Friday 31 October 2014

KEKASIH ABADI



Bismillahirrahmanirrahim...


~Lihatlah dengan mata hatimu
pasti kamu akan mempelajari sesuatu.~


Sedikit perkongsian ringkas di hari barakah.

tadi, ketika sedang berjalan untuk menemui seorang rakan.

berdekatan kolej, saya ternampak seorang pakcik( pekerja di kolej ) sedang mengutip sesuatu di dalam tong sampah. Mungkin tin-tin kosong yang dicari.

pakcik ini seusia atuk saya, mungkin. lalu terbayanglah wajah atuk di kampung. Kemungkinan atuk sedang istirehat tika ini, sedangkan pakcik ini sedang berpenat lelah. :'(

saya tersenyum kecil, kerana setiap kali melalui jalan itu, pasti saya akan memerhati pekerja-pekerja yg sudah berusia ini melaksanakan amanah mereka, seperti memotong rumput atau menyapu sampah.

kali ini, saya turut tersenyum. Biarpun pakcik tersebut tidak melihat senyuman saya.

lalu, terdetik di hati,

"Pakcik sudah tua, tapi masih gigih melakukan kerja dan mencari rezeki halal."

maka, terbayanglah wajah hero tercinta saya Sanusi Zin, tertanya hati kepada diri

"Apakah aku juga mahu membiarkan pa bekerja hingga lanjut usia seperti ini??"

Allahurabbi...

~ ~ ~



Muhasabah sebentar.

Ibu ayah hantar kita ke sini (kampus), untuk belajar dan beri kebahagiaan kepada mereka kelak.

Itu sahaja yg mereka mahukan dari anak-anak.

Rasa bersalah kepada kedua insan yg telah banyak berkorban utk diri yg sering alpa ini.

Sama-sama kita muhasabah.

dan berdoa, moga tiap kali kita terleka, kita kembali ingat ibu ayah kita, kita kembali ingat apa tujuan asal kita melangkah di kampus ini.

utk bersuka-suka atau untuk dikumpulkan bahagia kpd ibu bapa?

Renunglah sesuatu dengan mata hatimu, pasti banyak yg dapat dipelajari hingga kita termuhasabah sendiri.

Semoga Allah jagakan dan tetapkan hati kita dalam nur iman. allahumma aamiin.

Maafkan segala kelalaian anakmu ini, hingga sering meminta itu dan ini.


~ ~ ~


semalam, ayah poskan beberapa dokumen kpd saya, diselitkan bersama sejumlah wang, saat saya memegang wang itu, rasa sebak tetiba.

entah, seolah dapat merasai keperitan dan kelelahan ummi pa utk mendapat sejumlah wang itu...

dan merasa seperti kembali ke zaman dahulu kala, sebelum adanya alatan teknologi.
segalanya hanya dikirimkan melalui pos. hatta sekeping surat tanda ingatan seorang anak kpd ibu ayah.

dan.. merasa sangat sayang mahu membelanjakan wang itu.
sangat sayang!

betapa ikhlasnya pemberian ayah bonda hingga mengalir di hati anakanda.

maka, sama-sama kita menghargai mereka selagi masih ada.

dan tidak melupakan jasa mereka.

Maafkan segala kelalaian anakmu ini.





~Tulisan seorang anak~

Permata Alwalidaini.





Ukm Bangi
0112pm
311014

Tuesday 28 October 2014

Intim dengan-Nya !

1
Bismillahirrahmanirrahim...

MasyaAllah.

kadang bila sengaja menjauhkan diri dari manusia buat seketika,
amat terasa intimnya diri dengan-Nya.

bahagianya menjalani kehidupan seharian kita,

damainya jiwa...

terasa Dia lah teman akrab kita.

menjadikan tempat pergantungan utama,

dalam segala keadaan menimpa,

cuba menjadikan Dia tempat pertama kita meluahkan segala cerita.

jadikan Dia tempat merintih, menangis dan mengadu sepenuh hati,

hingga terasa sesak jiwa menahan sebak lantaran sejuta rasa,

perit,

sakit,

penat,

lelah,

seksa,

hanya Dia dikongsi semua.


