Sunday 26 May 2013

Bacalah Duhai Anak...



Assalamualaikum  wrm  wbt…
Bismillahirrahmanirahim…

Segala Puji hanya untuk Dia Yang Maha Penyayang kerana masih mencurahkan kasih sayangnya kepada saya dan teman-teman. Buktinya? Dia masih memurahkan rezeki kepada  ibu ayah kita untuk dinafkahkan kepada kita, anak-anaknya.

Allah... Allah... Allah...

Pagi ini jam 10.44 am, saya benar-benar terasa sayu. Ditambah pula sedang mendengar instrumental Adagio 2... 

Mulanya terasa saya kerana rasa teramat berdosa dan banyak sekali dosa yang telah dilakukan sepanjang hayat ini. Seandainya teman-teman pernah mengalami perasaan ini, bersyukurlah kerana itu juga bukti DIA masih sayangkan kita. Dia masih sudi menghadirkan rasa BERDOSA, TAUBAT, dan PENYESALAN dalam hati kita.

Jadi teman-teman, segeralah kita membasahkan zikir dan telinga dengan zikrullah yang meruntum kalbu. Alirkan airmata keinsafan kita di pipi ...

Biarkan ia mengalir sebebas-bebasnya... Pasti jarang sekali kita dihadirkan rasa ini bukan?jadi biarkan ia membasahi pipi agar ia bisa menjadi penghapus api neraka di akhirat kelak. InsyaAllah.

Bertanya pada diri : " apakah dosa-dosa ku yang lalu telah Allah swt ampuni?
" apakah kejahatanku yang dulu telah Allah swt maafkan?"
" apakah Allah swt telah terima taubat-taubat ku?"
" apakah Allah swt menerima doa-doa keampunan ku?"
" apakah aku ini banyak membebankan dosa ku di pundak ibu ayah ku?" ( bagi yang belum baligh )
" apakah aku bisa menjadi anak yang memimpin ibu ayah ke syurga bersama ku?"
" apakah Allah swt mendengar doa ku mohon keampunan utk ibu ayah ku?"

" Ya Rabbi... aku hamba Mu yang teramat lemah, tanpa kasih sayang Mu ini, pasti tidak akan ku rasa berdosa dan bersalah pada-Mu.

Ya Rabbi, banyak dan tidak terhitung nikmat-nikmat yang Engkau berikan sedari aku bayi hingga dewasa ini, namun apa yang telah ku persembahkan pada Mu selama ini?
aku jauh sekali dari Mu walau ku tahu segala suruhan Mu. Sengaja aku malas kerana mengikut nafsu dan syaitan yang setia melingkar di tubuhku...

Ya Rabbi... aku mengakui kelemahan diriku, maka bantulah aku untuk mentaati Mu sepenuh hati ku... Bantulah aku, bantulah aku..." allahumma amin.

Teman-teman yang saya sayangi...

Hari ini saya mahu menyentuh hati teman-teman dengan beberapa kisah...

Semalam saya pulang ke rumah di Gombak, terasa indah saat menatap wajah ceria ummi dan ayah yang menjemput saya di stesen LRT Taman Melati. 
Wajah sebeginilah yang saya mahu melihatnya di syurga nanti. Insya-Allah.
" Ya Allah, moga Engkau izinkan ibu ayah kami menjadi penghuni syurga Mu. Hiasi wajah mereka dengan senyuman yang menggambarkan berjuta kebahagiaan."allahumma amin.

Walaupun sebentar saja saya berada di rumah, namun dapat merasai kegembiraan adik-adik, Eqmal, Eqram ( kembar ), Eqwan dan Ina...

Allahurobbi, biarpun baru dua minggu lalu bertemu mereka, tetapi sudah bertamu rasa rindu dan sayangku pada mereka...

"Ya Allah, izinkan kami semua hamba Mu, bersama keluarga kami di syurga Mu, allahumma amin."

Ini kisah pertama, selepas solat Maghrib di rumah, ibu ayah dan adik-adik menghantarkan saya dan Asna ke stesen Lrt Taman Melati. 

saya mahu berpesan kepada teman-teman , semasa ingin pulang ke kampus, jangan lupa ucapkan ayat ini kepada kedua insan teristimewa kita.

" ummi, doakan ore deh" ( versi Kelate )
" pa, doakan ore deh."

" ummi, doakan saya ya."
" ayah, doakan saya ya."


Ayat ini... sangat berbisa di hati saya, kerana saya pasti menitiskan airmata sejurus memeluk dan menyalami ibu ayah. Pasti mengalir...
beginilah kaum hawa, berjiwa lembut...

" Allah, sayangilah ibu ayah ku dan adik beradikku. Jagakan abang-abangku yang jauh dari mataku. Sayangi mereka sentiasa." allahumma amin.

Saya naik Lrt, disebabkan terlalu penat dan perjalanan ke KL Sentral juga masih jauh, maka saya memejamkan mata. tidur-tidur ayam, sekadar melepaskan sedikit kepenatan.

sesekali mata dibuka. begitulah seterusnya.

Dan sekali lagi mata terbuka kerana telinga kurniaan Ilahi ini menangkap suara-suara ceria. Sangat hampir dengan saya.

Kelihatan hampir lapan orang ( 8 ) budak sedang berdiri di bahagian paling hadapan Lrt. Mereka berebut-rebut mahu berdiri di situ kerana dapat melihat jalan Lrt. 

Saat melihat wajah ceria mereka, saya dapat rasakan senyuman terukir di bibir saya. Namun sesiapa tidak dapat melihatnya kerana terselindung di balik 'sehelai kain' kecuali mereka yang memerhatikan mata saya. saya suka melihat mereka. Allahurobbi.

Di kalangan mereka, Saya juga suka melihat seorang budak lelaki yang mendukung adik perempuannya ( comelll ). Jelas kelihatan penyayangnya si abang itu. Mereka berbual pelbagai cerita.

Tertanya di kalbu ku " mereka mahu ke mana? datang dengan siapa?"

saya terus memerhatikan mereka dan melihat gelagat mereka. Oh... ada ibu mereka, sedang duduk di hadapan saya. Mulanya terselindung dengan tubuh kecil si anak-anaknya. Wajah ibunya langsung tidak memaparkan wajah letih, namun tersenyum bahagia melayan pertanyaan dua orang lagi anaknya. Wajah mereka iras.

Saya mengalihkan pandangan kepada si abang yang mendukung adik comel.
Berdoa di hati...

