Wednesday 9 July 2014

Mujahid Kecil !




Bismillahirahmanirrahim...

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang...


10 Ramadhan bersamaan 9 Julai 2014, hari Rabu...

Allah, kita digemparkan dengan khabar berita serangan dari Zionis laknatullah terhadap bumi Gaza!

Semalam, sepulang dari berniaga di bazaar Ramadhan dan berbuka dengan makanan ringan di sana, saya bersama ayah sedang mengalas perut sambil menonton berita di televisyen.

Tergamam saya sejenak apabila melihat kaum Hawa Palestin menangis dan meraung kerana kehilangan insan tersayang.

Paling membuat saya hampir mengalir airmata, apabila melihat keberanian dan kelantangan mereka berdepan dengan tentera Zionis yang kejam sambil melaungkan ALLAHUAKBAR !

ALLAH... ALLAH... ALLAH...

Saya malu dengan kaum Hawa di Gaza sana kerana mereka wanita yang amat berani di dunia ini!!!

Mereka lemah diluarannya namun KUAT dan BERANI dalamannya!

Mereka sanggup mati untuk Islam.

Malulah wahai muslimah dan wanita di 'negara aman' ini!

Kita belum diuji sedemikian.

Pernah saya terbayangkan, tika saya sedang syok menaip ini tiba-tiba sahaja roket musuh Islam membelah jendela kamar dari arah belakang saya!

ALLAH !!!

:'( Takut bila membayangkannya...

Baik. saya tidak mahu menulis panjang.

Tujuan asal perkongsian kali ini adalah untuk berkongsi puisi saya yang tidak seberapa.

Melaluinya saya cuba menyampaikan suara-suara dari pejuang kecil di Gaza. Barangkali itulah yang mereka rasa dan tak mustahil lebih dari itu lagi!



Bismillah...


Suara si pejuang kecil!




Kakak abangku,
Aku disini tak minta kau datang ke sini, mperjuangkan Islam. Sebagaimana yg diperjuangkan ibu ayah dan saudara ku.


Kakak abangku,
Cukuplah doa yg berterusan kau perjuangkan utk kami!
Sekecil itu sahaja permintaanku duhai kakak abangku!

Kakak abangku,
Aku hilang kaki,
Hilang tangan,
Hilang ibu ayah,
Tiada lagi 'harta berharga' ditinggalkan untukku kini,
Melainkan AGAMA ISLAM ku yg satu ini!






Allah!
Kakak abangku,
Andai kau tak sayangkan aku,
Cukuplah kau tembakan doa tanda kau masih sayang pada ISLAM !

Kakak abangku,
Harus kau ingat,

aku disini bukanlah menanti rombongan juangmu,
Tapi aku menunggu Islam menang!!!

#ALLAH!#


We pray for you every day, insyaAllah ya jannatul aulad! ( anak-anak syurga)



          Seandainya kita bisa mendengar jeritan kesakitan adik ini.... ='(
           " kakak... abang... sakit!! Pedih jasad ini ! Tolong aku, kakak abang... tolong sapukan darah ini... Aku sakit!!!


Ini senarai nama martyrs atau yang syahid bertemu bidadari syurga mereka. Allahurabbi...
anda nampak apa yang saya nampak??

Kebanyakkan mereka masih muda, berusia awal 20-an...
Sudah syahid dengan jiwa bahagia.

Saya dan kita?
Bagaimana pula kesudahannya?!

Ayuh! Kita sama-sama kumpul bekalan menuju Allah swt.

: Gambar-gambar ini sumber dari page Aman Palestin :

Allah, ampuni dosa kami sekalian rakyat Malaysia Ya Rabbana.. aamiin.!!




Nukilan jiwa : Umie Balqis

#GombakGaza#

Tuesday 8 July 2014

Bangkit Berubah Untuk Islam!



Bismillahirahmanirrahim...

Assalamualaikum wrm wbt sebagai pembuka bicara perkongsian kali ini.

Sebelum itu, saya mahu mengucapkan Salam Ramadhan kepada sekalian pembaca, biarpun sudah masuk minggu kedua kita di 'bulan pahala' ini.

Bersamalah kita hadirkan rasa cinta dan keinginan yang membuak untuk beramal di bulan Ramadhan Kareem (mulia) ini.


~ ~ ~ ~ ~

Dunia dan manusia takkan mudah untuk dipisahkan.

Setuju?

Apatah lagi bagi manusia yang sememangnya telah taksub dengan dunia.

Maaf, jika bahasa sedikit kasar.

~ ~ ~ ~ ~


Saya mahu melafazkan rasa syukur yang teramat kepada Allah swt Yang Maha Pemurah kerana telah memenuhi keinginan hati saya.

Jujur, terus terang saya katakan, beberapa hari sebelum Ramadhan menyapa, jiwa sangat dahagakan tarbiah.