Pernah tidak merasa itu?

andai pernah, bersyukurlah segera dan mohonkan pada-Nya dikurniakan lagi rasa sedemikian rupa.

itulah sebuah kemanisan bercinta dan berdua dengan-Nya, Allah Yang Maha Agung :)


selamat berdialog dengan-Nya di keheningan malam.

sebutlah nama-Nya...

tanda kau sangat merindui-Nya...

sebagaimana Dia merinduimu,

disebabkan itu dia berikan ujian yang tiada berkesudahan padamu,

kerna Dia terlalu rindu pada mu. dan rintihan mu...

duhai diri.


Friday 10 October 2014

Ummi, Saya Nak Bank in duit! =)


Bismillahirrahmanirrahim...

asalamualaikum wrm wbt...

Dengan lafaz suci tersebut, saya mulakan perkongsian di hari Jumaat barakah ini.

semoga perkongsian ini akan mengalir bersama sifat-Nya Yang Maha Penyayang itu, lalu terbitlah rasa sayang membuak di jiwa kita, sekalian anak. :)

Status ini dari page Tarbiah Sentap di Fb. Seorang sahabat seperjuangan saya di DQ-UKM, Siti Khadijah Norzu telah tag status ini kepada saya dan beberapa sahabat seperjuangan.

Saya merasakan status ini sangat harus saya kongsikan disini, justeru saya memilih untuk post status ini pada hari ini.

Semoga timbul kesedaran kepada kita semua. :)


~ ~ ~ ~ ~


Saya ada secebis nasihat kepada adik-adik junior di kampus.. khususnya UKM la kot..
moga secebis nasihat yang panjang berjela ni boleh beri sekurangnya setitis manfaat untuk korang..
---
1. Seboleh-bolehnya ELAKKAN untuk minta duit pada ibu bapa. Elakkan untuk call ibu bapa semata-mata cakap,
"Ibu, ayah, duit dah takde. nanti transfer duit ea..."
Nampak perkara ini kecil, tapi sebenarnya bagi kesan pada diri korang juga. Sebabnya, nanti korang TAK belajar berdikari.
Bayangkan mak ayah korang dah belanja beribu-ribu sampai korang masuk universiti, dah masuk U masih lagi nak bebankan mak ayah.
Guna duit dalam akaun bank tu sampai betul-betul tinggal 0 sen. Kalau boleh, masa duit nak habis tu, korang usaha la cari duit dengan kerja part time ke, atau apa-apa kerja yang boleh tambah duit dalam akaun korang tu.. baru boleh berdikari.
Kalau tak, serupa je korang ni macam budak sekolah. Cuma bezanya pada gelaran MAHASISWA/I je.
Cuba kali ini korang AZAM untuk call ibu ayah korang dan cakap,
"Ibu, ayah. Bulan ni saya NAK masukkan duit dalam akaun ibu atau ayah.."
Azam la.. tak banyak, sikit pun jadilah..

2. Kalau sakit seperti demam, selsema, atau yang ringan-ringan tuh, ELAKKAN untuk beritahu pada ibu dan ayah. Ibu khususnya.
Sebab apa?
Sebab JANGAN buat mereka susah hati. Mereka dah cukup susah hati sebab korang berjauhan dengan mereka. Kalau setakat sakit sikit-sikit tuh, elakkan beritahu.
PERCAYALAH, mereka kadang kala AKAN tahu dengan SENDIRINYA korang sakit walaupun korang tak beritahu.
Sebab apa? Ntah. Naluri kot. Mungkin ada ibu bapa yang boleh jawab.
Tapi kalau mereka dah tanya tu, jawablah,
"Ala, sakit sikit je.. takde la sakit sangat pun.. boleh berlari lagi ni ha.. cuba ibu tengok ni.."
cubalah ya..

3. Seboleh-bolehnya ELAKKAN berhutang !
Ini sangat penting. Elakkanlah berhutang. Cukuplah korang dah hutang dengan PTPTN tuh. Sakit nak bayar balik nanti.
Kalau takde duit, usaha sebaik mungkin untuk dapatkan duit dengan cara halal. Usahalah dan doa.

