Assalamualaikum... selamat pagi semua :)
Pagi ini saya mahu post sambungan kedua cerpen Cinta Chocolate Moist.
Sesungguhnya saya mengharapkan respon dan komen daripada setiap pembaca. Selamat membaca.
Syukran kathera. :)
~ ~ ~ ~ ~
Huzaimy menatap wajah isterinya buat seketika
sebelum dia kembali bersuara. Senyuman terukir dibibirnya.
“ Hmm, kalau Fareha terus membisu, bagi abang lah
kek Fareha tu. Kek ni pun tak suka tau tengok orang tuu moody je pagi-pagi
macam ni. Meh lah abang tolong makan untuk Fareha.” Dia terus menyuakan sudu
yang mengandungi kek Fareha ke dalam mulutnya. Satu suapan demi satu suapan.
Laju! Sengaja mahu membuat Fareha terkejut besar! Dia tahu bahawa Fareha amat
marah jika kek kesukaannya dimakan oleh orang lain. Dia pernah diberitahu
perihal tersebut oleh mak mertuanya melalui kisah semasa Fareha masih kecil,
dia bergaduh dengan sepupunya yang tersalah makan kek miliknya. Begitu sekali
kecintaan Fareha terhadap kek coklat.
Cecair coklat yang bersisa di piring dicolek dan
disapukan pada pipi Fareha!
“Oit! Apa ni??” Fareha menyentuh pipinya. Matanya
memandang tajam ke arah Huzaimy.
“ Haa itulah. Kan dah merah muka tu menahan amarah.”
“Awak sengaja nak cari pasal dengan saya, kan? Bukan
ke awak dah tahu saya suka sangat kek ini?”
“Yes, I know it!” Balas Huzaimy dengan muka tak
bersalahnya.
“Habis tu kenapa awak buat macam ni kat saya?!” Mata
Fareha mula bergenang. Dia kembali teringat akan kenangan zaman kecilnya.
Kenangan pahit kerana dia bergaduh besar dengan sepupunya, Haiqal. Dia tahu
Haiqal suka mengusiknya dan sengaja berlakon tersalah makan kek miliknya,
disebabkan itu dia terlalu marah kepada Haiqal dan sesiapa sahaja yang makan kek
tanpa keizinannya.
Huzaimy menatap wajah lembut dihadapannya yang
tunduk memandang meja. Fareha mahu menyembunyikan kesedihannya. Rasa serba
salah menerpa dalam diri Huzaimy terhadap isterinya pencinta kek coklat Moist
itu.
Dia memandang sekilas ke kanannya sebelum memberikan
isyarat kepada waiter. Kemudian dia berdiri. Fareha langsung tidak
mengendahkannya! Jika Huzaimy mahu beredar pergi, dia tidak kisah malah lebih
menyukainya! Bolehlah dia melepaskan tangisannya nanti…
Kehadiran waiter itu diiringi alunan musik ‘Selamat
Hari Lahir’ dan dibawa bersama kek coklat yang lebih besar dari sebelumnya.
Aroma coklat yang disaluti pada kek menusuk hidung Fareha. Pantas Fareha
memandang kek yang diletakkan di hadapannya. Dia terkejut besar. Matanya
membulat!
“Sannah helwah ya zaujati!” Huzaimy berdiri di
belakang kerusi Fareha. Dia membisikkan sesuatu ke telinga Fareha.
“Abang sangat sayangkan Fareha, selamanya. Jangan
menangis ya. Abang dah gantikan kek yang abang makan tadi dengan kek baru ini.
Yang pasti, kek ini abang tak kan sentuh sedikit pun. Khas hanya untuk isteri abang
yang comel ini!” Dia kembali ke kerusinya sebelum mengeluarkan hadiah untuk
Fareha.
“Untuk Fareha, kekasih hati abang.” Dihulurkan
hadiah itu kepada Fareha yang sedang menahan sebak.
Sesekali Fareha memandang
ke kanan dan ke kiri melihat pelanggan-pelanggan lain. Terasa malu pula jika
mereka turut menyedari kejadian tadi. Marah kerana kek coklatnya dimakan oleh
suaminya! Err, kalau boleh, mahu sahaja dia katakana pada dunia, aku pencinta kek chocolate Moist, okey!