Jiwa merengek-rengek minta saya pii lah cari tarbiah sebelum makin hanyut dengan dunia!

Hingga satu saat, saya TERcerita tentang itu kepada mantan timbalan pengerusi Persatuan Anak Kelantan di Darul Quran, ukhti Samihah.

*Ukhti pernah meminjamkan pundaknya satu masa dahulu, tika saya terlalu sakit menahan ujian-ujian dalam kepimpinan.

Masih ingat, teresak-esak saya menangis di bahu Ukhti dan tidak lagi dihiraukan insan sekeliling dalam kegelapan malam itu.

Allah, satu kenangan apabila berada dalam kepimpinan, kita akan diuji hebat dari pelbagai penjuru!*selingan*

Takdir Allah swt...

Whatsapp 'mengetuk' handphone saya menyampaikan satu program tarbawi yang akan berlangsung selama tiga hari.

Tanpa berfikir dua kali, saya memutuskan untuk menyertainya!

Allahuakbar.

Lihatlah teman, betapa Allah swt Maha Mengetahui segala keinginan hamba-Nya kan...

Saya amat bersyukur kerana diberikan 'hadiah' itu oleh Rabb.

Alf Alhamdulillah sekali lagi dipanjatkan kepada-Nya kerana banyak ilmu baru dan pencerahan ditimba di sana.Terutama berkaitan dakwah!

Perkongsian dari Sheikh Muhammad Ahmad amat berkesan di hati.
Ini antaranya.

"Dahulu, peperangan disembunyikan.
Sekarang, permusuhan berlaku secara terang-terangan terhadap agama ini.
ISLAM dalam BAHAYA!
ISLAM dalam BAHAYA!"

Alhamdulillah! Rentetan dari program itu juga, mata saya mula dicelikkan tentang perjalanan dakwah yang harus dilakukan oleh insan bergelar Muslim.

Allah! Inilah yang saya mahukan selama ini!


Baik, berbalik kepada tentang dunia dan manusia tadi.

Al-kisahnya bertitik tolak selepas mengikuti program tarbawi tersebut dan kesinambungannya begini...

Tadi hajat hati mahu tidur awal kerana mahu bangkit semula untuk menulis disamping 'bercinta' dengan-Nya. Ini kerana, waktu dipertengahan malam adalah masa yang terbaik untuk menulis. *seperti sekarang ini*

Tapi, nak jadi cerita... Mata ini tak boleh dilelapkan! So saya buka Youtube nak tengok video lagu Gelombang Keadilan.

Rindu amat!

*sebenarnya video itu dah simpan dalam handphone, tapi terdelete beberapa hari lalu. Saya sedih ok! sebab sekarang ni selalu rasa rindu nak tonton video itu yang telah membangkitkan semangat!*

Kemudian, berterusanlah saya menonton video-video lagu perjuangan.

Bermulalah sebuah 'perjalanan hati'...

Sungguh, saya suka menonton video lagu sedemikian yang memaparkan penderitaan dan peperangan di Palestin, Syria dan Mesir.

Ini kerana ia telah membuat mata saya berkaca-kaca, begitu jua hati saya!

Allahurabbi!

Saya juga turut menonton video lagu Maher Zain bertajuk Love Will Praveil.

SubhanaAllah. Permulaan video ini sangat mendebarkan!
*Nanti teman sekalian, tonton ya*

Disitulah saya mula rasa malu dengan diri! Rasa sedih dan kecewa amat dengan diri ini!

Kenapa?

Sebab melihatkan lakonan semula dalam video itu membuatkan saya bertanya pada diri, apa yang aku dah buat kat sini untuk mereka?!

Wajah si anak kecil itu jelas menunjukkan kesengsaraan dan ketakutan yang dialami di alam realiti.

Astaghfirullah'hal azim!

Saya merasakan betapa saya sedang hanyut dengan permainan dunia!!

Sedangkan saudara saya di sana sedang berjuang untuk Islam.

Paling saya terkesan dengan lirik lagu tersebut ialah,

"they forget how to smile"

Allah... Allah... Allah...

Ya! Saya setuju dengan lirik tersebut. Tidak mustahil jika saudara-saudara kita terutama si anak kecil, boleh lupa bagaimana mahu mengukirkan senyuman. Ini semua gara-gara kekejaman Israel laknatullah yang menghimpit mereka!

Langsung tidak berperikemanusiaan kerana tegar mereka membunuh anak-anak kecil yang tak berdosa!!!

Tadi juga, saya sangat terkesan dan MALU, apabila melihat satu video ini yang memaparkan, satu barisan si anak kecil dan bersenjata bersalaman dengan para pejuang Islam.

Mereka, si pejuang kecil dan dewasa itu lengkap memakai pakaian seragam tentera dan bersenjata!

