Friday 17 May 2013

Kerna Pelangi Cinta Ilahi


   Assalamualaikum wrm wbt kepada sekalian sahabat yang sudi mengunjungi blog yang tidak seberapa ini. saya mengharapkan kalian semua sentiasa berada dibawah limpahan kasih sayang Allah swt ye. sayangi diri kita hari ini... Jangan sia-siakan segala kemanisan Islam yang telah Allah swt kurniakan kepada kita. saya juga menyayangi kalian, jika tidak, masakan saya menghasilkan post-post di sini... inilah bukti saya sayangkan kalian, kerana saya mahu teman-teman lebih mengenali Allah swt Yang Maha Agung... saya ingin kalian turut bersama merasai keindahan berhijrah ke arah jalan Ilahi. insyaAllah.

    Astaghfirullah... astaghfirullah... astaghfirullah... 

   Sengaja saya beristighfar kerana saya mahu melembutkan dan memujuk hati saya tika ini. Hmm, sejak semalam, airmata saya amat degil! tidak mahu mengalir keluar... dan apabila saya menghadap laptop ini, 'manja' pula nak mengalir ... tapi saya menahannya... (tak boleh keluar dah ! )

    saat ini, nasyid kegemaran saya sedang berkumandang di telefon murah~ nasyid Wanita nyanyian Dehearty. lagilah nak nangis, lagu slow sangat. hee... tapi apapun saya harus kuat, qowiey!

    Teman-teman mesti tertanya-tanya kan kenapa dengan saya , terutama pembaca setia blog ini, si dia dan si dia dan si dia.. entah siapa. (saya dah tak betul sikit )

   hm, astagfirullahal'azim... kalau saya sedih ke, saya tersalah cakap ke apa, mesti saya akan istighfar dan cakap pada diri " hey balqis, tak baik cakap macam tu" atau " hey balqis, kenapa dengan kau ni?" atau " balqis sayang, kau kena kuat, pasti ada hikmah Allah swt bagi semua ni (bersangka baik dengan Allah swt )."

    Eisk.. eisk.. eiskk.. ( nangis la tu ). maaf, saya terkesan sangat dengan ayat terakhir tu. Ya! kadang-kadang saya akui, saya sendiri terlupa untuk ingatkan diri macam tu, setiap yang terjadi pasti bersebab. Dan apabila saya telah memujuk diri sebegitu, saya tak nafikan, pasti rasa kembali bersemangat kerana Allah swt itu lebih mengetahui apa yang terbaik untuk setiap hamba Nya. begitu jualah apa yang terjadi pada saya...

   Hm, begini alkisahnya... petang semalam, saya telah menghantar emel kepada editor Galeri Ilmu, bertanya bila saya dapat mengetahui keputusan samada novel saya diterima atau tidak. lagipun bulan 3 lagi saya hantar , cuma beliau lambat download emel saya. Tidak mengapa. Mungkin Allah swt mahu saya belajar bersabar. Sabarkan separuh dari iman juga. =)

   Selepas send emel tu, saya tak tutup pun gmail saya tu sebab nak tahu sangat jawapan dari editor.  tidak lama selepas itu, ternampak kat inbox : 1 INBOX !

   Waa apa lagi. terus buka. Memang dari editor. saya membaca emelnya.. Selesai membaca, saya terus terdiam dan membatu di depan laptop. hm, kawan-kawan pula tiada di bilik, saya sendirian. Rasa nak nangis tu tak hadir pula ( pelik ), cuma tak sangka kot itu jawapan yang diterima... pada masa yang sama juga, mata ini terus terpandangkan frame gambar ummi ayah yang diletakkan di atas meja belajar...

   " ummi pa, maafkan balqis ya." saya berkata dalam hati. Tak boleh tengok lama-lama, nanti saya menangis pula. SERIUS ~


   Ini jawapan dari editor : "Waalaikumussalam wrt sdr, sebetulnya saya yg patut mohon maaf kerana begitu lama mendiamkan diri. Terima kasih kerana faham situasi kerja saya di sini. Begini sdr, sebagai penerbit Islami, wang juga bukanlah matlamat kami tetapi wang jugalah asbab untuk sesuatu perniagaan itu dapat diteruskan.
   Ringkasnya, hasil mesyuarat Jawatankuasa Penilai, melihat hasil jualan buku di pesta buku dan sambutan pembaca terhadap buku-buku kami sepanjang tahun, jualan untuk novel dewasa khususnya, banyak bergantung kepada nama penulis itu sendiri. Pihak JKP telah buat keputusan, bagi novel dewasa, mereka pilih Hilal Asyraf dan Fatimah Syarha untuk menulisnya. Alhamdulillah, Hilal juga sedia menghantar karya novelnya bersama kami.
   Semoga lampiran yg disertakan dapat beri gambaran kepada sdr berkenaan halatuju produk yg kami fokuskan. Terima kasih atas kesudian sdr menghantar karya kepada kami. Dengan ini saya serah semula karya sdr. Maaf atas kesulitan. Wassalam."


