Sunday 30 December 2012

Hati ialah Suis


Assalamualaikum wrm bwt putera puteri sayang~ sebelum ana kembali ke kampus Darul Quran , malam esok. ingin sekali diri ini berkongsi sedikit ilmu yang baru sahaja ana menimbanya dalam sebuah blog, amirgaleri.blogspot.com. moga bermanfaat juga kepada putera puteri yang minat menulis. jaga diri yer rama-rama Islam dan pemuda-pemuda Islam~ ;)



Hati ialah ‘suis’ kepada perubahan peribadi. Ia harus dapat membawa pembaca dari satu takah kepada satu takah yang lebih baik. Misalnya:

- dari rasa jauh kepada rasa dekat dengan Allah

- dari ‘meminggirkan’ Allah kepada membesarkan Allah.



- dari memandang remeh syariat Allah kepada meninggikan syariat Allah.


- dari keluh-kesah dengan ujian kepada redha dan berlapang dada.


- dari menafikan nikmat kepada bersyukur dengan nikmat.


- dari kecewa dan berputus asa kepada menaruh harap kepada rahmat Allah.


- dari terbiasa melakukan larangan Allah kepada ghairah untuk taat.


- dari bersifat pendendam kepada bersifat pemaaf.


- dari tidak faham Islam kepada faham Islam.


- dari iri hati kepada berlapang dada.


- dari cinta dunia kepada cinta akhirat.


- dari harap makhluk kepada harap Kholiq.

salam sayang dari hati ana buat semua :)

Saturday 29 December 2012

: Catatanku :




Awan-awan menghitam,
langit runtuhkan bumi,
saat aku tahu,
kenyataan menyakitkan.

mengapa semua menagis?
agar aku selalu tersenyum,
usap airmatamu,
aku tak ingin,
ada kesedihan.

Burung sampaikan nada pilu,
angin terbangkan rasa sedih,
cukup bahagia di harinya,
berikan dia hidup.

Tuhan, terserah pada Mu,
aku ikut mau mu Tuhan, 
ku catat semua ceritaku,
dalam harianku.

: lirik lagu : catatanku nyanyian Melly Goeslow dan Baim cilik.
lagu ini sangat comeyy.. :)




                                                                     [ adik baim ]

Syukuri segala kurniaan NYA





Sekeping syiling jatuh di hadapan seorang lelaki yg sedang asyik membancuh simen. Melihat logam kecil itu,tangan lelaki itu terhenti melakukan kerja. Tidak menunggu lama,tangannya segera mengutip syiling itu dan dimasukkan ke dalam poketnya.
Dia menyambung semula kerjanya.

Sekali lagi lelaki itu terpandang duit syiling tidak jauh dari sisinya.Lelaki itu menoleh ke kiri,kanan dan disekelilingnya.Sekali lagi dia terus mengambil syiling itu.

Tidak lama kemudian,lelaki itu ternampak lagi duit syiling berdekatan dengannya. Pun sama,dia mengambil dan menyimpannya.“Rezeki aku!” kata lelaki itu dalam hati.

Lelaki itu tidak sedar,logam syiling itu sebenarnya dicampakkan oleh ketuanya daripada aras lapan bangunan separuh siap yg mereka bina itu. Sebenarnya ,ketuanya mahu memanggilnya.Ada pesanan yg mahu disampaikan ketuanya itu.Puas ketuanya menjerit daripada aras lapan,cuba memanggil lelaki itu yg berada pada aras paling bawah.

Namun,jeritan itu tidak mampu mengalahkan pelbagai bunyian mesin pembinaan di kawasan tersebut.Ketuanya terpaksa mencampakkan syilingnya dengan harapan lelaki itu akan mendongak melihatnya di atas. Sayangnya,sehingga habis wang syilingnya dibaling ke bawah,lelaki itu masih belum juga mendongak ke atas.

Lantas,ketuanya itu mengumpulkan serpihan batu kecil yg terdapat di lantai.Satu persatu batu kecil itu dibaling ke bawah. Beberapa kali batu itu mengenai badan lelaki itu.Setelah merasa sakit dan terganggu,lelaki itu mendongak ke atas,melihat dari mana datangnya batu-batu kecil yg menyerangnya tadi.

Barulah dia ternampak kelibat ketuanya yg sejak tadi cuba mencuri perhatiannya bagi menyampaikan pesanan.


P/s : Sahabat sekalian,kisah ini sekadar tamsilan antara kita dengan Yang Maha Pencipta.Tanpa sedar,Allah sering menjatuhkan ‘syiling’ lambang rezeki,rahmat atau kesenangan yg tidak terkira banyak kepada kita. bukanlah kita nak bandingkan manusia dengan Allah kerana Allah tidak terpaksa dalam mengurniakan rezekiNya kepada manusia. Tuhan menjatuhkan ‘syiling’ itu sebagai satu panggilan agar kita sentiasa mendongak ke atas untuk mengingati dan bersyukur dengan kurniaan-Nya.Tetapi,kita acap kali lalai untuk ‘mendongak’ ke atas sebaliknya terus menikmati pemberian-Nya tanpa mengucapkan terima kasih.

Seperti kisah ketua dan pekerja tadi,apabila jatuhan syiling tidak berjaya menarik perhatian,lalu Dia jatuhkan pula ‘batu’ yg berupa musibah,kegagalan,keperitan dan pengalaman yg menyakitkan.
Dan hanya setelah kita merasa kesakitan itu,barulah kita teringat untuk mendongak,menadah tangan bersyukur mengingati Yang Maha Pencipta kita.

: Copy paste dr MukaBuku ;)

PUISI : CINTA ILAHI CINTA INSANI






Ku lihat langit biru,
Tiada cinta yang ku temu,
Melainkan hanyalah satu,
Cinta DIA Pencipta diriku.

Kala ku terasa sepi,
DIA lah pengubat hati,
DIA lah bawa ku kenali,
Sinaran ‘Cahaya’ hidup ini.

Ya Ilahi ku bersyukur pada Mu,
Gelapnya hidupku kini disinari ‘cahaya’ itu,
Harapan dihatiku kini cuma satu,
Moga ‘cahaya’ itu terus menyuluhi kehidupanku.

