Friday 26 October 2012

Alhamdulillah 2


   Assalamualaikum wrm wbt... InsyaAllah post kali ini ana akan berkongsi dua kisah insan yang memperoleh hidayah Allah swt. Seorang insan adalah dari negara Barat dan seorang lagi sahabat ana dari Indonesia.



                                                      ( KISAH LUTI )

   Insya Allah ana akan mulakan dengan kisah sahabat ana terlebih dahulu ya. saat ini terbayang-bayang wajahnya yang putih, bertudung kecil, berseluar jeans dan memakai baju berlengan tiga suku.

   Selama ini banyak tengok cerita indon aje kat tv dan hari itu tidak sangka ana akan mempunyai seorang sahabat dari negara itu pula. memang dah pernah berkenalan dengan seorang muslimah kat laman sosial bukumuka hehe. tetapi pertemuan dengan Luti ini secara berhadapan. ore klate kato " temu mato ". :)

   Hmm... okay, ana cerita dengan molep-molep deh. begini al kisahnya bermula. Satu hari tu, ana ada keluar atau outing dari kampus bersama beberapa orang sahabat ke suatu tempat di area Key Eyll ( bahasa remaja lonim,adoii ) maksud ana KL. sahabat ana mahu bertemu dengan seorang kakak di tempat itu. ana temanilah dia bercakap-cakap dengan kakak tu. waktu itu dah petang, ana terasa boring aje duduk kat situ. asyik on aje telinga ni, sebab memang tak boleh off. hehe

   mata ana pandang kiri pandang kanan... hmm.. tak tahu nak buat apa. then, mata ana tertancap pada jam comel pemberian ummi ana kat tangan kiri. jarum jam pendek menunjuk ke angka 4 dan jarum jam panjang ke angka 6.

   " hmm mesti dah masuk waktu asar ni. nak solat dulu lah." kata ana dalam hati jer.

   " awak... saya nak pergi solat asar dulu yer." kataku kepada sahabatku itu. di tersenyum dan mengangguk.

   Lantas ku mengorak langkah ke ruang solat muslimat. selepas ana meletakkan beg di dalam ruang itu, ana terus ke tandas untuk mengambil wuduk.

   Terdapat beberapa orang muslimat sedang solat dan ada juga sedang istirehat. fikir ana, mereka penat kot dan mungkin uzur juga. nasib baik ana memakai jubah dan tudung labuh tika itu dan tidak perlulah memakai telekung sembahyang lagi. sarung kaki pun dah pakai. so COMPLETE untuk bertemu Allah swt.  yuk! solat sama aku ! hehe

   setelah rukuk, sujud dan duduk tahyat akhir, ana memberi salam. sebagaimana yang dilakukan semua muslims apabila bertemu dengan Allah swt. zikir di lantunkan perlahan namun kedenganran di telinga sendiri serta selawat ke atas Nabi Muhammad saw. kemudiannya ana menadahkan tangan untuk membacakan doa.

   " Allahumma amin " tangan ana diraup pada wajah yang tidak berkaca mata buat sementara detik itu.

   Perlahan-lahan ana mula berdiri. belum lagi menoleh ke belakang. 

   " Aku suka lihat kamu pakai baju macam ini. baju kamu tutup semuanya, kemas dan cantik. aku teringin mahu pakai macam ini. di mana aku boleh dapatkannya? kamu beli kat mana?" tegur suara gadis ini secara tiba-tiba mengejutkan ana. memang mengejutkan ana sangat.

Allah...

   Ana menghadiahkannya senyuman manis sambil berbicara .

   " biasanya jubah macam ini saya beli kainnya saja kemudian hantar kepada penjahit baju. tudung pun sama." aku masih senyum padanya. aku tidak mahu menghampakannya. aku tidak mahu menjadi hamba yang sombong. aku tidak mahu melepaskan peluang keemasan itu, kerana itu aku cuba melayannya semesra mungkin !

   " owh. pakaian macam aku ini tak menutup aurat macam kamu. semalam aku terjumpa dengan orang macam kamu juga. dia bawa aku ke rumahnya kemudian dia berikan aku jubahnya. warna hitam. " dia mula bercerita kepada ana sambil kami berdiri lagi. hehe.

   " owh... jom kita duduk dulu." ana memperlawanya untuk duduk di ruang belakang.

   kami mula berborak rancak. mula berkenalan. dia sangkakan ana pangkat kakak tetapi rupanya dia dan ana adalah sebaya.

   " nama kamu siapa ya?" tanya dia selepas ana bertanyakan namanya, Luti.

