Wednesday, 10 December 2014

Bye Jahiliyah !



Bismillahirrahmanirrahim...



Bila kesedaran muncul untuk kehidupan~


Tiga tahun lebih saya berhijrah untuk memperbaiki diri, menghijrahkan diri.

siang tadi, sedang berada dalam taman syurga, hati terdetik,

rasanya sudah tiba utk diri berhijrah ke step seterusnya.

masyaAllah, cantiknya aturan Allah swt. Dia memberikan sesuatu bertepatan dan bersesuaian dengan persediaan diri kita.

Allahuakbar.

teringat lagi, perbualan dengan sahabat zaman sekolah menengah, namanya Noorlini Zulkifli.

" Awak doakan saya dapat istiqamah pakai tudung labuh ya." itu kata-kata saya pada dia.

setelah tiga tahun saya di dunia diploma, alhamdulillah. Segala puji bagi Allah swt yang memberikan hidayah berperingkat-peringkat pada saya yang dahagakan bimbingan.

Allahurabbi

Indahnya hidayah, manisnya hijrah... akhirnya, bye bye jahiliyah... !

Ayuh berubah duhai bakal-bakal penghuni syurga.


takmahu kah kita bersama berpimpinan tangan ke syurga?

semoga tulisan insan dhaif ini bermakna untuk saya di akhirat kelak.

sebar-sebarkanlah ya.


~ ~ ~

Teringat kenangan di atas Bukit Broga, saya terpandangkan seorang rakan yang sedang menangkap gambar lalang.

'' Ambik gambar lalang?" Tanya saya sambil tersenyum.

jawabnya "Ya, nak cakap jangan jadi seperti lalang."

MasyaAllah. terbaikk.

tika dalam mujahadah, kita pasti akan diuji,

Ada masa kita akan goyah dan mungkin jua hampir hanyut bersama dengan suasana jahiliyah.

maka mahu kekal berdiri gagah, duduk rapat-rapat lah dengan Allah !

PASAKkan KEYAKINAN, PERGANTUNGAN dan KECINTAAN yang TERTINGGI pada Allah swt di jalan mujahadah.

sakit, perit, seksa macam sekalipun semasa berubah, cepat-cepatlah CARI ALLAH !

Allahuakbar.

Jom sama-sama kita say " Bye bye Jahiliyah." 

Manisnya berubah...


semoga Allah swt meredhai perkongsian ringkas ini.

moga ada hati-hati yang dicuit Allah utk berhijrah.

Maka, bersyukurlah buat mereka yang sememangnya dididik dengan ilmu agama sedari kecil lagi.

bersyukurlah kalian, kerana hari ini ramai hamba-Nya yang baru sahaja mahu meneguk ilmu agama, baru mengenali tarbiyah dan kehidupan di senja usia.

Salam Hijrah.

Semoga sempat kita memperindahkan diri sebelum bertemu DIA yang cukup INDAH.



:: Hamba-Nya sedang berhijrah ::





101214
1113 pm
Gombak



Tuesday, 2 December 2014

Makna Pemberian


 .....بسم الله الرحمن الرحيم


Perkongsian status terdahulu, sebagai bacaan teman-teman yang disayangi. Semoga bermanfaat. :)


Suatu petang hujung minggu.

Adira, Nurul, Faiz dan Shahrul kluar bersama ke ibu kota. 

Setelah penat membeli belah dan melepak di shopping kompleks mereka berjalan di sekitar Masjid Jamek. 

Di kaki lima sebuah kedai, mereka disapa oleh seorang pengemis tua. 

Pengemis : Adik.. Tolong mak cik. Mak cik dah beberapa hari tak makan. Anak mak cik ini lapar sangat, nak.

Adira dan Faiz yang terlebih dahulu disapa pengemis itu langsung tidak mngendahkannya. Mereka hanya menjeling dan mencemikkan muka. 

Apabila Nurul dan Shahrul melintasi pengemis itu. Sekali lagi pengemis itu merayu. Anaknya disisi makin kuat mengadu kesakitan. 

Pengemis : Nak.. tolong makcik nak.. anak mcik sakit perut sebab dah beberapa hari tak makan. Tolong nak..

Makcik itu menarik hujung baju Shahrul. Mengharapkan Shahrul akan berhenti dan menghulurkan sedekah buatnya. 

Shahrul : Eh.apa ni mcik? Pegang-pegang macam ni.. Dahla tangan makcik tu kotor!! Lepaslah!! 

