Saturday 29 December 2012

PUISI : CINTA ILAHI CINTA INSANI






Ku lihat langit biru,
Tiada cinta yang ku temu,
Melainkan hanyalah satu,
Cinta DIA Pencipta diriku.

Kala ku terasa sepi,
DIA lah pengubat hati,
DIA lah bawa ku kenali,
Sinaran ‘Cahaya’ hidup ini.

Ya Ilahi ku bersyukur pada Mu,
Gelapnya hidupku kini disinari ‘cahaya’ itu,
Harapan dihatiku kini cuma satu,
Moga ‘cahaya’ itu terus menyuluhi kehidupanku.

Pabila ku jalani liku-liku hidup ini,
Tidak ku sedari hadirnya cinta insani,
Mula mengetuk pintu hati ini,
Tika ku serah segala pada Ilahi.
Tika bunga-bunga cinta ku hanya buat Ilahi.

Penuh harap ku berdoa pada Mu Ya Rabbi,
Sucikanlah cinta di hati hamba Mu ini,
Dari debu-debu dosa duniawi,
Dan bukan cinta dinodai nafsu,
Bahkan cinta ini suci hanya kerana Mu.

Ya Allah Ya Tuhanku,
Ku sujud atas sejadah cinta Mu,
Merintih merayu mengharap petunjuk Mu,
Agar cinta ini bukan cinta palsu,
Iringkanlah cinta ini bersama bunga redha Mu,
Moga kekal abadi hingga ke syurga Mu.


[ tercipta puisi ini pada 24/12/2012, di rumah Kelantan, time cuti mid sem4 ]



p/s : kawan-kawan, putera puteri yang ana cintai, sekiranya di usia remaja ini kalian sedari telah jatuh cinta pada seseorang, usah tergesa-gesa melafazkannya kepada dia. Jika benar merasakan cinta yang berputik itu mahu di bawa hingga ke alam perkahwinan seterusnya syurga firdausi, maka didiklah cinta insani itu menuju redha Allah swt. 

            Amat indah maksud redha Allah swt ini. Kerana disebalik ‘redha Allah swt’ Dia telah sediakan kebahagiaan terindah buat hamba-hamba Nya. So, jangan pernah mengambil enteng perihal redha. Siapa tak nak menikmati kebahagiaan indah bagai di syurga Firdausi sana.

Doa ana, moga remaja seusia dan seangkatan dengan ana, bimbinglah cinta hati sebaik-baiknya dengan iman dan takwa. Moga Allah swt sentiasa bersama kalian dalam menguruskan cinta insani. =)

Salam cinta kerana Ilahi by Permata Alwalidaini.

1 comment: