Sunday 9 June 2013

Anugerah Ilahi : Indahnya pabila Cinta kepada Allah swt




Bismillahirrahmanirahim…



Assalamualaikum wrm wtb… 



   Salam kerinduan diucapkan kepada sekalian pengunjung blog hamba yang hina ini. Sebarkan Sinar Ilahi, ya teruskan menyebarkan sinar Nya. Itulah tujuan utama saya meneruskan perkongsian pada kali ini , mengerahkan sedikit usaha untuk berkongsi kebaikan bersama teman-teman. Moga bermanfaat.
          
   Sebelum saya memulakan perkongsian, saya mahu mengucapkan terima kasih kepada suadara Zack ( nama di emel ) kerana beliau sudi menyebarkan sedikit bahan-bahan  yang terdapat dalam blog ini. Lima hari lalu, Beliau ada menghantar emel kepada saya kerana mahu meminta izin untuk copy bahan-bahan disini. Subhanallah, segala ilmu dan ilham yang dicurahkan di sini adalah milik mutlak Nya, maka dipersilakan kepada sahabat sekalian untuk menyebarkannya. Saya amat menghargai niat murni semua. J moga Allah swt sentiasa merahmati kita. Amin3.
          
   Sesunggguhnya lima hari saya menyepikan diri, saya sering dihujani dengan rasa rindu kepada blog ini kerana khuatir jika ada teman-teman sedang menanti post terbaru daripada saya. Walaupun hakikatnya saya mengetahui bahawa blog ini tiada istimewanya melainkan hanya tempat berkongsi rasa dan cinta seorang hamba Allah swt kepada ummah. InsyaAllah.
RINDU TEMAN-TEMAN =)
          
   Dalam tempoh lima hari itu juga sebenarnya saya turut disibukkan dengan gerak kerja sebagai PIC Unit Pena Ilmiah, iaitu salah satu unit dibawah Kelab Mesra Maktabah. Dua unit lagi adalah Unit Kajian Strategik dan Unit Kajian Turath. Semalam pula, 8 Jun 2013 saya dijemput makan malam di luar oleh pensyarah muda, Cik Zuraima bersama Ketua Pic Unit Pena Ilmiah, saudara Cairo , Pengerusi Kelab Maktabah, saudara Zaki dan sahabat seperjuangan saya, saudari Ummi Kalsom. 

Semalam kami di ajak ke luar kampus adalah untuk membincangkan berkaitan gerak kerja Pena Ilmiah sendiri dan Malam Kesenian Islam time Ekspo Konvokesyen Darul Quran, awal bulan Julai nanti. Ini kerana saya dan suadara Cairo turut terlibat sebagai PIC Malam Kesenian Islam.
          
   Cik zuraima adalah pensyarah nasihat kami dalam Pena Ilmiah dan Malam Kesenian Islam. Beliau juga akan melatih kami yang akan membuat persembahan pada malam itu tidak lama lagi. Berdebar rasanya, inilah kenangan kedua saya membuat persembahan di astaka Darul Quran. Tahun ini juga adalah tahun terakhir saya di kampus, maka rasanya selepas ini tiada lagi peluang untuk membuat persembahan di astaka. ( melainkan dijemput. Hehe ).

 Walaubagaimanapun, syukur Alhamdulillah, perbincangan kami semalam berjalan dengan baik sekali dan telah memberikan kejelasan kepada kami untuk bergerak kerja selepas ini. insyaAllah. Sekaran ini program terbesar dan terdekat kami adalah menguruskan perjalanan Malam Kesenian Islam nanti. Bakal menyusul kemudiannya adalah Bengkel Penulisan, Cuma kami belum berbincang lebih serius lagi. Mohon doa dari sahabat-sahabat, moga segala gerak kerja Islam ini diredhai Nya dan dipermudahkan segala urusan. AMIN, AMIN, AMIN.
          
   Baiklah, hari ini saya telah kembali aktif dalam alam maya. J mulanya hati rasa malas nak buka emel, tetapi last-last buka juga. Amat mengejutkan saya apabila melihat inbox, menerima 13 emel. Subhanallah, tak pernah dapat banyak macam ni dalam masa lima hari. Hee. 

Saya pun apa lagi, cepat-cepat melihat nama –nama pengirim. Lima emel dari wakil blog aku.Islam dan dari sahabat-sahabat lainnya, Ukhti Napsiah ( kenalan blogger ) dan Zack Rain dan yang paling tidak disangkakan adalah emel daripada editor Galeri Ilmu, Encik Amir. SubhanaAllah. Saya tidak menyangka beliau akan menghantar emel lagi kepada saya setelah novel saya pernah dikembalikan semula sebulan lalu.
          