Melihatkan itu, seolah-olah para pejuang kecil itu sedang 'touch in' semangat juang dari pejuang dewasa.

ALLAH! Malunya diri ini dengan anak kecil itu!

Mereka lahir ke dunia dengan sifat berani yang tinggi lantaran sudah lali dengan suapan peperangan saban hari!

SERIUS MALU!!!




Bermula detik itulah, betapa saya berkeinginan mahu membuang cinta dunia yang bertapak di hati ini secepatnya!

Seandainya kita bisa buang dunia dari hati semudah membuang sampah ke dalam tong sampah, kan bagus kan??

Harap pembaca budiman sekalian, sudi berkongsi tips dan nasihat untuk membuang hubb addunya ini ya dan mendoakan saya.

Moga Allah swt tunjukkan jalannya kepada kita bersama. allahumma aamiin.


Satu lagi, sejak siang tadi juga saya cuba koreksi diri dan cara penulisan saya.

Hmm... saya rasa semuanya jenis 'layu' !

Layu?

Maksudnya?

'Layu' disini yang saya maksudkan ialah jenis lembik-lembik belaka!!!

Betul tak?

Haha. kan?

Sampai bila nak 'layu' sebegini seiring dengan dunia!

Dunia dah lah makin layu, lepastu saya pun nak' layu' jugak??

Habislah lepas ni...!!

Pleaselah balqis!!!

Sampai bila nak begini?

Tak mahu lakukan satu perubahan?!

Teman sekalian,

sebenarnya, rasa takut kepada kematian sering kali singgah di fikiran saya.

Hingga membuatkan saya terfikir sendiri " apa je yang aku dah lakukan sebagai bekalan bertemu Allah?"

ALLAH! Lagi bertambah takut memikirkan itu!

TAKUT kembali kepada Dia dengan tangan kosong! :'(

Menyesal tak sudah nanti! Nauzubillah min zalik!

Saya mula sedar, kita harus lakukan perubahan!

Kita generasi muda inilah. Siapa lagi?

Tapi itu lah, betapa sayangnya, ramai lagi generasi muda yang hanyut dengan dunia.

SERIUS! Sedih!

Kita jangan hanya berkata-kata, tapi laksanakannya!

Doakan saya dan teman seperjuangan untuk perancangan kembara Ramadhan kami.

Hm, ini antara langkah pertama saya untuk mendekati dan menyelami jiwa masyarakat.

Doakan. Saya mahu mula belajar mendekati masyarakat. Insya-Allah.

Ini hanyalah usaha pertama dan barangkali teramat kecil disisi-Nya. Moga Allah redha dan permudahkan semuanya. aamiin.

Berkaitan mengikiskan rasa cintakan dunia dalam diri, insyaAllah mahu mendapatkan nasihat dari murobbi.

Allah, sungguh! Mengharapkan Dia bantu hamba-Nya ini untuk membuang segala rasa cinta yang bersangkut paut dengan DUNIA FANA ini.

Yuk, doa sama-sama.

Bismillah...

" Ya Allah, Engkau yang memegang hati-hati kami. Engkau jualah yang menyentuh dan memberi hidayah dalam hati kami. Ya Rabb, di saat ini kami sedar, kami perlu lakukan perubahan dalam diri dan mengurangkan kecintaan pada dunia. Justeru, bantulah kami YA Ilahi, bantu kami untuk mengikis sedikit demi sedikit hubb addunya ini sehingga kami tidak lagi merasakan dunia ini indah. Melainkan digantikan kecintaan pada akhirat dan syurga yang ABADI!

Tolong Ya Allah, tolong kami...
Hanya kepada-Mu tempat kami meminta Ya Ghafar...
Tunjukkan kami jalan dan petunjuknya. Kuatkan kami untuk istiqamah dalam perubahan ini. Jauhi kami dari sekadar berkata-kata. Bantulah kami untuk merealisasikannya! TOLONG YA ALLAH !"

allahumma aamiin.*jangan lupa reramai aamiinkan!*


Jom sahabat! Sama-sama kita melakukan perubahan dalam diri untuk Allah dan Islam.
Insya-Allah!


Baik, sampai disini sahaja rasanya perkongsian kali ini.

Sama-sama kita saling ingat mengingatkan ya.

Jika saya salah, tolong tegur ya.

Jangan biarkan saya hanyut dengan dunia.

Akhirul kalam, selamat menjalani ibadah puasa. Semoga keimanan kita lebih meningkat dan melakukan perubahan menjadi hamba Rabbani. aamiin.

Jaga diri baik-baik ya .

Assalamualaikum... :)


                                B.B.U.I !!
                                (Bangkit Berubah Untuk Islam)


Umie Balqis
Gombak
080714
0359am