Sunday 29 May 2016

SPECIAL GIFT! (BUKU WAKE UP!)



Bismillahirrahmanirrahim...

Apa khabar sahabat-sahabat yang dikasihi Allah swt? Mudah-mudahan sentiasa dalam naungan rahmat dan hidayah Allah swt ya. aamiin. :)

Minggu hadapan, jika dipanjangkan umur, kita akan menyambut ketibaan bulan Ramadhan al-Mubarak. Kan? Harapnya kita sempat menjalani ibadah puasa dengan keimanan tahun ini. Aamiin.

Sebenarnya, saya nak bagitahu sesuatu ni. Berita gembira kepada sesiapa yang masih berkira-kira nak beli ke idok buku WAKE UP ? Heh! hee.

Sekarang, saya nak ajak kengkawan, tak mau fikir banyak dan lama-lama lagi.

Sebab apa?!

Sebab ada special gift saya nak hadiahkan kepada kalian.

Bukan satu tapi... DUA! Dua special gift. Woww! InsyaAllah doakan ya. 

Ia adalah sebagai tanda penghargaan dari saya dan sempena meraikan Ramadhan kareem. Saya berhajat nak kasi 'something special' ini kepada SEMUA pembeli buku WAKE UP! sepanjang Ramadhan nanti. Biiznillah insyaAllah. =)

Ulang semula * SEMUA PEMBELI SEPANJANG BULAN RAMADHAN* =)

Mesti tertanya-tanya kan dan nak tahu apa yang special dalam buku ini nanti?! Meh la order dulu. Hadiah 'special' ini hanya untuk bulan Ramadhan saja tau.
Lagi cepat kengkawan order, lagi senang saya buat preparation. Dan paling penting, lagi cepatlah kengkawan tahu apakah yang 'special' tu! He~

Benda-benda special ni tak bestlah kalau dah bagitahu awal-awal, kan? InsyaAllah, hadiah special tu dalam proses pembikinan. Doakan tau.

Tunggu apa lagi, jom whatsapp segera, 019-3263293. Saya tunggu, eh silap... special gift ni tunggu untuk berada di tangan kengkawan. ;)


Haa, bagi yang tak tahu lagi pasal buku Wake Up ni, inilah dia 'wajah' Wake Up! Sebuah buku genre motivasi kehidupan. Nak tahu lebih lanjut dan feedback, boleh whatsapp atau lihat di fb saya ya. :)

Baik, itu sahaja untuk pengumuman special ini. Sempena Ramadhan bakal tiba, marilah kita banyakkan berdoa ya, moga Ramadhan kali ini membawa 1001 perubahan kebaikan kepada kita terutama iman dan akhlak kita. Allahumma aamiin.

*Nantikan artikel saya di tazkirah.net, bertajuk 5 Amalan Rasulullah Menjelang Ramadhan.* Mudahan kita dapat mencontohi dan beramal dengan amalan sunnah baginda. aamiin.



Salam Mahabbah.

~Umie Balqis~


Ukm
1111am
290516





Sunday 8 May 2016

Buku Wake Up!




Assalamualaikum wrm wbt.

Apa khabar kengkawan dan pembaca sekalian?

Diharapkan kita semua sentiasa dalam keadaan sihat walfiat. Jap, harap sihat jasmani dan juga rohani ye! :)

Alhamdulillah, dengan izin Allah swt kita masih bernafas sehingga hari ini kan, hingga bulan Mei ini.
MasyaAllah, dalam kesibukan kita dengan urusan dunia, harap kita tak lupa yang sebulan sahaja lagi 'tetamu mulia' bakal tiba.

Tetamu mulia yang saya maksudkan adalah Ramadhan Mubarak. Allahu. Mudah-mudahan bermula sekarang kita sudah merancang ibadah apa yang kita mahu tingkatkan sempena kehadiran Ramadhan.

Kalau tetamu nak datang rumah kita, punyalah kita hidang makanan sedap-sedap kan. Kemas rumah bukan main lagi. Ketibaan Hari Raya pun macam tu tetapi kehadiran Ramadhan tak pula kita sambut sebegitu.

Kenapa ek?

Jom recheck balik sebenarnya kita happy tak dengan bulan Ramadhan mulia dalam hidup kita selama ni? Kita menghargainya tak? Sedangkan kita dah tahu bulan itu hanya sekali setahun.... :)

Opss! Terlari topik dah ni. Maaf, maaf. hee.

Sebenarnya posting saya hari ini saya nak share dengan sekalian pengunjung blog saya ni. (Macam ramai jer pengunjung dia) hee.

Saya nak bagitahu, alhamdulillah dengan izin dan takdir Allah swt semalam buku WAKE UP! keluaran Nur El Hikmah Publisher telah dilancarkan di PBAKL 2016.

Alhamdulillah, syukur tak terhingga, dalam buku tersebut terdapat tulisan dhaif saya yang bertajuk 'Grab Pahala, Jom!'

Alhamdulillah, takdir Allah swt, PBAKL 2015 tahun lepas saya dijemput menghadiri pelancaran buku arwah Ammar iaitu buku Setelah Ammar Tinggalkan Kita' terbitan Karya Bestari, Karangkraf.

Tahun ini PBAKL 2016 ke pelancaran buku WAKE UP! pula. Kedua-dua buku tersebut ada sikit tulisan saya. Alhamdulillah. Mudahan para pembaca dapat manfaat darinya ya. aamiin.