" Allah... permurahkanlah rezeki untuk keluarga ini. Jadikan si abang ni abang yang amat penyayang, berbakti kepada ibu ayahnya, dan abang yang menjaga adik-adiknya."

Melihat mereka, membuatkan saya teringat kepada adik kembar saya.

Doa diutuskan untuk mereka juga. Moga menjadi abang yang baik untuk adik-adik, Eqwan dan Afrina... Jagakan mereka untukku...

Bergenang airmata di kolam mata. Seandainya tidak di tahan, sudah pasti saya menangis di situ... Tetapi, saya bimbang ada yang memerhati, jadi saya menahan airmata itu dari membasahi pipi. Airmata, ku simpan dikau~

Saya sangkakan mereka akan berada lama di dalam Lrt, tetapi rupanya sekejap saja... Tiba di satu stesen, mereka pun keluar beramai-ramai...

"Allah... sayangi keluarga itu".

Saya bersyukur dipertemukan dengan keluarga itu. Mereka telah membuka mata hati saya. Mereka telah membuat saya bertambah sayang kepada keluarga. Alhamdulillah, Allah swt mempertemukan saya dengan mereka. Moga melimpah lagi rahmat Allah swt kepada mereka sekeluarga. Allahumma amin.

Sayangilah keluarga kita...

* sebenarnya dulu-dulu, saya pernah membuat keputusan, tidak mahu belajar di luar negara apabila tamat di Darul Quran kerana saya takut saya akan RINDU kepada keluarga saya. Nanti susah nak balik...*

p/s : jangan malu ungkapkan rasa rindu kepada ibu ayah kita atau adik-adik jika kita benar-benar merindui mereka... Terus terang, moga mereka dapat rasai betapa kita sayang sangat kepada mereka...

" Ummi, rindu..."
" Rindu ayah..."
" kakak rindu Ina."
" Kak rindu eby la... hehe" Eby gelaran untuk Eqwan, dia baru darjah tiga tapi sangat aktif bab politik sejak PRU 13 lalu. Satu malam, dia membuat poster ' Undilah dot.dot.dot '. Bersemangat menunjukkan poster itu kepada saya. Saya mengaguminya! :)

Baik, seterusnya saya mahu berkongsi kisah terakhir, pasti ini lebih mengharukan jiwa. Terutama buat insan-insan yang bergelar anak ( jauh dari keluarga, menuntut ilmu di kampus ).

Saya ni dah la memang tengah sedihh merindukan keluarga, pastu dipertemukan pula dengan kisah seorang ayah, di page Oh media ! selamat menghayati...

Dengan lafaz bismillah, saya mempersilakan teman-teman membacanya...

Bismillahirrahmanirahim…

Sekadar kongsi cerita.

Pagi tadi:
Pergi ke bank, bayar hutang kat cash deposit atm. Di belakang, ada seorg pakcik berdiri.

Nak, boleh tolong saya?
Ya, boleh pakcik.
Tolong saya masukkan duit sbb selalunya ada pegawai yg tolong.
Hari ini cuti public cik..

Duit utk anak pakcik ya?
Ya.dia belajar di selangor - uia.

Duit dmasukkan utk anak pertama.
Berjaya.
Jumlah yg sama tapi kali ini ada rm10 5keping, rm50, rm100. Semua duit masuk dlm mesin tapi yg rm100 keluar semula. 2kali.

Pakcik ada duit lain?

Tak ada nak.

Sempat mata ini menjeling ke dlm porch pakcik itu(maafkan saya). Tinggal rm7 sahaja.

Hati mula tersentuh.

Cuba lagi masukkan.
Moga dpermudahkan.
Alhamdulillah berjaya.
Jelas rasa lega tlihat di riak wajahnya.

Berlalu tapi perlahan..

Ingin kutahu dia naik apa..

Motor.
Dlm hujan renyai.
Terlihat wajah kepayahan.
Mengalir air mata.
Semoga pengorbanan seorang ayah itu dberi ganjaran syurga.
Belajarlah sungguh2 wahai anak2 kpd pakcik itu.

RM400 utk 2org anak.
Sikit utk dirinya memadai..

Moga ALLAH memberkati pakcik itu.
Moga ALLAH luaskan rezeki semua ayah di luar sana.
Moga ALLAH kurniakan kesihatan yg baik utk ABAH yg selalu saya sanjungi..

Kepada semua pelajar:
Belajarlah sungguh-sungguh utk membalas jasa ibubapa kita..

~~ Alhamdulillah kita telah membaca kisah ini...sedih kan...

Teman-teman dan diriku,

sekiranya ada di antara kita, hadir dari keluarga yang berada, bersyukurlah dengan nikmat tersebut kerana tidak semua insan mendapat tuah itu seperti kita.


Kekadang, kita satu kampus dan satu kuliah lagi dengannya, tetapi kita tidak pernah tahu dia adalah anak seorang nelayan, petani, pesawah padi, tukang membuat rumah, tukang kasut dan sebagainya lagi.

Teman-teman dan diriku...

Tidak salah pun kita berkawan dengan sahabat yang kurang mampu dari kita, kan? Jadi mengapa kita masih memilih kawan...

Teman-teman dan diriku,

di kejauhan ini, kita ke hulu ke hilir setiap hari untuk menuntut ilmu...di kejauhan ini, kita bersengkang mata menelaah pelajaran saban malam...di kejauhan ini, kita sedang berusaha mencapai kejayaan...kejayaan ini untuk siapa?tanya pada diri kita...

di kejauhan ini, ibu ayah ke hulu ke hilir mencari nafkah,

di kejauhan ini, ibu ayah mengelap peluh kerana lelah,

di kejauhan ini, ibu ayah mengerah fikiran bersama untuk mencari wang tambah,

agar anak-anak di unversiti tidak perlu bersusah payah...

di kejauhan ini... di kejauhan ini...

" Allah... di kejauhan ini, banyak perkara dan kerja ibu ayah yang tak dapat ku lihat dengan mataku...Mereka relakan segala digadai, agar aku dapat masuk universiti, agar aku dapat memiliki kelengkapan belajarku...Mereka rela berpanas di terik mentari demi ku, anaknya yang sedang belajar...

Ya Allah, sayang ibu ayah ku yang kian meningkat usianya...YA ALLAH, di kejauhan ini, ku mohon tolonglah sapukan peluh mereka untukku...

Ya Allah, di kejauhan ini, ku mohon izinkan lah aku 'membayar' setiap titisan peluh mereka dengan kejayaan di dunia serta syurga... jadikan aku anak soleh dan solehah untuk mereka...

Ya Allah, haramkanlah ibu ayahku dari neraka Mu...jadikanlah aku anak yang menghargai jasa pengorbanan mereka walaupun ku telah bekerja, dan berumah tangga kelak" allahumma amin.
: satu masa nanti,jika kita sudah berjaya dan bekerja, jangan lupakan dan sisihkan ibu ayah kita, berjanji lah pada diri. :



Titiskan airmata mu kerana ibu ayah mu duhai teman, tidak kira lelaki mahupun perempuan. Usah ego...

Ego tiada membawa makna andai tidak pandai mengurusnya..
.Teman, sentiasalah berdoa untuk ibu ayah kita... ingat kembali segala keperitan yang pernah mereka lalui untuk membesarkan kita.


Akhirul kalam, saya Permata Alwalidaini ("Permata Ibu ayahku ''insyaAllah, moga gelaran ini menjadi doa)mendoakan moga kita yang berada di kampus, tidak lupa mendoakan ibu ayah kita dan keluarga. 


Sayangi mereka, jangan derhakai mereka... setiap ibu ayah kita pasti mempunyai kenangan pahit ketika mula-mula mahu mecapai bahagia membesarkan kita... 



   ~ Gambar ni diambil pada waktu petang, setelah ummi penat  mencari rezeki untuk kami, tujuh permatanya. 2tahun lalu ~



Hargai mereka, usah kita hancurkan harapan mereka untuk melihat kita berjaya. Bukalah mata hati kita... agar nur hidayah Nya sentiasa membimbingkan menjadi anak yang beriman, soleh dan solehah.  



semoga berjaya hingga jannah Nya ya semua kawan saya dan para pembaca blog ini.  Moga kita akan bertemu di syurga nanti. Allahumma amin."





> Gelarkanlah diri kita aku nak jadi " Permata Alwalidaini" hingga syurga. amin,amin,amin.

:: ~ Salam Rindu dari Permata Alwalidaini ~ ::


                                             ~ Tinta seorang anak ~

Friday 24 May 2013

'Bius' Menuju Soleh Solehah


Bismillahirrahmanirahim…

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah… Dia masih memberi kita semua sebagai hamba-Nya untuk meneruskan kehidupan pada hari ini. Alhamdulillah juga DIA masih izinkan saya untuk update blog dan berkongsi ilmu dengan sahabat-sahabat. Alhamdulillah untuk segala perkara, so ucap dulu ALHAMDULILLAH. ;) 

Betapa banyaknya kurniaan Ilahi kepada kita kan. Alhamdulillah lagi ;) usah risau, makin kita bersyukur, makin bertambah nikmat yang akan Allah swt berikan kepada kita. Allahuakbar. Alhamdulillah. 

Baiklah, insyaAllah untuk perkongsian kali ini berkaitan kaum hawa, wanita solehah, isteri solehah, muslimah dan bidadari dunia. Tersenyumlah wahai gadis solehah, kerana dirimu telah dipilih Allah swt untuk hidup sebagai seorang muslim. alhamdulillah.:) 

Sesungguhnya saya juga mengharapkan sedikit perkongsian ini, turut menjadi salah satu usaha saya untuk membantu diri kita semua menuju soleh dan solehah. InsyaAllah, moga Allah swt sentiasa membantu kita. Rajinkan berdoa dan meminta kepada-Nya. Allah swt sedang merindui suara kita. Allahurobbi =)


Hm, dalam post ini insyaAllah saya akan fokuskan kepada tips mengawal nafsu kita. moga bermanfaat untuk teman-teman.

Perkongsian ilmu ini adalah berdasarkan buku kesayangan saya, bertajuk Wanita bidadari syurga tulisan Azizah Al-Yahya. Buku ini adalah hadiah hari lahir saya pada tahun lepas, syukran sangat kepada Salihah Samsudin kerana memberikan hadiah ini. Sesungguhnya saya amat mencintai buku-buku berkaitan wanita.

* Alhamdulillah, Allah swt menghadirkan rasa cinta terhadap buku-buku seperti ini semenjak saya menghijrahkan diri kepada-Nya. dan lagu kesukaan saya juga dari dulu hingga kini adalah nasyid wanita-deharty. Paling suka version piano. jiwa lembut :)

( Ringkasan dari buku Wanita Bidadari Syurga )

Hm, seperti yang kita ketahui kaum hawa ini :

~sering dikaitkan dengan jiwanya yang lemah.

~dinisbahkan kaum hawa mempunyai 1 akal + 9 nafsu.
 :dinisbahkan kaum adam mempunyai 9 akal + 1 nafsu.

~ oleh kerana nafsu yang lebih tebal itulah yang membuatkan ketahanan jiwa wanita itu menjadi lemah berbanding lelaki.

~ kaum hawa ini juga : setiap tindak tanduk dan keputusannya lebih dipengaruhi oleh nafsu.

~ kaum hawa ini juga : nafsunya terbahagi kepada dua : 

1) nafsu kepada kebendaan / nafsu jahat.
     contohnya : wanita suka kepada perhiasan, kemewahan ( kebendaan ), 
     memandang hina dan merendah-rendahkan orang lain ( nafsu jahat ).

2) nafsu emosi 
    contohnya : sedih, kecewa, derita dan sebagainya lagi. emosi-emosi ini pastinya 
    akan  menguasai diri wanita dengan begitu hebat sekali. 
    * macam kena kat diri jer baru-baru ni, mudah sangat nangis. nge~*

Hm, so macam mana kawan-kawan? betul tak kesemua yang dikongsikan diatas? sangat betul kan? hehe.

Pasti ada juga tertanya-tanya juga kan, bagaimana pula cara nak mengatasi semua nafsu itu? Ada yang temui jalan buntu. Yelah, jika kita tak mencari solusinya, tentulah buntu saja yang kita temui, hehe.

Takpa, takpa. Jangan risau. Jangan menggaru-garu kepala dulu. InsyaAllah, saya akan kongsikan pula sesuatu yang bermanfaat untuk mengatasi dilema kaum hawa tersebut. ;)

Sebelum tu, saya mahu mengucapkan syabas dan tahniah kepada kawan-kawan yang sedang membaca post ini, kerana kalian telah digerakkan oleh Ilahi untuk mencari solusi dalam mengawal nafsu. Alhamdulillah. :)

Jom kita bersama-sama mendalami ilmu bermanfaat ini. Moga Allah swt redha.

'Bius-bius' ( langkah ) terbaik untuk mengawal nafsu wanita ::

                                          jEng jeng Jeng ! ! ! =)

1) menuntut ilmu
                                        : Gambar hiasan saja, hee :

* alhamdulillah, sekarang juga kalian sedang menuntut ilmu.


Ilmu apa? 
= kaum hawa digalakkan menuntut ilmu dunia dan akhirat.

Mengapa mesti menuntut ilmu?
= sebab, dengan adanya ilmu seorang wanita itu akan LEBIH SUKSES mengongkong hawa nafsu dan emosinya setiap saat.

= sebab, ilmu juga adalah makanan akal.

* kawan-kawan nampak kan, betapa pentingnya ilmu. so untuk pengetahuan, fikiran kita dapat diteguhkan dengan rajinnya seseorang itu menambah ilmu. 

           " berfikir sesaat, lebih baik dari dua rakaat solat yang tidak khusyuk "

ketahuilah kawan-kawan tersayang, dengan meningkatkan daya fikiran, gelombang perasaan akan LEBIH TERPIMPIN dan nafsu akan LEBIH TERKAWAL dan MENINGKATKAN martabat di sisi Allah swt.

subhanaAllah... Maha suci Allah, betapa baiknya DIA, jadi tidak mahukah kita meningkatkan lagi 'status' kita di samping Allah swt? 
renungkan duhai gadis solehah ( teman-teman la gadis solehah yang saya maksudkan ) :)

             Sabda Rasulullah saw bermaksud ; 
             
             " Barangsiapa yang dikehendaki oleh Allah akan kebaikan, maka diberinya 
              faham dalam agama."

Alhamdulillah, ketika ini juga kalian sedang berada dalam kebaikan. Cepat ucap ,alhamdulillah. :)

teringat pula saya akan lirik nasyid wanita :

             " Akalmu senipis bilahan rambut               
               Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu                
               Jua hatimu bak kaca yang rapuh                
               Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh "

:: tebalkan lagi akal kita dengan ilmu, ayuh ! ;)

2) Mendapat bimbingan lelaki

   - special untuk lelaki - jalan terbaik untuk control wanita adalah dengan memimpin emosinya.

      Disebabkan itu amat digalakkan memilih bakal suami yang memahami agama, 
      baik akhlaknya kerana dia yang faham agama, pasti akan pimpin kita dengan cara terbaik.



      Nampak kan keindahan syariat yang ditetapkan oleh Dia ? subhanaAllah.

                           "  Islam itu indah. Bukan memayahkan tetapi memudahkan "

  - lelaki baik itu - perlulah sering mengingatkan isteri, ibu, anak, adik beradiknya ( kaum hawa ) tentang keburukan mengikut emosi dan hawa nafsu. Kata-kata nasihat amat diperlukan oleh kaum hawa pada setiap saat dan waktu untuk kebaikan mereka juga.

* so kaum adam, perdalamkan lagi ilmu agama di dada kalian, jadilah pemuda agama yang indah akhlak terhadap isterinya serta kaum hawa keluarganya. =)

3) Kemampuan wanita beribadah

    - sebagaimana kita ketahui ibadah asas diwajibkan ke atas wanita yang mukallaf adalah solat, zakat, puasa, dan haji, namun bagi wanita memadai dengan bersyahadah, menunaikan solat dan berpuasa. Tambah pula time haid dan nifas, kita diharamkan melakukannya.

   - Jika kelima-lima ibadah itu diberi nilai 100% maka wanita hanya mampu mencapai 60% daripada 3 bentuk ibadah yang dilakukannya. itu juga masih sukar bagi wanita untuk mencatat 'markah penuh' melainkan wanita yang bertakwa dan benar-benar dibantu Allah swt. Allahurobbi, betapa lemahnya wanita dari sudut ibadah.

so, teman-teman yang dicintai,

Adakah kita masih teragak-agak lagi mahu meninggalkan pasangan couple hari ini, dan gantikan dengan lelaki soleh yang rajin beribadah? :)

At least, jejaka yang terlalu mencintai Allah swt itu, bisa membantu kita seperti sentiasa memperingatkan dan mendorong kita melakukan amanah sunnah untuk dapat full marks, 100% tadi. InsyaAllah, kita bisa kumpul lagi 40% yang tertinggal.

SubhanaAllah, indahnya aturan Allah swt Yang Maha Pelimpah Kasih ( sifatnya-Arrauf )

* harus diingat, ajaklah si dia bercouple secara halal bersaksikan Tuhan Yang Maha Pemberi Manfaat. InsyaAllah, banyak sekali manfaatnya nanti, bila couple secara halal ( nikah ).


hmm, itulah tiga 'bius' power untuk disuntikan dalam peribadi dan jiwa kita para kaum hawa, dalam menangani 9 nafsu kita. moga-moga bermanfaat yer.

Selamat beramal, mudah-mudahan perkongsian ilmu ini menjadi bekalan 'makanan' saya dan ukhti Salihah di akhirat kelak. amin,amin,amin.

SubhanaAllah, tiada ruginya kita berkongsi ilmu yang bermanfaat, malah ganjaran terindah bakal tersedia untuk kita di hari pembalasan nanti. InsyaAllah, amin, amin, amin.

so, dialukan teman-teman berkongsi ilmu juga dengan saya dan rajinkan diri berkongsi ilmu di laman sosial masing-masing. :)

Sedikit pesanan special untuk kaum adam :

                     " Didiklah wanita dengan keimanan
                       Bukannya harta ataupun pujian
                       Kelak tidak derita berharap pada yang binasa"

Didiklah kami kaum hawa dengan keimanan dan ketaqwaan mu kepada Sang Pencipta kita, sekalian hamba-Nya. ;)

Asif jiddan untuk segala salah silap saya dalam perkongsian kali ini. sesungguhnya segala kebaikan itu adalah datang dari-Nya, dan yang buruk itu adalah dari diri hamba yang hina ini.
salam jumaat barakah ~ saya mendoakan, teman-teman sentiasa kuat untuk mencapai soleh solehah juga. allahumma amin.:)

        :: salam sayang seluas langit Ilahi ::
~ gadis yang masih berusaha menuju solehah ~



senyum itu indah dan sedekah =)





Friday 17 May 2013

Kerna Pelangi Cinta Ilahi


   Assalamualaikum wrm wbt kepada sekalian sahabat yang sudi mengunjungi blog yang tidak seberapa ini. saya mengharapkan kalian semua sentiasa berada dibawah limpahan kasih sayang Allah swt ye. sayangi diri kita hari ini... Jangan sia-siakan segala kemanisan Islam yang telah Allah swt kurniakan kepada kita. saya juga menyayangi kalian, jika tidak, masakan saya menghasilkan post-post di sini... inilah bukti saya sayangkan kalian, kerana saya mahu teman-teman lebih mengenali Allah swt Yang Maha Agung... saya ingin kalian turut bersama merasai keindahan berhijrah ke arah jalan Ilahi. insyaAllah.

    Astaghfirullah... astaghfirullah... astaghfirullah... 

   Sengaja saya beristighfar kerana saya mahu melembutkan dan memujuk hati saya tika ini. Hmm, sejak semalam, airmata saya amat degil! tidak mahu mengalir keluar... dan apabila saya menghadap laptop ini, 'manja' pula nak mengalir ... tapi saya menahannya... (tak boleh keluar dah ! )

    saat ini, nasyid kegemaran saya sedang berkumandang di telefon murah~ nasyid Wanita nyanyian Dehearty. lagilah nak nangis, lagu slow sangat. hee... tapi apapun saya harus kuat, qowiey!

    Teman-teman mesti tertanya-tanya kan kenapa dengan saya , terutama pembaca setia blog ini, si dia dan si dia dan si dia.. entah siapa. (saya dah tak betul sikit )

   hm, astagfirullahal'azim... kalau saya sedih ke, saya tersalah cakap ke apa, mesti saya akan istighfar dan cakap pada diri " hey balqis, tak baik cakap macam tu" atau " hey balqis, kenapa dengan kau ni?" atau " balqis sayang, kau kena kuat, pasti ada hikmah Allah swt bagi semua ni (bersangka baik dengan Allah swt )."

    Eisk.. eisk.. eiskk.. ( nangis la tu ). maaf, saya terkesan sangat dengan ayat terakhir tu. Ya! kadang-kadang saya akui, saya sendiri terlupa untuk ingatkan diri macam tu, setiap yang terjadi pasti bersebab. Dan apabila saya telah memujuk diri sebegitu, saya tak nafikan, pasti rasa kembali bersemangat kerana Allah swt itu lebih mengetahui apa yang terbaik untuk setiap hamba Nya. begitu jualah apa yang terjadi pada saya...

   Hm, begini alkisahnya... petang semalam, saya telah menghantar emel kepada editor Galeri Ilmu, bertanya bila saya dapat mengetahui keputusan samada novel saya diterima atau tidak. lagipun bulan 3 lagi saya hantar , cuma beliau lambat download emel saya. Tidak mengapa. Mungkin Allah swt mahu saya belajar bersabar. Sabarkan separuh dari iman juga. =)

   Selepas send emel tu, saya tak tutup pun gmail saya tu sebab nak tahu sangat jawapan dari editor.  tidak lama selepas itu, ternampak kat inbox : 1 INBOX !

   Waa apa lagi. terus buka. Memang dari editor. saya membaca emelnya.. Selesai membaca, saya terus terdiam dan membatu di depan laptop. hm, kawan-kawan pula tiada di bilik, saya sendirian. Rasa nak nangis tu tak hadir pula ( pelik ), cuma tak sangka kot itu jawapan yang diterima... pada masa yang sama juga, mata ini terus terpandangkan frame gambar ummi ayah yang diletakkan di atas meja belajar...

   " ummi pa, maafkan balqis ya." saya berkata dalam hati. Tak boleh tengok lama-lama, nanti saya menangis pula. SERIUS ~


   Ini jawapan dari editor : "Waalaikumussalam wrt sdr, sebetulnya saya yg patut mohon maaf kerana begitu lama mendiamkan diri. Terima kasih kerana faham situasi kerja saya di sini. Begini sdr, sebagai penerbit Islami, wang juga bukanlah matlamat kami tetapi wang jugalah asbab untuk sesuatu perniagaan itu dapat diteruskan.
   Ringkasnya, hasil mesyuarat Jawatankuasa Penilai, melihat hasil jualan buku di pesta buku dan sambutan pembaca terhadap buku-buku kami sepanjang tahun, jualan untuk novel dewasa khususnya, banyak bergantung kepada nama penulis itu sendiri. Pihak JKP telah buat keputusan, bagi novel dewasa, mereka pilih Hilal Asyraf dan Fatimah Syarha untuk menulisnya. Alhamdulillah, Hilal juga sedia menghantar karya novelnya bersama kami.
   Semoga lampiran yg disertakan dapat beri gambaran kepada sdr berkenaan halatuju produk yg kami fokuskan. Terima kasih atas kesudian sdr menghantar karya kepada kami. Dengan ini saya serah semula karya sdr. Maaf atas kesulitan. Wassalam."


   Saya harus belajar redha dan sabar atas jawapan yang diberikan. Benar juga, mereka pihak penerbit perlu memikirkan masa hadapan juga untuk menerbitkan novel.
                                                                      BENAR !

   Saya redha, mungkin Allah swt mahu saya belajar dan belajar lagi selok belok penulisan ini.  saya pujuk diri lagi, ini yang terbaik untuk saya, jangan putus asa! jangan disebabkan satu kegagalan ini, saya mahu kuburkan minat saya yang satu ini! terus kedengaran jeritan hati saya : " Eish ! Tak mungkin aku nak kuburkan minat ini, okay ! "

   Ya, memang saya tak akan biarkan perkara itu terjadi. saya teringat kembali pesanan Ustazah Juwairiah ( penulis cerpen tawajuh cinta, beliau juga pernah menyemak novel saya tu ) : adik, akak nak pesan awal-awal, dulu pun pernah ada beberapa orang yang send manuskrip novel mereka untuk dinilai. setelah diberi komentar, mereka terus tak menulis lagi. sebenarnya komen itu perlu untuk baiki penulisan. tak boleh LEMAH SEMANGAT. "

   Hmm, kan dah terkena kat saya. tak boleh lemah semangat.

   Ya InsyaAllah, saya tak akan lemah semangat. Jangan disebabkan kegagalan yang satu ini, saya terus nak hentikan niat dakwah saya dalam bidang ini. No !

