Tuesday 30 July 2013

9 Ciri - ciri Wanita Idaman Lelaki

Bismillahirrahmanirrahim...

Post kali ini adalah sumber dari akuislam.com. Saya suka baca laman web ini. Moga bermanfaat untuk semua sahabat tersayang. :)

wanita idaman lelaki
wanita idaman lelaki

Wanita idaman lelaki

Wahai wanita, sesungguhnya kejadianmu terlalu unik,tercipta dari tulang rusuk. Adam yang bengkok menghiasi taman-taman indah lantas menjadi perhatian sang kumbang, kau umpama sekuntum bunga, harum aromamu menarik sang kumbang untuk mendekatimu. Namun, bukan semua bunga mampu menarik kumbang jika terdapat cacat cela. Antara ciri wanita idaman lelaki adalah :
1. Berpegang Kepada Agama
Wanita yang berpegang kepada agama mempunyai keperibadian yang unggul. Batas-batas syariat yang dipegang dan terpelihara dalam hidupnya mengangkat martabat dirinya sebagai seorang yang layak dikagumi oleh lelaki. Dia tidak akan melakukan sesuatu yang bertentangan dengan syariah Islam. Memang beruntung mana-mana lelaki yang beristeri dengan wanita sebegini.

2. Kecantikan Dalaman
Wanita yang tulen adalah lemah lembut dalam perwatakannya tetapi mempunyai prinsip dalam hidup. Inilah kecantikan dalaman yang dicari oleh ramai lelaki. Kalau cantik, tu dikira sebagai BONUS.
Wanita yang mempunyai kecantikan dalaman tidak akan sesekali menjual maruahdirinya hanya untuk mencari nama dan wang. Mereka tidak akan sesekali tunduk pada nafsu atau berbuat sesuatu semata-mata kerana mahukan harta dan kekayaan.

3. Manja
Lelaki suka wanita yang keanak-anakan atau yang ada sifat manja, supaya lelaki boleh memainkan peranan sebagai pelindung. Namun begitu, sifat manja dan keanak-anakan yang melampau tidak sesuai kerana ia akan menampakkan wanita itu seperti kurang matang.

4. Pandai Menjaga Kecantikan
Lelaki menginginkan wanita yang pandai menjaga kecantikan dirinya. Wanita dan kecantikan memang susah nak dipisahkan. Mereka akan kelihatan bertambah cantik jika bijak menguruskan penampilan diri. Lelaki secara fitrahnya memang mahukan wanita yang pandai menjaga kecantikan, kerana ia akan membuat mereka bangga.

5. Berakhlak Mulia
Wanita yang berakhlak mulia dikenali juga sebagai wanita solehah. Wanita adalah hiasan dunia, tetapi seindah hiasan adalah wanita solehah. Merekalah ibu, isteri, kekasih dan merupakan tunjang kejayaan suami.

6. Tidak Mempamer Keseksian
Lelaki suka menjamu mata dengan melihat aurat wanita, namun tidak suka menjadikanya isteri kerana keindahan diri wanita tu seolah-olah menjadi barang pameran untuk mata semua lelaki.

7. Tidak Cerewet
Lelaki suka pada wanita yang tidak cerewet. Mengapa pula? Sebab wanita yang cerewet boleh merimaskan dan mudah menyebabkan lelaki merasa jemu dengannya. Biasanya, wanita yang cerewet suka mengkritik apa saja yang tidak disenanginya walaupun perkara itu hanyalah perkara kecil.

8. Memahami Lelaki
Wanita yang memahami hati lelaki biasanya mempunyai intuisi yang cukup kuat. Lelaki mengimpikan wanita yang mampu memahami situasinya dalam keadaan suka dan duka. Pendek kata, tanpa perlu bersuara, dia itu sudah dapat membaca riak wajah suaminya. Lantas, bertindak menghiburkan atau memberi kekuatan.