   Saya harus belajar redha dan sabar atas jawapan yang diberikan. Benar juga, mereka pihak penerbit perlu memikirkan masa hadapan juga untuk menerbitkan novel.
                                                                      BENAR !

   Saya redha, mungkin Allah swt mahu saya belajar dan belajar lagi selok belok penulisan ini.  saya pujuk diri lagi, ini yang terbaik untuk saya, jangan putus asa! jangan disebabkan satu kegagalan ini, saya mahu kuburkan minat saya yang satu ini! terus kedengaran jeritan hati saya : " Eish ! Tak mungkin aku nak kuburkan minat ini, okay ! "

   Ya, memang saya tak akan biarkan perkara itu terjadi. saya teringat kembali pesanan Ustazah Juwairiah ( penulis cerpen tawajuh cinta, beliau juga pernah menyemak novel saya tu ) : adik, akak nak pesan awal-awal, dulu pun pernah ada beberapa orang yang send manuskrip novel mereka untuk dinilai. setelah diberi komentar, mereka terus tak menulis lagi. sebenarnya komen itu perlu untuk baiki penulisan. tak boleh LEMAH SEMANGAT. "

   Hmm, kan dah terkena kat saya. tak boleh lemah semangat.

   Ya InsyaAllah, saya tak akan lemah semangat. Jangan disebabkan kegagalan yang satu ini, saya terus nak hentikan niat dakwah saya dalam bidang ini. No !

   Semalam saya juga terus forwardkan emel editor kepada Kak Juwairiah. akak bagi mesej kat handphone : dik, nanti akak balas ( emel )ya. sekarang akak penat sangat. jangan putus asa. ini baru cabaran pertama. rileks. cool :)"

   Hmmm, terharu. Pastu dapat juga pembangkit semangat saya kembali...

   " Jadilah seperti air. Walaupun disekat dari arah mana sekalipun, ia akan tetap mencari jalan lain untuk mengalir. kalau disekat dengan benteng, ia akan  semakin bertambah dalam takungan dan akhir sekali melimpah ke luar. jadilah seperti air yang mengalir. " hmmm, terharu sangat dapat perkongsian kata semangat ini ... syukran sangat2 ye sebab memberikan kata-kata ini untuk saya... tak tahu nak cakap macam mana , moga Allah swt permudahkan segalanya :)

   Kata-kata ini memang meniupkan kembali 'ombak' di dada untuk kembali aktif di persisiran pantai. huhu. entah apa-apa. Ya! Ini baru cabaran pertama, tak kan mendapat halangan pertama ini, saya kena berhenti kan? tak, tak, lagipun mahu meraih kejayaan, harus dilalui juga kegagalan. Begitu juga bila kita demam, kalau nak baik semula, kena la telan pil-pil ubat demam yang pahit tu, insyaAllah beberapa hari lepas tu, kembali tersenyum. macam doktor pula.. ye kena test awal2. huk3. hehe

   so balqis juga kena setia kan senyuman di bibir ya. =)
( eleh.. semalam lembik macam apa jer time balik dari auditorium... pastu, sengaja buat2 terjatuh masa kawan datang ... hehe )

   apapun, saya nak ucapkan terima kasih sangat kepada dua sahabat yang setia menemani saya sejak sendirian di kamar beberapa hari ni, iaitu ukhti Asna dan Nabilah. sebenarnya saya tengah cuti semester empat sekarang, tapi sengaja datang awal ke kampus sebab nak fokus penulisan dan kerja sikit. Roomate tak datang lagi, jadi dua sahabat ni yang selalu di sisi saya. Kitorang tidur, makan, pergi cafe bersama-sama. beriadhah pun sama. hm, diorang ini juga lah yang asyik usik saya, denda saya selama seminggu ni. Usik saya dengan lipas sebab saya takut lipas, denda saya sebab tak riadhah suatu petang tu. hehe. Mereka jualah yang setia di sisi saat saya mendapat jawapan daripada editor . mereka jualah yang kongsikan idea-idea baru untuk saya masukkan dalam novel, sebab saya berhajat mahu tambah bab dan konflik sebelum dihantar kepada publisher lain.