Pabila ku jalani liku-liku hidup ini,
Tidak ku sedari hadirnya cinta insani,
Mula mengetuk pintu hati ini,
Tika ku serah segala pada Ilahi.
Tika bunga-bunga cinta ku hanya buat Ilahi.

Penuh harap ku berdoa pada Mu Ya Rabbi,
Sucikanlah cinta di hati hamba Mu ini,
Dari debu-debu dosa duniawi,
Dan bukan cinta dinodai nafsu,
Bahkan cinta ini suci hanya kerana Mu.

Ya Allah Ya Tuhanku,
Ku sujud atas sejadah cinta Mu,
Merintih merayu mengharap petunjuk Mu,
Agar cinta ini bukan cinta palsu,
Iringkanlah cinta ini bersama bunga redha Mu,
Moga kekal abadi hingga ke syurga Mu.


[ tercipta puisi ini pada 24/12/2012, di rumah Kelantan, time cuti mid sem4 ]



p/s : kawan-kawan, putera puteri yang ana cintai, sekiranya di usia remaja ini kalian sedari telah jatuh cinta pada seseorang, usah tergesa-gesa melafazkannya kepada dia. Jika benar merasakan cinta yang berputik itu mahu di bawa hingga ke alam perkahwinan seterusnya syurga firdausi, maka didiklah cinta insani itu menuju redha Allah swt. 

            Amat indah maksud redha Allah swt ini. Kerana disebalik ‘redha Allah swt’ Dia telah sediakan kebahagiaan terindah buat hamba-hamba Nya. So, jangan pernah mengambil enteng perihal redha. Siapa tak nak menikmati kebahagiaan indah bagai di syurga Firdausi sana.

Doa ana, moga remaja seusia dan seangkatan dengan ana, bimbinglah cinta hati sebaik-baiknya dengan iman dan takwa. Moga Allah swt sentiasa bersama kalian dalam menguruskan cinta insani. =)

Salam cinta kerana Ilahi by Permata Alwalidaini.

Friday 7 December 2012

meh, pakat jadi BAIK!





     Assalamualaikum putera dan puteri Islam… bagaimana dengan hati kita saat ini? seringkah kita mensucikannya sebagaimana hari-hari kita menyucikan gigi kita? =) maaf, bukan nak kecilkan martabat hati. Tetapi ana TERbuat satu analogi semasa menggosok gigi sebelum mengambil wuduk untuk solat zohor. Masa tengah syok gosok gigi, ana terfikir…
            
     “ emmm, kalaulah semua orang hari-hari menyucikan hati macam setiap hari gosok gigi kan bagus? Sebagaimana semua orang nak, gigi bersih, tentu semua insan juga berimpian mahukan HATI sentiasa BERSIH kan dari kotoran degil dosa-dosa. Jadi, ayuhlah renungkan… kita asyik gosok gigi itu untuk dunia, sucikan HATI itu untuk akhirat. Ia akan membimbing kehidupan kita. Renungkanlah. Hari ni dah sucikan hati tak?”=)
            
     Hmm, kalau difikirkan lebih mendalam, sebenarnya sucikan hati tu dengan istighfar pun boleh buat. Tetapi, biasalah manusia ni kan, sering sangat terlupa. Termasuk ana juga. Apapun, kita kenalah sentiasa awasi diri kita, ingatkan diri kita.
            
     Mesti ada orang akan tanya, kalau terlupa juga nak awasi dan ingatkan diri, macam mana?
            
     Alah… handphone kan ada ( sebab ia barang yg selalu kita bawa ). Sebenarnya banyak cara tau untuk ingatkan diri tentang suatu perkara ni. Itupun kalau kita pandai berfikir secara kreatif. Siapa-siapa yang dianugerahkan otak yang kreatif tu, kerahkanlah ia kepada kebaikan juga. Jangan guna untuk kreatifan menyakat dan mengorat gadis saja.
            
     Heh? Tetiba keluar bab ngorat. Maaf deh. Hehe.
            
     Okay, jom patah balik! Hehe. Ana nak kongsilah sedikit cara yang ana buat. Bukan nak riak tau. Sekadar kongsi. Contohlah kan, apa kata buat note kat handphone kalian, tulislah ayat yg boleh memberangsangkan semangat kalian.
            
     Contoh nak berubah : mia sayang ( buat nama sendiri ), ingat! Kalau aku tak berubah skrg, bila lg?? ajal tu dtg tak cakap kat aku dulu! Sampai bila aku nk mcm ni?? Penuh dosa je hari2! Azab neraka tu pedih teramat sangat tau! Sanggup ke minum air yg menggelegak nanti??
             
     Contoh bab cinta ( confirm ramai like ni. Hehe.) : Faizal ensem, aku ni asyik bercinta je dari form 2 sampai umur 18 ni. Ramai gf plak tu. Wei! Cuba renungkan, sape yg bg hati ni? Allah kan? Bila Allah bg tentu Dia nak aku letakkan benda baik dlmnya. Hati ni dulunya bersih sangatkan? Skrg apa ek wrna dia?? Hitam legam kah?? Atau dah mcm kuali?? Dan aku confirm ke minah tu akn jd milik aku?? Setakat mn keyakinan aku ni?? Sekuat aku yakin dgn TAKDIR ALLAH swt kah??
                       

     Allahurobbi… putera puteri ku sayang… maaf ya. Kekadang kita ni kena berkasar dan tegas dengan diri kita. Lebih kurang begitulah yang ana lakukan. Tetapi tak adalah ayat macam itu. Kalau yang berjiwa lembut ni, biasanya ayatnya lembut-lembut, indah-indah cikit. Cikit jer.hehe. segalanya terpulang pada empunya diri tau. Kalau lelaki, dia mesti tahu cara sendiri untuk TEGAS dengan diri. Marah kan jer diri kita! Lebih baik kita marah awal-awal, sebelum Allah swt berikan kemarahan Nya kepada kita di akhirat kelak. Kemarahan Allah swt lagi MELETUP tau.

Putera puteri ku sayang, sebab ana sayang kalian lah ana kongsi benda-benda macam ni. Mungkin ringkas saja tapi, bermanfaat suatu masa nanti. Kalau betul-betul buat lah. Bila dah buat note sendiri, set kan sebagai wallpaper handphone kita. Kalau handphone Sony ericsson boleh buat, handphone lain ana tak pasti.

