Sunday 5 October 2014

Sujud Cinta





Bismillahirrahmanirrahim...


~ ~ ~ ~ ~

Masih lengkap bersama telekung solat, Humaira tertidur kepenatan...


Sebenarnya kepenatannya belum hilang. Masakan tidak, semalam semasa sedang menunggu bas di perhentian bas dalam kampus, dia sudah berdiri selama setengah jam lebih.

Jam 2.30 petang, bas zon 6 tiba akhirnya. Berlari kecil dia menuju ke pintu masuk bas. Iyelah, dengan harapan dapatlah duduk di dalam bas, tetapi hampa.

Kesemua tempat duduk dah penuh. So terpaksalah berdiri. Terpaksa berhimpit. Hmm.

Perjalanan ke stesen Ktm tidaklah mengambil masa yang lama tetapi disebabkan terpaksa berdiri dalam kepadatan manusia itu, dirasakan lambat pula untuk sampai ke sana dan bahu dah rasa sakitnya menyandang beg berisi laptop.

MasyaAllah. Tiba sahaja di stesen Ktm, kali ini memang kena berlari. Hampir kesemua penumpang bas berlari kerana tidak mahu beratur panjang untuk membeli tiket komuter. Humaira turut berlari bersama beg pakaian kecil di tangan. Huh, penat makin bertambah.

Terdetik di kalbunya  'Aih, kalau ada encik suami dia dah tolong bawakan dah beg laptop bagai ni.'
'kalau dah ada suami, tentu dia dah drive kereta dah ni. tak perlu berhimpit macam ni.'
Sempat lagi Humaira berangan. Adoi, Humaira...

Dalam ktm, haa...Inilah first time Humaira rasa dia macam ikan sardin je duk dalam tu sebab TERLALU PADAT dengan manusia. Kalau kebiasaannya, Humaira pasti akan memegang ;tiang; di dalam ktm tu jika berdiri, tetapi kali ini tidak! Dia tak perlu berpegang pada sebarang tiang atau tempat berpaut untuk mengelakkan dari terjatuh,sebabnyaaa dia dah 'bertahan' di bahu-bahu dan tubuh-tubuh penumpang ktm di sebelah kiri, kanan, depan dan belakangnya. Haha. Nampak tak kepadatannya itu...

First time mengalami keadaan sedemikian sejak beberapa tahun ni menggunakan ktm sebagai pengangkutan awam.

Alhamdulillah, tiba di Kl Sentral, dengan adanya kad Rapid KL, jadinya dia tidak perlu beratur panjang untuk membeli token! Tak usah dicakap, kesemua kaunter untuk membeli token dah beratur panjang kesemua manusia disitu. Amat lega rasanya kerana dia tidak perlu mengikut jejak mereka itu. Alhamdulillah. :)

Bertambah syukurnya apabila memasuki Lrt, dia dimurahkan rezeki kerana terdapat beberapa kerusi yang kosong. Alhamdulillah. Kali ini dia memang melepaskan kepenatannya habis-habisan.
MasyaAllah, amat terasa nikmat duduk ketika itu.


~ ~ ~ ~ ~


Tiba di rumah, dia duduk bersama ayah, ummi dan adik beradik yang lain sambil menikmati kek yang dihadiahkan oleh adik sayang. Entah untuk apa kek itu disediakan untuknya. Comell sangat kepulangan disambut dengan hidangan kek. :) Alhamdulillah.

Masa untuk istirehat, Humaira makin terasa sakit di bahu kanan dan kirinya. Fikirnya mungkin disebabkan terlalu lama memikul beg sandang. Dia teringat pesanan doktor beberapa minggu lepas, jangan selalu angkat benda-benda berat. Hmm, kali ini terpaksa encik doktor, maaf ya.

Keesokan harinya, ummi meminta dia menggantikan abang sulung berniaga di tempat baru kerana abang long dah pulang ke kampung bersama sepupu.

Sebenarnya penatnya belum hilang, mahu sahaja dia berehat dahulu.Tetapi apabila memikirkan, mungkin hari ini saja kot peluang untuk bantu ummi berniaga di tempat itu. Sebabnya selepas ni dia akan pulang ke kampus semula.

Maka dia menuruti permintaan ummi tambahan pula dia sedang mendidik diri,rajinkan dan ringankan diri melakukan kerja untuk ibu ayah.
InsyaAllah.

~ ~ ~ ~ ~

Petang itu, setelah selesai kerjanya, dia terus ke kamar untuk menunaikan kewajipannya kepada Allah swt.

Usai sahaja menunaikan solat, dia merebahkan diri. Disebabkan terasa penat yang teramat, dia terlelap bersama telekung solat yang masih lengkap membaluti dirinya. Allah. Diri makin terasa sakitnya.

Memang tidur lena sangat.


~ ~ ~ ~ ~


Dalam lena yang panjang itu, Humaira telah mimpikan sesuatu...

hanya mimpi yang satu ini sahaja dapat dia ingati dan masih segar diingatannya.

Dia tetiba sahaja didatangi oleh kakak angkat kesayangannya, Shakina Zahra...
Yang kini masih melanjutkan pelajaran di Mesir.

Kak Shakina datang ke rumahnya sambil memberikan Humaira inai Makkah yang sudah siap diproses.
Yang tinggal hanya untuk dipakai dijari.

Dia agak terkejut kerana tertanya untuk apa inai itu, tetapi disebabkan teringatkan Hari Raya Aidiladha bakal menjelma, maka dia berkata dalam hati 'pakai jelah, raya pun dah dekat.'

Disambutnya inai mekah itu...

