Monday 11 February 2013

Analogi : Kupas bawang vs Dakwah



Analogi kupas bawang vs dakwah : :)

InsyaAllah hari ini nak kongsi sikit apa yang terlintas di fikiran ana.

Tadi ummi minta kupaskan bawang merah, banyak sangat, sebab untuk tempahan makan maulidur rasul.
jadi seperti selalu, ana pakai earphone then mulakan tugasan! ;D
mulanya pasang lagu balqis, then disusuli dengan zikir-zikir. banyak pula zikir berbanding nasyid. so ikut sama berzikir, dgn harapan bawang2 merah tu diberkati Allah swt. hehe.

Tapi... pada masa yg sama otak ligat berfikir.
apa yang boleh diambil daripada situasi kupas bawang ini?
jadi ana renung bawang tu .. ana tengok, step by step cara ana kupas bawang merah.

pertama : ada pisau, plastik utk diletakkan kulit bawang, ada bekas utk letakkan bawang yg siap dikupas.

kedua : badan bawang dihiris sedikit di tengah utk memudahkan lagi kerja mengupas kulitnya.

ketiga : kulit luaran dikupas,

keempat : barulah kulit lapisan kedua dikupas dan bawang kelihatan cantik. tiada serabut lagi.;)

                                        so sbenarnya ana nak kaitkan dgn dakwah!


pertama : pisau diganti dgn senjata kita nak berdakwah iaitu, persiapan ilmu, rohani dan akhlak atau peribadi kita.

kedua : apabila kita ready utk berdakwah, (hiris sedikit) bmaksud kita lihat pd mad'u itu apa yg dia suka dan tidak sukai. kita selami dirinya, sbb bila dah 'masuk' dgn dirinya barulah mudah nak beri bius dakwah. ;D

ketiga : (kulit luaran) bmaksud kita mulakan perbaiki luarannya dahulu, mcm pemakaian dirinya, cara makan dgn bismillah, atau apa2 lagi yg kita nampak pada dirinya harus diperbaiki.

keempat : barulah mula memperbaiki dalamannya seperti mendidik hatinya! :) supaya lebih mengenali Allah swt, Rasulullah saw, lebih memahami erti iman, taqwa dan sebagainya lagi.

then... insyaAllah mad'u itu akan kelihatan cantik, handsome, comel dan suci dgn basuhan murni ISLAM yang asli. bukan sekadar Islam pd nama lagi. tapi meliputi rohani dan hatinya! insyaAllah.

: harap maaf jika ada kesilapan, ini hanya pemikiran ana utk perkongsian bersama.:: :)

Monday 4 February 2013

Surat Cinta untuk mu


                        Ini adalah surat cinta yang ana berikan kepada seorang sahabat, Sara itu bukan nama sebenar dirinya. Sahabat ini sudah lama tidak meluahkan ceritanya pada ana dan baru-baru ini dia tiba-tiba saja memberi sms kepada ana. Disitulah ana dapat mengagak dia mempunyai masalah. Dia segan mahu ke kamar ana, jadi ana rajinkan diri ke kamarnya di asrama. Malam itu, mungkin nasihat ana dari tutur bicara tidak banyak sangat, jadi di pertengahan malam, ana menyusun ayat-ayat dalam surat di atas untuk diberikan kepadanya. Tulisan tinta ini berakhir pada jam 2.27 pagi, 31/Januari/2013.



                                            SURAT CINTA UNTUK GADIS KU

Teristimewa buat dirimu,
melayangnya bingkisan ini untuk tatapan matamu,
sebagai pengganti diriku,
untuk menenangkan gundahmu,
Insya-Allah.

Maaf temanku, sekiranya tidak banyak membantu dan tidak setia di sisimu,
dikala ujian mendakap dirimu,
dikala kekuatan menjadi dambamu,
dari seorang insan bergelar temanmu.

Sara temanku,
Rasulullah saw sendiri dinasihat berpada dalam cinta dunia,
kerna baginda kelak akan meninggalkannya,
inikan pula kita manusia biasa,
harus bersedia sentiasa,
tatkala diuji dengan cinta.

Cinta,
suatu rasa yang indah kurniaan-Nya,
dalam tiap jiwa hamba-Nya,
samada kita mendidiknya dengan iman atau ia yang membuai kita,
hingga kita lemah tika ia menghimpit kita.

Sara bidadari syurga,
ujian cinta amatlah hebat penangannya,
namun hebat lagi bantuan-Nya,
teguhkan iman mu & pegangan kepada-Nya,
kelak kan kau temui kekuatan luar biasa!

Sara yang disayangi Ilahi,
aku pernah dilanda ombak cinta,
namun ku kembalikan ia kepada Penciptanya (cinta),
ku serahkan pada-Nya,
kerna ku tahu ku tak berdaya uruskannya,
hatiku tak kuat dan upaya,
hanya doa & airmata ku persembahkan pada-Nya,
agar tetapkan & sucikanlah cinta itu,
andai ia terbaik untuk akhirat juga dunia.

Sara…

Maaf sekiranya nasihat saya tidak seberapa namun saya sangat mengharap awak hadapilah ujian ini dengan iman di dada.

Sesungguhnya awak harus bersyukur kerana diberi ujian cinta, kerana ujian cintalah ujian terbesar dalam kehidupan manusia, dan kerana cinta adalah sesuatu yang amat berharga andai kita dapat menDIDIKnya sebaik-baiknya.

Saya bukanlah pakar dalam cinta namun kerana mula membuka mata bahawa cinta itu lahir dalam kesucian di hati kita, lantas mendorong saya untuk menjaga kesucian ini kekal selamanya. Teruslah berusaha menjaganya semampu kita.

