Saturday 19 October 2013

Hati 'DEMAM' ?




Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum wrm wbt...
salam sayang dihulurkan kepada sahabat-sahabat yang sudi menyinggah di blog ini. :) Mudah-mudahan sahabat sentiasa berada dalam rahmat Ilahi ya. allahumma aamiin.

Petang yang redup ini... saya tidak mahu berkongsi sesuatu yang panjang lebar. Ini kerana tidak mahu menimbulkan rasa malas untuk membaca dalam diri sahabat. Ini juga kerana saya tahu, jika panjang-panjang tetapi isinya sikit, buat apa juga kan? Lainlah, jika setiap butir perkataan itu ibarat mutiara, seperti kalam suci-Nya yang mempunyai 1001 pengajaran, kan?

Hm...
baik, sebelum saya mahu kita sama-sama memberi suapan kepada rohani kita pada petang ini, besar hati saya mahu kita tarik nafas sekejap. Boleh? :)

Okay jom...
Tarik nafas...

Then,
lepas...

Lakukannya tiga kali ya.

Baik, dah?
Alhamdulillah... Ucap dulu 'Alhamdulillah...' dan SENYUM... =)

Haa, macam tu lah sahabat yang soleh dan solehah saya... ;)

Baik, jom kita baca pengisian yang amat bermanfaat ini. Saya copy paste nya dari Facebook murobbi yang dihormati iaitu Rosdi Baharom.

Semoga bermanfaat untuk kita semua.

ADAKAH HATI KITA ‘DEMAM’?

Salah satu tanda badan kita demam atau kurang sihat adalah kita kurang berselera untuk makan. Malah bila kita dihidangkan makanan-makanan yang sangat sedap dan lazatpun bila dimakan kita tidak merasakan nikmat makanan itu. Mereka yang berpengetahuan tentang makanan telahpun menasihatkan kita nilai nutrisi makanan-makanan tersebut dan telah disediakan dengan lazat. Walaupun kita tahu makanan itu berkhasiat dan makanan itu juga lazat tetapi oleh kerana badan kita demam kita kurang berhajat kepadanya dan bila dimakan juga makanan itu tidak dirasai sedap dan lazatnya. Sebagaimana dengan jasad kita hati juga mengalami keadaan 'tidak sihat' atau saya menamakannya 'hati yang demam'. Marilah kita melakukan diagnosa sama ada hati kita kini sedang menghidapi demam atau hati kita sihat.

Bilakah kali terakhir kita merasai sangat ‘lazat’nya shalat yang kita lakukan? Ketika kita laksanakan shalat, adalah kita merasa sangat nikmat dan setelah usai menghadapi ‘hidangan’ itu kita merasakan ‘kenyang’ dan bertenaga? Ataupun kita menghadapi dan melaksanakan shalat kita sebagaimana orang yang sedang demam menghadapi makanan lazat yang kita sebutkan di atas tadi.

Begitu juga hidangan Allah SWT dalam bentuk Al-Qur’an. Bilakah kita rasa ‘berselesa’ dan rasa tidak pernah kenyang bila ‘menjamahnya’? Tiap-tiap muka surat Al-Qur’an dibaca sebagaimana suapan-suapan terpaksa, walaupun perlu disyukuri bahawa Allah SWT masih memberikan kekuatan untuk mendekati ‘hidangan yang sangat lazat dan bernutrisi itu’ walaupun Al-Qur’an itu tidak dirasai kelazatannya dan terasa tidak menyelerakan.

Ini adalah dua tanda ‘hati kita menghidapi demam’. Sekiranya hati yang ‘demam’ ini tidak dirawat dan dipulihkan, hati kita akan menjadi semakin parah dan terdedah kepada penyakit-penyakit hati lain yang akan menjangkitinya sehingga ianya menjadi semakin parah.


- Rosdi Baharom -


Haa... macam mana perasaan sahabat sekarang?
Hati kita tengah 'demam' tak tu?

Kalau jawapan ya, cepat-cepatlah rawat ya. Kasi 'panadol' yang paling mujarab tau. ;)

Apa 'panadol mujarabnya'?

