Sunday 24 August 2014

Part 4: Cerpen Cinta Chocolate Moist

Bismillahirrahmanirrahim...





Assalamualaikum, disebabkan beberapa teman telah bertanya, bila saya mahu sambung cerpen C.C.M ini, maka hari ini terimalah Part 4 untuk cerpen Cinta Chocolate Moist .:)


~ ~ ~ ~ ~

Pagi itu, Fareha bangkit dengan senyuman. Syukurnya yang tidak terhingga kepada Dia yang memberikan kekuatan ini untuk terus tersenyum, walaupun hati telah dicarik secariknya.
Dia mengemaskan katil sebelum turun untuk bersarapan bersama ibu ayah. Hujung minggu ini dia tidak bercadang untuk pergi kemana-mana. Biarlah dirinya beristirehat di rumah meluangkan masa bersama ibu ayah tercinta.

Sedang Fareha menyusun alatan penulisannya di meja, handphonenya berbunyi menandakan satu pesanan masuk.
Kebetulan handphone berada di atas katil berdekatan meja, lalu dia terus mencapainya.
Tertera nama ‘Kak Sarah’ di hadapan skrin. Dia membuka mesej itu.

“Salam Fareha. Maaf jika akak mengganggu Fareha. Akak Cuma mahu bertanya, boleh tak kita berjumpa hari ini?”

“Wsalam wrm wbt. Oh. InsyaAllah boleh. Mahu berjumpa dimana dan jam berapa ya akak?” Mesej itu di balasnya.

Walaupun Faizal telah menyakiti hatinya namun dia masih mempunyai rasa hormat pada kakak Faizal, iaitu Kak Sarah. Disebabkan rasa hormat itu, dia tidak sanggup untuk menolak ajakan Kak Sarah untuk bertemu dengannya. Dia juga masih menyantuni kedua ibu bapa Faizal. Baginya silaturrahim sebagai saudara seislam harus diteruskan.

~ ~ ~ ~ ~

Jam 5 petang tepat Fareha tiba di tempat yang dijanjikan. Ketika itu juga sudah kelihatan Kak Sarah sedang menunggunya di sebuah pondok di taman rekreasi itu. Kak Sarah menyambut kehadirannya bersama senyuman. Lega hatinya melihatkan itu. Walau debaran tidak pernah berhenti apabila mengetahui Kak Sarah ingin menemuinya.

Dia tidak dapat menjangka berita apa yang bakal disampaikan oleh Kak Sarah atau mungkin juga pertemuan ini hanya untuk menghubungkan silaturahim antara mereka.

“Assalamualaikum Kak Sarah. Dah lama ke sampai? Maaflah kalau Fareha terlambat ya.” Fareha memberi salam setelah berada di hadapan Kak Sarah.

“Wsalam wrm wbt. Eh tak la Fareha. Akak pun baru je sampai ni.” Balas Kak Sarah kemudian mereka bersalaman dan berpelukan. Menambahkan lagi cas-cas aliran kasih sayang antara mereka.

“Duduklah Fareha.” Perlawa Kak Sarah sambil memberi ruang kepada Fareha di sebelahnya.

"Fareha apa khabar sekarang?" Soalan pertama diajukan kepada Fareha yang kelihatan manis petang itu.

"Alhamdulillah kak, Fareha sihat. Masih diberik kudrat kekuatan oleh-Nya untuk terus melangkah. Akak pula? Mama dan papa sihat?"

Kak Sarah mengangguk diselangi senyuman. Dia tahu jawapan Fareha itu sebenarnya untuk menyedapkan hatinya sahaja. Hakikatnya, hanya Allah yang tahu apa terbuku di hati gadis itu...

"Syukur, lega akak mendengarnya. Fareha, alhamdulillah kami semua sihat juga. Cuma sekarang mama agak sibuk sikit. Asyik keluar je tau mama sekarang ni sejak dia bertemu 'teman baru'."

Senyuman Fareha mati. 'Teman baru? Apakah menantu baru mama yang dimaksudkan KakSarah? Allahu... Kekuatkan aku Ya Rabb..' Bisik hati kecilnya.

Dia kembali tersedar. Allah! Senyuman kecil diukirkan agar tidak disalah sangka oleh Kak Sarah.

"Hmm... Fareha tak nak tahu ke teman baru mama yang akak maksudkan?"

" Eh, mestilah Fareha nak tahu, kak.Siapa tu? Beruntungnya orang tu kan kak, sebab berjaya membuat mama makin bahagia. Alhamdulillah."

" Ishh Fareha ni... apa yang Fareha merepek ni? Teman baru yang akak maksudkan ialah taman-taman syurga lah sayang oii. Bukan manusia." Kak Sarah menepuk lembut bahu Fareha.

Mata Fareha membulat. Sedikit terkejut. " Err... bukan orang ke? Akak ni... Taman syurga? Maksud akak, majlis-majlis ilmu?"

Kak Sarah mengangguk laju sambil memeluk bahu Fareha dari belakang. Perlakuan Kak Sarah itu membuatkan Fareha bertambah hairan. Kak Sarah sepertinya terlalu bahagia saja ni.