4.RAJINKAN MEMBERI.
Ah sudah, dah lah tak boleh berhutang, kena memberi la pula.
PERCAYALAH, dengan memberi, pintu rezeki korang insyaAllah akan melimpah-limpah. Kalau ada kawan tak cukup duit, BELANJA dia.
Saya ada seorang sahabat, pernah sekali saya betul-betul kesempitan duit. Tapi saya tak beritahu sesiapa. Tetapi sahabat (ikhwah) yang sejati akan memahami keperitan kita. Dia hulur not RM50 tanpa banyak soal.
Saya menolak, tapi dia kata (lebih kurang),
"Aku nak pahala. Kau ambik la.."
Bak kata Ustaz Hasrizal,
"Erti hidup pada memberi.."
wallahu'alam.
I rest my case.

~ ~ ~ ~ ~

ALHAMDULILLAH...

sahabat-sahabat sayang dah meluangkan masa untuk membaca sesuatu yang baik.

haa.. jadi macam mana sekarang?

Dah ada perancangan tak, nak buat apa selepas ini?

Ada keinginan tak nak BANK IN duit untuk ibu, ummi, mak, mama, ayah, pa, abah, abi selepas ni??

Hadir tak semangat nak bagi mak ayah merasa penat lelah kita dari sekarang??

:)

Selamat berfikir dan melakar perancangan ya sahabat seperjuangan.

Semoga kita menjadi anak yang berbakti pada ibu bapa dari sekarang.
Jangan nak tunggu ibu ayah makin lanjut usia, baru nak berusaha cari rezeki sendiri, kerana mati itu tidak mengenal usia. :)

Semoga success semua. aamiin3.

Jemput like page Fb saya, Bidadari Syurga ( https://www.facebook.com/pages/Bidadari-Syurga/570528089732349?sk=info ), atau boleh tengok di fb saya. Disana insyaAllah ada koleksi tudung bidang 50, 55, 60, tudung 3 tona (sangat sweet yang ni tauu ), tudung Haura', shawl butterfly, tudung Eira, tudung Palestin, jaket muslimah dan banyak lagi koleksi pakaian muslimah.








Kesemuanya dari pembekal rasmi, Bidadari Solehah Enterprise, dan saya merupakan salah seorang wakil jualan rasmi BSE di Ukm Bangi.

So, sesiapa mahu order boleh hubungi saya. :)

Sedikit info, selain bisnes BSE juga turut melakukan kerja kebajikan terutama memberikan sumbangan kepada fakir-fakir miskin dan mereka yang lebih memerlukan.

Special untuk student Ukm, yang berdekatan Ukm dan Gombak, tiada cas penghantaran tau !:)

kenapa Gombak? Sebab, kalau time saya balik rumah saya boleh hantarkan by hand tempahan anda :)

Penghantaran ke luar negara juga diterima. :)

Jemput singgah, tagline page saya, 

Untuk menjadi Bidadari Syurga,wajiblah bermula di dunia. So jom cover aurah kita dengan pakaian muslimah. :)


Baik,sekian sahaja perkongsian kali ini. sayang kalian lillah. insyaAllah. =)

assalamualaikum wrm wbt... 




0155pm
101014
Ukm Bangi

Sunday 5 October 2014

Sujud Cinta





Bismillahirrahmanirrahim...


~ ~ ~ ~ ~

Masih lengkap bersama telekung solat, Humaira tertidur kepenatan...


Sebenarnya kepenatannya belum hilang. Masakan tidak, semalam semasa sedang menunggu bas di perhentian bas dalam kampus, dia sudah berdiri selama setengah jam lebih.

Jam 2.30 petang, bas zon 6 tiba akhirnya. Berlari kecil dia menuju ke pintu masuk bas. Iyelah, dengan harapan dapatlah duduk di dalam bas, tetapi hampa.

Kesemua tempat duduk dah penuh. So terpaksalah berdiri. Terpaksa berhimpit. Hmm.

Perjalanan ke stesen Ktm tidaklah mengambil masa yang lama tetapi disebabkan terpaksa berdiri dalam kepadatan manusia itu, dirasakan lambat pula untuk sampai ke sana dan bahu dah rasa sakitnya menyandang beg berisi laptop.

MasyaAllah. Tiba sahaja di stesen Ktm, kali ini memang kena berlari. Hampir kesemua penumpang bas berlari kerana tidak mahu beratur panjang untuk membeli tiket komuter. Humaira turut berlari bersama beg pakaian kecil di tangan. Huh, penat makin bertambah.

