarkan juga tabung untuk saudara-saudara Islam di sana. kami akan usaha !
Hm… syukur sangat kepada-Nya. Diberi juga
peluang untuk menabur sedikit tenaga kepada saudara-saudara kita di sana.
Alhamdulillah.
Mendengarkan idea itu. Timbullah idea-idea baru lagi diminda untuk
dilakukan dalam persembahan nanti. Moga-moga Allah swt meredhai dan merahmati
segala penat lelah ahli-ahli Pena Ilmiah dan Cik Zuraima.
“ Seni Dakwah”
Ayat ini tercipta ketika saya mahu forward mesej kepada ahli-ahli
Pena Ilmiah.
Jom kita fahami maksud SENI dalam kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi
keempat :
Seni : ( orang yang mempunyai ) kebolehan untuk
mencipta sesuatu yang luar biasa.
Benar. Apabila saya renung sejenak perjalanan M.P.I itu, saya dapat
melihat kesenian baru yang bakal dipersembahkan. Contohnya , tifo sendiri. Kami
akan membuat persembahan tifo @ suatu persembahan seperti yang disiarkan dalam rancangan Masquerade Japan, tapi pembawaan kami adalah jalan cerita kehidupan di Palestin. Terima
kasih kepada Cik Zuraima kerana berani mencurahkan idea ini dalam dakwah di kampus ini.
Sebenarnya kita ( golongan muda ) haruslah memikirkan cara seni
untuk berdakwah agar masyarakat dapat menerima mesej dakwah kita dengan baik
sekali. Tambahan pula masyarakat hari ini sangat menyukai seni ( nyanyian dan
lukisan.) So wahai daie-daie muda,
marilah kita fikirkan dan kerahkan minda memikirkan cara seni baru untuk
menyampaikan dakwah. Ubah persepsi ummah, bahawa dakwah itu bukan hanya dengan
duduk mendengar ceramah.
Dakwah itu meluas! Jom melangkah pantas menyebarkan dakwah !
Hm… apabila berada dalam kelompok ini, rasa bersyukur kerana banyak
perkara baru dapat dipelajari. Alhamdulillah. Best sangat apabila kita
bergabung dengan orang luar, sebab kita dan mereka dapat cantumkan idea
masing-masing menjadi mantop! Insya-Allah.
InsyaAllah, seandainya dipanjangkan umur hingga Khamis nanti, saya akan mendeklamasikan sajak yang memfokuskan kepada keperitan hidup si anak-anak kecil di sana. isnya-Allah. moga Allah swt meredhai usaha kecil ini untuk membuka mata masyarakat dan memudahkan segala urusan kami. allahumma amin.
Akhirulkalam, biarlah kita terasa penat untuk merealisasikan
sesuatu impian, kerana pabila ia telah Berjaya digapai@dilaksana, pasti kita
akan tersenyum seluas langit-Nya. Mengapa? Sebab kita telah merasai kepuasan
dan kemanisan disebalik kepenatan dan kepahitan kita yang lalu.
Begitulah juga dengan kehidupan di dunia ini. Jika seseorang hamba
itu, hari ini sedang berpenat lelah berlari meninggalkan ‘zaman hitamnya’ ,
pasti apabila dijemput kembali kepada Ilahi, dia akan tersenyum bahagia kerana
syurga abadi telah tersedia buatnya. Mengapa? Kerana ketika dia menghembuskan
nafas terakhirnya, dia telah berjuang dan mensucikan diri kepada Ilahi.
Beruntungnya jika kita semua menjadi hamba seperti itu…
Berdoalah untuk
sahabat-sahabat dan suadara-saudara kita yang masih terkunci hatinya daripada
menerima hidayah Allah swt. Dan bersyukurlah kerana kita tergolong dalam
kalangan hamba-hamba yang disayangi oleh-Nya. Alhamdulillah. Moga iman kita
sentiasa meningkat dan teguh ya. Allahumma amin.
Baik, mohon doa daripada sahabat-sahabat semua supaya dipermudahkan
segala urusan kami untuk mengadakan Malam Puisi Islam sempena Ekspo Konvoksyen
Darul Quran, bermula 4 JULAI 2013 hingga 7Julai 2013.
" Wahai saudara kami yang kental jiwa dan iman di sana! kami di sini akan usaha membantu mu semampu kami! inilah SENI kami dalam membantu mu !!!"
MOGA - MOGA ALLAH SWT MEREDHAI USAHA KAMI PADA MALAM PUISI ISLAM NANTI.
InsyaAllah, ( mahu berada di tempat wanita berniqab itu dan bersama pejuang-pejuang agama saya ,suatu masa nanti ) moga permata-permata hati saya menjadi seperti anak-anak mujahid seperti gambar di atas. allahumma amin.
mahukan permata hati yang mencintai jalan perjuangan menggapai syahid, perlulah mencari bakal abinya yang cintakan jalan perjuangan Islam juga. insyaAllah. Allahumma amin.
:: PALESTINE WILL BE FREE ::