Monday 25 August 2014

Dialog Hujan & Airmata

Bismillahirrahmanirrahim...



Cerita pendek hari ini, semoga ada manfaatnya.

~ ~ ~ ~ ~

Suatu petang yang dingin kerana hujan yang mula membasahi bumi.
Safiya duduk termenung di jendela kamar. Menatap sang langit sedalamnya.

Hatinya tertanya, 'ALLAH ada di atas sana? Allah mencipta langit seluas ini?! Hujan turun disebalik langit ini?!'

 Sesekali matanya berkelip-kelip kerana terkena titisan air hujan.

Dalam tidak dia sedari, bersama titisan itu turut mengalir bersama mutiara jernih dari kolam mata.

'Eh, mengapa kau mengalir duhai airmata?'
Soal hujan.

'Aku mengalir kerana aku sangat merasai kedinginan mu duhai hujan. Engkau membasahi bumi ini sepertinya juga kau sedang menyirami diri gadis ini.
Engkau sedang 'menyucikan' dia, untuk lebih mendekati Rabb-nya.'

'Aku tak mengerti. Tolong jelaskan perkara sebenar padaku?'

'Begini... sebenarnya tuanku ini sedang merindui sesuatu. Merindui penciptanya. Aku sangat tahu, jiwanya sudah lama menangis di dalam sana. Cuma matanya masih berdegil. Hari ini, aku bersyukur, sedang dia melihat sang langit yg menurunkan hujan, berjaya jua aku mengalir bersama.

Fikirku, barangkali hatinya sudah dilembutkan Ilahi.'
Terang sang airmata yang sudah lama terseksa di mata.

Gadis itu teringat bicara ustazahnya, waktu yang digalakkan berdoa adalah ketika hujan turun. Lantas dia mengangkat tangannya.

"Ya Allah... sudah lama aku mahukan kesedaran ini.
Kesedaran dan kekuatan untuk aku melangkah menuju Mu.
Rumah-Mu sering ku pandang tanpa perasaan, tapi hari ini ku rasa teramat mahu menjejakinya.

Ya Ilahi, apakah ini hIdayah namanya?"

'Allah... benar katamu duhai airmata. Aku bersyukur kerana menjadi salah satu utusan Allah untuk dia merasai sebuah hidayah. Airmata, marilah berdoa dan tersenyum bersamaku untuk tuanmu ini. semoga dia sentiasa dijaga Allah.'

maka tersenyumlah dua makhluk ciptaan Allah, hujan dan airmata.

~ ~ ~ ~ ~

Itu perbualan antara hujan dan airmata.

Bagaimanalah kita rasa andai kita dapat mendengar perbualan segala makhluk ciptaan-Nya di dunia ini tatkala melihat segala perlakuan kita?

Allahu...

Pasti tika itu kita takkan melakukan sebarang dosa, lantaran malu.

maka bergeraklah andai rasa mahu melakukan kebaikan.

maka hayunkanlah langkahmu pabila rasa mahu mula mendekati-Nya.

jangan malu,
Dia, pencipta KITA, sudah lama bersedia untuk memelukmu.






Salam Maghrib.

No comments:

Post a Comment