" Fareha sayang... akak bersyukur sangat sebab kami sekeluarga dipertemukan dengan Fareha tau. Hm, tak sangka melalui kehadiran Fareha dalam hidup kami, membuatkan mama sekarang mula berubah. Apatah lagi sejak kejadian lalu..." Cerita Kak Sarah tergantung disitu. Dia mengesat airmata yang mula melimpah di kolam mata.

Fareha masih tak faham apa yang Kak Sarah mahu sampaikan kepadanya. Justeru, dia memilih untuk terus mendengar sahaja.

Kak Sarah menggenggam jemari halus Fareha, erat. " Fareha, firstly akak nak minta maaf sangat atas apa yang berlaku sebulan lalu. Sebenarnya akak malu dengan Fareha, disebabkan itu akak tangguhkan dahulu untuk bersemuka dengan Fareha. Hari inilah baru akak mendapat kekuatan untuk menemui Fareha. Tambahan pula, akak rasa tak sabar sangat nak kongsi berita gembira tentang perubahan mama dengan Fareha."

" Fareha... dari awal akak melihat Fareha sebenarnya akak sangat menyetujui Fareha dengan Faizal. Sebab akak sangat suka melihat kesopanan Fareha. MasyaAllah. Tenang jiwa akak. Tapi... sungguh Fareha... Akak sendiri tak menduga semua ini yang terjadi akhirnya. Hati Fareha dilukai sedalam-dalam luka. Allahurabbi... Maafkan adik,akak Fareha... Maafkan dia..." Lantas Fareha ditarik oleh Kak Sarah berada dalam pelukannya. Dia menangis... Fareha pasti jua sama...

'Kak... kenapa semua ini diungkitkan kembali? Kenapa kak... Allah, kuatkanlah hamba-Mu ini...' Rintih Fareha supaya Allah tidak membiarkan dia lemah saat airmata mengalir laju sebegini.

Pelukan dileraikan. "Fareha... Kalau Fareha nak tahu, sejak kejadian itu, mama banyak bersedih dan sukar nak terima hakikat takdir anaknya Faizal. Seminggu kemudian, Allah mentakdirkan mama terdengar sedutan ceramah di corong radio dari Ustazah Norhafizah. Mama tertarik dengan kata-kata ustazah itu, bila ahli keluarga kita bermasalah, jangan disalahkan mereka tapi salahkan diri kita terlebih dahulu. Mungkin dosa kita juga menjadi penyebab timbulnya masalah itu. Allahuakbar. Mama terus menangis dan menyalahkan dirinya atas apa yang berlaku. Bermula detik itulah mama mula berubah dan mula menghadiri taman-taman syurga. Itulah sahabat baru mama sekarang. Papa juga sama, jika papa tiada urusan penting, papa akan ikut bersama mama ke masjid untuk menghadiri majlis ilmu agama."

Fareha sangat terkejut mendengar cerita penghijrahan mama dan papa. Allahuakbar... Dia tidak bersuara kerana masih mahu menadah telinga mendengar cerita itu.

"Fareha sayang... Buat masa sekarang mama belum bersedia untuk bertemu dengan Fareha kerana mama dan papa malu dengan Fareha. Mama malu dengan apa yang dah berlaku. Justeru, mama minta akak tolong sampaikan salam rindu dan maaf kepada Fareha. InsyaAllah, dalam masa terdekat ini mama akan menemui Fareha. Fareha, kak merayu, tolong maafkan kami sekeluarga ya."

Fareha tertunduk... Allahurabbi... Airmatanya mengalir deras membasahi baju kurungnya. 

"Kak.. Jangan risau. Setelah apa yang berlaku, Fareha tak pernah salahkan mama sekeluarga kerana Fareha tahu semua ini sudah ketetapan Ilahi. Justeru, janganlah memohon maaf ya. Akak, sesungguhnya Fareha bahagia sangat mendengarkan berita ini. Allahuakbar, segala puji bagi Allah yang telah memberi hidayah kepada mama untuk menjadi insan lebih baik. Allah... Kak, saat ini rasa mahu sahaja Fareha memeluk mama, biarpun Fareha tak sempat menjadi menantu mama, sebahagiaan daripada keluarga mama... Allahuakbar... Allah...Kak, sampaikan salam sayang Fareha kepada mama ya..." Kali ini Fareha pula memeluk erat tubuh Kak Sarah kerana dia begitu sedih bercampur bahagia atas pertemuan itu.

Allahu... Allah...

Kak Sarah menyeka airmata yang masih laju mengalir di pipi Fareha. Tidak sanggup rasanya dia membiarkan gadis solehah menangis atas perbuatan adiknya. Andailah semua ini boleh diperbaiki semula, mahu sahaja dia percepatkan pernikahan Faizal dan permata ini.

" Fareha, jangan menangis lagi ya sayang. Kak rasa makin bersalah apabila melihat airmata Fareha yang mengalir ini kerana akak dapat merasakan kesakitan jiwa Fareha. Bukan mudah untuk melupakan apa yang terjadi dan bukan mudah untuk mengubatinya semula. Selagi lagi akak mohon maaf ya sayang mewakili Faizal."