9. Sejuk Mata Memandang
Wanita yang manis wajahnya dan sejuk dipandang mata akan mendamaikan perasaan seorang lelaki. Ciri-ciri Wanita Sejuk Mata Memandang seperti di bawa ini:
.:: – Bersopan satun
.:: – Sentiasa memaniskan wajah
.:: – Senantiasa memberikan senyuman ikhlas
.:: – Menutup aurat
.:: – Ramah dan mesra
.:: – Tidak terlalu cemburu
.:: – Menghormati orang lain
.
Inilah 9 ciri-ciri wanita yang menjadi idaman lelaki.
Jadikan tips yang terakhir ini sebagai rutin harian dalam hidup. Sebelum tidur, cuba menilai atau memuhasabah diri kita kembali. Cuba lihat di mana kelebihan dan kekurangan diri kita serta apa yang telah kita capai pada hari ini. Andai kita mampu mengatasi kelemahan diri sendiri, teruskan memperbaikinya dengan secara beransuran dan fahami bahawa kelemahan itu wujud supaya kita tahu apa kekuatan diri kita.
Sepertimana Dr Fadhillah Kamsah mendidik jiwa kita agar senantiasa mengamalkan sifat saling memaafi antara satu sama lain pada setiap malam sebelum melelapkan mata dan menikmati alam keindahan bermimpi.
Lantas, gunakan kelebihan dan kekuatan yang ada untuk mencipta kecemerlangan dalam diri untuk kebaikan bersama. Ingatlah bahawa setiap keindahan dan kesempurnaan itu hanya milik sang penakluk jiwa para hamba-hamba-NYA, yakni sang KHALIQ yang Maha Pencipta. Manakala pada kecacatan, keburukan dan kelemahan adalah ciptaan manusia itu sendiri

Jom Hijrahkan Diri !


Bismillahirrahmanirrahim...


“Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki yang keji, dan lelaki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula),dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)”. (An Nuur : 26)
Bila ingin mendapatkan jodoh yang baik, maka perbaikilah diri. Hiduplah sesuai dengan ajaran Islam dan Sunnah Nabi-Nya. Jadilah lelaki yang soleh, jadilah wanita yang solehah. Semoga Allah memberikan hanya yang baik buat kita. Amin.


Jom mula hijrahkan diri, usah malu asalkan kita kembali kepada Ilahi dalam keadaan suci.

Masihkah ada ragu dalam jiwa kita?

Sedangkan sudah banyak bukti terpampang di depan mata akan janji Allah swt terhadap hamba-hamba Nya yang telah berhijrah?

Salah satunya, dapat kita lihat melalui kehidupan Irma Hasmie sendiri.
Beliau merupakan salah seorang artis yg berhijrah.
Dan rezekinya mula melimpah ruah sehinggalah Allah swt menganugerahkan dirinya seorang suami yang soleh. Pertemuan pertama pula di bumi barakah yakni Tanah suci Makkah.

SubhanaAllah, jadi bagaimana persepsi kita kini?

Adakah masih takut untuk berubah?
Fikir-fikirkan, akhirat tidak akan memberitahu kita bilakah ia akan menghancurkan dunia dan seisinya...

Salam Ramadhan dan selamat memburu Lailatul Qadar. 


Jom sama-sama kita menuju soleh dan solehah ! :)

Nukilan hati : Permata Alwalidaini :
~ Darul Quran Jakim, 21 Ramadhan 1434 H ~

Sunday 21 July 2013

Belaian Kasih Ramadhan


بسم الله الرحمن الرجيم

Assalamualaikum wrm wbt…

Salam kerinduan yang teramat kepada sahabat-sahabat pengunjung blog usang ini. Jujur, tersangat merindui untuk menulis dan berkongsi dengan kalian di sini.

Di kejauhan ini, saya amat mengharapkan moga sahabat-sahabat sentiasa dalam jagaan Ilahi ya. Sentiasa disayangi Ilahi, kerana tanpa belas kasihan dan kasih sayang-Nya kita pasti tidak mendakap nikmat Islam dan Iman hari ini. Syukur Alhamdulillah kepada-Nya.