Terdetik di kalbunya  'Aih, kalau ada encik suami dia dah tolong bawakan dah beg laptop bagai ni.'
'kalau dah ada suami, tentu dia dah drive kereta dah ni. tak perlu berhimpit macam ni.'
Sempat lagi Humaira berangan. Adoi, Humaira...

Dalam ktm, haa...Inilah first time Humaira rasa dia macam ikan sardin je duk dalam tu sebab TERLALU PADAT dengan manusia. Kalau kebiasaannya, Humaira pasti akan memegang ;tiang; di dalam ktm tu jika berdiri, tetapi kali ini tidak! Dia tak perlu berpegang pada sebarang tiang atau tempat berpaut untuk mengelakkan dari terjatuh,sebabnyaaa dia dah 'bertahan' di bahu-bahu dan tubuh-tubuh penumpang ktm di sebelah kiri, kanan, depan dan belakangnya. Haha. Nampak tak kepadatannya itu...

First time mengalami keadaan sedemikian sejak beberapa tahun ni menggunakan ktm sebagai pengangkutan awam.

Alhamdulillah, tiba di Kl Sentral, dengan adanya kad Rapid KL, jadinya dia tidak perlu beratur panjang untuk membeli token! Tak usah dicakap, kesemua kaunter untuk membeli token dah beratur panjang kesemua manusia disitu. Amat lega rasanya kerana dia tidak perlu mengikut jejak mereka itu. Alhamdulillah. :)

Bertambah syukurnya apabila memasuki Lrt, dia dimurahkan rezeki kerana terdapat beberapa kerusi yang kosong. Alhamdulillah. Kali ini dia memang melepaskan kepenatannya habis-habisan.
MasyaAllah, amat terasa nikmat duduk ketika itu.


~ ~ ~ ~ ~


Tiba di rumah, dia duduk bersama ayah, ummi dan adik beradik yang lain sambil menikmati kek yang dihadiahkan oleh adik sayang. Entah untuk apa kek itu disediakan untuknya. Comell sangat kepulangan disambut dengan hidangan kek. :) Alhamdulillah.

Masa untuk istirehat, Humaira makin terasa sakit di bahu kanan dan kirinya. Fikirnya mungkin disebabkan terlalu lama memikul beg sandang. Dia teringat pesanan doktor beberapa minggu lepas, jangan selalu angkat benda-benda berat. Hmm, kali ini terpaksa encik doktor, maaf ya.

Keesokan harinya, ummi meminta dia menggantikan abang sulung berniaga di tempat baru kerana abang long dah pulang ke kampung bersama sepupu.

Sebenarnya penatnya belum hilang, mahu sahaja dia berehat dahulu.Tetapi apabila memikirkan, mungkin hari ini saja kot peluang untuk bantu ummi berniaga di tempat itu. Sebabnya selepas ni dia akan pulang ke kampus semula.

Maka dia menuruti permintaan ummi tambahan pula dia sedang mendidik diri,rajinkan dan ringankan diri melakukan kerja untuk ibu ayah.
InsyaAllah.

~ ~ ~ ~ ~

Petang itu, setelah selesai kerjanya, dia terus ke kamar untuk menunaikan kewajipannya kepada Allah swt.

Usai sahaja menunaikan solat, dia merebahkan diri. Disebabkan terasa penat yang teramat, dia terlelap bersama telekung solat yang masih lengkap membaluti dirinya. Allah. Diri makin terasa sakitnya.

Memang tidur lena sangat.


~ ~ ~ ~ ~


Dalam lena yang panjang itu, Humaira telah mimpikan sesuatu...

hanya mimpi yang satu ini sahaja dapat dia ingati dan masih segar diingatannya.

Dia tetiba sahaja didatangi oleh kakak angkat kesayangannya, Shakina Zahra...
Yang kini masih melanjutkan pelajaran di Mesir.

Kak Shakina datang ke rumahnya sambil memberikan Humaira inai Makkah yang sudah siap diproses.
Yang tinggal hanya untuk dipakai dijari.

Dia agak terkejut kerana tertanya untuk apa inai itu, tetapi disebabkan teringatkan Hari Raya Aidiladha bakal menjelma, maka dia berkata dalam hati 'pakai jelah, raya pun dah dekat.'

