Friday 26 October 2012

Alhamdulillah 2


   Assalamualaikum wrm wbt... InsyaAllah post kali ini ana akan berkongsi dua kisah insan yang memperoleh hidayah Allah swt. Seorang insan adalah dari negara Barat dan seorang lagi sahabat ana dari Indonesia.



                                                      ( KISAH LUTI )

   Insya Allah ana akan mulakan dengan kisah sahabat ana terlebih dahulu ya. saat ini terbayang-bayang wajahnya yang putih, bertudung kecil, berseluar jeans dan memakai baju berlengan tiga suku.

   Selama ini banyak tengok cerita indon aje kat tv dan hari itu tidak sangka ana akan mempunyai seorang sahabat dari negara itu pula. memang dah pernah berkenalan dengan seorang muslimah kat laman sosial bukumuka hehe. tetapi pertemuan dengan Luti ini secara berhadapan. ore klate kato " temu mato ". :)

   Hmm... okay, ana cerita dengan molep-molep deh. begini al kisahnya bermula. Satu hari tu, ana ada keluar atau outing dari kampus bersama beberapa orang sahabat ke suatu tempat di area Key Eyll ( bahasa remaja lonim,adoii ) maksud ana KL. sahabat ana mahu bertemu dengan seorang kakak di tempat itu. ana temanilah dia bercakap-cakap dengan kakak tu. waktu itu dah petang, ana terasa boring aje duduk kat situ. asyik on aje telinga ni, sebab memang tak boleh off. hehe

   mata ana pandang kiri pandang kanan... hmm.. tak tahu nak buat apa. then, mata ana tertancap pada jam comel pemberian ummi ana kat tangan kiri. jarum jam pendek menunjuk ke angka 4 dan jarum jam panjang ke angka 6.

   " hmm mesti dah masuk waktu asar ni. nak solat dulu lah." kata ana dalam hati jer.

   " awak... saya nak pergi solat asar dulu yer." kataku kepada sahabatku itu. di tersenyum dan mengangguk.

   Lantas ku mengorak langkah ke ruang solat muslimat. selepas ana meletakkan beg di dalam ruang itu, ana terus ke tandas untuk mengambil wuduk.

   Terdapat beberapa orang muslimat sedang solat dan ada juga sedang istirehat. fikir ana, mereka penat kot dan mungkin uzur juga. nasib baik ana memakai jubah dan tudung labuh tika itu dan tidak perlulah memakai telekung sembahyang lagi. sarung kaki pun dah pakai. so COMPLETE untuk bertemu Allah swt.  yuk! solat sama aku ! hehe

   setelah rukuk, sujud dan duduk tahyat akhir, ana memberi salam. sebagaimana yang dilakukan semua muslims apabila bertemu dengan Allah swt. zikir di lantunkan perlahan namun kedenganran di telinga sendiri serta selawat ke atas Nabi Muhammad saw. kemudiannya ana menadahkan tangan untuk membacakan doa.

   " Allahumma amin " tangan ana diraup pada wajah yang tidak berkaca mata buat sementara detik itu.

   Perlahan-lahan ana mula berdiri. belum lagi menoleh ke belakang. 

   " Aku suka lihat kamu pakai baju macam ini. baju kamu tutup semuanya, kemas dan cantik. aku teringin mahu pakai macam ini. di mana aku boleh dapatkannya? kamu beli kat mana?" tegur suara gadis ini secara tiba-tiba mengejutkan ana. memang mengejutkan ana sangat.

Allah...

   Ana menghadiahkannya senyuman manis sambil berbicara .

   " biasanya jubah macam ini saya beli kainnya saja kemudian hantar kepada penjahit baju. tudung pun sama." aku masih senyum padanya. aku tidak mahu menghampakannya. aku tidak mahu menjadi hamba yang sombong. aku tidak mahu melepaskan peluang keemasan itu, kerana itu aku cuba melayannya semesra mungkin !

   " owh. pakaian macam aku ini tak menutup aurat macam kamu. semalam aku terjumpa dengan orang macam kamu juga. dia bawa aku ke rumahnya kemudian dia berikan aku jubahnya. warna hitam. " dia mula bercerita kepada ana sambil kami berdiri lagi. hehe.

   " owh... jom kita duduk dulu." ana memperlawanya untuk duduk di ruang belakang.

   kami mula berborak rancak. mula berkenalan. dia sangkakan ana pangkat kakak tetapi rupanya dia dan ana adalah sebaya.

   " nama kamu siapa ya?" tanya dia selepas ana bertanyakan namanya, Luti.

   " nama saya Balqis. umur 19 juga. "

   " waahh cantik nama kamu. apa tadi bal..qis..?" tergagap-gagap di menyebut nama ana.

   ana tersenyum padanya. selagi upaya, ana akan senyum dan senyum. lagipun ana ni memang suka senyum. kalau ayah marah pun, ana masih senyum . hehe. :)

   " Ya, balqis. nama isteri Nabi Sulaiman. kamu kerja apa kat sini?"

