Monday 25 August 2014

Dialog Hujan & Airmata

Bismillahirrahmanirrahim...



Cerita pendek hari ini, semoga ada manfaatnya.

~ ~ ~ ~ ~

Suatu petang yang dingin kerana hujan yang mula membasahi bumi.
Safiya duduk termenung di jendela kamar. Menatap sang langit sedalamnya.

Hatinya tertanya, 'ALLAH ada di atas sana? Allah mencipta langit seluas ini?! Hujan turun disebalik langit ini?!'

 Sesekali matanya berkelip-kelip kerana terkena titisan air hujan.

Dalam tidak dia sedari, bersama titisan itu turut mengalir bersama mutiara jernih dari kolam mata.

'Eh, mengapa kau mengalir duhai airmata?'
Soal hujan.

'Aku mengalir kerana aku sangat merasai kedinginan mu duhai hujan. Engkau membasahi bumi ini sepertinya juga kau sedang menyirami diri gadis ini.
Engkau sedang 'menyucikan' dia, untuk lebih mendekati Rabb-nya.'

'Aku tak mengerti. Tolong jelaskan perkara sebenar padaku?'

'Begini... sebenarnya tuanku ini sedang merindui sesuatu. Merindui penciptanya. Aku sangat tahu, jiwanya sudah lama menangis di dalam sana. Cuma matanya masih berdegil. Hari ini, aku bersyukur, sedang dia melihat sang langit yg menurunkan hujan, berjaya jua aku mengalir bersama.

Fikirku, barangkali hatinya sudah dilembutkan Ilahi.'
Terang sang airmata yang sudah lama terseksa di mata.

Gadis itu teringat bicara ustazahnya, waktu yang digalakkan berdoa adalah ketika hujan turun. Lantas dia mengangkat tangannya.

"Ya Allah... sudah lama aku mahukan kesedaran ini.
Kesedaran dan kekuatan untuk aku melangkah menuju Mu.
Rumah-Mu sering ku pandang tanpa perasaan, tapi hari ini ku rasa teramat mahu menjejakinya.

Ya Ilahi, apakah ini hIdayah namanya?"

'Allah... benar katamu duhai airmata. Aku bersyukur kerana menjadi salah satu utusan Allah untuk dia merasai sebuah hidayah. Airmata, marilah berdoa dan tersenyum bersamaku untuk tuanmu ini. semoga dia sentiasa dijaga Allah.'

maka tersenyumlah dua makhluk ciptaan Allah, hujan dan airmata.

~ ~ ~ ~ ~

Itu perbualan antara hujan dan airmata.

Bagaimanalah kita rasa andai kita dapat mendengar perbualan segala makhluk ciptaan-Nya di dunia ini tatkala melihat segala perlakuan kita?

Allahu...

Pasti tika itu kita takkan melakukan sebarang dosa, lantaran malu.

maka bergeraklah andai rasa mahu melakukan kebaikan.

maka hayunkanlah langkahmu pabila rasa mahu mula mendekati-Nya.

jangan malu,
Dia, pencipta KITA, sudah lama bersedia untuk memelukmu.






Salam Maghrib.

Sunday 24 August 2014

Part 4: Cerpen Cinta Chocolate Moist

Bismillahirrahmanirrahim...





Assalamualaikum, disebabkan beberapa teman telah bertanya, bila saya mahu sambung cerpen C.C.M ini, maka hari ini terimalah Part 4 untuk cerpen Cinta Chocolate Moist .:)


~ ~ ~ ~ ~

Pagi itu, Fareha bangkit dengan senyuman. Syukurnya yang tidak terhingga kepada Dia yang memberikan kekuatan ini untuk terus tersenyum, walaupun hati telah dicarik secariknya.
Dia mengemaskan katil sebelum turun untuk bersarapan bersama ibu ayah. Hujung minggu ini dia tidak bercadang untuk pergi kemana-mana. Biarlah dirinya beristirehat di rumah meluangkan masa bersama ibu ayah tercinta.

Sedang Fareha menyusun alatan penulisannya di meja, handphonenya berbunyi menandakan satu pesanan masuk.
Kebetulan handphone berada di atas katil berdekatan meja, lalu dia terus mencapainya.
Tertera nama ‘Kak Sarah’ di hadapan skrin. Dia membuka mesej itu.

“Salam Fareha. Maaf jika akak mengganggu Fareha. Akak Cuma mahu bertanya, boleh tak kita berjumpa hari ini?”

“Wsalam wrm wbt. Oh. InsyaAllah boleh. Mahu berjumpa dimana dan jam berapa ya akak?” Mesej itu di balasnya.

Walaupun Faizal telah menyakiti hatinya namun dia masih mempunyai rasa hormat pada kakak Faizal, iaitu Kak Sarah. Disebabkan rasa hormat itu, dia tidak sanggup untuk menolak ajakan Kak Sarah untuk bertemu dengannya. Dia juga masih menyantuni kedua ibu bapa Faizal. Baginya silaturrahim sebagai saudara seislam harus diteruskan.