Sudah hampir tiga minggu tidak saya mengirim berita di blog sehingga semalam, diberikan mimpi, ‘seseorang menegur saya bilakah mahu update blog. Ingin membaca perkongsian awak.’ SubhanaAllah, meskipun mimpi itu samar-samar tetapi jiwa kecil ini dapat merasakan erti mimpi itu.
Insya-Allah, hari ini bersamaan 11 Ramadhan, saya akan berkongsi sesuatu dengan sahabat. 

Sebelum kita melangkah lebih jauh, saya rasa belum terlambat untuk mengucapkan Salam Ramadhan Al-Mubarak, selamat berpuasa dan semoga di bulan Barakah ini kita dibantu-Nya untuk upgrade kan lagi tahap KEIMANAN dan KETAQWAAN  kita kepada Yang Maha Agung. Insya-Allah, perbanyakkan doa dan meminta dengan-Nya ya. Itulah SENJATA kita, para mukmin.

Saya mulakan perkongsian kali ini dengan lafaz suci, bismillahirrahmanirrahim…

Minggu pertama Ramadhan, saya dan sahabat-sahabat seperjuangan telah menziarahi murobbiah kami di Rawang. Disebabkan bumi Selangor dibasahi hujan dan ditambah pula jalan sesak, kami tiba di rumah beliau sewaktu azan berkumandang menandakan telah masuk waktu untuk berbuka. Walaupun dalam keadaan pening dan badan lemah saya diberi kekuatan jua untuk melangkah memasuki rumah beliau. Alhamdulillah. Allah swt sentiasa curahkan sifat-Nya Yang Maha Penyayang itu kepada saya, hamba-Nya yang selalu membuat dosa ini. Allahurobbi, kasihnya Dia kepada kita… syukur pada-Mu Ya Rabb.

Usai berbuka dengan makanan ringan iaitu kurma dan kuih muih, kami menunaikan solat Maghrib berjemaah, diimamkan oleh sahabat ana, Ukhti Hawa. Muslimat yang menjadi imamah kerana di rumah beliau tiada seorang lelaki pun ketika itu. Suami jauh merantau dan anak-anak jauh menuntut ilmu. Murobbiah Hamilah meminta kami pelajar Darul Quran ini menjadi imamah.

Allahuakbar... Agak terkejut. Kata beliau juga, kalau sahabat lelaki DQ datang, mereka juga akan menjadi imam solat. Begitulah seterusnya.

Menunggu Isya’…

Kami berempat ni punyalah sedikit kecoh dalam bilik.He. Sebabnya, membahagikan tugas siapa akan menjadi imamah untuk solat Isya’, sunat Tarawikh dan sunat Witir. Alhamdulillah, dapat memberikan tugas dengan adil kecuali Ukhti Hawa dipilih menjadi imamah solat Witir kerana dia paling tua dalam kalangan kami, jadi kena bagi ‘extra’ sikit.He.

Jadualnya seperti berikut :

§  .> Maghrib – Imamah Hawa
§ >  Isya’ – Imamah Balqis
§ >  4 rakaat awal Tarawikh – Imamah Rasyadah
§  > 4 rakaat akhir tarawikh – Imamah Mardhiah                                                                                    
>> Witir 3 rakaat - Imamah Hawa ( extra ) :)

Semua itu meninggalkan kenangan indah kepada kami terutama saya sebab belum pernah menjadi imamah yang makmumnya adalah murobbiah atau insan yang lebih berilmu dan berusia dari kita. Segan kot. Kalau dengan kawan-kawan, tak segan sangat.

