Saturday 6 October 2012

:: sahabat selamanya ( DP DQ 2011/2014) ::



                                                  Assalamualaikum wrm wbt ...




         Sebagai pembuka bicara untuk perkongsian daku pada kali ini. Segala puji dan puja bagi Allah yang mentadbir alam ini,setinggi-tinggi kesyukuran dirafa’kan ke hadratNya yang melimpahkan rahmat dan nikmat meskipun perbuatan munkar dan fahsha’ masih lagi dilakukan oleh tubuh kita yang hina dina ini.Sedarlah tubuh ini hanya dipinjamkan sementara kepada kita demi melaksanakan tanggungjawab  kita kepada Allah.Selawat dan salam diucapkan ke atas junjungan besar baginda nabi Muhammad s.a.w,berkat usaha keras baginda akhirnya islam berjaya tersebar kepada kita pada hari ini.
Allahurobbi.. Dialah Tuhanku yang Maha berkuasa kerana telah mengizinkan daku merasai suatu nikmat terindah dalam hidup ini dan yang pasti juga nikmat ini setiap insan mengimpikannya. Apakah nikmat yang daku maksudkan itu?

      Adakah cinta? Adakah kasih sayang? Adakah harta? Adakah wang setinggi gunung? adakah kecantikan seorang wanita?

     Oh temanku.. semua itu tidak. Bukan nikmat itu yang daku maksudkan di atas. Nikmat itu ialah nikmat berUKHUWAH  fi sabilillah. Allah.

     Tika jari jemari ku lincah di atas keyboard ini jam pada handphone comel pemberian akhi menunjukkan pukul 1.05 pagi. Sengaja daku ambil peluang yang ada ini untuk berkongsi sedikit perjalanan malam pertemuan daku dengan sahabat-sahabat seperjuangan syukbah dakwah 2011/ 2014.

     Seminggu yang lepas, ketua syukbah (banat ) yakni Ukhti Mardiah telah meminta daku menempah bilik kosong di blok C untuk digunakan sebagai tempat  pertemuan kami, para ahli syukbah dakwah semester 3. Semalam baru daku contact dengan ketua blok C untuk memaklumkan perihal itu dan Alhamdulillah berjaya. Pantas daku mencapai sehelai kertas note kecil lalu ku tulis .
“ DAKWAH PROFESIONAL “ untuk makluman semua bilik ini telah ditempah oleh syukbah dakwah semester 3. Untuk kegunaan pada 8.9.2012, pukul 9 malam. syukran =)" ( Blazer kami pun ada tertulis DAKWAH PROFESIONAL . He.)

ku tampal nota kecil itu pada pintu agar tiada orang yang akan menggunakannya pada waktu yang dinyatakan. begitulah kami, para banat atau mahasiswi di Darul Quran.

     Alhamdulillah tiba sudah tarikh 8.9.2012.

     Daku sedikit kelam kabut selepas solat maghrib kerana kad untuk secret admirer ku belum ku siapkan untuk diberikan pada pertemuan malam itu. Cuba ku siapkan setakat termampu asalkan ia hasil tanganku sendiri.
            Mengapa tetiba sahaja berbicara pasal secret admirer? mesti kalian yang membaca tertanya-tanya kan? hehe.
okay.. begini sebenarnya.. Pertemuan kami pada malam itu kerana ingin mengadakan majlis penutupan Secter admirer ( SA ) syukbah dakwah. SA ini telah dilancarkan semenjak bulan 7 lagi. Setiap seorang akan mendapat satu nama SA nya pada majlis UKHUWAH DAY di padang asrama banat. Maka bermulalah disitu aktiviti SA. Yang pasti, tiada seorang pun yang tahu siapa SA daku dan sahabat-sahabat lain hatta ketua syukbah sendiri kerana UKHUWAH DAY pada hari itu dijalankan oleh Ukhti Shafida yakni ahli syukbah hadis. Orang hebat di DQ.
 Jadi, sepanjang 2 bulan masa yang diberikan, terpulang pada kami mahu lakukan atau berikan apa sahaja terhadap SA masing-masing.           
Berbalik pada cerita asal.. Alhamdulillah siap juga kad ucapan buat SA,  sengaja digabungkan warna kad itu dengan warna ungu dan pink kerana dia meminati ungu dan daku pula meminati pink.=)
            
     Setelah melangkah ke bilik c219 itu, ukhti aqilah berkata.