~ ~ ~ ~ ~

Jam 5 petang tepat Fareha tiba di tempat yang dijanjikan. Ketika itu juga sudah kelihatan Kak Sarah sedang menunggunya di sebuah pondok di taman rekreasi itu. Kak Sarah menyambut kehadirannya bersama senyuman. Lega hatinya melihatkan itu. Walau debaran tidak pernah berhenti apabila mengetahui Kak Sarah ingin menemuinya.

Dia tidak dapat menjangka berita apa yang bakal disampaikan oleh Kak Sarah atau mungkin juga pertemuan ini hanya untuk menghubungkan silaturahim antara mereka.

“Assalamualaikum Kak Sarah. Dah lama ke sampai? Maaflah kalau Fareha terlambat ya.” Fareha memberi salam setelah berada di hadapan Kak Sarah.

“Wsalam wrm wbt. Eh tak la Fareha. Akak pun baru je sampai ni.” Balas Kak Sarah kemudian mereka bersalaman dan berpelukan. Menambahkan lagi cas-cas aliran kasih sayang antara mereka.

“Duduklah Fareha.” Perlawa Kak Sarah sambil memberi ruang kepada Fareha di sebelahnya.

"Fareha apa khabar sekarang?" Soalan pertama diajukan kepada Fareha yang kelihatan manis petang itu.

"Alhamdulillah kak, Fareha sihat. Masih diberik kudrat kekuatan oleh-Nya untuk terus melangkah. Akak pula? Mama dan papa sihat?"

Kak Sarah mengangguk diselangi senyuman. Dia tahu jawapan Fareha itu sebenarnya untuk menyedapkan hatinya sahaja. Hakikatnya, hanya Allah yang tahu apa terbuku di hati gadis itu...

"Syukur, lega akak mendengarnya. Fareha, alhamdulillah kami semua sihat juga. Cuma sekarang mama agak sibuk sikit. Asyik keluar je tau mama sekarang ni sejak dia bertemu 'teman baru'."

Senyuman Fareha mati. 'Teman baru? Apakah menantu baru mama yang dimaksudkan KakSarah? Allahu... Kekuatkan aku Ya Rabb..' Bisik hati kecilnya.

Dia kembali tersedar. Allah! Senyuman kecil diukirkan agar tidak disalah sangka oleh Kak Sarah.

"Hmm... Fareha tak nak tahu ke teman baru mama yang akak maksudkan?"

" Eh, mestilah Fareha nak tahu, kak.Siapa tu? Beruntungnya orang tu kan kak, sebab berjaya membuat mama makin bahagia. Alhamdulillah."

" Ishh Fareha ni... apa yang Fareha merepek ni? Teman baru yang akak maksudkan ialah taman-taman syurga lah sayang oii. Bukan manusia." Kak Sarah menepuk lembut bahu Fareha.

Mata Fareha membulat. Sedikit terkejut. " Err... bukan orang ke? Akak ni... Taman syurga? Maksud akak, majlis-majlis ilmu?"

Kak Sarah mengangguk laju sambil memeluk bahu Fareha dari belakang. Perlakuan Kak Sarah itu membuatkan Fareha bertambah hairan. Kak Sarah sepertinya terlalu bahagia saja ni.

" Fareha sayang... akak bersyukur sangat sebab kami sekeluarga dipertemukan dengan Fareha tau. Hm, tak sangka melalui kehadiran Fareha dalam hidup kami, membuatkan mama sekarang mula berubah. Apatah lagi sejak kejadian lalu..." Cerita Kak Sarah tergantung disitu. Dia mengesat airmata yang mula melimpah di kolam mata.

Fareha masih tak faham apa yang Kak Sarah mahu sampaikan kepadanya. Justeru, dia memilih untuk terus mendengar sahaja.

Kak Sarah menggenggam jemari halus Fareha, erat. " Fareha, firstly akak nak minta maaf sangat atas apa yang berlaku sebulan lalu. Sebenarnya akak malu dengan Fareha, disebabkan itu akak tangguhkan dahulu untuk bersemuka dengan Fareha. Hari inilah baru akak mendapat kekuatan untuk menemui Fareha. Tambahan pula, akak rasa tak sabar sangat nak kongsi berita gembira tentang perubahan mama dengan Fareha."

" Fareha... dari awal akak melihat Fareha sebenarnya akak sangat menyetujui Fareha dengan Faizal. Sebab akak sangat suka melihat kesopanan Fareha. MasyaAllah. Tenang jiwa akak. Tapi... sungguh Fareha... Akak sendiri tak menduga semua ini yang terjadi akhirnya. Hati Fareha dilukai sedalam-dalam luka. Allahurabbi... Maafkan adik,akak Fareha... Maafkan dia..." Lantas Fareha ditarik oleh Kak Sarah berada dalam pelukannya. Dia menangis... Fareha pasti jua sama...

'Kak... kenapa semua ini diungkitkan kembali? Kenapa kak... Allah, kuatkanlah hamba-Mu ini...' Rintih Fareha supaya Allah tidak membiarkan dia lemah saat airmata mengalir laju sebegini.

