Friday 3 October 2014

Malu Pada Rabbi...


Biamillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum wrm wbt...

Dengan lafaz indah, nama-Nya Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, tinta ini disajikan untuk semua.

Bersama iringan merdu instrumental angklung dari Madrasah Al-Junied dan nasyid Ya Rasulullah by Syamil. MasyaAllah... :'(

MasyaAllah, saya dah lama jatuh cinta sama alat muzik ini, kerana bunyiaannya menenangkan jiwa. Lebih-lebih lagi, jika angklung itu memainkan zikir-zikir yang membawa kita turut mengingati-Nya.

SubhanaAllah. Alatan muzik itu menjadi wasilah untuk kita berzikir bersama. Alhamdulillah.

Syukur ke hadrat Ilahi, setelah dua tahun jatuh cinta sama angklung, akhirnya pada tahun ini saya berpeluang menyentuh, belajar dan bermain angklung setelah berpijak ke kampus UKM.

Alhamdulillah, suatu nikmat yang tidak pernah disangka. Segalanya bermula apabila kami (para pelajar baru) diberikan borang untuk menyertai persembahan kesenian pada Malam Aspresiasi Seni Minggu Mesra Mahasiswa 2014.

Saya memilih untuk menyertai persembahan pantun dan angklung. Apabila tiba hari latihan semasa minggu orientasi, saya diberitahu bahawa saya seorang sahaja mewakili Kolej Dato' Onn dalam persembahan angklung. Agak terkejut dan risau juga sebenarnya. Iyalah, ingatkan ada kawan... Rupanya sendirian...

Tetapi tidak mengapa, kerana bukan saya seorang sahaja dari KDO akan ke DECTAR untuk menjalani latihan persembahan itu. Peserta-peserta untuk persembahan lain turun bersama ke dewan tersebut. So kami berjemaah sentiasa, pergi, balik dan makan. Disitulah bertambah lagi kenalan baru. Alhamdulillah. :)
Rindunya mereka...

sebab bila dah start kuliah ni, sangat jarang dapat berjumpa walaupun sama kolej. Iyelah, semua dah mula sibuk dan assigment makin meninggi !

Huh, begini rupanya kehidupan alam ijazah ye. Amat berbeza dengan alam diploma dahulu. :D

Berbalik pada kisah angklung, syukur tidak terhingga lagi kepada Ilahi kerana saya dan kumpulan angklung dilatih oleh pensyarah muzik yang sangat sporting dengan kami ! Namanya Ncle Adzan, bukan Uncle tapi Ncle ye. hee. Itulah yang Ncle bagitahu kami ejaan panggilan namanya.

Sambil kami berlatih, kami turut diberikan nasihat yang sangat berguna untuk menjalani kehidupan sebagai seorang mahasiswa. Ingat lagi pesanan beliau,

"Jangan jadi student yang STUDY HARD, tapi jadilah student yang SMART ! kalau study hard, kamu akan penat, tapi kalau smart, kamu akan berjaya."

Ya! Saya setuju dengan kata-kata beliau. SMART not HARD.


Hard memang boleh membawa kita kepada kejayaan juga, tapi SMART lagi better rasanya, sebab dengan SMART ini lebih memfokuskan kepada bagaimana cara kita menguruskan diri, masa, tanggungjawab dan kehidupan kita sebagai mahasiswa.

Hm, alhamdulillah sehingga hari ini saya masih ingat kata mutiara itu. Semoga Allah merahmati Ncle Adzan.

Selain itu, ingin saya kongsikan juga antara nasihat lain yang Ncle Adzan sampaikan pada kami berkaitan hubungan kita dengan anak-anak. MasyaAllah. Ncle Adzan ada berkongsi cerita tentang cara dia bergaul dengan anak-anaknya.

" Kamu nanti dah ada anak, kena jadikan anak-anak kamu itu seperti kawan kamu. Rapatkan diri dan bermesralah dengan mereka. Macam saya, ada satu hari anak perempuan saya merajuk dengan ibu dia. dia tutup pintu dengan kuat. Lalu saya ke biliknya untuk memujuk anak saya. Sambil itu saya menasihatinya tidak boleh berkelakuan sedemikian kepada ibu. Saya memeluk dia macam saya memeluk seorang bayi biarpun dia dah remaja. Dia kemudiannya menangis pada saya. kamu nanti bergaullah dengan anak sebaiknya, biar mereka jadikan kita seperti kawan-kawan mereka di luar sana. Membuat mereka sudi berkongsi apa sahaja cerita kepada kita."

ALLAHURABBI...

Betapa pentingnya mempelajari ilmu mendidik anak-anak sedari awal, kan...

MasyaAllah.

Bagaimana mahu menikah ni, ilmu belum cukup.

So, jangan nikah lagi. Hee.
~Takpe, cari income sendiri dulu before nikah. Tunjukkan pada ibu bapa kita mampu dengan usaha kecil kita.~


Benar, di zaman yang penuh cabaran ini,sangat perlunya dan boleh dikatakan WAJIB ke atas ibu bapa memberikan didikan yang TERBAIK kepada permata mereka. Allahurabbi...



Bagaimana corak akhlak anak-anak saya kelak semuanya atas didikan saya dan suami.
*macam dah ada suami jerr gayanya.*

Tapi serius, kadang rasa sedih sendiri apabila memikirkannya dan si dia yang belum kunjung tiba.

Heh?!!

Iya, sedih sebab saya tidak tahu bagaimana akhlak bakal suami saya sekarang ini. harapnya Allah mendidik dia untuk menjadi hamba yang indah akhlaknya, bukan di mata manusia semata tapi dimata Dia TERUTAMANYA.