Sedikit pengenalan tentang buku WAKE UP!, ini adalah buku genre motivasi kehidupan. Buku ini menggabungkan 7 orang penulis muda, antaranya adalah Aizuddin Hamid (penulis buku TAMAK PAHALA), Hazwani Helmi (adik Heliza Helmi) dan rakan-rakan penulis dari USIM dan UKM.



Haaa... nak tahu apa yang saya nukilkan dalam buku tersebut.

Jom baca petikannya!


Petikan tulisan saya, "Grab Pahala, Jom!"

📍📍📍📍📍

"Itu namanya ujian. Ujian nak beramal. Macam mana kita nak tambah amalan sunat lain kalau al-Quran pun masih rasa berat nak membacanya. Betul tak?"😊

📍📍📍📍📍

"Orang yang pandai ialah mereka yang telah terjaga sebelum meninggal dunia serta telah menyiapkan bekalan yang cukup sebelum melanjutkan perjalanan panjang di akhirat"

📍📍📍📍📍

"Bayangkan satu hari nanti, orang lain mengucapkan lafaz ini kepada kita.
Innalillahi wainna ilaihirojiun
Bersediakah kita?!😱"

📍📍📍📍📍

"Wake up lah! Sebelum kita wake up, jasad kita sudah berada dlm kubur!"


Haa tu antaranya. Saya menghasilkan tulisan diselitkan bersama kata-kata hikmah untuk mengindahkan lagi bahan bacaan insan dhaif ini.

Saya lebih memfokuskan kematian dan motivasi untuk kita 'terjah' jauh-jauh rasa malas dalam beramal dan beribadah.

Allah, saya pun bukanlah rajin tapi sekadar berkongsi mana yang boleh dikongsi. Pendek kata, dalam memotivasikan diri kita motivasikan orang lain jugak.
Haa gitulah lebih kurang ye.

Mengapa saya memilih untuk menulis tentang tu?

Sebab saya rasa tertarik nak ajak kita semua cepat-cepat grab pahala sebelum ajal menjemput!

Takut nanti dah meninggal dunia, emm tak sempat dah nak buat amalan soleh dan kumpul pahala. Sahabat-sahabat sayang, masa tu takda guna dah kita nak menyesal. Em.

Pendek kata, mula dari sekarang! Kumpul pahala! Jangan tangguh lagi!

Sesuai dengan tagline buku ini 'Kalau bukan sekarang, bila lagi?'

Jap, jap. Emm..
Jangan anggap apabila saya dan penulis lain menulis yang baik-baik, maka kami ni orang baik ya. Allahu. Kami tetap seorang manusia yang tak lepas dari melakukan dosa dan juga alpa. Kadang apa yang kami tulis adalah pengalaman hidup sendiri yang dirasakan baik untuk dikongsi dengan pembaca, Juga sebagai peringatan bersama.

Mana yang baik, kutiplah dan beramal. Mana yang buruk, lontar dan campak jejauh na. :)

Haa korang, siapa nak dapatkan buku ni cepat-cepat pi booth NUR EL HIKMAH, di dewan C booth no C1136. Esok last PBAKL tau.

Haa, sahabat-sahabat UKM nak order dengan saya pun boleh. InsyaAllah dalam masa terdekat stok sampai pada saya. :)
Boleh pm Facebook saya Umie Balqis Sanusi, atau whatsapp 019-3263293. InsyaAllah, kalau yang jauh-jauh, saya boleh poskan tapi ada cas postage ye kawan-kawan. Ngee.
InsyaAllah yang order dengan saya, akan saya selitkan kata-kata buat sekalian pembaca yang dikasihi Allah swt.

Jangan lupa dapatkan buku WAKE UP! 'Kalau bukan sekarang, bila lagi?'

Kutiplah sebanyak mungkin semangat baru dalam buku ini untuk memotivasikan diri kita yang sering dilanda taufan kemalasan dalam beramal. Bacalah. Mudahan dengan membaca buku ini Allah swt nilai sebagai salah satu usaha kita dalam memperbaiki diri menjadi hamba-Nya yang beriman. aamiin.

Mudahan selepas membaca buku ini akan 'wake up' lah jiwa-jiwa yang sedang dilanda kesedihan, kemurungan, kemalasan dan sebagainya lagi. Sama-sama kita bangkit dan mulakan langkah memperbaiki diri serta meningkatkan ibadah sunat kita ya. :)

Alhamdulillah, semua ini dari Allah swt. Saya harus malu untuk mendongak tinggi kerana saya siapa? Saya menulis dengan apa?
Dengan tangan dan jemari pemberian Allah swt.
Dengan laptop yang dibeli dari wang pemberian Allah swt.
Saya melihat pula dengan mata pemberian Allah swt.
Dan paling penting, saya dapat idea menulis kerana ILHAM kurniaan Tuhan Yang Maha Pemberi.

Maka, doakan saya supaya semakin tunduk kepada Rabb. Doakan saya. Doakan saya ya sahabat-sahabat dan saudara-saudara sekalian. Doakan juga buku kedua ini diterima Allah swt sebagai saham akhirat saya. aamiin.

"Moga semakin kau ke hadapan, semakin kau sujud pada Tuhan" -Umie Balqis Sanusi-

Hadza min fadli rabbi. Saya hanya wasilah menyampaikan dakwah peninggalan Rasulullah saw. allahumm solli ala Muhammad ya Rasulullah.

Baik, rasa sampai disini sahaja coretan saya kali ini. Jangan lupa hubungi saya untuk dapatkan buku WAKE UP! :)

Moga kalian sentiasa disayangi Allah swt. aamiin.


Assalamualaikum wrm wbt.





Ukm Bangi
080516
1232pm