Hmm, tepuk dada, tanyalah iman.

Biarkan iman mu bersuara. jangan sengaja ditulikan 'suara iman' kita semata-mata untuk mendengar suara 'nafsu' dan syaitan yang menggoda kita.

Ya, hati kita 'demam' juga kerana nafsu, syaitan dan iman di tahap weak !


So, bersegeralah berjumpa 'doktor iman dan hati' kita tau, yakni ALLAH SWT YANG MAHA BERKUASA !


Jom, tadabur kembali Al-Quran dan hayati Solat kita dengan penuh rasa Cinta.



~Salam sebarkan sinar Ilahi~




Permata Alwalidaini
Gombak
191013

















Tuesday 15 October 2013

Aidiladha bersama Gelak tawa atau Airmata??


Salam Aidiladha...

kasih manusia tiada abadi,
kasih Tuhan tiada bertepi,
sayang Tuhan janji Nya pasti,
tanpa kasih sayang Tuhan, tiada kasih tiada persaudaraan.
tanpa kasih sayang Tuhan, tiada bakti tiada kemaafan.

Alhamdulillah, dengan kasih sayang Nya kita masih hidup di dunia ini.

Jadi, dalam kesempatan ini saya dan sekeluarga mengucapkan " Salam Aidiladha " kpd saudara mara yang jauh di mata, sahabat-sahabat MmPm [06-10] SpM '10, sahabat-sahabat ~NUQLIUZ~ (banat only ^^,) dan semua kenalan.
mohon kemaafan atas segala kesilapan diri kami.

Alhamdulillah, Allah swt masih panjangkan umur kita hingga hari raya Aidiladha ini, hari yang mengajarkan kita erti pengorbanan. Namun, apakah pengorbanan yang telah kita lakukan sepanjang kehidupan ini?

Allahurobbi, saya tidak mahu berbicara panjang lebar, cukuplah gambar dan cerita pendek di bawah berbicara dengan kita semua. Selamat menghayati...



Seorang kanak-kanak duduk di luar dan dia menangis perlahan sehingga seorang lelaki yang tinggal di kawasan kejiranan yang sama bertanya, "Mengapa anda menangis sayang? ".

Kanak-kanak itu menjawab, "Saya telah makan roti berkulat selama dua minggu. Saya mahu makan Syawarma (sejenis kebab popular arab). Saya sudah tidak memakan makanan itu selama setahun"


~ Gambar dan cerita ini dari page Tangisan Syria di Bumi Jordan ~


: Semoga esok, kita tidak terlalu bergelak ketawa meraikan Aidiladha.
: Semoga esok, kita tidak terlalu 'tamak' tika menjamu selera.
: Ingatlah... saat kita dihidangkan pelbagai makanan, nun di jauh sana ada insan yang sedang kelaparan bertahun-tahun lamanya dan terpaksa 'menelan' makanan basi...
: Hargailah setiap rezeki kurniaan-Nya...
Allahurobbi.... sayu hati ini... Moga kita semua dibukakan mata hati dan iman. allahumma aamiin.

Salam Aidiladha, semoga hari raya ini lebih mengajarkan kita erti sebuah 'pengorbanan' utk kehidupan seterusnya. Moga mata kita lebih celik setelah membaca perkongsian di atas. allahumma aamiin.

Paling tidak, kita tanamkan dalam hati mahu membantu mereka yang lebih memerlukan. siapa tahu, kelak, detikan hati kita itu dibantu Ilahi untuk melaksanakannya. Tiada mustahil, pabila bertuhankan Allah swt Yang Maha Berkuasa.

:: Peringatan bersama terutama buat diri ini sendiri ::


Permata Alwalidaini...
Gombak
15102013


.

Sunday 13 October 2013

Hidayah dari Doa B.M ?


Bismillah...

Assalamualaikum wrm wrm diucapkan kepada sekalian bakal bidadari dan pemuda syurga... (aamiin)
Alhamdulillah, pada 8 Oktober 2013 saya dan sahabat-sahabat seperjuangan telah selesai menduduki final exam bagi semester 5 di kampus kami. Alhamdulillah. Syukur atas segala kurniaan-Nya sepanjang kami menghadapi imtihan. Doakan kami moga mendapat keputusan yang baik dan dipermudahkan segalanya sehingga tamat pengajian kami di sini. aamiin.