Pelukan dileraikan. "Fareha... Kalau Fareha nak tahu, sejak kejadian itu, mama banyak bersedih dan sukar nak terima hakikat takdir anaknya Faizal. Seminggu kemudian, Allah mentakdirkan mama terdengar sedutan ceramah di corong radio dari Ustazah Norhafizah. Mama tertarik dengan kata-kata ustazah itu, bila ahli keluarga kita bermasalah, jangan disalahkan mereka tapi salahkan diri kita terlebih dahulu. Mungkin dosa kita juga menjadi penyebab timbulnya masalah itu. Allahuakbar. Mama terus menangis dan menyalahkan dirinya atas apa yang berlaku. Bermula detik itulah mama mula berubah dan mula menghadiri taman-taman syurga. Itulah sahabat baru mama sekarang. Papa juga sama, jika papa tiada urusan penting, papa akan ikut bersama mama ke masjid untuk menghadiri majlis ilmu agama."

Fareha sangat terkejut mendengar cerita penghijrahan mama dan papa. Allahuakbar... Dia tidak bersuara kerana masih mahu menadah telinga mendengar cerita itu.

"Fareha sayang... Buat masa sekarang mama belum bersedia untuk bertemu dengan Fareha kerana mama dan papa malu dengan Fareha. Mama malu dengan apa yang dah berlaku. Justeru, mama minta akak tolong sampaikan salam rindu dan maaf kepada Fareha. InsyaAllah, dalam masa terdekat ini mama akan menemui Fareha. Fareha, kak merayu, tolong maafkan kami sekeluarga ya."

Fareha tertunduk... Allahurabbi... Airmatanya mengalir deras membasahi baju kurungnya. 

"Kak.. Jangan risau. Setelah apa yang berlaku, Fareha tak pernah salahkan mama sekeluarga kerana Fareha tahu semua ini sudah ketetapan Ilahi. Justeru, janganlah memohon maaf ya. Akak, sesungguhnya Fareha bahagia sangat mendengarkan berita ini. Allahuakbar, segala puji bagi Allah yang telah memberi hidayah kepada mama untuk menjadi insan lebih baik. Allah... Kak, saat ini rasa mahu sahaja Fareha memeluk mama, biarpun Fareha tak sempat menjadi menantu mama, sebahagiaan daripada keluarga mama... Allahuakbar... Allah...Kak, sampaikan salam sayang Fareha kepada mama ya..." Kali ini Fareha pula memeluk erat tubuh Kak Sarah kerana dia begitu sedih bercampur bahagia atas pertemuan itu.

Allahu... Allah...

Kak Sarah menyeka airmata yang masih laju mengalir di pipi Fareha. Tidak sanggup rasanya dia membiarkan gadis solehah menangis atas perbuatan adiknya. Andailah semua ini boleh diperbaiki semula, mahu sahaja dia percepatkan pernikahan Faizal dan permata ini.

" Fareha, jangan menangis lagi ya sayang. Kak rasa makin bersalah apabila melihat airmata Fareha yang mengalir ini kerana akak dapat merasakan kesakitan jiwa Fareha. Bukan mudah untuk melupakan apa yang terjadi dan bukan mudah untuk mengubatinya semula. Selagi lagi akak mohon maaf ya sayang mewakili Faizal."

Berkali-kali Fareha mengesat airmatanya, namun masih jua degil! Walaupun begitu, dia tetap mengukirkan senyuman disebalik deraian airmata itu.

"Kak, Fareha dah senyum... Kak jangan rasa bersalah lagi tau. Fareha tak mahu akak merasa begitu. Yakinlah kak, apa yang berlaku pasti ada hikmahnya dan Fareha merasakan hikmahnya sudah kita temui, kak. Lihatlah, mama berhijrah lebih mendekati Allah setelah diuji. MasyaAllah. SubhanaAllah. Kak, indahnya hikmah ini... Betapa baiknya Allah taala kak. Maka janganlah kak terus rasa bersalah ya, sepatutnya akak mensyukurinya. Begitu juga dengan Fareha. Fareha sangat bersyukur kerana atas ujian itu, Allah membawa mama ke jalan yang lurus. Alhamdulillah... Allah Maha Penyayang."

Kak Sarah mengangguk diiringi senyuman. "MasyaAllah, betapa positifnya Fareha terhadap ketentuan Allah. Betapa tulusny hati Fareha biarpun telah disakiti. Dik, akak akan sentiasa doakan kebahagiaan Fareha. Akak pasti, Fareha akan lebih bahagia satu masa nanti. InsyaAllah. Lagipun, Allah takkan menguji hambanya melainkan sesuai dengan kesanggupannya, kan? Surah Al-Baqarah ayat 286. Betul tak Fareha?"

Fareha mengukirk senyuman lebar. "MasyaAllah, terima kasih akak kerana mengingatkan saya kembali dengan ayat pujukan dari Allah itu. Iya, betul kak... Allah taala uji kita mengikut kemampuan kita. Allah uji kita juga kerana mahu berikan pahala kepada kita andai kita terus bersabar."

" Kak, nanti sampaikan pada mama, seandainya nanti mama masih tertanya-tanya, apakah yang mama dapat dengan ujian ini, katakan pada mama bacalah tafsir surah At-Taubah ayat ke 111 ya. Itu hadiah dari Allah buat mama sekeluarga."

Kak Sarah mengeratkan lagi pelukannya di bahu Fareha seraya mengangguk. Damainya hati mendengar butir bicara Fareha. Begitu tabah dan sabar dirinya atas ujian berat ini.