   Semalam saya juga terus forwardkan emel editor kepada Kak Juwairiah. akak bagi mesej kat handphone : dik, nanti akak balas ( emel )ya. sekarang akak penat sangat. jangan putus asa. ini baru cabaran pertama. rileks. cool :)"

   Hmmm, terharu. Pastu dapat juga pembangkit semangat saya kembali...

   " Jadilah seperti air. Walaupun disekat dari arah mana sekalipun, ia akan tetap mencari jalan lain untuk mengalir. kalau disekat dengan benteng, ia akan  semakin bertambah dalam takungan dan akhir sekali melimpah ke luar. jadilah seperti air yang mengalir. " hmmm, terharu sangat dapat perkongsian kata semangat ini ... syukran sangat2 ye sebab memberikan kata-kata ini untuk saya... tak tahu nak cakap macam mana , moga Allah swt permudahkan segalanya :)

   Kata-kata ini memang meniupkan kembali 'ombak' di dada untuk kembali aktif di persisiran pantai. huhu. entah apa-apa. Ya! Ini baru cabaran pertama, tak kan mendapat halangan pertama ini, saya kena berhenti kan? tak, tak, lagipun mahu meraih kejayaan, harus dilalui juga kegagalan. Begitu juga bila kita demam, kalau nak baik semula, kena la telan pil-pil ubat demam yang pahit tu, insyaAllah beberapa hari lepas tu, kembali tersenyum. macam doktor pula.. ye kena test awal2. huk3. hehe

   so balqis juga kena setia kan senyuman di bibir ya. =)
( eleh.. semalam lembik macam apa jer time balik dari auditorium... pastu, sengaja buat2 terjatuh masa kawan datang ... hehe )

   apapun, saya nak ucapkan terima kasih sangat kepada dua sahabat yang setia menemani saya sejak sendirian di kamar beberapa hari ni, iaitu ukhti Asna dan Nabilah. sebenarnya saya tengah cuti semester empat sekarang, tapi sengaja datang awal ke kampus sebab nak fokus penulisan dan kerja sikit. Roomate tak datang lagi, jadi dua sahabat ni yang selalu di sisi saya. Kitorang tidur, makan, pergi cafe bersama-sama. beriadhah pun sama. hm, diorang ini juga lah yang asyik usik saya, denda saya selama seminggu ni. Usik saya dengan lipas sebab saya takut lipas, denda saya sebab tak riadhah suatu petang tu. hehe. Mereka jualah yang setia di sisi saat saya mendapat jawapan daripada editor . mereka jualah yang kongsikan idea-idea baru untuk saya masukkan dalam novel, sebab saya berhajat mahu tambah bab dan konflik sebelum dihantar kepada publisher lain.

   Ya Allah, terasa indahnya ukhuwah ini walaupun sebelum ini kami tidaklah rapat sangat. seminggu saja kami menyemai benih-benih ukhuwah sudah terasa kemanisannya. subhanaAllah~
                                                        Balqis, Asna dan Nabilah =)

   Syukur pada Mu Ya Rabb... bicara mereka juga berjaya memujuk hati saya yang kian lemah ~ semalam mereka menami saya lagi di kamar, mendengarkan celoteh dan usikan mereka, mebuatkan saya tak jadi nak menangis sebelum tidur tu. pastu dengan rela hati juga, saya memberikan mereka membaca novel saya semalam. merekalah insan pertama yang mendapat keizinan daripada saya, selain kak Juwairiah. Untunglah mereka tu kan, padahal sebelum ni kawan rapat nak baca, saya tak kasi. hehe.

   Alhamdulillah, mereka menceriakan hari saya. syukran sahabat, moga Allah swt memberikan kebahagiaan kepada kamu berdua juga dikemudian hari.allahumma amin. uhibbukum fillah jiddan ! * ketika saya menaip post ini, mereka berdua sedang melayan novel Ramlee Awang Mursyid, berguling sana sorang, berguling situ sorang. alahai. hehe *

   Teman-teman doakan saya. InsyaAllah saya akan kembali bangkit berdakwah. Sebenarnya novel ini tercipta khas untuk remaja yang ingin berubah dan berhijrah.  jadi saya tak nak padamkan niat saya yang lalu,  kerana novel Pelangi Cinta Ilahi, saya akan bangkit kembali. InsyaAllah. saya teringat kembali janji saya dengan seorang fasilitator saya, ketika disuruh makan nasi basi, saya sanggup. dia tanya : betul ni balqis sanggup makan?? ( dalam nada marah, biasala program tarbiah kan )

   " Ya saya sanggup demi perjuangan Rasulullah !! " jerit saya dalam tangisan. selepas itu terus kedengaran kawan-kawan lain menjerit " jangan balqis! jangan balqis ! " mereka juga turut menangis.

   Alhamdulillah... saya makan dengan enaknya.=)  tiada apa-apa masalah. jadi kenangan ini jualah yang membangkitkan lagi semangat saya mahu meneruskan perjuangan baginda Nabi Muhammad saw. doakan saya terus kuat... lagipun kita semua ini sememangnya sudah diciptakan sebagai khalifah untuk menegakkan Islam di bumi Allah swt. Jangan kita hidup dimuka bumi ini sekadar untuk bersenang lenang, ingatlah " disebalik nikmat ada tanggungjawab."

   Sedikit perkongsian lagi. semalam kan saya dilanda kesedihan jadi saya terus mencapai Al-Quran kerana saya yakin Allah swt pasti akan memujuk saya.

   Alhamdulillah... memang benar! DIA telah memberikan saya kesedaran juga melalui ayat cinta yang suci, surah Fushshilat ayat 49 :

   " Manusia tidak jemu memohon kebaikan, dan jika ditimpa malapetaka, mereka berputus asa dan hilang harapan."

   Ya saya akui, sebelum itu begitu banyak sekali saya mohonkan kebaikan dari Nya hatta berkaitan novel saya ini, dan apabila saya diuji, saya berputus asa~ Allah... malunya saya pada Tuhan Yang Maha Berkuasa...