Kini dan saat post ini ditaip, saya sedang bersama usrati tercinta. ini bermakna sedang ber'honey moon' selama 3 minggu. Alhamdulillah, sahabat-sahabat yang jauh dari kampung halaman juga telah selamat tiba di kampung masing-masing. jika lihat di mukabuku, ada sahabat buat status, akhirnya rindu terlerai. Allahu... itulah perasaan menjadi anak perantau. Kalau dulu, saya tergolong dalam kalangan anak perantau juga, he tapi sekarang tak dah... walaupun tak jadi anak perantau dari keluarga, tetapi negeri serambi Mekah tu tetap di hati saya. Rindu sentiasa ada pada negeri tersebut. Moga rakyat-rakyat negeri kesayangan saya sentiasa berada dalam kasih sayang Allah swt ya. Allahumma aamiin.

Baik... Post untuk kali ini, saya tak mahu kongsi yang panjang-panjang. Walaupun hakikatnya sebelum ini saya telah sediakan satu cerpen untuk di post. Disebabkan terdetiknya hati nak post status mukabuku saya hari ini, jadi saya batalkan niat nak post cerpen tersebut. Tidak mengapa, cerpen itu akan saya post di kemudian hari ya.

Tentu suspen kan tengok tajuk post kali ini?

Walaubagaimanapun, ia tidak mustahil boleh berlaku bukan?

Haa, itulah kuasa 'senjata' kita ini, para mukmin ( orang-orang yang beriman ).

Tak percaya ia boleh berlaku...

Meh baca sikit perkongsian saya di muka buku petang tadi...

Moga bermanfaat. :)


Bismillah...

" Tiba-tiba petang ni teringat akan pesanan Ustaz Wan Mohd Noor selaku pensyarah DQ dan murobbi yang ajar Fiqh Mar'ah kt Dq.

Pesanan beliau khusus untuk kaum Adam:

" kalau kita dijemput untuk membaca doa di mana-mana majlis, bacalah doa dalam bahasa Melayu dan ambillah peluang itu untuk menegur mereka di situ dalam DOA kita. ustaz selalu buat macam tu, kalau orang besar jemput gi majlis kenduri anaknya, majlis tu mesti ada yang lagha nya. jadi time berdoalah ustaz baca doa-doa utk tegur mereka. Mulanya takut juga mereka tak jemput ust atau marah ustaz tapi rupanya tak. selepas tu, org tu jadi rapat dgn ustaz dan selalu ajak ustaz ke rumahnya lagi."

so, jom praktikkan diri berdoa dalam bahasa Melayu dan doa yg dari hati untuk menyentuh hati mad'u kita. 

sama-sama kita praktik~ allahumma solli a'la Muhammad ... 


Ya, itulah sedikit perkongsian saya hasil kutipan ilmu dari murobbi di kampus. 
Sengaja saya menyebarkannya di blog usang ini pula, agar makin berantai-rantai pahala untuk Ustaz Wan dan keluarga kerana kita sama-sama beramal dengan nasihatnya itu.

Tidak mustahil juga, bila kita sebar-sebarkannya lagi, kita juga akan mendapat pahala. allahumma aamiin.

Praktikkan diri kita untuk berdoa dalam dua bahasa iaitu bahasa Arab dan Melayu ya. Lebih-lebih lagi time selepas solat tu, elok benar nak sentuh hati-hati makmum kita dengan doa bahasa Melayu.

:: Jom Sebarkan dan amalkan ::

So... apa ditunggu lagi, jom kita sepakat sebar-sebarkan ilmu atau nasihat yang pernah kita dapat dalam mana-mana pengajian. :)

Jom sebarkan 'sinar' Ilahi... 
                                              Berdoalah perkara yang baik-baik sesama kita.

Uhibbukum fillah hatta jannah~ =)

    
Permata Alwalidaini
     Gombak
 13 Oktober 2013
 0117am