~ ~ ~ ~ ~


Sampai sahaja di stesen Lrt Taman Melati, Fareha terus melangkah keluar dari perut kereta. Ibu membuka pintu kereta di hadapan.

Fareha terus menyalami tangan ibu, kemudian dia memeluk erat ibunya tanda terima kasih kerana mengizinkan dirinya untuk 'kembara'.

" Ibu, terima kasih sangat kerana bagi keizinan kepada Fareha untuk bermusafir. Ibu, Fareha memilih untuk jauh merantau kerana Fareha mahu cuba melupakan apa yang telah terjadi. Ibu doakan Fareha ya."

Ibu mengangguk walau dalam hatinya terasa berat mahu melepaskan anak gadinya itu pergi jauh darinya biarpun hanya untuk beberapa hari. Dia tahu masih luasnya luka di hati Fareha.

"InsyaAllah anakku sayang. Ibu harap selepas ini Fareha akan lebih kuat ya. Carilah kekuatan melalui permusafiran ini dengan memerhati segala ciptaan-Nya di sekeliling Fareha kelak. Ibu yakin, anak ibu ini suka sangat memcari kekuatan dengan melihat kebesaran Allah taala kan. Justeru, rebutlah peluang ini sayangku. Ibu sayang Fareha tau. Seandainya tiada lagi di dunia ini mahu menyayangi Fareha, namun percayalah ibu dan ayah masih ada dan setia menyayangi Fareha. Ingat tu." Pesan ibu sebelum mencubit pipi comel Fareha. Geli hati Fareha dengan ibunya yang tersayang ini.

"Terima kasih sangat ibu! Love you! Fareha pergi dulu ya. Assalamualaikum." Ciuman hinggap di pipi ibu. Lalu dia mula mengorak langkah musafir dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim... 

'Ya Allah, langkah ini ku mulakan dengan namaMu Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Justeru, ku mengharapkan bisa ku kutip sebanyak mungkin kekuatan dan kesyukuran ku sepanjang permusafiran ini. Moga dengan musafir ini aku dapat mempelajari sesuatu yang baru untukku meneruskan kehidupanku. Bantu aku Ya Allah. Aku ingin kuat, maka aku ingin mendampingi-Mu Yang Maha Kuat. Terimalah aku untuk berada dekat disisi-Mu... Aku bermohon hanya pada-Mu Ya Ilahi...'
Doa sekeping hati yang telah dirobek luka oleh seorang insan.






Bersambung... InsyaAllah.


Nantikan kisah perjalanan musafir Fareha dalam mengubat luka sekeping jiwa...
apakah yang bakal dia pelajari melalui musafir itu?
Nantikan... ^ ^



sekian, assalamualaikum...




Nukilan : Umie Balqis
Gombak
0249am
240814



Saturday 23 August 2014

Bahagianya Hati Yang Redha

Bismillahirrahmanirrahim...




Tulisan dimulakan dengan kasih sayang untuk insan-insan yang saya sayangi. InsyaAllah.


Jiwa yang tenang adalah jiwa yang redha dan meredhai.


Apa punca hati kita tak redha dengan ketetapan Allah?

kata ustaz Syed Kadir, " biasanya bila kita tak redha dgn ketentuan Allah, adalah sebab kurangnya iman kita pada Allah taala. kita tak rasa Allah itu ada, kita tak sedar Allah tu maha penyayang. semua yang Allah bagi, ada hikmahnya. Kalau kita terluka sedikit pun, ada hikmahnya. Kita ni kadang-kadang tak percaya cantiknya hikmah Allah, sehingga kita menjadi orang yg melawan ketentuan Allah. nauzubillahi min zalik... "

Surah Al-Bayyinah.
ayat ke 8: Allah menceritakan sifat orang yang redha.

"Allah taala redha pada mereka dan mereka pun redha pada Allah.
Yang demikian itulah balasan bagi orang yang takut pada Tuhannya."

bila kita betul-betul beriman pada Allah, kita takut pada Allah, maka kita lebih mudah utk redha dgn segala ketetapan Allah.

Sifat redha ni Allah kurniakan kpd sesiapa yg takut pada Allah sahaja.

~ ~ ~ ~

kata-kata Imam Assari, "kalaulah engkau tidak redha apa yg drpd Allah,  bagaimana kamu sanggup utk minta redha Allah bg engkau?"

Maksudnya, Kita tak redha dengan pemberian Allah, apa-apa yg Allah taala bagi, macam mana kita nak minta Allah taala redha pula apa yang drpd kita?
kita ini byk buat salah, banyak buat dosa, kita minta Alah taala redha atas kita. kita minta Allah rahmati kita.

tapi, kita sendiri susah nak redha apa yg Allah bagi?
bagaiaman tu? :)
renung-renungkan..

Justeru, marilah kita jadi hamba yg redha pd Allah.
barulah Allah akan redha dgn kesilapan kita selama ini utk dicurahkan rahmat dan maghfirahNya pada kita.

Redha lah apa saja dari-Nya.
kerna nanti akan kita temui hikmah yg berharga.

~Bahagianya hati yang redha, Us Syed Abdul Kadir Al Joofre~

senyum ye awak , sama-sama belajar untuk redha :)




Perkongsian ini khas saya titipkan kepada sahabat baru Aini Liyana. Ukhuwah bermula dengannya apabila saya tertarik dengan luahan dia di Grup UKM 14/15.

