Saturday 29 June 2013

Seni Dakwah Untuk Palestin !




Bismillahirrahmanirrahim…

Assalamualaikum wrm wbt ana ucapkan kepada teman-teman yang dirahmati Allah swt. Terutamanya, marilah kita bersama melafazkan rasa syukur kepada Allah swt Yang Maha Agung atas segala kurniaan-Nya kepada kita. Tidak dilupakan juga selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad saw, kekasih-Nya.

Alhamdulillah Ya Rabb, terciptanya kita semua dalam fitrah yang suci lagi murni, iaitu Islam dan iman.
Bulan Jun mulai menyelak tirai Julai, maka bermulalah fasa-fasa kesibukan para pelajar kampus yang terlibat dengan Ekspo Konvokesyen Darul Quran 2013. Walaubagaimanapun, masa kita haruslah dibahagikan sebaik-baiknya antara gerak kerja dan Al-Quran.

Untuk pengetahuan sahabat-sahabat, ini bukan kali pertama para ahli Unit Pena Ilmiah under Kelab Mesra Buku Maktabah, dilanda kesibukan menguruskan perjalanan program besar bagi unit ini, iaitu Malam Puisi Islam ( M.P.I ). Tahun-tahun sebelum ini, saya hanya menjadi peserta yang membuat persembahan, maka kesibukan itu tidaklah dirasai sangat. Tahun ini barulah saya ‘dijemput’ merasainya kerana senior-senior telah pun tamat pengajian mereka di kampus. Maka tugasan-tugasan itu telah diserahkan kepada kami, para junior yang sudah bergelar senior juga.

Mulanya, saya merasakan program ini biasa-biasa saja. Namun segalanya berubah apabila saya dan programmer muslimat telah menghadirkan diri ( turun padang ) ke sesi latihan persembahan tifo bagi muslimin pada 27 Jun 2013. 


Sengaja kami menyertai mereka bersama Cik Zuraima kerana mahu kami ‘lebih Nampak ‘ terlebih dahulu bagaimana perjalanan persembahan tifo, sebelum kami mengharungi latihan muslimat pada hari Ahad nanti ( 30 hb Jun 2013 ). At least pada hari Ahad nanti, dapatlah kami membantu sahabat-sahabat lain seterusnya meringankan bebanan Cik Zuraima.

Pada malam itulah, mata kami mula celik seluas-luasnya betapa program M.P.I nanti adalah suatu program yg besar kerana kami bakal menampilkan persembahan baru yang belum pernah dipersembahkan di kampus kami sebelum ini. Allahurobbi. Pulang saja dari sesi latihan muslimin, saya juga telah menemui seorang sahabat merangkap adik-beradik usrah saya di kampus. Mencurahkan idea yang mantop!



“ Adik, kak hana nak tanya, malam tu nanti korang membuat persembahan saja ke? Ada tak membuat sesuatu yang melibatkan penonton?” Tanya Kak Hana kepada saya, dipanggil ‘adik’ sebab itulah gelaran saya dalam usrah kami. Huhu.

“ tak ada pun, kami membuat persembahan saja.” Balas saya ringkas, dalam keadaan mata yang telah ‘disimbah cat merah’ ( mengantuk ). Hee

“Adik, ingat,  tak semua orang suka dengan puisi dan tak semua orang yang duduk di hadapan kita tu memang nak hayati persembahan. Mungkin mereka tu sekadar nak release tension dan sebagainya. kak hana nak bagi cadangan, apakata malam tu buatlah sesuatu yg dapat menarik perhatian orang ramai di eskpo utk duduk di hadapan pentas. Buatlah sesuatu yang eyes catching. Contoh, boleh buat pameran berkaitan tema malam itu. Biar orang tertarik nak tengok. Sound pun kena pastikan okay! Nanti baru orang tertanya-tanya, eh ada apa tu? Sambil tu, buatlah juga jualan , kutipan derma atau tabung untuk rakyat Palestin di sana. “

Huh… terus terbuka luas mata saya mendengarkan idea-idea itu. Betul sangat!

Alang-alang dah buat persembahan bertemakan “ Keamanan Palestin dan Syria” ,apa salahnya kami turut membuat sedikit jualan barang-barang Palestin, pameran dan kutipan derma kan? Insya-Allah, malam tersebut kami akan melancarkan juga tabung untuk saudara-saudara Islam di sana. kami akan usaha ! 

Hm… syukur sangat kepada-Nya. Diberi juga peluang untuk menabur sedikit tenaga kepada saudara-saudara kita di sana. Alhamdulillah.

Mendengarkan idea itu. Timbullah idea-idea baru lagi diminda untuk dilakukan dalam persembahan nanti. Moga-moga Allah swt meredhai dan merahmati segala penat lelah ahli-ahli Pena Ilmiah dan Cik Zuraima.

