Assalamualaikum putera dan puteri Islam… bagaimana
dengan hati kita saat ini? seringkah kita mensucikannya sebagaimana hari-hari
kita menyucikan gigi kita? =) maaf, bukan nak kecilkan martabat hati. Tetapi
ana TERbuat satu analogi semasa menggosok gigi sebelum mengambil wuduk untuk
solat zohor. Masa tengah syok gosok gigi, ana terfikir…
“
emmm, kalaulah semua orang hari-hari menyucikan hati macam setiap hari gosok
gigi kan bagus? Sebagaimana semua orang nak, gigi bersih, tentu semua insan juga
berimpian mahukan HATI sentiasa BERSIH kan dari kotoran degil dosa-dosa. Jadi,
ayuhlah renungkan… kita asyik gosok gigi itu untuk dunia, sucikan HATI itu
untuk akhirat. Ia akan membimbing kehidupan kita. Renungkanlah. Hari ni dah
sucikan hati tak?”=)
Hmm,
kalau difikirkan lebih mendalam, sebenarnya sucikan hati tu dengan istighfar
pun boleh buat. Tetapi, biasalah manusia ni kan, sering sangat terlupa.
Termasuk ana juga. Apapun, kita kenalah sentiasa awasi diri kita, ingatkan diri
kita.
Mesti
ada orang akan tanya, kalau terlupa juga nak awasi dan ingatkan diri, macam
mana?
Alah…
handphone kan ada ( sebab ia barang yg selalu kita bawa ). Sebenarnya banyak
cara tau untuk ingatkan diri tentang suatu perkara ni. Itupun kalau kita pandai
berfikir secara kreatif. Siapa-siapa yang dianugerahkan otak yang kreatif tu,
kerahkanlah ia kepada kebaikan juga. Jangan guna untuk kreatifan menyakat dan
mengorat gadis saja.
Heh?
Tetiba keluar bab ngorat. Maaf deh. Hehe.
Okay,
jom patah balik! Hehe. Ana nak kongsilah sedikit cara yang ana buat. Bukan nak
riak tau. Sekadar kongsi. Contohlah kan, apa kata buat note kat handphone
kalian, tulislah ayat yg boleh memberangsangkan semangat kalian.
Contoh
nak berubah : mia sayang ( buat nama sendiri ), ingat! Kalau aku tak berubah
skrg, bila lg?? ajal tu dtg tak cakap kat aku dulu! Sampai bila aku nk mcm ni??
Penuh dosa je hari2! Azab neraka tu pedih teramat sangat tau! Sanggup ke minum
air yg menggelegak nanti??
Contoh
bab cinta ( confirm ramai like ni. Hehe.) : Faizal ensem, aku ni asyik bercinta
je dari form 2 sampai umur 18 ni. Ramai gf plak tu. Wei! Cuba renungkan, sape
yg bg hati ni? Allah kan? Bila Allah bg tentu Dia nak aku letakkan benda baik
dlmnya. Hati ni dulunya bersih sangatkan? Skrg apa ek wrna dia?? Hitam legam
kah?? Atau dah mcm kuali?? Dan aku confirm ke minah tu akn jd milik aku??
Setakat mn keyakinan aku ni?? Sekuat aku yakin dgn TAKDIR ALLAH swt kah??
Allahurobbi… putera
puteri ku sayang… maaf ya. Kekadang kita ni kena berkasar dan tegas dengan diri
kita. Lebih kurang begitulah yang ana lakukan. Tetapi tak adalah ayat macam
itu. Kalau yang berjiwa lembut ni, biasanya ayatnya lembut-lembut, indah-indah
cikit. Cikit jer.hehe. segalanya terpulang pada empunya diri tau. Kalau lelaki,
dia mesti tahu cara sendiri untuk TEGAS dengan diri. Marah kan jer diri kita!
Lebih baik kita marah awal-awal, sebelum Allah swt berikan kemarahan Nya kepada
kita di akhirat kelak. Kemarahan Allah swt lagi MELETUP tau.
Putera puteri ku
sayang, sebab ana sayang kalian lah ana kongsi benda-benda macam ni. Mungkin
ringkas saja tapi, bermanfaat suatu masa nanti. Kalau betul-betul buat lah.
Bila dah buat note sendiri, set kan sebagai wallpaper handphone kita. Kalau
handphone Sony ericsson boleh buat, handphone lain ana tak pasti.