“ Emm, terima kasih tapi janganlah buat macam tadi
lagi. Saya malu kalau orang lain nampak saya marah tadi…”
Huzaimy tersenyum. Bahagia melihat isterinya
sebegitu meskipun dia tahu cinta untuknya
belum berbunga di hati Fareha. Dia akan bersabar menanti cinta terindah
daripada insan istimewa dalam hidupnya itu.
“ Abang akan setia mencintaimu, Fareha… gadis
lembut, penenang jiwa abang.”
Fareha akhirnya tewas. Senyuman lebar menghiasi
wajahnya yang indah mata memandang itu. Kecantikan dan kecomelan wajahnya makin
terserlah apabila tersenyum.
.
~
~ ~ ~ ~
Syair-syair
cinta ini tercipta atas nama-Mu Ya Rabbi…
Ingin
hatiku bingkaikan cinta ini…
dalam
hiasan redha Mu Ilahi…
moga
kan terus mewangi hingga syurga Firdausi…
Di kedinginan malam itu, Fareha melukis gambarnya
dan suami bersama puisi cinta buat pendamping dirinya, Zul Huzaimy. Dia amat
gemar melukis dan mencipta puisi seandainya terasa sunyi lantaran sering
bersendirian di mahligai dunia itu.
“
Kan ku terus belajar mencintai dirimu hingga syurga. Insya-Allah…”
Nota pendek itu ditulis pada bawah lukisannya. Dia
tidak berhajat mahu menunjukkan lukisan itu kepada suaminya saat ini. Biarlah
semua hasil lukisan dan puisi ciptaannya dikumpulkan terlebih dahulu. Dia lebih
suka sedemikian. Suka membuat sesuatu dalam diam dan juga belajar mencintai
suaminya itu dalam diam.
Mencintai suami dalam diam?
Mengapa harus dalam diam, sedangkan sudah halal
untuk mencintai suami secara terang?
Insan sekeliling tidak akan memahami seandainya
tidak pernah dikhabarkan kisah kehidupan Fareha…
Titisan air matanya mengalir lagi. Ya, itulah yang
sering terjadi sejurus sahaja dia usai mencoretkan sesuatu buat sang suami
tercinta… Menangis.
Perlahan-lahan tangan gadisnya menyeka airmata yang
mengalir di pipi. “ Kau harus kuat, Fareha! Jangan lemah dan menangis sebegini!
Kini, kau wajib mengutip bunga-bunga cinta untuk dipersembahkan kepada suami
mu!” Dia cuba memujuk diri. Senyuman mula terukir kembali.
“Ya! Aku wajib kuat! Wajib! Aku mesti yakin dengan
ketentuan-Nya bahawa semua yang terjadi adalah aturan terbaik dari-Nya untuk aku!”
Dia menggempalkan tangan kirinya! Lalu ditutup buku dan kertas lukisan di
hadapannya. Disimpan kembali di ‘tempat rahsia’.
Dia membaringkan diri di atas katil bujang
beralaskan cadar berwarna pink. Dia lebih suka tidur di katil bujang walaupun
sudah bergelar isteri. Apatah lagi, dia sering kali bersendirian di rumah.
Huzaimy juga memahami dirinya dan memberinya ruang waktu untuk menyesuaikan
diri. Kadang kala sahaja dia akan menemani suaminya.
“ Dia sangat memahami aku. Dia sangat caring akan
diriku. Dia sangat prihatin padaku. Dia sangat…”
“Tapi aku terasa sunyi…”
Dia tidak mampu meneruskan bicaranya. Airmata
mengalir lagi… Tubuhnya dipusingkan ke kanan menghadap gambar pernikahannya
dengan Huzaimy. Lama mata bulat Fareha menatap wajah Huzaimy yang dihiasi
senyuman lebar. Senyuman bahagia! Sedangkan dirinya tika itu… senyum sekadar
memenuhi keperluan… senyum untuk membahagiakan insane-insan sekelilingnya.
“Allahuakbar… nikmat mana lagi ingin aku dustakan
sedangkan sudah Kau bentangkan dihadapan mataku kini…”
Lantas dia bangkit dari pembaringan, membatalkan
hajat untuk dibuai lena. Dia mahu menggantikannya dengan bersujud pada Yang Maha
Berkuasa. Mahu mencari ketenangan di sejadah cinta-Nya.