Kalau handphone putera puteri tak boleh buat wallpaper note tu, jangan sedih tau. Ni ana nak kongsi lagi. Apa barang atau benda yg selalu kita bawa, buatlah note kat situ. Contoh ana, selalu jer bawa satu buku nota, jadi ana dah hias cantik dan balut buku tu, ana buat satu ayat untuk ingatkan diri selalu. Di muka depan lagi.

: baik solehahkan diri sendiri dulu ! : ( kat handphone ana )
: wanita solehah ialah yang TAAT kepada perintah Allah swt lagi MENJAGA DIRI. : ( kt buku )

Ana buat ayat tu sebab ana sedang menuju ke arah itu. Jadi, putera puteri bolehlah buat ayat sendiri mengikut apa yang kalian sedang kejari sekarang. Bila ana tengok aje muka depan buku tu, ana pasti TERbaca ayat tu, so AUTOMATIK lah ia menjadi peringatan buat ana.

Dan buatlah huruf besar bagi perkataan penting. Contoh macam TAAT tu kan, dalam tau maksud taat itu kalau difahami betul2. Kita buat jer apa yang Allah swt suruh, tak kisah lah besar ke kecil sebab dalam Al-Quran terdapat 1 JANJI ALLAH daripada surah An-Nisa’ ayat 40 :

Bermaksud : sungguh, Allah tidak akan menzalimi seseorang walaupun sebesar zarrah, jika ada kebaikan ( sekecil zarrah ), niscaya Allah akan MELIPAT gandakannya dan memBERIKAN PAHALA yang BESAR dari sisi-Nya.

ALLAH~ Cubelah buka Quran kalau tak percaya, muka surat 85.. Zarrah bermaksud sesuatu yang TERKECILdan TERINGAN. Allahuakbar, betapa baiknyerr Allah kita ni kan. Kecik mana pun kebaikan yang kita buat, Dia akan nilai juga! So, tak nak ke berubah jadi baik? Bila dah jadi baik nanti, makin banyaklah benda baik yang kita akan buat tau. Mungkin kita akan mula dari benda baik yang kecik dulu. Bila makin banyak buat benda baik, makin banyak ‘harta’ kita. Emmm kaya nyerrr kita nanti kat akhirat~



 Putera puteri ku sayang… apa lagi ditunggu. Meh, hulurkan tangan tu. Kita berpimpinan tangan ek. Ikut kumpulan tau. Lelaki dengan lelaki, perempuan dengan perempuan. J jangan berfikir dua kali kalau dapat nasihat benda baik. Tak kan nak tunggu nanti dah puluhan umur kita baru nak berubah. Entah kita bernafas lagi tak.

Terakhir perkongsian ana, satu ayat ni ana tampal kat dinding bilik. Ana tulis besar-besar. Semua tulisan besar. Masuk bilik jer Nampak ayat tu. Bila ana ternampak ayat tu, buat ana takut sangat. Ayat tu ialah…

“ ANDAI HARI INI ADALAH HARI TERAKHIRKU… Allahuakbar!”

So, rasa takut tak? Ana takut sebab boleh jadi selepas baca ayat tu, ana meninggal. Nauzubillah. Kalau tak takut lagi, tak tahulah. Hehe. Kalau ana, ana takut. Sebab ana tak tak tahu banyak mana sangatlah ‘harta’ yang telah ana kumpul untuk dibawa bertemu Allah swt nanti. Ana takut bekalan tu sikit sangat. Nanti ana terseksa sorang-sorang dalam kubur yang gelap gelita. Ana takut. Jadi, ana harap sangat putera puteri semua… jomlah kita berubah… ana pun tengah berubah lagi. Kalau dah berubah nanti, kita akan rasa BAIK SANGAT ALLAH swt ni. Akan rasa SAYANG nyerr Allah swt kat aku.

Ana yakin itulah perkataan yang akan kalian katakan nanti.. tak percaya? Cuba dulu baru tahu! J

Okay… kalau nak berubah, jom! PERUBAHAN didahulukan, KASIH SAYANG Allah swt diutamakan ! HEHE.

So.. fikirkanlah. Allah swt dah bagi fikiran kan. Siapa-siapa nak berubah tu, bolehlah mulakan langkah sekarang. Dengan lafaz suci, ana harap ada yang mahu berubah. Jom jadi lebih CANTIK dan ENSEM di hadapan Allah swt. =) comel!

Tulisan sayang daripada Permata Alwalidaini.

Wsalam wrm wbt. ~Senyumsenyum~=)

Monday 26 November 2012

Allah cayang Ain~


   assalamualaikum wrm wbt... apa khabar sahabat-sahabat? bagaimana dengan iman di hati? moga kita semua sentiasa memeliharanya dengan sebaiknya ye. :) jaga kesihatan dan jaga hati.

   Insya Allah, peluang yang diberi Allah swt untuk update blog ini, akan ana gunakan sebaiknya. Ana ingat, mahu berkongsikan sebuah kisah pendek dengan kalian. harap dapat ambil ibrah (pengajaran ).

   ~ matanya langsung tidak di alihkan daripada menatap sekeping surat di hadapannya itu. entah telah ke berapa kali dia membaca isi-isi yang terkandung di dalamnya. sesekali, tangan kirinya menyeka airmata yang membasahi pipi.

   " Mak, kalau mak ada di sisi ain sekarang kan bagus. ain nak sangat dekat dengan mak sejak sebulan ni. ain takut, ain tak dapat bersama mak lagi nanti." rintinhya dalam hati, membuatkan airmatanya makin lebat. selebat hujan di luar jendela kamarnya.

   Jika dahulu, dia sering diuji dengan pelbagai masalah. dia cuba bersabar, kerana dia tahu Allah swt mencurahkan ujian yang sebegitu banyak kerana Allah swt mahu menghapuskan dosanya dan mungkin juga kerana Allah swt merindui rintihannya. lantaran itu, dia sentiasa cuba kuat andai ada saja ujian menyinggah.

   dan kini... tidak diduga olehnya, ujian lebih besar diberikan padanya. dia tidak mahu menyoalkan, mengapa mesti dia? kerana dia tahu Allah swt itu Maha Mengetahui akan segala yang terjadi. dia hanya perlu terimanya dengan redha dan sabar.