   Ya Allah, terasa indahnya ukhuwah ini walaupun sebelum ini kami tidaklah rapat sangat. seminggu saja kami menyemai benih-benih ukhuwah sudah terasa kemanisannya. subhanaAllah~
                                                        Balqis, Asna dan Nabilah =)

   Syukur pada Mu Ya Rabb... bicara mereka juga berjaya memujuk hati saya yang kian lemah ~ semalam mereka menami saya lagi di kamar, mendengarkan celoteh dan usikan mereka, mebuatkan saya tak jadi nak menangis sebelum tidur tu. pastu dengan rela hati juga, saya memberikan mereka membaca novel saya semalam. merekalah insan pertama yang mendapat keizinan daripada saya, selain kak Juwairiah. Untunglah mereka tu kan, padahal sebelum ni kawan rapat nak baca, saya tak kasi. hehe.

   Alhamdulillah, mereka menceriakan hari saya. syukran sahabat, moga Allah swt memberikan kebahagiaan kepada kamu berdua juga dikemudian hari.allahumma amin. uhibbukum fillah jiddan ! * ketika saya menaip post ini, mereka berdua sedang melayan novel Ramlee Awang Mursyid, berguling sana sorang, berguling situ sorang. alahai. hehe *

   Teman-teman doakan saya. InsyaAllah saya akan kembali bangkit berdakwah. Sebenarnya novel ini tercipta khas untuk remaja yang ingin berubah dan berhijrah.  jadi saya tak nak padamkan niat saya yang lalu,  kerana novel Pelangi Cinta Ilahi, saya akan bangkit kembali. InsyaAllah. saya teringat kembali janji saya dengan seorang fasilitator saya, ketika disuruh makan nasi basi, saya sanggup. dia tanya : betul ni balqis sanggup makan?? ( dalam nada marah, biasala program tarbiah kan )

   " Ya saya sanggup demi perjuangan Rasulullah !! " jerit saya dalam tangisan. selepas itu terus kedengaran kawan-kawan lain menjerit " jangan balqis! jangan balqis ! " mereka juga turut menangis.

   Alhamdulillah... saya makan dengan enaknya.=)  tiada apa-apa masalah. jadi kenangan ini jualah yang membangkitkan lagi semangat saya mahu meneruskan perjuangan baginda Nabi Muhammad saw. doakan saya terus kuat... lagipun kita semua ini sememangnya sudah diciptakan sebagai khalifah untuk menegakkan Islam di bumi Allah swt. Jangan kita hidup dimuka bumi ini sekadar untuk bersenang lenang, ingatlah " disebalik nikmat ada tanggungjawab."

   Sedikit perkongsian lagi. semalam kan saya dilanda kesedihan jadi saya terus mencapai Al-Quran kerana saya yakin Allah swt pasti akan memujuk saya.

   Alhamdulillah... memang benar! DIA telah memberikan saya kesedaran juga melalui ayat cinta yang suci, surah Fushshilat ayat 49 :

   " Manusia tidak jemu memohon kebaikan, dan jika ditimpa malapetaka, mereka berputus asa dan hilang harapan."

   Ya saya akui, sebelum itu begitu banyak sekali saya mohonkan kebaikan dari Nya hatta berkaitan novel saya ini, dan apabila saya diuji, saya berputus asa~ Allah... malunya saya pada Tuhan Yang Maha Berkuasa...


   ASTAGFIRULLAH, ASTAGFIRULLAH.. ASTAGHFIRULLAH... 
"maafkan hamba Mu yang lemah ini Ya Rabbi, aku lupa akan segala bicara indah Mu "

   bAiklah, pesanan terakhir saya, jika dilanda kesedihan, kesusahan dan apa saja yang sewaktu dengannya, teruslah membuka kitab suci dari-Nya... pasti akan temui kebesaran Nya . Allahuakbar. Segala puji hanya buat Nya Tuhan Semesta alam.

p/s : doakan saya, insyaAllah jika dipanjangkan umur, time Ekspo Konvokesyen Darul Quran 2013 nanti, saya akan membuat persembahan lagi pada Malam Kesenian Islam, ingat nak persembahkan puisi yg termasuk dalam post popular di blog ini. insyaAllah. tahun ini tahun kedua dan terakhir dah saya membuat persembahan di pentas astaka DQ. Doakan dipermudahkan segala perjalanan gerak kerja kami untuk mengadakan Malam Kesenian Islam tu. allahumma amin.

assalamualaikum.
                                   ==>         bAlqis kena senyum macam ni...

//( ,^^ )   ( ^^, ) //  
         ~tata~

:: salam sayang dari hati Permata Alwalidaini ::

No comments:

Post a Comment