Monday 28 December 2015

Hikmah Jatuh

Bismillahirrahmanirrahim...

Kadang Allah swt sengaja' jatuhkan' kita,
supaya kita pandai mengasihani orang yang pernah jatuh seperti kita.
supaya kita tak pandang hina apabila dia datang kepada kita.
supaya kita KASIHKAN mereka.
kerana kita akan sedar, kita dan mereka SAMA.
supaya kita akan doakan dia DISAYANGI ALLAH SWT JUGA.

Renungan semalam. Syukur pada-Nya. :)

Pandang ke hadapan.

Salam sebarkan kasih sayang.
<3

Saturday 19 December 2015

Satu Perjalanan



Bismillahirrahmanirrahim...

Menaiki KTM hari ini pulang ke Gombak.
Terlintas... Hidup ini satu perjalanan.

Seperti perjalanan aku di dalam Ktm ini.

Begitu banyak destinasi harus aku singgah dan lalui.
Walau bukan itu aku mahu, aku harus lalui juga sebelum tiba di destinasiku.

Begitu juga hidup ini.

Banyak kita harus lalui. Boleh jadi ujian, kesakitan, kesempitan hidup, kepayahan mendapatkan sesuatu, kelukaan, kehilangan, dan sebagainya.

Kita harus dan wajib tempuhi semua itu. Walau jiwa meronta tak mahu.

Berapa ramai insan hari ini lemah, tersungkur, rebah, tatkala terpaksa harungi semua itu?

Ramai.

Hingga memilih jalan 'short cut'. Untuk mendapatkan kesenangan dan kebahagiaan dengan segera.

Wahai teman dan insan, pasrahkan hati dan kuatkan diri menempuhi semua itu.
Ujian kehidupan.

Jika terasa benar-benar tak mampu. Kata pada diri, "AKU ADA ALLAH"

Rasakan kewujudan-Nya disisi kita. Kuatlah dengan-Nya.

لا يكلف الله نفسا إلا وسعها

(Al-Baqarah : 287)

Sabarlah. Allah menjanjikan kebaikan bagi mukmin yang bersabar. Perjalanan kita di dunia adalah satu perjalanan menggapai kebahagiaan abadi di akhirat.
Mudahan sepanjang perjalanan ini kita harungi dengan iman dan taqwa. Aamiin.

Setiap kali dalam ktm dan bersendiri, terasa nak berjalan jauh dan jauh lagi. Berjalan menaiki pengangkutan awam sebegitu sambil melihat segala ciptaan Tuhan. Kemudian, merungkai dan belajar erti kehidupan disebalik semua itu. Meneroka kehidupan penuh penghambaan.



Darul Quran Jakim,
Medan tarbiyah yang sangat dirindui.
Ini juga satu perjalanan.
Satu perjalanan tarbiyah.
Terima kasih Allah.

Mudahan Allah akan tarbiyah diri ini lagi. Islah diri. Menghitung hari.



191215
0112pm
Gombak

.

Tuesday 15 December 2015

Bingkisan Rindu

Bismillahirrahmanirrahim...

Petang tadi menerima mesej Whatsapp dari sahabat sekolah lama. Dah bergelar puan dan bakal bergelar ummi. *cepat betul masa berlalu*

"Umie, blog awak kan menanti sinar ilahi."

"Ya. Blog saya. Kenapa wak?"

"Tadi search pasal umrah, keluar blog umie. Patut ada nama umie. Umie dah g umrah ek? Bestnye!"

MasyaAllah. Dalam hati 'kalau benar dah pergi, pasti lebih banyak saya kongsi.

Tidak semena-mena malam ini air mata mengalir. Mengalir kerana rindukan tanah suci. Mengalir kerana risau tak sempat bawa mak abah ke sana. Allahurabbi...
Usai doa, saya hanya tahu satu perkara saja saya boleh buat untuk leraikan rindu ini. Pantas dicapai buku Nota Madinah berdekatan katil  dan saya membelek secara rawak helaiannya.

"Jika dosa terhapus, masa yang tinggal sangat suntuk dan impian kita mahu ke Syurga Firdausi tentu tercapai, maka perlukah kita membuat dosa-dosa baharu?
Agak ironi melihat manusia tidak mahu berfikir betapa secara hakikatnya ibadah haji dan umrah merupakan anugerah Allah swt agar manusia tidak terhumban ke neraka. Ia seolah-olah jalan pintas ke Syurga."

Allahuakbar. Bait-bait ayat ini menjadi tatapan mata ketika itu. Ayat ini menimbulkan rasa cemburu dalam jiwa! :'(

Maka bersyukurlah sesiapa berpeluang ke sana. Maka hargailah peluang yang Allah swt bentangkan. Manfaatkan ia sebaik mungkin untuk menjadi ahli syurga. Teruslah menzahirkan akhlak baik bukan sahaja sepanjang berada di sana malah setelah pulang ke tanah air. Insyaallah mudahan kekal terpilih menjadi ahli syurga dengan mempertahankan hidup tanpa dosa sebagaimana di Makkah. Aamiin.

Perasaan rindu dan harapan yang bersisa di jiwa ini hanya Dia yang memahami. Mahu ke sana bukan semata mahu melepaskan kerinduan. Mahu ke sana bersama sebuah harapan terhadap ayahanda bonda. Harapan sebelum meninggal dunia. Mohon doakan Allah luaskan dan lapangkan rezeki buat saya dan kita semua untuk ke sana.

Beberapa minggu lalu saya chatting dengan Kak Wanis atau Hikmatul Islam. Dia bagitahu abangnya, Rusydee @ Abang Bikai akan pergi menunaikan ibadah umrah bersama mak ayahnya bulan ini. (Mungkin dah pergi). Yang mengagumkan saya beliau ke sana dengan rezeki Allah swt melalui jualan bukunya Tunangku Tidak Tampan.

SubhanaAllah. Rezeki dan kuasa Allah swt kan. Luar kemampuan kita. Terinspirasi sungguh. Teringin juga nak bawa mak ayah ke sana dengan hasil usaha sendiri. Insyaallah biiznillah. Aamiin. Buat kejutan untuk mak ayah. Pasti bahagianya jiwa. Allah.

Mak angkat juga pernah pesan "Kalau balqis nak ke sana, selalulah sebut nak pergi Makkah."

Mak pesan sebegitu sebab mak pernah melaluinya sendiri. Jika jiran tetangga tanya mak nak pergi bercuti ke mana setiap tahun, mak akan jawab nak ke Makkah. Tahun itu kerap kali mak sebut sebegitu.

Tak lama kemudian, mak benar-benar direzekikan ke sana. SubhanaAllah. Itulah kuasa kata-kata ia menjadi satu doa. Sebab itu kita disarankan berkata yang baik-baik saja. Allah swt Maha Berkuasa atas segala, maka kita juga harus doa. Minta dan minta sentiasa. Allah swt akan beri kalau kita bersungguh-sungguh mahukannya.

ما طلب لك شيئ مثل الضطرار ولا أسرع بالمواهب اليك مثل الذلة والافتقار

"Tidak  ada yang menyegerakan (terkabulnya doa) kecuali saat terdesak, dan tidak ada yang  dapat mempercepat tibanya pemberian Allah kepadamu kecuali rasa rendah diri serta sikap memerlukan."
(Kitab Hikam, 117)

Rasanya sampai disini sahaja coretan berisikan kerinduan pada Tanah Suci Makkah. Mudahan impian kita semua nak ke sana Allah kabulkan sebelum meninggal dunia. Allahumma aamiin.



Ukm
0950 pm
151215

Friday 6 November 2015

Hebatnya Hidup Bertuhan!



Bismillahirrahmanirrahim...

Hati terasa mahu dibelai oleh ayat suci Al-Quran. Selesai membaca, saya membelek mana-mana muka surat dan membaca tafsirnya.  Hingga ditemukan dengan ayat yang boleh memujuk jiwa. Saya tahu, Allah akan bantu saya. Terus mencari dan membaca.

Halaman surah Al-An'am diselak. Tafsir ayat dibaca bermula dari ayat 133. Tiba di tafsir ayat ke 134, alhamdulillah terasa terpujuk akhirnya.

"Sesungguhnya apa pun yang dijanjikan kepadamu pasti datang dan kamu tidak mampu menolaknya."

MasyaAllah. Allahuakbar. Maha Suci Allah yang mengetahui segala di dalam hati hambanya. Mengetahui segala rasa di jiwa hambanya. Mengetahui hambanya sedang bersabar menempuh ujian dunia yang tidak pernah terduga. Mengetahui hambanya mahu dipujuk oleh ayat suciNya.

Sejurus membaca ayat itu, jiwa terasa lapang. Kekusutan terasa terlerai semua.

Iya. Allah swt sendiri sudah berkata, apapun yang telah dijanjikan kepada kita pasti akan datang kepada kita. Dan ketika itu kita tiada kuasa menolaknya. Melainkan harus menerimanya dengan redha. Harunginya!

Sesukar, seperit, seberat dan sesedih manapun cabaran kehidupan yang terpaksa kita depani, sabarkan hati. Redhakan diri. Pasakkan keyakinan semuanya akan berakhir jua. Semuanya akan berlalu pergi selepas ini. Yang penting kita beranikan diri melaluinya. Jangan pula kita melarikan diri. Ini kerana setiap kita telah dijanjikan ujian tersendiri. Yakin pada Allah swt.

Teringat antara nasihat  pensyarah saya beberapa minggu lepas, Ust Salasiah dalam kuliah Pembangunan Islam dan Perubahan Sosiobudaya.

 "Satu masa nanti kamu sendiri tidak akan percaya kamu dah berjaya lalui pelbagai ujian dan masalah. Padahal semasa dapat ujian tu kamu rasa ujian tu beratnya bagi kamu. Tetapi kamu dah berjaya laluinya hingga hari ini kamu dah bahagia dengan kehidupan baru."

Setuju sangat dengan ustazah. Suatu masa nanti kita akan bersyukur kerana kita dah berjaya harungi banyak masalah besar dalam kehidupan kita. Hebatkan. Yakin pada Allah swt. Selagi kita beriman padaNya, yakin akan kekuasaan serta janjiNya, pasti kita akan tabah dan sabar sentiasa. Kita tahu Allah akan bantu!

Sapulah airmatamu duhai sekalian teman yang sedang diuji. Jika terasa amat berat bebanan ujian itu, bangkitlah di sepertiga malam.

Di sujudmu, mengadu dan cerita satu persatu apa yang ada dikalbumu. Ceritalah dan luahlah pada Allah swt sehingga diri menangis teresak-esak. Rendahkan diri dan akui kelemahan diri kita. Bahawa kita tak kuat mengharungi ujian berat tanpa bantuanNya.

"Sedarilah akan sifat-sifat (kekurangan mu) nescaya Allah akan membantumu dengan kesempurnaan sifatNya. Akuilah kehinaan dirimu di hadapan Allah, nescaya Allah akan membantumu dengan kemuliaan-Nya.