Kalau handphone putera
puteri tak boleh buat wallpaper note tu, jangan sedih tau. Ni ana nak kongsi
lagi. Apa barang atau benda yg selalu kita bawa, buatlah note kat situ. Contoh
ana, selalu jer bawa satu buku nota, jadi ana dah hias cantik dan balut buku
tu, ana buat satu ayat untuk ingatkan diri selalu. Di muka depan lagi.
: baik solehahkan diri sendiri dulu ! : ( kat handphone ana )
: wanita solehah ialah
yang TAAT kepada perintah Allah swt lagi MENJAGA DIRI. : ( kt buku )
Ana buat ayat tu sebab
ana sedang menuju ke arah itu. Jadi, putera puteri bolehlah buat ayat sendiri
mengikut apa yang kalian sedang kejari sekarang. Bila ana tengok aje muka depan
buku tu, ana pasti TERbaca ayat tu, so AUTOMATIK lah ia menjadi peringatan buat
ana.
Dan buatlah huruf besar
bagi perkataan penting. Contoh macam TAAT tu kan, dalam tau maksud taat itu
kalau difahami betul2. Kita buat jer apa yang Allah swt suruh, tak kisah lah
besar ke kecil sebab dalam Al-Quran terdapat 1 JANJI ALLAH daripada surah
An-Nisa’ ayat 40 :
Bermaksud : sungguh,
Allah tidak akan menzalimi seseorang walaupun sebesar zarrah, jika ada kebaikan
( sekecil zarrah ), niscaya Allah akan MELIPAT gandakannya dan memBERIKAN
PAHALA yang BESAR dari sisi-Nya.
ALLAH~ Cubelah buka
Quran kalau tak percaya, muka surat 85.. Zarrah bermaksud sesuatu yang TERKECILdan
TERINGAN. Allahuakbar, betapa baiknyerr Allah kita ni kan. Kecik mana pun
kebaikan yang kita buat, Dia akan nilai juga! So, tak nak ke berubah jadi baik?
Bila dah jadi baik nanti, makin banyaklah benda baik yang kita akan buat tau.
Mungkin kita akan mula dari benda baik yang kecik dulu. Bila makin banyak buat
benda baik, makin banyak ‘harta’ kita. Emmm kaya nyerrr kita nanti kat akhirat~
Putera puteri ku
sayang… apa lagi ditunggu. Meh, hulurkan tangan tu. Kita berpimpinan tangan ek.
Ikut kumpulan tau. Lelaki dengan lelaki, perempuan dengan perempuan. J
jangan berfikir dua kali kalau dapat nasihat benda baik. Tak kan nak tunggu
nanti dah puluhan umur kita baru nak berubah. Entah kita bernafas lagi tak.
Terakhir perkongsian
ana, satu ayat ni ana tampal kat dinding bilik. Ana tulis besar-besar. Semua
tulisan besar. Masuk bilik jer Nampak ayat tu. Bila ana ternampak ayat tu, buat
ana takut sangat. Ayat tu ialah…
“ ANDAI HARI INI ADALAH
HARI TERAKHIRKU… Allahuakbar!”
So, rasa takut tak? Ana
takut sebab boleh jadi selepas baca ayat tu, ana meninggal. Nauzubillah. Kalau
tak takut lagi, tak tahulah. Hehe. Kalau ana, ana takut. Sebab ana tak tak tahu
banyak mana sangatlah ‘harta’ yang telah ana kumpul untuk dibawa bertemu Allah
swt nanti. Ana takut bekalan tu sikit sangat. Nanti ana terseksa sorang-sorang
dalam kubur yang gelap gelita. Ana takut. Jadi, ana harap sangat putera puteri
semua… jomlah kita berubah… ana pun tengah berubah lagi. Kalau dah berubah
nanti, kita akan rasa BAIK SANGAT ALLAH swt ni. Akan rasa SAYANG nyerr Allah
swt kat aku.
Ana yakin itulah
perkataan yang akan kalian katakan nanti.. tak percaya? Cuba dulu baru tahu! J
Okay… kalau nak
berubah, jom! PERUBAHAN didahulukan, KASIH SAYANG Allah swt diutamakan ! HEHE.
So.. fikirkanlah. Allah
swt dah bagi fikiran kan. Siapa-siapa nak berubah tu, bolehlah mulakan langkah
sekarang. Dengan lafaz suci, ana harap ada yang mahu berubah. Jom jadi lebih
CANTIK dan ENSEM di hadapan Allah swt. =) comel!
Tulisan sayang daripada
Permata Alwalidaini.
Wsalam wrm wbt.
~Senyumsenyum~=)