   " Owh... em aku kerja kilang saja. sebenarnya aku mahu sambung belajar lagi, tetapi tiada duit jadi aku mahu kerja dulu untuk cari wang."

   Makin rancak perbualan kami. antara perbualan yang masih ana ingat ialah :

   " aku mahu pakai baju macam kamu. aku lihat orang malaysia ramai pakai baju seksi, sama macam indon. kat tempat aku di indon, ada juga tempat orang macam kamu. mereka mengaji saja. tetapi aku jarang dapat bercakap dengan mereka." 

   Inilah antara luahan Luti kepada ana. Ya Allah, terasa malu ada juga apabila dia mengatakan ramai orang malaysia berpakaian seksi. Malu kan, teman-teman? Orang luar dah cop macam tu bila lihat suasana 'Key Eyll'. hmmm...

    " InsyaAllah... jika Luti benar-benar mahu berubah, ada jalannya nanti. nanti apa-apa hal, Luti boleh juga berkawan dengan saya." balas ana sambil menyentuh lembut berdekatan lututnya. ketika itu kamu duduk bersila. sengaja ana menyentuhnya kerana sentuhan lembut juga perlu digunakan ketika kita ingin menyampaikan mesej kepada sasaran dakwah kita. ana sengaja mahu praktikkan apa yang dipelajari dalam kos dakwah di kampus, selain metod berbicara dengan hikmah.

   Sebelum kami berpisah di situ, Luti ada bertanya juga kepada ana.

   " balqis, betul ke perempuan tak boleh memakai make up yang tebal? macam aku ini, boleh?" soalnya sewaktu dia sedang menyapukan bedak compact pada raut wajahnya.

   " ya... jika tebal sangat tak boleh lah. tabarruj. kalau macam luti tak ape, tak nampak sangat."

   Bicara terakhirnya buat ana pula ialah...

   " nanti kalau aku mahu tanya soalan tentang agama kepada kamu boleh?"

   " Insya-Allah boleh saja. jangan risau." :) Ya Allah, masa tu ana hanya mampu mengharapkan Allah swt akan membantu ana, kerana ana akui ana sendiri masih jahil dengan ilmu agama. ana akan cuba menjawab jika dia bertanya apa-apa soalan nanti. moga dipermudahkan segalanya.

   Dia turut tersenyum pada ana. ana cukup bahagia bila bertemu dengannya yang amat peramah. dan kelihatan kesungguhannya mahu berubah. Alhamdulillah, kami sempat bertukar nombor telefon untuk memudahkan lagi perhubungan kami di kemudian hari.

   Actually, ana tidak menyangka kejadian itu akan tercipta dalam salah satu buku coretan kehidupan ana. Hari itu adalah perjalanan di luar kampus yang amat bermakna buat ana.

   ~ malamnya... ana dalam KTM untuk pulang ke kampus.~

   ana menerima satu panggilan daripada nombor yang tidak di kenali. nombor Luti ana dah save dalam contact.

   " Assalamualaikum... Balqis ya? ini Luti. balqis, aku mahu tanya sama kamu satu soalan. begini, tadi aku terlepas solat Maghrib kerana kawan aku datang lewat mengambil aku. bagaimana ya? sekarang sudah Isyak. aku mahu solat Maghrib dulu atau Isyak dulu ya?"

   Ana cuba menjawab mengikut ilmu pengetahuan yang ada. Walaupun terasa berdebar-debar. Mengharapkan itu adalah jawapan yang baik untuknya dan juga Allah swt.

   Semenjak itu, kami telah lama tidak berhubung. bukan ana langsung tidak contact. ana ada mencuba mesej kepadanya namun tiada balasan. kekadang tidak delivered. bimbang juga perhubungan kami terhenti begitu saja. jika boleh ana tidak mahu melepaskannya dan mensia-siakannya. dalam hidup ana.

   Sehinggalah pada tarikh 20.10.2012, musin cuti semester tiga bagi kampus Darul Quran. Tika itu ana sedang bersama seisi keluarga menonton perlawanan bola sepak antara team Kelantan dengan team ATM. hehe.

   Kedengaran music pembukaan lagu Permataku nyanyian Mirwana dari telefon Sony Ericsson ana. menandakan satu mesej telah masuk. 

   ana membuka inbox. tertera nama LUTI. 

   Alhamdulillah... time tu ana bersyukur sangat kerana akhirnya dia muncul setelah lama menyepi. syukur ke hadrat Ilahi. Tanpa berlengah lagi, kami berdua mula berbalas mesej. ana mula bertanyakan perkembangannya.

   Alhamdulillah... satu berita baik ! Sekarang Luti sedang berusaha untuk memakai baju kurung. antara isi mesejnya :

   " aku ingin punya sahabat rapat mcm kamu, kamu shaleha, baju  kamu bagus lagi indah.. baju-baju malaysia banyak sopan sbab dia negara Islam, lain dengan indon, seksi-seksi, tak elok."