Akuilah semua ketidakberdayaan mu, nescaya Allah akan membantumu dengan kekuasaan-Nya. Dan akuilah kelemahanmu, nescaya Allah akan membantumu dengan kekuatan-Nya."
(Kitab Al-Hikam 154 : Akuilah Kelemahan dan Kehinaan Dirimu, Nescaya Allah akan Membantumu)

Kemudian bangkitlah. Jika masih belum puas meluah, sambungnya lagi dalam doa pula. Lepaskan semua! Ketika itu tiada siapa tahu kita sedang menangis melainkan hanya kita dan Dia Yang Maha Mendengar dan Tuhan yang tidak pernah tidur.

Dia sedang melihat kita bersujud mengadu padaNya. Dan tahukah apa yang membuatkan Allah terasa malu pada kita?

Allah akan malu pada kita apabila Dia melihat kita berdoa dan meminta tetapi Dia tidak mengabulkannya, maka senyumlah sayang! :) Lambat cepat saja bezanya.
subhanaAllah.

Maka sabarkan diri dan jiwa ya. Semua akan berlalu. Mudahan kesabaran kita menempuhi ujian kehidupan menjadi asbab kita semakin dekat dan bertaqwa pada Allah swt. Berpeganglah selalu dengan Al-Quran kerana ia penuh dengan rahmat Allah swt.

"Wahai manusia! Sungguh, telah datang kepadamu pelajaran (Al-Quran) dari Tuhanmu, penyembuh bagi penyakit yang ada dalam dada dan petunjuk serta rahmat bagi orang yang beriman." Yunus-57.

Saya mendoakan kita semua dikurniakan jiwa yang tabah dan sabar.  Allahumma aamiin.

~ ~ ~

Sedikit perkongsian kisah saya dan dia. Antara salah satu kehebatan hidup bertuhan.

Usai solat, saya membuka Whatsapp. Menunggu seketika hingga kesemua mesej baru Whatsapp masuk. Bertalu-talu mesej dari pelbagai Group Whatsapp masuk disusuli mesej persendirian. Antaranya mesej dari sahabat kesayangan di bumi Anbiya' sana, Sue (bukan nama sebenar).

"Eh, Sue mesejlah. Sue mesej apa ya?" Kata hati saya dan berasa teruja mahu membaca mesej dari dia.

Dia hanya menghantar icon berbentuk love merah. Semestinya kalian tahu, sebesar manakah icon itu. Hee.

Dengan terujanya saya membalas mesej itu dengan icon yang sama juga bunga mawar merah.

Saya teruja menerima mesej darinya kerana sememangnya diri ini ada mengingati dirinya semalam. Cuma saya tidak memberi mesej padanya.

Hari ini selesai bertemu pensyarah di fakulti, saya sekali lagi membuka Whatspp. Dia membalas mesej saya sebelum ini. "Doakan kita terus sabar dan senyum kat sini." Bersama emoticon love.

SubhanaAllah. Membaca sebaris ayat itu terasa ia menyentak masuk di jiwa saya. Kebetulan sama dengan dirinya.

SubhanaAllah! Hebatnya Ya Rabbi tautan hati kami ini.

Walhal saya cuma teringatkan dia sepintas lalu. Tetapi Allah gerakkan hatinya untuk menghantar mesej sedemikian kepada saya.

Entah sudah ke berapa kali seperti ini. Sungguh kuat tautan hati kami walaupun terpisah dua negara. Jika kita kasih dan menyayangi dengan ikhlas, jarak jauh bukan alasan untuk terus mengasihi. :) Juga mentautkan hati. Terima kasih Rabbi.

Pendek kata satu hati disana berduka, hati disini turut merasainya. Biarpun tak pernah saling berkongsi kedukaan itu secara depan dan terangan. Sense dua jiwa itu amat kuat.

Membaca ayat itu sudah saya ketahui pasti dia sedang diuji Allah swt dan dalam kesedihan. Lalu saya menghubunginya. Kali pertama, tak berangkat. Begitu jua kali kedua.

Akhirnya dia menghubungi saya semula.

MasyaAllah. Di hujung talian kedengaran suaranya serak-serak basah. Sepertinya dia sedang menahan sebak.

Perasaan ketika itu, usah dikata. Pastilah membuatkan  jiwa ini mahu memeluk dirinya! Namun, mustahil. Dia tiada di depan mata. Dia amat jauh disana! :'(

Lama kami saling memberi nasihat dan kongsi apa yang pernah terlintas di minda. Biarpun tidak berkongsi masalah masing-masing.

"SUE, nak tahu tak. Macam semalam kan, kita tetiba terfikir dunia ini menyakitkan, kan? Teringat Rasulullah saw yang selalu diuji. Ujian baginda lagi berat dan hebat kot dari kita ni. Mesti baginda terasa tak sabar dan rindu nak masuk syurga kan apabila diuji begini di dunia."

"Eh samalah kita! Kita pun ada terfikir sebegitu. Nasib baik juga kita hidup ni bertuhan kan. Inilah kekuatan kita untuk menempuh ujian. Kalau mereka yang tidak percayakan tuhan kan mesti dah bunuh diri dan lemah."

"Sue. Ish, sama lagi kita ni. Hee. Betul. Mereka yang tidak percayakan Tuhan mesti dah ambil jalan mudah apabila ditimpa ujian hingga memilih jalan membunuh diri."

SubhanaAllah. Rindu! Sungguh rindu nak berdua dengannya dan saling berkongsi nasihat mengagungkan dan mengingatkan tentang Allah swt. Seperti itu!

"Ni buat kita tak sabar ni." Luah dia di hujung talian.

Saya gelak kecil. "Haa tahu tak apa. Cepatlah balik. Tak sabar nak jumpa!"

Ya. Apabila kita serahkan Allah jagakan sahabat atau insan kesayangan kita nun jauh disana, setiap detikan hati kita atau dia, samada sedang mengingati, merindui atau sedang berduka, pasti jiwa satu lagi turut merasa. Hebatkan kuasa Allah. Jauh macam mana pun, saling dapat merasa. Malah semakin kasih dan cinta. SubhanaAllah. :)

Marilah kita sama-sama merasai kehebatan hidup bertuhankan Allah Yang Maha Agung.

Salam Sayang :)

Ukm
Jumaat Barakah
061115


Tuesday 27 October 2015

Merancang Mati Untuk 'Hidup'





Bismillahirrahmanirrahim...


Dalam Lrt, saya kagum melihat dua remaja di hadapan saya membaca buku nota SPM. Lantas teringat buku yang saya bawa dalam beg.
Saya membelek tajuk yang belum dibaca. " Merancang mati untuk 'hidup' "

Fuh! Tajuk itu kena betul dengan keadaan diri sering dihambat rasa takut akan kematian. "Perancangan untuk hidup perlu. Tetapi perancangan untuk mati LEBIH PERLU."
Membaca tulisan Us Pahrol itu berjaya membuat saya termenung sejenak.

Benar, kita sering merancang keperluan hidup kita di dunia ini tapi adakah kita juga merancang keperluan untuk mati?

Ibadah?
Amalan sunat?
Ilmu yang dimanfaatkan?
Amar maaruf?

Tamsilnya, Kita sibuk sekali membeli itu dan ini untuk melengkapkan keperluan rumah kita tetapi bagaimana 'perbelanjaan' kita untuk mendapatkan syurga yang sempurna?

Kita harus berbelanja dan melabur disini kerana PERSEDIAAN UNTUK HIDUP DISANA PERLU DIBUAT DISINI.

Hm.

Bayangkan diri sendiri menghadapi kematian, berbalut kain putih, boleh menginsafkan diri. 😢

Friday 18 September 2015

Kita Memberi, Allah Memberi!



Bismillahirrahmanirrahim...

Khairul : Fiq, aku tengok kau asyik makan lauk sama je tiap hari. Nasi putih vs telur kicap. Itu kegemaran kau ke?

Taufiq : (Senyum) Takdalah kegemaran tapi suka la jugak.

Khairul : Ohya, weh jom malam ni follow aku pergi makan kat luar. Sekali sekala merasa makanan mahal sikit.

Taufiq : Takpelah. Aku ada kerja kena selesaikan. Terima kasih ajak aku.

Taufiq cuba menolak dengan baik perlawaan sahabatnya itu. Dia tahu Khairul orang berada jadi tiada masalah untuknya mengubah selera makan di tempat mahal. Berbeza dengannya perlu berjimat cermat.

Sedang Taufiq menyuapkan nasi ke mulut, tidak semena-mena bajunya di tarik perlahan.

"Assalamualaikum abang... Saya nak minta sedekah. Bang, saya dah dua hari tak makan. Tolong saya bang..." Luah remaja lelaki berkulit gelap dan berkopiah.

Taufiq sedikit tersedak. Dia memandang wajah remaja itu. Benar, kelihatan pucat dan tidak bermaya.

Taufiq tanpa berfikir panjang terus mengeluarkan dompet dari kocek seluar. Dibukanya dan dia mendapati hanya ada sekeping not RM10.

Dihulurkan kepada remaja itu tanpa rasa teragak-agak sedikit pun.

"Bang, terima kasih sangat bang. Saya doakan moga Allah memurahkan rezeki kepada abang. Aamiin." Remaja itu mengaminkan doanya sebelum berlalu.

Khairul : Fiq, asal kau bagi kat budak tu? Aku tertengok tadi, itu je duit yang kau ada.

Taufiq : Iya, memang itu je duit aku yang tinggal. Aku yakin Allah swt akan bantu aku nanti. Rasa macam berdosa, depan aku ni dah terhidang makanan, sedangkan dia berlapar. Jadi takkan tak nak bantu kan. Budak tu saudara Muslim kita jugak.

Khairul : Kau ni, baik sangat. Aku teringin jugak nak tahu apa yang buat kau yakin sangat? Selalu je aku tengok kau suka bagi pada orang apa yang kau ada biarpun masa tu kau sendiri dalam kesempitan.

Taufiq tersenyum seketika sebelum menjawab pertanyaan Khairul.

Namun, belum sempat dia meneruskan bicara, telefon bimbitnya berdering.

"Assalamualaikum, boleh saya bercakap dengan Saudara Taufiq Hidayatullah?"

"Wsalam wrm wbt, ya saya bercakap."

"Oh. Saudara, saya dari pihak Hammasah Production ingin mengucapkan tahniah kepada saudara atas kejayaan saudara dalam pertandingan video dakwah anjuran kami. Video saudara telah mendapat tempat pertama dan akan menerima hadiah berupa wang tunai RM 1000. Justeru, kami ingin menjemput saudara ke majlis penyerahan hadiah pada.... bla bla bla..."

Mendengarkan berita itu, Taufiq tidak berhenti melafazkan rasa syukur dalam hati. Dia mengerling ke arah Khairul.

Taufiq : Aku yakin sebab sejak kecil, aku  dah biasa melihat ummi aku berbuat macam tu. Setiap kali dia memberi kepada yang lebih memerlukan, mesti tak lama lepas tu Allah swt berikan rezeki dari arah yang tak disangka-sangka kepadanya. Pendek kata, didikan ummi aku.

Itulah pentingnya cari pasangan yang baik-baik. Faham agama. Dia akan membentuk anak-anak kita kelak. Eh macam lari topik pulak. Haha.