   Terkejut + gembira = senyuman lebar =) 
          ( inilah formula math balqis, hekhek )

   Baik, saya berkongsilah ya apa isi emel yang dihantar oleh editor. ;)

          
"Assalamualaikum sdr,

Saya berbesar hati kiranya sdr dapat sertai:


BENGKEL REALITI PENULISAN NOVEL ISLAMI BERSAMA HILAL ASYRAF

ANJURAN:  LANGITILAHI CONSULTANCY & GALERI ILMU MEDIA GROUP

22-22 JUN 2013 (SABTU DAN AHAD)

HOTEL DE PALMA, SHAH ALAM, SELANGOR

YURAN; RM750 TERMASUK PENGINAPAN DAN MAKAN

TERHAD 30 ORANG

PENAMPILAN :
HILAL ASYRAF
USTAZ HASRIZAL ABDUL JAMIL

TARIKH TUTUP : 15 JUN 2013

Hubungi: Cik Suriati di talian 03- 6142 1614


Untuk pendaftaran peserta, deposit akan dikenakan iaitu sebanyak RM200. 
Ini sebagai tanda kesungguhan peserta untuk menyertai program ini. Akaun pembayaran akan dimasukkan ke dalam akaun Galeri Ilmu Media Group.

Sebagai persediaan sebelum ke kursus ini, para peserta  perlu membuat sinopsis keseluruhan cerita (
Pelangi Cinta Ilahi, lihat lampiran). Peserta akan membentangkan sinopsis untuk dinilai. Masa yang diberi tidak melebihi 5 minit seorang termasuk ulasan juri.

Selain itu, peserta akan dibekalkan dengan fail program, buku Relasi, majalah, buku nota, pen.

Semoga perjalanan kursus ini lancar dan teratur insya-Allah.

Syukran.

Amir Abd Hamid
Editor Perolehan Kreatif
GALERI ILMU SDN BHD, No 44, Astana Karya,
Jalan Pekaka 8/3, Seksyen 8, Kota Damansara
47810 Petaling Jaya, Selangor.

Tel: 03.614 21 614 / Faks: 03.614 21 612 / 019 387 5748
http://www.galeriilmu.com.my

          Membaca sahaja emel itu, terus mahu call ummi ayah yang jauh dimata. Saya mahu mendapatkan doa dan redha mereka berdua kerana saya yakin jika mereka redha, pasti Allah swt akan memudahkan urusan saya. Tambahan pula, sebagaimana kita ketahui, redha Allah swt terletak pada redha ibu bapa. Betapa hebatnya kuasa kedua ibu bapa kita kan, wahai sahabat. Dan jika seorang gadis telah menikah, redhanya terletak pada redha suami pula. Allahurobbi, betapa pentingnya kita mendidik diri menjadi insan solehah sedari awal. ( lari topic sikit he ).

Sebenarnya, kalau ikut kemampuan sendiri, memang saya tak mampu nak membayar yuran sebanyak itu, tetapi saya akan usahakan untuk mendapatkan sponsor daripada mana-mana syarikat buku dan maktabah Darul Quran sendiri. Kan dah ditawarkan macam ni, siapa nak tolak,  kan? ;)
          Sesungguhnya kalau sahabat-sahabat mahu tahu, saya tak sangka sebulan saya menyepikan diri dalam menulis novel dan berserah kepada Allah swt, ( bukan apa, sedang merangka jalan cerita baru untuk dimasukkan dalam novel tersebut ), saya ditawarkan menyertai bengkel tersebut pula. Terkejut laa kan? Memang… subhanallah… indahnya nikmat ini.
          
          So sekarang atas cadangan Timbalan Pengerusi Kelab Maktabah, saudari Hasmah, saya akan usaha mencari sponsor. Sekiranya ada sesiapa mahu sponsor, boleh juga. Amat dialukan. Boleh menghubungi saya di emel, annurbalqis229@gmail.com. ;) atas nasihat seorang kakak Ijazah juga, saya akan membuat kertas kerja untuk memohon sumbangan daripada Karangkraf kerana kebetulan pula, 12 Jun 2013, saya dan kelab maktabah membuat lawatan ke Karangkraf dan UM. Subhanallah, banyak sekali nikmat yang Allah swt kurniakan.
           
    Jujur wahai sahabat, dengan setiap kejadian ini, saya mulai Nampak ‘jalan-jalan’ yang diberikan oleh Allah swt. Subhanallah, tak disangkakan. Benarlah setiap kejadian, ada hikmahnya jika kita bersabar dan bersangka baik kepada Nya. ;)  (teringat pula kesedihan lalu novel tak diterima )=) 




Walaubagaimanapun, saya akan berusaha dulu dan moga-moga saya berkesempatan untuk menyertai bengkel penulisan itu. Amin,amin, amin. Doakan saya juga ya. Apabila saya menerima tawaran itu satu sahaja doa saya kepada Rabb Yang Maha Berkuasa atas setiap perkara :

“Ya Allah, seandainya benarlah bidang ini terbaik untukku di sisi-Mu, dan bidang ini adalah peluangku untuk ku menyebarkan agama Mu, maka permudahkan urusan ku ini.”