Berkali-kali Fareha mengesat airmatanya, namun masih jua degil! Walaupun begitu, dia tetap mengukirkan senyuman disebalik deraian airmata itu.

"Kak, Fareha dah senyum... Kak jangan rasa bersalah lagi tau. Fareha tak mahu akak merasa begitu. Yakinlah kak, apa yang berlaku pasti ada hikmahnya dan Fareha merasakan hikmahnya sudah kita temui, kak. Lihatlah, mama berhijrah lebih mendekati Allah setelah diuji. MasyaAllah. SubhanaAllah. Kak, indahnya hikmah ini... Betapa baiknya Allah taala kak. Maka janganlah kak terus rasa bersalah ya, sepatutnya akak mensyukurinya. Begitu juga dengan Fareha. Fareha sangat bersyukur kerana atas ujian itu, Allah membawa mama ke jalan yang lurus. Alhamdulillah... Allah Maha Penyayang."

Kak Sarah mengangguk diiringi senyuman. "MasyaAllah, betapa positifnya Fareha terhadap ketentuan Allah. Betapa tulusny hati Fareha biarpun telah disakiti. Dik, akak akan sentiasa doakan kebahagiaan Fareha. Akak pasti, Fareha akan lebih bahagia satu masa nanti. InsyaAllah. Lagipun, Allah takkan menguji hambanya melainkan sesuai dengan kesanggupannya, kan? Surah Al-Baqarah ayat 286. Betul tak Fareha?"

Fareha mengukirk senyuman lebar. "MasyaAllah, terima kasih akak kerana mengingatkan saya kembali dengan ayat pujukan dari Allah itu. Iya, betul kak... Allah taala uji kita mengikut kemampuan kita. Allah uji kita juga kerana mahu berikan pahala kepada kita andai kita terus bersabar."

" Kak, nanti sampaikan pada mama, seandainya nanti mama masih tertanya-tanya, apakah yang mama dapat dengan ujian ini, katakan pada mama bacalah tafsir surah At-Taubah ayat ke 111 ya. Itu hadiah dari Allah buat mama sekeluarga."

Kak Sarah mengeratkan lagi pelukannya di bahu Fareha seraya mengangguk. Damainya hati mendengar butir bicara Fareha. Begitu tabah dan sabar dirinya atas ujian berat ini.


~ ~ ~ ~ ~


Sampai sahaja di stesen Lrt Taman Melati, Fareha terus melangkah keluar dari perut kereta. Ibu membuka pintu kereta di hadapan.

Fareha terus menyalami tangan ibu, kemudian dia memeluk erat ibunya tanda terima kasih kerana mengizinkan dirinya untuk 'kembara'.

" Ibu, terima kasih sangat kerana bagi keizinan kepada Fareha untuk bermusafir. Ibu, Fareha memilih untuk jauh merantau kerana Fareha mahu cuba melupakan apa yang telah terjadi. Ibu doakan Fareha ya."

Ibu mengangguk walau dalam hatinya terasa berat mahu melepaskan anak gadinya itu pergi jauh darinya biarpun hanya untuk beberapa hari. Dia tahu masih luasnya luka di hati Fareha.

"InsyaAllah anakku sayang. Ibu harap selepas ini Fareha akan lebih kuat ya. Carilah kekuatan melalui permusafiran ini dengan memerhati segala ciptaan-Nya di sekeliling Fareha kelak. Ibu yakin, anak ibu ini suka sangat memcari kekuatan dengan melihat kebesaran Allah taala kan. Justeru, rebutlah peluang ini sayangku. Ibu sayang Fareha tau. Seandainya tiada lagi di dunia ini mahu menyayangi Fareha, namun percayalah ibu dan ayah masih ada dan setia menyayangi Fareha. Ingat tu." Pesan ibu sebelum mencubit pipi comel Fareha. Geli hati Fareha dengan ibunya yang tersayang ini.

"Terima kasih sangat ibu! Love you! Fareha pergi dulu ya. Assalamualaikum." Ciuman hinggap di pipi ibu. Lalu dia mula mengorak langkah musafir dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim... 

'Ya Allah, langkah ini ku mulakan dengan namaMu Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Justeru, ku mengharapkan bisa ku kutip sebanyak mungkin kekuatan dan kesyukuran ku sepanjang permusafiran ini. Moga dengan musafir ini aku dapat mempelajari sesuatu yang baru untukku meneruskan kehidupanku. Bantu aku Ya Allah. Aku ingin kuat, maka aku ingin mendampingi-Mu Yang Maha Kuat. Terimalah aku untuk berada dekat disisi-Mu... Aku bermohon hanya pada-Mu Ya Ilahi...'
Doa sekeping hati yang telah dirobek luka oleh seorang insan.






Bersambung... InsyaAllah.


Nantikan kisah perjalanan musafir Fareha dalam mengubat luka sekeping jiwa...
apakah yang bakal dia pelajari melalui musafir itu?
Nantikan... ^ ^



sekian, assalamualaikum...




Nukilan : Umie Balqis
Gombak
0249am
240814



No comments:

Post a Comment