Janganlah takut nak memberi, sebab Allah pasti akan gantikan ia dengan sesuatu yang lebih baik. Kalau tak di dunia pun, Allah dah berfirman dalam surah Al-An'am aat 160. Sesiapa membuat amal kebaikan itu maka baginya 10 kali ganda pahala amalnya.

من جاء بالحسنة فله عشر امثالها

Dapat ganjaran di akhirat lagi syok!

Khairul mengangguk dan mengagumi dalam diam.

Khairul : Tapi betullah kata kau tu. Sebab ayah kau pilih mak kau, dan dari didikan mak kau maka terlahirlah sikap pemurah dalam diri kau. Aku respectlah sama kau dan mak kau!

Tengok, tak sampai 5 minit Allah swt dah gandakan sedekah kau tadi jadi RM 1000.

Khairul menepuk-tepuk bahu Taufiq. Dia mensyukuri dipertemukan sahabat seperti Taufiq.

:-)

Nukilan : Umie Balqis Sanusi

Tuesday 25 August 2015

Teroka


.... بسم الله الرحمن الحيم



Jika kita dapat meneroka fikiran ayahanda dan bonda kita,

Agak, kita sanggup lagi tak nak kusutkan fikiran mereka dengan karenah kita?

Dengan sikap degil kita?

Dengan sikap bercakap kasar kita?

Dengan permintaan besar kita semata-mata untuk dipenuhi kemahuan diri?

Rasa,
Kalaulah dapat kita menjadi manusia kecil dan menjalar masuk dalam minda mereka, kita akan temui pelbagai perkara yang mereka fikirkan untuk zuriat mereka... Apa yang difikirkan mereka setiap minit, jam dan hari.

Pasti kita takkan SANGGUP membebani mereka, mengusutkan kehidupan mereka dan mahu memberi mereka BAHAGIA saja.

Mak ayah makin tua, luaran saja nampak mereka gagah bekerja, hakikatnya pasti mereka terasa lelah.

Allahurabbi... Tulisan ini saya nukilkan dan terasa ingin kongsikan, apabila tetiba terfikir andailah saya dapat tahu apa di fikiran ibu ayah saya selama ini...


Mari kita menjadi anak yang baik buat mereka. Sentiasa mendoakan mereka. Jika tak berkesempatan balas jasa mereka di dunia, harapnya mereka beroleh bahagia di sana. Kerana doa ikhlas kita dan kerana RAHMAT Ilahi.

Muhasabah sendiri.



Gombak
250815
0827 am

Sunday 23 August 2015

Perindu Baitullah



Bismillahirrahmanirrahim...

Mata saya mengembara lagi ke helaian baru "Kubah hijau sangat sinonim dengan Masjid Nabawi. Di bawahnya terletak kawasan rumah Baginda saw bersama Aisyah r.a bersebelahan dengan Raudhah salah satu tempat yang dirindui oleh umat Islam."

Selesai membaca tulisan itu di bawah gambar Masjid Nabawi, bergenang air mata saya... Terbayang sirah kehidupan Rasulullah saw. Entah rasa apa yang menyelinap masuk di segenap kalbu ini.

Tatkala saya memulakan perkongsian ini, saya baru sahaja bangkit dari tidur dan mimpi. SubhanaAllah, Maha Kuasa Allah, apabila terjaga saya merasakan sepertinya mimpi itu suatu realiti. Saya benar-benar berpijak di tanah suci Makkah. SubhanaAllah.

Barangkali kerana sebelum tidur tadi saya membaca buku Nota Dari Madinah, terbawa-bawa hingga dalam mimpi. Namun, sedikit sebanyak mengubat kerinduan yang sedang membuak terhadap Makkah dan Madinah.

Ingin saya kongsikan, perasaan rindu ini terhadap tanah suci mula hadir pada bulan Ramadhan lalu. Begitu juga rindu saya pada Rasulullah saw. Sebagaimana dalam post sebelum ini. Tidak saya sangka pula, ia semakin mekar di kalbu ini hingga kini. Allahuakbar... Allahumma solli ala Muhammad.

Kuatnya rindu ini walhal saya tidak pernah berpijak ke sana dan menemui baginda saw. Disebabkan itu, saya sangat bersyukur diizinkan Ilahi menjalani ibadah puasa Ramadhan lalu. Beberapa perkara berlaku menjadikan ia Ramadhan paling indah sepanjang hidup ini. Allahuakbar. Allahuakbar. Alhamdulillah.

Jikalau saya berpeluang berpuasa dan menyambut Ramadhan di sana, pasti ia menjadi lebih indah lagi berbanding Ramadhan tahun ini. InsyaAllah, moga Allah izinkan dan memakbulkan harapan berbentuk tulisan ini. Tahun hadapan, mudahan. Allahumma aamiin.

"Benar, Makkah dan Madinah merupakan dua kota yang sangat dirindui oleh umat Islam. Ajaibnya... ada yang tidak pernah sampai ke sini, tetapi 'tergila-gila' merinduinya" Allahurabbi. Termasuk jua diri saya.

Setiap kali saya melihat gambar dan menonton video di Makkah melalui Instagram, hati saya merasa sebak dan mengagumi keindahan tanah haram itu. Apatah lagi apabila mendengar laungan azan disana, usah dikata sebaknya dalam jiwa. Hanya hati bersuara dan mengungkapkan lafaz suci.

SubhanaAllah, saya tahu ramai lagi umat Islam seperti saya, merinduinya. Moga Allah swt mengizinkan kita ke sana. Aamiin3.

Jika selama ini, sering saya mengirim doa kepada sahabat dan kenalan yang telah ke sana tetapi kali ini lain rasanya. Teringin sungguh mahu meminta dan merayu penuh pengharapan dengan lisan sendiri di sana! Mahu meluahkan segala yang terbuku selama ini. Mahu berdoa sungguh-sungguh.

Bersyukurlah bagi kalian yang sudah dipilih Allah swt dan dimurahkan rezeki ke sana ya. Tersenyumlah kalian atas nikmat itu kerana hari ini ramai sedang menaruh hajat mahu ke sana. Pasti, ramai juga sudah lama merancang namun belum diizinkan. Hanya yang terpilih mendapat kelulusan Allah swt.

Namun, cuba tanya pada diri, sejauh mana ia memberi kesan kepada perubahan jiwa dan perasaan menjalani kehidupan di tanah air setelah pulang dari sana? Persoalan ini khas buat mereka yang sudah ke sana. :-)

Ibadat ini sebenarnya merupakan anugerah dari Allah swt yang membolehkan manusia lebih dekat dengan-Nya. Serta ia boleh membawa manusia ke syurga.

Abu Hurairah r.a menyatakan Rasulullah saw bersabda :

" Siapa yang mendatangi rumah ini (menunaikan ibadah haji atau umrah) tanpa merosaknya dengan perbuatan dan perkataan kotor, serta tidak membuat maksiat, maka dia kembali pada keadannya seperti baru lahir (bersih daripada dosa).
(Riwayat Muslim)

SubhanaAllah... Luar biasa kesan ibadat ini jika sempurna perlaksanaannya. Sifat-Nya Ghaffar, diakui. Maha Pengampun.

"Bagi mereka yang datangnya beribu batu untuk bermusafir dan beramal ibadat di Makkah dan Madinah, maka biarlah ia menjadi satu pengalaman yang boleh mengubah sempadan IMAN."

Benar, permusafiran yang amat jauh itu usah dipersia. Jika tahun ini, berpeluang berpijak ke sana, tahun akan datang belum tentu diizinkan lagi walau wang bertimbun. Biarpun kita beranggapan bila-bila masa boleh ziarah lagi.

Maka, bersyukurlah kalian...

Bersyukurlah kalian yang telah diberi kesempatan itu. Apatah lagi yang ke sana di usia muda. Saya cemburu dengan kalian.

Maka...

Lafazkan syukur sepenuh jiwa... Saya mendoakan kalian terus dipertingkatkan iman dan taqwa pada-Nya. Aamiin.

Biarlah rindu ini terus mekar jika ia satu wasilah untuk saya dan kita lebih tinggi pengharapan pada-Nya memakbulkan hajat ini. Aamiin.

Saya yakin, Allah telah rencanakan yang TERBAIK untuk saya. Juga jalan dan cara ke sana kelak. Kini, perlu berdoa. :-) InsyaAllah, sesama kita saling mendoakan.

Semalam saya ke MPH, puas mencari buku yang dikirim oleh sahabat, tidak ditemui. Lalu saya ditemukan jodoh dengan buku "Nota Dari Madinah", apa lagi... Saya terus membelek-belek ia. Saya lebih fokus kepada gambar-gambar kerana waktu yang terbatas. Setiap kali membaca tulisan di bawah gambar, pasti berselawat kepada Nabi Muhammad saw dalam hati. Secara spontan. Allahu.. Allahumma solli ala Muhammad... Allahuakbar.

Lalu, saya jatuh cinta pada buku itu dan memilih untuk memilikinya! Seiring kerinduan pada Makkah dan Madinah yang sedang dirasai.

Syukur Allah swt mempertemukan dengan buku sedemikian yang banyak menekankan kepada persediaan sebelum berlepas ke sana agar kita tidak mengulangi kesilapan biasa dilakukan jemaah sebelumnya, bagi merasai nikmat beribadat di sana. Lantas memperoleh ganjaran yang dijanjikan Allah swt. (Rujuk hadis di atas)

Ibadat yang memberi kesan dan perubahan dalam diri walaupun telah pulang ke tanah air, itulah yang terbaik. Jangan pula kita menjadi seperti kata-kata Muhd Shukri Daud, MSD Travel & Tour Sdn.Bhd "Pergi bagaikan malaikat, pulang umpama syaitan." Nauzubillahi min zalik.

Nanti bacalah buku ini bagi yang belum memilikinya. Saya juga baru mula membaca. Semoga kita memperoleh manfaat yang melimpah melalui perkongsian Ustaz Muhd Kamil Ibrahim dan isteri, Roza Roslan.

Juga, semoga Allah swt membuka jalan dan peluang yang luas untuk kita ke tanah suci Makkah. Allahumma aamiin.

Selamat menunaikan ibadah haji buat sekalian umat Islam, moga mendapat haji yang mabrur. Aamiin :-)

Rasanya sampai di sini sahaja perkongsian saya kali ini.

Salam kemaafan dan salam kerinduan.

Moga dalam jagaan Allah swt semuanya. Aamiin.


♡Perindu Baitullah♡


230815
Gombak

Saturday 4 July 2015

Hargaikah kita Perjuangan Rasulullah?



Bismillahirrahmanirrahim...


Alhamdulillah, alhamdulillah. Syukur atas ke hadrat Ilahi, masih berpeluang kita bersama Ramadhan.

Ketika ini, saya sedang mendengar qasidah Muhammadiah. Sementelah mendengar qasidah ini, membuatkan kerinduan pada Nabi Muhammd saw semakin bertambah.
Allahu allah... Indah sungguh perasaan ini Ya Karim. Alhamdulillah.