   " nama saya Balqis. umur 19 juga. "

   " waahh cantik nama kamu. apa tadi bal..qis..?" tergagap-gagap di menyebut nama ana.

   ana tersenyum padanya. selagi upaya, ana akan senyum dan senyum. lagipun ana ni memang suka senyum. kalau ayah marah pun, ana masih senyum . hehe. :)

   " Ya, balqis. nama isteri Nabi Sulaiman. kamu kerja apa kat sini?"

   " Owh... em aku kerja kilang saja. sebenarnya aku mahu sambung belajar lagi, tetapi tiada duit jadi aku mahu kerja dulu untuk cari wang."

   Makin rancak perbualan kami. antara perbualan yang masih ana ingat ialah :

   " aku mahu pakai baju macam kamu. aku lihat orang malaysia ramai pakai baju seksi, sama macam indon. kat tempat aku di indon, ada juga tempat orang macam kamu. mereka mengaji saja. tetapi aku jarang dapat bercakap dengan mereka." 

   Inilah antara luahan Luti kepada ana. Ya Allah, terasa malu ada juga apabila dia mengatakan ramai orang malaysia berpakaian seksi. Malu kan, teman-teman? Orang luar dah cop macam tu bila lihat suasana 'Key Eyll'. hmmm...

    " InsyaAllah... jika Luti benar-benar mahu berubah, ada jalannya nanti. nanti apa-apa hal, Luti boleh juga berkawan dengan saya." balas ana sambil menyentuh lembut berdekatan lututnya. ketika itu kamu duduk bersila. sengaja ana menyentuhnya kerana sentuhan lembut juga perlu digunakan ketika kita ingin menyampaikan mesej kepada sasaran dakwah kita. ana sengaja mahu praktikkan apa yang dipelajari dalam kos dakwah di kampus, selain metod berbicara dengan hikmah.

   Sebelum kami berpisah di situ, Luti ada bertanya juga kepada ana.

   " balqis, betul ke perempuan tak boleh memakai make up yang tebal? macam aku ini, boleh?" soalnya sewaktu dia sedang menyapukan bedak compact pada raut wajahnya.

   " ya... jika tebal sangat tak boleh lah. tabarruj. kalau macam luti tak ape, tak nampak sangat."

   Bicara terakhirnya buat ana pula ialah...

   " nanti kalau aku mahu tanya soalan tentang agama kepada kamu boleh?"

   " Insya-Allah boleh saja. jangan risau." :) Ya Allah, masa tu ana hanya mampu mengharapkan Allah swt akan membantu ana, kerana ana akui ana sendiri masih jahil dengan ilmu agama. ana akan cuba menjawab jika dia bertanya apa-apa soalan nanti. moga dipermudahkan segalanya.

   Dia turut tersenyum pada ana. ana cukup bahagia bila bertemu dengannya yang amat peramah. dan kelihatan kesungguhannya mahu berubah. Alhamdulillah, kami sempat bertukar nombor telefon untuk memudahkan lagi perhubungan kami di kemudian hari.

   Actually, ana tidak menyangka kejadian itu akan tercipta dalam salah satu buku coretan kehidupan ana. Hari itu adalah perjalanan di luar kampus yang amat bermakna buat ana.

   ~ malamnya... ana dalam KTM untuk pulang ke kampus.~

   ana menerima satu panggilan daripada nombor yang tidak di kenali. nombor Luti ana dah save dalam contact.

   " Assalamualaikum... Balqis ya? ini Luti. balqis, aku mahu tanya sama kamu satu soalan. begini, tadi aku terlepas solat Maghrib kerana kawan aku datang lewat mengambil aku. bagaimana ya? sekarang sudah Isyak. aku mahu solat Maghrib dulu atau Isyak dulu ya?"

   Ana cuba menjawab mengikut ilmu pengetahuan yang ada. Walaupun terasa berdebar-debar. Mengharapkan itu adalah jawapan yang baik untuknya dan juga Allah swt.

   Semenjak itu, kami telah lama tidak berhubung. bukan ana langsung tidak contact. ana ada mencuba mesej kepadanya namun tiada balasan. kekadang tidak delivered. bimbang juga perhubungan kami terhenti begitu saja. jika boleh ana tidak mahu melepaskannya dan mensia-siakannya. dalam hidup ana.

   Sehinggalah pada tarikh 20.10.2012, musin cuti semester tiga bagi kampus Darul Quran. Tika itu ana sedang bersama seisi keluarga menonton perlawanan bola sepak antara team Kelantan dengan team ATM. hehe.

   Kedengaran music pembukaan lagu Permataku nyanyian Mirwana dari telefon Sony Ericsson ana. menandakan satu mesej telah masuk. 

   ana membuka inbox. tertera nama LUTI. 