   ~ Jam 10 pagi dia tiba di hospital bersama seorang sahabat. menanti saat dipanggil masuk ke bilik pemeriksaan, amat menggelisahkan dirinya. dia teringatkan pesanan murobbinya, jika dalam kegelisahan atau mahukan ketenangan, maka beristighfarlah.

   dia tidak henti-henti beristighfar. di samping itu, dia amat mengharapkan, dengan istighfar itu, dosa-dosanya turut digugurkan oleh Allah swt. moga Allah swt perkenankan.

   " Ain, awak dah makan ke?" tegur teman sebiliknya.

   dia pantas menyeka airmata. " belum. jom pergi makan." dia melipatkan surat itu dan diletakkan di dalam sebuah buku.

   " ain.. sekarang dah nak pukul dua."

   dia terkejut. terus dicapai jam tangannya. " yelah. tak perasan pula."

   " kenapa dengan awak ni, ain? mengelamun jauh aje sy tengok. ada masalah ke?"

   " eh tak adalah." dia menggeleng-gelengkan kepalanya berulang kali. dia terus keluar dari kamarnya. 

   di muka pintu, dia tidak bisa menahan air matanya menitis lagi. jika boleh, mahu saja dia rebah di situ. namun, dia tidak mahu insan lain mengetahui penderitaan yang ditanggungnya itu. cuckuplah Mia saja yang tahu. dia gagahkan diri untuk melangkah ke kamar Mia di tingkat tiga.

   matanya mencari-cari bilik bernombor S211. sejurus salamnya disambut, dia memulas tombol pintu bilik. 

 " ain, kenapa menangis ni?" Mia mendekatinya yang sedang berdiri di muka pintu. saat Mia memegang bahunya, dia rebah.

   " mia..." panggilnya perlahan. dan teramat perlahan.

   Mia panik. dia mengangkat sekujur tubuh itu semampu kudratnya. dibaringkan Ain di atas katilnya.

   " Ya Allah, berikanlah kekuatan kepada sahabatku ini. berikannya kekuatan, temukanlah kami jalan penyelesaian. aku merayu pada Mu Ya Tuhan." doa Mia saat di sisi Ain yang belum sedarkan diri.


   ~  dia berjalan-jalan di taman KLCC dengan bahagia sekali ditemani Mia dan tiga lagi sahabatnya. dia lah paling bahagia hari itu. namun, mia tidak meraikan sangat kegembiraannya itu kerana mia amat memahami apa yang sedang dirasai oleh Ain.

   " kawan-kawan, nanti kita ke Masjid Syakirin nak tak? solat zohor kat sana ye. ain dah rindu sangat kat rumah Allah swt tu." tanya Ain sewaktu mereka sedang berjalan di atas jambatan. tangannya memegang erat tangan sahabat-sahabatnya.

   " Ye, boleh saja." balas mia perlahan.

   " hehe.. sayang Mia. " dia tersenyum bahagia.

   " usah berlakon duhai temanku. ku tahu kesakitan yang dirasai oleh mu." bisik hati kecil Mia.

   ~  Jam 12.55 tengah hari, mereka mula mengorak langkah ke Masjid As-syakirin. ain lah yang berada paling hadapan. dia meninggalkan jauh tiga sahabatnya.

   tiba di tangga masjid, dia duduk dan mula menanggalkan sandalnya. namun... kepalanya terasa amat sakit. tangan kanannya diletakkan di kepala. matanya berkerut0kerut menahan sakit.

   " Allah..... beriku kekuatan..." hatinya meminta.

   dalam kesakitan itu, samar-samar dia nampak tiga sahabatnya makin hampir. dia terus bangkit, walau masih sakit.

   langkah terus di hayunkan ke ruang mengambil wuduk.


~ ain tersenyum bahagia saat mendengar seruan meluruskan saf untuk solat zohor berjemaah. dia tidak tahu mengapa terlalu bahagia, namun dia tetap bersyukur kerana Allah swt izinkannya menjejakkan kaki di rumah Allah itu, yang telah lama dirinduinya.

   Dia memlih saf paling hadapan dalam jemaah muslimat. disebelahnya seorang wanita berusia 40-an dan disebelah kirinya, Mia. sbelum mengangkat takbir, dia sempat lagi memberikan sebuah senyuman buat Mia dan wanita itu.

  " nanti sujud terkahir, saya nak sujud lama-lama sikit, sebab bersyukur Allah bagi datang sini lagi. " katanya kepada Mia.

Mia hairan namun dia biarkan saja.

   sujud terakhir..

   semua jemaah muslimah dah bangkit dari sujud.. hanya dia.

   Mia biasa-biasa saja.

   zikir mula kedengaran. dan doa pula akan dibacakan.

   wanita di sebelahnya hairan.

   Mia mula berdebar-debar. Ya Allah, jangan Kau ambilnya kembali pada Mu lagi....

    lama menanti.... 

   dia belum juga bangkit....

   Mia dan dua sahabat terus mendekati Ain. terasa basah pada tangan Mia saat menyentuh pipi Ain...



   benar... Allah swt telah mengambilnya kembali... buat selamanya...

   " temanku... aku tahu, pasti Allah swt menjanjikan syurga buatmu, atas kesabaran mu selama ini dalm menempuh ujian hidupmu saat dirimu mulai berhijrah menuju redha Nya. temanku Ain, dirimu benar-benar sahabat syurga... ku redha dengan pemergianmu.... "

: Nur Ain , kamu menghidap penyakit barah otak~

   

Friday 26 October 2012

Alhamdulillah 2


   Assalamualaikum wrm wbt... InsyaAllah post kali ini ana akan berkongsi dua kisah insan yang memperoleh hidayah Allah swt. Seorang insan adalah dari negara Barat dan seorang lagi sahabat ana dari Indonesia.



                                                      ( KISAH LUTI )

   Insya Allah ana akan mulakan dengan kisah sahabat ana terlebih dahulu ya. saat ini terbayang-bayang wajahnya yang putih, bertudung kecil, berseluar jeans dan memakai baju berlengan tiga suku.