Disambutnya inai mekah itu...

Disebabkan dia belum solat Isyak, Humaira memilih untuk menunaikan solat dahulu sebelum berborak panjang dengan Kak Shakina.

lalu terdengar satu suara,

"Kak, lamanyaaa tidur..."

Opsss!!

Matanya mula dicelikkan sedikit demi sedikit.

Dia melihat pada dirinya. Perlahan-lahan bangkit.

"Ya Allah, aku tidur dengan masih lengkap memakai telekung solat ke??"

Malu sendiri rasanya. Adik cerita, papa dah beberapa kali tanya kakak tengah buat apa, kakak dah makan ke, so si adik cakap jela, tidur, tidur , tidur. haha.

Nampaknya penat sangat dah tu. Humaira melihat jam pada telefonnya menunjukkan pukul 1 pagi. Mobile data dia lupa off, so dia mendapati 17 conversation masuk di Whatsapp. Beratus-ratus whatsapp masuk, hamek kau! Haha.

Dan ada seorang kawan menghantar mesej di Inbox, " Humairaaa...."
Errr, kenapakah namaku diseru sedemikian... :D


~ ~ ~ ~ ~

Terima kasih Ya Ilahi, kerana bangkitkan dia disepertiga malam. Syukur Ya Allah, memberikan rezeki pada-Nya untuk bersujud menyembah Ilahi di waktu yang mustajab.

Telekung solat itu disarungkan semula bersama wuduk baru, lalu ditunaikan solat Maghrib yang tertinggal dan solat Isyak terlebih dahulu. Disusuli pula solat Tahajjud dan solat Taubat...

Dalam sujud solat Taubatnya, Humaira memohonkan keampunan kepada Allah Yang Maha Pengampun agar diampuni segala kejahilan dan dosanya yang pernah dilakukan sepanjang kehidupan...

Tambahan juga dia merasakan memang sewajarnyalah setiap hamba-NYA mendirikan solat sunat Taubat sebelum mahu menyampaikan hajat kepada-Nya...

Usai solat Taubat, dia merebahkan diri seketika di atas hamparan sejadah. Merehatkan jasadnya sambil mendengarkan nasyid Ya Rasulullah by Syamil. Dia cuba menghayati bait-bait nasyid itu dan mengimbas kembali perjalanan kehidupan yang telah dia lalui sepanjang kehidupan 20-an ini...

Dia teringatkan Nabi Muhammad saw, dia merindui baginda, dia merasa bersalah kepada baginda kerana tidak selalu mengingati baginda... Allahu... Maafkan umat Mu yang satu ini Ya Rasulullah...

:'(

Tatkala diri mengimbau kembali kesemua keperitan hidup yang pernah dilalui, satu persatu ujian silih berganti, airmatanya makin laju mengalir membasahi telekung solat...
Allahuakbar...

Allah, semua itu dari Allah swt.

Dia juga teringat akan nasihat Ukhti Shakina dan teman-temannya.

Membuatkan airmatanya makin laju...

Kak Shakina pernah menceritakan, dia dulu juga seperti diri Humaira, diuji sedemikian sehingga dipertemukan seseorang yang sangat baik, yakni suaminya kini. MasyaAllah.

Ya, dia memang pernah mendengar tentang suami Kak Shakina, seorang pelajar yang sangat masyi Al-Quran, pelajar yang beradab dan merupakan pimpinan pelajar. Murabbi Humaira sendiri yang menceritakan tentang akhlak suami Ukhti Shakina sayang kerana suaminya itu adalah anak didik murabbi Humaira.

MasyaAllah. Benar, disebalik kehilangan sesuatu, pasti Allah akan menghadirkan sesuatu yang jauh lebih terbaik untuk diri kita.

Kini, Ukhti Shakina bahagia bersama pemimpin agamanya. Alhamdulillah, sedang mengandungkan permata kedua pula sekarang. :)



~ ~ ~ ~ ~

Humaira menyambung sujud cinta-Nya dalam solat Istikharah dan solat sunat Hajat...

Peluang keemasan yang sudah dibentangkan untuknya pasti tidak mahu dia sia-siakan...