   Alhamdulillah... time tu ana bersyukur sangat kerana akhirnya dia muncul setelah lama menyepi. syukur ke hadrat Ilahi. Tanpa berlengah lagi, kami berdua mula berbalas mesej. ana mula bertanyakan perkembangannya.

   Alhamdulillah... satu berita baik ! Sekarang Luti sedang berusaha untuk memakai baju kurung. antara isi mesejnya :

   " aku ingin punya sahabat rapat mcm kamu, kamu shaleha, baju  kamu bagus lagi indah.. baju-baju malaysia banyak sopan sbab dia negara Islam, lain dengan indon, seksi-seksi, tak elok."

   " InsyaAllah, nak sangat-sangat la.. sekarang aku tengah belajar pakai baju kurung. hehe. tapi aku masih risau if dah kat indon. di sana hanya nenek-nenek or orang tua saja pakai baju mcm itu. pasti nanti semua orang gelakkan  aku sebab aku masih muda tapi dah pakai baju-baju mcam tu. tapi demi agama insyaAllah aku rela dapat cibiran macam tu. janji aku tahu mana yang benar.:) "

   " di indon tak banyak orang jual baju kurung. banyak t-shirt dan baju-baju biasa non Islam. aku pun dari kecil selalu pakai kaos or gaun-gaun, di kalangan kami memang dah macam tu. :( sebab kami awam, tak dalam agamanya. aku nak sangat-sangatubah tu mua. aku ingin bangkit dari jahiliyah ini balqis :( "

   ALLAH ~

   teman-teman.. cibiran bermaksud ejekan. actually ana pun tak faham apa cibiran, bila google translate... rupanya ejekan.;)

   Begitulah kisah Luti. Mohon kalian yang membaca kisah ini mendoakannya ya. Moga dia dikurniakan kekuatan. teman-teman serumahnya tidak memakai pakaian menutup aurat sempurna juga, itu yang ana bimbangkan. mudahan dia tidak akan di ejek dan di pengaruhi.

   Kalau menurut Ust Muhadir Hj Joll, ustaz berpesan berdoalah kepada Luti dengan membaca doa ini ; "Allahumma layyin qalbaha kama da'udul hadid "  sambil membayangkan wajah Luti.

   Kalian mungkin boleh berdoa untuknya dengan memasukkan namanya. moga sekecil usaha kalian ini untuknya di berkati Allah swt .

                                                         ( KISAH PROF. TEJASEN )

* PEMBETULAN dalam post ALHAMDULILLAH 1 : Prof Tejasen adalah bekas ketua Jabatan Anatomi dan Embriologi di Universiti Chiang Mai.

   Semasa lawatan ke Arab Saudi, beliau telah ditujukan ayat-ayat Al- Quran dan hadis Nabi berkenaan dengan proses embriologi. Respon beliau adalah bahwa di dalam catatan-catatan Budha juga mengandungi penerangan yang sama dengan proses embrio ini. Walau bagaimanapun setelah mengkaji kembali catatan-catatan Bhudha tersebut, beliau mendapati tidak menjumpai perkara tersebut.

   Professor telah ditanya, samada kajian beliau ada kaitan dengan kaji selidik Professor Keith Moore, seorang saintis  Knada. Jwapan beliau memang dia mengenali Professor Moore dan dia merupakan seorang yang sangat-sangat dikenali di dalam bidang embriologi.

   Professor Tejasen kemudiannya telah membaca artikel penulisan Professor Moore. di mana Prof Moore telah meberikan pendapatnya bahawa wujud banyak perkara yang terdapat dalam AL-Quran yang sangat sinonim dengan kajian SAINS moden. Prof Tejasen sangat tertarik dengan pandangan artikel tersebut dan berhajat untuk mengetahui lebih mendalam. Ayat berikut telh diperlihatkan oleh beliau : 

   " sesungguhnya orang-orang yang kufur kepada ayat-ayat keterangan kami, Kami akan membakar mereka dalam api neraka. Tiap-tiap kali kulit mereka masak hangus, Kami akan gantikan untuk mereka dengan kulit yang lain supaya mereka dapat merasa azab sengsara itu dan ( ingatlah ) sesungguhnya Allah adalah Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana" 
                                                        
( surah  al-nisa : 56 )

   Prof Tejasen bersetuju bahawa ayat ini merujuk kepada fenomena dermatologi ( kajian kulit ) di mana sains moden baru sahaja menemui perkara ini. di mana kulit mengandungi semua penghujung saraf dan jika kulit terbakar dengan mendalamnya dan kulit tersebut hangus sepenuhnya, seseorang itu akan hilang deria sakitnya dan seorang yang terlibat tidak akan merasa sakitnya lagi. Allah swt tahu akan kejadianny itu dan akan menjadikan kulit  baru kepada mereka yang kufur agar merasai kesakitan api neraka.