Nurul : Eh Shahrul. Tak baiklah cakap macamtu. Kesian makcik ni. Tengokla anak mcik. Kau tak kesian ke? 

Shahrul : Ah lantaklah. Dia terus beredar dari situ meninggalkan Nurul. 

Nurul : Saya minta maaf ya atas kelakuan kawan saya tadi. Ini mak cik. ambil wang ini ya, dan mak cik belilah makanan untuk anak mcik ya. 

Makcik itu teesenyum disulami kesyukuran yg tak terhingga.

Di dalam Lrt, sebelum mereka berpisah arah. Nurul sempat mengatakan sesuatu kepada sahabatnya.

Nurul : Dira, Iz dan Rul.. Maaflah aku nak tegur ni. Aku sayang korang sebagai sahabat aku. Aku dan korang selalu join prgram-program kemanusiaan bersama kan.

Tapi satu je aku nak cakap utk kesedaran kita. 

Apa ertinya kita join aktiviti macamtu kalau setakat hulurkan sedekah Rm2 kat mak cik tadi pun kita masih liat nak buat?

Tak malu ke kita andai rakyat Gaza datang ke sni dan melihat masih ramai pengemis di negara kita yang tak dibantu, lalu btanya pada kita. 'kenapa saudara di depan mata kamu,tidak kamu membantu mereka? Sedangkan kami jauh di sana boleh pula kamu menghulurkan bantuan? Sedangkan mereka juga saudara Islam mu?' 

Apa mahu kita jawab? Tidakkah malunya kita tika itu?

Sama-sama kita fikirkan ya. Aku nasihatkan korang tak bermakna aku yang paling baik. Aku cuma sayang korang. Nak kita sama2 jd baik dan nak sama2 kita muhasabah diri. 


~ ~ ~


Moral of the story : 

» Janganlah kita membuat kebaikan kepada mereka yang jauh sahaja.

Mereka di hadapan mata jangan dilupa.

Apatah lagi jika ahli keluarga sendiri.

Dalam Islam sendiri menggalakkan kita aulakan orang terdekat dalam menghulurkan sedekah atau bantuan.

Peribahasa melayu ada mengatakan: Semut di sebarang nampak. Gajah depan mata tak nampak.

Senyum senyum 

» Nurul dan temannya sudah sebati dgn aktiviti kebajikan@kemanusiaan.

Namun mereka masih bergaul bebas tanpa batasan.

Biarpun Nurul jua begitu, tapi hatinya mula disinari hidayah sedikit demi sedikit.

Mungkin dia belum berhajat utk berubah , tapi tak mustahil kelak dia akan menyedari bahawa pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan itu juga tak digalakkan dalam Islam.

Melakukan aktiviti kemanusiaan tu dah bagus. Namun harus dijaga juga pergaulan.

:: Hasil pemerhatian hari ni,terciptalah cerita pendek ini.::
semoga bermanfaat.

Sebagai teguran dan peringatan bersama.

Tiada kaitan dengan orang yang masih hidup mahupun yg telah meninggal dunia.

Senyum senyum :)


status Fb bertarikh 20814, Dataran Merdeka.


Jom aminkan doa ini sekejap. =)

Allahumma ahyinaa bil iman. Allahumma amitna bil iman, allahumma syurhna bil iman, wa adkhilna jannata ma'al iman.

~ Ya Allahu hidupkan kami dengan iman, ya Allah matikan kami dengan iman, Allah bangkitkan kami dengan iman dan masukkan kami ke syurga-MU dengan iman. allahumma aamiin.~





Ukm Bangi
011214
1204am

Sunday, 16 November 2014

INDAHNYA Mengikut Syariat !



Bismillahirrahmanirrahim..

assalamualaikum..

tumpang lalu sat naa. :)

Kali ini saya nak promote sikit la koleksi jualan saya di sini kepada sekalian pembaca dan pengunjung blog saya. hii~ :)

Alhamdulillah, permulaan yang baik sejak saya menjinakkan diri dalam bisnes tudung labuh ini. Tempahan pertama yang diterima, alhamdulillah. Syukur pada-Nya. Semalam barang-barang customer telah selamat sampai pada saya. Alhamdulillah, saya mula nampak hasilnya setelah memulakan bisnes dari koleksi BSE.

Koleksi Bidadari Solehah Enterprise.

Justeru, sekarang saya telah membuka pengambilan tempahan baru untuk student Ukm & umum. :)

so sesiapa yang berminat & nak order koleksi ini, boleh wasapp syatau pm di page fb !