Allah Yang Maha Agung sudah mengejutkan dia untuk mempersembahkan cintanya kepada DIA...

Allah... sejurus solat, dia menadahkan tangan meminta dan bermohon pada-Nya...
dengan rasa malu...

Malu sebenarnya kerana dosanya menggunung, dirinya sangat tidak sempurna di hadapan-Nya, inikan pula mahu meminta itu dan ini dengan Allah swt..

Allahuakbar... namun Humaira tahu, Allah itu tidak sekejam manusia hingga tidak mahu mendengar rintihan setiap hamba yang ingin mencintai-Nya.

Allah itu bersedia menerima sesiapa sahaja hamba yang mahu mendakap-Nya.
Allah BERSEDIA setiap masa!

Cuma, kita sahaja kadang menjauh dan makin menjauh dari Dia....

Allah...

Bisikan doa dipanjatkan ...bersama linangan airmata yang mengalir tanpa henti...
airmata keinsafan, airmata kecintaan, airmata kesedihan dan airmata pengharapan...




Pak lebai naik motor pakai serban,
ayam itik buat buat pengsan,
lembu kerbau sakan berjalan,
rupanye esok raya korban.
Kambing lembu dh ggur
Di bumi anbiya,
Lembu kmbing mlysia,
Tgh tggu turn pulak.
Salam aidiladha, semoga kita mhayati erti sebuah pngorbanan dlm stiap juz khidupan kita. Aamin.

Salam Aidiladha. ;)

051014
0705 am
Gombak

Friday 3 October 2014

Malu Pada Rabbi...


Biamillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum wrm wbt...

Dengan lafaz indah, nama-Nya Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, tinta ini disajikan untuk semua.

Bersama iringan merdu instrumental angklung dari Madrasah Al-Junied dan nasyid Ya Rasulullah by Syamil. MasyaAllah... :'(

MasyaAllah, saya dah lama jatuh cinta sama alat muzik ini, kerana bunyiaannya menenangkan jiwa. Lebih-lebih lagi, jika angklung itu memainkan zikir-zikir yang membawa kita turut mengingati-Nya.

SubhanaAllah. Alatan muzik itu menjadi wasilah untuk kita berzikir bersama. Alhamdulillah.

Syukur ke hadrat Ilahi, setelah dua tahun jatuh cinta sama angklung, akhirnya pada tahun ini saya berpeluang menyentuh, belajar dan bermain angklung setelah berpijak ke kampus UKM.

Alhamdulillah, suatu nikmat yang tidak pernah disangka. Segalanya bermula apabila kami (para pelajar baru) diberikan borang untuk menyertai persembahan kesenian pada Malam Aspresiasi Seni Minggu Mesra Mahasiswa 2014.

Saya memilih untuk menyertai persembahan pantun dan angklung. Apabila tiba hari latihan semasa minggu orientasi, saya diberitahu bahawa saya seorang sahaja mewakili Kolej Dato' Onn dalam persembahan angklung. Agak terkejut dan risau juga sebenarnya. Iyalah, ingatkan ada kawan... Rupanya sendirian...

Tetapi tidak mengapa, kerana bukan saya seorang sahaja dari KDO akan ke DECTAR untuk menjalani latihan persembahan itu. Peserta-peserta untuk persembahan lain turun bersama ke dewan tersebut. So kami berjemaah sentiasa, pergi, balik dan makan. Disitulah bertambah lagi kenalan baru. Alhamdulillah. :)
Rindunya mereka...

sebab bila dah start kuliah ni, sangat jarang dapat berjumpa walaupun sama kolej. Iyelah, semua dah mula sibuk dan assigment makin meninggi !

Huh, begini rupanya kehidupan alam ijazah ye. Amat berbeza dengan alam diploma dahulu. :D

Berbalik pada kisah angklung, syukur tidak terhingga lagi kepada Ilahi kerana saya dan kumpulan angklung dilatih oleh pensyarah muzik yang sangat sporting dengan kami ! Namanya Ncle Adzan, bukan Uncle tapi Ncle ye. hee. Itulah yang Ncle bagitahu kami ejaan panggilan namanya.