   Prof Tejasen juga bersetuju bahawa adalh tidak mungkin sumber ini datang dari manusia dan di lihat dari Al-Quran yang berusia 1400 teksnya, ilmu seperti ini tidak diketahui pada zaman tersebut. dari mana pula timbul ilmu tersebut? Tanya Prof Tejasen. Tidak lain dari Allah swt yang menjadi pencipta maka dari Dia lah  datang ilmu pengetahuan tersebut.

   Prof Tejasen kembali ke Thailand dan menyampaikan beberapa siri ceramah dan mengenai apa yang telah beliau pelajari di Arab Saudi. Hasil dari ceramah beliau itu 5 pelajarnya telah memeluk agama ISLAM juga !

   ALLAHUAKBAR !!



~ Wassalam wrm wbt ...

created by : Permata Alwalidaini.



   

Alhamdulillah 1




   Assalamualaikum wrm wbt... apa khabar sahabat-sahabat? apa khabar juga iman dan hati? pelihara dan jagailah kedua-duanya dengan sebaik mungkin. genggamlah ia jangan sampai terlepas ke tangan syaitan laknatullah.
   
   Syukur ke hadrat Ilahi, kita semua masih dipanjangkan umur dan masih menerima kasih sayang Nya sehingga hari ini. buktinya, Dia masih kurniakan kita mulut yang baik untuk makan, tangan yang gagah untuk bekerja, kaki yang kuat untuk melangkah dan pelbagai lagi pemberianNya. sudahkah kita melafazkan rasa syukur , alhamdulillah ? 

   " ALHAMDULILLAH YA ALLAH. syukran sangat. " kemudian senyumlah tanda kita benar-benar mensyukurinya. :) =)



   Perkongsian hari ini adalah berkaitan Hidayah Allah swt. tetapi... sebelum jari jemari ana makin lincah menaip butir-butir kata, rasanya belum terlambat untuk ana mengucapkan :

   " SaLam AidilAdha buat muslimin dan muslimat yang ada di bumi Allah swt ini. kepada yang jauh di perantauan sana dan telah lama tidak pulang ke tanah air, jangan bersedih ye. moga pengorbanan dirimu diredhai Allah swt. special untuk seorang teman : Qayyum. moga tahun hadapan berpeluang pulang ke negeri cik siti wan kembang ini. :) "

   Baiklah.. sedari tadi lagi seolah-olah perkataan Hidayah sedang berputar ligat di hadapan skrin notebook ini. sabar ya. :)

   Hidayah Allah swt... amat bertuah insan yang dipilih untuk menikmatinya.



   Hari ini terasa nak kongsikan satu cerita tentang seorang insan dari negara barat.
   
   Pakar kajian laut dalam Perancis, Mr Jacues Yves Cousteau, seorang yang telah menghabiskan sepanjang hidupnya dengan mengkaji penghidupan dibawah laut dan beliau merupakan yang berotoriti di dalam bidang eksplorasi Laut Dalam. beliau telah memluk Islam setelah menemui satu penemuan yang menakjubkan dan disahkan oleh Al-Quran. 

   Suatu hari, di dalam melakukan kajian Laut Dalam, Mr Jacues telah mendapati bahawa terdapat kesan-kesan air tawar dari mata air berada di dalam Air Laut Masin.

   Apa yang menakjubkan beliau adalah air tawar dari mata air tersebut tidak bercampur dengan air Laut masin itu.

   agak lama juga beliau mencari sebab kenapa fenomena ini berlaku dan beliau tidak menemui sebarang jawapan.

   Pada suatu hari, beliau telah menemui seorang professor yang memberitahu beliau bahawa fenomena yang berlaku itu adalag merupakan satu perintah dari Allah swt sebagaimana firman Nya : 

         " Dan Dialah Tuhan yang telah mengalirkan dua laut berdampingan, yang satu tawar lagi memuaskan dahaga dan yang satu lagi masin lagi pahit; serta Dia menjadikan antara kedua-dua laut itu sempadan dan sekatan yang meneyekat percampuran keduanya."
           
           [ surah Al-Furqan : 53 ]
         
           Terdapat dua lagi ayat Al- Quran iaitu ayat daripada surah Al-Naml : 61 dan ayat daripada surah Al-Rahman : 9:20 .

   Mendengar keterangan ini, Mr Jacues menjadi yakin akan kebenaran Al-Quran, lantas memeluk agama ISLAM ! TAKBIR !