Dia mawar agama yang masih terkapai-kapai mencari ilmu agama.
Dan sukar untuk redha ketentuan Allah kerana menempatkan dirinya di UKM.

Allahu.

Terasa diri mahu sangat mengenali dirinya, lalu saya ketuk pintu inbox FB-nya.

Bersedia untuk berpimpin tangan dengannya menjejaki taman-taman syurga di UKM nanti.
InsyaAllahu taala.

Doakan kami bisa sama-sama mencari dan mengisi sekeping jiwa yang kering ini.

Doakan kami...


Assalamualaikum wrm wbt...



230814
0317pm
Gombak

Friday 22 August 2014

Rintik ....

Bismillahirrahmanirrahim..



Airmata yang jatuh setitik,

Cukup meluahkan sebuah rasa.

Yang diketahui hanya pemilik jiwa.

Rasa sedih, duka mahupun bahagia.


Bermula dari setitik airmata.


Hujan rintik,

Kini memenuhi kolam yang kontang..

Saturday 16 August 2014

'PELANGI' ku...



Bismillahirrahmanirrahim...


Usai solat, dia sekali lagi bersujud di sejadah bersama linangan air mata...


~ ~ ~ ~ ~


"Ummi! Ummi ! Ummi !" Jerit dia dari tingkat atas sambil berlari menuruni anak-anak tangga.

Tak sabar rasa hatinya mahu berkongsi berita itu dengan dua insan tersayang yang baru sahaja pulang dari tempat berniaga.

Sebaik dirinya sudah berada di tingkat bawah, dia mendekati ummi, dan terus memeluk ummi dari arah belakang. Betapa lebarnya senyuman si dia manakala ummi masihkehairanan dan kebingungan dengan sikap anak gadisnya.

Kemudian, dia menuju ke arah papa yang sedang duduk di atas kerusi tidak jauh dari ummi. Dia terus menyalami tangan kasar papa. Tangan yang bersusah payah mencari rezeki buatnya sekeluarga selama ini.
Tangan yang sanggup berkorban terkena percikan api saat berada di dapur. Itulah tangan papa atau seorang ayah!

"Ummi, pa.. alhamdulillah, orang dapat masuk universiti." Akhirnya berita gembira itu diucapkan jua dan meleraikan kebingungan kedua orang tua tercinta.Dia masih setia duduk di kerusi bersebelahan papa.

Jelas kelihatan riak terkejut dan bahagia pada wajah ummi papa. Allahuakbar. Mungkin ummi masih terkejut dengan berita itu. Iyalah, tiba-tiba sahaja... Dahla ummi baru sahaja duduk melepaskan lelah, setelah penat berniaga di bawah teduhan khemah kecil.

Pa bertanya, " Alhamdulillah. Dapat U mana?"

"Alhamdulillah pa, orang dapat masuk UKM. Tadi keputusan UPU tak dapat cek lagi, jadi orang rasa nak cek yang UKM dulu. Tak sangka, orang berjaya." Cerita anak gadis itu dengan perasaan penuh bahagia.
Baginya inilah hadiah untuk ummi papa yang sanggup membakar diri untuknya adik beradik.

Ya ummi pa, memang ini hadiah untuk ummi pa. :'(

Semuanya rezeki dari Allah. ALHAMDULILLAH.

"Pa, tadi orang ada bernazar, sekiranya orang mendapat keputusan baik, orang nak menderma sejumlah wang ke surau atau masjid. Nanti pa ingatkan orang ya." Katanya sebelum menunaikan solat Zuhur.

Tarikh keramat 12 Ogos 2014, hari Selasa bersamaan 15 Syawal 1435, adalah hari yang amat membahagiakan dirinya dan keluarga.


~ ~ ~ ~ ~


" Ya Allah...
Sungguh, tidak terbilang lagi nikmat yang Dikau curahkan padaku...
Terlalu banyak Ya Rabb...
terlalu banyak...

walau aku masih melakukan dosa,
nikmat tetap Kau beri padaku.

Duhai Allah Yang sangat Pemurah...
Aku malu dengan Mu...

Banyak dosa telah aku lakukan...
tapi tetap jua Kau beri bahagia padaku...

Allah...

Duhai Allah Yang setia menyayangiku...
meski aku diuji hebat,
aku disakiti sebelum ini...
Kini...
aku amat mensyukurinya Ya Rabbul Izzati..

kerana...
betapa indahnya bahagia yang Kau gantikan dari derita itu...
betapa aku sangat bersyukur Ya Tuhan...

Biarpun aku terlalu sakit,
biarpun melimpah airmata ku mengalir sebelum ini...

tika ini ku merasai...
betapa Engkau sangat menyayangi aku...
Kau tidak biarkan aku berterusan menangis...

Allah...

Allah

Allah...

Duhai Allah...

nikmat Mu yang manakah lagi ingin aku dustakan...

='(


Dia tertunduk sayu dan lemah di atas hamparan sejadah...

Tangisannya hari itu, tangisan kesyukuran dan kebahagiaan...




~ ~ ~ ~ ~


Kepada hati-hati yang sedang menangis...