   Selama ini banyak tengok cerita indon aje kat tv dan hari itu tidak sangka ana akan mempunyai seorang sahabat dari negara itu pula. memang dah pernah berkenalan dengan seorang muslimah kat laman sosial bukumuka hehe. tetapi pertemuan dengan Luti ini secara berhadapan. ore klate kato " temu mato ". :)

   Hmm... okay, ana cerita dengan molep-molep deh. begini al kisahnya bermula. Satu hari tu, ana ada keluar atau outing dari kampus bersama beberapa orang sahabat ke suatu tempat di area Key Eyll ( bahasa remaja lonim,adoii ) maksud ana KL. sahabat ana mahu bertemu dengan seorang kakak di tempat itu. ana temanilah dia bercakap-cakap dengan kakak tu. waktu itu dah petang, ana terasa boring aje duduk kat situ. asyik on aje telinga ni, sebab memang tak boleh off. hehe

   mata ana pandang kiri pandang kanan... hmm.. tak tahu nak buat apa. then, mata ana tertancap pada jam comel pemberian ummi ana kat tangan kiri. jarum jam pendek menunjuk ke angka 4 dan jarum jam panjang ke angka 6.

   " hmm mesti dah masuk waktu asar ni. nak solat dulu lah." kata ana dalam hati jer.

   " awak... saya nak pergi solat asar dulu yer." kataku kepada sahabatku itu. di tersenyum dan mengangguk.

   Lantas ku mengorak langkah ke ruang solat muslimat. selepas ana meletakkan beg di dalam ruang itu, ana terus ke tandas untuk mengambil wuduk.

   Terdapat beberapa orang muslimat sedang solat dan ada juga sedang istirehat. fikir ana, mereka penat kot dan mungkin uzur juga. nasib baik ana memakai jubah dan tudung labuh tika itu dan tidak perlulah memakai telekung sembahyang lagi. sarung kaki pun dah pakai. so COMPLETE untuk bertemu Allah swt.  yuk! solat sama aku ! hehe

   setelah rukuk, sujud dan duduk tahyat akhir, ana memberi salam. sebagaimana yang dilakukan semua muslims apabila bertemu dengan Allah swt. zikir di lantunkan perlahan namun kedenganran di telinga sendiri serta selawat ke atas Nabi Muhammad saw. kemudiannya ana menadahkan tangan untuk membacakan doa.

   " Allahumma amin " tangan ana diraup pada wajah yang tidak berkaca mata buat sementara detik itu.

   Perlahan-lahan ana mula berdiri. belum lagi menoleh ke belakang. 

   " Aku suka lihat kamu pakai baju macam ini. baju kamu tutup semuanya, kemas dan cantik. aku teringin mahu pakai macam ini. di mana aku boleh dapatkannya? kamu beli kat mana?" tegur suara gadis ini secara tiba-tiba mengejutkan ana. memang mengejutkan ana sangat.

Allah...

   Ana menghadiahkannya senyuman manis sambil berbicara .

   " biasanya jubah macam ini saya beli kainnya saja kemudian hantar kepada penjahit baju. tudung pun sama." aku masih senyum padanya. aku tidak mahu menghampakannya. aku tidak mahu menjadi hamba yang sombong. aku tidak mahu melepaskan peluang keemasan itu, kerana itu aku cuba melayannya semesra mungkin !

   " owh. pakaian macam aku ini tak menutup aurat macam kamu. semalam aku terjumpa dengan orang macam kamu juga. dia bawa aku ke rumahnya kemudian dia berikan aku jubahnya. warna hitam. " dia mula bercerita kepada ana sambil kami berdiri lagi. hehe.

   " owh... jom kita duduk dulu." ana memperlawanya untuk duduk di ruang belakang.

   kami mula berborak rancak. mula berkenalan. dia sangkakan ana pangkat kakak tetapi rupanya dia dan ana adalah sebaya.

   " nama kamu siapa ya?" tanya dia selepas ana bertanyakan namanya, Luti.

   " nama saya Balqis. umur 19 juga. "

   " waahh cantik nama kamu. apa tadi bal..qis..?" tergagap-gagap di menyebut nama ana.

   ana tersenyum padanya. selagi upaya, ana akan senyum dan senyum. lagipun ana ni memang suka senyum. kalau ayah marah pun, ana masih senyum . hehe. :)

   " Ya, balqis. nama isteri Nabi Sulaiman. kamu kerja apa kat sini?"

   " Owh... em aku kerja kilang saja. sebenarnya aku mahu sambung belajar lagi, tetapi tiada duit jadi aku mahu kerja dulu untuk cari wang."

   Makin rancak perbualan kami. antara perbualan yang masih ana ingat ialah :

   " aku mahu pakai baju macam kamu. aku lihat orang malaysia ramai pakai baju seksi, sama macam indon. kat tempat aku di indon, ada juga tempat orang macam kamu. mereka mengaji saja. tetapi aku jarang dapat bercakap dengan mereka." 

   Inilah antara luahan Luti kepada ana. Ya Allah, terasa malu ada juga apabila dia mengatakan ramai orang malaysia berpakaian seksi. Malu kan, teman-teman? Orang luar dah cop macam tu bila lihat suasana 'Key Eyll'. hmmm...

    " InsyaAllah... jika Luti benar-benar mahu berubah, ada jalannya nanti. nanti apa-apa hal, Luti boleh juga berkawan dengan saya." balas ana sambil menyentuh lembut berdekatan lututnya. ketika itu kamu duduk bersila. sengaja ana menyentuhnya kerana sentuhan lembut juga perlu digunakan ketika kita ingin menyampaikan mesej kepada sasaran dakwah kita. ana sengaja mahu praktikkan apa yang dipelajari dalam kos dakwah di kampus, selain metod berbicara dengan hikmah.

   Sebelum kami berpisah di situ, Luti ada bertanya juga kepada ana.

   " balqis, betul ke perempuan tak boleh memakai make up yang tebal? macam aku ini, boleh?" soalnya sewaktu dia sedang menyapukan bedak compact pada raut wajahnya.

   " ya... jika tebal sangat tak boleh lah. tabarruj. kalau macam luti tak ape, tak nampak sangat."

   Bicara terakhirnya buat ana pula ialah...