Disini, saya listkan koleksi jualan yang ada.

tdung bidang 50,55,60. boleh pilih mahu bidang berapa untuk kesemua tudung.
material kain kashibo.
insyaAllah senang bentuk.
boleh tempah niqab juga. (rm5)

- tudung 3 tona (kod 3T): rm25
-tudung Eira (kod TE) : rm30
-tUdung Palestin : rm28
-jaket : rm50
-tudung haura : rm30
-shawl butterfly : rm40
- shawl halfmoon : rm35
-blouse muslimah : rm65

*ade sample tdg 3tona,shawl dan tdg haura di tangan sy untuk student ukm *

# utk tempahan blh hbungi umie balqis (wakil jualan rasmi BSE di Ukm Bangi) 011-28872417,

or like page fb 'Bidadari Syurga'


https://www.facebook.com/pages/Bidadari-Syurga/570528089732349?ref=hl


banyak lagi koleksi disana, pelbagai dress, handsock dan sarung kaki .

tiada cas postge utk stdent ukm #  :)

*bakal muncul! koleksi jubah lelaki .
insyaAllah harga standrd student!

semoga usaha kecil ini dapat membantu sekalian muslimah untuk menutup aurat dengan lebih sempurna, dan semoga ini juga sebagai usaha menyampaikan dakwah kepada umat Nabi Muhammad saw.

Ayuh, kita sama-sama usaha menutup aurat kita dengan lebih baik, kerana tertutup itu INDAH ! :)





SHAWL HALFMOON




 



TUDUNG HAURA






Sunday, 2 November 2014

Sesabar Dia...


Bismillahirrahmanirrahim...


Mari berselawat pada Nabi Muhammad saw.

allahumma solli a'la muhammad...

Menyelami cinta pada baginda Rasulullah saw...

Tak rugi bersabar, 

maka teruslah sabar.

sabar dalam menuntut ilmu,

sabar dalam mengharungi ujian,

sabar dalam melayani karenah manusia yg pelbagai,

sabar dalam segala perkara.

Tak rugi bersabar,

tak rugi bersabar,

kerna,

Allah bersama orang-orang yang sabar.

Allahurabbi... Allahuakbar...

semoga Allah titipkan kesabaran dlm jasad ini dan jasad sekalian hamba-Nya, sesabar baginda Rasulullah saw. allahumma aamiin.

~ ~ ~



Tatkala Allah mentakdirkan, sekeping hati merindukan kekasih-Nya, 
Nabi Muhammad saw... 

maka bersyukurlah duhai diri...

Allahumma solli a'la muhammad...

Allahuakbar...

Sungguh,

malu rasa diri yang sering alpa ini, 

pada baginda Rasulullah...

yang sangat mengasihi dan mengingati sekalian umatnya...

sedangkan saya...

:'(

astaghfirullah...

Ya Allah...

hamba sedar kekurangan hamba, 

sering saja alpa dan terlelai dengan dunia,

kadang hamba ingat akan pesanan-Mu,

pengorbanan rasul-Mu,

harapan ibu ayahku...

tapi ada tikanya jua,

hamba lupa semua itu...

Allah...

Allah,

duhai Allah...

Yang Maha Mengetahui segala sudut hati ini,

maka hamba merayu Ya Ilahi...

sentiasalah Engkau titipkan peringatan dan kesedaran sebegini,

di dalam jiwa hambaMu yang lemah ini...

Allah...

Duhai Allah,

hanya padaMu hamba mohonkan...

titipkan dan harumkan sentiasa,
rasa cinta hamba

pada-Mu Yang Maha Esa 

dan

Rasul-Mu yang mulia akhlaknya.


allahumma solli a'la muhammad...

sungguh,

hati ini merindui baginda...

biarpun tidak pernah bertentang mata,

dan 

baginda telah tiada ,

namun

rindu ini 

tetap ada dalam sekeping jiwa,

Allahuakbar...


Salam Rindu Ya Rasulullah

dari umatmu yang penuh kekurangan ini...

semoga umatmu ini bisa sesabarmu 

Ya Rasulullah...


:: Teruskan berselawat pada baginda... insyaAllahu taala. ::


~ Umie Balqis ~


Ukm Bangi
021114
0147am

Friday, 31 October 2014

KEKASIH ABADI



Bismillahirrahmanirrahim...