Sara,

Saya mengetahui awak pernah dicintai dan mencintai, namun andai merasakan cinta itu telah KABUR kesuciannya, maka sucikanlah ia kembali, mengikut syariat Ilahi. Belum terlambat.

Bersyukurlah Allah swt masih mendidik kita untuk meninggalkan cinta remaja biasa. dan bila DIA sudah membawa kita ke arah cinta jarang dibuat oleh remaja luar sana, maka teruskan langkahanmu mendapatkannya! Allah swt tidak memberi apa yang kita minta tetapi DIA memberi apa yang kita perlukan! DIA memberi apa yang kita perlukan dengan ‘ memberikan kita CARA sahaja’. Di sini bermaksud kita wajib menggunakan CARA itu untuk mendapatkan apa yang kita perlukan dalam hidup ini. Itulah Cara Allah swt mendidik kita, Sara. (kalau tidak faham, boleh bertanya kepada saya, nanti saya terangkan lebih lanjut) =)

Bersabarlah sahabat sayangku,

Barangkali juga DIA berikan ujian ini kerna DIA TERAMAT RINDU dengan bisikan cinta awak kepada-Nya. Barangkali DIA mahu awak TINGKATkan lagi cinta awak kepada-Nya, barulah DIA akan titipkan cinta insan selayaknya untuk awak. bersabarlah…

Tika ini juga tidak awak ketahui siapa pemilik hati awak yang sesungguhnya, kan? Maka sentiasalah berdoa untuk dirinya, moga dia sentiasa menjaga hatinya hanya untuk awak. Dan awak pula… apabila telah berlapang dada dengan ujian-ujian ini, maka berusaha lah untuk mencantikkan lagi peribadi muslimah kita. ‘Make up’ kan diri, iman dan hati kita sehabis cantik, agar Allah swt akan redha.

berdoalah : Ya Allah, hapuskan cinta insan di hatiku andai cinta Mu belum ku                                                        
nikmati sepenuh hatiku. izinkanlah aku untuk mencintai MU dan Rasul Mu 
sepuas  hatiku sebelum aku mencintai hamba-Mu

Inilah antara doa saya tika saya bermujahadah untuk melupakan cinta yang bertapak di hati.

Bermujahadah… mungkin in juga yang Allah swt ingin awak lakukan. Korbankanlah segala untuk mendapatkan redha-Nya. Ingatlah, pentingnya REDHA-NYA dalam hidup kita di dunia. Jika perkara yang kita lakukan itu diredhai-Nya, pasti kita tenang saja mengharunginya. Kuatkan iman dan hatimu dalam mujahadah. Ciptalah kenangan dalam hidupmu dengan mujahadah cinta yang luar biasa !

YAKINLAH dengan ILAHI,

YAKINLAH…

Bagaimana kita tika ini dalam mengurus cinta, begitulah coraknya kehidupan kita ( BAITUL MUSLIM ) di kemudian hari.

So, jika mahu kehidupan baitul muslim nanti bahagia saban hari, maka uruskan cinta mu dengan ‘puasa cinta + mujahadah cinta’. Nanti tiba untuk ‘berbuka’, pasti manis sekali rasanya. Bertahan sekejap saja sayangku.
Biarlah cinta berlalu pergi, at least ia memberi ruang waktu untuk kita sibukkan diri dengan ilmu, kerja-kerja untuk ummah, berbakti, mempersiapkan diri & sebagainya lagi.

Setiap yang terjadi, carilah hikmahnya yang tersembunyi. Kita bisa mencarinya dengan MATA HATI. Insya-Allah.

Baiklah, akhirul kalam…

~Jagalah Allah, nescaya Allah menjagamu,

~Tenangkan hatimu dengan ZIKRULLAH,

~Mujahadah dan bersabarlah

~Husnu zhon ( bersangka baik ) pada-Nya dan kuatkan KEYAKINAN

~Urus cinta dalam Redha-Nya

~Taqarrub (dekatkan)diri kepada-Nya sentiasa,

~Mohonlah sehabis dayamu untuk mendapatkan petunjuk-Nya,

~Tingkatkan IMAN dan TAQWA sentiasa!

~Jika kita cinta Allah, orang yang mencintai Allah, akan turut mencintai kita. Insya-    Allah.

“ Orang yang kurang ditimpa kesulitan, jiwanya akan lemah, sebagaimana orang yang kurang bekerja, badannya lemah. bersyukurlah apabila diuji dengan kesulitan, kerana dengan itu kita mempunyai jiwa yang kuat dan tabah.”



P/s : Doakanlah untuk dia dan juga diri kita. Doakan untuk ana juga. Semenjak ana memegang satu taklifat, ramai sahabat datang meluahkan masalah mereka, terutama cinta. Doakan moga ana mampu berikan nasihat yang baik untuk mereka kembali mencari kekuatan dan bersabarlah dalam ujian hidup.

Buat teman-teman yang membaca perkongsian ini, ana memohon maaf sekiranya post ana banyak berkaitan cinta, sebenarnya setiap post ana itu terjadi di sekeliling ana sendiri.  Jika ana rasa bermanfaat untuk semua, ana akan kongsikannya di sini. Sesungguhnya, ujian cinta ini tidak boleh dipandang remeh andai kita mahu Allah swt meredhainya. Jagalah cinta di hati sebagaimana Allah swt ciptakannya sejak azali, iaitu dalam keadaan SUCI.

“ Uruslah cinta dalam redha-Nya kelak bahagia until SYURGA”
allahumma amin Ya Rabbana.

Lahir dari hati : Permata Alwalidaini.