Sebelum tiba Ramadhan, saya gemar sekali mendengar nasyid Labbaikallah nyanyian Opick. Membuatkan jiwa berkobar mahu menyambut kehadiran Ramadhan sebagaimana kobaran jiwa para jemaah haji di Tanah Suci.

Apabila memasuki Ramadhan, Allah swt telah mencampakkan perasan rindu pada kekasihNya. Ia terbit sejurus saya menonton dan mendengar nasyid rancangan Tv Khawater. Itu pun secara tak sengaja bertemu video itu.
Sehingga hari ini rasa rindu itu masih berbuah. Alhamdulillah. Pernah berdoa padaNya sampaikanlah salamku dan kerinduanku pada baginda Ya Rahim...

Pernah juga berdoa, meminta denganNya, izinkan bertemu Rasulullah saw atau mendengar nasihat baginda, walau sebaris ayat. Sebagaimana permintaam saya sewaktu pemergian TGNA.

Namun, belum rezeki saya. Siapalah saya ini... Mahu bertemu insan agung itu. Saya hanyalah insan yang bersalut dosa-dosa silam. Tidak layak untuk itu... Tetapi, sungguh rindu pada baginda.

Lantaran rindu ini, sesekali saya terfikir, bagaimanalah kehidupan pada zaman Nabi ya, apabila saya melihat para penduduk Makkah di kaca televisyen. Terbayang kisah sejarah dan perjuangan pada zaman baginda.

Saya juga tertanya, bagaimanalah perasaan rindu para sahabat selepas pemergian Rasulullah saw? Pasti, kerinduan mereka lebih mendalam. Berbanding rindu saya ini... Tetapi, sungguh saya rindu... Allah...

Mereka pernah berdamping dengan baginda, mendengar bicara baginda, berperang bersama baginda, membantu perjuangan baginda, mengasihi baginda dan pelbagai lagi.

Teringat saya akan kisah seorang bilal, Bilal bin Rabah, tidak lagi melaungkan azan setelah wafat Rasulullah saw. Hingga menangis apabila melaungkan azan.
Begitu sekali kerinduannya. Melalui kisah itu cukup menggambarkan kerinduan di jiwa mereka.

Kita, umat baginda yang kini sedang merasai nikmat Islam dan iman hasil perjuangan baginda, bagaimana pula?

Tidak pernahkah kita terfikir, bagaimana aku boleh menghargai dua nikmat ini sebagai penghargaan kepada Rasulullah saw?

Baginda dahulu, menempuhi dan bermandikan darah dalam pelbagai peperangan demi menegakkan dan menyebarkan Islam. Wajah baginda pernah terluka, gigi baginda tanggal, Hamzah-bapa saudara baginda-gugur, dan perut baginda lapar.
Tidak terhimpun padanya kecuali rasa sabar dan mengharapkan pahala, bersyukur dan redha.
Tatkala terluka, baginda berdoa "Ya Allah, ampunilah kaumku, kerana sesungguhnya mereka tidak mengetahui."

Tetapi apa yang kita lakukan kepada Islam hari ini?!

Allahurabbi... Sedih rasanya apabila melihat Islam hari ini. Andai kita berasa sedih, cuba bayangkan, bagaimana pula rasa sedih baginda?!

Analogi ringkas saya buatkan. Cuba tempatkan diri kita dalam keadaan ini.

Kita mempunyai impian mahu mendirikan sebuah syarikat besar terkemuka. Apabila dewasa, kita berusaha keras. Kerja sana, kerja sini. Timba ilmu dimana jua. Kita pernah diherdik, dimaki, diperlekehkan, namun hadap saja demi impian itu.

Satu masa, berjaya mencipta nama dan syarikat besar atas USAHA GIGIH, dan PENAT LELAH.
Namun, kini syarikat yang gah dulunya, hilang kemegahannya. Nama itu telah dicemari sedikit demi sedikit oleh orang suruhan kita sendiri. Orang yang dipercayai untuk bersama menjaga amanah ini.

Haaa... Apa perasaan kita ketika itu?!

Umpamakan, kitalah orang yang dipercayai itu. Umat yang dipercayai Nabi Muhammad saw untuk menjaga kesucian Islam.

Tepuk dada, tanyalah imanmu.

Muhasabah kita bersama.

Akhir kata, moga coretan ringkas ini menjadi asbab Allah swt mencampakkan kesedaran serta kerinduan kita pada Nabi Muhammad saw. Lantas, belajar untuk menghargai perjuangan baginda. Serta melakukan sesuatu untuk sebarkan Islam. Aamiin.

Salam kerinduan.


17 Ramadhan.
040615
Gombak

Saturday 13 June 2015

Makkah & Ramadhan Kareem


Bismillahirrahmanirrahim...



Sedang Aisya menikmati makan petang di kamar asrama, dia menerima satu kiriman mesej Whatsapp dari sahabat baiknya.

Yang jauh diperantauan sana, bumi Anbiya'.

Mesej panjang itu dihantar untuk memohon kemaafan dan mohon iringan doa kerana Raihanah bakal ke tanah suci. Menunaikan ibadah umrah. Berpuasa disana. Allahu...

Bahagia Aisya mendapat khabar itu, beberapa hari saja lagi sahabat tersayang akan berpijak ke Tanah Suci, melihat rumah Allah swt yang menjadi arah kiblat sekalian muslim.

Aisya teringat perbualan lepas. " Sya doakan ya, ada rezeki lebih nanti bolehlah kita sama-sama ke sini. Saya nak Sya datang sama nanti." kata Raihanah.

Ketika itu juga dia teringat semula akan perkenalan pertama mereka berdua, sebelum menjadi akrab!

Indah aturan Allah swt. Dari seringkas perbualan menjadi seindah perhubungan. Sehingga ke sini terasa mahabbah ukhuwah fillah itu. Kadang kala hanya airmata menjadi saksi kerinduan akan sahabat itu, dikala kejauhan ini.

"Ya Allah, permudahkanlah urusan dan perjalanan sahabatku ini. Izinkan aku jua sampai kesana di usia muda, sebelum aku menutup mata."

Cemburu rasanya terhadap mereka yang berpeluang kesana ketika muda ini. Baru-baru ini ternampak gambar naqibah dan suami telah kesana juga. Allahu... Alhamdulillah, rezeki mereka lebih murah.

Seorang guru sekolah lama pernah mengajak ke Makkah bulan Disember tahun hadapan, tapi... Apabila difikirkan pada waktu itu musim peperiksaan. Wang? Sempat ke nak kumpul... Hmm.

Pernah satu perasaan menghinggap disanubari. Terasa amat mahu ke Makkah!
Melihat sendiri kaabah! Dan mendengar alunan azan disana.
Rindu dan keinginan yang membuak.
Kebetulan pula, dia terjumpa tawaran menjadi mutawif dan mutawifah. Pantas Aisya mengambil peluang mendaftarkan diri sebagai mutawifah. hehe, walaupun tahu keupayaan diri belum mampu. Namun, Aisya tetap mencuba!

Mana tahu, ada rezeki kan! Semua itu kuasa Allah!

Usaha dan doa. Selebihnya serahkan padaNya.


Ramadhan bakal tiba beberapa hari saja lagi kan...
masyaAllah.

Mudahan kita berkesempatan menemui bulan mulia itu dan kita sama-sama memupuk jiwa rabbani. Supaya ibadah puasa kita diterimaNya dan kita dapat membina peribadi lebih baik.
allahumma aamiin.

Ya Ilahi, makbulkanlah doa kami dan bantulah kami untuk menjadi hambaMu yang lebih baik. Moga bulan Ramadhan bulan tarbiyah buat diri kami. allahumma aamiin.

moga akan ku sampai kesini suatu masa nanti.aamiin3.

~doakan saya, dalam fatrah imtihan~



Ukm Bangi
0635 pm
130615

Tuesday 2 June 2015

Kalam Murabbi

Bismillahirrahmanirrahim...



Saya tidak mahu menulis panjang, kali ini hanya mahu berkongsi kalam murabbi Us Dasuki, pensyarah tasmik di kampus lama.

Usai menghadiri majlis Multaqa' Huffaz di Ilim semalam, alhamdulillah ya Rabb... Perancangan untuk menadah kalam nasihat dari ustaz yang sangat saya kagumi dan hormati, berjalan dengan baik.

Kami, bekas pelajar ustaz hanya merancang mahu mendengar tazkirah ringkas ustaz namun Allah swt berikan penambahan. Ustazah Suhaida yakni pensyarah di DQ turut berkongsi dan menasihati kami sama. Sementara menunggu ketibaan ustaz, ustazah dah berikan nasihat. Apabila ustaz dah sampai, ustazah turut memberikan 'penambah santapan rohani kepada kami. Syukur Ya Rabbi.

Kata Ustazah Suhaida " Kalau kita susun masa kita dengan A-Quran, Allah swt akan susun segala perjalanan kehidupan kita.
Rajinkan diri ke masjid. Balik bilik apabila masa untuk tidur je. Banyakkan masa di masjid, study atau baca Quran disana. Jangan mudah terikut dengan orang.


Tiga perkara nasihat Us Dasuki :

 1) Manage lah masa dengan Al-Quran, sibuklah dengan persatuan macam mana pun, Al-Quran jangan tinggal. Kalau tak sempat juga, baca saja pun takpa. Yang penting kamu tak tinggal. Sebelum ada apa-apa tanggungjawab, jaga Quran elok-elok. Seperti taggungjawab keluarga dan kerjaya, kena pandai urus mada untuk Al-Quran.

2) Akhlak kamu. Jaga akhlak ketika urus program. Apabila kita ada Al-Quran, kita akan rasa gelisah apabila nak contact lelaki kalau mula lari dari hal penting. Kadang rasa tak boleh nak teruskan berurusan, itu sebab Al-Quran sekat kamu. Bila ada rasa gelisah itu, maknanya Allah masih jaga kamu.

3) Jaga hubungan dengan Allah swt. Sibuk macam mana sekalipun, jangan tinggalkan solat Dhuha.
Jaga solat Dhuha. Kalau tak baca Quran, hidupkan hati dengan zikir selalu. Bangun pagi, jangan baca Whatsapp dahulu.

Suatu nikmat Allah swt, apabila dapat mendengar nasihat dari murabbi Al-Quran.

Allahu allah...

Rindu kehidupan di DQ. :(

Apabila ustaz menyebut perihal Quran, teringat setiap pagi kehidupan di sana. Jika disini, setiap pagi terus disibukkan dengan akademik semata, tetapi disana... awal pagi sudah disibukkan dengan Al-Quran terlebih dahulu beberapa jam.
Kemudian, barulah disusuli akademik.

Benarlah nasihat ustaz semasa di alam diploma, ustaz selalu menekankan "apabila kamu di alam universiti nanti, susah dah kamu nak jumpa biah seperti di DQ. Ketika itu kamulah kena pandai urus masa kamu untuj Al-Quran."

Allahuakbar...

Pesanan pensyarah lain yakni Ustaz Zaki "kamu nak berjaya senang saja, banyakkan doa untuk mak ayah kamu dan guru-guru kamu." Allahu allah...