     “Tunggu jap.”
Daku kehairan juga pada mulanya.
oh.. dia mahu snap gambarku.
“ Wah.. macam VIP pulak. mana karpet merahnya?”
hehe..aku berceloteh sambil posing gaya ayu sikit dengan berbaju kurung pink. (sikit jer)J

     Sambil menunggu sahabat-sahabat yang lain tiba, daku ambil peluang itu dengan menyaksikan video dalam handphone canggih Ukhti Aqilah.

     Jam 10 malam.. ( sejam kot dari waktu yang ditetapkan) hehe,tapi daku tak kisah sangat pun..
Bermula sudah majlis pertemuan kami pada malam itu dengan bacaan Al fatihah, dan ucapan pembukaan daripada Ukhti shafida. Kami sepakat untuk mempersilakan seorang demi seorang sahabat untuk mengumumkan SA masing-masing, sambil menjamu selera. Setiap seorang akan kehadapan bersama hadiah terakhir buat SA nya.
Oh Tuhan.. amat bahagia ku lihat wajah teman-temanku tika itu. Masing-masing ada gaya dan watak tersendiri tika mendapat tahu SA mereka. Ada yang excited, ada yang terkejut, ada yang tak sabar-sabar, dan ada juga yang sampai menangis.

      Siapakah yang menangis itu?

Jeng jeng jeng.. =)

     Tibalah sudah giliran daku untuk berdiri di hadapan teman-teman setelah mengetahui SA ku selama ini ialah Ukhti Ainun. Daku tekad untuk melaksanakan hajat hatiku di awal pertemuan itu untuk mempersembahkan sebuah puisi Cinta Sahabat Syurga karya Hilal Asyraf.
           
     “ Assalamualaikum semua. Saya ingin membuat persembahan bacaan puisi boleh?”
semua okay dengan permintaan itu. Lalu ku keluarkan handphone sony Ericsson dari poket baju kurung dan ku mainkan music ketika cinta bertasbih versi gitar.

     “ Puisi ini ditujukan khas buat SA saya dan juga buat semua sahabat di sini.”
Ku cuba membuat persembahan yang baik dan menjiwai bait-bait puisi itu agar tertusuk dalam hati setiap yang mendengar.
:: Sahabat syurga itu,
adalah yang wujud di dunia, bukan sekadar duduk bersama, tetapi dia mengajak kita kepadaNYA.
sahabat syurga itu,
bukan dikenali dengan wangnya, juga bukan dengan keindahan wajahnya, tetapi dengan kecantikan akhlaknya, dan kesungguhannya mengajak kita ke syurgaNYA.
sahabat syurga itu,
adalah yang menimbulkan rasa untuk berubah di dalam diri, bukanlah sahabat syurga itu sempurna seperti malaikat ilahi, dia manusia sama seperti kita ini, tinggal dia berusaha memperbaiki diri, lantas kita turut terserap sekali.
            sahabat syurga itu,
bukanlah yang sekadar bersama saat gembira, bukanlah jua yang sekadar ada saat sedih, tetapi dia bersama sepanjang masa, walau terpisah jarak dunia, hatinya dan hati kita sentiasa bersatu, di dalam lancaran doa-doanya.
            Sahabat syurga itu..
adalah yang kala kita jatuh ke neraka, dia akan merempuh bahang, menghulurkan tangannya.
            Sahabat syurga itu,
semua menginginkannya, tetapi ramai yang terlupa untuk menjadinya.