Sambil kami berlatih, kami turut diberikan nasihat yang sangat berguna untuk menjalani kehidupan sebagai seorang mahasiswa. Ingat lagi pesanan beliau,

"Jangan jadi student yang STUDY HARD, tapi jadilah student yang SMART ! kalau study hard, kamu akan penat, tapi kalau smart, kamu akan berjaya."

Ya! Saya setuju dengan kata-kata beliau. SMART not HARD.


Hard memang boleh membawa kita kepada kejayaan juga, tapi SMART lagi better rasanya, sebab dengan SMART ini lebih memfokuskan kepada bagaimana cara kita menguruskan diri, masa, tanggungjawab dan kehidupan kita sebagai mahasiswa.

Hm, alhamdulillah sehingga hari ini saya masih ingat kata mutiara itu. Semoga Allah merahmati Ncle Adzan.

Selain itu, ingin saya kongsikan juga antara nasihat lain yang Ncle Adzan sampaikan pada kami berkaitan hubungan kita dengan anak-anak. MasyaAllah. Ncle Adzan ada berkongsi cerita tentang cara dia bergaul dengan anak-anaknya.

" Kamu nanti dah ada anak, kena jadikan anak-anak kamu itu seperti kawan kamu. Rapatkan diri dan bermesralah dengan mereka. Macam saya, ada satu hari anak perempuan saya merajuk dengan ibu dia. dia tutup pintu dengan kuat. Lalu saya ke biliknya untuk memujuk anak saya. Sambil itu saya menasihatinya tidak boleh berkelakuan sedemikian kepada ibu. Saya memeluk dia macam saya memeluk seorang bayi biarpun dia dah remaja. Dia kemudiannya menangis pada saya. kamu nanti bergaullah dengan anak sebaiknya, biar mereka jadikan kita seperti kawan-kawan mereka di luar sana. Membuat mereka sudi berkongsi apa sahaja cerita kepada kita."

ALLAHURABBI...

Betapa pentingnya mempelajari ilmu mendidik anak-anak sedari awal, kan...

MasyaAllah.

Bagaimana mahu menikah ni, ilmu belum cukup.

So, jangan nikah lagi. Hee.
~Takpe, cari income sendiri dulu before nikah. Tunjukkan pada ibu bapa kita mampu dengan usaha kecil kita.~


Benar, di zaman yang penuh cabaran ini,sangat perlunya dan boleh dikatakan WAJIB ke atas ibu bapa memberikan didikan yang TERBAIK kepada permata mereka. Allahurabbi...



Bagaimana corak akhlak anak-anak saya kelak semuanya atas didikan saya dan suami.
*macam dah ada suami jerr gayanya.*

Tapi serius, kadang rasa sedih sendiri apabila memikirkannya dan si dia yang belum kunjung tiba.

Heh?!!

Iya, sedih sebab saya tidak tahu bagaimana akhlak bakal suami saya sekarang ini. harapnya Allah mendidik dia untuk menjadi hamba yang indah akhlaknya, bukan di mata manusia semata tapi dimata Dia TERUTAMANYA.

Akhlak si dia terhadap ibu bapanya PERLU DIUTAMAKAN juga.

*Ini kerana anak yang menghormati ibu bapa, pasti dia akan hormat isterinya juga.*

Iyalah, siapa tak risau kan... dia dan kaum Adam semua adalah bakal ketua keluarga yang akan mencorak isteri serta anak-anak yang diamanahkan oleh Rabb.

Apapun, sebenarnya masing-masing ada peranan tersendiri. Saya bukan sahaja perlu risau akan akhlak si dia, tetapi akhlak saya sendiri jua !

Dush ! Dush !

Betul tu! Sekiranya mahukan yang TERINDAH untuk kehidupan kita, maka haruslah kita juga menjadi dan memberi yang TERINDAH.


Baik, sesiapa pun dia saya tak kisah sekarang. Yang saya kisahkan, moga dia seorang ustaz atau bakal ustaz (demand nye kan), tamat pengajian sudah @ bakal bekerja, penghafal Al-Quran, merdu suaranya saat membaca Al-Quran kerana saya mahu kalbu ini dan anak-anak tersentuh dengan bacaannya InsyaAllah, dia HORMAT ibu ayahnya, dia DAHULUKAN ibu ayahnya dalam apa-apa perkara (terutama perkara yang memerlukan pandangan orang tua ), dia HORMAT ibu ayah saya (aulakan ibu ayah saya berbanding saya sebelum menikah) dia HORMAT kaum Hawa, dia tinggi ilmu agama, dan serahkan segalanya pada Ilahi.