Terssenyumlah duhai sayang.

Tabahlah.

Sabarlah menerima ujian hidup.

Yakinkan diri,

Allah takkan biarkan hamba-Nya berterusan menangis...

andai kita sabar, pasti ada 'PELANGI' menghiasi senja kehidupan kita. 

senyumlah duhai sayang sayang...


~ ~ ~ ~ ~


Di sujud itu.. hatinya berdoa...

" Ya Allah, jadikanlah aku anak yang sentiasa rajin membantu ibu ayah ku. Ya Allah, terlalu banyak pengorbanan ibu ayah ku... mereka sanggup berpanasan demi mencari sesuap nasi untuk aku, anaknya... Kini, kulit mereka terbakar kerana itu Ya Allah...
Sayangilah ibu ayahku...
Aku sangat sayangkan ibu ayahku duhai Allah..."

Airmata mengalir laju mengiringi bait-bait doa itu... Hatinya sangat mensyukuri apa yang sudah dia lalui sebelum ini...

Ramai sahabat berkata, tabahnya dia, kuatnya dia hadapi ujian itu...

~ ~ ~ ~ ~

Ya! Aku cuba kuat... kerana aku mahu sekuat ummi..!
teringat aku kata-kata seorang pakar motivasi,

 "Anak yang hebat , datangnya dari seorang ibu yang hebat."

sejak itulah, aku cuba meniru kekuatan ummi berpenat lelah untuk anaknya, malam hari ummi memasak gulai-gulai di kala anak-anak dibuai mimpi, dan siang hari ummi papa bersama keluar berniaga.

Ya, ummi papa ku tidak belajar hingga menara gading sana, tapi melihatkan kecekalan dan kekuatan mereka berdua, membuatkan mereka kelihatan HEBAT dimataku...

Pernah ummi berkata...
"Kalaulah ummi tiba-tiba terjatuh, macam mana nanti... siapa nak masak ini semua?"

Allahu...

Ummi, tiada alasan lagi untukku tidak membahagiakan dirimu terlebih dahulu...
sebelum aku mengecapi bahagia untuk diriku...

Ummi, jangan tinggalkan aku dulu...

* sapu airmata sayang...* ='(



~ ~ ~ ~ ~

Sayangi dan hargailah ibu ayah kita ye sahabat sekalian...

Jangan sampai terlambat, nanti menyesal tiada gunanya lagi...

hari ini alhamdulillah, saya terinspirasi dengan dua drama Melayu, pertama drama 'Kerana Aku Seorang Anak...'

Drama kedua, disiarkan semalam di Tv9 bertajuk 'Bintang Hati Umi'...

semoga kita semua sentiasa menjadi anak yang menghargai pengorbanan ibu ayah, mengasihi dan menyantuni mereka sepanjang hayat kita...

semoga kita menjadi anak yang soleh solehah. allahumma aamiin.!

*mohon semua pembaca aamiinkan...*

mohon doakan dipermudahkan segala urusan saya untuk sambung pengajian peringkat ijazah sarjana muda di UKM bermula 1 September 2014. Serta diberkati Allah pengajiaan saya ini. aamiin3.

Inilah hadiah untuk ibu ayah saya.
alhamdulillah. :)


"Telah berulang kali, hatimu ku lukai,
Kasih sayangmu kan tetap mengatasi..."

semoga kita semua akan setia menjadi bintang hati ummi ayah kita.aamiin3.

now playing~ bagaikan langit memeluk bintang nyanyian Affan Aizat...='(



sekian,

assalamualaikum wrm wbt.





Nukilan Jiwa : Permata Ibubapaku
Gombak
0219am
160814

Monday 11 August 2014

Mahar untuk Hawa...




Bismillahirrahmanirrahim..

~ ~ ~ ~ ~

Akan tiba satu masa kita teringat insan-insan yang pernah hadir dalam hidup kita dan membahagiakan kita.

Mulanya kita sangka kita kuat menempuhinya.

Rupanya ingatan terhadap mereka masih ada.

Kerna dia pernah bahagiakan kita dan berkongsi suka duka dengan kita.

Tak kira, ibu ayah, atuk nenek,teman akrab, mahupun suami isteri.

Teringat perkenalan saya dengan seorang ukhti di Dataran Merdeka semalam.

Setelah taaruf serba sedikit, saya bertanya..
"akak, dah kahwin lah ya?" 

"ya. Akak single mother".

Mulanya saya tak percaya.

"apa kak?" saya cuma mahu kepastian.

"single mother."

Oh.. Lalu saya tak bertanya lagi tentang itu.

Risau hatinya tersinggung.

Sehingga ke hari ini sy masih tertanya-tanya, kenapa ukhti berpurdah itu menjadi ibu tunggal? 

Hm.
Takkan cerai?
Saya tak percaya!
Tak mungkin.
Tapi tak mustahil juga.

Mungkin kematian suami kot.



Allah.
Bila kita kehilangan insan tersayang buat selamanya lagilah sukar utk menepis rasa rindu bila teringatkan mereka kan?

Kadang terfikir juga, bagaimanalah para wanita yang bercerai,ditinggalkan atau kematian pendamping bisa kuat menjalani kehidupan mereka?