~Lihatlah dengan mata hatimu
pasti kamu akan mempelajari sesuatu.~


Sedikit perkongsian ringkas di hari barakah.

tadi, ketika sedang berjalan untuk menemui seorang rakan.

berdekatan kolej, saya ternampak seorang pakcik( pekerja di kolej ) sedang mengutip sesuatu di dalam tong sampah. Mungkin tin-tin kosong yang dicari.

pakcik ini seusia atuk saya, mungkin. lalu terbayanglah wajah atuk di kampung. Kemungkinan atuk sedang istirehat tika ini, sedangkan pakcik ini sedang berpenat lelah. :'(

saya tersenyum kecil, kerana setiap kali melalui jalan itu, pasti saya akan memerhati pekerja-pekerja yg sudah berusia ini melaksanakan amanah mereka, seperti memotong rumput atau menyapu sampah.

kali ini, saya turut tersenyum. Biarpun pakcik tersebut tidak melihat senyuman saya.

lalu, terdetik di hati,

"Pakcik sudah tua, tapi masih gigih melakukan kerja dan mencari rezeki halal."

maka, terbayanglah wajah hero tercinta saya Sanusi Zin, tertanya hati kepada diri

"Apakah aku juga mahu membiarkan pa bekerja hingga lanjut usia seperti ini??"

Allahurabbi...

~ ~ ~



Muhasabah sebentar.

Ibu ayah hantar kita ke sini (kampus), untuk belajar dan beri kebahagiaan kepada mereka kelak.

Itu sahaja yg mereka mahukan dari anak-anak.

Rasa bersalah kepada kedua insan yg telah banyak berkorban utk diri yg sering alpa ini.

Sama-sama kita muhasabah.

dan berdoa, moga tiap kali kita terleka, kita kembali ingat ibu ayah kita, kita kembali ingat apa tujuan asal kita melangkah di kampus ini.

utk bersuka-suka atau untuk dikumpulkan bahagia kpd ibu bapa?

Renunglah sesuatu dengan mata hatimu, pasti banyak yg dapat dipelajari hingga kita termuhasabah sendiri.

Semoga Allah jagakan dan tetapkan hati kita dalam nur iman. allahumma aamiin.

Maafkan segala kelalaian anakmu ini, hingga sering meminta itu dan ini.


~ ~ ~


semalam, ayah poskan beberapa dokumen kpd saya, diselitkan bersama sejumlah wang, saat saya memegang wang itu, rasa sebak tetiba.

entah, seolah dapat merasai keperitan dan kelelahan ummi pa utk mendapat sejumlah wang itu...

dan merasa seperti kembali ke zaman dahulu kala, sebelum adanya alatan teknologi.
segalanya hanya dikirimkan melalui pos. hatta sekeping surat tanda ingatan seorang anak kpd ibu ayah.

dan.. merasa sangat sayang mahu membelanjakan wang itu.
sangat sayang!

betapa ikhlasnya pemberian ayah bonda hingga mengalir di hati anakanda.

maka, sama-sama kita menghargai mereka selagi masih ada.

dan tidak melupakan jasa mereka.

Maafkan segala kelalaian anakmu ini.





~Tulisan seorang anak~

Permata Alwalidaini.





Ukm Bangi
0112pm
311014

Tuesday, 28 October 2014

Intim dengan-Nya !

1
Bismillahirrahmanirrahim...

MasyaAllah.

kadang bila sengaja menjauhkan diri dari manusia buat seketika,
amat terasa intimnya diri dengan-Nya.

bahagianya menjalani kehidupan seharian kita,

damainya jiwa...

terasa Dia lah teman akrab kita.

menjadikan tempat pergantungan utama,

dalam segala keadaan menimpa,

cuba menjadikan Dia tempat pertama kita meluahkan segala cerita.

jadikan Dia tempat merintih, menangis dan mengadu sepenuh hati,

hingga terasa sesak jiwa menahan sebak lantaran sejuta rasa,

perit,

sakit,

penat,

lelah,

seksa,

hanya Dia dikongsi semua.


Pernah tidak merasa itu?

andai pernah, bersyukurlah segera dan mohonkan pada-Nya dikurniakan lagi rasa sedemikian rupa.

itulah sebuah kemanisan bercinta dan berdua dengan-Nya, Allah Yang Maha Agung :)


selamat berdialog dengan-Nya di keheningan malam.

sebutlah nama-Nya...

tanda kau sangat merindui-Nya...

sebagaimana Dia merinduimu,

disebabkan itu dia berikan ujian yang tiada berkesudahan padamu,

kerna Dia terlalu rindu pada mu. dan rintihan mu...

duhai diri.