Antara sahabat seperjuangan kelas tasmik di Ukm. Alhamdulillah. 10.05.15 beemula kelas ini, atas nasihat Ustaz Dasuki. Doakan kami istiqamah.

Mudahan perkongsian ini bermanfaat untuk semua pembaca. Moga mengalir pahala buat Ustaz Dasuki, Ustazah Suhaida, Us Zaki, Us Rauf dan kesemua murabbi.





020615
0339 am
Ukm Bangi

Monday 1 June 2015

Awak, anugerah Allah !

Bismillahirrahmanirrahim...


"Umie, doakan ya kita dapat bertemu nanti kita balik. Kalaulah nanti apa-apa jadi kat kita, umie cari ya surat dalam beg kita. Kita akan tulis siap-siap surat untuk semua. Sekarang kan macam-macam berlaku, kita juga tak tahu apa akan berlaku nanti sebab tu kita akan tulis surat siap-siap nanti. Andai tak dapat jumpa, umie boleh baca surat tu."

Perbualan sebelum ini bersama sahabat kesayangan, kini berada di bumi Jordan. Di pertengahan malam itu, airmata menjadi peneman perbualan kami.

Melalui perbualan itulah menyuntik saya untuk SEGERA buat persiapan menghadapi kematian.

Saya bersyukur impian dia mahu kesana tercapai, biarpun tiada rezeki saya kesana bersamanya. Namun, kini saya yang terpaksa menanggung rindu terhadapnya. Allahurabbi. Tak menduga pula sehebat ini bebanan menahan rindu dalam ukhuwah fillah.

Dia,
Sahabat paling paling paling saya sayangi !

Dia,
Sahabat dan permata kesayangan saya !

Dia,
Satu dalam sejuta sahabat saya di dunia.

Dia,
Apabila kami terpisah dua benua,
Mula terasa,
Takkan aku temui sahabat sepertinya !

Satu dalam sejuta. Bersyukur Allah swt pertemukan kami 3 tahun lalu di Darul Quran.

Kenapa istimewanya dia dimata saya?

Kerana,
Setiap kali kami bersama, kami pasti banyak berbicara tentang Allah swt.

Kini,
Setiap kali kami berhubung melalui whatssap call, masih sama juga!
Banyak menyebut nama-Nya Yang Maha Agung.

Allahurabbi. Sejujurnya sepanjang hidup dan penghijrahan saya, tidak pernah lagi saya menemui sahabat sepertinya !
Dia sangat istimewa. Dia permata kurniaan Allah swt di dunia ini, kepada saya, alhamdulillah.

Semalam, saya mahukan dia disisi. Whatsapp dihantar kepadanya namun dia tak online.

Ketika itu airmata sudah mencurah-curah jatuh ke bumi.

Dalam hati, saya tidak henti berdoa kepada Ilahi,
"Ya Allah. Gerakkanlah hatinya untuk buka whatsapp,"

Lama juga saya menunggu, tambahan pula mata juga tidak mahu 'istirehat'.

Hinggalah saya terdengar mesej masuk. Allahurabbi....

Namanya tertera di skrin. SubhanaAllah.

Katanya "Tadi kita nak makan, kalau ikutkan kita memang tak nak dah buka whatsapp sebab kita di fatrah exam sekarang. Tapi entahlah. Tadi kita rasa nak sangat buka whatsapp. Rupa-rupanya umie ada whatsapp kita. Allah, lihat umie. Walaupun kita jauh, masih ada Allah menjadi penghubung kita."

Makin laju airmata mengalir. Benar, ketika itu sangat dirasai tautan hati da ukhuwah kami melalui rantaian DOA.

Allahurabbi.... Hebatnya kuasa kasih sayang di jalan Allah swt.

Allah swt menjauhkan kami tetapi Allah telah mengikat ketat hati kami berdua. Allahu Allah...

Jzkk sahabat atas segala nasihatmu... dikau benar-benar sahabat solehah dan muslimah dalam hidupku.

Awak...
Kesayangan saya selamanya.

Teringat impian awak, nak kita sama-sama berpuasa di Tanah Suci tahun ini kan...
Andai Allah izinkan saya sampai kesana... hmm...

Bertuahnya awak...

Minggu lepas, hari Ahad, saya mendengar azan di masjid Ukm, sangat syahdu. Allahu, saat itu hadir kerinduan dan keinginan membuak mahu menjejakkan kaki  ke tanah suci.
Mahu mendengar sendiri kesyahduan azan di Makkah. Saya pernah mendegar azan disana, tetapi itu hanya melalui rakaman di Instgram Neolofa.
Kadang kala terdetik juga, bagaimanalah perasaan saya andai dapat dengar secara langsung laungan merdu itu?
Pasti laju mutiara jernih ini mengalir !

Allahu... jzkk sahabat!
Banyak saya pelajari sepanjang kita menjalinkan ukhuwah ini.

Syukur ke hadrat Ilahi atas kurniaan ini. Anugerah di dunia ! InsyaAllah salah satu asbab untuk memasuki syurga. Aamiin3.

Selama ini,
Ku mencari-cari teman yang sejati,
Alhamdulillaj ya Rabbi,
Kau telah hadirkan dia, sebagai teman sejatiku.

Sayang awak fillah, sayang !




010615
0327 am
Ukm Bangi

Friday 29 May 2015

Qurratul Ain !

Bismillahirrahmanirrahim...




" Kak long, ayah tahu kak long sudah menginjak dewasa. Pastinya kak long mempunyai rasa mahu dicintai, mempunyai insan tersayang bergelar suami.

Kak long, ayah juga akui pemuda yang datang sejak akhir-akhir ini pemuda yang baik. Ayah kagumi caranya mahu mengenali anak ayah ini.

Cuma satu saja ayah mahu sangat kak long tahu, ayah bukan menghalang kak long cuma ayah tak nak melihat anak ayah bersedih lagi.  Jika boleh, ayah mahu kak long bahagia selalu. Kak long mengecapi kebahagiaan dengan sebaiknya. Buat masa ini, biarlah kak long belajar dulu. Ayah tak nak kak long dikecewakan lagi. Bagi ayah, biarlah pemuda itu datang menyunting anak ayah apabila anak ayah sudah bersedia segalanya. Sudah selesai pengajian. Datangnya dengan keadaan terus mahu melangsungkan majlisnya. Tak perlu menunggu lama, risau kak long dilukai lagi.

Ayah sayangkan kak long. Cukup sekali anak ayah menangis suatu masa dahulu, ayah tak mahu melihat peristiwa itu berulang lagi. Selepas ini, harapan ayah, mahu melihat air mata kebahagiaan dalam keberkatan pada wajah anak ayah ini.

Kak long, kasih seorang ibu dan ayah cukup besar kepada anak-anaknya apatah lagi jika anak dara. Bukan senang mahu melepaskan tanggungjawab anak dara kepada seorang pemuda. Ayah harap kak long dapat memahami. Kami sayangkan kak long. "

Nur Qurratul Ain menatap ke dalam mata ayahnya. Dia dapat merasakan perasaan yang ayah mahu sampaikan. Betapa sayangnya hingga tidak mahu melihat si anak berduka lagi. Dia berdiri tepat di hadapan ayah tercinta berdekatan kereta.
Menadah kata nasihat sebelum berpisah.

'Ayah... kak long dapat merasakannya... terima kasih ayah atas nasihat ini...'
Bisik hati kecilnya sambil cuba menahan tangis.

"Baik ayah. Ayah, sebenarnya kak long pun tidak mahu terluka lagi ayah. Sebenarnya, kak long takut sangat apabila hadir pemuda itu. Kak long takut akan berulang lagi perkara sama, kak long tak mahu bersedih lagi. Kak long juga tidak akan memberi harapan padanya sebab kak long juga takut mahu memutuskan keputusan. Ayah, terima kasih sangat atas nasihat ayah... kak long sayangkan ayah."
Ain terus memeluk erat ayahnya...

'Kerana itulah aku sangat menyayangi ayahku, hanyalah dia lelaki yang SETIA dan TULUS ikhlas menyayangiku sedari dulu. Ayah tak pernah menyakitiku. Kadang kala aku terfikir, masih adakah insan yang boleh menyayangiku sebagaimana ayah menyayangiku?'

Aku yakin, pasti takkan sama. Kasih ayah hanya satu, tiada siapa dapat tiru!

Begitulah onak duri apabila menongkah usia dewasa. Diuji dengan kehadiran lamaran itu biasa bagi anak dara.

Bagiku, biarlah untuk masa ini aku menumpahkan sepenuhnya kasih sayangku pada keluarga tercinta. Biarlah aku memfokuskan perhatianku sepenuhnya kepada mereka. Biarlah aku menumpahkan kemanjaan buat adik-adikku. Biarlah aku membelanjakan rezekiku untuk mereka.

Biarlah aku mencurahkan rasa CINTA hanya buat mereka sepenuh jiwa!

Aku tahu, jika aku mahukan pasangan yan mengaulakan (mengutamakan) ibu bapa dalam kehidupannya, maka aku wajiblah sedemikian juga. Aamiin.

Ini kerana, Lelaki yang berbuat baik dengan ibunya pasti akan baik juga layanannya terhadap isterinya. Aamiin.

Pernah aku terdetik dihati "Sabar ain, jadilah penyejuk mata buat ibu ayah dulu ya, 2 tahun sahaja lagi."

Aku akan bersabar dan manfaatkan masa yang ada ini sebaiknya untuk mereka. Tambahan pula, aku khuatir andai tiba ajal mautku lebih awal. Aku tak mahu menyesal di akhirat sana kerana tak berkesempatan menumpahkan kasih sepenuh jiwa kepada keluarga tercinta. Lantaran lalai dengan keduniaan usia remaja.
Nauzubillahi min zalik.



Allahurabbi...

Tidak aku nafikan pasti hadir perasaan mahu berteman apabila melihat sahabat sudah melangkah ke alam pernikahan, tidak kurang juga sudah miliki cahaya mata.
Namun, kini hanya kesabaran sebagai sandaran.

Mahu yang terbaik, haruslah tinggikan mujahadah. :-)

Kini, apabila mata hatiku mulai celik bahawa keseronokan dunia hanya sementara, aku mula mahu mengejar kebahagiaan abadi. Aku telah melakukan sesuatu untuk mengecapi kebahagiaan itu. Salah satunya adalah surprise untuk ibu ayahku, surprise untuk mereka di akhirat nanti, mudahan diterima Allah swt. Aamiin.

InsyaAllah bakal menyusul pula surprise untuk adik beradik lain. Bagiku, aku akan amat bahagia apabila di akhirat kelak mereka dikejutkan dengan surprise itu melaui Allah swt.
Mudahan dengan itu, mereka dapat menjadi penghuni syurga firdausi. Aamiin3.
Terima kasih buat sahabat solehahku kerana melaluinya aku tersentap, aku harus bertindak setiap kali mengingati kematian!
Sebagaimana dia, telah buat persiapan menghadapi kematian andai tidak berkesempatan menemuiku. Dia sudah sediakan surat cinta buatku. :-)

Kini, aku masih dihambat rasa takut akan kematian. Hingga satu tahap, aku rasa mahu gembirakan semua orang. Aku mahu bahagiakan mereka, kerana aku bahagia dapat melihat mereka tersenyum.
Apabila aku sering digelar oleh sahabat-sahabat bahawa aku ini kelakar, aku bersyukur kerana dengan itu mereka bisa tersenyum.
Aku berjaya membuat mereka bahagia biarpun aku sendiri tidak percaya yang aku ini kelakar bagi mereka. Hmm. :-)

Aku mahu melihat mereka sentiasa SENYUM, sebagaimana aku yang suka senyum.
:-)

Itu juga sebagai bekalanku sebelum kematian menghampiri. Aku mahu membahagiakan insan sekelilingku semampu aku.