            
   Begitulah jua doa saya sebelum ini setelah membuat keputusan mahu serius dalam bidang penulisan. Teringat pula saya akan motivasi pagi di Ikim yang disampaikan oleh Ustazah Norlaila Aniza, topik Mengapa Doa tidak dimakbulkan. Kita tidak boleh berdoa seperti kita mahu mengajar Allah swt, tetapi berdoalah penuh hikmah. Sesungguhnya Allah swt Maha Mengetahui yang terbaik untuk setiap hamba Nya. Maka janganlah kita berdoa seperti ini, “ Ya Allah, aku mahukan kereta itu, berikanlah kepada ku juga.” Seoalah-olah kita mahu memberi arahan kepada Dia. Nauzubillah.
          
   Satu kisah yang mahu dikongsikan daripada motivasi tersebut juga, ( kisah benar ) seorang lelaki yang miskin dan mempunyai 8 orang anak. Bagi lelaki itu hidupnya susah kerana mempunyai ramai anak. Rezeki dari Allah swt, Dia dapat pergi ke tanah suci untuk menunaikan umrah, atas sumbangan hamba-hamba Allah swt. Disebabkan dia telah lama hidup dalam keadaan miskin, di sana semasa tawaf pertama dia telah berdoa “ Ya Allah, hilangkanlah kesusahan ku.” Sehingga tawaf ketujuh, doa yang sama juga dia memohon kepada Allah swt.
          
   Pulang sahaja ke Malaysia, kuasa Allah swt. Seorang anaknya meninggal dunia. Hari berganti hari, seorang demi seorang anaknya meninggal dunia. Kenapa?
          
   Sebab dia telah meminta kepada Allah swt agar hilangkan kesusahannya. Allahurobbi, sedihkan… jangan  kita memandang enteng dalam bab berdoa. Apatah lagi semasa kita berdoa di tanah suci  Makkah. Jadi Ustazah Norlaila Aniza menyarankan berdoalah kita seperti ini, “ Ya Allah, kayakan diriku dengan rezeki yang halal.”
          
   Seandainya kita melihat insan disekeliling kita lebih baik dan soleh daripada kita pula, digalakkan kita berdoa seperti ini “ Ya Allah, jadikanlah aku seperti mereka malah lebih baik dari mereka.” Ayat ‘lebih baik’ itu lebih penting.:) selamat beramal ya teman-teman, dan check semula bagaimana bait-bait doa kita kepada Dia, atas nama Nya Al-Wahab ( Yang Maha Memberi. )

          
   Sedikit lagi perkongsian mengapa doa tidak dimakbulkan :


1)      sebab apa yang kita minta daripada Nya adalah perkara yang tidak disukai oleh Pencipta Alam semesta ini.
2    
      2)      Sebab kita selalu berdoa untuk pasangan dan keluarga kita SAHAJA, jadi mulai sekarang kita perlu juga utuskan doa untuk orang lain, jiran-jiran kita serta anaknya, guru-guru, sahabat-sahabat dan jiran bilik kita di asrama ;) pendek kata, kita berdoa untuk sesiapa sahaja. Ketahuilah berita gembira dari Allah swt, apabila kita berdoa untuk orang lain, maka malaikat akan mendoakan pula untuk kita. subhanaAllah. Baiknya Tuhan kita Yang Maha Agung kan… sangat penyayang dan pemurah tuu… so apa kita tunggu lagi, jom ubah doa kita ;)



3    
      3)      Sebab kita selalu mind set, mustahil Allah swt akan memakbulkan doa kita ( contoh : jadi kaya raya ), ketahuilah sesungguhnya Dia boleh melakukan sesuatu dengan sekelip mata saja, Cuma kekadang kita juga perlu berusaha. ;) ubah mind set dan yakinlah dengan Nya.
4   
       4)      Doa tidak dimakbulkan juga kerana kita utamakan hamba Allah swt berbanding Allah swt sendiri. Maksudnya, apabila kita menghadapi kesusahan, kita minta pertolongan dengan makhluk terlebih dahulu. Cuba renung, betul atau tidak cara kita itu, meminta dengan makhluk dahulu barulah berdoa dengan Allah swt? So check semula tingkah laku kita.