Friday, 10 October 2014

Ummi, Saya Nak Bank in duit! =)


Bismillahirrahmanirrahim...

asalamualaikum wrm wbt...

Dengan lafaz suci tersebut, saya mulakan perkongsian di hari Jumaat barakah ini.

semoga perkongsian ini akan mengalir bersama sifat-Nya Yang Maha Penyayang itu, lalu terbitlah rasa sayang membuak di jiwa kita, sekalian anak. :)

Status ini dari page Tarbiah Sentap di Fb. Seorang sahabat seperjuangan saya di DQ-UKM, Siti Khadijah Norzu telah tag status ini kepada saya dan beberapa sahabat seperjuangan.

Saya merasakan status ini sangat harus saya kongsikan disini, justeru saya memilih untuk post status ini pada hari ini.

Semoga timbul kesedaran kepada kita semua. :)


~ ~ ~ ~ ~


Saya ada secebis nasihat kepada adik-adik junior di kampus.. khususnya UKM la kot..
moga secebis nasihat yang panjang berjela ni boleh beri sekurangnya setitis manfaat untuk korang..
---
1. Seboleh-bolehnya ELAKKAN untuk minta duit pada ibu bapa. Elakkan untuk call ibu bapa semata-mata cakap,
"Ibu, ayah, duit dah takde. nanti transfer duit ea..."
Nampak perkara ini kecil, tapi sebenarnya bagi kesan pada diri korang juga. Sebabnya, nanti korang TAK belajar berdikari.
Bayangkan mak ayah korang dah belanja beribu-ribu sampai korang masuk universiti, dah masuk U masih lagi nak bebankan mak ayah.
Guna duit dalam akaun bank tu sampai betul-betul tinggal 0 sen. Kalau boleh, masa duit nak habis tu, korang usaha la cari duit dengan kerja part time ke, atau apa-apa kerja yang boleh tambah duit dalam akaun korang tu.. baru boleh berdikari.
Kalau tak, serupa je korang ni macam budak sekolah. Cuma bezanya pada gelaran MAHASISWA/I je.
Cuba kali ini korang AZAM untuk call ibu ayah korang dan cakap,
"Ibu, ayah. Bulan ni saya NAK masukkan duit dalam akaun ibu atau ayah.."
Azam la.. tak banyak, sikit pun jadilah..

2. Kalau sakit seperti demam, selsema, atau yang ringan-ringan tuh, ELAKKAN untuk beritahu pada ibu dan ayah. Ibu khususnya.
Sebab apa?
Sebab JANGAN buat mereka susah hati. Mereka dah cukup susah hati sebab korang berjauhan dengan mereka. Kalau setakat sakit sikit-sikit tuh, elakkan beritahu.
PERCAYALAH, mereka kadang kala AKAN tahu dengan SENDIRINYA korang sakit walaupun korang tak beritahu.
Sebab apa? Ntah. Naluri kot. Mungkin ada ibu bapa yang boleh jawab.
Tapi kalau mereka dah tanya tu, jawablah,
"Ala, sakit sikit je.. takde la sakit sangat pun.. boleh berlari lagi ni ha.. cuba ibu tengok ni.."
cubalah ya..

3. Seboleh-bolehnya ELAKKAN berhutang !
Ini sangat penting. Elakkanlah berhutang. Cukuplah korang dah hutang dengan PTPTN tuh. Sakit nak bayar balik nanti.
Kalau takde duit, usaha sebaik mungkin untuk dapatkan duit dengan cara halal. Usahalah dan doa.

4.RAJINKAN MEMBERI.
Ah sudah, dah lah tak boleh berhutang, kena memberi la pula.
PERCAYALAH, dengan memberi, pintu rezeki korang insyaAllah akan melimpah-limpah. Kalau ada kawan tak cukup duit, BELANJA dia.
Saya ada seorang sahabat, pernah sekali saya betul-betul kesempitan duit. Tapi saya tak beritahu sesiapa. Tetapi sahabat (ikhwah) yang sejati akan memahami keperitan kita. Dia hulur not RM50 tanpa banyak soal.
Saya menolak, tapi dia kata (lebih kurang),
"Aku nak pahala. Kau ambik la.."
Bak kata Ustaz Hasrizal,
"Erti hidup pada memberi.."
wallahu'alam.
I rest my case.

~ ~ ~ ~ ~

ALHAMDULILLAH...

sahabat-sahabat sayang dah meluangkan masa untuk membaca sesuatu yang baik.

haa.. jadi macam mana sekarang?