   ASTAGFIRULLAH, ASTAGFIRULLAH.. ASTAGHFIRULLAH... 
"maafkan hamba Mu yang lemah ini Ya Rabbi, aku lupa akan segala bicara indah Mu "

   bAiklah, pesanan terakhir saya, jika dilanda kesedihan, kesusahan dan apa saja yang sewaktu dengannya, teruslah membuka kitab suci dari-Nya... pasti akan temui kebesaran Nya . Allahuakbar. Segala puji hanya buat Nya Tuhan Semesta alam.

p/s : doakan saya, insyaAllah jika dipanjangkan umur, time Ekspo Konvokesyen Darul Quran 2013 nanti, saya akan membuat persembahan lagi pada Malam Kesenian Islam, ingat nak persembahkan puisi yg termasuk dalam post popular di blog ini. insyaAllah. tahun ini tahun kedua dan terakhir dah saya membuat persembahan di pentas astaka DQ. Doakan dipermudahkan segala perjalanan gerak kerja kami untuk mengadakan Malam Kesenian Islam tu. allahumma amin.

assalamualaikum.
                                   ==>         bAlqis kena senyum macam ni...

//( ,^^ )   ( ^^, ) //  
         ~tata~

:: salam sayang dari hati Permata Alwalidaini ::

Wednesday 15 May 2013

Mataku menangis~


   Bismillahirahmanirahim... Dengan lafaz suci ini, saya memulakan sedikit perkongsian untuk tatapan mata teman-teman. Saya tahu, belum tinggi ilmu di dada, disebabkan itu kebanyakan post saya di blog ini lebih banyak ke arah perkongsian rasa seorang hamba. Harap sama-sama dapat menghayatinya. Moga Allah swt meredhai usaha kecil saya ini untuk membuka mata kita semua serta muhasabah bersama. Allahumma amin.

   Semalam, saya ada bermimpi sesuatu. Dan mimpi itu segar diingatan saya sepanjang hari. Membuatkan saya berfikir mengapa Allah swt memberikan mimpi itu kepada saya. Mimpinya, saya telah kembali ke tempat tinggal saya dahulu, di Pasir Mas. Saya telah dibawa oleh seorang budak lelaki bernama Khairi ( kawan adik saya ) meninjau kawasan itu setelah sekian lama tidak menjejakinya. Setiba di sebuah rumah jiran lama, Khairi memperkenalkan saya kepada seorang kanak-kanak kecil. Wajahnya jelas menggambarkan kesedihan yang sedang ditanggungnya. Tapi yang tidak disangka, dalam mimpi itu rumah jiran telah menjadi rumah kebajikan anak-anak yatim. Kanak-kanak kecil itu salah seorang penghuninya.

   Apabila saya menatap wajah si kecil itu, saya merasai airmata mulai bertakung di kolam mata. Tanpa diduga, terus terdetik di hati saya " inilah rumah kebajikan yang akan aku infakkan sebahagian rezeki yang Allah swt kurniakan kepadaku nanti."


   Selepas itu, saya terus terjaga dari tidur. saya masih terkejut dan tertanya-tanya akan hikmah mimpi itu. Mengenangkan kembali wajah kanak-kanak kecil itu... Allahurobbi... Membuat jiwa ini sayu...
Moga-moga Allah swt benar-benar akan mengizinkan dan memilih saya untuk melaksanakan amalan kebajikan itu suatu masa nanti. Allahumma amin. Moga teman-teman yang membaca post ini juga dipilih oleh Allah swt untuk menabur bakti kepada anak-anak yatim sebagai bekalan menuju kehidupan abadi. Allahumma amin.

   Hmm, apabila menyebut berkaitan anak-anak yatim, membuatkan saya teringat akan watak Nur Humaira, di dalam novel tulisan saya, " Pelangi Cinta Ilahi ". Dalam novel tersebut, Humaira amat menyayangi dan mengasihi anak-anak yatim. Setiap hujung minggu, dua perkara sahaja yang akan diisi oleh Humaira, samada menghadiri taman-taman syurga (majlis ilmu ) atau menziarahi dan meluangkan masa bersama anak-anak yatim di Teratak Nur Insan ( rumah kebajikan ini benar-benar wujud di Malaysia, berada di Setapak, saya berhajat mahu ke sana suatu masa nanti , insyaAllah ). Disebabkan terlalu mencintai anak-anak yatim ini, Humaira pernah memasang hajat tidak mahu pulang ke kampung halaman semasa cuti semester. Namun, atas desakan Ustazah Hazila, dia pulang juga kerana keluarganya juga harus ditaburkan rasa kasih sayang. Itulah serba sedikit berkaitan Nur Humaira, watak utama dalam novel sulung saya, tetapi novel ini masih belum menerima keputusan daripada Galeri Ilmu, samada diterima atau tidak untuk diterbitkan. Mohon teman-teman mendoakan juga.


   " Ya Rabb, Seandainya pada pandangan Mu, novel ini amat baik untuk ditatap dan disantap oleh jiwa-jiwa sang hamba , maka ku bermohon pada-Mu, permudahkan sentiasa urusan penerbitan novel ini, kerana hanya Engkaulah Maha Mengetahui segala perkara. Allahumma amin."

   Baiklah, berbalik kepada perkongsian kedua pula bagi tajuk Mataku Menangis...

   Tadi, saya telah membuka laman sosial Facebook. Saya membuka wall seorang kawan lelaki ( A ) zaman sekolah. Niat saya hanya satu, ingin mengetahui perkembangan ibunya yang sedang sakit. Kot dia ada update status terbaru. Saya mahu mengikuti perkembangan ibunya juga kerana ibunya dahulu amat rapat dengan ummi saya. Jadi mestilah terasa mahu mengetahui berita terbaru mak cik itu.

   Lain yang diharapkan, lain yang ditemukan. Itulah yang terjadi tadi. Dua perkara yang menyedihkan.

   Pertama, sedang saya membaca statusnya, saya telah terpandang Facebook kawan perempuan saya ( B )
disebelah kiri wall A. B merupakan kawan baik saya zaman sekolah juga. Saya sangat terkejut kerana dia meletakkan gambarnya dengan kekasih hatinyaa sebagai profile picture.
Allahurobbi... masakan saya tidak terkejut, kerana dia telah jauh berubah. Masih segar diingatan saya, dahulunya dia tidak pernah atau jarang sekali mempunyai kawan lelaki berbanding dengan saya. dahulu saya mengaguminya kerana dia tidak sosial. Tetapi, apa yang menjadi tatapan mata saya hari ini, sesuatu yang amat menyedihkan diri ini. Amat. Tempoh hari, pernah juga saya melihat dia memasukkan gambar bahagianya dengan buah hati, lalu saya teringin bertanya kepadanya, apakah dia sudah menikah?
saya memberanikan diri bertanya, dan jawapannya " belum".

   Allahurobbi...

