Wednesday 9 July 2014

Mujahid Kecil !




Bismillahirahmanirrahim...

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang...


10 Ramadhan bersamaan 9 Julai 2014, hari Rabu...

Allah, kita digemparkan dengan khabar berita serangan dari Zionis laknatullah terhadap bumi Gaza!

Semalam, sepulang dari berniaga di bazaar Ramadhan dan berbuka dengan makanan ringan di sana, saya bersama ayah sedang mengalas perut sambil menonton berita di televisyen.

Tergamam saya sejenak apabila melihat kaum Hawa Palestin menangis dan meraung kerana kehilangan insan tersayang.

Paling membuat saya hampir mengalir airmata, apabila melihat keberanian dan kelantangan mereka berdepan dengan tentera Zionis yang kejam sambil melaungkan ALLAHUAKBAR !

ALLAH... ALLAH... ALLAH...

Saya malu dengan kaum Hawa di Gaza sana kerana mereka wanita yang amat berani di dunia ini!!!

Mereka lemah diluarannya namun KUAT dan BERANI dalamannya!

Mereka sanggup mati untuk Islam.

Malulah wahai muslimah dan wanita di 'negara aman' ini!

Kita belum diuji sedemikian.

Pernah saya terbayangkan, tika saya sedang syok menaip ini tiba-tiba sahaja roket musuh Islam membelah jendela kamar dari arah belakang saya!

ALLAH !!!

:'( Takut bila membayangkannya...

Baik. saya tidak mahu menulis panjang.

Tujuan asal perkongsian kali ini adalah untuk berkongsi puisi saya yang tidak seberapa.

Melaluinya saya cuba menyampaikan suara-suara dari pejuang kecil di Gaza. Barangkali itulah yang mereka rasa dan tak mustahil lebih dari itu lagi!



Bismillah...


Suara si pejuang kecil!




Kakak abangku,
Aku disini tak minta kau datang ke sini, mperjuangkan Islam. Sebagaimana yg diperjuangkan ibu ayah dan saudara ku.


Kakak abangku,
Cukuplah doa yg berterusan kau perjuangkan utk kami!
Sekecil itu sahaja permintaanku duhai kakak abangku!

Kakak abangku,
Aku hilang kaki,
Hilang tangan,
Hilang ibu ayah,
Tiada lagi 'harta berharga' ditinggalkan untukku kini,
Melainkan AGAMA ISLAM ku yg satu ini!






Allah!
Kakak abangku,
Andai kau tak sayangkan aku,
Cukuplah kau tembakan doa tanda kau masih sayang pada ISLAM !

Kakak abangku,
Harus kau ingat,

aku disini bukanlah menanti rombongan juangmu,
Tapi aku menunggu Islam menang!!!

#ALLAH!#


We pray for you every day, insyaAllah ya jannatul aulad! ( anak-anak syurga)



          Seandainya kita bisa mendengar jeritan kesakitan adik ini.... ='(
           " kakak... abang... sakit!! Pedih jasad ini ! Tolong aku, kakak abang... tolong sapukan darah ini... Aku sakit!!!


Ini senarai nama martyrs atau yang syahid bertemu bidadari syurga mereka. Allahurabbi...
anda nampak apa yang saya nampak??

Kebanyakkan mereka masih muda, berusia awal 20-an...
Sudah syahid dengan jiwa bahagia.

Saya dan kita?
Bagaimana pula kesudahannya?!

Ayuh! Kita sama-sama kumpul bekalan menuju Allah swt.

: Gambar-gambar ini sumber dari page Aman Palestin :

Allah, ampuni dosa kami sekalian rakyat Malaysia Ya Rabbana.. aamiin.!!




Nukilan jiwa : Umie Balqis

#GombakGaza#

No comments:

Post a Comment