   Sebenarnya teman-teman, banyak lagi kisah para pakar barat yang telah menerima hidayah Allah swt melalui bidang yang mereka ceburi sendiri. 

   pernah tak sesekali terkeluar di bibir kalian macam ini...

   " wow... hebatnya mat saleh ni. boleh cipta macam-macam.!" dengan mulut ternganga tengok Ipad baru yang lagi canggih kat berita utama TV3. Hehe.

   atau macam ni...

   " eh... hebat giler ore putih ni. cipta satelit la. cipta roket la. otak geliga molep! " sambil mata membulat macam biji guli semasa menonton rancangan yang berkaitan sains.

   mesti pernah kan walaupun tak semua sama 100% macam ayat atas tu. 

  hmm... bila saya fikir-fikir kan... orang putih a.k.a mat saleh ni, memang otak bijak kan. otak sains dan macam-macam lagi lah. tetapi rupa-rupanya Allah swt tidak mensia-siakan sesetengah di kalangan mereka itu. 

   errr... mesti ada yang tertanya-tanya kan, apa maksud saya ni? mengarut ke apa? 

   eh, eh... sabar dulu.baca dulu sampai habis.hehe

   maksud saya kat sini... YA ! Allah swt bagi kehebatan dan kepintaran kat mereka tu, tetapi ada hikmahnya Allah bagi tu. bukan free-free okay. bukan sekadar nak takluki dunia jer. Rupa-rupanya... ada MUTIARA dan PERMATA yang tersembunyi.

   Okay... contoh dari kisah Mr Jacues tadi... dia punya lah pakar dalam bidang Laut Dalam, rupanya dalam dia terokai laut itu, sebenarnya dia sedang terokai PERMATA untuk hidupnya. permata itu ialah HIDAYAH Allah swt.

   Allahurobbi... bayangkanlah kalau beliau tidak pakar dalam ilmu luat dalam tu, mesti tak kan dapat punya Permata tu kan... kan?

   lihatlah.. betapa cantiknya aturan Allah swt. 

   Allahuakbar! 

[ kisah Professor Tejasen Pakar Kulit ( Ketua Jabatan  Anatomi dan Embriologi Universiti Chiang Mai ) juga amat menarik] nantikan di post seterusnya . ^^,

~ wsalam wrm wbt ~

created by : Permata Alwalidaini =)

Monday 15 October 2012

HATI dan IMAN

:: RENUNGAN ::






Pernahkah teman2 terasa HATI meronta-ronta minta di isi?


apa yang kalian lakukan kebiasaannya?


hanya menanti suapan hati datang bergolek jatuh dr langit nan tinggi?


hanya duduk menanti tanpa usaha dr diri?


ayuh teman2 yang ku
 sayangi..


pabila HATI minta diisi..


jangan dilengah-lengahkan lagi..


segeralah mencari suapan murni buatnya..


kerana punya IMAN di dalamnya..


pabila HATI meronta, itu beerti..


IMAN mu juga meronta minta diisi..


♥ Allahurobbi ♥

( hati dan iman minta diisi... ku temui bicara ini... )

" Tanamkanlah dalam jemala fikir, aku ini manusia paling bodoh lagi jahil...dengan itu kamu akan cuba untuk belajar dan belajar....kerana bila mana kamu menganggap kamulah yang paling bijaksana...maka kamulah yang paling jahil dari sekalian manusia yang paling jahil... ~ 





SEDIKIT PERKONGSIAN : PENINGKATAN IMAN BERMULA DENGAN PERJAGAAN HATI KITA tau..





MACAM MANA NAK JAGA HATI?





1. RAJIN HADIRI MAJLIS ILMU, PALING MALAS PUN atau KITA JENIS MENGHADAP LAPTOP JER, boleh search di Google ,dan YOUTUBE nak pengisian tentang apa..





2. PERBANYAKKAN AMALAN SOLEH walaupun SEKADAR KUTIP SAMPAH KECIL





3. BERBUAT BAIK DENGAN MAK AYAH, walaupun sekadar berdoa untuk mereka selepas solat.





4. USAH BERGAUL BEBAS LELAKI DAN PEREMPUAN, kalau nak juga bergaul dan sentuh2 saja adik-adik kita sendiri. yang halal ada, sentuh saja yg halal. lagipun selalu ke kita belai adik-adik kita dengan penuh kasih sayang?





renungkan.. ISLAM itu SANGAT MUDAH.. kan? kan? kan?





salam sayang..:)




created by : PERMATA ALWALIDAINI =)

Monday 8 October 2012

PUISI : Hamba Allah



                                                  


Duhai hamba Allah sepertiku,
Puisi ini ku cipta lahir dari hati,
Buat peringatan semua dan diri ini,
Moga kita sama-sama menghayati.