Namun, belum sempat dia melangkah masuk dalam bilik
air, telefon bimbitnya berdering nyaring.
Dia melangkah perlahan ke meja solek. Melihatkan
nama dan gambar si pemanggil yang terpapar di skrin telefon, membuat dirinya
sedikit terkejut. Dia jadi teragak-agak mahu menjawab panggilan itu.
Sehinggalah panggilan pertama ditamatkan.
Tidak sampai lima minit, telefon berdering lagi.
Panggilan kedua. Orang yang sama.
Huzaimy
calling…
Bismillah… dia menekan punat hijau.
“Assalamualaikum Fareha, sudah tidur ke?” Perlahan
sahaja kedengaran suara di hujung talian.
Membisu. Sengaja. Dia cuma berusaha untuk
menyembunyikan tangisan sebentar tadi. Dibimbangi Huzaimy dapat mengesannya
jika dia bersuara.
“Fareha… abang mengganggu Fareha ke? Maaf ya tapi
abang teringatkan Fareha. Tidak mengapalah jika Fareha tidak mengingati abang
sekalipun. Abang faham… abang cuma ingin Fareha tahu yang abang sentiasa
rindukan Fareha. Sabar ya sayang kerana kita terpaksa berjauhan untuk seketika.
Insya-Allah, tidak lama lagi abang akan sentiasa ada di sisi Fareha walaupun
waktu itu Fareha belum mencintai abang. Insya-Allah, abang amat yakin, cinta
Fareha akan hadir untuk abang kelak. Aamiin. Jaga diri ya.”
“Terima kasih kerana memahami… Fareha minta maaf
atas segala kekurangan diri Fareha.”
“Sama-sama. Tidak mengapa Fareha, abang akan terus
memahami Fareha selagi abang diberi ruang waktu untuk mendampingi Fareha. Usah
minta maaf ya. Fareha tidak membuat salah pun dengan abang. Fareha sedang buat
apa? Belum tidur ke?”
“ Em baru nak ambil wuduk tadi. Ingat nak solat.”
Balasnya ringkas. Kalau diikutkan hati, mahu sahaja meluahkan apa yang terbuku
di sanubari. Rindu! Tetapi dia belum bersedia meluahkannya.
“Subhana-Allah, bagusnya isteri abang. Solehah!
Baik, nanti abang nak solat jugak lah. Jangan lupa doakan untuk kita ya. Doakan
mahligai kita ini. Kalau macam tu, abang undur diri dulu ya. Esok abang akan
jemput Fareha ke office. Insya-Allah. Jaga diri ya sayang. Moga mimpi indah
permaisuri hati abang. Akan terus abang menanti dirimu mencintai abang.
Assalamualaikum.”
Allahuakbar… Allahuakbar… Allahuakbar… begitu
setianya Huzaimy dalam mencintainya. Manakala dia masih berusaha menyemai rasa
cinta buat Huazaimy. Sabarlah menanti waktu untuk ia dipetik nanti.
Insya-Allah.
~
~ ~ ~ ~
Mengimbas kembali kehidupannya setahun lalu…
Petang itu Fareha terpaksa pulang sendiri ke rumah
kerana ayahnya mempunyai urusan perniagaan. Dia tiba di rumah jam 6.30 petang
disambut oleh ibu dan kakaknya.
“Fareha, dah makan ke? Hari ini kakak bawa kek lapis
Sarawak untuk Fareha.” Kata kakak sulung Fareha, Fathiah yang baru sahaja
pulang dari berbulan madu di Sarawak.
“Waa, mesti sedap kan. Nak! Nak! Mana kek tu? Jom
kita makan bersama.” Balas Fareha penuh keterujaan sejurus dia meletakkan
barangnya di atas sofa. Ibu tersenyum melihat gelagatnya teruja untuk makan
kek.
“ Tak apa, Fareha duduk saja kat sofa ni ya. Biar
kakak yang tolong hidangkan kek itu. Fareha pun mesti penat, kan?”
Laju sekali Fareha mengangguk sambil tersengih. Dia
mengambil tempat di sisi ibu. Lengan ibu dipeluk erat dan kepala diletokkan di
bahu ibu. Anak dara yang manja, itulah Fareha.