Akhlak si dia terhadap ibu bapanya PERLU DIUTAMAKAN juga.

*Ini kerana anak yang menghormati ibu bapa, pasti dia akan hormat isterinya juga.*

Iyalah, siapa tak risau kan... dia dan kaum Adam semua adalah bakal ketua keluarga yang akan mencorak isteri serta anak-anak yang diamanahkan oleh Rabb.

Apapun, sebenarnya masing-masing ada peranan tersendiri. Saya bukan sahaja perlu risau akan akhlak si dia, tetapi akhlak saya sendiri jua !

Dush ! Dush !

Betul tu! Sekiranya mahukan yang TERINDAH untuk kehidupan kita, maka haruslah kita juga menjadi dan memberi yang TERINDAH.


Baik, sesiapa pun dia saya tak kisah sekarang. Yang saya kisahkan, moga dia seorang ustaz atau bakal ustaz (demand nye kan), tamat pengajian sudah @ bakal bekerja, penghafal Al-Quran, merdu suaranya saat membaca Al-Quran kerana saya mahu kalbu ini dan anak-anak tersentuh dengan bacaannya InsyaAllah, dia HORMAT ibu ayahnya, dia DAHULUKAN ibu ayahnya dalam apa-apa perkara (terutama perkara yang memerlukan pandangan orang tua ), dia HORMAT ibu ayah saya (aulakan ibu ayah saya berbanding saya sebelum menikah) dia HORMAT kaum Hawa, dia tinggi ilmu agama, dan serahkan segalanya pada Ilahi.

Sekarang, perbaiki dulu akhlak kita serta hubungan kita dengan Allah swt ya.

Allahuakbar.

Tak salah nak meminta dengan Allah pelbagai citarasa, kerna dengan kasih sayang-Nya pasti tiada yang mustahil.

Namun, pamerkan dulu kehebatan cinta kita kepada-Nya, supaya Dia makbulkan permohonan kita. aamiin.

Malu rasanya andai mahu listkan sebegitu kepada Dia, sedangkan akhlak dan peribadi kita, bagaimana?!

Allahurabbi.

Semoga hadir keinsafan dan kesedaran dalam diri kita semua, perlunya melakukan perubahan dari sekarang, seandainya mahukan zuriat dan keturunan yang mendambakan syurga abadi.


~Tunduk sayu, muhasabah diri... Aku mahu yang baik-baik belaka dari bakal suamiku ,tetapi diriku...

maka, ayuhlah diri ! Sedarlah! Kau harus berubah bukan hanya untuk dia, tetapi untuk ISLAM sebenarnya.

kau harus maju untuk memajukan umat Islam lainnya.

kau harus sebarkan agama-Nya.


Allahuakbar !

Malu amat aku pada DIA Yang Maha Kuasa...

Malu aku pada-Mu Ya Rabbi... :'(

MALU SANGAT.

Semoga kita sentiasa perbetulkan niat semula dalam melakukan sebarang amalan atau perubahan.

Peringatan buat diri saya yang papa ini juga.

MALULAH KITA PADA DIA...

Yang 24 jam melihat kita !

Allah...


~ ~ ~ ~ ~

Baik... rasanya sampai disini sahaja perkongsian kali ini. Semoga ada manfaatnya, walau sedikit cuma.


Point yang mahu saya sampaikan,

> be a smart student or people
> mengharapkan yang sempurna, maka jadikan diri kita sempurna
> mengharapkan yang mencintai-Nya, maka jadikan diri kita mencintai-Nya
> mengharapkan yang hormat ibu bapa, maka jadikan diri kita menghormati ibu bapa kita
> menangislah atas kerisauan kepada zuriatmu di zaman dunia yang parah ini
> malulah pada DIA kerana pelbagai yang kita minta, tapi apa yang kita persembahkan untuk-NYA...


Buat Hawa sayang, jadilah kita seperti ini ya. InsyaAllah.

" Wanita muslimah adalah wanita yang mampu menempatkan diri pada waktu dan keadaan bagaimanapun dan seperti apa pun. Dia adalah tempat berlabuh tatkala suami terumbang-ambing dalam samudera keresahan, dia adalah telaga cinta yang menyejukkan hati suami di tengah panasnya gelombang fitnah dunia, dia adalah sahabat yang setia menggalakkan gerak langkah suami, pasangan sejati yang mampu melihat peluang dari kesempitan pandangan pasangannya."


Buat Adam agama, jadilah kalian seperti ini. Keatahuilah ini.

" Suami adalah orang yang paling dekat dengan wanita. Dia adalah sebagai pelindung, pemelihara, tempat isteri melabuhkan cinta dan kasih sayang sepanjang usia. Jadi wajarlah bila setiap hari seorang isteri mengharap ungkapan perasaan cinta darinya."

:: Cebisan bicara dari buku Super Wife, Super Mom, Super Woman. Sedang berjinak menjadi yang terbaik untuk insan-insan tersayang. InsyaAllah. Bersedia walau belum ketahui bila detiknya. ::


Buat Adam, 
Dirimu bakal pemelihara dan pelindung kami (kaum Hawa), maka kami merayu janganlah dikau menyakiti kami, merosakkan kami, dan mengecewakan kami.

Andai mahu lepaskan kami kelak selepas dikau memiliki kami, maka lepaskan kami dengan cara terbaik. Sebagaimana cara dikau mengambil kami dari ayahanda kami di hari ijab qabul.



salam munajat.

sekian...

assalamualaikum wrm wbt.


031014
0155am
UKM Bangi





No comments:

Post a Comment