Usai menunaikan kewajipan sebagai mukminah, kami menghabiskan waktu malam itu dengan bersembang dan berkongsi cerita bersama murobbiah. Berpeluang mendengar kisah pertemuan murobbiah dengan suaminya. J Satu berita gembira untuk saya sendiri, bakal zaujah ( isteri ) kepada anak teruna beliau adalah kembar kepada isteri Hilal Asyraf. subhanaAllah, berpeluanglah nanti saya bertemu Hilal Asyraf dan isterinya. Insya-Allah. ( sempat lagi kan Hehe.)

Baik itu kisah minggu pertama Ramadhan…

Seterusnya kisah minggu kedua Ramadhan iaitu pada hari Khamis, 18 Julai 2013. Saya sedikit sibuk untuk menyelesaikan urusan Majlis Jamuan Malam Puisi Islam. Sekitar jam 2.30 petang, saya menghantar sms kepada seorang sahabat A, meminta pertolongan untuk menemani saya ke pejabat Hal Ehwal Pelajar, menghantar surat permohonan menggunakan dewan baru untuk jamuan nanti. Balasnya,

“ Asifah jiddan ya. Saya tengah sedih sangat sekarang ni. Doakan saya ya diberikan kekuatan menghadapi ujian ini.”

Mengetahui sahaja situasi sahabat itu membuatkan saya memahami. Lalu sedikit kata-kata diberikan kepadanya, moga kuat.

Alhamdulillah, sahabat B pula sudi menemani saya ke HEP. Disebabkan ustaz yang memberikan kelulusan surat itu tiada di pejabat, jadi saya ke masjid untuk mengaji di sana. Bimbang jika ustaz akan menghubungi saya untuk berjumpa, disebabkan itu memilih untuk berada di rumah-Nya. Lebih senang jika tiba-tiba ustaz mahu menemui saya nanti.

Sedang asyik mengaji Al-Quran. Menerima sms daripada sahabat C. Dia meminta mendoakan agar dia diberikan kekuatan. Allah… saya yang ketika itu sedang mengaji berdekatan beranda masjid yang menghadap tasik, terus melepaskan pandangan ke arah tasik. Melihat kebesaran-Nya sambil berbicara dalam sanubari…

“ Ya Allah, tika ini sahabat-sahabatku dilanda ujian… sedangkan tika ini aku tidak diuji oleh Mu. Aku mohon berikan mereka kekuatan dalam menghadapi ujian kehidupan ini.”

Lalu, perkongsian kata-kata dibalas kepada sahabat C.

Ada masalah? Jom citer kat Allah terlebih dahulu ! J luahkan dan ceritakan dulu pada Allah swt ya. Hanya Dia yang bisa memberikan kekuatan dan ketabahan hati kepada kita.”

Malamnya, seperti selalu ana akan ke masjid untuk solat Isya’ dan tarawikh bersama sahabat A. Sampai sahaja dibahagian muslimat di tingkat atas, kami terus memandang ke saf paling hadapan. Mencari-cari ruang kosong. Alhamdulillah, masih ada ruang untuk kami solat di saf paling hadapan. Saya duduk disebelah kanan seorang muslimat. Saat memandang wajahnya, sedikit terkejut, rupanya muslimat tersebut adalah sahabat B. Menghadiahkan sekuntum senyuman kepadanya. =)

Saya sempat mendengar sedikit luahan daripada sahabat A. Dia masih bersedih rupanya.

Usai solat Isya’ sementara menanti untuk solat sunat Tarawikh, tiba-tiba sahaja sahabat B membongkakkan badannya ( hampir mengenai sejadah ) dan menekup wajahnya bersama esakan kecil. Saya terkejut. mengapa dengan dia? Dirinya diusap lembut, moga dia mendapat sedikit kekuatan dan ketenangan. 

Saya menoleh pula ke kanan saya, sahabat A pula menekup wajah dengan jari jemari.

Allahurobbi… bayangkan tika itu saya berada di tengah antara mereka berdua. Membuatkan hati ini turut bersedih kerana mereka sedang diuji oleh Ilahi sedangkan saya tidak. Jika bisa, mahu saja mengatakan ‘berikan sedikit kesakitan yang awak rasai kepada saya agar ringan bebanan awak.’ 