Dah ada perancangan tak, nak buat apa selepas ini?

Ada keinginan tak nak BANK IN duit untuk ibu, ummi, mak, mama, ayah, pa, abah, abi selepas ni??

Hadir tak semangat nak bagi mak ayah merasa penat lelah kita dari sekarang??

:)

Selamat berfikir dan melakar perancangan ya sahabat seperjuangan.

Semoga kita menjadi anak yang berbakti pada ibu bapa dari sekarang.
Jangan nak tunggu ibu ayah makin lanjut usia, baru nak berusaha cari rezeki sendiri, kerana mati itu tidak mengenal usia. :)

Semoga success semua. aamiin3.

Jemput like page Fb saya, Bidadari Syurga ( https://www.facebook.com/pages/Bidadari-Syurga/570528089732349?sk=info ), atau boleh tengok di fb saya. Disana insyaAllah ada koleksi tudung bidang 50, 55, 60, tudung 3 tona (sangat sweet yang ni tauu ), tudung Haura', shawl butterfly, tudung Eira, tudung Palestin, jaket muslimah dan banyak lagi koleksi pakaian muslimah.








Kesemuanya dari pembekal rasmi, Bidadari Solehah Enterprise, dan saya merupakan salah seorang wakil jualan rasmi BSE di Ukm Bangi.

So, sesiapa mahu order boleh hubungi saya. :)

Sedikit info, selain bisnes BSE juga turut melakukan kerja kebajikan terutama memberikan sumbangan kepada fakir-fakir miskin dan mereka yang lebih memerlukan.

Special untuk student Ukm, yang berdekatan Ukm dan Gombak, tiada cas penghantaran tau !:)

kenapa Gombak? Sebab, kalau time saya balik rumah saya boleh hantarkan by hand tempahan anda :)

Penghantaran ke luar negara juga diterima. :)

Jemput singgah, tagline page saya, 

Untuk menjadi Bidadari Syurga,wajiblah bermula di dunia. So jom cover aurah kita dengan pakaian muslimah. :)


Baik,sekian sahaja perkongsian kali ini. sayang kalian lillah. insyaAllah. =)

assalamualaikum wrm wbt... 




0155pm
101014
Ukm Bangi

Sunday, 5 October 2014

Sujud Cinta





Bismillahirrahmanirrahim...


~ ~ ~ ~ ~

Masih lengkap bersama telekung solat, Humaira tertidur kepenatan...


Sebenarnya kepenatannya belum hilang. Masakan tidak, semalam semasa sedang menunggu bas di perhentian bas dalam kampus, dia sudah berdiri selama setengah jam lebih.

Jam 2.30 petang, bas zon 6 tiba akhirnya. Berlari kecil dia menuju ke pintu masuk bas. Iyelah, dengan harapan dapatlah duduk di dalam bas, tetapi hampa.

Kesemua tempat duduk dah penuh. So terpaksalah berdiri. Terpaksa berhimpit. Hmm.

Perjalanan ke stesen Ktm tidaklah mengambil masa yang lama tetapi disebabkan terpaksa berdiri dalam kepadatan manusia itu, dirasakan lambat pula untuk sampai ke sana dan bahu dah rasa sakitnya menyandang beg berisi laptop.

MasyaAllah. Tiba sahaja di stesen Ktm, kali ini memang kena berlari. Hampir kesemua penumpang bas berlari kerana tidak mahu beratur panjang untuk membeli tiket komuter. Humaira turut berlari bersama beg pakaian kecil di tangan. Huh, penat makin bertambah.

Terdetik di kalbunya  'Aih, kalau ada encik suami dia dah tolong bawakan dah beg laptop bagai ni.'
'kalau dah ada suami, tentu dia dah drive kereta dah ni. tak perlu berhimpit macam ni.'
Sempat lagi Humaira berangan. Adoi, Humaira...

Dalam ktm, haa...Inilah first time Humaira rasa dia macam ikan sardin je duk dalam tu sebab TERLALU PADAT dengan manusia. Kalau kebiasaannya, Humaira pasti akan memegang ;tiang; di dalam ktm tu jika berdiri, tetapi kali ini tidak! Dia tak perlu berpegang pada sebarang tiang atau tempat berpaut untuk mengelakkan dari terjatuh,sebabnyaaa dia dah 'bertahan' di bahu-bahu dan tubuh-tubuh penumpang ktm di sebelah kiri, kanan, depan dan belakangnya. Haha. Nampak tak kepadatannya itu...