“Fareha penat ya. Pukul berapa habis kelas tadi?”
ibu mula bersuara sambil membelai rambut Fareha.
“Penat tu memang penat juga tapi biasalah dalam
menuntut ilmu kan ibu. Perlukan banyak kekuatan dan pengorbanan. Biarlah Fareha
penat sekarang, ibu. Jadi, ibu kena sentiasa doakan Fareha tau, agar Fareha
anak ibu yang manja ini sentiasa qowiey!” Fareha tersengih sebelum menyambung
kembali bicaranya.
“ Hmm… tadi pukul 5 petang habis kelas tapi ada
urusan pula dengan seseorang. Itu yang jadi lambat sikit Fareha pulang ke rumah
hari ni.”
Ibu menoleh ke arah Fareha. Pelik. “Seseorang?”
Fareha mengangguk dan senyumannya terus mati apabila
teringat kembali kejadian di kampus tadi.
“Ibu jangan risau ya. Biasalah pelajar laki kat
kampus tu. Ada sorang tu masih tak henti-henti kacau Fareha. Jadi tadi Ustaz
Fakhrul mengajak Fareha membuat perbincangan antara Fareha dan lelaki tersebut
untuk menyelesaikan masalah ini. Fareha ditemani Aisya, kami berbincang di bilik
ustaz. Rupanya kan ibu…” Dia sengaja menghentikan katanya mahu membuat ibu
suspen.
“Rupanya apa sayang??”
Dia tersengih! Suka mengusik ibu! Dia melepaskan
pelukan pada lengan ibu kemudian duduk bersila di atas sofa itu. Bersedia untuk
menyambung ceritanya.
“Rupanya lelaki tu sangkakan Fareha ni bekas
tunangnya yang telah meninggal dunia. Katanya Fareha amat iras dengan arwah.
Dia selalu menegur Fareha secara depan-depan kerana dia mahu Fareha menjadi
kekasihnya. Dia tidak pernah henti mengorat Fareha,bu. Hampir setiap hari menghantar
chat, mesej dan surat kepada Fareha. Kalau ibu nak tahu, dia juga pembaca setia
blog Fareha, bu… seram kan ibu?”
“Allahuakbar. Iyeke Fareha? Kasihannya kat lelaki
itu. Mungkin dia terlalu mencintai tunangnya sebelum ini. Hm, seram juga
apabila anak ibu ni mempunyai secret admirer. Jaga diri baik-baik ya selepas
ini. Jaga akhlak dan pergaulan terutama apabila berada di khalayak ramai. Kaum adam
ini mudah tertarik kepada wanita yang bersifat lemah lembut dan ceria macam
anak ibu ni.”
“Errr… anak ibu ni lemah lembut ke?” Fareha
menggaru-garu kepala yang tidak gatal. Fakta ke auta ni?
“Dah ibu. Jangan dipuji lebih-lebih nanti makin
kembang hidung Fareha, bu. Hehe.” Sampuk kakak yang muncul dari dapur bersama
dulang berisi minuman dan kek lapis. Fareha tersegih seperti kambing.
‘Lemah lembut? Ceria? Iyeke??’
No komen!
~
~ ~ ~ ~
Setelah usai menunaikan solat, dia mengisi masa
kosongnya dengan melayari laman sosial. Seperti selalu, perkara pertama yang akan
lakukan ialah membuka emel kerana dia sentiasa menanti emel daripada seseorang.
Insan itu amat jauh dari matanya. Insan yang selalu dirinduinya.
Dia mengukirkan senyuman tatkala melihat dua emel
diterima daripada si dia. Tanpa membuang masa, dia terus membuka emel tersebut.
Emel pertama diterima dua hari yang lalu dan emel kedua diterima petang tadi.
Emel pertama dibaca terlebih dahulu.
Dia gembira dengan perkongsian daripada tunangnya
itu, Faizal. Alhamdulillah, prestasi pengajian Faizal di England semakin baik
dan mendapat anugerah kecemerlangan dari pihak universiti. Dia tumpang bahagia
dengan kejayaan Faizal. Turut dikongsikan oleh Faizal juga ialah pengembaraan
semasa sesi jelajah negara tersebut bersama para pelajar Malaysia di sana.
