Tuesday 12 November 2013

Cerpen: Cinta Chocolate Moist


 ....بسم الله الرحمن الرحيم 



CERPEN: CINTA CHOCOLATE MOIST

Aku menyapu air mata yang kian lebat membasahi pipi ini.

“Allahurobbi… besarnya ujian yang Engkau berikan ini. Aku tak berdaya lagi Ya Allah. Berikan aku jalan penyelesaiannya Ya Rabbi. Aku sangat terseksa akan ujian berat ini…”

Aku tertunduk di atas hamparan sejadah di pertengahan malam itu. Ya, aku sedang menderita menanggung ujian besar ini. Hampir sebulan sudah aku menanggungnya…

“ Allah, berikan aku petunjuk yang jelas agar tidak akan aku menyakiti dan melukai mana-mana hati lagi. Aku sangat ingin membuat keputusan yang membahagiakan insan sekelilingku… Tolong aku Ya Allah… tolonglah hamba Mu yang lemah ini…”

~ ~ ~
“Selamat pagi sayang…”suara si dia kedengaran di hujung talian pada awal pagi itu.

“ Selamat pagi. Kenapa call saya awal pagi ni? ada hal penting ke hendak disampaikan?” acuh tak acuh sahaja balas Fareha.

“ Kenapa? Tak boleh ke saya nak call awak awal macam ni? tak elok tau garang-garang di awal pagi nanti mahal rezeki awak hari ni.” balas Zul Huzaimy diiringi gelak kecil menambahkan lagi kemarahan Fareha.

“ Ada apa awak call saya ni? cakap cepatlah, saya nak ke pejabat pula ni.”

“ All right cute bos! I’m so sorry. Saya call awak ni sebab saya mahu hantarkan awak ke pejabat. Boleh kan?”

Fareha melepaskan keluhan. Dia sudah dapat menjangka!

“Eh kenapa diam pula awak? Awak tak sudi ya? Yang pasti sekarang ni awak tak boleh tolak dah sebab saya dah berada depan rumah awak ni. Cepatlah bersiap ya. Saya tunggu awak.” Dia tersenyum walaupun dia tahu Fareha tidak dapat melihat senyumannya itu.

Dia mengeluh lagi buat kesekian kalinya. Dia tidak mampu menolak lagi.

‘Allahuakbar… Ya Allah… bagaimana aku harus mengharungi semua ini lagi? Bagaimana aku harus melalui perjalanan hidup sebegini? Aku benar-benar terseksa.’ Batinnya bersuara merintih pada Yang Maha Berkuasa.

Dia segera menyarungkan tudung bidang 60 berwarna hijau muda. Dia sangat menyukai warna itu. Dia tersenyum sendiri saat melihat wajahnya kelihatan lebih cantik setelah dilitupi indah dengan tudung warna itu.

“ Syukran Ya Allah. Alhamdulillah Engkau ciptakan wajah yang indah buatku, moga ciptaan Mu ini tidak mengundang  fitnah kepada penghuni sekian alam.”

Setelah mengunci pintu rumahnya, dia terus mendapatkan jejaka yang sedang menunggunya di sebelah kereta. jejaka itu hanya memerhati dirinya sehingga tiba berdekatan kereta, kemudian dia senyum!

“ Kenapa senyum?”

“Nothing, my cute bos! Jemput masuk Tuan Puteri.” Huzaimy tolong bukakan pintu kereta untuk Fareha.
Dengan rasa malas, Fareha melangkah masuk dalam perut kereta suaminya itu.

Kereta milik Huzaimy telah jauh meninggalkan perkarangan rumahnya. Sepanjang perjalanan itu dia membisu sahaja. Sepatah kata tidak keluar dari bibirnya. Hanya kedengaran suara-suara dari corong siaran radio Era.

“ Hm, sebenarnya disebelah saya ni ada orang ke tak ya? Ke tuan puteri tadi dah terjun melalui tingkap?” Perli Huzaimy membuatkan Fareha geram!