   " InsyaAllah, nak sangat-sangat la.. sekarang aku tengah belajar pakai baju kurung. hehe. tapi aku masih risau if dah kat indon. di sana hanya nenek-nenek or orang tua saja pakai baju mcm itu. pasti nanti semua orang gelakkan  aku sebab aku masih muda tapi dah pakai baju-baju mcam tu. tapi demi agama insyaAllah aku rela dapat cibiran macam tu. janji aku tahu mana yang benar.:) "

   " di indon tak banyak orang jual baju kurung. banyak t-shirt dan baju-baju biasa non Islam. aku pun dari kecil selalu pakai kaos or gaun-gaun, di kalangan kami memang dah macam tu. :( sebab kami awam, tak dalam agamanya. aku nak sangat-sangatubah tu mua. aku ingin bangkit dari jahiliyah ini balqis :( "

   ALLAH ~

   teman-teman.. cibiran bermaksud ejekan. actually ana pun tak faham apa cibiran, bila google translate... rupanya ejekan.;)

   Begitulah kisah Luti. Mohon kalian yang membaca kisah ini mendoakannya ya. Moga dia dikurniakan kekuatan. teman-teman serumahnya tidak memakai pakaian menutup aurat sempurna juga, itu yang ana bimbangkan. mudahan dia tidak akan di ejek dan di pengaruhi.

   Kalau menurut Ust Muhadir Hj Joll, ustaz berpesan berdoalah kepada Luti dengan membaca doa ini ; "Allahumma layyin qalbaha kama da'udul hadid "  sambil membayangkan wajah Luti.

   Kalian mungkin boleh berdoa untuknya dengan memasukkan namanya. moga sekecil usaha kalian ini untuknya di berkati Allah swt .

                                                         ( KISAH PROF. TEJASEN )

* PEMBETULAN dalam post ALHAMDULILLAH 1 : Prof Tejasen adalah bekas ketua Jabatan Anatomi dan Embriologi di Universiti Chiang Mai.

   Semasa lawatan ke Arab Saudi, beliau telah ditujukan ayat-ayat Al- Quran dan hadis Nabi berkenaan dengan proses embriologi. Respon beliau adalah bahwa di dalam catatan-catatan Budha juga mengandungi penerangan yang sama dengan proses embrio ini. Walau bagaimanapun setelah mengkaji kembali catatan-catatan Bhudha tersebut, beliau mendapati tidak menjumpai perkara tersebut.

   Professor telah ditanya, samada kajian beliau ada kaitan dengan kaji selidik Professor Keith Moore, seorang saintis  Knada. Jwapan beliau memang dia mengenali Professor Moore dan dia merupakan seorang yang sangat-sangat dikenali di dalam bidang embriologi.

   Professor Tejasen kemudiannya telah membaca artikel penulisan Professor Moore. di mana Prof Moore telah meberikan pendapatnya bahawa wujud banyak perkara yang terdapat dalam AL-Quran yang sangat sinonim dengan kajian SAINS moden. Prof Tejasen sangat tertarik dengan pandangan artikel tersebut dan berhajat untuk mengetahui lebih mendalam. Ayat berikut telh diperlihatkan oleh beliau : 

   " sesungguhnya orang-orang yang kufur kepada ayat-ayat keterangan kami, Kami akan membakar mereka dalam api neraka. Tiap-tiap kali kulit mereka masak hangus, Kami akan gantikan untuk mereka dengan kulit yang lain supaya mereka dapat merasa azab sengsara itu dan ( ingatlah ) sesungguhnya Allah adalah Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana" 
                                                        
( surah  al-nisa : 56 )

   Prof Tejasen bersetuju bahawa ayat ini merujuk kepada fenomena dermatologi ( kajian kulit ) di mana sains moden baru sahaja menemui perkara ini. di mana kulit mengandungi semua penghujung saraf dan jika kulit terbakar dengan mendalamnya dan kulit tersebut hangus sepenuhnya, seseorang itu akan hilang deria sakitnya dan seorang yang terlibat tidak akan merasa sakitnya lagi. Allah swt tahu akan kejadianny itu dan akan menjadikan kulit  baru kepada mereka yang kufur agar merasai kesakitan api neraka.

   Prof Tejasen juga bersetuju bahawa adalh tidak mungkin sumber ini datang dari manusia dan di lihat dari Al-Quran yang berusia 1400 teksnya, ilmu seperti ini tidak diketahui pada zaman tersebut. dari mana pula timbul ilmu tersebut? Tanya Prof Tejasen. Tidak lain dari Allah swt yang menjadi pencipta maka dari Dia lah  datang ilmu pengetahuan tersebut.

   Prof Tejasen kembali ke Thailand dan menyampaikan beberapa siri ceramah dan mengenai apa yang telah beliau pelajari di Arab Saudi. Hasil dari ceramah beliau itu 5 pelajarnya telah memeluk agama ISLAM juga !

   ALLAHUAKBAR !!



~ Wassalam wrm wbt ...

created by : Permata Alwalidaini.



   

No comments:

Post a Comment