Friday 11 March 2016

Kunci ke Syurga



Bismillahirrahmanirrahim...

Kerna Dia Permataku 🌹

Beberapa hari sebelum majlis akad nikah berlangsung, seorang bapa memanggil bakal menantunya. Mereka berborak santai di petang hari.

Bapa : Betul kamu sayang anak pak cik?

Pemuda : Ya pak cik. Saya sayangkan dia.

Bapa : Kamu boleh janji dengan pak cik kamu akan jaga dia dengan baik?

Pemuda : InsyaAllah pak cik. Apabila terlafaz ijab dan qabul, Dia adalah amanah saya. Saya akan jaga dia sebaiknya.

Bapa menepuk bahu pemuda itu sambil tersenyum.

Bapa : Alhamdulillah, mudahan. Dia permata dalam hidup pak cik dan maknya. Maka jagalah dia seperti pak cik jaganya sebagai permata.

Moga dengan kamu nanti kilauan permatanya lebih terserlah. Agamanya, imannya, akhlaknya.
Terima kasih sudi terima dirinya. Terima kasih juga sudi bantu dan meneruskan penjagaan pak cik ke atasnya.

Jika pak cik dah takda, jaga dia elok-elok naa.. kerna dia permata pak cik. Berharga dalam hidup pak cik.

Pak cik percayakan kamu.

Selepas ini, kamu adalah kunci untuknya ke Syurga Allah.

Didiklah dia, sayanginya dan tuntunilah dia dengan mencontohi Rasulullah.😥


 Nukilan Jumaat Barakah :
Umie Balqis 🌹

110316