   " nanti kalau aku mahu tanya soalan tentang agama kepada kamu boleh?"

   " Insya-Allah boleh saja. jangan risau." :) Ya Allah, masa tu ana hanya mampu mengharapkan Allah swt akan membantu ana, kerana ana akui ana sendiri masih jahil dengan ilmu agama. ana akan cuba menjawab jika dia bertanya apa-apa soalan nanti. moga dipermudahkan segalanya.

   Dia turut tersenyum pada ana. ana cukup bahagia bila bertemu dengannya yang amat peramah. dan kelihatan kesungguhannya mahu berubah. Alhamdulillah, kami sempat bertukar nombor telefon untuk memudahkan lagi perhubungan kami di kemudian hari.

   Actually, ana tidak menyangka kejadian itu akan tercipta dalam salah satu buku coretan kehidupan ana. Hari itu adalah perjalanan di luar kampus yang amat bermakna buat ana.

   ~ malamnya... ana dalam KTM untuk pulang ke kampus.~

   ana menerima satu panggilan daripada nombor yang tidak di kenali. nombor Luti ana dah save dalam contact.

   " Assalamualaikum... Balqis ya? ini Luti. balqis, aku mahu tanya sama kamu satu soalan. begini, tadi aku terlepas solat Maghrib kerana kawan aku datang lewat mengambil aku. bagaimana ya? sekarang sudah Isyak. aku mahu solat Maghrib dulu atau Isyak dulu ya?"

   Ana cuba menjawab mengikut ilmu pengetahuan yang ada. Walaupun terasa berdebar-debar. Mengharapkan itu adalah jawapan yang baik untuknya dan juga Allah swt.

   Semenjak itu, kami telah lama tidak berhubung. bukan ana langsung tidak contact. ana ada mencuba mesej kepadanya namun tiada balasan. kekadang tidak delivered. bimbang juga perhubungan kami terhenti begitu saja. jika boleh ana tidak mahu melepaskannya dan mensia-siakannya. dalam hidup ana.

   Sehinggalah pada tarikh 20.10.2012, musin cuti semester tiga bagi kampus Darul Quran. Tika itu ana sedang bersama seisi keluarga menonton perlawanan bola sepak antara team Kelantan dengan team ATM. hehe.

   Kedengaran music pembukaan lagu Permataku nyanyian Mirwana dari telefon Sony Ericsson ana. menandakan satu mesej telah masuk. 

   ana membuka inbox. tertera nama LUTI. 

   Alhamdulillah... time tu ana bersyukur sangat kerana akhirnya dia muncul setelah lama menyepi. syukur ke hadrat Ilahi. Tanpa berlengah lagi, kami berdua mula berbalas mesej. ana mula bertanyakan perkembangannya.

   Alhamdulillah... satu berita baik ! Sekarang Luti sedang berusaha untuk memakai baju kurung. antara isi mesejnya :

   " aku ingin punya sahabat rapat mcm kamu, kamu shaleha, baju  kamu bagus lagi indah.. baju-baju malaysia banyak sopan sbab dia negara Islam, lain dengan indon, seksi-seksi, tak elok."

   " InsyaAllah, nak sangat-sangat la.. sekarang aku tengah belajar pakai baju kurung. hehe. tapi aku masih risau if dah kat indon. di sana hanya nenek-nenek or orang tua saja pakai baju mcm itu. pasti nanti semua orang gelakkan  aku sebab aku masih muda tapi dah pakai baju-baju mcam tu. tapi demi agama insyaAllah aku rela dapat cibiran macam tu. janji aku tahu mana yang benar.:) "

   " di indon tak banyak orang jual baju kurung. banyak t-shirt dan baju-baju biasa non Islam. aku pun dari kecil selalu pakai kaos or gaun-gaun, di kalangan kami memang dah macam tu. :( sebab kami awam, tak dalam agamanya. aku nak sangat-sangatubah tu mua. aku ingin bangkit dari jahiliyah ini balqis :( "

   ALLAH ~

   teman-teman.. cibiran bermaksud ejekan. actually ana pun tak faham apa cibiran, bila google translate... rupanya ejekan.;)

   Begitulah kisah Luti. Mohon kalian yang membaca kisah ini mendoakannya ya. Moga dia dikurniakan kekuatan. teman-teman serumahnya tidak memakai pakaian menutup aurat sempurna juga, itu yang ana bimbangkan. mudahan dia tidak akan di ejek dan di pengaruhi.

   Kalau menurut Ust Muhadir Hj Joll, ustaz berpesan berdoalah kepada Luti dengan membaca doa ini ; "Allahumma layyin qalbaha kama da'udul hadid "  sambil membayangkan wajah Luti.

   Kalian mungkin boleh berdoa untuknya dengan memasukkan namanya. moga sekecil usaha kalian ini untuknya di berkati Allah swt .

                                                         ( KISAH PROF. TEJASEN )

* PEMBETULAN dalam post ALHAMDULILLAH 1 : Prof Tejasen adalah bekas ketua Jabatan Anatomi dan Embriologi di Universiti Chiang Mai.

   Semasa lawatan ke Arab Saudi, beliau telah ditujukan ayat-ayat Al- Quran dan hadis Nabi berkenaan dengan proses embriologi. Respon beliau adalah bahwa di dalam catatan-catatan Budha juga mengandungi penerangan yang sama dengan proses embrio ini. Walau bagaimanapun setelah mengkaji kembali catatan-catatan Bhudha tersebut, beliau mendapati tidak menjumpai perkara tersebut.

   Professor telah ditanya, samada kajian beliau ada kaitan dengan kaji selidik Professor Keith Moore, seorang saintis  Knada. Jwapan beliau memang dia mengenali Professor Moore dan dia merupakan seorang yang sangat-sangat dikenali di dalam bidang embriologi.