Biarpun aku sedar, aku tak mampu membahagiakan kesemua mereka. Hmm. Hanya doa sebagai ganti.


Buat awak, sehebat mana sekalipun ujian-ujian ini merempuh saya, akan saya cuba kuatkan diri. Saya tahu, melaluinya Allah sedang mendidik diri menumu kematangan dan mengenal kehidupan.
Awak, sentiasa dalam doa saya, menjadi rahsia saya dengan DIA.
Jika bukan jodoh saya dengan awak, di dunia ini, saya berharap jodoh saya dengan pemuda syurga sana. Aamiin3.
semoga bahagia menjalani kehidupan seharian awak. Aamiin3. :-)

Bahagiakanlah dan hormatilah ibu ayah awak, saya sedang membahagiakan ibu ayah saya. Andai ada jodoh, moga kita akan disatukan beberapa tahun lagi, aamiin.
Moga awak adalah pemuda yang dilimpahkan dengan sifat penyayang biarpun orang melihat awak penuh ketegasan.

Di sini mahu saya tekankan bahawa utamakanlah pandangan dan nasihat ibu ayah tercinta kita. Redha Allah swt terletak pada redha mereka. Yakinlah, apa saja yang mereka putuskan adalah keputusan bertunjangkan kasih sayang. Kasih sayang yang tiada banding nilainya!

Yakinlah jika hari ini,tahun ini kita menghormati mereka, pasti di masa hadapan segala aturan kehidupan kita LEBIH mudah dan berkat. Percayalah. Allah swt tidak akan sia-siakan anak yang menghormati orang tuanya.
Sering kali saya melihat realiti kehidupan ini, mereka yang sangat menjaga hati orang tua, perjalanan kehidupan sangat 'mewah' dengan rahmat Allah swt. SubhanaAllah.

Itulah kebenaran janji Allah swt. DIA tidak pernah mendustai akan janjiNya. Selagi kita beriman padaNya, patuh pada ibu bapa, pasti rahmatNya menyusuri kehidupan kita. Pasti, Dia kan Maha Penyayang.:-)

JOM ! Jadi penyejuk mata ayahanda bonda kita. Jangan kita sakiti hati mereka. Bahagiakan mereka semampu kita. Jangan sampai kita menyesal, setelah mereka tiada di depan mata. Moga andai mereka ditakdirkan pergi dahulu, kita lapang hati kerana telah laksanakan tanggungjawab sebagai anak sebaiknya, sepanjang hayat mereka. Mari, sama-sama kita! :-)

Seburuk dan sejahat mana sekalipun mereka, jangan kita memderhakai mereka. Banyakkan berdoa pada Allah swt agar mereka diberikan hidayah ya.

sebarkan kasih sayang....
Terhadap kesemua makhlukNya. :-)




Tulisan ~Nur Qurratul Ain ^^




290515
0251pm
Jumaat Barakah

Tuesday 26 May 2015

Sayap Cinta


Bismillahirrahmanirrahim....

 Ya Rabb,
Bantulah hambaMu ini untuk menyebarkan kasih sayang ini,
Selebarnya kepada mereka...

 Ya rabb,
Bantulah hambaMu ini untuk menyantuni mereka sesantunnya,

Ya rabbi...
Bantulah diri ini untuk mengorbankan segala-galanya...
Untuk mereka...

Limpah ruahkanlah diri ini dengan kasih sayang dan cinta...
Untuk ditumpahkan hanya buat mereka....

Tiada insan paling aku cintai SEPENUH HATI melainkan USRATI.

Ya rabbi, jagakan mereka buatku selalu.

Ingin aku menjadi sayap cinta buat mereka menuju syurga..aamiin3.

Sungguh, aku sayangkan pa, ummi, abg ejad, abg ika, abe, adik, eby dan ina..

 Sayang pa, lelaki paling dikasihi, paling dipercayai. Hanya dia. :(

Semoga cepat sembuh abe. Demam denggi. Kak sayangkam abe.



Ukm Bangi
0146 am
260515

Thursday 21 May 2015

Mesir dan Dr.Morsi


Bismillahirrahmanirrahim...

Perkongsian kali ini, saya mahu kongsikan penulisan daripada seorang sahabat perjuangan di kampus ini. Semoga kita semua, sebagai Muslim, teruskan berdoa kepada saudara-saudara Muslim kita yang ditimpa ujian. Samada di Mesir, Rohingya dan selainnya lagi.

Bukankah doa itu senjata mukmin?

Maka, janganlah kita berhenti berdoa. Ini ujian juga buat kita, samada kita menjadi manusia yang PEDULI atau manusia yang sengaja membutakan mata dan mentulikan telinga sendiri.



MESIR DAN DR. MURSI



Di zaman Saidina Umar, Mesir dibuka oleh Amru al-As dan seterusnya menjadi tapak kepada beberapa kerajaan Islam dan menjadi kiblat ilmu kepada umat Islam dengan tegas berdirinya pusat agung keilmuan, Universiti al-Azhar. Bumi yang turut menjadi saksi kesombongan Firaun yang berhadapan dengan Nabi Musa AS, begitu juga Nabi Yusof yang terpenjara akibat fitnah dan akhirnya menjadi Menteri Kewangan Mesir. Dr. Mursi hadir memecah kebuntuan politik Mesir, bahawa dengan kemenangan beliau itu, bermakna dunia akan ralit berbicara tentang Ikhwanul Muslimin yang membidani tokoh hebat yang menghafal 30 juzuk Al-Quran ini.

Lebih 40 tahun Mesir menyaksikan Presiden berasal dari wilayah Menufiyah iaitu Anwar Sadat dan Hosni Mubarak. Sebelum penubuhan republik, Mesir diperintah oleh Jeneral Muhammad Najib sebelum berpindah ke tangan Jamal Abdul Nasir yang berasal dari wilayah Asyut. Dr. Mursi merupakan Presiden Republik Arab Mesir ke-5 dan beliau adalah Presiden dari kalangan orang awam yang dipilih melalui pilihan raya.

Dan kini kita melihatkan kegembiraan pasca awal pemerintahan Dr. Mursi terus dilanda dengan pelbagai mehnah yang mungkin sesetengah manusia akan mudah menarik diri keluar daripada jalan perjuangan ini. 23 Jun dahulunya, merupakan detik pemula penggulingan Dr. Mursi daripada takhta kerajaan yang secara demokrasi telah dipilih oleh rakyat. Arahan meletakkan jawatan oleh Menteri Pertahanan, Abdel Fattah al-Sisi yang turut disokong oleh Perdana Menteri pada ketika itu, Hesham Kandil, langsung tidak menggugat kewibawaan individu berjiwa al-Quran ini.

16 Mei, hari yang bakal menjadi ingatan dalam proses kehakiman Mesir dan sejarah dunia, apabila pemerintahan taghut ini menjatuhkan hukuman mati ke atas bekas presiden, Mohammed Mursi atas kesalahan melakukan rusuhan di penjara pada 2011 bagi menentang presiden, Hosni Mubarak. Dan antara kata-kata akhirnya di mahkamah, “ Ini sudah cukup untuk kita. Allahlah yang mencukupkan (pertolonganNya) untuk kita. Allah sangat suka apabila melihat kepada hambaNya, mereka ketika itu sedang menyeru kepada agama Allah, beramal dengan sunnah, (Nabi)Nya, berpegang teguh dengan agama dan taliNya. Firman Allah: ( dan berpegang teguhlah kamu dengan tali Allah semuanya dan janganlah memisahkan diri (dari tali Allah)...”

Sebagai tanda kebersamaan dan kepercayaan yang tinggi pada pejuang-pejuang Agama Allah ini yang semestinya nasib mereka bakal terbela pada penghakiman Yang Maha Esa, saya mewakili Saff Kepimpinan Persatuan Mahasiswa Fakulti Pengajian Islam Sesi 2015/2016, menyeru seluruh anak muda,mahasiswa dan seluruh masyarakat di Malaysia, agar kita sama-sama bermunajat, berdoa dan solat hajat supaya golongan yang dizalimi ini sentiasa ditunjukkan jalan kebenaran dan akhirnya Allah menunjukkan kuasa kebenaran yang sebenar-benarnya di muka bumiNya ini. Takbir!.




Muhammad Shabil Muhafiz bin Harun
Salihah binti Zainal Abidin

Exco Hubungan Luar dan Pengantarabangsaan 
Persatuan Mahasiswa Fakulti Pengajian Islam Sesi 2015/2016
Universiti Kebangsaan Malaysia

Tuesday 5 May 2015

Mari Mencintainya !


Bismillahirrahmanirrahim...


Sayanginya,
Patuhi mereka.
Santuni mereka.
Bahagiakan mereka.
Ibu ayah kita.

Dengan penuh kasih sayang saya menuliskan ini. Sebagai peringatan kita bersama.
Saya tahu sepanjang kita menjalani kehidupan ini, pasti ada keinginan kita dibantah oleh kedua ibu bapa. Tambahan pula, apabila kita di usia remaja menjengah dewasa.
Pasti ketika itu kita akan mengatakan ibu ayah tidak memahami kita. Ibu ayah tidak mahu melihat kita bahagia. Ibu ayah mahu mengongkong kehidupan kita. Ibu ayah itu ini dan pelbagai lagi.

Duhai sahabat,
Andailah dapat kita selami dan memasuki ke dalam hati ibu ayah, pasti kita tidak akan berkata sedemikian.
Andailah dapat kita berada dalam 'kotak fikiran' mereka, pastilah kita sangat mensyukuri atas keputusan mereka.

Mengapa saya berkata sedemikian duhai teman?

Ini kerana, ibu ayah membuat sesuatu kepada kita penuh dengan kasih sayang dan ketelitian.

Cuba ulang baca. Penuh kasih sayang !

Tiada ibu ayah yang mahu melihat anak-anaknya berduka dan kecewa. Pasti dalam hati mereka mengharapkan kita beroleh kebaikan sentiasa. Di dunia juga akhirat sana.

Ingin saya kongsikan. Saya pernah bermimpi saya memiliki seorang anak. Dalam mimpi itu saya dapat merasakan aliran kasihnya seorang ibu apabila melihat anaknya menangis. Dalam mimpi itu juga, saya tidak mahu melepaskan anak saya walau apapun yang terjadi. Saya mahu usaha agar ia tidak berterusan menangis.
Terjaga dari tidur, saya terfikir Ya Allah, begitukah perasaan sang ibu kepada anak-anaknya? Allahurabbi... Sungguh, dapat rasai betapa setiap wanita bergelar ibu AMAT menyayangi anak-anaknya.