Duhai hamba Allah sepertiku,
Daku ini bukanlah insan mulia di sisi-Nya,
Namun diri ini punya hasrat untuk di sayangi-Nya,
Lantas daku ingin dirimu jua di sayangi bersama.
Moga di izinkan oleh Nya.

Duhai hamba Allah sepertiku,
Pabila ku di dunia luar,
Mata ku menangkap pelbagai nikmat dimiliki manusia,
Mungkin di antara kita mensyukurinya,
Namun…
Hamba yang tidak bersyukur itu, bagaimana?
Daku sedih hati dengan mereka,
Dirinya merangkak di bawah langit-Nya,
Dengan rasa angkuh dan mendabik dada,
Dengan rasa bakhil dan ingkar perintah-Nya.
Oh tuhan, ampuni dirinya.

Duhai hamba Allah sepertiku,
Terkadang menitis air mata ini,
Tidak upaya membawa mereka semua,
Mengenali-Nya dengan seceliknya,
Dan mensyukuri nikmat kurniaan-Nya.

Duhai hamba Allah sepertiku,
Diri mu lahir ke dunia kerana Dia,
Diri mu membesar atas kudrat dari-Nya,
Diri mu berjaya atas izin-Nya,
Diri mu punya segunung harta kerana Dia memberinya,
Diri mu masih berdiri teguh di bumi-Nya,
Kerana Dia beri mu tenaga untuk laksanakan amal,
Bukan berjalan dan berjalan tanpa hala,
Bukan berjalan dan berjalan mendabik dada.

Duhai hamba Allah sepertiku,
Ayuh bersama ku hulurkan tangan mu,
Bersama kita mencari redha-Nya,
Bersama kita belajar erti syukur pada-Nya,
Bersama kita terbang ke langit-Nya,
Meraih cinta dan kasih sayang-Nya semata,
Kerana ku yakin akan semua janji-Nya,
Syurga setia menanti kita di sana,
Cuma kita perlu berusaha sahaja,
Syurga-Nya menanti kepulangan kita.




Duhai hamba Allah seperti ku,
Janji dengan-Nya dan dengan ku,
Kita usah memandang siapa kita di dunia,
Tetapi pandanglah siapa kita di akhirat sana.
Moga syurga setia itu milik kita bersama,
Moga Allah swt redha akan segalanya.

Saturday 6 October 2012

:: sahabat selamanya ( DP DQ 2011/2014) ::



                                                  Assalamualaikum wrm wbt ...




         Sebagai pembuka bicara untuk perkongsian daku pada kali ini. Segala puji dan puja bagi Allah yang mentadbir alam ini,setinggi-tinggi kesyukuran dirafa’kan ke hadratNya yang melimpahkan rahmat dan nikmat meskipun perbuatan munkar dan fahsha’ masih lagi dilakukan oleh tubuh kita yang hina dina ini.Sedarlah tubuh ini hanya dipinjamkan sementara kepada kita demi melaksanakan tanggungjawab  kita kepada Allah.Selawat dan salam diucapkan ke atas junjungan besar baginda nabi Muhammad s.a.w,berkat usaha keras baginda akhirnya islam berjaya tersebar kepada kita pada hari ini.
Allahurobbi.. Dialah Tuhanku yang Maha berkuasa kerana telah mengizinkan daku merasai suatu nikmat terindah dalam hidup ini dan yang pasti juga nikmat ini setiap insan mengimpikannya. Apakah nikmat yang daku maksudkan itu?

      Adakah cinta? Adakah kasih sayang? Adakah harta? Adakah wang setinggi gunung? adakah kecantikan seorang wanita?

     Oh temanku.. semua itu tidak. Bukan nikmat itu yang daku maksudkan di atas. Nikmat itu ialah nikmat berUKHUWAH  fi sabilillah. Allah.

     Tika jari jemari ku lincah di atas keyboard ini jam pada handphone comel pemberian akhi menunjukkan pukul 1.05 pagi. Sengaja daku ambil peluang yang ada ini untuk berkongsi sedikit perjalanan malam pertemuan daku dengan sahabat-sahabat seperjuangan syukbah dakwah 2011/ 2014.