Namun semua itu tidak mungkin berlaku. Allah swt sudah menyusun semuanya dengan teramat cantik. Setiap ujian ditimpakan sesuai dengan kemampuan hamba-Nya, itulah kasihnya Dia. Dia tidak memberatkan kita.

“ Allah knows you’re tired, Allah knows it’s difficult. You must also know that Allah would never put you in a situation you couldn’t handle it.”

Dalam sujud, hanya doa buat mereka dititipkan kepada Ilahi. Moga mereka ditemukan jalan untuk menyelasaikannya. Bukan saya tidak mahu menjadi pendengar, tetapi saya mahu mereka mengutamakan dan meluahkan kepada Allah swt Yang Maha Mendengar. Nanti jika mereka sudah bersedia mahu berkongsi, saya pasti tidak akan menguzurkan diri. Insya-Allah.

Esoknya… siapa duga, pelangi indah akan hilang jua ditutupi titisan hujan.

Siapa duga…

Diri ini pula diuji…


Allahurobbi… menitis airmata kerana kecewa dan sedih dengan bicara seorang sahabat.
Dahulu apabila dia mula merapati diri ini, saya terus berfikir barangkali inilah peluangku untuk membimbingnya berubah. Justeru, saya berusaha memahami dan belajar untuk ‘masuk’ dengan dirinya. Cuba bersabar melayan sikapnya yang kadang kala amat jauh dengan habit saya. Meskipun teramat janggal, tapi cuba juga demi menjaga hatinya.

Hinggalah petang Jumaat itu. Kami diuji lalu berjauh hati. Saat kami bertukar haluan sewaktu pulang ke asrama, saya berasa teramat sedih…

“ Allah, Engkau sedang menguji ku kini…”

Sambil menangis melepaskan kekecewaan dan kesedihan, saya turut mendapat inspirasi. Ilham dari-Nya barangkali Dia mahu saya memujuk hati.

Dengan sendirinya saya terfikir, ‘balqis, ini kau baru ditolak sikit oleh kawan kau ketika kau ingin membawa dia ke arah yang lebih baik. Di kampus luar nanti, kawan-kawan di luar sana lagi hebat penolakan mereka apatah lagi jika mereka yang tidak memahami agama. Itulah baru ujian dakwah yang sebenar, akan mengujimu lebih hebat lagi.’

Ya, diri ini mengiyakan bicara di atas. Berdakwah kepada masyarakat di luar sana lebih hebat cabarannya berbanding dengan berdakwah kepada sahabat yang sefahaman di kampus ini. Ini hanya ujian kecil.

Inilah ujian. Apabila kita mahu membina sebuah persahabatan kerana-Nya, diuji itu adalah perisanya, sebelum kemanisan dirasai di syurga sana. Mahu membina persahabatan yang sebenar, memerlukan pengorbanan dan kesabaran.

Makin laju mutiara-mutiara Hawa ini mengalir di pipi. Mengapa? Kerana saya hampir tersungkur di jalan dakwah ini untuk membimbing sahabat itu. Namun Alhamdulillah, malamnya kami berdua dah kembali baik. Perkara lalu sudah di bawa terbang oleh sang angin petang~ ~ J

Pesanan bersama,

Kini, bangkitlah kembali wahai duhai meneruskan perjuangan di jalan dakwah ini. Ingatlah, biarpun kita terpaksa menahan derita dan peritnya ditolak, diperlekehkan oleh mad’u atas ajakan kita, tapi semua KEPAHITAN itu pasti diganti KEMANISAN kelak oleh Rabb kita. Sesungguhnya, jalan dakwah itu ditaburi duri-duri, namun hadiahnya nanti adalah SYURGA FIRDAUSI. Allahurabbi. Itu janji Ilahi tau bukan hanya kata-kata saya, si Permata Alwalidaini. =)

Sedikit pesanan kepada sahabat-sahabat yang dikasihi…
                                                                           
                                                                                       
>  Tatkala kita diuji, carilah Dia dahulu. Kawan itu jadikan nombor dua.