   Professor Tejasen kemudiannya telah membaca artikel penulisan Professor Moore. di mana Prof Moore telah meberikan pendapatnya bahawa wujud banyak perkara yang terdapat dalam AL-Quran yang sangat sinonim dengan kajian SAINS moden. Prof Tejasen sangat tertarik dengan pandangan artikel tersebut dan berhajat untuk mengetahui lebih mendalam. Ayat berikut telh diperlihatkan oleh beliau : 

   " sesungguhnya orang-orang yang kufur kepada ayat-ayat keterangan kami, Kami akan membakar mereka dalam api neraka. Tiap-tiap kali kulit mereka masak hangus, Kami akan gantikan untuk mereka dengan kulit yang lain supaya mereka dapat merasa azab sengsara itu dan ( ingatlah ) sesungguhnya Allah adalah Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana" 
                                                        
( surah  al-nisa : 56 )

   Prof Tejasen bersetuju bahawa ayat ini merujuk kepada fenomena dermatologi ( kajian kulit ) di mana sains moden baru sahaja menemui perkara ini. di mana kulit mengandungi semua penghujung saraf dan jika kulit terbakar dengan mendalamnya dan kulit tersebut hangus sepenuhnya, seseorang itu akan hilang deria sakitnya dan seorang yang terlibat tidak akan merasa sakitnya lagi. Allah swt tahu akan kejadianny itu dan akan menjadikan kulit  baru kepada mereka yang kufur agar merasai kesakitan api neraka.

   Prof Tejasen juga bersetuju bahawa adalh tidak mungkin sumber ini datang dari manusia dan di lihat dari Al-Quran yang berusia 1400 teksnya, ilmu seperti ini tidak diketahui pada zaman tersebut. dari mana pula timbul ilmu tersebut? Tanya Prof Tejasen. Tidak lain dari Allah swt yang menjadi pencipta maka dari Dia lah  datang ilmu pengetahuan tersebut.

   Prof Tejasen kembali ke Thailand dan menyampaikan beberapa siri ceramah dan mengenai apa yang telah beliau pelajari di Arab Saudi. Hasil dari ceramah beliau itu 5 pelajarnya telah memeluk agama ISLAM juga !

   ALLAHUAKBAR !!



~ Wassalam wrm wbt ...

created by : Permata Alwalidaini.



   

Alhamdulillah 1




   Assalamualaikum wrm wbt... apa khabar sahabat-sahabat? apa khabar juga iman dan hati? pelihara dan jagailah kedua-duanya dengan sebaik mungkin. genggamlah ia jangan sampai terlepas ke tangan syaitan laknatullah.
   
   Syukur ke hadrat Ilahi, kita semua masih dipanjangkan umur dan masih menerima kasih sayang Nya sehingga hari ini. buktinya, Dia masih kurniakan kita mulut yang baik untuk makan, tangan yang gagah untuk bekerja, kaki yang kuat untuk melangkah dan pelbagai lagi pemberianNya. sudahkah kita melafazkan rasa syukur , alhamdulillah ? 

   " ALHAMDULILLAH YA ALLAH. syukran sangat. " kemudian senyumlah tanda kita benar-benar mensyukurinya. :) =)



   Perkongsian hari ini adalah berkaitan Hidayah Allah swt. tetapi... sebelum jari jemari ana makin lincah menaip butir-butir kata, rasanya belum terlambat untuk ana mengucapkan :

   " SaLam AidilAdha buat muslimin dan muslimat yang ada di bumi Allah swt ini. kepada yang jauh di perantauan sana dan telah lama tidak pulang ke tanah air, jangan bersedih ye. moga pengorbanan dirimu diredhai Allah swt. special untuk seorang teman : Qayyum. moga tahun hadapan berpeluang pulang ke negeri cik siti wan kembang ini. :) "

   Baiklah.. sedari tadi lagi seolah-olah perkataan Hidayah sedang berputar ligat di hadapan skrin notebook ini. sabar ya. :)

   Hidayah Allah swt... amat bertuah insan yang dipilih untuk menikmatinya.



   Hari ini terasa nak kongsikan satu cerita tentang seorang insan dari negara barat.
   
   Pakar kajian laut dalam Perancis, Mr Jacues Yves Cousteau, seorang yang telah menghabiskan sepanjang hidupnya dengan mengkaji penghidupan dibawah laut dan beliau merupakan yang berotoriti di dalam bidang eksplorasi Laut Dalam. beliau telah memluk Islam setelah menemui satu penemuan yang menakjubkan dan disahkan oleh Al-Quran. 

   Suatu hari, di dalam melakukan kajian Laut Dalam, Mr Jacues telah mendapati bahawa terdapat kesan-kesan air tawar dari mata air berada di dalam Air Laut Masin.

   Apa yang menakjubkan beliau adalah air tawar dari mata air tersebut tidak bercampur dengan air Laut masin itu.

   agak lama juga beliau mencari sebab kenapa fenomena ini berlaku dan beliau tidak menemui sebarang jawapan.

   Pada suatu hari, beliau telah menemui seorang professor yang memberitahu beliau bahawa fenomena yang berlaku itu adalag merupakan satu perintah dari Allah swt sebagaimana firman Nya : 

         " Dan Dialah Tuhan yang telah mengalirkan dua laut berdampingan, yang satu tawar lagi memuaskan dahaga dan yang satu lagi masin lagi pahit; serta Dia menjadikan antara kedua-dua laut itu sempadan dan sekatan yang meneyekat percampuran keduanya."
           
           [ surah Al-Furqan : 53 ]
         
           Terdapat dua lagi ayat Al- Quran iaitu ayat daripada surah Al-Naml : 61 dan ayat daripada surah Al-Rahman : 9:20 .

   Mendengar keterangan ini, Mr Jacues menjadi yakin akan kebenaran Al-Quran, lantas memeluk agama ISLAM ! TAKBIR !

   Sebenarnya teman-teman, banyak lagi kisah para pakar barat yang telah menerima hidayah Allah swt melalui bidang yang mereka ceburi sendiri. 

   pernah tak sesekali terkeluar di bibir kalian macam ini...

   " wow... hebatnya mat saleh ni. boleh cipta macam-macam.!" dengan mulut ternganga tengok Ipad baru yang lagi canggih kat berita utama TV3. Hehe.

   atau macam ni...