Sekarang, perbaiki dulu akhlak kita serta hubungan kita dengan Allah swt ya.

Allahuakbar.

Tak salah nak meminta dengan Allah pelbagai citarasa, kerna dengan kasih sayang-Nya pasti tiada yang mustahil.

Namun, pamerkan dulu kehebatan cinta kita kepada-Nya, supaya Dia makbulkan permohonan kita. aamiin.

Malu rasanya andai mahu listkan sebegitu kepada Dia, sedangkan akhlak dan peribadi kita, bagaimana?!

Allahurabbi.

Semoga hadir keinsafan dan kesedaran dalam diri kita semua, perlunya melakukan perubahan dari sekarang, seandainya mahukan zuriat dan keturunan yang mendambakan syurga abadi.


~Tunduk sayu, muhasabah diri... Aku mahu yang baik-baik belaka dari bakal suamiku ,tetapi diriku...

maka, ayuhlah diri ! Sedarlah! Kau harus berubah bukan hanya untuk dia, tetapi untuk ISLAM sebenarnya.

kau harus maju untuk memajukan umat Islam lainnya.

kau harus sebarkan agama-Nya.


Allahuakbar !

Malu amat aku pada DIA Yang Maha Kuasa...

Malu aku pada-Mu Ya Rabbi... :'(

MALU SANGAT.

Semoga kita sentiasa perbetulkan niat semula dalam melakukan sebarang amalan atau perubahan.

Peringatan buat diri saya yang papa ini juga.

MALULAH KITA PADA DIA...

Yang 24 jam melihat kita !

Allah...


~ ~ ~ ~ ~

Baik... rasanya sampai disini sahaja perkongsian kali ini. Semoga ada manfaatnya, walau sedikit cuma.


Point yang mahu saya sampaikan,

> be a smart student or people
> mengharapkan yang sempurna, maka jadikan diri kita sempurna
> mengharapkan yang mencintai-Nya, maka jadikan diri kita mencintai-Nya
> mengharapkan yang hormat ibu bapa, maka jadikan diri kita menghormati ibu bapa kita
> menangislah atas kerisauan kepada zuriatmu di zaman dunia yang parah ini
> malulah pada DIA kerana pelbagai yang kita minta, tapi apa yang kita persembahkan untuk-NYA...


Buat Hawa sayang, jadilah kita seperti ini ya. InsyaAllah.

" Wanita muslimah adalah wanita yang mampu menempatkan diri pada waktu dan keadaan bagaimanapun dan seperti apa pun. Dia adalah tempat berlabuh tatkala suami terumbang-ambing dalam samudera keresahan, dia adalah telaga cinta yang menyejukkan hati suami di tengah panasnya gelombang fitnah dunia, dia adalah sahabat yang setia menggalakkan gerak langkah suami, pasangan sejati yang mampu melihat peluang dari kesempitan pandangan pasangannya."


Buat Adam agama, jadilah kalian seperti ini. Keatahuilah ini.

" Suami adalah orang yang paling dekat dengan wanita. Dia adalah sebagai pelindung, pemelihara, tempat isteri melabuhkan cinta dan kasih sayang sepanjang usia. Jadi wajarlah bila setiap hari seorang isteri mengharap ungkapan perasaan cinta darinya."

:: Cebisan bicara dari buku Super Wife, Super Mom, Super Woman. Sedang berjinak menjadi yang terbaik untuk insan-insan tersayang. InsyaAllah. Bersedia walau belum ketahui bila detiknya. ::


Buat Adam, 
Dirimu bakal pemelihara dan pelindung kami (kaum Hawa), maka kami merayu janganlah dikau menyakiti kami, merosakkan kami, dan mengecewakan kami.

Andai mahu lepaskan kami kelak selepas dikau memiliki kami, maka lepaskan kami dengan cara terbaik. Sebagaimana cara dikau mengambil kami dari ayahanda kami di hari ijab qabul.



salam munajat.

sekian...

assalamualaikum wrm wbt.


031014
0155am
UKM Bangi