“ Seni Dakwah”

Ayat ini tercipta ketika saya mahu forward mesej kepada ahli-ahli Pena Ilmiah.
Jom kita fahami maksud SENI dalam kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi keempat :

Seni : ( orang yang mempunyai ) kebolehan untuk mencipta sesuatu yang luar biasa.

Benar. Apabila saya renung sejenak perjalanan M.P.I itu, saya dapat melihat kesenian baru yang bakal dipersembahkan. Contohnya , tifo sendiri. Kami akan membuat persembahan tifo @ suatu persembahan seperti yang disiarkan dalam rancangan Masquerade Japan, tapi pembawaan kami adalah jalan cerita kehidupan di Palestin. Terima kasih kepada Cik Zuraima kerana berani mencurahkan idea ini dalam dakwah di kampus ini.

Sebenarnya kita ( golongan muda ) haruslah memikirkan cara seni untuk berdakwah agar masyarakat dapat menerima mesej dakwah kita dengan baik sekali. Tambahan pula masyarakat hari ini sangat menyukai seni ( nyanyian dan lukisan.)  So wahai daie-daie muda, marilah kita fikirkan dan kerahkan minda memikirkan cara seni baru untuk menyampaikan dakwah. Ubah persepsi ummah, bahawa dakwah itu bukan hanya dengan duduk mendengar ceramah. 

Dakwah itu meluas! Jom melangkah pantas menyebarkan dakwah !



Hm… apabila berada dalam kelompok ini, rasa bersyukur kerana banyak perkara baru dapat dipelajari. Alhamdulillah. Best sangat apabila kita bergabung dengan orang luar, sebab kita dan mereka dapat cantumkan idea masing-masing menjadi mantop! Insya-Allah.

InsyaAllah, seandainya dipanjangkan umur hingga Khamis nanti, saya akan mendeklamasikan sajak yang memfokuskan kepada keperitan hidup si anak-anak kecil di sana. isnya-Allah. moga Allah swt meredhai usaha kecil ini untuk membuka mata masyarakat dan memudahkan segala urusan kami. allahumma amin.


Akhirulkalam, biarlah kita terasa penat untuk merealisasikan sesuatu impian, kerana pabila ia telah Berjaya digapai@dilaksana, pasti kita akan tersenyum seluas langit-Nya. Mengapa? Sebab kita telah merasai kepuasan dan kemanisan disebalik kepenatan dan kepahitan kita yang lalu.

Begitulah juga dengan kehidupan di dunia ini. Jika seseorang hamba itu, hari ini sedang berpenat lelah berlari meninggalkan ‘zaman hitamnya’ , pasti apabila dijemput kembali kepada Ilahi, dia akan tersenyum bahagia kerana syurga abadi telah tersedia buatnya. Mengapa? Kerana ketika dia menghembuskan nafas terakhirnya, dia telah berjuang dan mensucikan diri kepada Ilahi. Beruntungnya jika kita semua menjadi hamba seperti itu… 
Berdoalah untuk sahabat-sahabat dan suadara-saudara kita yang masih terkunci hatinya daripada menerima hidayah Allah swt. Dan bersyukurlah kerana kita tergolong dalam kalangan hamba-hamba yang disayangi oleh-Nya. Alhamdulillah. Moga iman kita sentiasa meningkat dan teguh ya. Allahumma amin.


Baik, mohon doa daripada sahabat-sahabat semua supaya dipermudahkan segala urusan kami untuk mengadakan Malam Puisi Islam sempena Ekspo Konvoksyen Darul Quran, bermula 4 JULAI 2013 hingga 7Julai 2013.

Sahabat-sahabat yang mempunyai kelapangan dijemput hadir untuk memeriahkan lagi ekspo ini. Pelbagai aktiviti menarik menanti di kampus kami terutama aktiviti berkayak di tasik.=)  aktiviti ini yang selalu mendapat sambutan hangat macam pisang goreng yang baru 'melompat' dari kuali ! hee.

" Wahai saudara kami yang kental jiwa dan iman di sana! kami di sini akan usaha membantu mu semampu kami! inilah SENI kami dalam membantu mu !!!"


MOGA - MOGA ALLAH SWT MEREDHAI USAHA KAMI PADA MALAM PUISI ISLAM NANTI.

 InsyaAllah, ( mahu berada di tempat wanita berniqab itu dan bersama pejuang-pejuang agama saya ,suatu masa nanti ) moga permata-permata hati saya menjadi seperti anak-anak mujahid seperti gambar di atas. allahumma amin.
mahukan permata hati yang mencintai jalan perjuangan menggapai syahid, perlulah mencari bakal abinya yang cintakan jalan perjuangan Islam juga. insyaAllah. Allahumma amin.

:: PALESTINE WILL BE FREE ::


No comments:

Post a Comment