Monday 6 May 2013

Ciri-ciri Isteri Solehah^^




Ciri-ciri Isteri idaman lelaki : :

1. Berpegang pada agama


Berpegang kepada agama mempunyai keperibadian yang unggul. Batas-batas syariat yang dipegang dan terpelihara dalam hidupnya mengangkat martabat dirinya sebagai seorang yang layak dikagumi oleh lelaki.

2. Kecantikan Dalaman
Wanita yang tulen adalah lemah lembut dalam perwatakannya tetapi mempunyai prinsip dalam hidup

3. Manja
Lelaki suka wanita yang keanak-anakan atau yang ada sifat manja, supaya lelaki boleh memainkan peranan sebagai pelindung.

4. Pandai Menjaga Kecantikan
Lelaki menginginkan wanita yang pandai menjaga kecantikan dirinya. Wanita dan kecantikan memang susah nak dipisahkan.

5. Berakhlak Mulia
Wanita yang berakhlak mulia dikenali juga sebagai wanita soleheh.. Wanita adalah hiasan dunia, tetapi seindah hiasan adalah wanita solehah.

6. Tidak Mempamer Keseksian
Lelaki suka menjamu mata dengan melihat aurat wanita, namun tak suka menjadikanya isteri kerana keindahan diri wanita tu seolah-olah menjadi barang pameran untuk mata semua lelaki.


7. Tidak cerewet.
Lelaki suka pada wanita yang tidak cerewet. Mengapa pula? Sebab wanita yang cerewet boleh merimaskan dan mudah menyebabkan lelaki menyampah dengannya.

8. Memahami Lelaki
Wanita yang memahami hati lelaki biasanya mempunyai intuisi yang cukup kuat. Lelaki mengimpikan wanita yang mampu memahami situasinya dalam keadaan suka dan duka.

9. Sejuk Mata Memandang
Wanita yang manis wajahnya dan sejuk dipandang mata akan mendamaikan perasaan seorang lelaki. Seperti..
* Bersopan satun
* Sentiasa senyum
* Menutup aurat
* Ramah dan mesra
* Tidak terlalu cemburu
* Menghormati orang lain.


T- Taat pada suami
A- Allah diutamakan
Q- Quran di junjung
W- Wanita solehah
A- Amanah tunai tanggungjawab


T- Tunjuk kasih sayang
A- Anak pandai dididik
A- Akhlak mulia
T- Tutup keaiban suami


S- Solat dijaga
O- Org tua dihormati
P- Puasa dikerjakan
A- Aurat di pelihara
N- Nabi dicontohi


Baca dan amalkan wahai sahabat2 ku terutama sekali wanita..
bukan susah menjadi wanita..
bukan susah menjadi isteri .


P/ s : saya ni jenis suka senyum , kekadang kalau ayah marah, saya still jer senyum. kekadang susah sangat nak kawal senyum ni kalau dah mula senyum. alahai. ada orang tak bagi saya senyum kat orang yang tak kenal, tapi masalahnya, walaupun saya masam, ada jugak yang tegur. agaknya, saya kena banyakkan makan garam pula, kasi muka jadi masin. hehe. Tak adalah, bersyukur Allah swt menciptakan dengan mudah tersenyum. Bagi yang belum kenal saya, mungkin akan kata saya ni pendiam, susah nak bercakap, tapi sebenarnya tak ya. saya ni bila dah bercakap, susah nak berhenti, begitu juga dengan menulis. susah nak berhenti. hehe. sebab tu tak boleh sangat buat cerpen, mesti tak jadi cerpen. Melainkan jika paksa diri berhenti menulis ( ending ). hehe. tengoklah, pesanan saja pun dah panjang. alahai balqis, balqis... :)
Apapun, semua yang ada dan sebati dengan diri kita ini adalah anugerah daripada-Nya, so bersyukurlah ya. pasti ada banyak hikmah disebalik ciptaan akhlak dan sifat kita yang sedemikian. so, jangan lupa melafazkan, ALHAMDULILLAH YA RABB.
Baik, setakat ini saja perkongsian kali ini. saya sudah membuat satu puisi bertajuk 'Menuju Redha-Mu', nantikan untuk post akan datang ya. moga bermanfaat segala perkongsian di sini.
mohon kemaafan atas segala kekurangan dan kesilapan diri saya.
jaga diri, iman dan hati yer. sayang kalian kerana Allah swt. jadilah permata soleh dan solehah~

assalamualaikum... ^^

2 comments:

  1. Assalamualaikum..

    Terjumpa artikel ini dari semasa sedang buat sedikit carian di laman Google..

    Saya ingin bertanya, adakah artikel ini dipetik dari hatijiwafikiranwawa.blogspot.com seperti yang saudara tuliskan di hujung artikel ini?

    Jika ya, terima kasih saya ucapkan kerana menjenguk blog tersebut. Saya pemilik blog tersebut. Tetapi kini saya sudah tidak mengaktifkan blog itu lagi & sudah ada blog yang baru, missnahzatulnazwa.blogspot.com . Boleh follow blog baru saya sekiranya sudi.

    Assalamualaikum.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam wrm wbt. Maaf kelewatan balas komen saudari. Iya benar, saya petik dari blog saudari.

      Sama-sama, semoga kita sama-sama terus menulis sebarkan ilmu ya. :)

      Delete