Percayalah teman, mereka hanya mahukan yang terbaik buat kita. Mereka mahu melihat kita tersenyum selamanya.

Sedikit pesanan,  selagi mereka masih ada di depan mata kita, tolonglah hargai ibu ayah kita sebaik-baiknya.
Apabila pulang ke rumah, cubalah luangkan masa sebaiknya bersama mereka. Kurangkan berdamping dengan Whatsapp atau gadjet. Banyakkan menabur kasih sayang kepada mereka. Peringatan buat saya sendiri terutamanya.

Sematkan dalam hati dan ingatan kita, esok, minggu depan atau bulan depan belum tentu aku dapat bersama mereka lagi.

Setiap kali sudah mempunyai perancangan mahu pulang ke kampung halaman, dan seandainya hadir kerja saat-saat akhir, cubalah usahakan pulang juga. Sekiranya kerja itu tidak mustahak. Cubalah didik diri kita agar tidak menangguhkan kepulangan ke kampung. Cubalah didik diri kita menjaga hati orang tua bermula di alam kampus. Dengan harapan, di alam pekerjaan kelak kita tidak bersikap sedemikian. Cubalah bahagiakan mereka dan tunaikan janji pada mereka.

Pernah saya sendiri diuji sedemikian. Terdapat dua program di saat akhir. Saya sudah khabarkan kepada ummi pa mahu pulang hari Jumaat. Program pertama Jumaat malam dan program kedua hari Sabtu dan Ahad. Maka solusinya, pagi Jumaat itu saya bergegas pulang ke rumah. Petangnya saya kembali semula ke kampus. Pada waktu itu, walaupun sekejap cuma, saya berpuas hati. Sesungguhnya saya sendiri sedang mendidik diri ke arah itu. Sama-sama kita cuba menjaga hati orang tua kita sebaik-baiknya ya. :)


Merekalah satu-satunya insan paling berharga di dunia ini dalam kehidupan kita. Mereka insan pertama. Bukan isteri, suami, anak, tunang atau sahabat. Merekalah segalanya. Sebagaimana mereka menganggap kita ini (para anaknya) sebagai jantung hati dan nyawa kebahagiaan mereka, maka moga kita menganggap mereka sedemikian juga. Aamiin.

P/s : Kadang kala memang terasa berat mahu melepaskan sesuatu yang baik dimata kita, namun dimata mereka pasti lebih baik berbanding itu. Moga Allah swt kurniakan yang lebih baik selepas ini seiring redha ibu bapa dan Dia. Aamiin.


Selamat menghargai dan mencintai ayahanda bonda sepenuh jiwa ! :)
Mari, bersama kita mencintai mereka ! :)



Tarikh menulis ini >

040515
Gombak
0030 am

Wednesday 22 April 2015

Maafkanlah.



Bismillahirrahmanirrahim...


Tamat sahaja kelas petang itu, Humaira terus melangkah keluar dari kelas. Dia harus segera pulang kerana belum menunaikan solat Asar. Sedang dia berjalan di kawasan fakulti, dari kejauhan dia ternampak keayuan seorang gadis, bertudung labuh dan berjubah. Tertutup sempurna, indah, bertambah seri wajah dengan sebaris senyuman. Gadis itu sedang duduk bersama seseorang.

Semakin langkah dihayun, Humaira semakin dekat dengan gadis itu. Senyuman disedekahkan kepada gadis itu ketika mereka saling berpandangan.

" Akak! Err, nak tanya kejap. Perpustakaan dimana ya?" Gadis itu bertanya apabila Humaira melintasi tempatnya.

Humaira hentikan langkah. Kembali bergerak ke belakang beberapa langkah. " Oh perpustakaan di sana. Agak jauh sikit sebab kena naik tangga tinggi tu." Jawab Humaira sambil menunjukkan ke arah sebuah bangunan tinggi di sebelah kanannya.

" Oh iyeke? Tinggi juga tu. Okay, terima kasih ye kak."

" Sama-sama. Saya pergi dulu ya. Assalamualaikum."

Okay kak. Waalaikummussalam. " Mereka saling membalas senyuman.

Sebelum Humaira semakin jauh, dia sempat mendengar sesuatu.

" Kak Ila, tingginya nak naik tangga tu. Macam mana ni?" Gadis tadi bertanya kepada gadis disebelahnya.

" Takpa, kita naik perlahan-lahan ya."

Mendengarkan itu membuatkan dia mahu berhenti. Humaira memerhatikan mereka berdua dari jauh. Gadis itu mula bangun dibantu oleh sahabatnya. Kemudian, sahabatnya itu menghulurkan dua tongkat kepadanya dan mereka mula berjalan perlahan-lahan.

Humaira tersentuh melihatkan itu. Gadis yang berwajah indah itu sedang dibantu sahabatnya untuk berjalan. Tiada kakinya...

" Tiada yang sempurna di dunia ini. Allahurabbi." Bisik hati kecil Humaira.

Indah mana sekalipun, pasti ada kekurangannya. 
Buruk mana sekalipun, pasti ada kelebihannya.


~ ~ ~ ~ ~


Dalam hidup ini, jika kita sentiasa dihadirkan ingatan bahawa kematian akan menjemput aku bila-bila masa sahaja, pasti kita tidak akan mahu ada sekelumit rasa benci atau dendam dalam hati.

Pasti kita mahu lakukan hanyalah kebaikan. Pasti yang kita mahukan adalah memberikan kebahagiaan kepada insan sekeliling dan memaafkan mereka yang pernah menyakiti dan mendustai kita.

Pasti juga, kita mahukan hanyalah menyayangi setiap mereka disamping kita. Menghargai mereka sesungguhnya. Sepenuh jiwa raga.

Mengasihi dan menyantuni ayahanda bonda sebaik-baiknya !

Namun, lumrah makhluk bernama manusia, kadang ingat kadang lupa. Biarpun hakikat kematian itu nyata akan berlaku. Cuma tarikh dan masanya saja belum kita tahu. Kan?

Saya, entah mengapa sudah berminggu lamanya hadirnya sebuah rasa yakni takut dan sedih akan kematian. Rasa ini menyebabkan sering kali airmata mengalir sendiri.

Teringat semalam, di hujung kelas keusahawanan, Ustaz Athiroh sedang memberikan tazkirah sebelum kelas berakhir, tetiba sahaja terasa syahdu dan hadir lintasan soal KEMATIAN.

'seandainya aku akan mati tak lama lagi...'

Saya dapat merasakan airmata mula bergenang, namun saya cuba menahan ia dari mengalir. Begitulah selalunya apabila berada di tempat awam. Cuba membendung ia, janganlah menangis disitu. Jika merelakan ia mengalir, nanti adalah yang bertanya, 'awak, kenapa ni?' , ' awak ada masalah ke?' Hakikatnya, tidak...

Kadang termenung sendiri, mengapa Allah swt hadirkan perasaan sebegini? Kerap kali. Adakah masaku akan tiba?!

Pabila persoalan itu terkeluar, mulalah ia bergenang di mata ... namun doa pantas melintasi ! Memohon pada-Nya, jangan ya Tuhan... Aku belum bersedia... Aku belum bersedia.

Semakin sedih dan sebak rasanya. Allahuakbar.

Mintalah penangguhan bagaimana sekalipun, andai tiba masanya ajal maut kita, tidak akan ada penangguhan lagi dari Tuhan, walau sesaat. Itu janji Dia.

Justeru, belajarlah memaafkan sesiapa sahaja yang pernah menoreh luka dalam hidup kita. Sekarang.

Marilah sama-sama kita tanamkan dalam hati, bahawa kehidupan ini terlalu singkat untuk membenci.

Padamlah ia. Dengan harapan, andai kita dijemput pulang, kita telah memaafkan dia dan kita telah memohon maaf kepada semua, mudahan kepulangan kita dalam ketenangan... aamiin.


Kita pernah membuat kesilapan, dia juga begitu. Di dunia ini, tiada yang sempurna, itulah hakikat kehidupan ini.

Maka, maafkanlah. 

Itulah yang mahu saya sampaikan dari kisah pendek di atas. Spontan tulis semasa memulakan perkongsian ini.
Semoga terdapat manfaat dari perkongsian kali ini, walau secebis cuma.

Kematian, sesuatu yang menakutkan dan menyedihkan, andai kita tidak bersedia menempuhinya...
Bagaimana pengakhiran kita di akhirat sana? Tanya diri.

Seandainya pernah dilukai, disakiti, didustai, dihampakan, ditoreh kepercayaan,
Mewujudkan kebencian dihati.

Hapuskanlah. Hapuskanlah.
Hapuskanlah.

Kerna apa ... Kerna ajal maut kita, tidak kita ketahui.
Bilakah kita akan mati.

Maafkanlah.
Moga kita kembali dalam ketenangan dan keimanan.
Aamiin.

Allah swt bisa mengampunkan kita, takkan kita sukar memaafkan dia? :)


Saya memohon jutaan kemaafan kepada sekalian kenalan dan pembaca budiman atas segala salah silap saya. Semoga kalian sentiasa dalam jagaan Tuhan. Doakan saya kembali kepada-Nya dalam keimanan, senyuman dan ketenangan. Doakan saya dan sedekahkan Al-Fatihah buat saya andai saya pergi dulu.
Permintaan dan pengharapan tinggi dari bakal jenazah. Allahurabbi...


Salam sebarkan sinar Ilahi...

Jadilah seperti rama-rama, indah dan cantik.

namun ia sentiasa berterbangan menyebarkan keindahan pada dirinya.

Yakni, jadikan diri kita, walau kemana kita bertebaran, kita membawa keindahan Islam, samada dari segi akhlak, butir bicara, pemakaian dan sebagainya.

Paling koman kita nak sebarkan keindahan Islam adalah melalui cara pemakaian kita.

 Kita berpakaian tertutup sempurna dan mereka yang memandang, hadir ketenangan jiwa.
~ Umie Balqis ~









Ukm Bangi
220414
0930 pm

Tuesday 7 April 2015

Kita & Rasulullah



Bismillahirrahmanirrahim...



Fakhrul : Mir, kau menungkan apa? Dari tadi aku tengok kau macam tengah fikirkan sesuatu je. Kau ada masalah?

Amir : Aku rasa bersalah sangat sekarang ni.

Fakhrul : Rasa bersalah sebab apa?

Amir : Hari ni baru aku sedar, aku dah lama tak mengingati baginda Rasulullah saw... Aku dah lama tak hadirkan rasa rindu pada baginda. Aku ni terlalu sibuk dengan urusan dunia. Aku sedih kot. Walhal aku tahu, baginda amat kasihkan setiap umatnya.... termasuk aku...

Fakhrul terkedu mendengar luahan Amir. Allahuakbar. Rupanya itu yang sedang difikirkan. Fakhrul menepuk lembut bahu Amir sambil tersenyum.

Amir : Kenapa kau senyum? Aku betul-betul rasa bersalah ni. Aku ni tak patut ingat baginda pada waktu tertentu je. Apa jenis umatlah aku ni kan...