Fareha terus menoleh ke arahnya. Begitu juga Huzaimy. Mereka saling berpandangan buat seketika sebelum Huzaimy kembali mengalihkan pandangan kepada pemanduannya. Senyuman terukir di bibir jejaka itu kerana dia berjaya membuat Fareha marah!

“ Hehe. Ada orang marah ke? Itulah… siapa suruh membisu saja dari tadi. Kan dah kena usik. Apapun, untuk pengetahuan awak, saya ni memang suka usik awak sebab saya suka tengok wajah comel awak apabila geram dan marah.”

“ Apa-apa sajalah. Fokus saja pada pemanduan awak tu.”

“ Alala… janganlah marah sangat awak. Saya usik saja. Awak tu, langsung tak bersuara saya ingatkan tak ada orang dah dalam kereta ni. maafkan saya ya sayang.”

Fareha hanya membisu. Langsung tidak memberikan balasan kepada Huzaimy.

“ Sayang, saya betul-betul minta maaf ya. Awak kan tahu saya ni suka usik awak. Saya nak usik siapa lagi kalau bukan awak, gadis cute yang halal untuk saya.”

“ Apa-apa ajelah awak.” Fareha masam mencuka. Dia terlalu mengikut perasaan amarahnya. Biarpun dia tahu dia TIDAK sepatutnya bersikap sedemikian terhadap suaminya!

“ Allah… nampaknya awak sangat marah terhadap saya ni. hm, kalau macam tu saya belanja awak makan kek coklat kesukaan awak ya. Harap nanti saya dapat melihat senyuman awak.”

Fareha makin geram dengan Huzaimy. Sesuka hati dia sahaja mahu singgah ke tempat lain.

“ Awak, tak perlulah nak belanja saya sebab tadi saya dah sarapan kat rumah. Lagipun, saya tak nak terlewat sampai ke tempat kerja. Maaf ya.” Akhirnya Fareha terpaksa bersuara juga.

Kini Huzaimy pula membisu. Fareha sangat faham dengan sikap Huzaimy, kalau dia mahukan sesuatu, dia akan usaha sehabis daya untuk mendapatkannya! Dia kenal benar dengan jejaka itu walaupun bukan selalu mereka bersama.

Sepuluh minit kemudian, kereta Huzaimy berhenti di hadapan sebuah restoran popular dan di situ jualah mereka sering keluar makan malam bersama semenjak setahun berkahwin.

“ Awak… nanti saya terlambat ke office.” Fareha cuba memujuk Huzaimy untuk membatalkan niat asalnya.

“ Jom…” Tanpa menghiraukan bicara Fareha, dia terus mengambil beg tangan Fareha bersamanya.

" Hish! saja lah tu nak orang ikut dia !" Marah Fareha sebelum keluar dari perut kereta.

Fareha mendengus sendirian melihat Huzaimy sudah pun berdiri di luar kereta. Menantinya. Dengan perasaan malas, dia menurut sahaja kemahuan Huzaimy.

Sabarlah duhai hati...


~ ~ ~


Kek coklat Moist sudah pun berada di hadapan mata, namun langsung tidak dijamah oleh Huzaimy mahupun Fareha. Mereka sama-sama membisu. Sehinggalah…

“ Sayang… maafkan saya ya. Memaksa awak, tapi saya melakukan semua ini kerana saya tak mahu awak marahkan saya lagi. Saya cuma mahu melihat awak tersenyum selalu.”

“Hmm…”

Huzaimy makin sedih apabila Fareha langsung tidak memberi respon kepadanya. Gadis comel yang disayangi masih belum menjamah kek coklat moist yang terhidang dihadapannya.

Tiba-tiba, dia tersenyum sendiri. Idea datang mahu mengusik isteri comelnya yang secomel kek coklat moist! ^^



… bersambung … InsyaAllahu taala. =)



Tinta: Pencinta Coklat Moist (Balqis) ^_~
                                                  :: merindui seseorang ::


Permata Alwalidaini
Darul Quran Jakim
111113
(cantik tarikh hari ni=) )


No comments:

Post a Comment