     Seminggu yang lepas, ketua syukbah (banat ) yakni Ukhti Mardiah telah meminta daku menempah bilik kosong di blok C untuk digunakan sebagai tempat  pertemuan kami, para ahli syukbah dakwah semester 3. Semalam baru daku contact dengan ketua blok C untuk memaklumkan perihal itu dan Alhamdulillah berjaya. Pantas daku mencapai sehelai kertas note kecil lalu ku tulis .
“ DAKWAH PROFESIONAL “ untuk makluman semua bilik ini telah ditempah oleh syukbah dakwah semester 3. Untuk kegunaan pada 8.9.2012, pukul 9 malam. syukran =)" ( Blazer kami pun ada tertulis DAKWAH PROFESIONAL . He.)

ku tampal nota kecil itu pada pintu agar tiada orang yang akan menggunakannya pada waktu yang dinyatakan. begitulah kami, para banat atau mahasiswi di Darul Quran.

     Alhamdulillah tiba sudah tarikh 8.9.2012.

     Daku sedikit kelam kabut selepas solat maghrib kerana kad untuk secret admirer ku belum ku siapkan untuk diberikan pada pertemuan malam itu. Cuba ku siapkan setakat termampu asalkan ia hasil tanganku sendiri.
            Mengapa tetiba sahaja berbicara pasal secret admirer? mesti kalian yang membaca tertanya-tanya kan? hehe.
okay.. begini sebenarnya.. Pertemuan kami pada malam itu kerana ingin mengadakan majlis penutupan Secter admirer ( SA ) syukbah dakwah. SA ini telah dilancarkan semenjak bulan 7 lagi. Setiap seorang akan mendapat satu nama SA nya pada majlis UKHUWAH DAY di padang asrama banat. Maka bermulalah disitu aktiviti SA. Yang pasti, tiada seorang pun yang tahu siapa SA daku dan sahabat-sahabat lain hatta ketua syukbah sendiri kerana UKHUWAH DAY pada hari itu dijalankan oleh Ukhti Shafida yakni ahli syukbah hadis. Orang hebat di DQ.
 Jadi, sepanjang 2 bulan masa yang diberikan, terpulang pada kami mahu lakukan atau berikan apa sahaja terhadap SA masing-masing.           
Berbalik pada cerita asal.. Alhamdulillah siap juga kad ucapan buat SA,  sengaja digabungkan warna kad itu dengan warna ungu dan pink kerana dia meminati ungu dan daku pula meminati pink.=)
            
     Setelah melangkah ke bilik c219 itu, ukhti aqilah berkata.

     “Tunggu jap.”
Daku kehairan juga pada mulanya.
oh.. dia mahu snap gambarku.
“ Wah.. macam VIP pulak. mana karpet merahnya?”
hehe..aku berceloteh sambil posing gaya ayu sikit dengan berbaju kurung pink. (sikit jer)J

     Sambil menunggu sahabat-sahabat yang lain tiba, daku ambil peluang itu dengan menyaksikan video dalam handphone canggih Ukhti Aqilah.

     Jam 10 malam.. ( sejam kot dari waktu yang ditetapkan) hehe,tapi daku tak kisah sangat pun..
Bermula sudah majlis pertemuan kami pada malam itu dengan bacaan Al fatihah, dan ucapan pembukaan daripada Ukhti shafida. Kami sepakat untuk mempersilakan seorang demi seorang sahabat untuk mengumumkan SA masing-masing, sambil menjamu selera. Setiap seorang akan kehadapan bersama hadiah terakhir buat SA nya.
Oh Tuhan.. amat bahagia ku lihat wajah teman-temanku tika itu. Masing-masing ada gaya dan watak tersendiri tika mendapat tahu SA mereka. Ada yang excited, ada yang terkejut, ada yang tak sabar-sabar, dan ada juga yang sampai menangis.

      Siapakah yang menangis itu?

Jeng jeng jeng.. =)

     Tibalah sudah giliran daku untuk berdiri di hadapan teman-teman setelah mengetahui SA ku selama ini ialah Ukhti Ainun. Daku tekad untuk melaksanakan hajat hatiku di awal pertemuan itu untuk mempersembahkan sebuah puisi Cinta Sahabat Syurga karya Hilal Asyraf.
           
     “ Assalamualaikum semua. Saya ingin membuat persembahan bacaan puisi boleh?”
semua okay dengan permintaan itu. Lalu ku keluarkan handphone sony Ericsson dari poket baju kurung dan ku mainkan music ketika cinta bertasbih versi gitar.