   " eh... hebat giler ore putih ni. cipta satelit la. cipta roket la. otak geliga molep! " sambil mata membulat macam biji guli semasa menonton rancangan yang berkaitan sains.

   mesti pernah kan walaupun tak semua sama 100% macam ayat atas tu. 

  hmm... bila saya fikir-fikir kan... orang putih a.k.a mat saleh ni, memang otak bijak kan. otak sains dan macam-macam lagi lah. tetapi rupa-rupanya Allah swt tidak mensia-siakan sesetengah di kalangan mereka itu. 

   errr... mesti ada yang tertanya-tanya kan, apa maksud saya ni? mengarut ke apa? 

   eh, eh... sabar dulu.baca dulu sampai habis.hehe

   maksud saya kat sini... YA ! Allah swt bagi kehebatan dan kepintaran kat mereka tu, tetapi ada hikmahnya Allah bagi tu. bukan free-free okay. bukan sekadar nak takluki dunia jer. Rupa-rupanya... ada MUTIARA dan PERMATA yang tersembunyi.

   Okay... contoh dari kisah Mr Jacues tadi... dia punya lah pakar dalam bidang Laut Dalam, rupanya dalam dia terokai laut itu, sebenarnya dia sedang terokai PERMATA untuk hidupnya. permata itu ialah HIDAYAH Allah swt.

   Allahurobbi... bayangkanlah kalau beliau tidak pakar dalam ilmu luat dalam tu, mesti tak kan dapat punya Permata tu kan... kan?

   lihatlah.. betapa cantiknya aturan Allah swt. 

   Allahuakbar! 

[ kisah Professor Tejasen Pakar Kulit ( Ketua Jabatan  Anatomi dan Embriologi Universiti Chiang Mai ) juga amat menarik] nantikan di post seterusnya . ^^,

~ wsalam wrm wbt ~

created by : Permata Alwalidaini =)

Monday 15 October 2012

HATI dan IMAN

:: RENUNGAN ::






Pernahkah teman2 terasa HATI meronta-ronta minta di isi?


apa yang kalian lakukan kebiasaannya?


hanya menanti suapan hati datang bergolek jatuh dr langit nan tinggi?


hanya duduk menanti tanpa usaha dr diri?


ayuh teman2 yang ku
 sayangi..


pabila HATI minta diisi..


jangan dilengah-lengahkan lagi..


segeralah mencari suapan murni buatnya..


kerana punya IMAN di dalamnya..


pabila HATI meronta, itu beerti..


IMAN mu juga meronta minta diisi..


♥ Allahurobbi ♥

( hati dan iman minta diisi... ku temui bicara ini... )

" Tanamkanlah dalam jemala fikir, aku ini manusia paling bodoh lagi jahil...dengan itu kamu akan cuba untuk belajar dan belajar....kerana bila mana kamu menganggap kamulah yang paling bijaksana...maka kamulah yang paling jahil dari sekalian manusia yang paling jahil... ~ 





SEDIKIT PERKONGSIAN : PENINGKATAN IMAN BERMULA DENGAN PERJAGAAN HATI KITA tau..





MACAM MANA NAK JAGA HATI?





1. RAJIN HADIRI MAJLIS ILMU, PALING MALAS PUN atau KITA JENIS MENGHADAP LAPTOP JER, boleh search di Google ,dan YOUTUBE nak pengisian tentang apa..





2. PERBANYAKKAN AMALAN SOLEH walaupun SEKADAR KUTIP SAMPAH KECIL





3. BERBUAT BAIK DENGAN MAK AYAH, walaupun sekadar berdoa untuk mereka selepas solat.





4. USAH BERGAUL BEBAS LELAKI DAN PEREMPUAN, kalau nak juga bergaul dan sentuh2 saja adik-adik kita sendiri. yang halal ada, sentuh saja yg halal. lagipun selalu ke kita belai adik-adik kita dengan penuh kasih sayang?





renungkan.. ISLAM itu SANGAT MUDAH.. kan? kan? kan?





salam sayang..:)




created by : PERMATA ALWALIDAINI =)

Monday 8 October 2012

PUISI : Hamba Allah



                                                  


Duhai hamba Allah sepertiku,
Puisi ini ku cipta lahir dari hati,
Buat peringatan semua dan diri ini,
Moga kita sama-sama menghayati.

Duhai hamba Allah sepertiku,
Daku ini bukanlah insan mulia di sisi-Nya,
Namun diri ini punya hasrat untuk di sayangi-Nya,
Lantas daku ingin dirimu jua di sayangi bersama.
Moga di izinkan oleh Nya.

Duhai hamba Allah sepertiku,
Pabila ku di dunia luar,
Mata ku menangkap pelbagai nikmat dimiliki manusia,
Mungkin di antara kita mensyukurinya,
Namun…
Hamba yang tidak bersyukur itu, bagaimana?
Daku sedih hati dengan mereka,
Dirinya merangkak di bawah langit-Nya,
Dengan rasa angkuh dan mendabik dada,
Dengan rasa bakhil dan ingkar perintah-Nya.
Oh tuhan, ampuni dirinya.

Duhai hamba Allah sepertiku,
Terkadang menitis air mata ini,
Tidak upaya membawa mereka semua,
Mengenali-Nya dengan seceliknya,
Dan mensyukuri nikmat kurniaan-Nya.

Duhai hamba Allah sepertiku,
Diri mu lahir ke dunia kerana Dia,
Diri mu membesar atas kudrat dari-Nya,
Diri mu berjaya atas izin-Nya,
Diri mu punya segunung harta kerana Dia memberinya,
Diri mu masih berdiri teguh di bumi-Nya,
Kerana Dia beri mu tenaga untuk laksanakan amal,
Bukan berjalan dan berjalan tanpa hala,
Bukan berjalan dan berjalan mendabik dada.

Duhai hamba Allah sepertiku,
Ayuh bersama ku hulurkan tangan mu,
Bersama kita mencari redha-Nya,
Bersama kita belajar erti syukur pada-Nya,
Bersama kita terbang ke langit-Nya,
Meraih cinta dan kasih sayang-Nya semata,
Kerana ku yakin akan semua janji-Nya,
Syurga setia menanti kita di sana,
Cuma kita perlu berusaha sahaja,
Syurga-Nya menanti kepulangan kita.




Duhai hamba Allah seperti ku,
Janji dengan-Nya dan dengan ku,
Kita usah memandang siapa kita di dunia,
Tetapi pandanglah siapa kita di akhirat sana.
Moga syurga setia itu milik kita bersama,
Moga Allah swt redha akan segalanya.