     
     “ SA saya ialah Ukhti Effa. Untuk pengetahuan semua, masa ukhuwah day hari tu, saya amat mengharapkan saya akan mendapat namanya, dan Alhamdulillah Allah mendengar doa saya.” =)
Lalu keluarlah Ukhti Effa ke hadapan untuk menerima hadiah daripada ku. Kami saling berpelukan dan tanpa di duga.. airmataku dan airmatanya mengalir laju membasahi pipi. Dia mengatakan ..

     “ Saya sayang awak.”
begitu jugalah daku.

     “ Saya sayang awak juga. ukhuwah fillah until jannah ye !” Lama kami berpelukan bersama linangan airmata. ALLAH………

     Hmm.. puisi itu amat daku sukai kerana itu daku mempersembahkannya buat sahabat-sahabat. Puisi itu jualah yang daku persembahkan kepada sahabat baik ku di Kelantan tika hari lahirnya, 11.7.2012. daku sengaja tidak memberi ucapan pada jam 12 malam seperti tahun sbelumnya kerana ada yang lebih special buatnya walaupun kami terpisah jauh di mata.

     Allah… Allah… Allah…
Majlis itu berakhir apabila selesai sesi meluah apa yang terbuku di hati dan salam kemaafan. Lalu semua pulang ke kamar masing-masing. begitu jualah daku.

Di kamarku..

     Seusai membuat solat sunat, daku terus menadahkan tangan mohon doa dari ILAHI.

     “Dengan lafaz suci. Ya Allah, ku bersyukur kepada Mu kerana masih kurniakan ku peluang untuk merasai nikmat berukhuwah. Tuhan ku Yang Maha berkuasa.. Engkau benar-benar Maha Berkuasa kerana ku rasai kini betapa indah dan manisnya ukhuwah yang terbina ini. Hebatnya ya Tuhan perasaan ini. Hebatnya Tuhanku.

Ya Allah, ku mohon padamu, tautkan hati-hati kami sebegini selalu. berikan kami kekuatan dengan adanya tautan hati kami semua dalam menghadapi setiap ujian dan dugaan di masa mendatang. Moga dengan tautan hati ini, kami mampu membina kekuatan yang hebat untuk sama-sama mengharunginya.

Ya Allah, dorongkan kami juga ke jalan yang diredhaiMu. Hiasi peribadi kami dengan akhlak mahmudah. Izinkan kami untuk terus menyebarkan Islam dan dakwah Rasulullah saw walaupun setelah kami keluar dari Darul Quran nanti. Izinkan kami untuk terus berdakwah. Moga ukhuwah ini kekal selamanya sehingga ke jannah Mu. Perkenankan doa ini, perkenankan doa ini dan perkenankan doa ini Ya Rabbi. amiin.”
Menitis airmataku tatkala mengutuskan bait-bait doa itu buat Ilahi.
Lalu, bertubi-tubi mesej masuk dalam inbox dari Ukhti Effa, Ukhti Mardiah dan Ukhti Falahi. semuanya mengucapkan lafaz syukur dan ukhuwah.



ALLAH.. ku bersyukur sangat terpilih untuk merasai nikmat indah ukhuwah ini. Mungkin ini lah yang ingin Engkau berikan pada kami setelah Engkau menuruni pelbagai hujan ujian pada kami semenjak semester 3 ini. Mungkin inilah kemanisan dan hikmah disebalik kepahitan lalu. Mudahan begitu.
Betapa penyayangnya Tuhan kita, Allah swt.
Dibasahkan kami dengan pelbagai ujian kemudiannya dikeringkan semula dengan tautan hati dan kemanisan berukhuwah.
Allahuakbar. !

~ salam sayang disaluti rindu ~

[ CREATED BY : PERMATA ALWALIDAINI :)

No comments:

Post a Comment