   "Awak ( B )... Seandainya awak terbaca atau membaca post saya ini, saya ingin memohon jutaan kemaafan kepada awak... Tidak berniat buruk untuk menulis semua ini, tetapi ia sebagai peringatan bersama.
sejujurnya... meskipun sudah bertahun kita terputus hubungan, namun jauh disudut hati ini, saya masih sangat  menyayangi awak, tatkala saya mengetahui awak belum menikah, tetapi sudah bahagia dengan si dia yang belum halal, jiwa ini terus merasa begitu sayu dan sedih sekali... Sering saya memikirkan cara terbaik untuk saya menegur awak, kembali kepada diri awak yang dulunya, tetapi hati ini sering juga merasa bimbang, awak akan makin menjauh dari saya... kerana cukuplah saya merasa teramat jauh dengan awak, lantaran kita pernah terputus hubungan dahulu...
meskipun begitu, saya pasti akan menasihati awak dan memimpin awak bersama saya ke jalan indah dalam ajaran Islam, bukan jalan kegelapan yang sedang awak lalui kini... InsyaAllah.
saya sayangkan awak... jadi saya harap, bila tiba saatnya nanti, awak sudi menyambut tangan saya dan berlapang dada menerima perlawaan saya menuju jalan indah itu... allahumma amin.

   "Awak ( A )... bicara ini untuk awak. Seandainya Allah swt mentakdirkan hati awak tergerak untuk membuka post ini, moga-moga awak memahami bicara ini. Dahulu, di alam persekolahan, saya pernah mengagumi diri awak, kerana awak sentiasa menjadi pelajar cemerlang, pelajar yang baik akhlaknya, songkok setia di kepala dan baik budinya. Pendek kata, pasti mak cik pak cik terasa sejuk memandang awak. Namun, Hari ini...
mengapa rasa gembira  tiada lagi dalam jiwa tatkala melihat diri awak ...
kerana... awak bukan diri awak yang dulunya. awak bukan awak yang saya kenali 7 tahun lalu.
awak sudah mula berjinak dengan cinta. awak sudah terbuai dunia remaja biasa~ itulah awak hari ini.

   Untuk awak berdua dan teman-teman...
   Ini hanyalah luahan seorang sahabat masih berusaha untuk berubah... saya teramat sedih melihat diri terbaru kalian... Masakan diri ini tidak diselubungi rasa sedih yang hebat , kerana kalian dahulunya lebih baik daripada saya. tetapi kemanakah kalian melontarkan diri terbaik kalian itu? dimana duhai teman.....?

   " Andai bisa ku berdepan padamu saat ini, ingin diriku memohon dikau menjawabnya... Dimana dirimu yang dulu?
 Selagi hayatku dikandung badan, akan ku usaha mencari identiti terbaik mu yang dahulu. Andai Allah swt mentakdirkan, tak bisa ku temuinya semula, ku mengharapkan DIA mentakdirkan ku bisa memimpin dirimu semua ke bahtera baru yang dihiasi redha-Nya~ allahumma amin.

   Sejujurnya, bukanlah saya mencemburui kalian. tetapi hakikatnya saya menyayangi kalian kerana Allah swt makanya saya mahu kalian kembali ke pangkal jalan. Saya kasihankan kalian... Allah swt telah memimpin saya menuju jalan indah-Nya, jadi pastilah saya tidak mahu menikmati keindahan itu sendirian saja, pastilah saya mahu kalian turut merasainya, kerna itu terciptanya blog dan post ini... Moga-moga ada jiwa-jiwa yang disentuh oleh Allah swt melalui wasilah perkongsian-perkongsian di sini. Allahumma amin.

    Impian saya mahu menjadi sahabat syurga seperti yang sering digambarkan dalam karya Hilal Asyraf, disebabkan itu saya mahu menyeru teman-teman, ayuhlah kembali ke jalan yang diredhai Ilahi.
Marilah kita pulihkan dan 'mandikan' diri kita yang 'hitam' dan busuk hari ini dengan 'cream shower' dan 'perfume-perfume' yang telah disediakan oleh Allah swt. Wangikan diri kita seharum-harumnya, sehinggakan penghuni syurga turut mencemburui kita.

  Jom kita melihat bicara indah daripada Pencipta kita, Allah swt...

   "  Maka barangsiapa bertaubat setelah melakukan kejahatan dan memperbaiki diri, maka sesungguhnya Allah menerima taubatnya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang." Surah Al-Maidah, ayat 39.

Marilah teman-teman... Apa lagi yang ditunggu...


Ingatlah ajal maut dan hari pembalasan tidak akan menghantar notification-nya andai ia mahu menghampiri kita~

   Hmm, selepas saya merasai dua kesedihan itu, secara tiba-tiba saya mendapat ilham dari-Nya.Tercipta satu ayat " Andai Allah swt mahu mengambil semula nikmat yang pernah diberikan kepada kita, sekelip mata saja ia bisa hilang dari kita"~
Allahurobbi...

   Justeru, buat teman-teman yang sedang menikmati kemanisan IMAN dan ISLAM saat ini, hargai dan jagailah kedua-duanya dengan sebaik mungkin. Genggamlah ia seerat mungkin. Kerana andai ia hilang dan melayang, pasti sukarlah untuk kembali mendapatkannya, melainkan kita berusaha sehabis daya iaitu dengan mujahadah meninggalkan dunia leka kita~ Ya, Mujahadah,  itulah alternatifnya~

   Renung-renungkan... Peringatan buat diri saya sendiri terutamanya kerana saya sendiri masih berusaha memperbaiki diri. doakan saya~

   Astaghfirullah, astaghfirullah, astaghfirullah...

   Moga keampunan Allah swt Yang Maha Pengampun sentiasa mengiringi perjalanan harian kita. Allahumma amin.


   Akhir kata, saya memohon kemaafan andai banyak sekali kesilapan dan kekhilafan diri saya selama berkongsi kisah-kisah ibrah di blog ini. moga-moga perkara baik itu, bisa menjadi bekalan akhirat saya. Yang buruk, minta kalian jauhi dan hindari. allahumma amin. Namun hakikatnya segala yang baik dan buruk itu datang dari-Nya, saya hanya sebagai wasilah untuk menyampaikan kebaikan dan mengajak kalian untuk meninggalkan keburukan.

~ Mataku menangis kerna mu sahabat ~
    :: Salam Sebarkan Sinar Ilahi ::


: Nukilan : Permata Alwalidaini :