First time mengalami keadaan sedemikian sejak beberapa tahun ni menggunakan ktm sebagai pengangkutan awam.

Alhamdulillah, tiba di Kl Sentral, dengan adanya kad Rapid KL, jadinya dia tidak perlu beratur panjang untuk membeli token! Tak usah dicakap, kesemua kaunter untuk membeli token dah beratur panjang kesemua manusia disitu. Amat lega rasanya kerana dia tidak perlu mengikut jejak mereka itu. Alhamdulillah. :)

Bertambah syukurnya apabila memasuki Lrt, dia dimurahkan rezeki kerana terdapat beberapa kerusi yang kosong. Alhamdulillah. Kali ini dia memang melepaskan kepenatannya habis-habisan.
MasyaAllah, amat terasa nikmat duduk ketika itu.


~ ~ ~ ~ ~


Tiba di rumah, dia duduk bersama ayah, ummi dan adik beradik yang lain sambil menikmati kek yang dihadiahkan oleh adik sayang. Entah untuk apa kek itu disediakan untuknya. Comell sangat kepulangan disambut dengan hidangan kek. :) Alhamdulillah.

Masa untuk istirehat, Humaira makin terasa sakit di bahu kanan dan kirinya. Fikirnya mungkin disebabkan terlalu lama memikul beg sandang. Dia teringat pesanan doktor beberapa minggu lepas, jangan selalu angkat benda-benda berat. Hmm, kali ini terpaksa encik doktor, maaf ya.

Keesokan harinya, ummi meminta dia menggantikan abang sulung berniaga di tempat baru kerana abang long dah pulang ke kampung bersama sepupu.

Sebenarnya penatnya belum hilang, mahu sahaja dia berehat dahulu.Tetapi apabila memikirkan, mungkin hari ini saja kot peluang untuk bantu ummi berniaga di tempat itu. Sebabnya selepas ni dia akan pulang ke kampus semula.

Maka dia menuruti permintaan ummi tambahan pula dia sedang mendidik diri,rajinkan dan ringankan diri melakukan kerja untuk ibu ayah.
InsyaAllah.

~ ~ ~ ~ ~

Petang itu, setelah selesai kerjanya, dia terus ke kamar untuk menunaikan kewajipannya kepada Allah swt.

Usai sahaja menunaikan solat, dia merebahkan diri. Disebabkan terasa penat yang teramat, dia terlelap bersama telekung solat yang masih lengkap membaluti dirinya. Allah. Diri makin terasa sakitnya.

Memang tidur lena sangat.


~ ~ ~ ~ ~


Dalam lena yang panjang itu, Humaira telah mimpikan sesuatu...

hanya mimpi yang satu ini sahaja dapat dia ingati dan masih segar diingatannya.

Dia tetiba sahaja didatangi oleh kakak angkat kesayangannya, Shakina Zahra...
Yang kini masih melanjutkan pelajaran di Mesir.

Kak Shakina datang ke rumahnya sambil memberikan Humaira inai Makkah yang sudah siap diproses.
Yang tinggal hanya untuk dipakai dijari.

Dia agak terkejut kerana tertanya untuk apa inai itu, tetapi disebabkan teringatkan Hari Raya Aidiladha bakal menjelma, maka dia berkata dalam hati 'pakai jelah, raya pun dah dekat.'

Disambutnya inai mekah itu...

Disebabkan dia belum solat Isyak, Humaira memilih untuk menunaikan solat dahulu sebelum berborak panjang dengan Kak Shakina.

lalu terdengar satu suara,

"Kak, lamanyaaa tidur..."

Opsss!!

Matanya mula dicelikkan sedikit demi sedikit.

Dia melihat pada dirinya. Perlahan-lahan bangkit.

"Ya Allah, aku tidur dengan masih lengkap memakai telekung solat ke??"

Malu sendiri rasanya. Adik cerita, papa dah beberapa kali tanya kakak tengah buat apa, kakak dah makan ke, so si adik cakap jela, tidur, tidur , tidur. haha.

Nampaknya penat sangat dah tu. Humaira melihat jam pada telefonnya menunjukkan pukul 1 pagi. Mobile data dia lupa off, so dia mendapati 17 conversation masuk di Whatsapp. Beratus-ratus whatsapp masuk, hamek kau! Haha.