Gambar-gambar menceritakan segalanya, jelas terpancar kegembiraan dan
keseronokan Faizal. Fareha merasa bahagia bersama. Doanya semoga ikatan mereka
berkekalan selamanya kerana mereka saling mengenali sejak zaman sekolah rendah
lagi. tidak mahu dia sia-siakan perkenalan yang telah dibina sejak dahulu. Dia
sangat menyayangi Faizal.
Kini, emel kedua pula dibaca…
Sedikit demi sedikit riak wajahnya berubah dan
akhirnya senyuman yang menghiasi wajah mulai ‘hilang’. Tidak semena-mena juga
mutiara jernihnya mengalir laju di pipi. Dia tidak mampu untuk terus membaca
emel yang diberikan oleh Faizal itu… tiada dayanya lagi andai itulah keputusan
Faizal.
“Fareha, maafkan Faizal kerana tak dapat nak
teruskan perhubungan kita. Jangan ditanya mengapa keputusan ini diambil oleh
Faizal. Fareha lebih mengetahuinya… Fareha fikirkanlah sendiri… walaupun kita
jauh, tapi Faizal tahu cerita-cerita di kampus Fareha! Tak sangka Fareha
bermain cinta dengan lelaki lain! Sudahlah Fareha! Mulai detik ini, kita putus!
Jangan hubungi Faizal lagi. assalamualaikum.”
Allahurobii… Fareha terasa seperti batu besar telah menghempap
dirinya. Bagai dia dilambung ombak tinggi. Tiada berdaya dia mahu memaut
dimana-mana untuk selamatkan diri dari ujian tersebut. Allahu, fitnah apa pula
yang Faizal terima?? Faizal langsung tidak memberinya peluang untuk menjelaskan
segalanya… Semua itu fitnah dan salah faham!
Dia tidak pernah menduakan Faizal walau sekali!
Tidak pernah! Dia sangat menyayangi Faizal semenjak Faizal melamar dirinya.
Bermula detik itu jualah, dia tekad mahu memperbaiki diri menjadi wanita yang
lebih baik. Dia mahu menjadi isteri yang terindah di mata Faizal kelak…
Tetapi mengapa semua ini harus terjadi? Mengapa
harus begini? Mengapa Faizal langsung tidak membuka ruang untuknya bersuara dan
mempertahankan hubungan mereka? Mengapa? Haruskah dia relakan semua ini
berakhir sebegini?
Disebabkan terlalu sakit dan terseksa dengan ujian
itu, akhirnya dia gugur di lantai kamarnya!
~
~ ~ ~ ~
Esakan tangisan kedengaran sayup-sayup berdekatan
dengan dirinya. Saat itu, tubuhnya terasa sangat lemah… hanya mata mampu cuba
dibuka secara perlahan-lahan. Dia melihat kakak dan ibu berada disisinya.
Mereka turut menangis…
“Fareha, anak ibu… Alhamdulillah Fareha dah sedarkan
diri. Fareha, ibu rindukan Fareha…” Ibu menggenggam erat tangan kanan Fareha.
“Ya adikku. Fareha mesti kuat ya. Kami semua
sayangkan Fareha…” Kata kakaknya sambil meyapu air matanya.
Dia tidak bisa melihat insan dihadapan mereka
menangis. Biarlah dirinya sahaja yang merasai kesakitan itu! Biarlah dia sahaja
yang menanggung derita itu!
Perlahan-lahan dia menutup kembali matanya… dan
airmatanya mengalir…
‘Beriku ketenangan Ya Rabb… beriku kekuatan Ya
Ilahi…’ Dia bermohon kepada Penciptanya dalam sanubari. Hanya Dia yang boleh
memberinya kekuatan saat ini. Hanya Dia tempatnya menggantungkan harapan. Dia
sengaja memejamkan mata kerana mahukan sebuah ketenangan dari Ilahi. Tidak lama
kemudian, dia dibuai ‘tidur’ yang lena selama tiga hari di hospital tersebut.
~bersambung~
kuatkan Fareha menghadapi ujian itu??
bagaimana pula Fareha bertemu dengan Zul Huzaimy??
nantikan sambungan seterusnya... InsyaAllah. :)
:: Permata Alwalidaini ::
No comments:
Post a Comment