5    
      5)      Kata Ibnu Abbas : Pelihara perintah Allah swt, Allah swt pelihara kita. Pelihara hak-hak Allah swt, Alla swt memelihara hak kita.
So mulai detik ini, jom kita sama-sama check, apakah kita telah memelihara perintah dan hak Allah swt dengan baik? Jom muhasabah diri… kan kita nak jadi lebih baik, lebih soleh dan solehah. J



            Jangan risau, Allah swt Maha Mengetahui segala isi hati kita, so bila kita berhajat mahu berubah pasti DIA akan membantu kita. Letakkan keyakinan kita kepada Nya di tempat tertinggi dalam jiwa kita.

عليم بذات الصدورانه
Surah Asy-syura : ayat 24.
Bermaksud : Sungguh, Dia Maha Mengetahui segala isi hati.

وهو الذي يقبل التوبة عن عباده ويعفوا عن السيئات ويعلم ما تفعلون

Surah Asy-syura : ayat 25

Bermaksud : Dan Dia-lah yang Menerima taubat dari hamba-hamba Nya dan Memaafkan kesalahan-kesalahan dan Mengetahui apa yang kamu kerjakan.

ويستجيب الذين ءامنوا وعملوت الصلحات ويزيدهم من فضله, والكفرون لهم عذاب شديد
Surah asy-syura : ayat 26

Bermaksud : dan Dia memperkenankan doa orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta menambah pahala kepada mereka dari kurnia-Nya. Orang-orang yang ingkar akan mendapat azab yang SANGAT KERAS.

            Moga-moga bermanfaat sedikit perkongsian daripada saya.

Kembali kepada cerita emel tadi, he. Sebenarnya saya juga ada menerima emel daripada sebuah rumah kebajikan yang meminta sumbangan, Rumah Amal Nur Muhammad, subhanallah, sangat terkejut  kerana tak menyangka Allah swt sekali lagi membuka peluang dan jalan untuk saya berbakti kepada insan yang memerlukan sumbangan. insyaAllah, ada rezeki lebih nanti, sama-sama kita infakkan di jalan kebaikan seperti ini ya. ;)barangkali hamba Allah swt  tersebut turut membaca post saya yang lalu bertajuk“ Kerna Pelangi Cinta Ilahi”. Alhamdulillah, dan insyaAllah, sebenarnya memang teringin nak close dengan mana-mana rumah kebajikan anak-anak yatim. Moga Allah swt izinkan satu hari nanti. Allahumma amin. Jika sahabat-sahabat mahu memberi sumbangan juga, boleh emel kepada saya, nanti saya hantarkan emel dari rumah kebajikan tersebut.

Baiklah, rasanya itu sahaja perkongsian untuk kali ini. Memohon jutaan kemaafan ya jika banyak sekali kesilapan dan kesalahan saya dalam post ini. Segala yang baik, moga bermanfaat untuk kehidupan kita sebagai hamba Nya yang berdosa dan segala yang buruk itu, usahlah diambil malah jadikan pengajaran bersama ya. ;) saya sangat menyayangi kalian semua. Allahurobbi…

          
Doa Rabithah…

             “ Ya Allah, Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini ( bayangkan wajah-wajah rakan seperjuangan kita )


~ berkumpul kerana menyintai Mu

~ bertemu kerana mematuhi perintah Mu

~ bersatu memikul beban dakwah Mu

~ berjanji setia untuk mendaulat dan menyokong syariat Mu

~ maka eratkanlah ikatannya

~ kekalkanlah kemesraan antara hati-hati ini

~ tunjukkanlah kepada hati-hati ini jalannya yang sebenar

~ penuhkanlah hati-hati ini dengan cahaya Rabbani Mu yang tidak kunjung padam

~ lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan iman

~ keyakinan serta keindahan tawakkal kepada Mu

~ suburkanlah hati-hati ini dengan pengetahuan yang hakiki

~jika Engkau takdirkan kami mati, maka matikanlah pemilik-pemilik hati ini sebagai para syuhada’ dalam perjuangan agama Mu.

Amin, amin, amin, allahumma amin Ya Rabbana.

“ Ya Allah, seandainya ditakdirkan aku pergi dulu, aku hanya mengharapkan moga-moga sedikit penulisan ku di sini, menjadi bekalan ku untuk menghadap diri Mu.” Allahumma amin.

:: Indahnya bersangka baik dan meletakkan pengharapan tinggi kepada Rabb kita ::

Main point post ini :
  • Bersabar menerima ujian kehidupan (Novel saya ditolak dulu )
  • mensyukuri nikmat Nya ( walau sekecil zarah )
  • tetap berdoa dan meminta kepada Nya
  • bersangka baik kepada Nya


  • yakin hikmah disebalik ujian
  • berusaha perbaiki diri
  • meletakkan tawakkal/pengharapan yang tertinggi pada Nya
  • berkasih sayang kerana Allah swt
so kita sedang menuju =====> CINTA kepada ALLAH SWT, insya Allah. =)




Salam rindu kerna Ilahi… assalamualaikum wrm wbt. =)


No comments:

Post a Comment