Fakhrul : Amir, aku senyum sebab aku gembira ada sahabat macam kau. Kau patut bersyukur Allah masih hadirkan ingatan dan kerinduan kau pada baginda Rasulullah saw.

Haa, sekarang kau dah ingat, jangan lupa berselawat pula ok ! Terus ambil tindakan untuk mekarkan lagi KERINDUAN dan KECINTAAN kau pada baginda. Jangan duk termenung memanjang je.

Meh aku nak kongsi satu cerita dengan kau. Pada zaman Rasulullah, orang Quraisy pernah mengajak Nabi Muhammad saw untuk berbincang dan membuktikan kemukjizatan baginda. Pelbagai persoalan ditanya, agar mereka boleh percaya bahawa baginda benar-benar utusan Allah swt. Antaranya mereka meminta diperlihatkan Allah swt dan malaikat, diperturunkan langit seketul-ketul sebagai bukti adanya azab dan bala dan menghidupkan mereka yang telah mati.

Rasulullah saw banyak menjawab, " Itu kuasa Allah. Kalau Allah mahu Allah boleh lakukan."

Namun, orang Quraisy itu terus mempersoalkannya dan mencabar Nabi Muhammad saw. Mereka mengugut mereka tidak akan beriman kepada Rasulullah sekiranya tidak ditunjukkan segala permintaan mereka.

Setelah mendengar perbualan itu, Jibril datang kepada Rasulullah,
 " Wahai pesuruh Allah! Allah mengutuskan aku kepada kamu. Wahai pesuruh Allah, kalau engkau masih memberi tempoh lagi kepada mereka, sabarlah. Kalau kamu mahu mendatangkan segala yang mereka minta, kami akan tunaikan. Kalau mereka tidak berimanselepas itu, mereka semua akan dimusnahkan. Pilih, wahai pesuruh Allah. Sama ada engkau sabar ataupun kami datangkan semua permintaan mereka. Kalau mereka tidak beriman, Mekah akan dimusnahkan."

Rasulullah berkata, " Bahkan aku mahu tangguhkan kepada mereka, moga nanti Allah melahirkan daripada zuriat mereka orang-orang yang beriman kepada Allah swt."

SubhanaAllah. Betapa baginda amat pengasih terhadap sesiapa sahaja, walaupun kaum itu mencaci dan mempersendakannya. Inikan pula kita kan, yang sememangnya dilahirkan dalam nikmat Islam dan iman, mesti Allah swt LEBIH lagi kasihkan kita.

Jom doa, semoga Allah swt menjadikan kita hamba-Nya yang mendapat syafaat baginda kelak.
allahumma aamiin."

Amir : Terima kasih sahabat ! Kisah yang kau kongsikan membuatkan aku bertambah rindu dan kasih pada baginda....
* Mata Amir mula masuk habuk*

 Senyuman kembali terukir di wajah Amir. Fakhrul melafazkan syukur dan doa jauh disudut hati lelakinya. 'Semoga kita akan bersama lagi di syurga, Amir.'

Tika ini sejauh manakah kasih dan rindu kita kepada Rasulullah...? ='(



~ Now playing : Kasih Pada-Mu~

: Dakwah yang paling baik adalah menjadi seorang sahabat yang baik :






Nukilah jiwa : Umie Balqis
Kitab Biografi Muhammad bin Abdullah







Ukm Bangi
070415
1227 am

Saturday 4 April 2015

Diari Darul Insyirah



Bismillahirrahmanirrahim... 

~ Nota Jumaat Barakah~


Bangkit pagi tadi.
Teringat kisah semalam. Allah swt hadirkan perasaan sedih apabila memikirkan kematian. Terasa amat takut, belum bersedia untuk menempuh alam barzakh. Sungguh takut!
Hingga saya menangis sendiri. Dan terlena.

Pagi ini apabila memandang diri masih berpijak di bumi-Nya. Syukur dilafazkan. Dalam hati bersuara,

"Ya Allah, nasib baik Kau masih bangkitkan aku pagi ni. Aku ingat aku dah takda. Alhamdulillah."

Hari ini Jumaat, 3 April 2015.
Alhamdulillah.

Allah pimpin diri ini menziarahi warga emas di Darul Insyirah, Bangi. Mengikuti senior-senior tahun 3 Jabatan Dakwah dan Kepimpinan. Kami ke sana dengan rombongan empat buah kereta.

Bersama kakak-kakak senior sebelum senior lelaki sampai.



Sedikit info berkaitan tempat ini :

> Empat pengasas rumah jagaan ini tercetus mahu menubuhkan rumah ini setelah mengetahui beberapa warga emas Islam dijaga di rumah perlindungan agama Kristian. =(

> Darul Insyirah telah mempunyai dua cawangan, iaitu Darul Insyirah DI 1 & DI 2 di Bangi.

> Kedua-dua cawangan ini menempatkan warga emas kaum Hawa sahaja.

> Rumah ini merupakan pusat penjagaan dan pendidikan untuk warga emas.

> Penghuninya bukanlah dari golongan tua yang tidak mahu dijaga oleh anak-anak.

> Kebanyakkan anak mereka bekerjaya. Disebabkan kesibukan kerja dan tidak sanggup meninggalkan ibu mereka sendirian di rumah, mereka memilih untuk menghantar ibu di sini. Di samping para ibu dapat belajar ilmu-ilmu agama.
Tidak kurang juga, terdapat si anak terpaksa menghantar ibunya ke sini kerana dirinya sendiri sedang menghidapi penyakit teruk. Begitu juga, terdapat pelajar master terpaksa menghantar ibunya setiap pagi dan petang, mengambilnya semula.
Ini semua berlaku kerana adik-beradik lain melepaskan tanggungjawab.

> Terdapat juga, ibu itu sendiri yang meminta dihantar ke sini kerana mahu belajar agama.
> Setiap minggu mereka akan pulang ke rumah masing-masing.

> Mempunyai kelengkapan yang baik dan cukup selesa.

> Hanya menerima penghuni yang redha dan anak juga redha ditempatkan disini. Pendek cerita, si ibu bukan dihantar kerana paksa. Si anak pula bukan bermaksud melepaskan tanggungjawab terhadap ibunya.

> Darul Insyirah untuk warga emas kaum Adam dalam proses penubuhan. Mohon doakan.


Dari kisah-kisah yang dikongsikan oleh pekerja di sana,

Boleh timbulkan persoalan. "Antara kerjaya dan ibu bapa, manakah anak utamakan?!"
Menurut kajian pihak kebajikan masyarakat, pada tahun 2035 anak-anak semakin ramai tidak mahu menjaga ibu bapanya.

Allahurabbii... :'(

Betapa pentingnya pendidikan dan penerapan agama yg mantap kpd anak-anak kita sedari kecil. Dunia semakin mencabar dan mendesak kita !

Ingin saya kongsikan tentang seorang penghuni disini yang amat menarik perhatian kami semua. Beliau meminta kami memanggilnya Mak Pah sahaja.

Sebenarnya kami tiba di rumah tersebut jam 9 pagi lagi. Ketika itu kebanyakkan warga emas tiada kerana mereka menghadiri pengajian di surau berdekatan. Jam 12 tengah hari barulah mereka pulang. Mak Pah lah salah seorang penghuni yang memberi salam dengan kuat sekali kepada kami sewaktu melangkah masuk ke dalam rumah. Mak Pah warga emas paling rancak bercerita semalam membuatkan kami senang dengannya.

Namun, paling tidak diduga juga. Saat kami semua bersalaman dengan kesemua penghuni disana sebelum pulang, saya menuju ke arah Mak Pah.
Siapa sangka wajah ceria awalnya, telah 'lenyap' berganti sebuah tangisan.
Beliau memeluk erat diri ini sambil menangis dan berpesan tiga perkara.

" Belajarlah elok-elok, Jaga diri, jaga mak."


 Mak Pah, manis je bila senyum. Mak Pah suka bergambar juga. Asal lepas bergambar, Mak Pah nak tengok gambarnya. Comel :)



Ayat 'jaga mak' itu paling tersentuh dihati. Allahuakbar. Mungkin ada sesuatu yang terbuku di hati insan bernama Mak Pah ini.

Dalam diri setiap kita, harus ada sebuah rasa. Yakni rasa PENTINGNYA ibu ayah kita walaupun kita sudah berumahtangga.

Saya terkesan dengan perkongsian pekerja di sana. Beliaulah yang melayan kami sedari awal kami tiba di sana dan banyak berkongsi cerita serta nasihat.

" Kamu belajar lagi kan. Sebab tu kamu semua tak rasa lagi sebuah tanggungjawab. Sekarang memanglah apa-apa hal, kamu akan teringat mak ayah dulu kan. Tapi apabila kamu sudah bersuami kelak dan punya keluarga sendiri, masa tu ibu bukan lagi insan pertama yang kamu ingat dan fikirkan selalu. Ibu akan jadi orang ketiga dalam hidup kamu.

Macam akak, semasa ibu akak sakit akak jaga ibu akak. Walaupun kekadang hadir juga rasa malas sebab dah penat balik dari kerja tapi nasib baik masih ada perasaan sayang dan fikir ini je masa untuk jaga mak. Sekarang, mak akak dah tak ada. Maknanya akak dah tak ada doa dari seorang ibu.

Jadi akak nak pesan, selagi masih ada ibu, kamu jagalah ibu kamu baik-baik. Jaga mereka waktu sakit kerana ketika itulah nak dapatkan pahala."


Allahuakbar. Cuba hayati dan  serapkan dalam hati kita semua ayat " Sekarang, mak akak dah tak ada. Maknanya akak dah tak ada doa dari seorang ibu."
Tidakkah kita merasa kehilangan sesuatu yang AMAT berharga di dunia ini?!

Tepuk hati tanyalah diri.

Sebagai kesedaran dan peringatan kita bersama.

Terima kasih Ya Tuhan, di hari Jumaat barakah, mentakdirkan kedua kaki ini membawa jasad ini ke tempat yang menyedarkanku tentang orang tuaku.



Hye five ! =)




Alhamdulillah. Ada salah seorang penghuni namanya Tok Chaq, minta tambahkan bihun katanya sedap. Sebelum ni dia jarang minta tambah makanan. *Tiada dalam gambar*







Yang berdiri itu pekerja atau nurse disini. Beliaulah banyak berkongsi cerita.



Sahabat seperjuangan, Huda, kami berdua sahaja tahun 1. =)



~ sepanjang berada di sana, saya sentiasa teringatkan satu watak gadis dalam cerpen lama saya, beliau sangat cintakan kerja kebajikan sebegini. Mudahan watak itu meresap dalam diri saya juga. Aamiin. Paling tidak, kita akan belajar bersyukur dan menyayangi. Bersyukur masih ada susah dari kita. Menyayangi dan menghargai mereka di sekeliling, terutama orang tua kita.~

Sekian sahaja perkongsian kali ini. Silalah menziarahi rumah ini dan daftarkan diri sebagai sukarelawan kerana mereka sangat memerlukan sukarelawan.


Assalamualaikum...



Ukm Bangi
0950 pm
040415