>  Latih bibir kita untuk luahkan kepada Allah sebagaimana kita bercerita kepada kawan kita.
Contoh : Ya Allah, hari ini aku diuji dengan masalah kewangan. Duitku telah dicuri disaat aku amat memerlukannya. Jadi aku bermohon pada-Mu berikan aku rezeki yang berkat walaupun sedikit, agar dapat merasai ‘kekayaan’ dari rezeki yang sedikit itu.

Contoh : Ya Allah, hari ni hati aku telah disakiti oleh sahabatku. Aku mohon berikan aku kekuatan dan kesabaran untuk mengubati luka ini. Aku tak nak berdendam dengannya Ya Allah. Bombing aku untuk kuat, tolong Ya Allah… tolong aku…

>  Sebaiknya, dalam bilik kita tampal satu note pada dinding, tulis besar-besar :
“ Ada masalah?
Jom cerita/citer kat Allah ! J
Agar kita lebih nampak dan akan sentiasa ingat. Cubalah kalau tak percaya.

> Bukalah Al-Quran dengan lafaz bismillah, beleklah mana-mana muka surat. Mohon Allah swt pujuk dan berbicara dengan kita. Insya-Allah nanti akan dipertemukan dengan ayat cinta-Nya yang menusuk kalbu kita.

>  Menangislah sepuas hatimu. Menangislah di sujud mu  pada Ilahi. Tika itu Dia amat dekat denganmu.

>  Knowing that Allah knows our conditions gives us patience with Allah’s decision.

>  Tak semua yang duka itu derita. Tak semua yang kecewa itu sengsara kerana disebalik duka dan kecewa, ada bahagia kurniaan Yang Maha Esa.

>  Ujian itu adalah tanda Dia sedang memerhatikan kita, maka bersyukurlah kerana kita tergolong dalam kalangan hamba yang mendapat perhatian dari-Nya.

So, senyumlah wahai sahabat-sahabat =)


Kesimpulan daripada perkongsian kali ini, sesungguhnya kebahagiaan yang dimiliki semasa minggu pertama Ramadhan adalah anugerah dari-Nya, dan ujian semasa minggu kedua Ramadhan adalah tanda kasih sayang-Nya kepada kita. Optimiskan diri kita apabila berada dalam mana-mana situasi sepanjang Ramadhan ini ya. Allah swt itu tidak kejam andai kita disakiti dan terluka parah. Segala apa yang terjadi, tanda kasihnya Dia kepada kita sekalian hamba-Nya.

Allah swt sedang membelai kita dengan kasih-Nya. Allah... tersenyumlah sahabat :)


: terasa sedih apabila seorang sahabat daripada UIA berpesan semalam, ‘nikmati  Ramadhan last di DQ sebaiknya.’ Allah… benarlah, ni tahun akhir di Darul Quran, kampus tarbiah yang AMAT disayangi kerana di sinilah saya mendapat tarbiah dan membentuk sahsiah diri sebagai muslimah sejak saya berhijrah…


: sangat sedih, mengharapkan biah solehah ( suasana solehah ) DQ akan terus terpelihara hingga akhir zaman. Bak kata ustaz saya, Inilah salah satu kampus yang menawarkan Diploma Tahfiz dan yang mengajarkan ilmu Qiraat secara terperinci.:

: cepat sangat masa berlalu… saya sangat sayangkan kampus tarbiah ini . Moga kesemua pensyarah dan kakitangan Darul Quran dirahmati Allah swt selalu. Syukran kathyra kerana mendidik kami .:

Akhir kalam, salam kerinduan dan kemaafan atas segala kesilapan dan kekurangan diri ini dalam perkongsian terbaru ini. Jaga diri baik-baik ya. Selamat berpuasa dan selamat ‘memborong’ pahala untuk bekalan ke syurga. Allahumma amin. :)