     “ Puisi ini ditujukan khas buat SA saya dan juga buat semua sahabat di sini.”
Ku cuba membuat persembahan yang baik dan menjiwai bait-bait puisi itu agar tertusuk dalam hati setiap yang mendengar.
:: Sahabat syurga itu,
adalah yang wujud di dunia, bukan sekadar duduk bersama, tetapi dia mengajak kita kepadaNYA.
sahabat syurga itu,
bukan dikenali dengan wangnya, juga bukan dengan keindahan wajahnya, tetapi dengan kecantikan akhlaknya, dan kesungguhannya mengajak kita ke syurgaNYA.
sahabat syurga itu,
adalah yang menimbulkan rasa untuk berubah di dalam diri, bukanlah sahabat syurga itu sempurna seperti malaikat ilahi, dia manusia sama seperti kita ini, tinggal dia berusaha memperbaiki diri, lantas kita turut terserap sekali.
            sahabat syurga itu,
bukanlah yang sekadar bersama saat gembira, bukanlah jua yang sekadar ada saat sedih, tetapi dia bersama sepanjang masa, walau terpisah jarak dunia, hatinya dan hati kita sentiasa bersatu, di dalam lancaran doa-doanya.
            Sahabat syurga itu..
adalah yang kala kita jatuh ke neraka, dia akan merempuh bahang, menghulurkan tangannya.
            Sahabat syurga itu,
semua menginginkannya, tetapi ramai yang terlupa untuk menjadinya.

     
     “ SA saya ialah Ukhti Effa. Untuk pengetahuan semua, masa ukhuwah day hari tu, saya amat mengharapkan saya akan mendapat namanya, dan Alhamdulillah Allah mendengar doa saya.” =)
Lalu keluarlah Ukhti Effa ke hadapan untuk menerima hadiah daripada ku. Kami saling berpelukan dan tanpa di duga.. airmataku dan airmatanya mengalir laju membasahi pipi. Dia mengatakan ..

     “ Saya sayang awak.”
begitu jugalah daku.

     “ Saya sayang awak juga. ukhuwah fillah until jannah ye !” Lama kami berpelukan bersama linangan airmata. ALLAH………

     Hmm.. puisi itu amat daku sukai kerana itu daku mempersembahkannya buat sahabat-sahabat. Puisi itu jualah yang daku persembahkan kepada sahabat baik ku di Kelantan tika hari lahirnya, 11.7.2012. daku sengaja tidak memberi ucapan pada jam 12 malam seperti tahun sbelumnya kerana ada yang lebih special buatnya walaupun kami terpisah jauh di mata.

     Allah… Allah… Allah…
Majlis itu berakhir apabila selesai sesi meluah apa yang terbuku di hati dan salam kemaafan. Lalu semua pulang ke kamar masing-masing. begitu jualah daku.

Di kamarku..

     Seusai membuat solat sunat, daku terus menadahkan tangan mohon doa dari ILAHI.

     “Dengan lafaz suci. Ya Allah, ku bersyukur kepada Mu kerana masih kurniakan ku peluang untuk merasai nikmat berukhuwah. Tuhan ku Yang Maha berkuasa.. Engkau benar-benar Maha Berkuasa kerana ku rasai kini betapa indah dan manisnya ukhuwah yang terbina ini. Hebatnya ya Tuhan perasaan ini. Hebatnya Tuhanku.

Ya Allah, ku mohon padamu, tautkan hati-hati kami sebegini selalu. berikan kami kekuatan dengan adanya tautan hati kami semua dalam menghadapi setiap ujian dan dugaan di masa mendatang. Moga dengan tautan hati ini, kami mampu membina kekuatan yang hebat untuk sama-sama mengharunginya.

Ya Allah, dorongkan kami juga ke jalan yang diredhaiMu. Hiasi peribadi kami dengan akhlak mahmudah. Izinkan kami untuk terus menyebarkan Islam dan dakwah Rasulullah saw walaupun setelah kami keluar dari Darul Quran nanti. Izinkan kami untuk terus berdakwah. Moga ukhuwah ini kekal selamanya sehingga ke jannah Mu. Perkenankan doa ini, perkenankan doa ini dan perkenankan doa ini Ya Rabbi. amiin.”
Menitis airmataku tatkala mengutuskan bait-bait doa itu buat Ilahi.
Lalu, bertubi-tubi mesej masuk dalam inbox dari Ukhti Effa, Ukhti Mardiah dan Ukhti Falahi. semuanya mengucapkan lafaz syukur dan ukhuwah.



ALLAH.. ku bersyukur sangat terpilih untuk merasai nikmat indah ukhuwah ini. Mungkin ini lah yang ingin Engkau berikan pada kami setelah Engkau menuruni pelbagai hujan ujian pada kami semenjak semester 3 ini. Mungkin inilah kemanisan dan hikmah disebalik kepahitan lalu. Mudahan begitu.
Betapa penyayangnya Tuhan kita, Allah swt.
Dibasahkan kami dengan pelbagai ujian kemudiannya dikeringkan semula dengan tautan hati dan kemanisan berukhuwah.
Allahuakbar. !

~ salam sayang disaluti rindu ~

[ CREATED BY : PERMATA ALWALIDAINI :)