Disebabkan dia belum solat Isyak, Humaira memilih untuk menunaikan solat dahulu sebelum berborak panjang dengan Kak Shakina.

lalu terdengar satu suara,

"Kak, lamanyaaa tidur..."

Opsss!!

Matanya mula dicelikkan sedikit demi sedikit.

Dia melihat pada dirinya. Perlahan-lahan bangkit.

"Ya Allah, aku tidur dengan masih lengkap memakai telekung solat ke??"

Malu sendiri rasanya. Adik cerita, papa dah beberapa kali tanya kakak tengah buat apa, kakak dah makan ke, so si adik cakap jela, tidur, tidur , tidur. haha.

Nampaknya penat sangat dah tu. Humaira melihat jam pada telefonnya menunjukkan pukul 1 pagi. Mobile data dia lupa off, so dia mendapati 17 conversation masuk di Whatsapp. Beratus-ratus whatsapp masuk, hamek kau! Haha.

Dan ada seorang kawan menghantar mesej di Inbox, " Humairaaa...."
Errr, kenapakah namaku diseru sedemikian... :D


~ ~ ~ ~ ~

Terima kasih Ya Ilahi, kerana bangkitkan dia disepertiga malam. Syukur Ya Allah, memberikan rezeki pada-Nya untuk bersujud menyembah Ilahi di waktu yang mustajab.

Telekung solat itu disarungkan semula bersama wuduk baru, lalu ditunaikan solat Maghrib yang tertinggal dan solat Isyak terlebih dahulu. Disusuli pula solat Tahajjud dan solat Taubat...

Dalam sujud solat Taubatnya, Humaira memohonkan keampunan kepada Allah Yang Maha Pengampun agar diampuni segala kejahilan dan dosanya yang pernah dilakukan sepanjang kehidupan...

Tambahan juga dia merasakan memang sewajarnyalah setiap hamba-NYA mendirikan solat sunat Taubat sebelum mahu menyampaikan hajat kepada-Nya...

Usai solat Taubat, dia merebahkan diri seketika di atas hamparan sejadah. Merehatkan jasadnya sambil mendengarkan nasyid Ya Rasulullah by Syamil. Dia cuba menghayati bait-bait nasyid itu dan mengimbas kembali perjalanan kehidupan yang telah dia lalui sepanjang kehidupan 20-an ini...

Dia teringatkan Nabi Muhammad saw, dia merindui baginda, dia merasa bersalah kepada baginda kerana tidak selalu mengingati baginda... Allahu... Maafkan umat Mu yang satu ini Ya Rasulullah...

:'(

Tatkala diri mengimbau kembali kesemua keperitan hidup yang pernah dilalui, satu persatu ujian silih berganti, airmatanya makin laju mengalir membasahi telekung solat...
Allahuakbar...

Allah, semua itu dari Allah swt.

Dia juga teringat akan nasihat Ukhti Shakina dan teman-temannya.

Membuatkan airmatanya makin laju...

Kak Shakina pernah menceritakan, dia dulu juga seperti diri Humaira, diuji sedemikian sehingga dipertemukan seseorang yang sangat baik, yakni suaminya kini. MasyaAllah.

Ya, dia memang pernah mendengar tentang suami Kak Shakina, seorang pelajar yang sangat masyi Al-Quran, pelajar yang beradab dan merupakan pimpinan pelajar. Murabbi Humaira sendiri yang menceritakan tentang akhlak suami Ukhti Shakina sayang kerana suaminya itu adalah anak didik murabbi Humaira.

MasyaAllah. Benar, disebalik kehilangan sesuatu, pasti Allah akan menghadirkan sesuatu yang jauh lebih terbaik untuk diri kita.

Kini, Ukhti Shakina bahagia bersama pemimpin agamanya. Alhamdulillah, sedang mengandungkan permata kedua pula sekarang. :)



~ ~ ~ ~ ~

Humaira menyambung sujud cinta-Nya dalam solat Istikharah dan solat sunat Hajat...

Peluang keemasan yang sudah dibentangkan untuknya pasti tidak mahu dia sia-siakan...

Allah Yang Maha Agung sudah mengejutkan dia untuk mempersembahkan cintanya kepada DIA...

Allah... sejurus solat, dia menadahkan tangan meminta dan bermohon pada-Nya...
dengan rasa malu...

Malu sebenarnya kerana dosanya menggunung, dirinya sangat tidak sempurna di hadapan-Nya, inikan pula mahu meminta itu dan ini dengan Allah swt..

Allahuakbar... namun Humaira tahu, Allah itu tidak sekejam manusia hingga tidak mahu mendengar rintihan setiap hamba yang ingin mencintai-Nya.

Allah itu bersedia menerima sesiapa sahaja hamba yang mahu mendakap-Nya.
Allah BERSEDIA setiap masa!

Cuma, kita sahaja kadang menjauh dan makin menjauh dari Dia....

Allah...

Bisikan doa dipanjatkan ...bersama linangan airmata yang mengalir tanpa henti...
airmata keinsafan, airmata kecintaan, airmata kesedihan dan airmata pengharapan...




Pak lebai naik motor pakai serban,
ayam itik buat buat pengsan,
lembu kerbau sakan berjalan,
rupanye esok raya korban.
Kambing lembu dh ggur
Di bumi anbiya,
Lembu kmbing mlysia,
Tgh tggu turn pulak.
Salam aidiladha, semoga kita mhayati erti sebuah pngorbanan dlm stiap juz khidupan kita. Aamin.

Salam Aidiladha. ;)

051014
0705 am
Gombak

No comments:

Post a Comment