Dan ada seorang kawan menghantar mesej di Inbox, " Humairaaa...."
Errr, kenapakah namaku diseru sedemikian... :D


~ ~ ~ ~ ~

Terima kasih Ya Ilahi, kerana bangkitkan dia disepertiga malam. Syukur Ya Allah, memberikan rezeki pada-Nya untuk bersujud menyembah Ilahi di waktu yang mustajab.

Telekung solat itu disarungkan semula bersama wuduk baru, lalu ditunaikan solat Maghrib yang tertinggal dan solat Isyak terlebih dahulu. Disusuli pula solat Tahajjud dan solat Taubat...

Dalam sujud solat Taubatnya, Humaira memohonkan keampunan kepada Allah Yang Maha Pengampun agar diampuni segala kejahilan dan dosanya yang pernah dilakukan sepanjang kehidupan...

Tambahan juga dia merasakan memang sewajarnyalah setiap hamba-NYA mendirikan solat sunat Taubat sebelum mahu menyampaikan hajat kepada-Nya...

Usai solat Taubat, dia merebahkan diri seketika di atas hamparan sejadah. Merehatkan jasadnya sambil mendengarkan nasyid Ya Rasulullah by Syamil. Dia cuba menghayati bait-bait nasyid itu dan mengimbas kembali perjalanan kehidupan yang telah dia lalui sepanjang kehidupan 20-an ini...

Dia teringatkan Nabi Muhammad saw, dia merindui baginda, dia merasa bersalah kepada baginda kerana tidak selalu mengingati baginda... Allahu... Maafkan umat Mu yang satu ini Ya Rasulullah...

:'(

Tatkala diri mengimbau kembali kesemua keperitan hidup yang pernah dilalui, satu persatu ujian silih berganti, airmatanya makin laju mengalir membasahi telekung solat...
Allahuakbar...

Allah, semua itu dari Allah swt.

Dia juga teringat akan nasihat Ukhti Shakina dan teman-temannya.

Membuatkan airmatanya makin laju...

Kak Shakina pernah menceritakan, dia dulu juga seperti diri Humaira, diuji sedemikian sehingga dipertemukan seseorang yang sangat baik, yakni suaminya kini. MasyaAllah.

Ya, dia memang pernah mendengar tentang suami Kak Shakina, seorang pelajar yang sangat masyi Al-Quran, pelajar yang beradab dan merupakan pimpinan pelajar. Murabbi Humaira sendiri yang menceritakan tentang akhlak suami Ukhti Shakina sayang kerana suaminya itu adalah anak didik murabbi Humaira.

MasyaAllah. Benar, disebalik kehilangan sesuatu, pasti Allah akan menghadirkan sesuatu yang jauh lebih terbaik untuk diri kita.

Kini, Ukhti Shakina bahagia bersama pemimpin agamanya. Alhamdulillah, sedang mengandungkan permata kedua pula sekarang. :)



~ ~ ~ ~ ~

Humaira menyambung sujud cinta-Nya dalam solat Istikharah dan solat sunat Hajat...

Peluang keemasan yang sudah dibentangkan untuknya pasti tidak mahu dia sia-siakan...

Allah Yang Maha Agung sudah mengejutkan dia untuk mempersembahkan cintanya kepada DIA...

Allah... sejurus solat, dia menadahkan tangan meminta dan bermohon pada-Nya...
dengan rasa malu...

Malu sebenarnya kerana dosanya menggunung, dirinya sangat tidak sempurna di hadapan-Nya, inikan pula mahu meminta itu dan ini dengan Allah swt..

Allahuakbar... namun Humaira tahu, Allah itu tidak sekejam manusia hingga tidak mahu mendengar rintihan setiap hamba yang ingin mencintai-Nya.

Allah itu bersedia menerima sesiapa sahaja hamba yang mahu mendakap-Nya.
Allah BERSEDIA setiap masa!

Cuma, kita sahaja kadang menjauh dan makin menjauh dari Dia....

Allah...

Bisikan doa dipanjatkan ...bersama linangan airmata yang mengalir tanpa henti...
airmata keinsafan, airmata kecintaan, airmata kesedihan dan airmata pengharapan...




Pak lebai naik motor pakai serban,
ayam itik buat buat pengsan,
lembu kerbau sakan berjalan,
rupanye esok raya korban.
Kambing lembu dh ggur
Di bumi anbiya,
Lembu kmbing mlysia,
Tgh tggu turn pulak.
Salam aidiladha, semoga kita mhayati erti sebuah pngorbanan dlm stiap juz khidupan kita. Aamin.

Salam Aidiladha. ;)

051014
0705 am
Gombak