SubhanaAllah. Segalanya atas kekuasaan Allah membantu dan memberikan kekuatan kpd mereka.

Kuatlah wahai para muslimah apa sahaja ujian kita! 

Seorang ustaz pernah berkata, bila kita diuji ada dua sebab :

» Allah mahu hapuskan dosa-dosa lalu

» Allah mahu mengangkat darjat kita.

Justeru tetaplah tersenyum.

Wahai hawa sayang sekalian.



Bila diuji, segeralah baca innalillahi wa inna ilaihi rajiun & hayati maknanya..

Kita akan menjadi tenang. InsyaAllah.

Saat itu, terimalah 'mahar terindah' dari-Nya yakni segunung kekuatan.

ALLAHUAKBAR.

Airmata mu sangat berharga dan kerna itulah istimewanya dirimu, duhai Hawa sayang...




:; copy paste dari status saya bertarikh 3/8/2014 ::



Allah merindukan rintihan kita, bersyukurlah wahai sayang...


Dekati Dia, rapati-Nya dan dakaplah ia seertanya!
Jangan dilepaskan lagi Dia !

Akhirul kalam, semoga kita semua diberikan kekuatan hati untuk setia mencintai-Nya hingga hujung nafas kita.

Jaga diri ya duhai sayang sekalian.

assalamualaikum wrm wbt.

Wednesday 6 August 2014

Istimewa Wanita



Bismillahirrahmanirrahim...


MasyaAllah.

saya melihat jam di skrin telefon.

Hampir jam 4 pagi.

tapi mata ini sukar dilelapkan.

Allahurabbi.

Di sini saya mahu berkongsi satu lirik lagu lama.

Biarpun lagu lama, tapi saya suka lirik ini.

Khas untuk kaum Hawa...

Memang benar, wanita penuh dengan airmata.

Apa saja rasa yang dialami wanita, pasti airmata yang mengalir.

Kaum Adam, tolong alert!

Satu sahaja mahu kongsi, wanita ini jiwanya sangatlah lembut. Dia mudah menangis. Namun jangan terkejut biarpun dalam kelembutan itu, wanita bisa bangkit dengan kekuatan yang ada. :)

Please! :)

Lirik Lagu Wanita Istimewa – Feelhoney
Rawat Hatinya Beri Dia Cinta
Jangan Sekali-Kali Kau Sakiti Dia
Kerna Hatinya Mudah Kecewa
Dengan Cinta Yang Penuh Berpura-Pura
Hei Arjuna,Sayangi Dia
Kerna Wanita Dicipta Untuk Dicinta
Jangan Cemarkan Harga Dirinya
Kerna Dia Juga Masih Punya Jiwa

Dalam Dirinya Penuh Airmata
Jagalah Ia Dengan Sepenuh Jiwa
Janganlah Pernah Kau Dustai Dia
Wahai Arjuna Sedarilah
Kerna Wanita Berhak Untuk Bahagia
Bukan Dicipta Untuk Selalu Derita
Sayangi Dia Cintakan Dia
Kerna Wanita Istimewa
Sungguh Dirimu Istimewa
Duhai Arjuna Sayangi Dia
Kerna Wanita Istimewa
Dalam Dirinya Penuh Airmata
Jagalah Ia Dengan Sepenuh Jiwa
Janganlah Pernah Kau Dustai Dia
Wahai Arjuna Sedarilah
Kerna Wanita Berhak Untuk Bahagia
Bukan Dicipta Untuk Selalu Derita
Sayangi Dia Cintakan Dia
Kerna Wanita Istimewa
Rawat Hatinya Beri Dia Cinta
Jangan Sekali-Kali Kau Sakiti Dia
Kerna Hatinya Mudah Kecewa
Oleh Cinta Yang Penuh Berpura-Pura

Preview yang ni pun best, sesuai dengan gambar yang dipaparkan.sila buka link dibawah. :)
http://www.youtube.com/watch?v=ApT0DfTI5wg
OK. Nasib baik terjumpa lagu tidur by Mr Bie. Memang sesuai untuk mendodoikan orang yang tak boleh tidur macam saya ni. :)
selamat malam...err..pagi suda!

hee.

cakkkk!!!

selamat pagi.

assalamualaikum sayang sekalian. :)

senyum senyum tau ! :)

Monday 4 August 2014

Sabar Seorang Gadis !





Usai mengambil wuduk, Humaira membentangkan sejadah dan menyarungkan telekung solat kesayangannya.

Sejurus mengangkat takbir, dia membaca surah Al-Fatihah disusuli ayat Kursi. Kemudian untuk rakaat kedua, dia membaca surah Al-Ikhlas.

Sujud terakhir, dia bersujud lebih lama. Doa-doa dimohonkan pada Allah kerana dia tahu, saat sujud itulah Allah sangat dekat dengan hamba-Nya.

Dia juga tahu, Allah sangat menyukai hamba meminta dengan-Nya dan Dia akan malu andai tidak memberi apa yang dimohonkan hamba-hamba-Nya. 

Masya-Allah. Allah Yang Maha Agung punya rasa malu kepada hamba-Nya yakni kita, tapi kita tiada rasa malu melakukan maksiat pada-Nya...

Maira menangis... Malu pada Allah... 

Usai solat, dia berteleku sebentar di atas sejadah itu. Dia menoleh ke arah rak buku di sebelah kiri.
Maira teringat akan tasbih pemberian seseorang yang disimpan dalam bekas bertingkat di atas rak buku itu.

Dibukakan laci pertama bekas kecil bertingkat itu. Terdapat dua tasbih di dalamnya. Kedua-duanya adalah tasbih kesayangan Maira.

Tasbih berwarna merah jambu berkilauan adalah hadiah dari seorang teman yang membelinya sewaktu menunaikan umrah di Mekah. Tasbih berwarna koko kepekatan pula adalah pemberian seseorang utusan Allah swt.

Dicapai tasbih yang berwarna koko itu dan Maira kembali bersila di atas hamparan sejadah.

Zikir-zikir cinta meniti-niti dibibir sambil menguntai tasbih itu.

Bibir tugasnya mengalunkan, hati pula tugasnya menikmati zikrullah...

Allah...

Tidak lama kemudian, dia kembali semula ke rak buku untuk mengambil naskhah Al-Quran. Terdapat tiga Al-Quran disitu. Pada mulanya tangan Maira mahu mengambil Al-Quran berwarna kuning yakni Al-Quran wakaf yang diterima sewaktu masih menuntut di kampus.

Tetapi... tangannya beralih ke Al-Quran yang dibalut indah. Al-Quran yang amat disayangi menjadi pilihan akhirnya.

Sedia duduk di sejadah, dia merenung Al-Quran itu sejenak sebelum memilih surah Yusuf untuk dibaca.

Mengapa surah Yusuf?

Hatinya bersuara, 'aku mahu membaca surah Yusuf malam ini kerana aku pernah membaca sebuah buku mengatakan surah ini adalah surah paling indah tentang cinta dua insan.'

Dengan lafaz suci, bismillahirrahmanirrahim...

Surah Yusuf dibacanya penuh syahdu. Tidak kesemua ayat surah itu dia faham, namun andai ada ayat yang dia fahami maksudnya, akan dia hayati.

Sesekali dia membaca juga maksud di sebelah supaya dia lebih memahami jalan cerita surah itu.

Dia terus membaca kalam suci Ilahi dengan penuh perasaan. Sehingga ke muka surat 237, sewaktu dia mahu menghabiskan ayat ke 18...

Tidak semena-mena, bibir Humaira terhenti... dan seolah-olah dia tidak bisa terus membacakan ayat...

"Fasobrun jamiil..."

Dia berhenti disitu...

Jiwanya terasa sebak... Kolam matanya mula terasa panas dek airmata mula bergenang...

'Allah... Allah... Allah...' Sanubari Humaira merintih memanggil Rabbnya...

" Allah... Engkau sendiri mengatakan sabar itu indah... Sabar itu pilihan terbaik maka berikan aku kekuatan untuk bersabar dalam mujahadah ini Ya Allah !"

Allahuakbar...

Allahuakbar...

Peritnya Ya Allah mujahadah ini...

Sakitnya Ya Rabbi perjalanan fitrah ini...

Berikan aku kekuatan Ya Ilahi untuk thabat di jalan ini.. Jangan biarkan aku tersungkur dan terjerumus dalam kemungkaran...

Duhai Allah... aku impikan rahmah dalam perjalanan kehidupanku, maka tuntunlah aku untuk meneruskan mujahadah ini ...

agar...

agar... rahmah (kasih sayangMu) itu sentiasa aku rasai hingga akhir nafasku...

Duhai Allah...

andailah aku menghadap-Mu terlebih dahulu, aku merayu terimalah mujahadahku ini ...

terimalah kesakitan ku ini...

terimalah segala amal kebajikanku...

agar aku diterima ke syurga-Mu Ya Ilahi...

Humaira tersungkur di sejadah cinta Rabb bersama tangisan penghambaan...

ALLAH ... 

Teringat Maira akan doa Yusuf, lebih rela dirinya dipenjara daripada menjadi kegilaan wanita bernama Zulaikha yang cuba menggodanya.

" Wahai Tuhan! Penjara lebih aku sukai daripada memenuhi ajakan mereka. Jika aku tidak Engkau hindarkan dari tipu daya mereka, niscaya aku akan cenderung (memenuhi keinginan mereka) dan tentu aku termasuk orang yang bodoh."
Ayat 33.

Allah...

Nabi Yusuf begitu takut dengan godaan para wanita yang menyukainya. sedangkan aku manusia biasa, bagaimana?!

Malu Humaira pada Allah...

Hebatnya iman di hati Nabi Yusuf!

Allah swt memperkenankan doa Nabi Yusuf dan Allah memelihara Yusuf dari godaan itu. Istimewanya Yusuf...

andailah manusia hari ini bisa punya keimanan dan ketakutan sedemikian jua...

pasti indahnya dunia...


Inspirasi Surah Yusuf.

Terima kasih Ya Ilahi...



Tika bersendirian dengan Allah, pasti Maira menangis...
andai dia bersama insan-insan lain, dia akan tersenyum...
Pedihnya dia, biar hanya dilepaskan pada DIA.




~ Di atas sejadah-Nya~






Nukilan jiwa : Umie Balqis
Gombak
0912pm
040814